SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
MURID DAN ALAM BELAJAR
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan
rahmat keizinan-Nya saya dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Yang mana kedua nikmat
ini merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan ke atas hamba-Nya. Bersyukur juga kerana
telah dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya manfaatkan bagi
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek yang berkaitan dengan Permainan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah bagi subjek Murid Dan Alam Belajar ini iaitu Encik Salim Bin Md Amin yang telah
banyak mencurahkan ilmu kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat
yang diberikan, segala tunjuk ajar yang telah disampaikan akan saya manfaatkan dalam
kehidupan seharian. Beliau juga telah banyak memberikan bimbingan dan dorongan bagi
saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.
Seterusnya, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang senantiasa memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada saya agar saya terus
cemerlang dalam bidang yang diceburi ini. Ibubapa saya telah banyak berkorban demi
memastikan saya dapat mencapai apa yang saya hajatkan. Mereka juga telah banyak
memberi bimbingan dan dorongan untuk saya siapkan kerja kursus yang diberikan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
banyak membantu dalam proses mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan kerja
kursus pendek ini. Masa yang terluang dimanfaatkan dengan mengadakan perbincangan
kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang banyak membantu saya bersama-sama mencari maklumat dan
berkongsi pandangan dan pendapat bagi lebih memudahkan tugas saya untuk menyiapkan
tugasan ini..
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung.
Semoga dengan usaha murni ini diberi ganjaran oleh Allah. Semoga kita sentiasa dalam
rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin. Sekian, terima kasih.
MURID DAN ALAM BELAJAR
2
BAHAGIAN A
PERMAINAN TRADISIONAL : TUJU LUBANG
Asal – Usul
Permainan sarang lebah merupakan atau permainan yang berasal daripada
permainan tuju lubang merupakan suatu permainan yang terdapat di Sedanau, Kecamatan
Bunguran, Kepulauan Riau. Penamaan permainan ini ada kaitannya dengan kegiatan
pemainnya yang berusaha untuk melontarkan kerang ke arah/ menuju sebuah lubang. Awal
mula permainan ini, konon berasal dari kegiatan para nelayan yang disebut berkarang.
Berkarang adalah bagian dari pekerjaan kaum nelayan yang dilakukan dengan cara
menggali pasir di sekitar pantai untuk mendapatkan kerang kelimpat. Selain mengumpulkan
kelimpat, berkarang juga dimanfaatkan oleh para nelayan untuk memberi pelajaran awal
kepada anak-anaknya dalam memanfaatkan hasil laut, sebelum mereka ikut mencari ikan di
laut lepas. Kelimpat-kelimpat yang didapatkan dari kegiatan berkarang tersebut, selanjutnya
akan dibawa ke rumah untuk dikonsumsi seluruh anggota keluarga. Kelimpat-kelimpat yang
telah dikonsumsi itu, biasanya kulitnya akan dibuang di sembarang tempat, di sekitar
pekarangan atau kolong rumah panggung para nelayan. Dan, kulit-kulit yang banyak
berserakan di sekitar rumah oleh anak-anak akhirnya dijadikan sebagai alat untuk bermain
dengan cara melemparkannya ke sebuah lubang dan diberi nama tuju lubang. Lama-
kelamaan, permainan tuju lubang tidak hanya digemari oleh anak-anak nelayan saja,
melainkan juga oleh anak-anak kaum bangsawan pada masa kekuasaan Sultan Riau abad
XVIII. Pada masa itu, anak-anak kaum bangsawan tidak menggunakan kulit kerang sebagai
peralatan bermainnya, melainkan telah menggunakan uang-uang sen yang lebih berat dan
relatif mudah mengenai sasaran ketika dilemparkan.
Seiring dengan perkembangan zaman, permainan tuju lubang tidak hanya
menggunakan kulit kerang kelimpat dan wang sen, melainkan juga dengan penutup botol
minuman. Permainan dengan menggunakan tutup botol minuman dan wang syiling
biasanya dilakukan oleh anak-anak di kota-kota di daerah Riau seperti Pekanbaru dan
Tanjungpinang dengan sebutan permainan selubang. Sedangkan anak-anak yang tinggal di
sekitar pantai umumnya masih menggunakan kulit kerang sebagai alat permainannya.
MURID DAN ALAM BELAJAR
3
Alat Permainan
Peralatan yang digunakan adalah seperti kulit kerang, tutup botol minuman serta
duit syiling. Peralatan tersebut nantinya ada yang digunakan sebagai alat untuk melontar
dan ada yang dijadikan sebagai taruhan. Tuju lubang dapat dikategorikan sebagai
permainan individual, dengan jumlah pemain antara 2--5 orang.
Tempat Permainan
Permainan tuju lubang ini tidak memerlukan tempat yang khusus. Ia dapat dimainkan
di mana saja, asalkan di atas tanah. Jadi, permainan ini dapat dimainkan di tepi pantai, di
tanah lapang, atau di pekarangan rumah. Di dalam tempat permainan tersebut akan dibuat
garis persegi empat yang berukuran sekitar 2 x 2 meter yang di tengahnya dibuat sebuah
lubang sebesar telur ayam dengan kedalaman sekitar 2 ruas jari telunjuk. Kemudian akan
dibuat sebuah garis batas lontaran yang jaraknya sekitar 6-12 langkah kaki pemain
(ukurannya bergantung kepada kesepakatan).
Cara Bermain Permainan Tuju Lubang
Cara bermain permainan tuju lubang adalah sebagai berikut :
1) Ketika melontar, salah satu tangan harus melebihi garis batas lontaran.
2) Pelontar akan didenda satu buah (kulit/cangkang kerang, tutup botol atau syiling) bila
buah yang dilontarkan mengenai buah lawan yang telah lebih dahulu dilemparkan.
3) Pelontar akan didenda satu buah apabila tagan yang dilontarkannya masuk ke lubang.
4) Lontaran dianggap gagal, apabila tidak berhasil mengenai tagan sasaran;
5) Bila buah yang dilontarkan berhimpit dengan buah sasaran, maka lontaran dinyatakan
tidak sah.
6) Lontaran juga dianggap tidak sah apabila buah yang dilempar dan buah sasaran masuk
ke dalam lubang.
Terdapat empat tahap yang harus dilalui atau dilakukan dalam permainan ini.
Pertama, penentuan jumlah taruhan, iaitu masing-masing peserta akan bermusyawarah
untuk menentukan jumlah buah taruhan yang harus disediakan oleh setiap peserta. Jumlah
buah yang biasanya dijadikan taruhan 5 -12 buah, sebab jika terlalu banyak permainan
menjadi tidak menarik dan akan cepat selesai. Kedua, tikam undi (pengundian), iaitu
