1. Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________
SULIT
011
Bahasa
Melayu
Set 5
50 minit
JABATAN PELAJARAN PERAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
_____________________________________________
MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak
011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT
2. Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Amran______________adik di atas kerusi setelah penat melayari internet.
A Diduduki
B Dudukkan
C Menduduki
D Mendudukkan
2. Pelajar yang berdisiplin sentiasa mengamalkan _____________ yang baik.
A Tatasusila
B Tatabahasa
C Tatanama
D Tatanegara
3. Perdana Menteri menyatakan bahawa _____________akan melawat negara Perancis
pada akhir bulan ini.
A Dia
B Saya
C Beliau
D Baginda
4. ________________tuan-tuan memberikan kerjasama kepada petugas kami.
A Sila
B Harap
C Jemput
D Mari
5. Telur burung itu baru _______________pagi tadi.
A Menetas
B Merekah
C Memecah
D Mengeram
2
3. 6. Ramli ____________menyertai Pertandingan Rekacipta semasa di sekolah rendah.
A Akan
B Pernah
C Hendak
D Belum
7. Aktiviti gotong-royong membersihkan sungai itu telah diadakan ___________hari Sabtu
yang lalu.
A Di
B Pada
C Ke
D Kepada
8. Kakak Aminah terpilih sebagai ___________tercantik semasa memperagakan pakaian
itu.
A Seniwati
B Peragawati
C Peragawan
D Olahragawan
9. Halil dan Farid bermain ____________ padang sebelum pulang ke rumah.
A di tepi
B di tengah
C di antara
D di sisi
10. Puan Halimah memberikan se____________rantai kepada anaknya.
A Laras
B Bentuk
C Utas
D Urat
3
4. 11. Kumpulan pengakap itu menggunakan se___________kayu untuk membuat unggun
api.
A Potong
B Batang
C Berkas
D Laras
12. Sebagai _____________keluarganya,Siti Sarah sering mendapat apa sahaja yang
dihajati.
A anak angkat
B anak batu
C anak buah
D anak emas
13. Farhana _______________ ketika Cikgu Harun memberikan taklimat tentang Pameran
Robotik itu.
A telinga lintah
B tebal telinga
C pasang telinga
D tadah telinga
14. Fazlan mengecat ____________besi pada tingkap.
A Bebola
B Jeriji
C Kekunci
D Tetekan
15. Tandas awam itu berbau ___________kerana tidak dijaga dengan baik.
A Tengik
B Hanyir
C Hapak
D Hancing
4
5. 16. Pada cuti sekolah yang lalu,ayah membawa saya dan keluarga__________di Teluk
Batik.
A makan hati
B makan angina
C atas angina
D naik angina
17. Kelas itu riuh-rendah macam ___________kerana tiada guru.
A Pasar
B Tunggul
C Laut
D Harimau
18. Pak Abu menebang ____________pokok pinang di tepi rumahnya.
A Sehelai
B Sekeping
C Sebiji
D Sebatang
19. “Saya tidak mengetahui nama tempat itu kerana saya ___________ pernah pergi
ke sana ,”kata Hilal kepada Samsul.
A Belum
B Sedang
C Pernah
D Sudah
20. Adik ___________muka apabila melihat babak seram dalam filem itu.
A Meneka
B Mengeluh
C Mengaduh
D Menekup
5
6. 21. Seluar yang dipakai oleh budak itu amat sendat sekali
Perkataan seerti bagi sendat ialah
A Penuh
B kecil
C Ketat
D Comel
22. Pelancong itu memang jahil tentang budaya masyarakat negara ini
Perkataan berlawan bagi jahil ialah
A Masyhur
B Cekap
C Peka
D Ketat
Soalan 23
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
23. Sudah berapa lamakah datuk kamu bergiat dalam pembuatan wau tradisional ini?
A Sepanjang yang saya ingat hampir tiga puluh tahun.
B Sejak zaman mudanya datuk bergiat aktif dalam pembuatan wau tradisional.
C Datuk saya akan bergiat dalam pembuatan wau tradisional ini selama tiga puluh
tahun.
D Sudah tiga puluh tahun keluarga mendorong datuk saya bergiat dalam
pembuatan wau tradisional.
Soalan 24
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
24. Ya,dia anak angkat Tengku Imran.
A Mengapakah Saidatul tidak mempunyai ayah?
B Adakah Saidatul anak Tengku Imran?
C Siapakah ayah kepada Saidatul ?
D Betulkah Saidatul itu anak angkat Tengku Imran ?
6
7. Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25. Rohana ingin tahu apa yang dibuat oleh Mei Ling semalam
A “Kau buat apa semalam, Mei Ling?” tanya Rohana
B “Kau buat kerja itu semalam, Mei Ling?” tanya Rohana
C “Kau buat apa hari ini, Mei Ling?” tanya Rohana
D “Saya ingin tahu apa yang dibuat oleh Mei Ling semalam,” kata Rohana
26. “Masak lemak ini sedap dan tidak pedas ,”kata Nenek Pah kepada Firdaus.
A Nenek Pah dan Firdaus diberitahu bahawa masak lemak itu sedap dan tidak
terlalu pedas.
B Nenek Pah memberitahu Firdaus bahawa masak lemak itu sedap dan tidak
terlalu pedas.
C Firdaus memberitahu Nenek Pah bahawa masak lemak itu sedap dan tidal
terlalu pedas.
D Nenek Pah dan Firdaus memberitahu tentang masak lemak itu sedap dan tidak
pedas.
27. Lembu ini akan disembelih oleh Pak Dolah pada petang nanti.
A Pak Dolah akan disembelih oleh lembu ini pada petang nanti.
