SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 28
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang
diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid yang
keseluruhannya berbangsa Melayu dari Tahun Enam Gigih, SK Bandar Easter. Soal
selidik yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap sikap dan minat murid
tentang pembelajaran koperatif Tahun Enam. Responden kajian terdiri daripada 30
responden yang mana 15 daripadanya adalah pelajar perempuan dan selebihnya
pelajar lelaki.
Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dan
dapatan analisis menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian
juga dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan
analisis mengenai soal selidik yang bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya
memenuhi kehendak objektif kajian
4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden
Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus
responden berdasarkan jantina murid, pekerjaan ibu/bapa/penjaga dan nama murid
dalam keputusan ujian pra dan ujian pos.
4.2.1 Jantina
Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
mengikut jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan responden lelaki dan
perempuan adalah sama iaitu 15 orang (50.0%).
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
Perempuan 15 50.0
Lelaki 15 50.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga
36
Jadual dan graf 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
mengikut pekerjaan ibu/bapa/penjaga. Pekerjaan yang paling ramai adalah peneroka
iaitu seramai 16 orang (53.3%). Ini diikuti dengan pekerjaan polis (3 orang, 10.0%),
pemandu lori, pekerja kilang dan buruh dengan masing-masing 2 orang (6.7%).
Guru, kontrak, mekanik, peguam, dan periklanan masing-masing mempunyai hanya
seorang dengan peratus 3.3%.
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu/Bapa/Penjaga
Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Kekerapan (f) Peratus (%)
Buruh 2 6.7
Guru 1 3.3
Kontrak 1 3.3
Mekanik 1 3.3
Peguam 1 3.3
Pekerja Kilang 2 6.7
Pemandu Lori 2 6.7
Peneroka 16 53.3
Periklanan 1 3.3
Polis 3 10.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.2 Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga
37
4.3 AKTIVITI RAWATAN
Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra yang telah dijalankan menunjukkan
terdapat kelemahan dan kegagalan terhadap murid menguasai kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu. Seramai empat belas orang murid telah gagal atau
mendapat gred D dengan jumlah markah dibawah 40 peratus. Ini menunjukkan
sebanyak 46.6 peratus murid mendapat gred D, 15 orang murid atau 50 peratus
mendapat gred C dan seorang murid mendapat gred B atau 3.33 peratus. Jadual di
bawah menunjukkan markah dan gred yang dicapai hasil Ujian Pra yang telah
dijalankan.
Jadual 4.3 Markah dan gred Ujian Pra
Bil RESPONDEN Ujian Pra
M G
1 Responden 1 65 B
2 Responden 2 32 D
3 Responden 3 43 C
4 Responden 4 30 D
5 Responden 5 28 D
6 Responden 6 28 D
38
7 Responden 7 48 C
8 Responden 8 33 D
9 Responden 9 43 C
10 Responden 10 45 C
11 Responden 11 40 C
12 Responden 12 35 D
13 Responden 13 32 D
14 Responden 14 28 D
15 Responden 15 43 C
16 Responden 16 40 C
17 Responden 17 45 C
18 Responden 18 47 C
19 Responden 19 50 C
20 Responden 20 33 D
21 Responden 21 43 C
22 Responden 22 33 D
23 Responden 23 53 C
24 Responden 24 40 C
25 Responden 25 35 D
26 Responden 26 32 D
27 Responden 27 30 D
28 Responden 28 30 D
29 Responden 29 48 C
30 Responden 30 46 C
Purata / Min 39.3 D
4.3.1 Proses Rawatan
Terdapat empat kaedah yang digunakan dalam rawatan ke atas murid-murid
tersebut. Kaedah rawatan ini digunakan untuk melihat keberkesanan pembelajaran
koperatif terhadap kemahiran menulis karangan. Pengkaji menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.
Antara kaedah yang digunakan seperti berikut:
1. Kaedah Jigsaw (Kaedah Cantuman)
2. Kaedah Kumpulan Pertandingan Permainan
3. Kaedah belajar Bersama
4. Kaedah Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya
39
Empat kaedah ini dipilih dan dijalankan selama dua bulan iaitu pada bulan
Ogos dan September pada tahun 2010. Dua kaedah telah dipraktikan pada setiap
bulan seperti dalam jadual 4.4 dibawah.
Jadual 4.4 Aktiviti yang dijalankan selama dua bulan
BULAN MINGGU AKTIVITI/KAEDAH
OGOS
Minggu 1 dan 2 1. Kaedah Jigsaw
Minggu 3 dan 4 2. Kaedah Pertandingan Permainan
Berpasukan
SEPTEMBER
Minggu 1 dan 2 3. Kaedah Belajar Secara Bersama
Minggu 3 dan 4 4. Kaedah Rakan Sebaya
4.3.2 Lingkiran Pertama Kaedah Jigsaw
Pada minggu 1 dan minggu 2 kaedah Jigsaw digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis karangan. Pengkaji menyediakan satu set bahan
akademik dan aktiviti tugasan yang hendak dijalankan. Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil heterogenous sebagai kumpulan asas. Setiap ahli dalam kumpulan
asas menerima helaian pakar yang sama diarahkan bergabung untuk membentuk
kumpulan pakar. Setiap kumpulan pakar akan mengkaji dan membincangkan secara
terperinci tentang sub-topik yang diberi dalam satu jangkamasa tertentu untuk
40
menyelesaikan masalah berkaitan. Segala pemerhatian, maklumat dan hasil
perbincangan dalam kumpulan pakar hendaklah dicatat oleh setiap ahli.
