SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
Baixar para ler offline
45
Jurnal Personalia Pelajar 15 (2012): 45-50
Pembangunan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah Teknik
(Leadership Skills Development Through The Kadet Remaja Sekolah (KRS) Among The Students in
Sekolah Menengah Teknik)
AHMAD ESA & SITI KHADIJAH AB MANAP
ABSTRAK
Kemahiran kepimpinan perlu dikuasai oleh para pelajar yang juga merupakan pemimpin masa depan. Di
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk
membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. KRS menyediakan peluang kepada pelajar
untuk menerapkan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka. Kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan
kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti KRS di Sekolah Menengah Teknik, Batu Pahat
(SMTBP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri, tahap kesedaran dan tahap penguasaan pelajar
terhadap kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam aktiviti KRS. Sampel kajian adalah seramai 36 orang
pelajar KRS di SMTBP. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan statistik
deskriptif seperti min dan sisihan piawai manakala bagi senarai semak menggunakan kekerapan dan menganalisis
transkrip temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan iaitu
komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. Di samping itu kajian mendapati bahawa mereka menyedari
dan menguasai ciri-ciri kepimpinan yang diterapkan dalam KRS. Justeru dapat disimpulkan bahawa kemahiran
kepimpinan boleh dibangunkan menerusi aktiviti kokurikulum unit beruniform.
Kata kunci: Kokurikulum, kepimpinan, komunikasi, kredibiliti, karisma, keterampilan, Kadet Remaja Sekolah
(KRS)
ABSTRACT
Leadership skills need to be mastered by the students who will be our future leaders. In Malaysia, the Ministry of
Education (MOE) had set up the Kadet Remaja Sekolah (KRS) to develop leadership skills among students. The
KRS provides opportunities for the students to build up their leadership skills. This study had been conducted to
examine the development of leadership skills among the students through the KRS’s activities at Sekolah Menengah
Teknik, in Batu Pahat (SMTBP). The objective of this study is to identify the characteristics, the level of awareness
and the level of mastering leadership skills that they had applied during the KRS activities. The sample consisted
of 36 students from the KRS of SMTBP. The instruments that had been used were questionnaires, observations and
interviews. The data were analyzed by using the Statistics Package for Social Science (SPSS) version 11.5 to get
the descriptive statistics such as mean and standard deviation. Whereas for the checklist we analyzed it by using
the frequency and for the interview we analyzed the transcripts. The results had shown that the characteristics of
the leadership skills can be developed, such as communication, credibility, charisma and competent. In addition
the study had found out that the students were aware of it and they had dominated the leadership characteristics
that had been applied in the KRS. Hence we can make a conclusion that leadership skills can be developed
through co-curricular activities such as uniformed units.
Keywords: Co-curriculum, leadership, communication, credibility, charisma, competent, Kadet Remaja Sekolah
(KRS)
46
PENDAHULUAN
Malaysia sedang berusaha memupuk minda kelas
pertama dalam kalangan rakyat sejajar dengan agenda
utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Pusat
Maklumat Rakyat, 2012). Dalam tempoh rancangan
tersebut usaha dipergiat untuk membangunkan modal
insan melalui saluran pendidikan untuk melahirkan
individu berkebolehan memimpin yang mampu
mengurus arus pembangunan pada hari ini.
	 Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti
dan menepati ciri yang disasarkan, pelajar perlu
melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar
yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
di institusi pengajian tinggi mempunyai kemahiran
insaniah (soft skill) yang tinggi untuk menerajui masa
depan negara kelak (Abd Malek dan Hamsah 2007 &
Kementerian Pengajian Tinggi 2006).
	 Faedah dan kepentingan kokurikulum amat
banyak (Hsu 2012), sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan
(Ashaari 2000). Melalui ilmu dan kemahiran insaniah
yang dijana oleh kokurikulum jelaslah bahawa,
kokurikulum perlu diberi perhatian agar pelajar di
sekolah terlibat sepenuhnya.
	 Rohanida dan Mohd. Sofian (2002)
menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat
memberikan latihan awal dari segi kepimpinan,
sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar.
Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti pakaian
seragam, persatuan, kelab dan sukan (Stan 2010; David
& Myron 2007; Harvard, 2006). Apabila pelajar itu
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, mereka
akan didedahkan kepada sikap kepimpinan dalam satu
kumpulan atau organisasi (Gilchrist & Gilchrist 2009).
Pelajar tersebut mempelajari cara untuk mengendalikan
mesyuarat kalau memegang jawatan pengerusi, dan
secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan dan mampu menjadi pemimpin dalam
satu organisasi yang lebih besar kemudian nanti.
	 Kokurikulum mungkin dianggap sebagai
aktiviti riadah selepas waktu sekolah oleh kebanyakan
pelajar tanpa menyedari kepentingannya. Perkara
ini timbul kerana kurangnya pendedahan mengenai
kepentingan dan faedah yang diperoleh. Justeru
sebilangan pelajar yang tidak berminat melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap
dengan menyertai kegiatan kokurikulum hanya akan
membuang masa sahaja (Bahari, 2002). Masa yang
ada boleh digunakan untuk mengulang kaji pelajaran
(Terenzini, Pascarella & Blimling 1996; Baxter 1992).
Namun demikian mereka tidak menyedari dengan
menyertai kokurikulum, pelajar dapat menguasai
kemahiran yang penting contohnya kemahiran
kepimpinan dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.
	 Penglibatan pelajar dalam unit beruniform
seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS) pula mampu
membina disiplin dan jati diri yang kental dan
pembinaan diri sebegini merupakan satu aset penting
dalam menghadapi dunia kerjaya. Menyedari betapa
pentingnya golongan remaja dibimbing dan dikayakan
dengan ilmu dan pengalaman memimpin, KRS
ditubuhkan di semua sekolah menengah milik kerajaan
dan bantuan kerajaan di seluruh negara sebagai salah
satu pasukan pakaian seragam di sekolah. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menubuhkan KRS bagi
menyediakan peluang kepada pelajar memperoleh
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
	 Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat
pembangunan kemahiran kepimpinan melalui
penglibatan pelajar dalam aktiviti KRS. Secara
khususnya untuk mengenal pasti ciri-ciri kemahiran
kepimpinan yang diterapkan dalam aktiviti yang
dijalankan oleh KRS; mengenal pasti tahap kesedaran
dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran kepimpinan
yang mereka peroleh melalui aktiviti KRS.
	 Rajah 1 menunjukkan kerangka kajian yang
menjelaskan perkaitan antara penglibatan pelajar
dalam aktiviti KR Sekolah dengan ciri-ciri kemahiran
kepimpinan yang ingin diselidiki. Ciri-ciri kemahiran
kepimpinan yang ingin dikaji adalah merujuk kepada
aspek komunikasi, karisma, keterampilan dan juga
kredibiliti. Terdapat banyak ciri kepimpinan yang
diterapkan oleh KRS tetapi empat ciri ini yang akan
difokuskan oleh pengkaji. Empat aspek ini dipilih
kerana merupakan ciri penting yang perlu dimiliki oleh
seorang pemimpin (Harvard 2006; Jaafar 2003; Gunter
2001; Adair 1997).
47
Ciri Kemahiran
Kepimpinan
Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran
Komunikasi 4.27 0.677 Diterap
Kredibiliti 4.26 0.626 Diterap
Karisma 4.18 0.647 Diterap
Keterampilan 4.39 0.892 Diterap
Nilai Min Keseluruhan 4.275 Diterap
Input
1. Pasukan kawad
kaki KRS
2. Jurulatih kawad
KRS
Kadet Remaja
Sekolah (KRS)
Latihan dan
pertandingan yang
dijalankan dan
disertai oleh ahli
kawad KRS di SMT
Batu Pahat.
Output
Pembangunan kemahiran
kepimpinan menerusi
KRS dalam kalangan
pelajar SMT Batu Pahat.
Komunikasi
Kredibiliti
Karisma
Keterampilan
METODOLOGI
Melalui kajian kes ini, pengkaji memfokuskan pasukan
kawad kaki KRS di Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat sebagai populasi dan sampel kajian iaitu
sebanyak 36 orang. Instrumen yang digunakan di dalam
kajian yang dijalankan adalah borang soal selidik. Set
soal selidik yang menggunakan Skala Likert (1- 5)
tersebut mengandungi empat bahagian iaitu bahagian
A (latar belakang responden), B (Penerapan kemahiran
kepimpinan menerusi KRS), C (Kesedaran penerapan
kemahiran kepimpinan semasa mengikuti aktiviti KRS)
dan D (Penguasaan kemahiran kepimpinan setelah
mengikuti kokurikulum KRS)
DAPATAN KAJIAN
Penganalisisan data dibuat ini adalah berdasarkan
borang soal selidik yang diedarkan kepada responden
kajian iaitu pasukan kawad kaki KRS di SMT Batu
Pahat. Jadual1,Jadual2danJadual3menunjukkannilai
min keseluruhan bagi ciri-ciri kemahiran kepimpinan
yang diterapkan dalam KRS, tahap kesedaran pelajar
dan penguasaan pelajar terhadap penerapan kemahiran
kepimpinan bagi keempat-empat ciri iaitu komunikasi,
kredibiliti, karisma dan keterampilan.
	