sebelum mulai bermain, akan dilakukan pengundian terlebih dahulu, dengan cara
MURID DAN ALAM BELAJAR
4
melontarkan buah ke arah lubang. Pemain yang dapat memasukkan buahnya ke dalam
lubang akan memulakan permainan. Namun, apabila tidak ada seorang pun yang dapat
memasukkan buahnya ke dalam lubang, maka buah sesiapa yang paling dekat dengan
lubang akan memulakan permainan. Apabila buah yang dilontarkan mengenai buah lawan
yang terlebih dahulu dilontarkan, maka seluruh peserta harus melontarkan kembali buahnya.
Ketiga, membuang taruhan. Pemain yang mendapat peluang memulakan permainan akan
mengumpulkan buah taruhan dari setiap pemain untuk dilontarkan ke arah lubang. Apabila
buah yang dilontarkan ada yang masuk ke lubang, maka buah tersebut dapat diambil dan
menjadi milik si pelontar. Sedangkan buah lain yang tidak masuk lubang, akan ditunjuk
pemain lawan untuk dikenai oleh si pelontar.
Buah yang ditunjuk biasanya adalah buah yang posisinya sukar untuk dituju, atau
apabila terkena buah yang lain. Keempat, tikam (melontar), iaitu pemain akan memulakan
lontaranya buahnya ke arah buah sasaran. Apabila dapat mengenai buah yang ditunjuk
lawan, maka si pelontar berhak mengambil seluruh buah taruhan yang berada di sekitar
lubang. Kelima, tukar bawa. Apabila tidak ada satu buah taruhan pun yang dapat dikenai,
maka pelontar harus digantikan oleh pemain yang lain. Pemain yang dapat mengumpulkan
buah taruhan paling banyak dinyatakan sebagai pemenang.
MURID DAN ALAM BELAJAR
5
INOVASI DARIPADA PERMAINAN TUJU LUBANG :
PERMAINAN SARANG LEBAH
LATAR BELAKANG
Melihat kepada fungsi Permainan Tuju Lubang yang agak terhad bagi proses
pengajaran dan pembelajaran, maka satu inovasi dalam permainan congkak ini perlu
dibentuk supaya permainan ini bukan sahaja mendatangkan lebih banyak manfaat malah
dapat memastikan permainan tradisional ini tidak luput begitu sahaja. Anak-anak muda yang
lahir generasi kini semakin hari semakin melupakan permainan-permainan tradisional seperti
ini malah lebih berminat dengan permainan-permainan yang di moden. Maka kami namakan
permainan ini sebagai permainan ‘Sarang Lebah’ yang diinovasikan daripada permainan
tuju lubang.
Permainan Tuju Lubang ini boleh diubah suai dari segi cara permainannya supaya
ianya juga boleh dijadikan permainan yang sesuai dimainkan di dalam bilik darjah. Guru
boleh menerangkan peraturan dan cara untuk bermain Permainan Tuju Lubang yang telah
diubah suai ini supaya murid-murid memahami konsep, peraturan dan cara permainannya.
ALAT PERMAINAN
Dalam permainan sarang lebah, peralatan utama yang diperlukan untuk bermain
permainan ini ialah bola pimpong dan sekeping ‘cardboard’ yang berfungsi sebagai sarang
lebah. ‘Cardboard’ yang digunakan biasanya diperbuat daripada beberapa keeping papan
nipis yang mempunyai antara 60 cm panjang dan 24 cm lebar. Papan ini berbentuk seperti
petak dan bahagian atasnya terdapat beberapa baris lubang. Setiap baris mempunyai lima
atau tujuh lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat. Lubang-lubang ini
dikenali sebagai “kampung”.
Bola pimpong pula terdiri daripada jenis bola pimpong yang standard iaitu
mempunyai daya lantunan antara 60 cm hinnga 100 cm apabila dilantunkan. Selain daripada
bola pimpong, bola yang sering digunakan juga ialah bola tenis, bola getah dan semua jenis
bola yang melantun apabila dilontarkan. Bola-bola yang digunakan hendaklah bersaiz
sederhana supaya mudah memegangnya semasa bermain. Tambahan pula, lubang
kampung yang bersaiz besar memerlukan buah yang bersaiz sederhana untuk memenuhi
lubang tersebut.
MURID DAN ALAM BELAJAR
6
Jumlah bola yang digunakan adalah bergantung kepada individu itu sendiri, jika 3
bola digunakan, maka 3 bola yang tersebut juga digunakan oleh semua pemain. kepada
jumlah lubang kampung. Semakin banyak lubang kampung, semakin mudah pemain untuk
mendapat mata.
CARA BERMAIN PERMAINAN SARANG LEBAH
Permainan sarang lebah ini sesuai dimainkan didalam kelas kerana tujuan utama
permainan ini diinovasikan daripada permainan tradisional tuju lubang adalah untuk
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan ini adalah berkonsepkan
keseronokan memandangkan murid-murid yang suka akan aktiviti yang memberi keriangan
kepada mereka. Contohnya, guru melakukan permainan sarang lebah di dalam kelas ketika
matapelajaran Pendidikan Islam. Topik yang di ajar adalah membentuk suku kata jawi.
Menggunakan konsep permainan sarang lebah, guru menyediakan sebuah papan atau
‘cardboard’ yang mempunyai lubang. Setiap lubang mempunyai huruf-huruf jawi atau suku
kata huruf jawi. Murid akan melontarkan bola pingpong dari satu jarak yang ditetapkan.
Apabila bola pingpong berjaya dimasukkan di dalam lubang yang terdapat di dalamnya huruf
jawi, murid akan mengambil huruf jawi tersebut dan menampalkan huruf jawi tersebut di
papan putih. Kemudian murid lain akan melakukan perkara yang sama sehinggalah satu
perkataan terbentuk melalui gabungan huruf-huruf jawi tersebut. Contohnya, murid pertama
mendapat huruf ‘Jim’ dan murid kedua mendapat huruf ‘mim’. Maka terbentuklah perkataan
jam.
PERMAINAN SARANG LEBAH DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM
Bagi memastikan permainan Sarang Lebah ini boleh dijadikan sebagai permainan yang
berilmiah dan boleh memberi nilai tambah kepada pelajar semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, maka beberapa tajuk dan unit kecil bagi subjek Pendidikan
Islam telah diaplikasikan dalam permainan ini.
Antaranya ialah memasukkan pembelajaran “huruf-huruf hija’iyah” didalam permainan ini.
Gambaran bagi gabungan permainan dan subjek Pendidikan Islam ini ditunjukkan dalam
bentuk bergambar supaya lebih jelas dan mudah difahami.
MURID DAN ALAM BELAJAR
7
Gambar 1
Gambar 1 : Gambar ini merupakan bahan atau alatan yang digunakan semasa permainan
Sarang Lebah. Permainan ini dimulakan dengan membaling buah ping pong dari jarak yang
tertentu kedalam “rumah” iaitu lubang-lubang yang dibuat daripada gelas-gelas polistrin
seperti yang tertera didalam gambar. Pada masa yang sama, huruf-huruf hijaiyah akan
dimasukkan kedalam “rumah”. Murid-murid akan membaling buah ping pong kedalam
“rumah” kemudiannya mengambil batang-batang yang bergambar dengan gambar huruf
hijaiyah tersebut dan guru akan meminta murid-murid untuk menyebutkan huruf yang