Pengkaji memastikan setiap murid terlibat secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran dan memberi bimbingan dari masa kesemasa. Melalui bimbingan ini
pengkaji dapat mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul dan mengambil
tindakan segera. Setelah masa yang diperuntukan mencukupi, setiap pakar kembali
ke kumpulan asas masing-masing. Setiap pakar menerangkan dan membincangkan
hasil yang diperolehi kepada semua ahli kumpulan secara bergilir-gilir dalam jangka
masa tertentu.
4.3.3 Lingkiran Kedua Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT)
Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT) dipilih pada minggu ketiga dan ke
empat dalam bulan tersebut. Langkah-langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam
pengajaran dan pengajaran di dalam kelas adalah seperti berikut:
1. Menyediakan bahan akademik yang perlu dipelajari.
2. Pengkaji memperkenalkan tajuk yang bakal dipelajari.
3. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil yang heterogenous.
4. Bahan pembelajaran diedarkan kepada semua kumpulan murid.
5. Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan mengkaji bahan masing-masing
melalui perbincangan kumpulan.
6. Pengkaji bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara.
7. Perbincangan ditamatkan apabila setiap ahli dalam kumpulan telah
memahami bahan yang dipelajari.
41
4.3.4 Lingikran Ketiga Kaedah Belajar Secara bersama
Pada bulan kedua, minggu pertama dan kedua pula pengkaji memilih Kaedah
Belajar Secara Bersama. Seperti kaedah sebelumnya pengkaji menyediakan beberapa
soalan berdasarkan kemahiran yang dikehendaki. Pembentukan kumpulan kecil yang
heterogenous juga dibuat dan helaian tugasan diedarkan pada setiap kumpulan.
Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan murid membincangkan tajuk tugasan yang
diberikan dan cuba menyelesaikannya. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut
melontarkan idea dan masing-masing membuat catatan. Namun setiap kumpulan
murid hanya perlu menghantar satu tugasan sahaja.
4.3.5 Lingkiran Ke empat Kaedah Rakan Sebaya
Minggu ketiga dan ke empat dalam bulan kedua pula pengkaji menggunakan
Kaedah Rakan Sebaya. Pengkaji membentuk beberapa kumpulan kecil murid yang
heterogenous. Lembaran tugasan diedarkan pada setiap kumpulan yang telah
dibentuk. Pengkaji melantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai mentor. Murid
yang dilantik ini telah dikenalpasti antara yang terbaik dalam kumpulan tersebut.
Tujuannya supaya murid tersebut dapat membantu dan membimbing ahli-ahli
kumpulannya lemah untuk menguasai kemahiran yang dikehendaki. Tugasan yang
diberikan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan dan
bimbingan rakan dalam kumpulan tersebut.
4.3.6 Penilaian Kaedah Rawatan
42
Sebanyak empat lingkiran kaedah pembelajaran koperatif digunakan dalam
aktiviti penulisan karangan. Penilaian dijalankan selepas ke empat-empat kaedah
tersebut selesai digunakan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir Tahun Enam
pada bulan Oktober. Hasil keputusan peperiksaan serta markah yang diperolehi
seperti dalam jadual 4.5. Peperiksaan akhir tahun dinilai sebagai ujian pos untuk
melihat keberkesanan kaedah yang telah dijalankan.
4.4 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut
nama murid dan keputusan ujian pra dan ujian pos. Daripada jadual, keputusan ujian
pra dan ujian pos yang tertinggi masing-masing adalah 65 dan 70. kekerapan ini
membawa kepada nilai min/purata 39.3 bagi ujian pra dan 51.5 bagi ujian pos dengan
perbezaan sebanyak 12.2.
