Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Zaim
1. Jamaludin Bin Mohamed
No 3, Lorong Mutiara
Kg Melayu Majidee
81100 Johor Bahru
21 Jan 2013.
En Law Kah Loo
Guru Sukan Rumah Iswara
Sek. Men Aminudin Baki
80100 Johor Bahru.
PERKARA : PERMOHONAN PENUKARAN JADUAL
LATIHAN RUMAH SUKAN ISWARA.
________________________________________________________________________
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Adalah saya dengan hormatnya bapa kepada Muhammad Zaim Bin Jamaludin
No KP : 980914-01-5441 yang berada di tingkatan 3 Cerdas disini memohon jasa baik tuan
agar dapat menukar sesi latihan sukan anak saya dari hari Khamis kepada hari Rabu.
3. Permohonan penukaran ini dibuat disebabkan masalah pengangkutan dimana bas
sekolah yang dinaikinya tidak dapat mengambil beliau pada hari tersebut dan hanya boleh
mengambil beliau pada hari Rabu bersama dengan murid sekolah lain. Saya ada menyuruh
beliau untuk berjumpa dengan tuan namun tuan tidak membenarkan pertukaran tersebut.
Besarlah harapan saya agar permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana saya kerap
berkerja diluar daerah dan sekiranya beliau menggunakan kenderaan awam maka akan
melibatkan kos tambahan. Pada masa yang sama juga saya terpaksa menguruskan anak-anak
lain yang juga masih bersekolah.
4. Saya berharap agar pemohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari
pihak tuan kerana ianya akan dapat membantu para ibubapa yang juga mempunyai komitmen
dengan anak-anak yang lain.
Sekian, terima kasih.
( Jamaludin Bin Mohamed )
600923-01-6211.
Sk
Pengetua
Sek. Men Aminuddin Baki
Johor Bahru