1. 1.0 PENGENALAN
Kehidupan manusia pada masa kini tidak dapat dipisahkan daripada
penggunaan teknologi seperti peralatan elektrik dan elektronik. Kebanyakan
aktiviti dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya
berlaku gangguan bekalan elektrik. Fenomena ini membuktikan bahawa
kewujudan tenaga elektrik adalah penting dan memberikan impak terhadap
kemudahan dan keselesaan manusia dalam menjalankan kerja-kerja harian.
Sektor industri juga memerlukan tenaga elektrik bagi menghasilkan pengeluaran
yang cekap, cepat dan berkesan. Mesin-mesin dalam sektor ini biasanya
memerlukan tenaga elektrik yang berkuasa tinggi. Tenaga elektrik adalah
merupakan sumber utama bagi penghasilan tenaga yang lain seperti tenaga
bunyi, cahaya, haba, kinetik dan mekanik.
Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik yang terhasil
daripada pemotongan fluks oleh pengalir gegelung yang terdapat pada sebuah
penjana. Terdapat dua jenis penjanaan iaitu penjanaan arus terus dan
penjanaan arus ulang-alik. Arus terus adalah arus yang mengalir dalam sebuah
litar pada satu arah sahaja. Ia mengalir dari kutub positif ke kutub negatif.
Contohnya sel suria, bateri dan penjana arus terus. Arus ulang-alik pula
merupakan arus yang sentiasa berubah arah pengalirannya mengikut perubahan
kutub sumber bekalan. Arus ulang-alik dijana di stesen janakuasa.
2.0 LITAR ARUS TERUS(AT)
Arus terus (DC, juga AT) merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala.
Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan,
sel suria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir
pada arah yang tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC).
2. Arus terus Arus ulang-alik
Jenis-jenis arus terus.
Arus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan
menggunakan diod atau rektifier yang membenarkan arus mengalir sehala
sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali ke arus ulang-alik dengan
menggunakat inverter ataupun set motor-penjana.
Sistem penghantaran elektrik pertama (dibangunkan oleh Thomas Edison pada
lewat abad ke-19) menggunakan arus terus. Oleh kerana kelebihan arus ulang-
alik lebih baik berbanding arus terus dalam penukaran voltan serta
penghantaran, hampir kesemua sistem penghantaran elektrik menggunakan
arus ulang-alik. Bagi aplikasi yan memerlukan arus terus, seperti sistem kereta
api elektrik yang menggunakan rel ketiga, arus ulang-alik dihantar ke
pencawang, yang seterusnya ditukarkan ke arus terus dengan menggunakan
rektifier. Sila rujuk rencana Perang Arus Elektrik.
Arus terus digunakan untuk mengecas bateri, serta pada hampir kesemua sistem
elektronik seperti pada sistem bekalan kuasa. Kuasa elektrik arus terus pada
kuantiti yang besar digunakan dalam penghasilan aluminium daripad bijihnya
serta proses elektrokimia yang lain. Sistem penghantaran arus terus voltan tinggi
(HVDC) digunakan dalam penghantaran pukal bekalan elektrik merentasi jarak
yang sangat jauh ataupun untuk menghubungkan antara dua grid arus ulang-alik
yang berjiran.
Dalam kejuruteraan elektrik, istilah DC digunakan bagi merujuk kepada sistem kuasa
dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus, serta merujuk kepada lawannya,
berfrekensi sifar, ataupun nilai min setempat bagi voltan atau arus yang berubah secara
perlahan.[1] Contohnya, voltan yang merentasi punca voltan DC adalah malar
3. sebagaimana arus merentasi punca arus DC. Penyelesaian DC bagi litar elektrik ialah
penyelesaian di mana semua voltan dan arus adalah malar.
Walaupun DC bermasud "Arus Terus", DC kadang-kala merujuk kepada "kekutuban
malar". Melalui definisi ini, voltan DC boleh berubah mengikut masa, seperti keluaran
mentah daripada rektifier ataupun isyarat bunyi yang berubah-ubah melalui talian
telefon
Sesetengah bentuk DC (seperti yang dihasilkan pada alat kawalan voltan) mempunyai
voltan yang hampir malar, tetapi masih mempunyai perubahan pada keluaran kuasa
dan arus.