diperoleh hasil daripada balingan bola ping pong kedalam “rumah”.
MURID DAN ALAM BELAJAR
8
GAMBAR 2
Gambar 2 : Ini merupakan gambar buah ping pong yang di lukis gambar lebah padanya.
Gambar buah ping pong ini dilukis seumpama gambar lebah bagi menarik minat murid untuk
bermain permainan ini. Buah ping pong ini merupakan buah yang akan digunakan untuk di
masukkan kedalam “rumah” yang diperbuat daripada gelas polistrin sebelum huruf-huruf
hijaiyah diambil daripada gelas yang mana buah ping pong masuk kedalamnya. Setiap
individu diberi peluang sebanyak 2 kali dengan dua biji buah ping pong.
Gambar 3
MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di negara kita,
Malaysia. Antaranya ialah permainan tuju lubang, congkak, permainan batu seremban,
permainan gasing, wau dan sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan
biasa malah, ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang
melibatkan diri dalam sukan rakyat ini.
MURID DAN ALAM BELAJAR
9
Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di
Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan
iaitu pertama ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi
pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif
(intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial.
Permainan sukan rakyat tuju lubang dan telah diinovasiakan oleh kami menjadi
permainan sarang lebah ini dapat mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal
ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan ini dapat
mengembangkan kemahiran mengawal pergerakan tangan. Permainan ini yang lama akan
menyebabkan tangan menjadi lenguh oleh itu latihan yang baik boleh dilakukan.
Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus
kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh
kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang
dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk,
1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat
mereka sendiri.
Selain itu, permainan sarang lebah ini juga dapat mengembangkan perkembangan
diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih
difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri
dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing-
masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran
mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung.
Di samping itu, permainan ini memerlukan kecekapan kita dalam meletakkan bola-
bola pada tempatnya mengikut bilangannya pada masa yang sesuai.
Menerusi perkembangan sosial,kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak-
kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan
sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat
menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid
berupaya untuk belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari
MURID DAN ALAM BELAJAR
10
nilai menghargai alam sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati
nilai budaya.
BAHAGIAN B
MURID DAN ALAM BELAJAR
11
REFLEKSI
NAMA : ZULADLI BIN ABD AZIZ
Untuk bahagian refleksi ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang
menyelesaikan kerja kursus pendek ini. Pada 1 Ogos 2013, saya dan rakan-rakan saya
diberi taklimat yang berkaitan dengan kerja kursus pendek ini oleh pensyarah kami iaitu
Encik Salim. Tugasan projek ini adalah berkaitan dengan matapelajaran Murid dan Alam
Belajar. Setelah kami diberi taklimat, maka bermulalah proses melaksanakan tugasan.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan telah membuat satu tinjauan ringkas
bagi mengkaji kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanak serta teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki
mengkaji satu permainan tradisional dan menerangkan kategori jenis permainan tersebut
untuk diinovasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek major. Setelah
data dikumpul, saya dan rakan saya mempersembahkan maklumat tersebut dengan
perwakilan data yang kami fikirkan sesuai berdasarkan kefahaman dan ciri-ciri perwakilan
data yang telah kami pelajari.
Saya telah banyak melakukan rujukan dan juga perbincangan bersama pensyarah
dan juga rakan-rakan. Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pusat sumber IPG Kampus
Dato Razali Ismail untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan Permainan Tradisional.
Saya juga telah meminjam beberapa buku yang berkaitan dengan motivasi murid dari pusat
sumber. Hasilnya, hal tersebut banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
pendek yang diberikan. Selain itu juga,saya juga telah berjumpa dengan pensyarah saya
untuk berbincang mengenai tugasan.Dengan itu, saya telah memperoleh maklumat yang
lebih kukuh dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus pendek saya. Saya juga
telah berbincang dengan pensyarah mengenai cara-cara dan format untuk melaksanakan
tugasan ini dan saya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pensyarah.
MURID DAN ALAM BELAJAR
12
Disamping itu juga,saya juga telah membuat perbincangan bersama rakan-rakan
saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama
yang diberikan oleh rakan saya. Mereka sangat komited apabila saya memerlukan bantuan
daripada mereka. Kami saling bantu membantu serta saling bertukar pendapat untuk
memperoleh isi yang bernas sebelum dimasukkan ke dalam kertas kerja kami.
Saya dan dua orang rakan saya telah berbincang bersama untuk melakukan suatu
permainan tradisional yang diinovasikan bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Kami telah menginovasikan permainan tradisional yang bernama Tuju
Lubang. Hasil inovasi kami dalam permainan ini, kami menamakan permainan yang telah
diinovasikan tersebut dengan nama Sarang Lebah. Permainan ini amat mudah dan sesuai
dilakukan didalam kelas terutamanya dalam subjek major kami, Pendidikan Islam. Kami
telah menekankan konsep kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid dalam
permainan ini. Kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami lakukan dalam
membantu mempertikatkan lagi mutu pengajaran di dalam kelas melalui kaedah bermain.
Permainan yang saya dan rakan-rakan saya reka adalah sangat bersesuaian dengan murid-
murid sekolah terutamanya murid tahap 1 yang terdiri daripada tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.