RAJAH 1. Kerangka konsep kajian
JADUAL 1. Nilai min keseluruhan bagi kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS di SMT Batu Pahat
48
Ciri Kemahiran
Kepimpinan
Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran
Komunikasi 4.16 0.581 Tinggi
Kredibiliti 4.16 0.581 Tinggi
Karisma 4.22 0.608 Tinggi
Keterampilan 4.26 0.612 Tinggi
Nilai Min Keseluruhan 4.20 Tinggi
Ciri Kemahiran
Kepimpinan
Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran
Komunikasi 4.11 0.689 Tinggi
Kredibiliti 4.17 0.704 Tinggi
Karisma 4.19 0.737 Tinggi
Keterampilan 4.27 0.677 Tinggi
Nilai Min Keseluruhan 4.19 Tinggi
JADUAL 2. Nilai min keseluruhan bagi tahap kesedaran kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS
di SMT Batu Pahat
JADUAL 3. Nilai min keseluruhan bagi tahap penguasaan kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS
di SMT Batu Pahat
Secarakeseluruhannya,hasildaripadadapatankajianini
menunjukkan bahawa tahap pembangunan kemahiran
kepimpinan adalah tinggi dalam kalangan responden
iaitu pasukan kawad kaki KRS di Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat. Ini kerana data menunjukkan
bahawa kemahiran kepimpinan diterapkan menerusi
KRS di SMT Batu Pahat dan pelajar menyedari
bahawa kemahiran tersebut diterapkan semasa
mereka mengikuti aktiviti KRS SMT Batu Pahat iaitu
kawad. Indikator utama kemahiran kepimpinan dapat
dibangunkan menerusi KRS di SMT Batu Pahat ialah
kemahiran kepimpinan dikuasai oleh pelajar setelah
mengikuti aktiviti KRS. Secara hierarkinya kemahiran
yang paling tinggi dikuasai oleh responden ialah
keterampilan, diikuti oleh komunikasi, kredibiliti dan
karisma.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian kokurikulum KRS, telah menerapkan
kemahiran kepimpinan bagi semua ciri kepimpinan
yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan iaitu
komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan.
Pelajar juga menyedari bahawa semasa mereka
mengikut KRS mereka telah mempelajari empat
kemahiran kepimpinan tersebut. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa pelajar menguasai empat
kemahiran kepimpinan berdasarkan hierarki iaitu
keterampilan, diikuti oleh komunikasi, kredibiliti dan
karisma. Oleh itu, adalah jelas menerusi kokurikulum
KRS, kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan
dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti yang
dijalankan, khususnya kawad.
	 Penemuan kajian dijalankan ini selari dengan
kajian yang dijalankan oleh Hall, Forrester & Borsz
(2008) yang mendapati bahawa kokurikulum dapat
membangunkan keterampilan pelajar. Seterusnya
seiring dengan pandangan Garcia (2010) yang
menyatakan bahawa melalui aktiviti kokurikulum dapat
membangunkan kemahiran komunikasi. Seterusnya
dapatan kajian juga menyamai dengan kajian yang
dijalankan oleh Hall, Forrester & Borsz (2008)
dan Moriana et al. (2006) yang mendapati bahawa
kokurikulum dapat membangunkan kredibiliti individu
yang menyertainya dan juga menyokong dapatan
kajian oleh Hopen (2002) yang mendapati bahawa
ciri kepimpinan seperti berkarisma boleh dibangunkan
dalam diri pelajar melalui aktiviti luar bilik darjah.
	 Secara keseluruhannya, kajian ini juga telah
mengukuhkan lagi dapatan pengkaji dahulu berkaitan
dengan kokurikulum dapat membangunkan kemahiran
kepimpinan. Antaranya kajian yang dijalankan oleh
Shuriye (2011), Stan (2010), David & Myron (2007),
Harvard (2006) yang mendapati aktiviti kokurikulum
dapat memberikan latihan kepimpinan dalam kalangan
pelajar. Dapatan kajian adalah tidak selari dengan
kajian yang dijalankan oleh Bahari (2006), Terenzini,
49
Pascarella & Blimling (1996) dan Baxter (1992)
yang mendapati bahawa pelajar tidak mengikuti
kokurikulum kerana berasakan aktiviti kokurikulum
hanya membuang waktu dan adalah lebih baik masa
tersebut digunakan untuk mengulang kaji pelajaran.
	 Kajian ini telah membuktikan bahawa
kokurikulum boleh membangunkan kemahiran insaniah
(soft Skills) termasuklah kemahiran kepimpinan dalam
kalangan pelajar. Kemahiran insaniah (soft Skills)
adalah kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri
(Abd Malek dan Hamsah 2007 dan Kementerian
PengajianTinggi 2006). Oleh itu, sewajarnya tanggapan
negatif seperti menyertai kokurikulum unit beruniform
seperti KRS hanya membazirkan wang dan masa tidak
lagi wujud dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.
Guru yang mengajar kelas peperiksaan sewajarnya
melihat penglibatan pelajar dalam kokurikulum
sebagai ramuan untuk menyediakan pelajar dengan
menghadapi peperiksaan. Di samping itu, kokurikulum
juga semestinya dilihat sebagai pelengkap dalam
menuntut ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar
di sesebuah organisasi pendidikan.
PENUTUP
Kokurikulum dilihat sebagai medium terbaik
membangunkan kemahiran kepimpinan dalam diri
pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam pelbagai
aktiviti, kemahiran kepimpinan dapat diterap dan
dilatih dalam diri pelajar sama ada disedari atau tidak.
Dalam menjana modal insan kelas pertama, Malaysia
