SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 8
Pengenalan.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan
pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita
berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan
merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan
lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum
bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang
adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lain-
lain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai
1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya
pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi
cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-
budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai
perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio
budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu
masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak
dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi
meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah
Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk
mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa
berdarah 13 Mei 1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu.
Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah
pemimpin-pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak
keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia. Oleh hal demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan
perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali.
Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan
perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun
Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan
kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang
terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia
merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai
kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita
hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan kelas.
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan
guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan
menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara.
Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana
penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep
1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.
Guru.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada
pelbagai kelas sosial dan kaum.
Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut
Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa
seseorang.
Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal
daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua
murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum
mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku
kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang
mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi
serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza
akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih
unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.
Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang
berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu
perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha
pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka.
Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar
segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan
ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia
mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan
meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam
diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata
yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni
yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.
Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia
yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar
murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan
muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai
agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai
dan kepercayaan mereka.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.
Murid.
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya
hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap
rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada
jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam
kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda
ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses
pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu
ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham
antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu
murid mencapai kematangan sosial.
Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam
kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara
lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara
berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara
dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu
diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu
peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di
bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranamalinajohari94
 

Mais procurados (20)

Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 

Semelhante a Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3shockgadof
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastRadziah Mokhtar
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaAsyikin4996
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 

Semelhante a Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah (20)

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 

Último

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Último (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah

  • 1. Pengenalan. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lain- lain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai 1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio- budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak
  • 2. dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT. Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu. Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah pemimpin-pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh hal demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali. Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang
  • 3. terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
  • 4. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan kelas. Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah. Guru. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku
  • 5. kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka.
  • 6. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. Murid.
  • 7. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
  • 8. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.