B Lembu ini akan menyembelih oleh Pak Dolah pada petang nanti.
C Pak Dolah akan menyembelih lembu ini pada petang nanti.
D Pada petang nanti, Pak Dolah akan disembelih oleh lembu ini.
Soalan 28 hingga Soalan 29
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
28. I Pendapatan Pak Leman amat kecil.
II Kecil betul rumah yang dibelinya itu.
III Budak yang masih kecil hendaklah ditegur jika melakukan kesalahan.
IV Dia berasa takut apabila terdengar suara orang ketawa kecil dari belakang.
A I, II dan III sahaja
B I, II,dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
7
8. 29. I Kemudahan internet jalur lebar semakin popular.
II Lebar rumah Hamidon adalah kira-kira 30 meter.
III Jalan kampung ini akan dilebar tidak lama lagi.
IV Senyumannya semakin lebar apabila menerima pujian.
A II dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
30. I Di waktu petang, dia bermain badminton.
II Hari raya disambut besaran-besaran di kampung saya.
III Dia tidak kenal akan sesiapa pun di sini.
IV Khadijah menunggu di situ sejak tadi.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III,dan IV sahaja
D I, II, III,dan IV
8
9. Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pak Samad duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah sawah padinya. Raut
mukanya kelihatan muram. Sudah tiga hari hujan tidak berhenti. Anak padi yang tumbuh
menghijau hampir tenggelam.
Pak Samad mengeluh sendirian. Dia melihat suatu kawasan kosong pada petak
sawahnya. Anak padi yang disemainya ada yang telah dihanyutkan. Selepas hujan berhenti, dia
terpaksa menanam anak padi semula di kawasan kosong itu.
“Apa yang direnungkan ,bapaknya? Macam besar sahaja masalah?” tanya Mak Tijah.
Mendengar suara isterinya, Pak Samad berpaling. Dia tersenyum melihat isterinya membawa
dulang berisi air dan kuih.
“Macam mana abang tak bimbang, maknya. Cuba maknya tengok air yang bergenang di
sawah. Kalau berterusan hujan, alamat matilah anak padi yang abang semai,” jelas Pak Samad
menyatakan kebimbangan.
“Satu lagi, kalau abang tak bekerja bagaimana dapur kita hendak berasap. Wang
simpanan kita semakin berkurangan,” tambah Pak Samad lagi.
Mak Tijah hanya diam sahaja. Apa yang dikatakan oleh suaminya itu ada
kebenarannya. Beras di dapur juga tinggal sedikit. Begitu juga dengan barang-barang dapur
yang lain.
31. Apakah pekerjaan Pak Samad?
A Penoreh getah
B Peladang
C Pesawah
D Nelayan
32. Mengapakah Pak Samad berasa bimbang?
A Hujan lebat tidak berhenti
B Anak padi tumbuh menghijau
C Dia tidak sihat
D Bimbang anak padinya mati
9
10. 33. Perkataan bergenang dalam petikan bermaksud
A Mengalir
B Bertakung
C Terbenam
D Berkocak
34. Di manakah Pak Samad dan isterinya minum petang?
A Ruang tamu
B Dapur
C Beranda
D Halaman rumah
35. Apakah akan terjadi sekiranya Pak Samad tidak bekerja?
A Dapur berhenti berasap
B Anak padi yang disemai akan mati
C Tiada sumber kewangan
D Wang simpanan semakin bertambah
10
11. Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Barat
Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Siantan telah mengambil bahagian dalam
Kejohanan Bola Baling Zon Barat. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah
Kebangsaan Kampung Jawa pada 25 hingga 27 April 2008. Seramai dua belas orang pemain
telah dipilih untuk mewakili sekolah kami ke kejohanan tersebut. Mereka telah dilatih oleh Puan
Rozita dan dibantu oleh Puan Sunita.
Sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada lima pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga. Dalam
perlawanan pertama, pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan telah berjaya menumpaskan
pasukan Sekolah Kebangsaan Makmur dengan jaringan 15 berbalas 8. Pada sebelah
petangnya pula, pasukan sekolah kami juga telah berjaya sekali lagi mengalahkan Sekolah
Kebangsaan Jerlun dengan jaringan 23 berbalas 20.
Pada hari kedua, pasukan sekolah kami berjaya mengalahkan pasukan Sekolah
Kebangsaan Kati tetapi kalah kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Jaya dengan
jaringan 12 -16. Walau bagaimananapun pasukan sekolah kami masih layak ke peringkat
separuh akhir.
Pada hari terakhir, pasukan sekolah kami telah berjaya menjadi juara. Kejayaan ini
menjadi satu sejarah kepada sekolah kerana menjadi juara peringkat Zon Barat tiga tahun
berturut-turut.
36. Apakah peranan Puan Sunita dalam Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan
Siantan?
A Pengurus pasukan
B Penolong jurulatih
C Jurulatih pasukan
D Pengawas pasukan
37. Berapa buah sekolahkah yang menyertai kejohanan ini?
A 3 buah
B 5 buah
C 12 buah
D 15 buah
11
12. 38. Bilakah tarikh yang menentukan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan layak ke
peringkat separuh akhir?
A 25 April
B 26 April
C 27 April
D 28 April
39. Pasukan manakah yang berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan?
A Sekolah Kebangsaan Kati
B Sekolah Kebangsaan Taman Jaya
C Sekolah Kebangsaan Jerlun
D Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
40. Pernyataan berikut adalah benar kecuali
A Pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan Berjaya menjadi juara sebanyak empat
kali.
B Kejohanan berlangsung selama tiga hari.
C Puan Rozita ialah jurulatih pasukan.
D Perlawanan dijalankan secara liga.
12