Mais conteúdo relacionado Semelhante a Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm (9) Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm1. PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 1
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (KBSM)
Bil Peribahasa Maksud.
1 bagai cendawan tumbuh selepas hujan terlalu banyak pada sesuatu masa
2 bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan
3 bagai melukut melukut di tepi gantang. seseorang yang dianggap tidak penting kerana tiada
kuasa.
4 bagai menatang minyak yang penuh memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.
5 bagai pauh dilayang pipi yang gebu/licin
6 seperti abu atas tunggul kedudukan yang tidak selamat
7 seperti bangau di ekor kerbau tidak mempunyai pendirian sendiri.
8 seperti harimau menyembunyikan kukunya orang yang menyembunyikan kelebihannya.
9 seperti kaca terhempas ke batu sangat sedih/kecewa
10 seperti ketam menyuruh anaknya berjalan
betul
orang yang menyuruh orang lain melakukan sesuatu
perkara dengan baik padahal dia sendiri tidak
berlaku seperti yang dinasihatinya.
11 seperti kerbau dicucuk hidung orang bodoh dan selalu mengikut perintah orang.
12 belakang parang sekalipun, kalau diasah
nescayakan tajam
orang yang bodoh kalau diajar betul-betul akan
pandai juga.
13 berat sama dipikul, ringan sama dijunjung sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.
14 dayung sudah di tangan, perahu sudah di air segala-galanya sudah tersedia.
15 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sama taraf atau kedudukan
16 kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam
jangan diduga
kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan
hendak berbuat (melawan) sesuatu yang besar.
17 malu berkayuh hanyut perahu hanyut, malu
bertanya sesat jalan
kalau malas berusaha pasti akan susah.
18 seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit
hanya kerana seorang yang melakukan kesalahan,
orang yang lain turut dituduh melakukannya.
19 sekali air bah, sekali pasir berubah suasana akan berubah apabila keadaan berubah.
20 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna
berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu
supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
21 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya.
22 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya
berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan
menyakiti orang lain.
23 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sikap berkerjasama dalam membuat sesuatu
perkara.
24 air tenang jangan disangka tiada buaya orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
penakut.
25 burung terbang dipipiskan lada belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berangan-angan menggunakannya.
26 cepat kaki ringan tangan rajin membuat kerja.
27 genggam bara api biar sampai jadi arang melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah
bersabar sehingga berjaya.
28 indah khabar dari rupa cerita atau gambaran lebih hebat dar keadaan yang
sebenar.
29 jauh panggang dari api tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan.
30 jika melentur buluh biarlah daripada
rebungnya
melatih seseorang hendaklah sejak kecil.
31 patah tumbuh hilang berganti tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya.
32 rosak badan kerana mulut akibat tersalah cakap, diri sendiri yang akan
mendapt susah.
33 sudah terhantuk baru nak tengadah sudah terkena baru hendak beringat.
34 badan sihat otak cerdas tubuh yang sihat akan membentuk minda yang
cerdas.
2. PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 2
35 mata pena lebih tajam daripada mata pedang pendapat yang dikemukakan secara bertulis
kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan
pedang.
36 mencegah lebih baik daripada mengubati menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati
penyakit.
37 pandu cermat jiwa selamat memandu dengan berhati-hati akan mengelakkan
kemalangan jiwa.
38 pemuda harapan negara, pemudi tiang negara pemuda pemudi merupakan harapan/tonggak
negara.
39 tangan yang menghayun buaian itu boleh
menggoncang dunia
wanita yang dianggap lemah sebenarnya amat
perkasa.
40 membazir amalan syaitan perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di sisi
agama.
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 (KBSM)
Bil Peribahasa Maksud.
1 bagai aur dengan tebing saling menolong.
2 bak cendawan tumbuh selepas
hujan
terlalu banyak pada sesuatu masa.
3 seperti baung kena tukul suara yang merungut kerana tidak puas hati.
4 seperti dihiris dengan sembilu perasaan yang pedih sekali.
5 seperti hujan jatuh ke pasir berbuat baik tidak pada tempatnya/ kebaikan yang sia-sia.
6 seperti kacang lupakan kulit tidak mengenang budi atau jasa.
7 seperti menepuk air di dulang
terpercik ke muka sendiri
menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga.
8 seperti meniup api dalam air pekerjaan yang sangat sukar.
