SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Baixar para ler offline
Penyakit Kelamin 
Pengenalan

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti
kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks
melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari
setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24
tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan
melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD                                                Organisma
Gonorea                                            bacteria Neisseria gonorrhoeae
Sifilis                                            bacteria Treponema pallidum
Non-gonococcal urethritis (NGU)                    Chlamydia trachomatis
Vaginal candidiasis                                Candida albicans (fungus)
Genital herpes                                     Herpes simplex virus type 1 & 2
Genital warts (Ketuat kemaluan)                    Human papilloma virus
HIV/AIDS                                           Human immunodeficiency virus
Hepatitis B                                        Hepatitis B virus
Trichomoniasis                                     Trichomonas vaginalis



Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?

Penyakit kelamin merebak melalui:

    •     Perhubungan seks
    •     Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani
dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B,
NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak
melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu
yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu
dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran
lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Chlamydia
Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit
mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir
dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar
lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang
zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)
Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan
atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan
doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)
Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-
tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan.
Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa
membuang air kecil.

Gonorrhoea
Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti
kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu
keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

Sifilis
Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis
ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit
mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

HIV
Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV
ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan
samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika
didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan
sukar melawan penyakit.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)
Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa
membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.

Trichomoniasis
Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV).
Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami
keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki
tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.
Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)
Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-
serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar
dalam.

Kudis buta (Scabies)
Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan.
Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

Kulat(Thrush)
Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-
bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar.

Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini
jika anda mengamalkan atau melakukan:

   •   Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
   •   Hubungan seks melalui dubur
   •   Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
   •   Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.

Diagnosa
Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti
dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia
antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang
zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerian
merangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah,
menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnya
sendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakit
ini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perlu
dilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan
pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).
Komplikasi
Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau
kemandulan.
Rawatan

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan
untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri
tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk
sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen
yang akan membekukan ketuat tersebut.


Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak
menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:
•   Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.
   •   Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.
   •   Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.
   •   Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat
       dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing
       setelah pulih.
   •   Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan
       tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan
       simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh
       mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres,
       banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di
       tempat panas.
   •   Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim
       atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.
   •   Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh
       badan dan dibasuh 24 jam kemudian.
   •   Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat
       mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti
       seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.
   •   Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia
       juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada
       jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.
   •   Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj),
       krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu
       dibahagian kemaluan.
   •   Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat
       cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi
       beberapa kali untuk beberapa sesi.
Pencegahan
Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif
dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda
digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum
berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda
digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan
jika didapati mengidap penyakit kelamin.


Kumpulan Sokongan

Majlis AIDS Malaysia

Semakan Akhir : 22 April 2008

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Siot Sapian
 
Tugas jururawat dan kerjayanya
Tugas jururawat dan kerjayanyaTugas jururawat dan kerjayanya
Tugas jururawat dan kerjayanya
sakura rena
 
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
Farhana Zainal
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Azman Adnan
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
Putry Lily
 

Mais procurados (20)

Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
PENGETAHUAN ASAS MENGENAI HIV
PENGETAHUAN ASAS MENGENAI HIVPENGETAHUAN ASAS MENGENAI HIV
PENGETAHUAN ASAS MENGENAI HIV
 
Minit mesyuarat kokurikulum 1 2019
Minit mesyuarat kokurikulum 1 2019Minit mesyuarat kokurikulum 1 2019
Minit mesyuarat kokurikulum 1 2019
 
kertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobikkertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobik
 
Hiv aids
Hiv aidsHiv aids
Hiv aids
 
Tugas jururawat dan kerjayanya
Tugas jururawat dan kerjayanyaTugas jururawat dan kerjayanya
Tugas jururawat dan kerjayanya
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
 
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatanTadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
 
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
 
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
 
Visi dan misi kpm
Visi dan misi kpmVisi dan misi kpm
Visi dan misi kpm
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
 
Kawalan infeksi
Kawalan infeksiKawalan infeksi
Kawalan infeksi
 
PENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATALPENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATAL
 
Aplikasi konsep 10 S
Aplikasi konsep  10 SAplikasi konsep  10 S
Aplikasi konsep 10 S
 
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitStrategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
Cystitis (medical)
Cystitis (medical)Cystitis (medical)
Cystitis (medical)
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Pusat Sumber Digital
Pusat Sumber DigitalPusat Sumber Digital
Pusat Sumber Digital
 
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
 

Semelhante a PenyakitKelamin (15)

Penyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksPenyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seks
 
Penyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan SeksPenyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan Seks
 