memerlukan pemimpin yang bijak berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat, kebolehan
memimpin organisasi dan pemimpin yang berkarisma
serta berwawasan.
	 Pembangunan kemahiran kepimpinan
dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk
kemahiran berkomunikasi yang berkesan, seorang
yang berkredibiliti dan berkarisma serta mempunyai
keterampilan diri yang unggul. Kepimpinan adalah
suatu kemahiran yang dapat dipelajari, dilatih dan
dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui
penglibatan yang menyeluruh pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Penguasaan kemahiran ini memberi
kelebihan kepada pelajar dalam menyusuri kehidupan
dan merealisasikan harapan Malaysia untuk menjadi
negara maju. Berdasarkan kepentingan kemahiran
kepimpinan dalam diri pelajar, maka wajarlah pelajar
mengambil inisiatif untuk memajukan diri dengan
menanam kesedaran dalam diri di samping berusaha
menguasai pelbagai kemahiran lain melalui aktiviti
kokurikulum.
	 Secara keseluruhannya, pembangunan
kemahiran kepimpinan melalui penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kepada
pembentukan generasi muda yang mempunyai
kemahiran kepimpinan yang unggul sebagai aset negara
yang paling berharga dalam menyahut cabaran glokal
dan global.
RUJUKAN
Abd Malek, A. & Hamsah, H. 2007. Kadet Remaja
Sekolah. Kuala Lumpur: PTS 	 Professional
Sdn. Bhd.
Adair, J. 1997. Leadership Skills. London: Chartered
Institute of Personnel and Development.
Ashaari, O. 2000. Pengurusan Persatuan Suatu Panduan
Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Bahari, J. F. 2002. Faktor-Faktor Yang Menghalang
Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum
Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
KebangsaanDaerahSeremban.JabatanPendidikan
Jasmani Dan Kesihatan, Maktab Perguruan Islam.
Baxter, M. 1992. Co curricular influences on college
students’ intellectual development. Journal of
College Student Development, 33 (3): 203-213.
David, L. T. & Myron, L.P. 2007. Participation in C0
Curricular Activities: Non Tradisional Student
Perspective. College and University, 1 (83): 8.
Gunter, H. M. 2001. Leaders and Leadership in
Education. London: Paul Chapman Publishing.
Hall, S. L., Forrester, S., & Borsz, M. 2008. A
Constructivist Case Study Examining the
Leadership Development of Undergraduate
Students in Campus Recreational Sports. The
Journal of College Students Development, 49 (2):
125-140.
Harvard, M. S. 2006. Leadership and Competitive
Excellence in Division 1 Athletics. Dicapai pada
26 Februari 2009 di http://www.canberra.edu.au/
secretariat/council/generic.html.
Hopen, D. 2002. Guiding Corporate Behaviour. A
Leadership Obligation, Not a Choice. Journal for
Quality and Participation 24(4): 15-19.
Hsu, T.C. (2012. Enhancing College Students’ Global
Awareness through Campus Toastmasters Clubs.
International Journal of Research Studies in
Education, 1(1):
21-34.
Jaafar, A. N. 2003. Membina Karisma. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Garcia, V. 2010. First-Generation College Students:
50
How Co-Curricular Involvement Can Assist with
Success. The Vermount Connecetion, 31: 46-52.
Gilchrist, N. & Gilchrist L. A. 2009. A Curricular-
Co-Curricular Approach to Student Leadership
Development. Research in Higher Education
Journal, 3: 1-5.
Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
(2006). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Moriana, J. A., Alos, F., Alcala, R., M. J. Herruzo, J.
& Ruiz, R. 2006. Extra-Curricular Activities and
Academic Performance in Secondry Students.
Electronic Journal of Research in Educational
Psychology, 4 (1): 35-46.
Pusat Maklumat Rakyat. 2012. Rancangan Malaysia
Kesembilan. Dicapai pada 8 Disember 2012,
di http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/
component/content/article/284-rancangan-
malaysia/1354-rancangan-malaysia-kesembilan.
html
RohanidaA.M.&Mohd.SofianO.F.2002.Kepentingan
Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Dalam
Mohd. Sofian O. F., Aminuddin Y. dan Borhan Y.
2002. Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala
Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.
Shuriye, A. O. 2011. The Role of Credited Co-
Curricular Programmes on the Internationalization
on Infusing Values into Student’s Personality:
The IIUM Model. Journal of Emerging Trends in
Educational Research and Policy Studies, 2 (2):
100-107.
Stan, I . 2010. Control as an Educational Tool and
its Impact on the Outdoor Educational Process.
Australian Journal of Outdoor Education, 41(2):
12-20.
Terenzini, P. T., Pascarella, E. T. & Blimling, G.
1996. Student’s Out-of-Class Experience and
Their Influence on Learning and Cognitive
Development: A Literature Review. Journal of
College Student Development, 37: 149-162.
Ahmad Esa (Prof. Madya Dr.)
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Malaysia
E-mel: ahmad@uthm.edu.my
Siti Khadijah Ab Manap (Cik)
53 Lorong 3,
Taman Dato Seri Razak,
34000 Taiping, Perak. Malaysia
E-mel: Siti_comeii@yahoo.com