9 umpama bersuluh di tengah hari merupakan perbuatan yang bodoh apabila bertanyakan sesuatu
yang sudah diketahui/ mensia-siakan sesuatu.
10 umpama si buta baru celik seseorang yang bersikap sombong kerana baru beroleh kekayaan
(kemuliaan).
11 berjalan pelihara kaki, bercakap
pelihara lidah
hendaklah selalu beringat-ingat apabila melakukan sesuatu
perkara.
12 biar mati anak jangan mati adat jika anak sendiri yang melanggar adat, dia mesti dihukum.
13 bukit sama didaki , lurah sama
dituruni
perhubungan yang sangat akrab, susah senang tetap bersama.
14 bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat
keputusan sebulat suara / berkerjasama
15 hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah
pembahagian yang sama adil
16 hidup kayu berbuah , hidup
manusia biar berjasa
semasa hidup hendaklah berbuat baik pada diri sendiri dan
masyarakat.
17 hidup tidak kerana tuah, mati
tidak kerana sumpah
berusahalah dengan daya usaha sendiri tanpa mengharapkan
bantuan orang.
18 hilang bahasa,, lenyaplah bangsa bahasa akan hilang apabila bangsanya tidak menggunakan
bahasanya itu.
19 ibarat telur sekangkak,pecah
sebiji, pecah semuanya
orang yang bernuafakat akan setia antara satu sama lain.
20 jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya
cita-cita tidak akan tercapai jika tidak bersusah payah dahulu.
21 kalau nak tahu jahat seseorang
tanya seterunya, kalau nak tahu
baik seseorang tanya
sahabatnya
setiap kebaikan atau keburukan seseorang itu dapat diketahui
melalui musuh atau kawannya.
3. PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 3
Bil Peribahasa Maksud.
22 masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
perlu menyesuaikan diri di mana-mana kita berada.
23 menyambung biar panjang,
menyebar biar lebar.
melakukan sesuatu itu biarlah memberi faedah.
24 sediakan payung sebelum hujan bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
25 sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit
kerja yang dilakukan secara beransur-ansur akan mencapai
kejayaan.
26 siapa menjala siapa terjun, siapa
berhutang siapa membayar
siapa yang berkehendak dialah yang berusaha.
27 yang bulat tidak datang
menggolek, yang pipih tidak
datang melayang
seseorang tidak akan mendapat keuntungan dengan mudah.
28 yang dikejar tidak dapat,, yang
dikendong berciciran
sesuatu yang diusahakan tidak akan mendapat hasilnya dan yang
ada di tangan
29 yang kurik itu kendi, yang merah
itu saga, yang baik itu budi yang
indah itu bahasa.
yang baik dan indah itu ialah budi dan bahasa bukannya rupa.
30 besar pasak dari tiang perbelanjaan yang lebih besar daripada pendapatan.
31 genggam bara api biar sampai
jadi arang
mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersabar sehingga
mencapai kejayaan.
32 membuah mahu menuras tidak membuat sesuatu pekerjaan tetapi malas belajar untuk
menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan itu.
33 orang penyegan susah makan orang yang malas bekerja hidupnya susah.
34 rajin bekerja mudah belanja orang yang rajin bekerja hidupnya senang.
35 setitik dijadikan laut sekepal
dijadikan gunung
membesar-besarkan perkara yang kecil.
36 bahasa mencerminkan jiwa kata-kata yang diujarkan sebenarnya lahir daripada jiwa.
37 bertangguh itu pencuri masa tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu.
38 berusahalah kamu seolah-olah
kamu akan hidup seribu tahun
bekerja dan beramal secara seimbang.
39 cegah sebelum parah sebelum berlakunya perkara buruk, perlulah ditegah sesuatu
perbuatan yang tidak baik.
40 jauh berjalan, , luas pengalaman semakin jauh kita berjalan pengetahuan akan turut bertambah.
41 muafakat membawa berkat bekerjasama pasti mendatangkan kebaikan sampai bila-bila.
42 negara bersih, rakyat sihat negara yang tidak kotor menyebabkan masyarakat hidup dalam
kesejahteraan.
43 rajin dan usaha tangga kejayaan usaha yang bersungguh-sungguh akan mendatangkan kejayaan.
44 syurga itu di bawah telapak kaki
ibu
anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa.