Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Rangkaian komputer
1. RANGKAIANKOMPUTER
1. Rangkaian ialah sekumpulan peranti dan computer yang disambungkan
antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat, komunikasidan
perkongsian sumber.
2. Melalui rangkaian kita dapat mengakses data, perisian dan peranti yang
terdapat pada computer lain.
3. Rangkaian computer mempunyaidua sambungan iaitu tanpa
wayar(wireless) dan berwayar(wired).
4. Rangkaian ialah unit-unit dalam kumpulan atau systemyang berhubung
antara satu sama lain.
5. Maklumat kemudian disambungkan melalui internet kepada peranti
seperti computer dan telefon.
6. Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau
systemyang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan
kabel rangkaian.
7. Rangakaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau
systemyang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan
gelombang radio.
8. Antaracontoh kabel rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan
rangkaian adalah seperti berikut:
Kabel sepaksi
Kabel gentian optic
Kabel pasangan terpiuh bertebat
Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
9. Satu daripada kegunaan rangkaian komputer adalah untuk capaian
maklumat. Contoh capaian maklumat adalah mencari maklumat di web.
10.Rangkaian komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi. Antara
contoh komunikasiialah emel, bual maya dan sidang video.