Jadual 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Responden Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
M G M G P/N M
1 Responden 1 65 B 68 B + 3
2 Responden 2 32 D 53 C + 21
3 Responden 3 43 C 55 C + 12
4 Responden 4 30 D 57 C + 27
5 Responden 5 28 D 52 C + 24
6 Responden 6 28 D 40 C + 12
7 Responden 7 48 C 60 B + 12
8 Responden 8 33 D 42 C + 9
9 Responden 9 43 C 45 C + 2
10 Responden 10 45 C 53 C + 8
11 Responden 11 40 C 40 C + 0
12 Responden 12 35 D 43 C + 8
13 Responden 13 32 D 40 C + 8
14 Responden 14 28 D 60 B + 32
15 Responden 15 43 C 47 C + 4
43
16 Responden 16 40 C 48 C + 8
17 Responden 17 45 C 60 B + 15
18 Responden 18 47 C 70 B + 23
19 Responden 19 50 C 55 C + 5
20 Responden 20 33 D 57 C + 24
21 Responden 21 43 C 57 C + 14
22 Responden 22 33 D 45 C + 12
23 Responden 23 53 C 55 C + 2
24 Responden 24 40 C 47 C + 7
25 Responden 25 35 D 48 C + 13
26 Responden 26 32 D 50 C + 18
27 Responden 27 30 D 40 C + 10
28 Responden 28 30 D 48 C + 18
29 Responden 29 48 C 53 C + 5
30 Responden 30 46 C 58 C + 12
Purata / Min 39.3 D 51.5 C + 12.2
4.5 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred
Jadual 4.5 dan Graf 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus
responden mengikut keputusan ujian pra dan ujian pos mengikut gred. Gred A –
Cemerlang (markah 80-100) tidak ada responden bagi ujian pra dan ujian post. Bagi
Gred B – Baik (60-79) pula, hanya seorang responden (3.3%) pada ujian pra
manakala 5 responden (16.7%) bagi ujian pos. Seterusnya Gred C – Memuaskan (40-
59) pula mempunyai seramai 14 responden (46.7%) bagi ujian pra dan 25 responden
bagi ujian pos. Hanya 15 responden (50.0%) bagi ujian pra mendapat gred D –
Sederhana (20-39) tetapi tiada responden mendapat gred ini bagi ujian pos. Tiada
responden yang mendapat gred terakhir iaitu Gred E-Lemah (00-19).
Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred
Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Kekerapan
(f) / Peratus
(%)
Kekerapan
(f) / Peratus
(%)
44
Gred A – Cemerlang (80-100) - -
Gred B – Baik (60-79) 1
3.3%
5
16.7%
Gred C – Memuaskan (40-59) 14
46.7%
25
83.3%
Gred D – Sederhana (20-39) 15
50.0%
-
Gred E – Lemah (00-19) - -
Jumlah 30 100.0
Graf 4.3 Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pos Mengikut Gred
4.6 ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN MINAT MURID
TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
4.6.1 Item Sikap & Minat 1
Jadual 4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju 1 3.3
Tidak Pasti - -
45
Setuju 11 36.7
Sangat Setuju 18 60.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.4 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Berpeluang Berkomunikasi
Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan
Jadual 4.7 dan graf 4.4 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat berpeluang berkomunikasi dengan rakan lain dalam satu kumpulan. Mejoriti
murid-murid seramai 18 orang iaitu 60.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
tersebut.
Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan
tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7 peratus. Manakala bagi status tidak
setuju yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-
murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
46
4.6.2 Item Sikap & Minat 2
Jadual 4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti
Berkumpulan Dan Perbincangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 11 36.7
Sangat Setuju 17 56.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.5 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bertukar-Tukar Idea
Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan
47
Jadual 4.8 dan graf 4.5 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat boleh bertukar-tukar idea semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan
perbincangan. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus sangat
setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid
yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7
peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap
penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah
seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus.
4.6.3 Item Sikap & Minat 3
Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti
Dijalankan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 10 33.3
Sangat Setuju 20 66.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.6 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bekerjasama Dengan
Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan
48
Jadual 4.9 dan graf 4.6 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat boleh bekerjasama dengan rakan yang lain semasa aktiviti dijalankan. Mejoriti
murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap
pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus.
4.6.4 Item Sikap & Minat 4
Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan
Menuliskan Isi Karangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 10 33.3
Sangat Setuju 20 66.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.7 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Saling Bantu Membantu
Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan
49
Jadual 4.10 dan graf 4.7 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat saling bantu membantu untuk menghasilkan idea dan menuliskan isi karangan.
Mejoriti murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap
pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju
terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus.
4.6.5 Item Sikap & Minat 5
Jadual 4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang
Dijalankan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 9 30.0
Sangat Setuju 21 70.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.8 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Melibatkan Diri
Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan
50
Jadual 4.11 dan graf 4.8 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mejoriti
murid-murid seramai 21 orang iaitu 70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap
pernyataan tersebut pula ialah seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus.
4.6.6 Item Sikap & Minat 6
Jadual 4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan
Lebih Jelas Lagi
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 6 20.0
Sangat Setuju 24 80.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.9 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Aktiviti Dalam Kumpulan
Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi
51
Jadual 4.12 dan graf 4.9 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat aktiviti dalam kumpulan membantu saya memahami dengan lebih jelas lagi.
Mejoriti murid-murid seramai 24 orang iaitu 80.0 peratus sangat setuju terhadap
pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju
terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 6 orang iaitu 20.0 peratus.
