2. PENGENALAN
• Teori tingkah laku adalah satu pendekatan yang
memberi fokus kepada sesuatu tingkah laku yang
diperhatikan, menumpukan kepada faktor-faktor
yang menyebabkan wujudnya tingkah laku,
pengalaman pembelajaran yang boleh membawa
kepada perubahan, menentukan strategi rawatan
yang sesuai untuk klien secara individu serta
membuat penilaian yang teliti terhadap tingkah
laku sasaran
• Terapi tingkah laku berkembang dalam empat
bidang iaitu pembelajaran klasik, pembelajaran
operan, teori pembelajaran sosial dan terapi
tingkah laku
5. Classical condtioning
Modifikasi tingkah laku ini digunakan dan diaplikasikan
oleh terapis serta pekerja profesional untuk membantu
individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan
Teori yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov mengatakan
bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang
timbul akibat daripada rangsangan.
Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk
tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran
boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan
gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan
satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana
7. • 3 prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov.
Prinsip tersebut ialah:
i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas
ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara
rangsangan dan gerak balas
iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di
antara dua rangsangan dinamakan pelaziman
8.
9. Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan
(Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing
akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ).
Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral –
RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air
liur.
Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan
makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) setelah
mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih
dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian
makanan.
Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara
berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng
(Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikan makanan, secara
automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air
liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT )
10. PEMBELAJARAN OPERAN
• Pembelajaran operan melibatkan respons yang
dialami dalam kehidupan seharian misalnya
membaca, menulis, mendengar lagu, memandu
dll.
• Pembelajaran jenis ini melibatkan jenis
pembelajaran dengan tingkah laku adalah
dipengaruhi oleh kesan yang mengikutinya
• Sekiranya perubahan persekitaran yang
membawa kepada tingkah laku diperteguhkan
dan diberikan rangsangan untuk mendapat
respons tertentu, peluang untuk tingkah laku itu
berulang kembali adalah tinggi.
11. • Kompenen dalam pembelajaran operan
Pengukuhan (reinforcement) bertujuan untuk
menggalakan sesuatu tingkah laku
-pengukuhan positif- rangsangan yang diberi
selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang
dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya
tingkah laku yang dikehendaki (pujian, perhatian,
wang)
-pengukuhan negatif – satu proses penyingkiran
dan pengelakan yang menyebabkan tingkah laku
negatif tersebut berulang apabila menerima
peneguhan negatif (escape from unpleasant
stimuli)
Contohnya, seorang pemandu mematuhi arahan
had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman.
Saman di sini merupakan peneguhan negatif
12. Extinction (penghapusan) – penghapusan
merupakan satu proses yang tidak wujudnya
peneguh (reinforcer). Situasi ini akan
menyebabkan tingkah laku tersebut
dihentikan.
- contoh: guru tidak menghiraukan pelajar
yang nakal dalam kelasnya.
13. Hukuman (punishment)
mengurangkan/memberhentikan sesuatu tingkah laku
-positive – aversive stimulus is added after the
behavior to decrease the frequency of behavior
example: time out procedure with a child who is
displaying misbehavior
-negative – reinforcing stimulus is removed following
the behavior to decrease the frequency of a target
example: deducting money from a worker salary for
missing time at work.
• Pembelajaran jenis operan biasanya digunakan dalam
program pendidikan ibu bapa dan pengurusan berat
badan
14. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Teori pembelajaran sosial dan kognitif
melibatkan interaksi bersilang antara tiga
faktor iaitu persekitaran, faktor peribadi
(kepercayaan, minat, jangkaan, persepsi kendiri
dan interpretasi) dan tingkah laku individu
• Pendekatan ini mengandaikan bahawa individu
berupaya untuk mengarahkan diri mereka
melakukan sesuatu perubahan tingkah laku
15. • Contoh pembelajaran sosial adalah
bagaimana seseorang individu dapat
membina kemahiran sosial yang baik
setelah mereka mempelajari kemahiran
interpersonal dan intrapersonal daripada
orang yang mempunyai kemahiran sosial
yang baik
18. Pandangan tentang sifat semula jadi
manusia
• Semua manusia yang dilahirkan ke dunia adalah bersih dan
suci dalam keadaan kosong. Apa juga yang berlaku kepada
manusia adalah hasil daripada pembentukan tingkah laku
yang telah dibentuk oleh tekanan atau keadaan
persekitaran. Manusia dianggap makhluk yang pasif.
• Manusia biasa tidak sepenuhnya dilahirkan sebagai jahat
atau baik, sebaliknya pengalaman yang dilalui dalam hidup
menyebabkan manusia berpotensi untuk cenderung
kepada semua jenis tingkah laku
• Manusia berupaya untuk memahami konsep dan mengawal
tingkah lakunya sendiri serta berupaya untuk melakukan
tingkah laku yang baru
• Dalam teori tingkah laku moden, manusia dianggap sebagai
penghasil dan produk kepada persekitaran mereka.
19. Matlamat Terapi
• Matlamat umum terapi tingkah laku adalah
untuk mengubah tingkah laku
• To increase personal choice and create new
conditions for learning