Anúncio
Elazzharcamp
Elazzharcamp
Elazzharcamp
Próximos SlideShares
Laporan perkhemahan perdana sksu 2016Laporan perkhemahan perdana sksu 2016
Carregando em ... 3
1 de 3
Anúncio

Mais conteúdo relacionado

Anúncio

Elazzharcamp

  1. elazzharcamp@gmail.com Pada 19 hingga 21 Februari yang lalu, Badan Induk Pengawas SK Seri Tasik telah mengadakan Kursus Pengawas@Pemimpin Kecil yang bertempat di D'Congkak Forest, Sg Congkak, Hulu Langat. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengawas untuk menimba ilmu pengetahuan dalam menyediakan diri sebagai seorang pengawas yang berketrampilan. Selain itu, para peserta dapat menjana minda dengan lebih efektif sebagai persediaan bagi menghadapi masa hadapan sebagai seorang yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah pengawas, pustakawan dan ketua kelas yang berjumlah seramai 90 orang. Kem Komandan bagi perkhemahan pada tahun ini ialah En Mohd Sufaisul Shamsuddin. Pelbagai aktiviti telah dirancang selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak. Antara aktiviti yang menarik adalah 'Blind Walk', 'jungle trekking', aktiviti simulasi dan permainan bermotivasi. Di samping itu, slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najib Md Norani yang juga merupakan bekas guru di SK Seri Tasik. Majlis penutup kursus pengawas telah diserikan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan iaitu Tn Hj Misman bin Mostam(Guru Besar), Pn Normila Musa(GPK Tadbir dan Kurikulum), En Suhaimi Abd Halim(GPK Ko-Ku) dan En Yusof(wakil PIBG). Majlis penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En Nasaruddin Yusof. Peserta terbaik bagi kategori pengawas telah disandang oleh Hafiz Daniel Badruzzaman(6 Zamrud), Ika Ashirah M. Razman(5 Nilam) dan Putri Nurhani M. Zamri(4 Zamrud). Bagi kategori Pengawas Pusat Sumber, peserta terbaik ialah Balqis Saidatul Nisa Zuraimi. Manakala bagi kategori Ketua Kelas, peserta terbaik telah disandang oleh Zul Nabil Zulkifli(5 Nilam). Selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak, pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui. Namun begitu, kerana tugas dan tanggung jawab semua ahli jawatan kuasa induk beserta dengan guru-guru telah menunjukkan komitmen yang sepenuhnya terhadap perkhemahan pada tahun ini.Jutaan terima kasih buat yang tidak terhingga buat semua yang telah terlibat dan bertungkus-lumus dalam menjayakan kursus pengawas@ pemimpin kecil 2010. Pada 11 hingga 13 Februari 2011 yang lalu, Badan Pengawas dan Disiplin sekolah telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas bagi sesi 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara objektif perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri para pengawas agar lebih mantap dalam menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin kecil. Kem Komandan perkhemahan kali ini ialah Pn Norhaslinda Baharudin yang juga selaku Setiausaha Badan Pengawas SKST. Perkhemahan ini telah disertai oleh seramai 76 orang pengawas sekolah dan beberapa orang pengawas pusat sumber. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antara ialah operasi burung hantu, meredah hutan, aktiviti laluan berhalangan, aktiviti stesyen, permainan bermotivasi dan juga ceramah kepimpinan
  2. pengawas. Badan Pengawas sekolah turut menjemput para penceramah dari SK Sikamat, Negeri Sembilan yang diketuai oleh En. Samsuri yang mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama murid-murid. Melalui aktiviti yang telah dijalankan, murid-murid telah mempelajari pelbagai ilmu seperti cara mengikat bendera dan menaikkan bendera, mengiringi lagu perhimpunan, cara membaca ikrar dengan penuh semangat dan pembacaan doa. Selain itu, para pengawas turut diingatkan tentang sikap dan nilai yang perlu ada dalam diri masing-masing sebagai seorang pengawas sekolah. Antara sikap yang perlu ada dalam diri pengawas adalah bekerjasama, jujur, amanah, tidak mementingkan diri sendiri, mesra, tegas, dan sebagainya. Segala aktiviti yang telah dirancang semestinya tidak akan dapat berjalan dengan baik seandainya tiada kerjasama dari semua guru yang telah sudi hadir untuk menjayakan aktiviti perkhemahan. Terima kasih buat semua guru praktikum yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai bakal guru. Selain