Melalui pemerhatian yang telah kami lakukan terhadap permainan yang telah
diinovasikan ini, permainan ini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Permainan yang telah diinovasikan ini juga dapat membantu merangsang motivasi murid
secara intrinsik dan ekstrinsik. Perkara ini boleh dibuktikan apabila murid-murid terlibat
secara aktif dalam permainan ini di dalam kelas. Murid-murid juga dapat memberikan
kerjasama yang baik kerana setiap murid ingin mencuba permainan yang telah diinovasikan
tersebut.
Secara keseluruhannya, perkara-perkara diatas telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam melaksanakan tugasan ini. Saya mengambil masa selama hampir sebulan
untuk menyiapkan kerja kursus ini dan saya amat bersyukur serta berpuas hati dengan
tugasan yang diberikan ini. Dalam proses menyiapkan kerja kursus subjek Murid dan Alam
Belajar ini, secara tidak langsung terdapat banyak ilmu baru yang boleh saya dan rakan-
rakan ambil untuk membantu mempertikatkan lagi kemahiran asas dalam profesion
perguruan contohnya seperti teknik-teknik mengajar yang berkesan.
MURID DAN ALAM BELAJAR
13
REFLEKSI
NAMA : MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA
Setinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan
keizinan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Salim Bin Muhammad Amin di atas segala
pengorbanan dan curahan ilmu yang diberikan kepada kami sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Tambahan pula Encik Salim sangat memahami kami dalam menyiapkan
tugasan ini dengan memberi lebih masa bagi proses menyiapkan bahan-bahan
permainan tradisional ini.
Alhamdulillah, pada semester ini kami telah diajar mengenai mata pelajaran Murid
dan Alam Belajar. Sehubungan itu, kami telah diberikan satu tugasan untuk
melaksanakan satu permainan tradisional yang dapat di inovasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif tugasan ini ialah menerangkan kategori
dan jenis permainan yang boleh diinovasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, mengaplikasikan inovasi permainan dalam pembelajaran dan yang terakhir
ialah mengaitkan aktiviti permainan dan peranan motivasi dalam merangsang minat
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Permainan yang telah diinovasikan ini iaitu permainan Sarang Lebah adalah cetusan
idea daripada permainan tradisional yang bernama Tuju Lubang. Melihat kepada
permainan yang pernah menjadi kesukaan salah seorang daripada ahli kumpulan kami
iaitu Asyraf Hakimi Bin Budin, maka beliau telah mencadangkan supaya permainan Tuju
Lubang ini supaya diinovasikan. Idea demi idea dilontarkan bertujuan mewujudkan
permainan Tuju Lubang yang releven dimainkan oleh murid-murid pada masa kini
MURID DAN ALAM BELAJAR
14
didalam kelas dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar
didalam kelas bagi subjek major kami.
Pada permulaan tugasan ini, kami membahagi-bahagikan tugasan ini kepada setiap
ahli kumpulan dan Alhamdulillah tugasan ini dapat disiapkan dengan teliti dan cepat.
Walaubagaimanapun , kami juga berhadapan dengan beberapa masalah kecil namun
dapat diatasi. Antaranya ialah bahan yang kami beli untuk tugasan ini seperti “cardboard”
tidak menepati dengan warna yang sepatutnya. Bagi saya “cardboard” berwarna hitam
tidak sesuai dijadikan sebagai warna bagi rumah lebah kerana kebiasaanya murid-murid
lebih mengetahui warna sarang lebah adalah bewarna oren. Namun begitu kami telah
cuba sebaik mungkin untuk menampakkan “cardboard” ini seolah-olah sarang lebah
dengan melekatkan beberapa helai kertas A4 bewarna oren yang telah di gunting kemas
menepati ciri-ciri sebuah sarang lebah yang kami kehendaki.
Tambahan pula,kos untuk menyiapkan bahan-bahan bagi permainan ini tidaklah
terlalu mahal kerana kebanyakkan bahan merupakan bahan yang sudah sedia ada oleh
saya dan ahli kumpulan. Idea demi idea dicurahkan hatta semasa proses pembuatan
Permainan Sarang Lebah ini juga masih terdapat idea-idea bernas yang dilontarkan
lantas beberapa perubahan daripada idea yang asal telah dibuat pada bahan permainan
yang telah diinovasikan ini.
Keberkesanan aktiviti ini mungkin dapat dilihat daripada sudut cara muird-murid
menerima sesuatu ilmu itu. Hal ini bermakna murid-murid tidaklah ditutupkan
pemikirannya dengan mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
didalam kelas hanyalah proses dimana pelajar hanya duduk diatas kerusi dan guru
memberikan ilmu dan penerangan, malah murid-murid lebih terbuka pemikirannya
dengan anggapan terdapat juga cara lain yang memungkin sesuatu ilmu boleh diperoleh
oleh murid-murid dengan lebih berkesan.
Jiwa murid-murid yang sangat suka untuk bermain telah dijadikan sebagai faktor
penyebab kepada kami sebagai bakal guru perlu berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif
supaya murid-murid dapat memperoleh ilmu dengan cara yang lebih serasi dengan jiwa
murid-murid. Dengan inovasi yang telah dilakukan daripada permainan tradisional Tuju
Lubang menjadi permainan yang lebih menarik perhatian murid dan sesuai untuk
dijadikan iaitu permainan Sarang Lebah diharap dapat dijadikan sebagai antara
permainan yang mampu membentuk serta merangsang motivasi murid secara intrinsic
dan ekstrinsik.
MURID DAN ALAM BELAJAR
15
Melalui permainan ini, murid-murid bukan sahaja lebih berminat untuk belajar subjek
Pendidikan Islam dan rajin datang kesekolah, malah diharap dapat memupuk semangat
bekobar-kobar untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Hal ini kerana permainan ini
memerlukan kepada semangat berlumba-lumba untuk memastikan kejayaan kumpulan
masing-masing semasa bermain.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Encik
Salim Bin Muhammad Amin kerana banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar
dan masa yang mencukupi untuk kami menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja
sebaik-baik pemberi ganjaran kepada beliau. Juga kepada rakan-rakan sekelas yang
banyak membantu meminjamkan pelbagai peralatan semasa proses menyiapkan
tugasan ini. Di harapkan tugasan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana
ianya memberi banyak kesan positif dan nilai tambah kepada kami bakal guru. Sekian,
terima kasih.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