4.6.7 Item Sikap & Minat 7
Jadual 4.13 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan
Kaedah Pembelajaran Koperatif
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 1 3.3
Setuju 12 40.0
Sangat Setuju 17 56.7
Jumlah 30 100.0
52
Graf 4.10 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Merasa Sangat Seronok
Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Jadual 4.13 dan graf 4.10 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat merasa sangat seronok dapat menjalankan aktiviti menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus
sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-
murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 12 orang iaitu
40.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan
tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah
seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.8 Item Sikap & Minat 8
Jadual 4.14 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Dapat Membantu Rakan Yang Lemah
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 9 30.0
53
Sangat Setuju 19 63.3
Jumlah 30 100.0
Graf 4.11 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Membantu Rakan
Yang Lemah
Jadual 4.14 dan graf 4.11 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat dapat membantu rakan yang lemah. Mejoriti murid-murid seramai 19 orang
iaitu 63.3 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi
responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah
seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang
menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid
terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.9 Item Sikap & Minat 9
Jadual 4.15 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah
Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
54
Tidak Pasti 1 3.3
Setuju 8 26.7
Sangat Setuju 21 70.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.12 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Kaedah Pembelajaran
Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan
Isi Karangan
Jadual 4.15 dan graf 4.12 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat kaedah pembelajaran koperatif ini membantu saya lebih mudah mendapatkan
idea dan menghuraikan isi karangan. Mejoriti murid-murid seramai 21 orang iaitu
70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden
atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 8 orang
iaitu 26.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman
dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut
adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.10 Item Sikap & Minat 10
55
Jadual 4.16 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan
Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang Baik
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 5 16.7
Sangat Setuju 23 76.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.13 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah
Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang
Baik
Jadual 4.16 dan graf 4.13 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat akan menggunakan kaedah koperatif ini bersama rakan-rakan untuk
menghasilkan penulisan karangan yang baik. Mejoriti murid-murid seramai 23 orang
iaitu 76.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi
56
responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah
seramai 5 orang iaitu 16.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang
menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid
terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus.
4.7 RUMUSAN ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN
MINAT MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
Jadual 4.17 Taburan Min dan Sisihan Piawai Analisis Deskriptif Responden
Mengikut Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
Item Pernyataan Minat dan Sikap Murid Min Sisihan
Piawai
1 Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain
Dalam Satu Kumpulan
4.53 0.68
2 Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan
Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan
4.50 0.63
3 Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain
Semasa Aktiviti Dijalankan
4.67 0.48
4 Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan
Idea Dan Menuliskan Isi Karangan
4.67 0.48
5 Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam
Aktiviti Yang Dijalankan
4.70 0.47
6 Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya
Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi
4.80 0.41
7 Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan
Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran
Koperatif
4.53 0.57
57
8 Dapat Membantu Rakan Yang Lemah 4.57 0.63
9 Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu
Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan
Menghuraikan Isi Karangan
4.67 0.55
10 Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini
Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan
Penulisan Karangan Yang Baik
4.70 0.60
Purata 4.63 0.55
Graf 4.14 Taburan Min Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran
Koperatif Tahun 6
Jadual 4.17 dan graf 4.14 menunjukkan analisis deskriptif responden
mengikut sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Bagi
pernyataan “Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu
Kumpulan”, nilai min yang ditunjukkan adalah 4.53. Nilai min yang sama juga
diperolehi oleh pernyataan ke 7 iaitu ‘Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan
Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif’. Nilai min terendah
diperolehi oleh item 2 dengan nilai min 4.50. Nilai ini mewakili pernyataan ‘Boleh
58
Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan’.
Terdapat 3 pernyataan yang mendapat nilai min 4.67 iaitu bagi item 3,4 dan 9 yang
masing masing adalah ‘Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa
Aktiviti Dijalankan’, ‘Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan
Menuliskan Isi Karangan’ dan ‘Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya
Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan’. Item 6 mendapat
min tertinggi sebanyak 4.80 mewakili pernyataan ‘Aktiviti Dalam Kumpulan
Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi’.
4.8 ANALISIS INFRENSI MENGKAJI PERBEZAAN UJIAN PRA DAN
UJIAN POS TERHADAP SIKAP DAN MINAT MURID TENTANG
PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
Jadual 4.18 Paired Samples Statistics – Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian
Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
Ujian Mean N Std. Deviation
Ujian Pra 39.3 % 30 8.90
Ujian Pos 51.5 % 30 8.02
Graf 4.15 Peratus Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan
Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
59
Jadual 4.18 dan graf 4.15 menunjukkan analisis Paired Samples Statistics
bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian pos terhadap sikap dan minat murid
tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Didapati, ujian pos mendapat peratus mean
yang lebih tinggi berbanding ujian pra iaitu 51.5%. analisis korelasi menunjukkan
bahawa ujian pos lebih disukai responden daripada ujian pra.
Jadual 4.19 Paired Samples Correlations - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan
Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun
6
N Correlation Sig.
30 0.549 0.002
Jadual 4.20 Paired Samples Test - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
60
Paired Differences t df Sig. (2-
tailed)
Mean Std.
Deviatio
n
Std.
Error
Mean
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
-12.27 8.07 1.47 -15.28 -9.25 -8.33 29 .000
Jadual 4.20 dan jadual 4.9 menunjukkan analisis Paired Samples
Correlations dan Paired Samples Test bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian
pos terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6.
Daripada analisis tersebut nilai p=0.002 iaitu lebih kecil daripada aras signifikan
yang di tetapkan iaitu 0.05 (p<0.05), maka terdapat perbezaan dan hubungan yang
signifikan atau yang kertara di antara ujian pra dan ujian pos di mana pekali korelasi
ialah 0.549.
Oleh itu keputusan ini menunjukkan bawah terdapat perubahan dan
perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos.
