SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
Persoalan-persoalan Qadha dan Qadar



Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ikhtiar



Manusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar seperti jika mereka hendak bergerak ke

kanan atau bergerak ke kiri atau pun jika mereka berkehendak makan roti, mereka akan

makan roti dan bukannya pasir.



Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yang

diberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti

yang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala.



Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah pencipta

semua yang ada di dalam alam ini.



Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanya

kerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab.




Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatu

yang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki
seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapi

mentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripada

mengambil makanan yang menyebabkannya sembuh.



Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allah

menyertakannya dengan sebab-sebab.



Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066,

yang bermaksud:

“ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untuk

mengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendinding

yang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yang

telah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah”



Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Amal Soleh



Ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadar

bertentangan dengan konsep berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh.

Apa saja yang diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-kitab

al-Maknun pasti berlaku.
Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalam

kalangan orang-orang yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukar

menjadi seorang yang baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti.



Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baik

semenjak di dalam perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahat

semenjak di dalam perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka dan

orang yang celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawa

tidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akan

berlaku.



Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah dilakukan iaitu :-



Pertama, ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu berada

pada alam realiti kerana Allah menulis dan mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmu

tentang perkara tersebut bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alam

realiti selepas itu. Allah mengetahui dan mentaqdirkan benda-benda yang berlaku di

dalam ini dengan sebabnya. Sesiapa yang beranggapan bahawa Allah mengetahui dan

mentaqdirkan natijah tanpa pendahuluan-pendahuluannya dan musabbab tanpa sebabnya,

bererti telah memperkatakan perkara bathil terhadap Allah. Sebagai contoh , seseorang

mengatakan sekiranya Allah telah menqada’kan saya memperolehi anak, anak itu akan
saya perolehi tanpa perkahwinan dan tidak menyetubuhi wanita yang ditaqdirkan oleh

Allah menjadi ibu kepada anak-anak saya itu. Orang ini tidak syak lagi adalah jahil. Ini

adalah kerana apabila Allah telah mentaqdirkan seseorang mempunyai anak, maka Allah

juga telah mentaqdirkan sebab yan menyebabjkan seseorang memperolehi anak itu.

Menunggu sahaja musabbab yang ditentukan dan telah tertulis di Luh Mahfuz tanpa

mengambil sebab yang ditaqdirkan dan tertulis juga bersamanya, hanya dilakukan oleh

orang yang bodoh dan sesat sahaja.



Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahu

tentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yang

diketahui dan ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab.



Ini adalah kerana ilmu bukanlah sebab yang mewajibkan kewujudan benda yang

diketahui secara sendirian. Sebaliknya ilmu itu hanyalah perkara yang bertepatan dengan

benda yang diketahui yang wujud di alam nyata. Ia tidak memberikan apa yang diketahui

itu suatu sifat tertentu dan tidak juga diambil daripadanya suatu sifat tertentu.



Ilmu tentang masa akan datang dan berita tentangnya, sama juga seperti ilmu tentang

ilmu tentang masa lalu dan berita tentangnya. Misalnya dengan pengetahuan kita tentang

perkara-perkara yang berlaku sebelum daripada kita dan pemberitahuan kita tentang
perkara-perkara tersebut. Ilmu sebegini tidak ,mempunyai kesan dari segi kewujudan

benda yang diketahui itu.



Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang bahagia, tidak akan

celaka orang yang celaka tidak akan bahagia, adalah kata-kata yang benar, tetapi

persoalannya siapakah yang mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itu

menjadi bahagia dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebab

kebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan tersebut. Orang

yang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan sebab-sebab amalan-amalan yang

Allah jadikannya sebagai sebab kepada kecelakaaanya.



Firma Allah
Maksudnya:

Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa

(mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengetahui

dengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan kemudahan

untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat

kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan

perkara yang baik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.1



Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “ Adakah

ahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!” Baginda

ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda Rasulullah

(Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan untuknya.”



Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalang

seseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang diqadarkan

terdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu. Kerana itulah,

apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan: Saya tidak

bersunguh-sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini menunjukkan kehebatan

fiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah terdahulu dan berlakunya qadar itu

ke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang hamba memperolehi apa yang

1
    Al-Quran, Surah al-Lail, ayat 5-10
ditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkan

untuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab itu , sebab-sebab tersebut

menyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di dalam um al-Kitab.



Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang melakukannya

dan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya adalah termasuk ke

dalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi kebahagiaan.



Hubungan Qada’ dan Qadar dengan Rezeki



Rezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan-keperluan kehidupan seperti

makanan, pakaian, tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain.



Allah telah berfirman:




Bermaksud:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalannlah di

merata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah

kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sedudah) dibangkitkan hidup semula; (maka

hargailah ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).2



Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demi

mencari rezeki, pasti dapat memakan rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dan

tidak suka menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezeki

Allah.



Firman Allah lagi :




Maksudnya:

Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam indah) di

atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padanya bahan-

bahan keperluan hidup penduduknya sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan

dikehendaki oleh keadaan mereka ; (semuanya itu berlaku ) dalam empat masa.3



2
    al-Quran, al-Mulk, ayat 15
3
    al-Quran, al-Fushilat, ayat 10
Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja dan

ini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Sunnah-sunnah Allah kepada

makhluknya dan perintah-perintahnya di dalam syariatnya mewajibkan ke atas manusia

bekerja untuk mendapatkan rezeki. Sesiapa yang malas bekerja bererti telah mencanggahi

sunnah alam dan hukum-hukum syara’ sekaligus.



Adalah diakui, ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh-sungguh,

bahkan siang dan malam berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orang

ramai yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada

yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnya

merujuk kepada beberapa perkara :



Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan masyarakat di mana

pembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkan

berterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula.



Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di dalam persekitaran yang

tidak subur, tidak sama dengan orang yang bekerja di dalam persekitaran yang kering

kontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama dengan

orang yang bekerja di padang pasir Afrika.
Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya.

Sesetengah orang mengataka ia sebagai nasib.



Tidak diragui bahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang adalah

termasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini.

Ini dijelaskan di dalam al-Quran :




Maksudnya:

Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki

yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu

memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka,

supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak

mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?4



Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan rezeki merujuk

kepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain dan pengagihan harta kekayaan

di kalangan penduduk sesebuah negara secara tidak adil. Tidak wajar perkara ini

dibiarkan dan dipersalahkan Qadar sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmah

di sebaliknya di dalam penciptaannNya.

4
    al-Quran, al-Nahl, Ayat 71
Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ajal



Umur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala. Allah menjelaskan di dalam al-Quran :




Yang bermaksud:

Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau

sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam

pengetahuanNya tentang segala yang kamu kerjakan.5



Menurut Syeikh Sulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama:

Jenis yang berlaku sebagaimana yang dilaksanakan oleh Qadar dan ditetapkan di dalam

Luh Mahfuz. Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenis

yang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang boleh

bertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah :



Yang bermaksud:




5
    al-Quran, al-Munafiqun: ayat 11
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan apa jua yang

dikehendakiNya dan ingatlah pada sisiNya ada ibu segala suratan.6



Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah Allah

Qadarkan mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku-buku catatan malaikat, umur

seseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan tali

silaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat demikian, rezeki

dan ajalnya akan berkurang.



Ajal juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui oleh

Allah dan yang kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah memerintahkan

malaikat menulis ajal hambanya. Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim,

Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat sendiri tidak tahu adakah ajal

seseorang itu boleh bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan yang

sebenarnya, soal rezeki dan maut ini. Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang ada

pada ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian walaupun sesaat.



Hubungan Qadha’ Dan Qadar Dengan Hidayah




6
    al-Quran, Al-Raad: ayat 39
Dalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberi

petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNya

sudah tentu tidak ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalah

anggapan yang berdasarkan beberapa ayat a-Quran tanpa memerhatikan dan

mengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusia

bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan dan

larangan, janji baik dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.



Allah berfirman di alam al-Quran:




Maksudnya:

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnya

faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa

yang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya

juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang

lain(bahkan dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kami

mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).7



Firman Allah lagi:

7
    al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 15
Maksudnya:

(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-

keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu

serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta

(dan enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan

tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.8



Firman Allah lagi:



Jika kamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk

diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik

kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan drhaka

kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka

(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis)

sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan

apa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya.