T1 a1
T1 a1T1 a1
T1 a1yysy
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Hoods Comel
 
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...university of medan
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanRazah Dollah
 
Teks penutup karnival bola jaring
Teks penutup karnival bola jaringTeks penutup karnival bola jaring
Teks penutup karnival bola jaringNajiyah Jiyah
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanUstZulZul
 
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayuPermainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayubmhairul10
 
16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat 16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat Ting Ting Fiona
 

Mais procurados (11)

T1 a1
T1 a1T1 a1
T1 a1
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sks 2015
 
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...
Tugas komputer 2PENGEMBANGAN MOTORIK KASAR MELALUI PERMAINAN ULAR NAGA PANJAN...
 
Permainan tradisi
Permainan tradisiPermainan tradisi
Permainan tradisi
 
Sb (8)
Sb (8)Sb (8)
Sb (8)
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks penutup karnival bola jaring
Teks penutup karnival bola jaringTeks penutup karnival bola jaring
Teks penutup karnival bola jaring
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayuPermainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
 
16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat 16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat
 

Semelhante a Edu

Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2Mitha Ye Es
 
Permainan Tradisional Kelompok 3
Permainan Tradisional  Kelompok 3Permainan Tradisional  Kelompok 3
Permainan Tradisional Kelompok 3Mitha Ye Es
 
PERMAINAN TRADISONAL.pptx
PERMAINAN TRADISONAL.pptxPERMAINAN TRADISONAL.pptx
PERMAINAN TRADISONAL.pptxJpanjul
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitSherly Jewinly
 
CTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan TradisionalCTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan Tradisionaltainiashimadai
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional  Kelompok 4Permainan Tradisional  Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4Mitha Ye Es
 
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptx
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptxOLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptx
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptxTeguhIlhamLubis
 
Artikel untuk wettpade
Artikel untuk wettpadeArtikel untuk wettpade
Artikel untuk wettpadeoutboundbogor1
 
child free day
child free daychild free day
child free dayjuni apri
 
Pmainan batu seremban
Pmainan batu seremban Pmainan batu seremban
Pmainan batu seremban fitri norlida
 
permainan tradisional
permainan tradisional permainan tradisional
permainan tradisional Mitha Ye Es
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfmuhtaromcomputer
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeNazirah Umar
 
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASPERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASbmhairul10
 
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarAtok Shila
 

Semelhante a Edu (20)

Kartu remi
Kartu remiKartu remi
Kartu remi
 
Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2
 
Permainan Tradisional Kelompok 3
Permainan Tradisional  Kelompok 3Permainan Tradisional  Kelompok 3
Permainan Tradisional Kelompok 3
 
PERMAINAN TRADISONAL.pptx
PERMAINAN TRADISONAL.pptxPERMAINAN TRADISONAL.pptx
PERMAINAN TRADISONAL.pptx
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
 
CTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan TradisionalCTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan Tradisional
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional  Kelompok 4Permainan Tradisional  Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4
 
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptx
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptxOLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptx
OLAHRAGA REKEASI TRADISIONAL DAN MODERN.pptx
 
Artikel untuk wettpade
Artikel untuk wettpadeArtikel untuk wettpade
Artikel untuk wettpade
 
child free day
child free daychild free day
child free day
 
Pmainan batu seremban
Pmainan batu seremban Pmainan batu seremban
Pmainan batu seremban
 
permainan tradisional
permainan tradisional permainan tradisional
permainan tradisional
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
 
Guli
GuliGuli
Guli
 
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASPERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
 