4.9 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dikalangan murid
tahun enam Sekolah Kebngsaan Bandar Easter menunjukkan bahawa terdapat
perubahan dan perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos dan ujian
pos lebih disukai daripada ujian pra. Oleh itu, pelajar dapat memahami penulisan
karangan yang betul, berkongsi dan melahirkan idea serta mengurangkan kesalahan
61
dalam penulisan karangan disamping mampu menghuraikan idea dalam bentuk
penulisan. Pelajar juga boleh bekerjasama dalam kumpulan.
62

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatifwmkfirdaus
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 

Mais procurados (20)

MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 

Semelhante a Bab 4 analisis data

D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 
Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.EytaYusak77
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagiFAIZAL1978
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan Siti Nur Ain
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 

Semelhante a Bab 4 analisis data (20)

D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Rph pengajaranmakro (1)
Rph pengajaranmakro (1)Rph pengajaranmakro (1)
Rph pengajaranmakro (1)
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 

Bab 4 analisis data

  • 1. BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid yang keseluruhannya berbangsa Melayu dari Tahun Enam Gigih, SK Bandar Easter. Soal selidik yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif Tahun Enam. Responden kajian terdiri daripada 30 responden yang mana 15 daripadanya adalah pelajar perempuan dan selebihnya pelajar lelaki. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dan dapatan analisis menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian juga dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan analisis mengenai soal selidik yang bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian 4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden
  • 2. Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden berdasarkan jantina murid, pekerjaan ibu/bapa/penjaga dan nama murid dalam keputusan ujian pra dan ujian pos. 4.2.1 Jantina Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 15 orang (50.0%). Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan (f) Peratus (%) Perempuan 15 50.0 Lelaki 15 50.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga 36
  • 3. Jadual dan graf 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut pekerjaan ibu/bapa/penjaga. Pekerjaan yang paling ramai adalah peneroka iaitu seramai 16 orang (53.3%). Ini diikuti dengan pekerjaan polis (3 orang, 10.0%), pemandu lori, pekerja kilang dan buruh dengan masing-masing 2 orang (6.7%). Guru, kontrak, mekanik, peguam, dan periklanan masing-masing mempunyai hanya seorang dengan peratus 3.3%. Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Kekerapan (f) Peratus (%) Buruh 2 6.7 Guru 1 3.3 Kontrak 1 3.3 Mekanik 1 3.3 Peguam 1 3.3 Pekerja Kilang 2 6.7 Pemandu Lori 2 6.7 Peneroka 16 53.3 Periklanan 1 3.3 Polis 3 10.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.2 Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga 37
  • 4. 4.3 AKTIVITI RAWATAN Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra yang telah dijalankan menunjukkan terdapat kelemahan dan kegagalan terhadap murid menguasai kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Seramai empat belas orang murid telah gagal atau mendapat gred D dengan jumlah markah dibawah 40 peratus. Ini menunjukkan sebanyak 46.6 peratus murid mendapat gred D, 15 orang murid atau 50 peratus mendapat gred C dan seorang murid mendapat gred B atau 3.33 peratus. Jadual di bawah menunjukkan markah dan gred yang dicapai hasil Ujian Pra yang telah dijalankan. Jadual 4.3 Markah dan gred Ujian Pra Bil RESPONDEN Ujian Pra M G 1 Responden 1 65 B 2 Responden 2 32 D 3 Responden 3 43 C 4 Responden 4 30 D 5 Responden 5 28 D 6 Responden 6 28 D 38
  • 5. 7 Responden 7 48 C 8 Responden 8 33 D 9 Responden 9 43 C 10 Responden 10 45 C 11 Responden 11 40 C 12 Responden 12 35 D 13 Responden 13 32 D 14 Responden 14 28 D 15 Responden 15 43 C 16 Responden 16 40 C 17 Responden 17 45 C 18 Responden 18 47 C 19 Responden 19 50 C 20 Responden 20 33 D 21 Responden 21 43 C 22 Responden 22 33 D 23 Responden 23 53 C 24 Responden 24 40 C 25 Responden 25 35 D 26 Responden 26 32 D 27 Responden 27 30 D 28 Responden 28 30 D 29 Responden 29 48 C 30 Responden 30 46 C Purata / Min 39.3 D 4.3.1 Proses Rawatan Terdapat empat kaedah yang digunakan dalam rawatan ke atas murid-murid tersebut. Kaedah rawatan ini digunakan untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap kemahiran menulis karangan. Pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Antara kaedah yang digunakan seperti berikut: 1. Kaedah Jigsaw (Kaedah Cantuman) 2. Kaedah Kumpulan Pertandingan Permainan 3. Kaedah belajar Bersama 4. Kaedah Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya 39