8
    al-Quran, Surah al-An’am, Ayat 104
Kebaikan Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar



Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah

Beriman kepada qadha dan qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yang

sempurna kepada Allah kerana hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawa

tuannya tidak melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinya

tenteram walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang.



Pembinaan iman yang teguh

Beriman kepada qadha dan qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia ini

bergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikan

gunung yang kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan kerana

apa yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belum

tentu demikian menurut hikmah Allah.



Penghapusan sikap pesimisme

Beriman dengan qadha’ dan qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelah

seseorang beriman dan meyakini secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itu

jiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil, bahkan pendertiaan itu bertukar menjadi

ibadat, keresahan menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram.
Berani berjihad dan menyatakan kebenaran

Beriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad di

jalan Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidak

merasakan kesakitan bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satu

kejayaan untuk menemui Allah.



Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diri

Apabila menghadapi kekalahan atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asa

malah perasaannya ialah kemenangan.



Kemampuan mengawal diri

Beriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apa

yang berlaku kepada dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu dengan

akhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dan

kecenderungannya walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dan

kadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatu

kerana ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudah

berada dalam dirinya.



Redha kepada taqdir
Beriman kepada qadha dan qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah.

Tujuan akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apa

kecuali diberi peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah.

Pengabdian ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnya

daripada redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya.



Berhati-hati dalam menjalani kehidupan

Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diri

seseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akan

mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apa

yang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azali

lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalam

golongan orang-orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkan

oleh para nabi dan rasul.



Sabar ketika menghadapi bala dan bencana

Beriman kepada qadha’ dan qadar membuatkan seseorang dapat bersabar dalam

menghadapi segala bencana yang menimpa tanpa perasaa takut dan gelisah, bahkan

menghadapi segala bencana yang menimpa dengan tabah kerana mereka tahu bahawa

segala bencana itu datangnya daripada Allah. Malah dirinya juga dicipta oleh Allah.

Mereka tidak akan bersedih di atas apa yang luput dan tidak terlalu gembira terhadap apa
yang diperolehinya bahkan dia tetap seimbang. Mereka sedar bahawa mukmin yang kuat

adalah lebih baik daripa mukmin yang lemah.



Qana’ah terhadap pembahagian allah

Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ah

terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalam

jiwanya. Di kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas,

masih bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembah

kedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang kaya

jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan tetapi meraikan

batas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang tamak.



Bersih daripada sifat tamak

Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang dapat menghindarkan

daripada tamak dan haloba. Dia tidak akan gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanya

bahkan redha dengan apa yang diberi oleh Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidak

akan bercita-cita untuk muda kembali dan tidak tamak dengan daki dunia.




Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib dan sesiapa yang

menolaknya adalah kufur. Sesiapa yang memikulkan kesalahan yang dilakukannya

kepada Allah adalah melakukan kezaliman. Kepercayaan kepada qadha’ bukanlah

membawa keburukan dan kemunduran umat Islam dalam berbagai lapangan kehidupan.

Kemunduran mereka sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap konsep ini.

Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati nurani manusia

dan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka berasa terhormat dan mulia dan

menjadikan urat saraf mereka sentiasa normal dan rehat ketika bertindak menjalankan

dakwah.



Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil. Kuasa-kuasa tersebut tidak menghalang

kemaraan mereka untuk menyampaikan dakwah kepada manusia sejagat. Tidak ada satu

cara yang dapat memberikan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan melalui keimanan

kepada qadha’ dan qadar. Melaluinya seseorang individu akan berasa tenang menghadapi

segala ujian, kerana dia mengetahui perkara itu telah ditaqdirkan oleh Allah Dan

mempunyai hikmah-hikmah yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah dan

seterusnya mereka berasa puas dan redha dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah.



Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya diterima bulat-

bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah taqdir Allah secara umum
adalah pecahan dari fahaman jabariyah. Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestian

kepada setiap umat islam menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalam

memahami aqidah qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalam

golongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah, Qadariyyah,

kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.
Bibliografi

Ishak Mohd. Rejab, Asas-asas Aqidah Islamiyah: 1992, Kuala Lumpur, Menara Ilmu

Sdn. Bhd.