Pemasangan arus terus biasanya mempunyai set soket, suis serta peralatan yang
berbeza, selalunya disebabkan voltan yang rendah. Adalah penting bagi peralatan arus
terus untuk tidak menterbalikkan kekutuban kecualilah jika peralatan tersebut
mempunyai titian diod untuk memperbetulkannya (kebanyakan peralatan berkuasa
bateri tiada titian diod).
Simbol pada peralatan elektronik yang memerlukan atau menghasilkan arus terus.
DC biasanya didapati pada aplikasi voltan rendah, terutamanya yang berkuasa bateri,
yang hanya boleh menghasilkan DC, ataupun sistem kuasa suria, memandangkan sel
suria hanya menghasilkan DC. Kebanyakan aplikasi automotif menggunakan DC,
walaupun pengulangalik ialah peranti AC yang menggunakan rektifier untuk
menghasilkan DC. Kebanyakan litar elektronik memerlukan bekalan kuasa CD. Aplikasi
menggunakan sel bahan api (mencampurkan hidrogen dengan oksigen bersama untuk
menghasilkan elektrik dan air) juga hanya menghasilkan DC.
4. Kebanyakan telefon disambungkan ke wayar pasangan berlingkar, serta mengasingkan
komponen AC pada voltan di antara dua wayar (isyarat audio) dengan komponen DC
antara dua wayar (untuk membekalkan elektrik pada telefon).
Peralatan komunikasi ibusawat telefon, seperti DSLAM, menggunakan bekalan kuasa
piawai -48V DC. Kekutuban negatif diperolehi dengan membumikan terminal positif
sistem bekalan kuasa serta bateri. Ia dilakukan untuk mengelakkan mendapan
elektrolisis.
Rel ketiga yang dikenakan bekalan elektrik boleh digunakan untuk membekalkan kuasa
kepada sistem alihan laju serta kereta api elektrik atas tanah.
3.0 LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)
4.0 PENDAWAIAN DOMESTIK SATU FASA
5. Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada
litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan,
pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.
Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar Kawalan adalah seperti berikut:-
i) Fius Perkhidmatan Dan Penghubung Neutral
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penguna
Fius Perkhidmatan
6. Perangkai Neutral
ii) Jangka Kilowattjam
Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi
menetapkan kadar bayaran tarif
Jangka Kilowattjam
iii) Suis Utama
Terdapat dua jenis iaitu:-
a)Suis- fius( rumah lama banyak guna jenis ini)
b)Fius- suis( supply terus pada fius-sekarang banyak digunakan)
Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar & perlindungan arus
lebihan
7. Suis Utama
iv) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.
ELCB
v) Papan Agihan (DB)
Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan
8. Papan Agihan
4.1 ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DAN PERATURAN
Pengurusan Keselamatan Elektrik
Di Malaysia didapati 80% pengguna-pengguna elektrik di pepasangan
domestik dan tempat kediaman adalah terdiri daripada yang kurang
berpengetahuan mengenai keselamatan elektrik. Manakala kurang
daripada 20% pengguna-pengguna elektrik adalah pengguna komersial
dan industri.
Aspek pengurusan dalam keselamatan pengendalian alat elektrik adalah
satu bidang yang penting bagi mengelakkan sebarang insiden dan
kemalangan daripada berlaku. Pengurusan yang baik dan teratur
membuahkan hasil kerja yang baik dan bersistematik. Ini secara tidak
langsung meminimakan hazad dan risiko yang melibatkan elektrik.
Pengurusan keselamatan elektrik diaplikasikan kepada aktiviti yang
melibatkan pengendalian alatan elektrik yang merangkumi dari tataamalan
permulaan kerja hingga akhir. Tataamalan ini menjadi petunjuk kepada
pengendali agar melaksanakan kerja dalam keadaan yang sistematik dan
selamat. Di dalam konteks pengurusan keselamatan elektrik, aspek
langkah kawalan hazad elektrik dari segi kawalan kejuruteraan
dititikberatkan. Langkah kawalan kejuruteraan hazad elektrik boleh
dibahagikan kepada:
1. Sistem pembumian
9. 2. Penggunaan bahan antistatik (bertujuan mengurangkan hazad
elektrostatik)
3. Penebat berganda (double insulators)
4. Penggunaan fius untuk mengelakkan pengaliran arus yang tinggi.
5. Pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE)
Hazard Elektrik
1. Renjatan
Kebiasaannya dari wayar hidup ke bumi
Menyebabkan otot memendek dan menebal (spasm)
Boleh menganggu tindak balas biasa jantung
Boleh menyebabkan kegagalan pernafasan
1. Pencahayaan
Dari cahaya lampau ungu (UV) bila melihat pada Arka Elektrik atau silauan
kimpalan
Simpton seperti konjuntivitis
Keadaan sementara berlarutan selama 3 atau 4 hari
Tidak member kesan kepada lensa sentuhan (contact lens)
1. Kebakaran
Dari contact dengan arka elektrik yang disebabkan oleh litar pintas konduktor
atau lebihan bebanan peralatan.
