SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Baixar para ler offline
Hukum Merayakan Perayaan Kaum-Kaum Bukan Islam
                                     Oleh:
                       DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
                             Akademi Pengajian Islam
                                Universiti Malaya


SOALAN: Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang terdiri daripada kaum bukan
Islam. Kami saling mengucap selamat Hari Raya mengikut agama dan kepercayaan
masing-masing apabila tiba waktunya, seperti selamat hari Krismas, selamat hari
Deepavali dan lain-lain.

Soalan saya, sebagai seorang Muslim, bolehkah saya turut mengucapkan selamat
menyambut hari-hari kebesaran orang bukan Islam, pada hal kepercayaan mereka
adalah salah dan jelas bertentangan dengan akidah Islam. Harap soalan ini mendapat
jawapan dan ulasan lanjut. - NOORIDAH, Alor Setar, Kedah.

JAWAPAN: Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran
agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk
antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama
pada zaman ini.

Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca
daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari
kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut
serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan
mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh
dilakukan.

Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih
daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang
diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan
mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam
hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan
mereka.

Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam-
Online.net, Islam.qa.net.Islamweb dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemuka
di dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum-
kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah:

1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab
Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari
kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan
asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:

Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama
mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barang siapa meniru
syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu
Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai
kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta
mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda
kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.

Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka
wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu
judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman
ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah juga sikap yang wajib diteladani pada nabi
Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama
mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).

Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-hari
kebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka.
Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa-
dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya.

Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu:

a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrik atau ahli
kitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran
membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat
baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan
kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan
sembelihannya.

Hubungan dua hala

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik
kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: Allah tidak
melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak
memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud:
Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah halal bagi kamu, dan
makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka. Ayat ini menunjukkan adanya
hubungan dua hala antara kafir ahli kitab dengan umat Islam dan juga dengan kafir yang
setia kepada kerajaan Islam.

b. Fatwa beliau tidak mengecualikan juga hubungan kemanusiaan, sedangkan bidang-
bidang kemanusiaan kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik. Hubungan yang
langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk
menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama
dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak,
jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah.

Saya berpendapat, pandangan Syeikh al-Munajjid ini agak sehala dan sedikit
keterlaluan, kerana tidak mengecualikan kafir yang tidak memusuhi Islam dan yang setia
patuh kepada pemerintahannya. Fatwa beliau juga tidak membezakan antara amalan
Hari Raya kaum bukan Islam yang ada hubungan dengan akidah dan yang tiada
hubungan dengan akidah.

Memang jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari Raya kaum bukan Islam, seperti
memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok
Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain, kerana amalan ini ada
hubungan terus dengan akidah. Tetapi jika mereka menghulur makanan pada hari itu
dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah
yang diberi mereka, saya kira ia tidak ada kena-mengena dengan akidah, bahkan harus
kita terima hadiah dan makanan halal yang mereka beri.

Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua
pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan beragama Islam. Saya
tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggap
turut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam.

2. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan
selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang
serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati
antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan
kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat
baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik
kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-
Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.

Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam
seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w.
pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai
penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika
itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan
menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun
baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan
tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada
hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum
yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau
mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada
hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan
mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka, sedangkan ulama sepakat
menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekalipun ia hanya kerana
membalas ucapan yang mereka mulakan.

Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kad-
kad hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan,
sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat,
harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian.

Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al-
Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir
yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan
sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka, sekalipun mereka terdiri daripada
ahli kitab.
Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam
yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada
negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat-
menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya
kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak
menyentuh kesucian Islam.

Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar
bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui
media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita. Wallahualam.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

kekeliruan tentang keberagaman agama
kekeliruan tentang  keberagaman agamakekeliruan tentang  keberagaman agama
kekeliruan tentang keberagaman agamahayatuna net
 
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududi
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududiDasar dasar islam - abul a'la al-maududi
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududiRahmat Hidayat
 
6 Pilar Akidah Dan manhaj
6 Pilar Akidah Dan manhaj6 Pilar Akidah Dan manhaj
6 Pilar Akidah Dan manhajYulian Purnama
 
Membumikan alquran
Membumikan alquranMembumikan alquran
Membumikan alquranagustiachmad
 
Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul qirmumtaz
 
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdf
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdfMAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdf
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdfRizkyGinting1
 
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?Rafidah Andina
 
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012Tabloid reformata edisi 148 februari 2012
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012Reformata.com
 
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfMeraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfilmu ilmu
 
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!Murad Maulana
 
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluValentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluardhy nugraha
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahNatasha Nabila
 

Mais procurados (20)

Tugas Resume HADIS TEMATIK Mita Pratiwi. SM V MD-C FDK UINSU 2019
Tugas Resume HADIS TEMATIK Mita Pratiwi. SM V MD-C FDK UINSU 2019Tugas Resume HADIS TEMATIK Mita Pratiwi. SM V MD-C FDK UINSU 2019
Tugas Resume HADIS TEMATIK Mita Pratiwi. SM V MD-C FDK UINSU 2019
 
kekeliruan tentang keberagaman agama
kekeliruan tentang  keberagaman agamakekeliruan tentang  keberagaman agama
kekeliruan tentang keberagaman agama
 
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududi
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududiDasar dasar islam - abul a'la al-maududi
Dasar dasar islam - abul a'la al-maududi
 
6 Pilar Akidah Dan manhaj
6 Pilar Akidah Dan manhaj6 Pilar Akidah Dan manhaj
6 Pilar Akidah Dan manhaj
 
Membumikan alquran
Membumikan alquranMembumikan alquran
Membumikan alquran
 
Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul
 
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdf
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdfMAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdf
MAKALAH AGAMA AGAMA DI INDONESIA.pdf
 
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?
Mendoakan si mayit atau kirim bacaan al-Quran?
 
Ctu analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
Ctu   analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasaCtu   analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
Ctu analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
 
All
AllAll
All
 
soal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysiasoal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysia
 
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012Tabloid reformata edisi 148 februari 2012
Tabloid reformata edisi 148 februari 2012
 
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfMeraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
 
Husayn Habsyi
Husayn HabsyiHusayn Habsyi
Husayn Habsyi
 
Ghozul fikr
Ghozul fikrGhozul fikr
Ghozul fikr
 
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!
Hanya Seorang Blogger! Bukan Ustad!
 
E book jihad wanita
E book jihad wanitaE book jihad wanita
E book jihad wanita
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
 
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluValentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
 

Destaque

5 eirec ad2 bueno
5 eirec ad2 bueno5 eirec ad2 bueno
5 eirec ad2 buenoaliciadiez
 
Instrumen penilainkelpsasaran
Instrumen penilainkelpsasaranInstrumen penilainkelpsasaran
Instrumen penilainkelpsasaranBP4K
 
Finlndia[1][2]
Finlndia[1][2]Finlndia[1][2]
Finlndia[1][2]cab3032
 
Sistem ve network
Sistem ve networkSistem ve network
Sistem ve networkAba Emekçi
 
Twitter Aleksandra Cvetanovic
Twitter Aleksandra CvetanovicTwitter Aleksandra Cvetanovic
Twitter Aleksandra CvetanovicDejan Pejčić
 
De gebiedsgerichte transitie naar de BGT
De gebiedsgerichte transitie naar de BGTDe gebiedsgerichte transitie naar de BGT
De gebiedsgerichte transitie naar de BGTkinggemeenten
 
Health and safety
Health and safetyHealth and safety
Health and safetydlamptey
 
Facebook timeline for brands
Facebook timeline for brandsFacebook timeline for brands
Facebook timeline for brandsBBR Israel
 
Afisha march 12
Afisha march 12Afisha march 12
Afisha march 12BeeTL
 
Lcrt 5810 APA workshop
Lcrt 5810 APA workshopLcrt 5810 APA workshop
Lcrt 5810 APA workshopSVTaylor123
 
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕ
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕСЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕ
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕvasilybabikov
 
Diapositivas de colombia
Diapositivas de colombiaDiapositivas de colombia
Diapositivas de colombiaferchito93
 
Stevan Raickovic Danilo Stanimirovic
Stevan Raickovic  Danilo StanimirovicStevan Raickovic  Danilo Stanimirovic
Stevan Raickovic Danilo StanimirovicDejan Pejčić
 
ExGame さくっと入門
ExGame さくっと入門ExGame さくっと入門
ExGame さくっと入門Soshi Kido
 

Destaque (19)

ไฟฟ้า
ไฟฟ้าไฟฟ้า
ไฟฟ้า
 
5 eirec ad2 bueno
5 eirec ad2 bueno5 eirec ad2 bueno
5 eirec ad2 bueno
 
Instrumen penilainkelpsasaran
Instrumen penilainkelpsasaranInstrumen penilainkelpsasaran
Instrumen penilainkelpsasaran
 
Finlndia[1][2]
Finlndia[1][2]Finlndia[1][2]
Finlndia[1][2]
 
Sistem ve network
Sistem ve networkSistem ve network
Sistem ve network
 
Ntpc training
Ntpc trainingNtpc training
Ntpc training
 
Twitter Aleksandra Cvetanovic
Twitter Aleksandra CvetanovicTwitter Aleksandra Cvetanovic
Twitter Aleksandra Cvetanovic
 
De gebiedsgerichte transitie naar de BGT
De gebiedsgerichte transitie naar de BGTDe gebiedsgerichte transitie naar de BGT
De gebiedsgerichte transitie naar de BGT
 
Health and safety
Health and safetyHealth and safety
Health and safety
 
Facebook timeline for brands
Facebook timeline for brandsFacebook timeline for brands
Facebook timeline for brands
 
Equipos miniliga
Equipos miniligaEquipos miniliga
Equipos miniliga
 
Afisha march 12
Afisha march 12Afisha march 12
Afisha march 12
 
Lcrt 5810 APA workshop
Lcrt 5810 APA workshopLcrt 5810 APA workshop
Lcrt 5810 APA workshop
 
Reticula
ReticulaReticula
Reticula
 
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕ
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕСЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕ
СЛОВО О ГЕРОЙСКОМ ОТРЯДЕ
 
Diapositivas de colombia
Diapositivas de colombiaDiapositivas de colombia
Diapositivas de colombia
 
Stevan Raickovic Danilo Stanimirovic
Stevan Raickovic  Danilo StanimirovicStevan Raickovic  Danilo Stanimirovic
Stevan Raickovic Danilo Stanimirovic
 
No Title
No TitleNo Title
No Title
 
ExGame さくっと入門
ExGame さくっと入門ExGame さくっと入門
ExGame さくっと入門
 

Semelhante a Hukum merayakan perayaan_kaum_lain

Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMuhsin Hariyanto
 
Fenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaFenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaPagghun Se Malolo
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamAyu Pitas
 
Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1omben2
 
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natal
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natalKeharaman mengucapkan selamat dan merayakan natal
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natalMuhsin Hariyanto
 
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMuhsin Hariyanto
 
Diskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadisDiskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadisoziahmad
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyahnyongkoh
 
MATERI BAB VI QURDIST
MATERI BAB VI QURDISTMATERI BAB VI QURDIST
MATERI BAB VI QURDISTRifkamaliaS
 
Antara ahlus sunnah dan salafiyah
Antara ahlus sunnah dan salafiyahAntara ahlus sunnah dan salafiyah
Antara ahlus sunnah dan salafiyahArdian DP
 
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurSaatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurRa Hardianto
 
Hukum merayakan hari besar umat lain
Hukum merayakan hari besar umat lainHukum merayakan hari besar umat lain
Hukum merayakan hari besar umat lainPendekar Cilik
 
Pandangan islam tentang nikah beda agama
Pandangan islam tentang nikah beda agamaPandangan islam tentang nikah beda agama
Pandangan islam tentang nikah beda agamadharma negara (DNBS)
 
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamshabrina97
 
Sunni syiah dalam dialog
Sunni syiah dalam dialogSunni syiah dalam dialog
Sunni syiah dalam dialogHamzah
 
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhid
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhidOrang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhid
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhidRa Hardianto
 
Uzlah menurut dr wahbah az
Uzlah menurut dr wahbah azUzlah menurut dr wahbah az
Uzlah menurut dr wahbah azRidwan Munir
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8sitisarahrahmania
 

Semelhante a Hukum merayakan perayaan_kaum_lain (20)

Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
 
Makalah nikah beda agama
Makalah nikah beda agamaMakalah nikah beda agama
Makalah nikah beda agama
 
Fenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaFenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agama
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
 
Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1
 
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natal
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natalKeharaman mengucapkan selamat dan merayakan natal
Keharaman mengucapkan selamat dan merayakan natal
 
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
 
Diskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadisDiskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadis
 
Bid'ah
Bid'ahBid'ah
Bid'ah
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
MATERI BAB VI QURDIST
MATERI BAB VI QURDISTMATERI BAB VI QURDIST
MATERI BAB VI QURDIST
 
Antara ahlus sunnah dan salafiyah
Antara ahlus sunnah dan salafiyahAntara ahlus sunnah dan salafiyah
Antara ahlus sunnah dan salafiyah
 
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurSaatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
 
Hukum merayakan hari besar umat lain
Hukum merayakan hari besar umat lainHukum merayakan hari besar umat lain
Hukum merayakan hari besar umat lain
 
Pandangan islam tentang nikah beda agama
Pandangan islam tentang nikah beda agamaPandangan islam tentang nikah beda agama
Pandangan islam tentang nikah beda agama
 
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
 
Sunni syiah dalam dialog
Sunni syiah dalam dialogSunni syiah dalam dialog
Sunni syiah dalam dialog
 
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhid
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhidOrang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhid
Orang musyrik-tidak-diwarisi-oleh-anak-anaknya-yang-muwahhid
 
Uzlah menurut dr wahbah az
Uzlah menurut dr wahbah azUzlah menurut dr wahbah az
Uzlah menurut dr wahbah az
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 8
 

Último

aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 

Último (20)

aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 

Hukum merayakan perayaan_kaum_lain

  • 1. Hukum Merayakan Perayaan Kaum-Kaum Bukan Islam Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya SOALAN: Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang terdiri daripada kaum bukan Islam. Kami saling mengucap selamat Hari Raya mengikut agama dan kepercayaan masing-masing apabila tiba waktunya, seperti selamat hari Krismas, selamat hari Deepavali dan lain-lain. Soalan saya, sebagai seorang Muslim, bolehkah saya turut mengucapkan selamat menyambut hari-hari kebesaran orang bukan Islam, pada hal kepercayaan mereka adalah salah dan jelas bertentangan dengan akidah Islam. Harap soalan ini mendapat jawapan dan ulasan lanjut. - NOORIDAH, Alor Setar, Kedah. JAWAPAN: Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan. Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka. Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam- Online.net, Islam.qa.net.Islamweb dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemuka di dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum- kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah: 1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah: Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
  • 2. Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu. Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29). Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka. Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa- dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya. Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu: a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrik atau ahli kitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan sembelihannya. Hubungan dua hala Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud: Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka. Ayat ini menunjukkan adanya hubungan dua hala antara kafir ahli kitab dengan umat Islam dan juga dengan kafir yang setia kepada kerajaan Islam. b. Fatwa beliau tidak mengecualikan juga hubungan kemanusiaan, sedangkan bidang- bidang kemanusiaan kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah. Saya berpendapat, pandangan Syeikh al-Munajjid ini agak sehala dan sedikit keterlaluan, kerana tidak mengecualikan kafir yang tidak memusuhi Islam dan yang setia patuh kepada pemerintahannya. Fatwa beliau juga tidak membezakan antara amalan Hari Raya kaum bukan Islam yang ada hubungan dengan akidah dan yang tiada hubungan dengan akidah. Memang jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari Raya kaum bukan Islam, seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok
  • 3. Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain, kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Tetapi jika mereka menghulur makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, saya kira ia tidak ada kena-mengena dengan akidah, bahkan harus kita terima hadiah dan makanan halal yang mereka beri. Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan beragama Islam. Saya tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggap turut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam. 2. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan. Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al- Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah. Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah. Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu. Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka, sedangkan ulama sepakat menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekalipun ia hanya kerana membalas ucapan yang mereka mulakan. Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kad- kad hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan, sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat, harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian. Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al- Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka, sekalipun mereka terdiri daripada ahli kitab.
  • 4. Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat- menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak menyentuh kesucian Islam. Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita. Wallahualam.