1. Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
20 Januari 2006 / 20 Zulhijjah 1425
Pelajaran Dari Peristiwa Hijrah
Saudara-saudara kaum Muslimin rahimakumullah,
Kita sekarang berada pada penghujung tahun. Tidak lama lagi
kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1427.
Dalam erti kata lain, sudah seribu empat ratus dua puluh tujuh
tahun berlalu semenjak hijrahnya Rasulullah s.a.w dari kota
Mekkah ke Madinah. Peristiwa hijrah tersebut membawa
banyak pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai pedoman
dalam kehidupan kita.
1
2. Mari kita imbas kembali peristiwa hijrah tersebut, serta
pengajaran yang boleh diraih dari peristiwa-peristiwa yang
berlaku sepanjang hijrah.
Apabila penentangan orang-orang Musyrik Mekkah terhadap
orang Islam semakin meningkat dan mengganas, Rasulullah
s.a.w memberikan izin kepada umat Islam untuk berhijrah ke
Madinah. Maka ramai dari mereka keluar secara senyap-
senyap pada waktu malam untuk melakukan hijrah tersebut,
meninggalkan kampung halaman mereka dan segala harta-
benda mereka.
Inilah pengorbanan hakiki. Kesedian untuk mengorbankan apa
sahaja untuk Allah. Dalam konteks masa kini, di negara
Singapura ini secara khususnya, kita perlu sanggup
mengorbankan masa kita, tenaga kita, dan wang kita, untuk
lebih mempelajari segala bentuk ilmu yang membawa manfaat
kepada diri kita, umat Islam dan manusia secara umum.
Pengorbanan seperti ini lebih-lebih lagi dituntut apabila ia
bersangkut-paut dengan ugama yang kita cintai ini. Sudah
semestinya kita mengetahui apa yang dituntut oleh Islam atas
diri kita, apa yang perlu kita lakukan sebagai orang Islam.
Saudara-saudara kaum Muslimin rahimakumullah,
2
3. Walaupun Rasulullah s.a.w memberi izin kepada orang-orang
Islam di Mekkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w
sendiri menangguhkan hijrah baginda. Baginda sanggup terus
menghadapi orang-orang Musyrik di Mekkah yang menyakiti
baginda, apatah lagi apabila sebahagian dari ahli keluarga
mereka yang telah memeluk Islam, telah meninggalkan
mereka. Sehinggakan kota Mekkah hampir sunyi daripada
orang-orang Islam, Rasulullah s.a.w masih terus bertahan.
Sehinggakan apabila ketua-ketua Musyrik Mekkah berkomplot
dan bersetuju untuk membunuh Rasulullah s.a.w, barulah
Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk berhijrah, apatah
lagi setelah mendapat izin dari Allah s.w.t.
Begitupun, Rasulullah s.a.w hanya keluar rumah apabila
rumahnya sudah dikepungi oleh pemuka Quraish yang ingin
membunuh baginda. Namun kehendak Allah tidak ada sesiapa
yang boleh menghalang. Rasulullah s.a.w berjaya keluar dari
rumah baginda tanpa disedari oleh musuh-musuh baginda.
Inilah pelajaran kedua yang kita boleh ambil. Sebagai
pemimpin, kita perlu dahulukan mereka yang dibawah
tanggungan kita. Kita semua pemimpin. Kita memimpin
keluarga kita. Kita adalah pemimpin orang bawahan kita di
tempat kerja kita. Sabda Rasulullah s.a.w:
3
4. “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap dari kamu akan
dipersoalkan tentang mereka yang dia pimpin.”
Untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin yang efektif, kita
perlu dahulukan maslahat orang-orang dibawah kita, dari
maslahat kita sendiri. Kita tidak boleh sekali-kali pentingkan diri
sendiri. Ada pepatah Arab yang menyatakan:
“Ketua sebuah kaum adalah khadam bagi kaum itu."
Kerana dia mendahulukan maslahat dan kepentingan orang
dibawahnya dari dirinya sendiri. Sebagai suami, kita perlu
kenang pengorbanan isteri kita, dan menghargainya segala
khidmatnya kepada kita. Oleh itu, adalah wajar kita membantu
isteri-isteri kita dalam tugas mereka di rumah. Sepertimana
Rasulullah s.a.w bersedia membantu isteri-isterinya dalam
urusan rumahtangganya. Janganlah kita merasakan bahawa
sebagai suami kita berhak memerintahkan itu dan ini kepada
isteri kita sedangkan kita tidak pernah atau kurang
membantunya. Ingatlah, pemimpin yang efektif dalam
4
5. pandangan Islam, adalah pemimpin yang mengambil kira
maslahat orang dibawahnya.
Maasyiral muslimin rahimakumullah,
Peristiwa hijrah juga mengajar kita agar sentiasa berpandangan
ke hadapan, dan mencari huraian yang kreatif bagi setiap
masalah. Dan ini hanya dapat dilakukan jika kita sentiasa
berfikiran positif. Walaupun penentangan orang-orang Musyrik
di Mekkah semakin meningkat, Rasulullah s.a.w tidak pernah
kecewa dan putus asa. Baginda sentiasa berfikiran positif.
Sentiasa berkeyakinan bahawa yang baik akan akhirnya
mengalahkan yang batil. Dan dengan fikiran positif tersebut,
baginda dapat mencari huraian-huraian kreatif terhadap
masalah-masalah yang menimpa umat Islam, dan manusia
secara umumnya.
Hatta apabila orang-orang kafir sudah berada di mulut gua
Tsur, tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi, Rasulullah s.a.w
tetap berfikiran positif, walaupun perasaan takut mencengkam
hati Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a yang berada bersama
baginda dalam gua tersebut. Ternyata berfikiran positif
membawa ketenteraman terhadap diri baginda dan
sahabatnya. Perisitwa ini dirakam oleh Allah s.w.t dalam surah
At-Taubah, ayat 40:
5
6. Ertinya: Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka
sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-
orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah)
sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya
berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya:
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta
kita." Maka Allah menurunkan ketenanganNya kepada
(Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu
tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir
itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
Ayat tersebut juga memberi pengajaran kepada kita bahawa
dalam setiap usaha menegakkan ugama Allah s.w.t, kita akan
sentiasa di beri pertolongan oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
6
7. (Surah Muhammad, ayat 7)
Ertinya: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama)
Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu.
Oleh itu, janganlah kita merasa malas atas takut untuk
menjalankan tugas dakwah kita, terutama kepada diri kita dan
anak-anak kita. Dan untuk menjalankan tugas tersebut, untuk
menjadi pemimpin yang efektif, kita perlu hayati pelajaran-
pelajaran yang dapat diraih dari peristiwa hijrah ini.
Dan tiga pelajaran tersebut telah disentuh dalam khutbah ini.
Pertama, sentiasa bersedia untuk berkorban demi Allah, untuk
jalan Allah. Kedua, tidak mementingkan diri sendiri, atau
melebihkan maslahat orang dibawah kita atas maslahat diri kita
sendiri. Dan ketiga, sentiasa berfikiran positif dan melihat
kehadapan untuk mencari huraian-huraian positif bagi setiap
permasalahan yang timbul.
Mudah-mudahan dengan kita melakukan demikian, kita akan
dapat membina masyarakat cemerlang dan disegani
masyarakat dunia.
7