itu, buat pasukan guru yang memasak, Pn Suhaila Omar dan rakan- rakan yang lain, pujian buat anda semua di atas sajian makanan yang enak dan lazat buat semua murid dan guru. Tidak ketinggalan buat bekas guru SK Seri Tasik terutamanya En Badrie Zakaria dan En Khairuddin, yang telah bersusah payah hadir untuk sama-sama memeriahkan perkhemahan kali ini. Akhirnya, buat semua guru SKST yang menhadiri perkhemahan pengawas kali ini, jasa kalian amat besar dan hanya Allah yang mampu membalasnya.Kenangan pahit dan manis sejak awal hingga akhir perkhemahan ini akan tersemat dalam memori buat selamanya. Semoga berjumpa lagi dalam perkhemahan akan datang! Sepanjang minggu ini mulai 21 Mac hingga 25 Mac 2011, gabungan panitia Sivik, Agama Islam, Moral, dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Tasik telah menganjurkan Minggu Sopan Santun. Majlis pelancaran minggu sopan santun telah diadakan pada hari Isnin dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Tasik, Tn Hj Misman bin Mostam. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah aktiviti membuat penanda buku, pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian yang bertemakan sopan santun dan juga tayangan video tentang amalan sopan santun. Acara penutup minggu sopan santun telah diserikan dengan kehadiran Ustaz Zamri dari rancangan "Marilah Mengaji TV9" sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamri telah berjaya menarik minat murid tentang peri pentingnya amalan sopan santun dan menjaga adab-adab terhadap Allah, ibu bapa dan guru. Adalah diharapkan semua murid dapat menghayati setiap pesanan yang telah disampaikan dan terus menjaga adab sebagai seorang murid yang kaya dengan sopan santun dan budi bahasa.
  3. Pada 1 hingga 3 April yang lalu, SK Seri Tasik di bawah anjuran kumpulan Pengakap 243 SK Seri Tasik telah menganjurkan perkhemahan memburu Keris Gangsa dengan kerjasama PPW Bangsar Pudu dan Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan KL. Kem ini turut disertai oleh beberapa buah sekolah lain dari Zon Pudu seperti SK Puteri Pandan, SJKC Nam Kheung, dan lain-lain. Jurulatih yang telah terlibat dalam perkhemahan memburu gangsa ini adalah terdiri daripada Kumpulan Pengakap Kelana Kajang. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua ahli pengakap yang telah menghadiri perkhemahan tersebut. Istiadat memperkenalkan ahli baru dan istiadat laung agung turut dijalankan. Antara pengalaman yang paling menarik dapat dirasai oleh semua ahli pengakap ialah pengalaman sewaktu belajar tentang ular, di mana mereka berpeluang untuk pegang ular sawa batik dan ular sawa albino. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Mejar(B) Mior Rosli bin Hj Mior Jaafar. Murid-murid berkumpul untuk pulang semula ke sekolah pada pukul 1.00 tengah hari. Ucapan terima kasih buat semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini iaitu Pn Norizan Salim dan rakan-rakan, En Nazar dari Unit Kokurikulum PPW Bangsar Pudu, Guru Besar SK Seri Tasik dan semua jurulatih dari Kumpulan Pengakap Kelana Kajang. Semoga berjumpa lagi pada perkhemahan akan datang! Pada hari Rabu bersamaan 4 Mei 2011, Kumpulan Pengakap 243 dari SK Seri Tasik telah menerima lencana gangsa setelah berjaya menamatkan perkhemahan pengakap memburu lencana gangsa pada 1 hingga 3 April yang lalu di Kem Rekreasi Lepoh. Majlis penyampaian lencana gangsa kepada semua ahli yang berjaya telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negeri, Mejar(B) Haji Mior Rosli Bin Mior Jaafar. Kumpulan pengakap turut membuat persembahan di hadapan para tetamu jemputan dengan penuh bersemangat. Antara tetamu yang turut hadir adalah En Nazaruddin dari PPW Bangsar Pudu dan En Nasaruddin selaku YDP PIBG. Tahniah diucapkan buat semua ahli pengakap yang telah berjaya melangkah ke satu tahap yang baru dan dharapkan agar semua ahli berpegang kepada Persetiaan Pengakap yang telah diikrarkan. Selain itu, tahniah diucapkan buat semua guru yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini khusus untuk Pn Norizan Salim yang telah bertungkus lumus melatih murid dan memastikan pengurusan program hari ini berjalan seperti yang dirancang. Semoga kumpulan Pengakap 243 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!
Anúncio