Dolanan tradisional
Dolanan tradisionalDolanan tradisional
Dolanan tradisional
 
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
 
1-160927164912.pdf
1-160927164912.pdf1-160927164912.pdf
1-160927164912.pdf
 
LATIHAN DASAR KEPEMIMPINAN
LATIHAN DASAR KEPEMIMPINANLATIHAN DASAR KEPEMIMPINAN
LATIHAN DASAR KEPEMIMPINAN
 

Último

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 

Último (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

Edu

  • 1. MURID DAN ALAM BELAJAR 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan rahmat keizinan-Nya saya dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Yang mana kedua nikmat ini merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan ke atas hamba-Nya. Bersyukur juga kerana telah dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya manfaatkan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus pendek yang berkaitan dengan Permainan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi subjek Murid Dan Alam Belajar ini iaitu Encik Salim Bin Md Amin yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat yang diberikan, segala tunjuk ajar yang telah disampaikan akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah banyak memberikan bimbingan dan dorongan bagi saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Seterusnya, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang senantiasa memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada saya agar saya terus cemerlang dalam bidang yang diceburi ini. Ibubapa saya telah banyak berkorban demi memastikan saya dapat mencapai apa yang saya hajatkan. Mereka juga telah banyak memberi bimbingan dan dorongan untuk saya siapkan kerja kursus yang diberikan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam proses mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Masa yang terluang dimanfaatkan dengan mengadakan perbincangan kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya bersama-sama mencari maklumat dan berkongsi pandangan dan pendapat bagi lebih memudahkan tugas saya untuk menyiapkan tugasan ini.. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan usaha murni ini diberi ganjaran oleh Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin. Sekian, terima kasih.
  • 2. MURID DAN ALAM BELAJAR 2 BAHAGIAN A PERMAINAN TRADISIONAL : TUJU LUBANG Asal – Usul Permainan sarang lebah merupakan atau permainan yang berasal daripada permainan tuju lubang merupakan suatu permainan yang terdapat di Sedanau, Kecamatan Bunguran, Kepulauan Riau. Penamaan permainan ini ada kaitannya dengan kegiatan pemainnya yang berusaha untuk melontarkan kerang ke arah/ menuju sebuah lubang. Awal mula permainan ini, konon berasal dari kegiatan para nelayan yang disebut berkarang. Berkarang adalah bagian dari pekerjaan kaum nelayan yang dilakukan dengan cara menggali pasir di sekitar pantai untuk mendapatkan kerang kelimpat. Selain mengumpulkan kelimpat, berkarang juga dimanfaatkan oleh para nelayan untuk memberi pelajaran awal kepada anak-anaknya dalam memanfaatkan hasil laut, sebelum mereka ikut mencari ikan di laut lepas. Kelimpat-kelimpat yang didapatkan dari kegiatan berkarang tersebut, selanjutnya akan dibawa ke rumah untuk dikonsumsi seluruh anggota keluarga. Kelimpat-kelimpat yang telah dikonsumsi itu, biasanya kulitnya akan dibuang di sembarang tempat, di sekitar pekarangan atau kolong rumah panggung para nelayan. Dan, kulit-kulit yang banyak berserakan di sekitar rumah oleh anak-anak akhirnya dijadikan sebagai alat untuk bermain dengan cara melemparkannya ke sebuah lubang dan diberi nama tuju lubang. Lama- kelamaan, permainan tuju lubang tidak hanya digemari oleh anak-anak nelayan saja, melainkan juga oleh anak-anak kaum bangsawan pada masa kekuasaan Sultan Riau abad XVIII. Pada masa itu, anak-anak kaum bangsawan tidak menggunakan kulit kerang sebagai peralatan bermainnya, melainkan telah menggunakan uang-uang sen yang lebih berat dan relatif mudah mengenai sasaran ketika dilemparkan. Seiring dengan perkembangan zaman, permainan tuju lubang tidak hanya menggunakan kulit kerang kelimpat dan wang sen, melainkan juga dengan penutup botol minuman. Permainan dengan menggunakan tutup botol minuman dan wang syiling biasanya dilakukan oleh anak-anak di kota-kota di daerah Riau seperti Pekanbaru dan Tanjungpinang dengan sebutan permainan selubang. Sedangkan anak-anak yang tinggal di sekitar pantai umumnya masih menggunakan kulit kerang sebagai alat permainannya.
  • 3. MURID DAN ALAM BELAJAR 3 Alat Permainan Peralatan yang digunakan adalah seperti kulit kerang, tutup botol minuman serta duit syiling. Peralatan tersebut nantinya ada yang digunakan sebagai alat untuk melontar dan ada yang dijadikan sebagai taruhan. Tuju lubang dapat dikategorikan sebagai permainan individual, dengan jumlah pemain antara 2--5 orang. Tempat Permainan Permainan tuju lubang ini tidak memerlukan tempat yang khusus. Ia dapat dimainkan di mana saja, asalkan di atas tanah. Jadi, permainan ini dapat dimainkan di tepi pantai, di tanah lapang, atau di pekarangan rumah. Di dalam tempat permainan tersebut akan dibuat garis persegi empat yang berukuran sekitar 2 x 2 meter yang di tengahnya dibuat sebuah lubang sebesar telur ayam dengan kedalaman sekitar 2 ruas jari telunjuk. Kemudian akan dibuat sebuah garis batas lontaran yang jaraknya sekitar 6-12 langkah kaki pemain (ukurannya bergantung kepada kesepakatan). Cara Bermain Permainan Tuju Lubang Cara bermain permainan tuju lubang adalah sebagai berikut : 1) Ketika melontar, salah satu tangan harus melebihi garis batas lontaran. 2) Pelontar akan didenda satu buah (kulit/cangkang kerang, tutup botol atau syiling) bila buah yang dilontarkan mengenai buah lawan yang telah lebih dahulu dilemparkan. 3) Pelontar akan didenda satu buah apabila tagan yang dilontarkannya masuk ke lubang. 4) Lontaran dianggap gagal, apabila tidak berhasil mengenai tagan sasaran; 5) Bila buah yang dilontarkan berhimpit dengan buah sasaran, maka lontaran dinyatakan tidak sah. 6) Lontaran juga dianggap tidak sah apabila buah yang dilempar dan buah sasaran masuk ke dalam lubang. Terdapat empat tahap yang harus dilalui atau dilakukan dalam permainan ini. Pertama, penentuan jumlah taruhan, iaitu masing-masing peserta akan bermusyawarah untuk menentukan jumlah buah taruhan yang harus disediakan oleh setiap peserta. Jumlah buah yang biasanya dijadikan taruhan 5 -12 buah, sebab jika terlalu banyak permainan menjadi tidak menarik dan akan cepat selesai. Kedua, tikam undi (pengundian), iaitu sebelum mulai bermain, akan dilakukan pengundian terlebih dahulu, dengan cara
  • 4. MURID DAN ALAM BELAJAR 4 melontarkan buah ke arah lubang. Pemain yang dapat memasukkan buahnya ke dalam lubang akan memulakan permainan. Namun, apabila tidak ada seorang pun yang dapat memasukkan buahnya ke dalam lubang, maka buah sesiapa yang paling dekat dengan lubang akan memulakan permainan. Apabila buah yang dilontarkan mengenai buah lawan yang terlebih dahulu dilontarkan, maka seluruh peserta harus melontarkan kembali buahnya. Ketiga, membuang taruhan. Pemain yang mendapat peluang memulakan permainan akan mengumpulkan buah taruhan dari setiap pemain untuk dilontarkan ke arah lubang. Apabila buah yang dilontarkan ada yang masuk ke lubang, maka buah tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pelontar. Sedangkan buah lain yang tidak masuk lubang, akan ditunjuk pemain lawan untuk dikenai oleh si pelontar. Buah yang ditunjuk biasanya adalah buah yang posisinya sukar untuk dituju, atau apabila terkena buah yang lain. Keempat, tikam (melontar), iaitu pemain akan memulakan lontaranya buahnya ke arah buah sasaran. Apabila dapat mengenai buah yang ditunjuk lawan, maka si pelontar berhak mengambil seluruh buah taruhan yang berada di sekitar lubang. Kelima, tukar bawa. Apabila tidak ada satu buah taruhan pun yang dapat dikenai, maka pelontar harus digantikan oleh pemain yang lain. Pemain yang dapat mengumpulkan buah taruhan paling banyak dinyatakan sebagai pemenang.