  • 6. Empat kaedah ini dipilih dan dijalankan selama dua bulan iaitu pada bulan Ogos dan September pada tahun 2010. Dua kaedah telah dipraktikan pada setiap bulan seperti dalam jadual 4.4 dibawah. Jadual 4.4 Aktiviti yang dijalankan selama dua bulan BULAN MINGGU AKTIVITI/KAEDAH OGOS Minggu 1 dan 2 1. Kaedah Jigsaw Minggu 3 dan 4 2. Kaedah Pertandingan Permainan Berpasukan SEPTEMBER Minggu 1 dan 2 3. Kaedah Belajar Secara Bersama Minggu 3 dan 4 4. Kaedah Rakan Sebaya 4.3.2 Lingkiran Pertama Kaedah Jigsaw Pada minggu 1 dan minggu 2 kaedah Jigsaw digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan. Pengkaji menyediakan satu set bahan akademik dan aktiviti tugasan yang hendak dijalankan. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil heterogenous sebagai kumpulan asas. Setiap ahli dalam kumpulan asas menerima helaian pakar yang sama diarahkan bergabung untuk membentuk kumpulan pakar. Setiap kumpulan pakar akan mengkaji dan membincangkan secara terperinci tentang sub-topik yang diberi dalam satu jangkamasa tertentu untuk 40
  • 7. menyelesaikan masalah berkaitan. Segala pemerhatian, maklumat dan hasil perbincangan dalam kumpulan pakar hendaklah dicatat oleh setiap ahli. Pengkaji memastikan setiap murid terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dan memberi bimbingan dari masa kesemasa. Melalui bimbingan ini pengkaji dapat mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul dan mengambil tindakan segera. Setelah masa yang diperuntukan mencukupi, setiap pakar kembali ke kumpulan asas masing-masing. Setiap pakar menerangkan dan membincangkan hasil yang diperolehi kepada semua ahli kumpulan secara bergilir-gilir dalam jangka masa tertentu. 4.3.3 Lingkiran Kedua Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT) Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT) dipilih pada minggu ketiga dan ke empat dalam bulan tersebut. Langkah-langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam pengajaran dan pengajaran di dalam kelas adalah seperti berikut: 1. Menyediakan bahan akademik yang perlu dipelajari. 2. Pengkaji memperkenalkan tajuk yang bakal dipelajari. 3. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil yang heterogenous. 4. Bahan pembelajaran diedarkan kepada semua kumpulan murid. 5. Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan mengkaji bahan masing-masing melalui perbincangan kumpulan. 6. Pengkaji bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. 7. Perbincangan ditamatkan apabila setiap ahli dalam kumpulan telah memahami bahan yang dipelajari. 41
  • 8. 4.3.4 Lingikran Ketiga Kaedah Belajar Secara bersama Pada bulan kedua, minggu pertama dan kedua pula pengkaji memilih Kaedah Belajar Secara Bersama. Seperti kaedah sebelumnya pengkaji menyediakan beberapa soalan berdasarkan kemahiran yang dikehendaki. Pembentukan kumpulan kecil yang heterogenous juga dibuat dan helaian tugasan diedarkan pada setiap kumpulan. Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan murid membincangkan tajuk tugasan yang diberikan dan cuba menyelesaikannya. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut melontarkan idea dan masing-masing membuat catatan. Namun setiap kumpulan murid hanya perlu menghantar satu tugasan sahaja. 4.3.5 Lingkiran Ke empat Kaedah Rakan Sebaya Minggu ketiga dan ke empat dalam bulan kedua pula pengkaji menggunakan Kaedah Rakan Sebaya. Pengkaji membentuk beberapa kumpulan kecil murid yang heterogenous. Lembaran tugasan diedarkan pada setiap kumpulan yang telah dibentuk. Pengkaji melantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai mentor. Murid yang dilantik ini telah dikenalpasti antara yang terbaik dalam kumpulan tersebut. Tujuannya supaya murid tersebut dapat membantu dan membimbing ahli-ahli kumpulannya lemah untuk menguasai kemahiran yang dikehendaki. Tugasan yang diberikan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan dan bimbingan rakan dalam kumpulan tersebut. 4.3.6 Penilaian Kaedah Rawatan 42
  • 9. Sebanyak empat lingkiran kaedah pembelajaran koperatif digunakan dalam aktiviti penulisan karangan. Penilaian dijalankan selepas ke empat-empat kaedah tersebut selesai digunakan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir Tahun Enam pada bulan Oktober. Hasil keputusan peperiksaan serta markah yang diperolehi seperti dalam jadual 4.5. Peperiksaan akhir tahun dinilai sebagai ujian pos untuk melihat keberkesanan kaedah yang telah dijalankan. 4.4 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut nama murid dan keputusan ujian pra dan ujian pos. Daripada jadual, keputusan ujian pra dan ujian pos yang tertinggi masing-masing adalah 65 dan 70. kekerapan ini membawa kepada nilai min/purata 39.3 bagi ujian pra dan 51.5 bagi ujian pos dengan perbezaan sebanyak 12.2. Jadual 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bil Responden Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan M G M G P/N M 1 Responden 1 65 B 68 B + 3 2 Responden 2 32 D 53 C + 21 3 Responden 3 43 C 55 C + 12 4 Responden 4 30 D 57 C + 27 5 Responden 5 28 D 52 C + 24 6 Responden 6 28 D 40 C + 12 7 Responden 7 48 C 60 B + 12 8 Responden 8 33 D 42 C + 9 9 Responden 9 43 C 45 C + 2 10 Responden 10 45 C 53 C + 8 11 Responden 11 40 C 40 C + 0 12 Responden 12 35 D 43 C + 8 13 Responden 13 32 D 40 C + 8 14 Responden 14 28 D 60 B + 32 15 Responden 15 43 C 47 C + 4 43