Abdul Hadi bin Haji Awang, Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar: 1991, Kelantan,

Pustaka Aman Press.

Umar Hasyim, Adakah Anda Termasuk Golongan AhlisSunah Wal jamaah?: 1982,

Johor Bahru, Thinkers Library Sdn. Bhd.

Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah

Dalam Memahami Qadha’ dan Qadar: 2004, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers.

Buya H.A Malik Ahmad, Fardhu ‘Ain Aqidah Islam 2: 1992, Petaling Jaya, Selangor,

Pustaka Dini.

Abu Bazli Abdul Kadir bin Che Kob, Aqidah dan Keimanan: 1989, Kuala Lumpur,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Syeikh Ali bin Abdullah Baldram Ali Baldram, Kitab Tuntutan Ibadat: 1962, Ipoh,

Pustaka Muda.
Persoalan qadha dan qadar

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamAbdul Ghani
 
03 bab taharah 1
03 bab taharah 103 bab taharah 1
03 bab taharah 1wk_aiman
 
HARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMHARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMNurul Husna
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah SadiqSalihoddim
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalatsalmy1001
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.jimoh370
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitabSam Pasir Panjang
 

Mais procurados (20)

HIA 3013 Tauhid
HIA 3013 TauhidHIA 3013 Tauhid
HIA 3013 Tauhid
 
Iman, islam, ihsan
Iman, islam, ihsanIman, islam, ihsan
Iman, islam, ihsan
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
03 bab taharah 1
03 bab taharah 103 bab taharah 1
03 bab taharah 1
 
HARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMHARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAM
 
konsep akidah
konsep akidahkonsep akidah
konsep akidah
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitab
 

Destaque

Tema dan persoalan
Tema dan persoalanTema dan persoalan
Tema dan persoalanNoor Hanipah
 
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...fprntb
 
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan temaMinggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan temaShamimi Jamudin
 
Hype vs. Reality: The AI Explainer
Hype vs. Reality: The AI ExplainerHype vs. Reality: The AI Explainer
Hype vs. Reality: The AI ExplainerLuminary Labs
 

Destaque (7)

Tema dan persoalan
Tema dan persoalanTema dan persoalan
Tema dan persoalan
 
Coba NBC
Coba NBCCoba NBC
Coba NBC
 
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...
Draft : Setengah jajahan dan setengah feodal serta persoalan pemuda mahasiswa...
 
Ilmu pengetahuan dan persoalan kita
Ilmu pengetahuan dan persoalan kitaIlmu pengetahuan dan persoalan kita
Ilmu pengetahuan dan persoalan kita
 
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan temaMinggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
 
Filsafat ilmu
Filsafat ilmuFilsafat ilmu
Filsafat ilmu
 
Hype vs. Reality: The AI Explainer
Hype vs. Reality: The AI ExplainerHype vs. Reality: The AI Explainer
Hype vs. Reality: The AI Explainer
 

Semelhante a Persoalan qadha dan qadar

MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxMATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxYudhistiraPutra9
 
Iman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarIman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarNurul Wulandari
 
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulHadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulAbdul Muchith
 
Id islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanId islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanAbdul Algafur
 
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konseling
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konselingPP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konseling
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konselingYasinMuhammad19
 
7 Takdir Dimensi
7  Takdir Dimensi7  Takdir Dimensi
7 Takdir Dimensimoviedz
 
24 jam dalam kehidupan seorang muslim
24 jam dalam kehidupan seorang muslim24 jam dalam kehidupan seorang muslim
24 jam dalam kehidupan seorang muslimBusiness Opportunity
 
Evolutionism Vs Creationism
Evolutionism Vs CreationismEvolutionism Vs Creationism
Evolutionism Vs Creationismjundumay
 
Dari abu huroirohsurga
Dari abu huroirohsurgaDari abu huroirohsurga
Dari abu huroirohsurganajmiadil
 
Proses penciptaan-manusia
Proses penciptaan-manusiaProses penciptaan-manusia
Proses penciptaan-manusiaRa Hardianto
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...EmaMitaApriani
 
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesia
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesiaDua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesia
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesiaHarunyahyaBahasaIndonesia
 
Makna dan tujuan puasa ramadhan
Makna dan tujuan puasa ramadhanMakna dan tujuan puasa ramadhan
Makna dan tujuan puasa ramadhanAgus Yasin
 

Semelhante a Persoalan qadha dan qadar (20)

MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxMATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
 
Iman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarIman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadar
 
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulHadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
 
Id islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanId islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilan
 
Beberapa rahasia al quran
Beberapa rahasia al quranBeberapa rahasia al quran
Beberapa rahasia al quran
 
PAI_2.pptx
PAI_2.pptxPAI_2.pptx
PAI_2.pptx
 
Aswaja xi
Aswaja xiAswaja xi
Aswaja xi
 
Qada dan qadar
Qada dan qadarQada dan qadar
Qada dan qadar
 
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konseling
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konselingPP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konseling
PP RATNA dalam tugas mata kuliah bimbingan dan konseling
 
7 Takdir Dimensi
7  Takdir Dimensi7  Takdir Dimensi
7 Takdir Dimensi
 
24 jam dalam kehidupan seorang muslim
24 jam dalam kehidupan seorang muslim24 jam dalam kehidupan seorang muslim
24 jam dalam kehidupan seorang muslim
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Evolutionism Vs Creationism
Evolutionism Vs CreationismEvolutionism Vs Creationism
Evolutionism Vs Creationism
 
Dari abu huroirohsurga
Dari abu huroirohsurgaDari abu huroirohsurga
Dari abu huroirohsurga
 
Proses penciptaan-manusia
Proses penciptaan-manusiaProses penciptaan-manusia
Proses penciptaan-manusia
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
 
4 KONSEP REZEKI.pdf
4 KONSEP REZEKI.pdf4 KONSEP REZEKI.pdf
4 KONSEP REZEKI.pdf
 
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesia
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesiaDua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesia
Dua puluh empat jam dalam kehidupan seorang muslim. indonesian. bahasa indonesia
 
KB 4 Qadha dan Qadar
KB 4 Qadha dan QadarKB 4 Qadha dan Qadar
KB 4 Qadha dan Qadar
 
Makna dan tujuan puasa ramadhan
Makna dan tujuan puasa ramadhanMakna dan tujuan puasa ramadhan
Makna dan tujuan puasa ramadhan
 

Mais de Kamarudin Jaafar

Mais de Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Persoalan qadha dan qadar