  • 5. MURID DAN ALAM BELAJAR 5 INOVASI DARIPADA PERMAINAN TUJU LUBANG : PERMAINAN SARANG LEBAH LATAR BELAKANG Melihat kepada fungsi Permainan Tuju Lubang yang agak terhad bagi proses pengajaran dan pembelajaran, maka satu inovasi dalam permainan congkak ini perlu dibentuk supaya permainan ini bukan sahaja mendatangkan lebih banyak manfaat malah dapat memastikan permainan tradisional ini tidak luput begitu sahaja. Anak-anak muda yang lahir generasi kini semakin hari semakin melupakan permainan-permainan tradisional seperti ini malah lebih berminat dengan permainan-permainan yang di moden. Maka kami namakan permainan ini sebagai permainan ‘Sarang Lebah’ yang diinovasikan daripada permainan tuju lubang. Permainan Tuju Lubang ini boleh diubah suai dari segi cara permainannya supaya ianya juga boleh dijadikan permainan yang sesuai dimainkan di dalam bilik darjah. Guru boleh menerangkan peraturan dan cara untuk bermain Permainan Tuju Lubang yang telah diubah suai ini supaya murid-murid memahami konsep, peraturan dan cara permainannya. ALAT PERMAINAN Dalam permainan sarang lebah, peralatan utama yang diperlukan untuk bermain permainan ini ialah bola pimpong dan sekeping ‘cardboard’ yang berfungsi sebagai sarang lebah. ‘Cardboard’ yang digunakan biasanya diperbuat daripada beberapa keeping papan nipis yang mempunyai antara 60 cm panjang dan 24 cm lebar. Papan ini berbentuk seperti petak dan bahagian atasnya terdapat beberapa baris lubang. Setiap baris mempunyai lima atau tujuh lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat. Lubang-lubang ini dikenali sebagai “kampung”. Bola pimpong pula terdiri daripada jenis bola pimpong yang standard iaitu mempunyai daya lantunan antara 60 cm hinnga 100 cm apabila dilantunkan. Selain daripada bola pimpong, bola yang sering digunakan juga ialah bola tenis, bola getah dan semua jenis bola yang melantun apabila dilontarkan. Bola-bola yang digunakan hendaklah bersaiz sederhana supaya mudah memegangnya semasa bermain. Tambahan pula, lubang kampung yang bersaiz besar memerlukan buah yang bersaiz sederhana untuk memenuhi lubang tersebut.
  • 6. MURID DAN ALAM BELAJAR 6 Jumlah bola yang digunakan adalah bergantung kepada individu itu sendiri, jika 3 bola digunakan, maka 3 bola yang tersebut juga digunakan oleh semua pemain. kepada jumlah lubang kampung. Semakin banyak lubang kampung, semakin mudah pemain untuk mendapat mata. CARA BERMAIN PERMAINAN SARANG LEBAH Permainan sarang lebah ini sesuai dimainkan didalam kelas kerana tujuan utama permainan ini diinovasikan daripada permainan tradisional tuju lubang adalah untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan ini adalah berkonsepkan keseronokan memandangkan murid-murid yang suka akan aktiviti yang memberi keriangan kepada mereka. Contohnya, guru melakukan permainan sarang lebah di dalam kelas ketika matapelajaran Pendidikan Islam. Topik yang di ajar adalah membentuk suku kata jawi. Menggunakan konsep permainan sarang lebah, guru menyediakan sebuah papan atau ‘cardboard’ yang mempunyai lubang. Setiap lubang mempunyai huruf-huruf jawi atau suku kata huruf jawi. Murid akan melontarkan bola pingpong dari satu jarak yang ditetapkan. Apabila bola pingpong berjaya dimasukkan di dalam lubang yang terdapat di dalamnya huruf jawi, murid akan mengambil huruf jawi tersebut dan menampalkan huruf jawi tersebut di papan putih. Kemudian murid lain akan melakukan perkara yang sama sehinggalah satu perkataan terbentuk melalui gabungan huruf-huruf jawi tersebut. Contohnya, murid pertama mendapat huruf ‘Jim’ dan murid kedua mendapat huruf ‘mim’. Maka terbentuklah perkataan jam. PERMAINAN SARANG LEBAH DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM Bagi memastikan permainan Sarang Lebah ini boleh dijadikan sebagai permainan yang berilmiah dan boleh memberi nilai tambah kepada pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, maka beberapa tajuk dan unit kecil bagi subjek Pendidikan Islam telah diaplikasikan dalam permainan ini. Antaranya ialah memasukkan pembelajaran “huruf-huruf hija’iyah” didalam permainan ini. Gambaran bagi gabungan permainan dan subjek Pendidikan Islam ini ditunjukkan dalam bentuk bergambar supaya lebih jelas dan mudah difahami.
  • 7. MURID DAN ALAM BELAJAR 7 Gambar 1 Gambar 1 : Gambar ini merupakan bahan atau alatan yang digunakan semasa permainan Sarang Lebah. Permainan ini dimulakan dengan membaling buah ping pong dari jarak yang tertentu kedalam “rumah” iaitu lubang-lubang yang dibuat daripada gelas-gelas polistrin seperti yang tertera didalam gambar. Pada masa yang sama, huruf-huruf hijaiyah akan dimasukkan kedalam “rumah”. Murid-murid akan membaling buah ping pong kedalam “rumah” kemudiannya mengambil batang-batang yang bergambar dengan gambar huruf hijaiyah tersebut dan guru akan meminta murid-murid untuk menyebutkan huruf yang diperoleh hasil daripada balingan bola ping pong kedalam “rumah”.
  • 8. MURID DAN ALAM BELAJAR 8 GAMBAR 2 Gambar 2 : Ini merupakan gambar buah ping pong yang di lukis gambar lebah padanya. Gambar buah ping pong ini dilukis seumpama gambar lebah bagi menarik minat murid untuk bermain permainan ini. Buah ping pong ini merupakan buah yang akan digunakan untuk di masukkan kedalam “rumah” yang diperbuat daripada gelas polistrin sebelum huruf-huruf hijaiyah diambil daripada gelas yang mana buah ping pong masuk kedalamnya. Setiap individu diberi peluang sebanyak 2 kali dengan dua biji buah ping pong. Gambar 3 MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di negara kita, Malaysia. Antaranya ialah permainan tuju lubang, congkak, permainan batu seremban, permainan gasing, wau dan sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan biasa malah, ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam sukan rakyat ini.
  • 9. MURID DAN ALAM BELAJAR 9 Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial. Permainan sukan rakyat tuju lubang dan telah diinovasiakan oleh kami menjadi permainan sarang lebah ini dapat mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan ini dapat mengembangkan kemahiran mengawal pergerakan tangan. Permainan ini yang lama akan menyebabkan tangan menjadi lenguh oleh itu latihan yang baik boleh dilakukan. Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak- kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Selain itu, permainan sarang lebah ini juga dapat mengembangkan perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing- masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung. Di samping itu, permainan ini memerlukan kecekapan kita dalam meletakkan bola- bola pada tempatnya mengikut bilangannya pada masa yang sesuai. Menerusi perkembangan sosial,kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak- kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari
  • 10. MURID DAN ALAM BELAJAR 10 nilai menghargai alam sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya. BAHAGIAN B
  • 11. MURID DAN ALAM BELAJAR 11 REFLEKSI NAMA : ZULADLI BIN ABD AZIZ Untuk bahagian refleksi ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menyelesaikan kerja kursus pendek ini. Pada 1 Ogos 2013, saya dan rakan-rakan saya diberi taklimat yang berkaitan dengan kerja kursus pendek ini oleh pensyarah kami iaitu Encik Salim. Tugasan projek ini adalah berkaitan dengan matapelajaran Murid dan Alam Belajar. Setelah kami diberi taklimat, maka bermulalah proses melaksanakan tugasan. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan telah membuat satu tinjauan ringkas bagi mengkaji kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak serta teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki mengkaji satu permainan tradisional dan menerangkan kategori jenis permainan tersebut untuk diinovasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek major. Setelah data dikumpul, saya dan rakan saya mempersembahkan maklumat tersebut dengan perwakilan data yang kami fikirkan sesuai berdasarkan kefahaman dan ciri-ciri perwakilan data yang telah kami pelajari. Saya telah banyak melakukan rujukan dan juga perbincangan bersama pensyarah dan juga rakan-rakan. Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pusat sumber IPG Kampus Dato Razali Ismail untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan Permainan Tradisional. Saya juga telah meminjam beberapa buku yang berkaitan dengan motivasi murid dari pusat sumber. Hasilnya, hal tersebut banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek yang diberikan. Selain itu juga,saya juga telah berjumpa dengan pensyarah saya untuk berbincang mengenai tugasan.Dengan itu, saya telah memperoleh maklumat yang lebih kukuh dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus pendek saya. Saya juga telah berbincang dengan pensyarah mengenai cara-cara dan format untuk melaksanakan tugasan ini dan saya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pensyarah.