  • 10. 16 Responden 16 40 C 48 C + 8 17 Responden 17 45 C 60 B + 15 18 Responden 18 47 C 70 B + 23 19 Responden 19 50 C 55 C + 5 20 Responden 20 33 D 57 C + 24 21 Responden 21 43 C 57 C + 14 22 Responden 22 33 D 45 C + 12 23 Responden 23 53 C 55 C + 2 24 Responden 24 40 C 47 C + 7 25 Responden 25 35 D 48 C + 13 26 Responden 26 32 D 50 C + 18 27 Responden 27 30 D 40 C + 10 28 Responden 28 30 D 48 C + 18 29 Responden 29 48 C 53 C + 5 30 Responden 30 46 C 58 C + 12 Purata / Min 39.3 D 51.5 C + 12.2 4.5 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred Jadual 4.5 dan Graf 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut keputusan ujian pra dan ujian pos mengikut gred. Gred A – Cemerlang (markah 80-100) tidak ada responden bagi ujian pra dan ujian post. Bagi Gred B – Baik (60-79) pula, hanya seorang responden (3.3%) pada ujian pra manakala 5 responden (16.7%) bagi ujian pos. Seterusnya Gred C – Memuaskan (40- 59) pula mempunyai seramai 14 responden (46.7%) bagi ujian pra dan 25 responden bagi ujian pos. Hanya 15 responden (50.0%) bagi ujian pra mendapat gred D – Sederhana (20-39) tetapi tiada responden mendapat gred ini bagi ujian pos. Tiada responden yang mendapat gred terakhir iaitu Gred E-Lemah (00-19). Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Kekerapan (f) / Peratus (%) Kekerapan (f) / Peratus (%) 44
  • 11. Gred A – Cemerlang (80-100) - - Gred B – Baik (60-79) 1 3.3% 5 16.7% Gred C – Memuaskan (40-59) 14 46.7% 25 83.3% Gred D – Sederhana (20-39) 15 50.0% - Gred E – Lemah (00-19) - - Jumlah 30 100.0 Graf 4.3 Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred 4.6 ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN MINAT MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6 4.6.1 Item Sikap & Minat 1 Jadual 4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju 1 3.3 Tidak Pasti - - 45
  • 12. Setuju 11 36.7 Sangat Setuju 18 60.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.4 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan Jadual 4.7 dan graf 4.4 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat berpeluang berkomunikasi dengan rakan lain dalam satu kumpulan. Mejoriti murid-murid seramai 18 orang iaitu 60.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7 peratus. Manakala bagi status tidak setuju yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid- murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus. 46
  • 13. 4.6.2 Item Sikap & Minat 2 Jadual 4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti 2 6.7 Setuju 11 36.7 Sangat Setuju 17 56.7 Jumlah 30 100.0 Graf 4.5 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan 47
  • 14. Jadual 4.8 dan graf 4.5 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat boleh bertukar-tukar idea semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan perbincangan. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus. 4.6.3 Item Sikap & Minat 3 Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti - - Setuju 10 33.3 Sangat Setuju 20 66.7 Jumlah 30 100.0 Graf 4.6 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan 48
  • 15. Jadual 4.9 dan graf 4.6 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat boleh bekerjasama dengan rakan yang lain semasa aktiviti dijalankan. Mejoriti murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus. 4.6.4 Item Sikap & Minat 4 Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti - - Setuju 10 33.3 Sangat Setuju 20 66.7 Jumlah 30 100.0 Graf 4.7 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan 49
  • 16. Jadual 4.10 dan graf 4.7 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat saling bantu membantu untuk menghasilkan idea dan menuliskan isi karangan. Mejoriti murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus. 4.6.5 Item Sikap & Minat 5 Jadual 4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti - - Setuju 9 30.0 Sangat Setuju 21 70.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.8 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan 50
  • 17. Jadual 4.11 dan graf 4.8 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mejoriti murid-murid seramai 21 orang iaitu 70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus. 4.6.6 Item Sikap & Minat 6 Jadual 4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti - - Setuju 6 20.0 Sangat Setuju 24 80.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.9 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi 51
  • 18. Jadual 4.12 dan graf 4.9 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat aktiviti dalam kumpulan membantu saya memahami dengan lebih jelas lagi. Mejoriti murid-murid seramai 24 orang iaitu 80.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 6 orang iaitu 20.0 peratus. 4.6.7 Item Sikap & Minat 7 Jadual 4.13 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti 1 3.3 Setuju 12 40.0 Sangat Setuju 17 56.7 Jumlah 30 100.0 52
  • 19. Graf 4.10 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif Jadual 4.13 dan graf 4.10 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat merasa sangat seronok dapat menjalankan aktiviti menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit- murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 12 orang iaitu 40.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus. 4.6.8 Item Sikap & Minat 8 Jadual 4.14 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Membantu Rakan Yang Lemah Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti 2 6.7 Setuju 9 30.0 53
  • 20. Sangat Setuju 19 63.3 Jumlah 30 100.0 Graf 4.11 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Membantu Rakan Yang Lemah Jadual 4.14 dan graf 4.11 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat dapat membantu rakan yang lemah. Mejoriti murid-murid seramai 19 orang iaitu 63.3 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus. 4.6.9 Item Sikap & Minat 9 Jadual 4.15 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - 54