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...ali ahmad
 
Soalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppSoalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppYvonne Yin
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)Saranya Selvadorai
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkiniSySai AR
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014nahbs631
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 

Mais procurados (17)

Standard guru malaysia (sgm)
Standard guru malaysia (sgm)Standard guru malaysia (sgm)
Standard guru malaysia (sgm)
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
 
Soalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppSoalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga spp
 
Kajian kepimpinan
Kajian kepimpinanKajian kepimpinan
Kajian kepimpinan
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Laporan cpe
Laporan cpeLaporan cpe
Laporan cpe
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini
 
Dskp pai tahun 5
Dskp pai tahun 5Dskp pai tahun 5
Dskp pai tahun 5
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 

Destaque

Preparing to drive a heavy haulage truck
Preparing to drive a heavy haulage truck Preparing to drive a heavy haulage truck
Preparing to drive a heavy haulage truck National Heavy Haulage
 
This is how to save when you tour in China
This is how to save when you tour in ChinaThis is how to save when you tour in China
This is how to save when you tour in ChinaThe China Travel Company
 
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)Andre de Abreu
 
MinFill_Presentation
MinFill_PresentationMinFill_Presentation
MinFill_PresentationAnna Lasota
 
Sistemas electorales
Sistemas electoralesSistemas electorales
Sistemas electoraleselgranlato09
 
Participacion politica 2015
Participacion politica 2015Participacion politica 2015
Participacion politica 2015elgranlato09
 
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1Findasense_Credentials_ 2016_V2 1
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1Priya Roopani
 
Os Bastidores da Web Semântica
Os Bastidores da Web SemânticaOs Bastidores da Web Semântica
Os Bastidores da Web SemânticaAndre de Abreu
 
Top 10 qualities of a great truck driver - infographic
Top 10 qualities of a great truck driver - infographicTop 10 qualities of a great truck driver - infographic
Top 10 qualities of a great truck driver - infographicNational Heavy Haulage
 

Destaque (11)

Preparing to drive a heavy haulage truck
Preparing to drive a heavy haulage truck Preparing to drive a heavy haulage truck
Preparing to drive a heavy haulage truck
 
This is how to save when you tour in China
This is how to save when you tour in ChinaThis is how to save when you tour in China
This is how to save when you tour in China
 
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)
Ambientes interativos e os impactos nos usuários (Aula 1)
 
MinFill_Presentation
MinFill_PresentationMinFill_Presentation
MinFill_Presentation
 
Ciclo de vida de la empresa
Ciclo de vida de la empresaCiclo de vida de la empresa
Ciclo de vida de la empresa
 
Sistemas electorales
Sistemas electoralesSistemas electorales
Sistemas electorales
 
Participacion politica 2015
Participacion politica 2015Participacion politica 2015
Participacion politica 2015
 
Indisciplinaridade
IndisciplinaridadeIndisciplinaridade
Indisciplinaridade
 
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1Findasense_Credentials_ 2016_V2 1
Findasense_Credentials_ 2016_V2 1
 
Os Bastidores da Web Semântica
Os Bastidores da Web SemânticaOs Bastidores da Web Semântica
Os Bastidores da Web Semântica
 
Top 10 qualities of a great truck driver - infographic
Top 10 qualities of a great truck driver - infographicTop 10 qualities of a great truck driver - infographic
Top 10 qualities of a great truck driver - infographic
 

Semelhante a 1

Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarAnysPiNky
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxKajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxDiana Amran
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...ahmadsobri11
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Cikgu Hayati
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...nurulliyana28
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpmalhakimi007
 
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).doc
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).docPLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).doc
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).docyogeswarydanapal1
 

Semelhante a 1 (20)

Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdfPENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxKajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Implementasi SPAk polipd
Implementasi SPAk polipdImplementasi SPAk polipd
Implementasi SPAk polipd
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
 
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).doc
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).docPLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).doc
PLAN STRATEGIK 2021-2044 SJKTKK (2).doc
 

Último

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Último (14)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