Hiv dan aids
Hiv dan aidsHiv dan aids
Hiv dan aids
 
Hiv dan aids
Hiv dan aidsHiv dan aids
Hiv dan aids
 
HIV/AIDS
HIV/AIDSHIV/AIDS
HIV/AIDS
 
Bab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusiaBab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusia
 
Gkk1043
Gkk1043 Gkk1043
Gkk1043
 
Penyakit tuberkulosis @ tibi dani
Penyakit tuberkulosis @ tibi daniPenyakit tuberkulosis @ tibi dani
Penyakit tuberkulosis @ tibi dani
 
Tugas TIK XII.IPS.4 SMA BATIK 2 SKA
Tugas TIK XII.IPS.4 SMA BATIK 2 SKA Tugas TIK XII.IPS.4 SMA BATIK 2 SKA
Tugas TIK XII.IPS.4 SMA BATIK 2 SKA
 
Gonorrhea
GonorrheaGonorrhea
Gonorrhea
 
Azela
AzelaAzela
Azela
 
Hepatitis b punca kanser hati
Hepatitis b punca kanser hatiHepatitis b punca kanser hati
Hepatitis b punca kanser hati
 
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
 
Demam denggi
Demam denggiDemam denggi
Demam denggi
 

Mais de Siti Mastura

Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nursesPoster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Siti Mastura
 
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
Siti Mastura
 
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
Siti Mastura
 
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_MgmntPrinciples_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Siti Mastura
 
fire fighting prevention
fire fighting preventionfire fighting prevention
fire fighting prevention
Siti Mastura
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Siti Mastura
 
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent VaporGuidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Siti Mastura
 
jurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and healthjurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and health
Siti Mastura
 
1-introductionbacteria
1-introductionbacteria1-introductionbacteria
1-introductionbacteria
Siti Mastura
 
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Siti Mastura
 
fault tree analysis
fault tree analysisfault tree analysis
fault tree analysis
Siti Mastura
 
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Siti Mastura
 
japanese encephalitis
japanese encephalitisjapanese encephalitis
japanese encephalitis
Siti Mastura
 
Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)
Siti Mastura
 
nominal group technique
nominal group techniquenominal group technique
nominal group technique
Siti Mastura
 
157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia
Siti Mastura
 

Mais de Siti Mastura (20)

Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nursesPoster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
 
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSESPSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
 
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
 
SPSS GUIDE
SPSS GUIDESPSS GUIDE
SPSS GUIDE
 
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
 
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_MgmntPrinciples_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
 
fire fighting prevention
fire fighting preventionfire fighting prevention
fire fighting prevention
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
 
stpfaulttree
stpfaulttreestpfaulttree
stpfaulttree
 
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent VaporGuidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
 
jurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and healthjurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and health
 
1-introductionbacteria
1-introductionbacteria1-introductionbacteria
1-introductionbacteria
 
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
 
fault tree analysis
fault tree analysisfault tree analysis
fault tree analysis
 
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
 
japanese encephalitis
japanese encephalitisjapanese encephalitis
japanese encephalitis
 
Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)
 
VECTOR CONTROL
VECTOR CONTROLVECTOR CONTROL
VECTOR CONTROL
 
nominal group technique
nominal group techniquenominal group technique
nominal group technique
 
157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia
 

PenyakitKelamin

  • 1. Penyakit Kelamin  Pengenalan Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda. Apakah jenis-jenis penyakit kelamin? Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat: STD Organisma Gonorea bacteria Neisseria gonorrhoeae Sifilis bacteria Treponema pallidum Non-gonococcal urethritis (NGU) Chlamydia trachomatis Vaginal candidiasis Candida albicans (fungus) Genital herpes Herpes simplex virus type 1 & 2 Genital warts (Ketuat kemaluan) Human papilloma virus HIV/AIDS Human immunodeficiency virus Hepatitis B Hepatitis B virus Trichomoniasis Trichomonas vaginalis Bagaimanakah penyakit kelamin merebak? Penyakit kelamin merebak melalui: • Perhubungan seks • Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea. Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.
  • 2. Tanda dan Gejala Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar. Chlamydia Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari. Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut. Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes) Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda- tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil. Gonorrhoea Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil. Sifilis Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot. HIV Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit. Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing. Trichomoniasis Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.
  • 3. Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk- serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam. Kudis buta (Scabies) Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam. Kulat(Thrush) Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik- bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar. Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan: • Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom, • Hubungan seks melalui dubur • Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau, • Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit. Diagnosa Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerian merangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah, menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnya sendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakit ini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perlu dilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll). Komplikasi Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau kemandulan. Rawatan Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:
  • 4. Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu. • Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik. • Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja. • Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih. • Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas. • Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu. • Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian. • Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat. • Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat. • Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan. • Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi. Pencegahan Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin. Kumpulan Sokongan Majlis AIDS Malaysia Semakan Akhir : 22 April 2008