  • 12. MURID DAN ALAM BELAJAR 12 Disamping itu juga,saya juga telah membuat perbincangan bersama rakan-rakan saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan saya. Mereka sangat komited apabila saya memerlukan bantuan daripada mereka. Kami saling bantu membantu serta saling bertukar pendapat untuk memperoleh isi yang bernas sebelum dimasukkan ke dalam kertas kerja kami. Saya dan dua orang rakan saya telah berbincang bersama untuk melakukan suatu permainan tradisional yang diinovasikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kami telah menginovasikan permainan tradisional yang bernama Tuju Lubang. Hasil inovasi kami dalam permainan ini, kami menamakan permainan yang telah diinovasikan tersebut dengan nama Sarang Lebah. Permainan ini amat mudah dan sesuai dilakukan didalam kelas terutamanya dalam subjek major kami, Pendidikan Islam. Kami telah menekankan konsep kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid dalam permainan ini. Kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami lakukan dalam membantu mempertikatkan lagi mutu pengajaran di dalam kelas melalui kaedah bermain. Permainan yang saya dan rakan-rakan saya reka adalah sangat bersesuaian dengan murid- murid sekolah terutamanya murid tahap 1 yang terdiri daripada tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Melalui pemerhatian yang telah kami lakukan terhadap permainan yang telah diinovasikan ini, permainan ini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah diinovasikan ini juga dapat membantu merangsang motivasi murid secara intrinsik dan ekstrinsik. Perkara ini boleh dibuktikan apabila murid-murid terlibat secara aktif dalam permainan ini di dalam kelas. Murid-murid juga dapat memberikan kerjasama yang baik kerana setiap murid ingin mencuba permainan yang telah diinovasikan tersebut. Secara keseluruhannya, perkara-perkara diatas telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam melaksanakan tugasan ini. Saya mengambil masa selama hampir sebulan untuk menyiapkan kerja kursus ini dan saya amat bersyukur serta berpuas hati dengan tugasan yang diberikan ini. Dalam proses menyiapkan kerja kursus subjek Murid dan Alam Belajar ini, secara tidak langsung terdapat banyak ilmu baru yang boleh saya dan rakan- rakan ambil untuk membantu mempertikatkan lagi kemahiran asas dalam profesion perguruan contohnya seperti teknik-teknik mengajar yang berkesan.
  • 13. MURID DAN ALAM BELAJAR 13 REFLEKSI NAMA : MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA Setinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Salim Bin Muhammad Amin di atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang diberikan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula Encik Salim sangat memahami kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan memberi lebih masa bagi proses menyiapkan bahan-bahan permainan tradisional ini. Alhamdulillah, pada semester ini kami telah diajar mengenai mata pelajaran Murid dan Alam Belajar. Sehubungan itu, kami telah diberikan satu tugasan untuk melaksanakan satu permainan tradisional yang dapat di inovasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif tugasan ini ialah menerangkan kategori dan jenis permainan yang boleh diinovasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mengaplikasikan inovasi permainan dalam pembelajaran dan yang terakhir ialah mengaitkan aktiviti permainan dan peranan motivasi dalam merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah diinovasikan ini iaitu permainan Sarang Lebah adalah cetusan idea daripada permainan tradisional yang bernama Tuju Lubang. Melihat kepada permainan yang pernah menjadi kesukaan salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu Asyraf Hakimi Bin Budin, maka beliau telah mencadangkan supaya permainan Tuju Lubang ini supaya diinovasikan. Idea demi idea dilontarkan bertujuan mewujudkan permainan Tuju Lubang yang releven dimainkan oleh murid-murid pada masa kini
  • 14. MURID DAN ALAM BELAJAR 14 didalam kelas dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar didalam kelas bagi subjek major kami. Pada permulaan tugasan ini, kami membahagi-bahagikan tugasan ini kepada setiap ahli kumpulan dan Alhamdulillah tugasan ini dapat disiapkan dengan teliti dan cepat. Walaubagaimanapun , kami juga berhadapan dengan beberapa masalah kecil namun dapat diatasi. Antaranya ialah bahan yang kami beli untuk tugasan ini seperti “cardboard” tidak menepati dengan warna yang sepatutnya. Bagi saya “cardboard” berwarna hitam tidak sesuai dijadikan sebagai warna bagi rumah lebah kerana kebiasaanya murid-murid lebih mengetahui warna sarang lebah adalah bewarna oren. Namun begitu kami telah cuba sebaik mungkin untuk menampakkan “cardboard” ini seolah-olah sarang lebah dengan melekatkan beberapa helai kertas A4 bewarna oren yang telah di gunting kemas menepati ciri-ciri sebuah sarang lebah yang kami kehendaki. Tambahan pula,kos untuk menyiapkan bahan-bahan bagi permainan ini tidaklah terlalu mahal kerana kebanyakkan bahan merupakan bahan yang sudah sedia ada oleh saya dan ahli kumpulan. Idea demi idea dicurahkan hatta semasa proses pembuatan Permainan Sarang Lebah ini juga masih terdapat idea-idea bernas yang dilontarkan lantas beberapa perubahan daripada idea yang asal telah dibuat pada bahan permainan yang telah diinovasikan ini. Keberkesanan aktiviti ini mungkin dapat dilihat daripada sudut cara muird-murid menerima sesuatu ilmu itu. Hal ini bermakna murid-murid tidaklah ditutupkan pemikirannya dengan mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas hanyalah proses dimana pelajar hanya duduk diatas kerusi dan guru memberikan ilmu dan penerangan, malah murid-murid lebih terbuka pemikirannya dengan anggapan terdapat juga cara lain yang memungkin sesuatu ilmu boleh diperoleh oleh murid-murid dengan lebih berkesan. Jiwa murid-murid yang sangat suka untuk bermain telah dijadikan sebagai faktor penyebab kepada kami sebagai bakal guru perlu berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif supaya murid-murid dapat memperoleh ilmu dengan cara yang lebih serasi dengan jiwa murid-murid. Dengan inovasi yang telah dilakukan daripada permainan tradisional Tuju Lubang menjadi permainan yang lebih menarik perhatian murid dan sesuai untuk dijadikan iaitu permainan Sarang Lebah diharap dapat dijadikan sebagai antara permainan yang mampu membentuk serta merangsang motivasi murid secara intrinsic dan ekstrinsik.
  • 15. MURID DAN ALAM BELAJAR 15 Melalui permainan ini, murid-murid bukan sahaja lebih berminat untuk belajar subjek Pendidikan Islam dan rajin datang kesekolah, malah diharap dapat memupuk semangat bekobar-kobar untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Hal ini kerana permainan ini memerlukan kepada semangat berlumba-lumba untuk memastikan kejayaan kumpulan masing-masing semasa bermain. Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Encik Salim Bin Muhammad Amin kerana banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar dan masa yang mencukupi untuk kami menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja sebaik-baik pemberi ganjaran kepada beliau. Juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu meminjamkan pelbagai peralatan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Di harapkan tugasan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya memberi banyak kesan positif dan nilai tambah kepada kami bakal guru. Sekian, terima kasih.