1

  • 1. 45 Jurnal Personalia Pelajar 15 (2012): 45-50 Pembangunan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (Leadership Skills Development Through The Kadet Remaja Sekolah (KRS) Among The Students in Sekolah Menengah Teknik) AHMAD ESA & SITI KHADIJAH AB MANAP ABSTRAK Kemahiran kepimpinan perlu dikuasai oleh para pelajar yang juga merupakan pemimpin masa depan. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. KRS menyediakan peluang kepada pelajar untuk menerapkan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka. Kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti KRS di Sekolah Menengah Teknik, Batu Pahat (SMTBP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri, tahap kesedaran dan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam aktiviti KRS. Sampel kajian adalah seramai 36 orang pelajar KRS di SMTBP. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai manakala bagi senarai semak menggunakan kekerapan dan menganalisis transkrip temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan iaitu komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. Di samping itu kajian mendapati bahawa mereka menyedari dan menguasai ciri-ciri kepimpinan yang diterapkan dalam KRS. Justeru dapat disimpulkan bahawa kemahiran kepimpinan boleh dibangunkan menerusi aktiviti kokurikulum unit beruniform. Kata kunci: Kokurikulum, kepimpinan, komunikasi, kredibiliti, karisma, keterampilan, Kadet Remaja Sekolah (KRS) ABSTRACT Leadership skills need to be mastered by the students who will be our future leaders. In Malaysia, the Ministry of Education (MOE) had set up the Kadet Remaja Sekolah (KRS) to develop leadership skills among students. The KRS provides opportunities for the students to build up their leadership skills. This study had been conducted to examine the development of leadership skills among the students through the KRS’s activities at Sekolah Menengah Teknik, in Batu Pahat (SMTBP). The objective of this study is to identify the characteristics, the level of awareness and the level of mastering leadership skills that they had applied during the KRS activities. The sample consisted of 36 students from the KRS of SMTBP. The instruments that had been used were questionnaires, observations and interviews. The data were analyzed by using the Statistics Package for Social Science (SPSS) version 11.5 to get the descriptive statistics such as mean and standard deviation. Whereas for the checklist we analyzed it by using the frequency and for the interview we analyzed the transcripts. The results had shown that the characteristics of the leadership skills can be developed, such as communication, credibility, charisma and competent. In addition the study had found out that the students were aware of it and they had dominated the leadership characteristics that had been applied in the KRS. Hence we can make a conclusion that leadership skills can be developed through co-curricular activities such as uniformed units. Keywords: Co-curriculum, leadership, communication, credibility, charisma, competent, Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • 2. 46 PENDAHULUAN Malaysia sedang berusaha memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat sejajar dengan agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Pusat Maklumat Rakyat, 2012). Dalam tempoh rancangan tersebut usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan melalui saluran pendidikan untuk melahirkan individu berkebolehan memimpin yang mampu mengurus arus pembangunan pada hari ini. Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan menepati ciri yang disasarkan, pelajar perlu melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di institusi pengajian tinggi mempunyai kemahiran insaniah (soft skill) yang tinggi untuk menerajui masa depan negara kelak (Abd Malek dan Hamsah 2007 & Kementerian Pengajian Tinggi 2006). Faedah dan kepentingan kokurikulum amat banyak (Hsu 2012), sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan (Ashaari 2000). Melalui ilmu dan kemahiran insaniah yang dijana oleh kokurikulum jelaslah bahawa, kokurikulum perlu diberi perhatian agar pelajar di sekolah terlibat sepenuhnya. Rohanida dan Mohd. Sofian (2002) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar. Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan (Stan 2010; David & Myron 2007; Harvard, 2006). Apabila pelajar itu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, mereka akan didedahkan kepada sikap kepimpinan dalam satu kumpulan atau organisasi (Gilchrist & Gilchrist 2009). Pelajar tersebut mempelajari cara untuk mengendalikan mesyuarat kalau memegang jawatan pengerusi, dan secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mampu menjadi pemimpin dalam satu organisasi yang lebih besar kemudian nanti. Kokurikulum mungkin dianggap sebagai aktiviti riadah selepas waktu sekolah oleh kebanyakan pelajar tanpa menyedari kepentingannya. Perkara ini timbul kerana kurangnya pendedahan mengenai kepentingan dan faedah yang diperoleh. Justeru sebilangan pelajar yang tidak berminat melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap dengan menyertai kegiatan kokurikulum hanya akan membuang masa sahaja (Bahari, 2002). Masa yang ada boleh digunakan untuk mengulang kaji pelajaran (Terenzini, Pascarella & Blimling 1996; Baxter 1992). Namun demikian mereka tidak menyedari dengan menyertai kokurikulum, pelajar dapat menguasai kemahiran yang penting contohnya kemahiran kepimpinan dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah. Penglibatan pelajar dalam unit beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS) pula mampu membina disiplin dan jati diri yang kental dan pembinaan diri sebegini merupakan satu aset penting dalam menghadapi dunia kerjaya. Menyedari betapa pentingnya golongan remaja dibimbing dan dikayakan dengan ilmu dan pengalaman memimpin, KRS ditubuhkan di semua sekolah menengah milik kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara sebagai salah satu pasukan pakaian seragam di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menubuhkan KRS bagi menyediakan peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan kemahiran kepimpinan melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti KRS. Secara khususnya untuk mengenal pasti ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan oleh KRS; mengenal pasti tahap kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran kepimpinan yang mereka peroleh melalui aktiviti KRS. Rajah 1 menunjukkan kerangka kajian yang menjelaskan perkaitan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti KR Sekolah dengan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang ingin diselidiki. Ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang ingin dikaji adalah merujuk kepada aspek komunikasi, karisma, keterampilan dan juga kredibiliti. Terdapat banyak ciri kepimpinan yang diterapkan oleh KRS tetapi empat ciri ini yang akan difokuskan oleh pengkaji. Empat aspek ini dipilih kerana merupakan ciri penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin (Harvard 2006; Jaafar 2003; Gunter 2001; Adair 1997).
  • 3. 47 Ciri Kemahiran Kepimpinan Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran Komunikasi 4.27 0.677 Diterap Kredibiliti 4.26 0.626 Diterap Karisma 4.18 0.647 Diterap Keterampilan 4.39 0.892 Diterap Nilai Min Keseluruhan 4.275 Diterap Input 1. Pasukan kawad kaki KRS 2. Jurulatih kawad KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) Latihan dan pertandingan yang dijalankan dan disertai oleh ahli kawad KRS di SMT Batu Pahat. Output Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi KRS dalam kalangan pelajar SMT Batu Pahat. Komunikasi Kredibiliti Karisma Keterampilan METODOLOGI Melalui kajian kes ini, pengkaji memfokuskan pasukan kawad kaki KRS di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat sebagai populasi dan sampel kajian iaitu sebanyak 36 orang. Instrumen yang digunakan di dalam kajian yang dijalankan adalah borang soal selidik. Set soal selidik yang menggunakan Skala Likert (1- 5) tersebut mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A (latar belakang responden), B (Penerapan kemahiran kepimpinan menerusi KRS), C (Kesedaran penerapan kemahiran kepimpinan semasa mengikuti aktiviti KRS) dan D (Penguasaan kemahiran kepimpinan setelah mengikuti kokurikulum KRS) DAPATAN KAJIAN Penganalisisan data dibuat ini adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian iaitu pasukan kawad kaki KRS di SMT Batu Pahat. Jadual1,Jadual2danJadual3menunjukkannilai min keseluruhan bagi ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS, tahap kesedaran pelajar dan penguasaan pelajar terhadap penerapan kemahiran kepimpinan bagi keempat-empat ciri iaitu komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. RAJAH 1. Kerangka konsep kajian JADUAL 1. Nilai min keseluruhan bagi kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS di SMT Batu Pahat
  • 4. 48 Ciri Kemahiran Kepimpinan Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran Komunikasi 4.16 0.581 Tinggi Kredibiliti 4.16 0.581 Tinggi Karisma 4.22 0.608 Tinggi Keterampilan 4.26 0.612 Tinggi Nilai Min Keseluruhan 4.20 Tinggi Ciri Kemahiran Kepimpinan Min Penguasaan Sisihan Piawai Tafsiran Komunikasi 4.11 0.689 Tinggi Kredibiliti 4.17 0.704 Tinggi Karisma 4.19 0.737 Tinggi Keterampilan 4.27 0.677 Tinggi Nilai Min Keseluruhan 4.19 Tinggi JADUAL 2. Nilai min keseluruhan bagi tahap kesedaran kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS di SMT Batu Pahat JADUAL 3. Nilai min keseluruhan bagi tahap penguasaan kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam KRS di SMT Batu Pahat Secarakeseluruhannya,hasildaripadadapatankajianini menunjukkan bahawa tahap pembangunan kemahiran kepimpinan adalah tinggi dalam kalangan responden iaitu pasukan kawad kaki KRS di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Ini kerana data menunjukkan bahawa kemahiran kepimpinan diterapkan menerusi KRS di SMT Batu Pahat dan pelajar menyedari bahawa kemahiran tersebut diterapkan semasa mereka mengikuti aktiviti KRS SMT Batu Pahat iaitu kawad. Indikator utama kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan menerusi KRS di SMT Batu Pahat ialah kemahiran kepimpinan dikuasai oleh pelajar setelah mengikuti aktiviti KRS. Secara hierarkinya kemahiran yang paling tinggi dikuasai oleh responden ialah keterampilan, diikuti oleh komunikasi, kredibiliti dan karisma. PERBINCANGAN Dapatan kajian kokurikulum KRS, telah menerapkan kemahiran kepimpinan bagi semua ciri kepimpinan yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan iaitu komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. Pelajar juga menyedari bahawa semasa mereka mengikut KRS mereka telah mempelajari empat kemahiran kepimpinan tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar menguasai empat kemahiran kepimpinan berdasarkan hierarki iaitu keterampilan, diikuti oleh komunikasi, kredibiliti dan karisma. Oleh itu, adalah jelas menerusi kokurikulum KRS, kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti yang dijalankan, khususnya kawad. Penemuan kajian dijalankan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Hall, Forrester & Borsz (2008) yang mendapati bahawa kokurikulum dapat membangunkan keterampilan pelajar. Seterusnya seiring dengan pandangan Garcia (2010) yang menyatakan bahawa melalui aktiviti kokurikulum dapat membangunkan kemahiran komunikasi. Seterusnya dapatan kajian juga menyamai dengan kajian yang dijalankan oleh Hall, Forrester & Borsz (2008) dan Moriana et al. (2006) yang mendapati bahawa kokurikulum dapat membangunkan kredibiliti individu yang menyertainya dan juga menyokong dapatan kajian oleh Hopen (2002) yang mendapati bahawa ciri kepimpinan seperti berkarisma boleh dibangunkan dalam diri pelajar melalui aktiviti luar bilik darjah. Secara keseluruhannya, kajian ini juga telah mengukuhkan lagi dapatan pengkaji dahulu berkaitan dengan kokurikulum dapat membangunkan kemahiran kepimpinan. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Shuriye (2011), Stan (2010), David & Myron (2007), Harvard (2006) yang mendapati aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian adalah tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bahari (2006), Terenzini,