  • 21. Tidak Pasti 1 3.3 Setuju 8 26.7 Sangat Setuju 21 70.0 Jumlah 30 100.0 Graf 4.12 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan Jadual 4.15 dan graf 4.12 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat kaedah pembelajaran koperatif ini membantu saya lebih mudah mendapatkan idea dan menghuraikan isi karangan. Mejoriti murid-murid seramai 21 orang iaitu 70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 8 orang iaitu 26.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus. 4.6.10 Item Sikap & Minat 10 55
  • 22. Jadual 4.16 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang Baik Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%) Sangat Tidak Setuju - - Tidak Setuju - - Tidak Pasti 2 6.7 Setuju 5 16.7 Sangat Setuju 23 76.7 Jumlah 30 100.0 Graf 4.13 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang Baik Jadual 4.16 dan graf 4.13 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan minat akan menggunakan kaedah koperatif ini bersama rakan-rakan untuk menghasilkan penulisan karangan yang baik. Mejoriti murid-murid seramai 23 orang iaitu 76.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi 56
  • 23. responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 5 orang iaitu 16.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus. 4.7 RUMUSAN ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN MINAT MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6 Jadual 4.17 Taburan Min dan Sisihan Piawai Analisis Deskriptif Responden Mengikut Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 Item Pernyataan Minat dan Sikap Murid Min Sisihan Piawai 1 Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan 4.53 0.68 2 Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan 4.50 0.63 3 Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan 4.67 0.48 4 Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan 4.67 0.48 5 Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan 4.70 0.47 6 Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi 4.80 0.41 7 Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif 4.53 0.57 57
  • 24. 8 Dapat Membantu Rakan Yang Lemah 4.57 0.63 9 Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan 4.67 0.55 10 Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang Baik 4.70 0.60 Purata 4.63 0.55 Graf 4.14 Taburan Min Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 Jadual 4.17 dan graf 4.14 menunjukkan analisis deskriptif responden mengikut sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Bagi pernyataan “Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan”, nilai min yang ditunjukkan adalah 4.53. Nilai min yang sama juga diperolehi oleh pernyataan ke 7 iaitu ‘Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif’. Nilai min terendah diperolehi oleh item 2 dengan nilai min 4.50. Nilai ini mewakili pernyataan ‘Boleh 58
  • 25. Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan’. Terdapat 3 pernyataan yang mendapat nilai min 4.67 iaitu bagi item 3,4 dan 9 yang masing masing adalah ‘Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan’, ‘Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan’ dan ‘Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan’. Item 6 mendapat min tertinggi sebanyak 4.80 mewakili pernyataan ‘Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi’. 4.8 ANALISIS INFRENSI MENGKAJI PERBEZAAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS TERHADAP SIKAP DAN MINAT MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6 Jadual 4.18 Paired Samples Statistics – Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 Ujian Mean N Std. Deviation Ujian Pra 39.3 % 30 8.90 Ujian Pos 51.5 % 30 8.02 Graf 4.15 Peratus Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 59
  • 26. Jadual 4.18 dan graf 4.15 menunjukkan analisis Paired Samples Statistics bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian pos terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Didapati, ujian pos mendapat peratus mean yang lebih tinggi berbanding ujian pra iaitu 51.5%. analisis korelasi menunjukkan bahawa ujian pos lebih disukai responden daripada ujian pra. Jadual 4.19 Paired Samples Correlations - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 N Correlation Sig. 30 0.549 0.002 Jadual 4.20 Paired Samples Test - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6 60
  • 27. Paired Differences t df Sig. (2- tailed) Mean Std. Deviatio n Std. Error Mean 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper -12.27 8.07 1.47 -15.28 -9.25 -8.33 29 .000 Jadual 4.20 dan jadual 4.9 menunjukkan analisis Paired Samples Correlations dan Paired Samples Test bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian pos terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Daripada analisis tersebut nilai p=0.002 iaitu lebih kecil daripada aras signifikan yang di tetapkan iaitu 0.05 (p<0.05), maka terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan atau yang kertara di antara ujian pra dan ujian pos di mana pekali korelasi ialah 0.549. Oleh itu keputusan ini menunjukkan bawah terdapat perubahan dan perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos. 4.9 RUMUSAN Secara kesimpulannya, keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dikalangan murid tahun enam Sekolah Kebngsaan Bandar Easter menunjukkan bahawa terdapat perubahan dan perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos dan ujian pos lebih disukai daripada ujian pra. Oleh itu, pelajar dapat memahami penulisan karangan yang betul, berkongsi dan melahirkan idea serta mengurangkan kesalahan 61
  • 28. dalam penulisan karangan disamping mampu menghuraikan idea dalam bentuk penulisan. Pelajar juga boleh bekerjasama dalam kumpulan. 62