  • 1. Persoalan-persoalan Qadha dan Qadar Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ikhtiar Manusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar seperti jika mereka hendak bergerak ke kanan atau bergerak ke kiri atau pun jika mereka berkehendak makan roti, mereka akan makan roti dan bukannya pasir. Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yang diberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala. Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah pencipta semua yang ada di dalam alam ini. Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanya kerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab. Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatu yang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki
  • 2. seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapi mentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang menyebabkannya sembuh. Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allah menyertakannya dengan sebab-sebab. Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066, yang bermaksud: “ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untuk mengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendinding yang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yang telah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah” Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Amal Soleh Ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadar bertentangan dengan konsep berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh. Apa saja yang diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-kitab al-Maknun pasti berlaku.
  • 3. Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalam kalangan orang-orang yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukar menjadi seorang yang baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti. Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baik semenjak di dalam perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahat semenjak di dalam perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka dan orang yang celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawa tidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akan berlaku. Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah dilakukan iaitu :- Pertama, ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu berada pada alam realiti kerana Allah menulis dan mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmu tentang perkara tersebut bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alam realiti selepas itu. Allah mengetahui dan mentaqdirkan benda-benda yang berlaku di dalam ini dengan sebabnya. Sesiapa yang beranggapan bahawa Allah mengetahui dan mentaqdirkan natijah tanpa pendahuluan-pendahuluannya dan musabbab tanpa sebabnya, bererti telah memperkatakan perkara bathil terhadap Allah. Sebagai contoh , seseorang mengatakan sekiranya Allah telah menqada’kan saya memperolehi anak, anak itu akan
  • 4. saya perolehi tanpa perkahwinan dan tidak menyetubuhi wanita yang ditaqdirkan oleh Allah menjadi ibu kepada anak-anak saya itu. Orang ini tidak syak lagi adalah jahil. Ini adalah kerana apabila Allah telah mentaqdirkan seseorang mempunyai anak, maka Allah juga telah mentaqdirkan sebab yan menyebabjkan seseorang memperolehi anak itu. Menunggu sahaja musabbab yang ditentukan dan telah tertulis di Luh Mahfuz tanpa mengambil sebab yang ditaqdirkan dan tertulis juga bersamanya, hanya dilakukan oleh orang yang bodoh dan sesat sahaja. Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahu tentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yang diketahui dan ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab. Ini adalah kerana ilmu bukanlah sebab yang mewajibkan kewujudan benda yang diketahui secara sendirian. Sebaliknya ilmu itu hanyalah perkara yang bertepatan dengan benda yang diketahui yang wujud di alam nyata. Ia tidak memberikan apa yang diketahui itu suatu sifat tertentu dan tidak juga diambil daripadanya suatu sifat tertentu. Ilmu tentang masa akan datang dan berita tentangnya, sama juga seperti ilmu tentang ilmu tentang masa lalu dan berita tentangnya. Misalnya dengan pengetahuan kita tentang perkara-perkara yang berlaku sebelum daripada kita dan pemberitahuan kita tentang
  • 5. perkara-perkara tersebut. Ilmu sebegini tidak ,mempunyai kesan dari segi kewujudan benda yang diketahui itu. Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang bahagia, tidak akan celaka orang yang celaka tidak akan bahagia, adalah kata-kata yang benar, tetapi persoalannya siapakah yang mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itu menjadi bahagia dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebab kebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan tersebut. Orang yang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan sebab-sebab amalan-amalan yang Allah jadikannya sebagai sebab kepada kecelakaaanya. Firma Allah
  • 6. Maksudnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengetahui dengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.1 Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “ Adakah ahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!” Baginda ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda Rasulullah (Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan untuknya.” Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalang seseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang diqadarkan terdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu. Kerana itulah, apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan: Saya tidak bersunguh-sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini menunjukkan kehebatan fiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah terdahulu dan berlakunya qadar itu ke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang hamba memperolehi apa yang 1 Al-Quran, Surah al-Lail, ayat 5-10
  • 7. ditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkan untuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab itu , sebab-sebab tersebut menyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di dalam um al-Kitab. Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang melakukannya dan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya adalah termasuk ke dalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi kebahagiaan. Hubungan Qada’ dan Qadar dengan Rezeki Rezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan-keperluan kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain. Allah telah berfirman: Bermaksud:
  • 8. Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalannlah di merata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sedudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).2 Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demi mencari rezeki, pasti dapat memakan rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dan tidak suka menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezeki Allah. Firman Allah lagi : Maksudnya: Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam indah) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padanya bahan- bahan keperluan hidup penduduknya sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka ; (semuanya itu berlaku ) dalam empat masa.3 2 al-Quran, al-Mulk, ayat 15 3 al-Quran, al-Fushilat, ayat 10