  • 5. 49 Pascarella & Blimling (1996) dan Baxter (1992) yang mendapati bahawa pelajar tidak mengikuti kokurikulum kerana berasakan aktiviti kokurikulum hanya membuang waktu dan adalah lebih baik masa tersebut digunakan untuk mengulang kaji pelajaran. Kajian ini telah membuktikan bahawa kokurikulum boleh membangunkan kemahiran insaniah (soft Skills) termasuklah kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. Kemahiran insaniah (soft Skills) adalah kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri (Abd Malek dan Hamsah 2007 dan Kementerian PengajianTinggi 2006). Oleh itu, sewajarnya tanggapan negatif seperti menyertai kokurikulum unit beruniform seperti KRS hanya membazirkan wang dan masa tidak lagi wujud dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru. Guru yang mengajar kelas peperiksaan sewajarnya melihat penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai ramuan untuk menyediakan pelajar dengan menghadapi peperiksaan. Di samping itu, kokurikulum juga semestinya dilihat sebagai pelengkap dalam menuntut ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar di sesebuah organisasi pendidikan. PENUTUP Kokurikulum dilihat sebagai medium terbaik membangunkan kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti, kemahiran kepimpinan dapat diterap dan dilatih dalam diri pelajar sama ada disedari atau tidak. Dalam menjana modal insan kelas pertama, Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, kebolehan memimpin organisasi dan pemimpin yang berkarisma serta berwawasan. Pembangunan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk kemahiran berkomunikasi yang berkesan, seorang yang berkredibiliti dan berkarisma serta mempunyai keterampilan diri yang unggul. Kepimpinan adalah suatu kemahiran yang dapat dipelajari, dilatih dan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penglibatan yang menyeluruh pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Penguasaan kemahiran ini memberi kelebihan kepada pelajar dalam menyusuri kehidupan dan merealisasikan harapan Malaysia untuk menjadi negara maju. Berdasarkan kepentingan kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar, maka wajarlah pelajar mengambil inisiatif untuk memajukan diri dengan menanam kesedaran dalam diri di samping berusaha menguasai pelbagai kemahiran lain melalui aktiviti kokurikulum. Secara keseluruhannya, pembangunan kemahiran kepimpinan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kepada pembentukan generasi muda yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang unggul sebagai aset negara yang paling berharga dalam menyahut cabaran glokal dan global. RUJUKAN Abd Malek, A. & Hamsah, H. 2007. Kadet Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd. Adair, J. 1997. Leadership Skills. London: Chartered Institute of Personnel and Development. Ashaari, O. 2000. Pengurusan Persatuan Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bahari, J. F. 2002. Faktor-Faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah KebangsaanDaerahSeremban.JabatanPendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Maktab Perguruan Islam. Baxter, M. 1992. Co curricular influences on college students’ intellectual development. Journal of College Student Development, 33 (3): 203-213. David, L. T. & Myron, L.P. 2007. Participation in C0 Curricular Activities: Non Tradisional Student Perspective. College and University, 1 (83): 8. Gunter, H. M. 2001. Leaders and Leadership in Education. London: Paul Chapman Publishing. Hall, S. L., Forrester, S., & Borsz, M. 2008. A Constructivist Case Study Examining the Leadership Development of Undergraduate Students in Campus Recreational Sports. The Journal of College Students Development, 49 (2): 125-140. Harvard, M. S. 2006. Leadership and Competitive Excellence in Division 1 Athletics. Dicapai pada 26 Februari 2009 di http://www.canberra.edu.au/ secretariat/council/generic.html. Hopen, D. 2002. Guiding Corporate Behaviour. A Leadership Obligation, Not a Choice. Journal for Quality and Participation 24(4): 15-19. Hsu, T.C. (2012. Enhancing College Students’ Global Awareness through Campus Toastmasters Clubs. International Journal of Research Studies in Education, 1(1): 21-34. Jaafar, A. N. 2003. Membina Karisma. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Garcia, V. 2010. First-Generation College Students:
  • 6. 50 How Co-Curricular Involvement Can Assist with Success. The Vermount Connecetion, 31: 46-52. Gilchrist, N. & Gilchrist L. A. 2009. A Curricular- Co-Curricular Approach to Student Leadership Development. Research in Higher Education Journal, 3: 1-5. Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Moriana, J. A., Alos, F., Alcala, R., M. J. Herruzo, J. & Ruiz, R. 2006. Extra-Curricular Activities and Academic Performance in Secondry Students. Electronic Journal of Research in Educational Psychology, 4 (1): 35-46. Pusat Maklumat Rakyat. 2012. Rancangan Malaysia Kesembilan. Dicapai pada 8 Disember 2012, di http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ component/content/article/284-rancangan- malaysia/1354-rancangan-malaysia-kesembilan. html RohanidaA.M.&Mohd.SofianO.F.2002.Kepentingan Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Dalam Mohd. Sofian O. F., Aminuddin Y. dan Borhan Y. 2002. Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Shuriye, A. O. 2011. The Role of Credited Co- Curricular Programmes on the Internationalization on Infusing Values into Student’s Personality: The IIUM Model. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies, 2 (2): 100-107. Stan, I . 2010. Control as an Educational Tool and its Impact on the Outdoor Educational Process. Australian Journal of Outdoor Education, 41(2): 12-20. Terenzini, P. T., Pascarella, E. T. & Blimling, G. 1996. Student’s Out-of-Class Experience and Their Influence on Learning and Cognitive Development: A Literature Review. Journal of College Student Development, 37: 149-162. Ahmad Esa (Prof. Madya Dr.) Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Malaysia E-mel: ahmad@uthm.edu.my Siti Khadijah Ab Manap (Cik) 53 Lorong 3, Taman Dato Seri Razak, 34000 Taiping, Perak. Malaysia E-mel: Siti_comeii@yahoo.com