Atau pelepasan cas bagi elektrik statik
Elektrik Statik
10. Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat.
Cas ini boleh diagihkan samada didalam atau luar objek yang ditebat atau ia
boleh bertumpu diatas konduktor yang ditebat dari bumi.
Voltan tinggi, arus rendah
Kesan kejutan elektrik dan sumber pencucuhan dalam persekitaran yang mudah
terbakar, jika cas tinggi.
Kesan Arus Elektrik Berbeza Mengikut
Umur
Jantina
Rintangan badan
Keadaan kesihatan
Prinsip Keselamatan Elektrik
Objektif utama adalah untuk melindungi orang dari renjatan elektrik, api dan kesan
terbakar hasil daripada ‘contact’ dengan elektrik.
Dua langkah asas pencegahan adalah:
1. Perlindungan daripada contact langsung
Membekalkan penebatan bahagian peralatan yang berpotensi mengecas elektrik
1. Perlindungan daripada contact tidak langsung
Membekalkan pembumian secara efektif bagi pengasingan logam yang mana
boleh mengecas elektrik jika penebat asas gagal.
11. Untuk melindungi diri daripada terkena renjatan elektrik, langkah-langkah berikut perlu
dilakukan:
1. Sentiasa periksa semua sambungan bumi
Tentukan sambungan sentiasa kemas dan berterusan
1. Periksa dawai pengalir
Untuk menentukan penebat tidak pecah atau rosak
1. Jangan pasang atau baiki sendiri
Pastikan anda seorang yang mahir jika tidak hubungi kontraktor elektrik yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
1. Gunakan palam tiga pin
Jangan sekali-kali tanggalkan pin bumi untuk memasukkan palam ke dalam
soket.
1. Lakukan ujian ke atas Pemutus Litar Kendalian Arus (ELCB)
Lakukan ujian kendalian sebulan sekali. Gantikan jika ELCB tidak berfungsi
1. Pasang peralatan dengan betul
2. Jangan bebankan litar
3. Laporkan sebarang keadaan yang merbahaya
Jangan cuba baiki jika anda bukan orang yang mahir. Hubungi orang yang
berkelayakan untuk membaikinya.
1. Pastikan alat-alat elektrik dimatikan suisnya jika tidak digunakan.
2. Jangan sambungkan fius yang terputus dengan dawai biasa. Gunakan fius yang
sepatutnya.
12. 3. Jangan lakukan sambungan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasa
elektrik. Elak dari mengguna penyambung yang tidak diluluskan.
4. Jangan buat pendawaian tambahan sendiri. Dapatkan khidmat dari kontraktor
bertauliah yang berdaftar dengan jabatan bekalan elektrik dan gas.
5. Pastikan barangan elektrik yang bermotor tidak dihalang pergerakan motornya
hingga menyebabkan ia terhenti sendiri.
6. Jangan biarkan pendawaian terdedah kepada keadaan yang boleh
menjejaskannya atau membakar seperti haba, wap, tekanan, digigit tikus dan
sebagainya.
7. Jangan memperbaiki dan mengubahsuai peralatan elektrik dengan sendiri
8. Jangan lakukan penyambungan elektrik tanpa pengawasan atau penyeliaan
orang dewasa.
9. Elakkan dari menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
10.Jangan membuat penyambungan alat elektrik ke soket suis lampu dua hala.
11.Jangan cuba menyentuh wayar hidup
12.Pastikan suis ditutup sebelum menukar mentol lampu
13.Elakkan diri dari menyentuh talian yang putus atau apa jua pun benda yang
mengalirkan elektrik.
14.Jauhi dari bermain di perkarangan rumah pencawang elektrik
15.Jangan bermain dan menganggu bekalan elektrik
16.Jangan menggunakan peralatan elektrik yang rosak dan bermutu rendah
17.Jangan cuba membuat penyambungan soket ke soket
5.0 PRINSIP ASAS KENDALIAN ALATAN ATAU PERKAKAS DOMESTIK YANG
MEMPUNYAI MOTOR ELEKTRIK