Konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuan melalui pengalaman dan interaksi. Murid akan menyintesis maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pemahaman yang lebih mendalam. Guru perlu memudahkan proses pembelajaran konstruktif ini dengan menggalakkan murid untuk menjelaskan idea mereka sendiri dan saling berinteraksi.
2. Apakah Konstruktivisme ?
• McBrien & Bradt,1997
Satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar
dan membina pengetahuan sendiri
bukan hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain.
3. • Briner ,M , 1999
Murid membina pengetahuan dengan
menguji idea berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia
ada , mengaplikasikan kepada
situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperolehi
dengan binaan intelektual yang
sedia ada wujud.
4. • Brooks & Brooks ,1993
Murid membina makna tentang dunia
dengan mensintesis pengalaman baru
kepada apa yang telah mereka fahami
sebelum ini.Mereka membentuk peraturan
melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea.Hasil penemuan
tersebut akan disesuaikan dengan
peraturan yang telah dibina agar mereka
dapat menerangkan maklumat baru ini
dengan lebih baik.
5. • Sushkin,N.,1999
Penekanan lebih diberikan kepada
murid bukan guru .Murid yang
berinteraksi dengan bahan dan
peristiwa dan memperoleh
kefahaman melalui bahan dan
peristiwa tersebut . Murid membina
sendiri konsep dan membuat
penyelesaian kepada
masalah.Autonomi dan inisiatif murid
hendaklah diterima dan digalakkan.
6. • Nik Azis Nik Pa,1999
Konstruktivisme adalah tidak lebih
daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri . Sesuatu
pengetahuan yang dipunyai oleh individu
adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukannya bukan maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif
daripada luar.Pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada pemikiran seeorang
kepada seseorang yang lain . Setiap insan
membentuk pengetahuan sendiri dengan
menggunakan pengalamannya secara
terpilih.
7. Kesimpulannya :
Konstruktivisme adalah satu fahaman
bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru
7
11. • Melibat – Guru menyoal dan
merangsang minat dan rasa ingin
tahu murid , murid melibatkan diri.
• Meneroka – Guru mencungkil , murid
mengumpul maklumat dan
meneroka.
• Menjelas – Murid memberi
penjelasan,justifikasi dan
mempersoalkan jawapan.
• Mengembang – Murid membuat
perkaitan dan melanjutkan konsep.
• Menilai – Guru mentaksir
pemahaman murid , murid
menunjukkan pemahaman konsep.
13. 4 Fasa Utama
• Fasa Persediaan
bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah
(thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau
gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian
dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.
• Fasa Imaginasi
idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan
menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip
dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan.
• Fasa Perkembangan
penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum
penilaian terakhir.
• Fasa Tindakan
Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak
digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang
dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan
menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan
penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan
berterusan.
14. 1. FASA PERSEDIAAN
• Orientasi Idea Berasaskan
Pengetahuan Sedia Ada
- Mewujudkan kesedaran, minat dan
perasaan ingin tahu murid.
- Menyediakan situasi/konteks
pembelajaran yang bermakna.
- Mengemukakan soalan/masalah
untuk mencetus dan menjana idea
murid.
15. 2. FASA IMAGINASI
• Penstrukturan Idea
- Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu
konsep/fenomena.
• Meneroka
- Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti
yang dikumpul.
• Menjelas
- Mentafsir maklumat/bukti dan menjelaskan konsep/
fenomena/idea.
• Konstruk Idea Baru
- Membina asas kepada pengalaman yang selari untuk
membantu mereka dalam proses perkongsian dan
berkomunikasi dalam mentafsir maklumat baru yang
diterima.
16. 3. FASA PERKEMBANGAN
• Penjelasan Lanjut
- Membina semula dan memberi
penjelasan lanjut /kefahaman dalam
pelbagai mod (bertulis, grafik, peta
minda dll).
• Aplikasi Idea
- Membuat hubung kait pelbagai konsep
yang berkaitan dan aplikasikan
pemahaman dengan aktiviti harian.
17. 4. FASA TINDAKAN
• Penilaian
- Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran
terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan
sikap murid.
• Kaji Semua Perubahan Idea
- Menyelesaikan tugasan dan mempersembahkan
hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk.
• Penyiasatan Lanjutan
- Membuat penilaian dan refleksi tentang
pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran
baru.
18. Kelebihan Pembelajaran
Konstruktivisme
• Lebih seronok
• Lebih berfikir
• Lebih berkemahiran sosial
• Lebih yakin
• Lebih ingat
• Lebih Faham
19. Peranan Guru Konstruktivisme
• Menggalakkan murid menerangkan
lebih lanjut jawapan kpd soalan
yang ditanya.
• Menggalakkan penemuan oleh
murid melalui pertanyaan soalan
bercapah
• Menggalakkan murid menerangkan
idea mereka serta menghargai
pandangan mereka