  • 9. Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja dan ini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Sunnah-sunnah Allah kepada makhluknya dan perintah-perintahnya di dalam syariatnya mewajibkan ke atas manusia bekerja untuk mendapatkan rezeki. Sesiapa yang malas bekerja bererti telah mencanggahi sunnah alam dan hukum-hukum syara’ sekaligus. Adalah diakui, ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh-sungguh, bahkan siang dan malam berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orang ramai yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnya merujuk kepada beberapa perkara : Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan masyarakat di mana pembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula. Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di dalam persekitaran yang tidak subur, tidak sama dengan orang yang bekerja di dalam persekitaran yang kering kontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama dengan orang yang bekerja di padang pasir Afrika.
  • 10. Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya. Sesetengah orang mengataka ia sebagai nasib. Tidak diragui bahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang adalah termasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini. Ini dijelaskan di dalam al-Quran : Maksudnya: Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?4 Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan rezeki merujuk kepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain dan pengagihan harta kekayaan di kalangan penduduk sesebuah negara secara tidak adil. Tidak wajar perkara ini dibiarkan dan dipersalahkan Qadar sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmah di sebaliknya di dalam penciptaannNya. 4 al-Quran, al-Nahl, Ayat 71
  • 11. Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ajal Umur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala. Allah menjelaskan di dalam al-Quran : Yang bermaksud: Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang segala yang kamu kerjakan.5 Menurut Syeikh Sulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama: Jenis yang berlaku sebagaimana yang dilaksanakan oleh Qadar dan ditetapkan di dalam Luh Mahfuz. Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenis yang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang boleh bertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah : Yang bermaksud: 5 al-Quran, al-Munafiqun: ayat 11
  • 12. Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan ingatlah pada sisiNya ada ibu segala suratan.6 Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah Allah Qadarkan mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku-buku catatan malaikat, umur seseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan tali silaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat demikian, rezeki dan ajalnya akan berkurang. Ajal juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui oleh Allah dan yang kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah memerintahkan malaikat menulis ajal hambanya. Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim, Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat sendiri tidak tahu adakah ajal seseorang itu boleh bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan yang sebenarnya, soal rezeki dan maut ini. Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang ada pada ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian walaupun sesaat. Hubungan Qadha’ Dan Qadar Dengan Hidayah 6 al-Quran, Al-Raad: ayat 39
  • 13. Dalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNya sudah tentu tidak ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalah anggapan yang berdasarkan beberapa ayat a-Quran tanpa memerhatikan dan mengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan dan larangan, janji baik dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka. Allah berfirman di alam al-Quran: Maksudnya: Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).7 Firman Allah lagi: 7 al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 15
  • 14. Maksudnya: (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan- keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.8 Firman Allah lagi: Jika kamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan drhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya. 8 al-Quran, Surah al-An’am, Ayat 104
  • 15. Kebaikan Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah Beriman kepada qadha dan qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yang sempurna kepada Allah kerana hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawa tuannya tidak melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinya tenteram walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang. Pembinaan iman yang teguh Beriman kepada qadha dan qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia ini bergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikan gunung yang kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan kerana apa yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belum tentu demikian menurut hikmah Allah. Penghapusan sikap pesimisme Beriman dengan qadha’ dan qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelah seseorang beriman dan meyakini secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itu jiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil, bahkan pendertiaan itu bertukar menjadi ibadat, keresahan menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram.
  • 16. Berani berjihad dan menyatakan kebenaran Beriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad di jalan Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidak merasakan kesakitan bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satu kejayaan untuk menemui Allah. Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diri Apabila menghadapi kekalahan atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asa malah perasaannya ialah kemenangan. Kemampuan mengawal diri Beriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apa yang berlaku kepada dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu dengan akhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dan kecenderungannya walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dan kadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatu kerana ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudah berada dalam dirinya. Redha kepada taqdir
  • 17. Beriman kepada qadha dan qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah. Tujuan akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apa kecuali diberi peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnya daripada redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya. Berhati-hati dalam menjalani kehidupan Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akan mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azali lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul. Sabar ketika menghadapi bala dan bencana Beriman kepada qadha’ dan qadar membuatkan seseorang dapat bersabar dalam menghadapi segala bencana yang menimpa tanpa perasaa takut dan gelisah, bahkan menghadapi segala bencana yang menimpa dengan tabah kerana mereka tahu bahawa segala bencana itu datangnya daripada Allah. Malah dirinya juga dicipta oleh Allah. Mereka tidak akan bersedih di atas apa yang luput dan tidak terlalu gembira terhadap apa
  • 18. yang diperolehinya bahkan dia tetap seimbang. Mereka sedar bahawa mukmin yang kuat adalah lebih baik daripa mukmin yang lemah. Qana’ah terhadap pembahagian allah Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ah terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalam jiwanya. Di kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas, masih bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembah kedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang kaya jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan tetapi meraikan batas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang tamak. Bersih daripada sifat tamak Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang dapat menghindarkan daripada tamak dan haloba. Dia tidak akan gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanya bahkan redha dengan apa yang diberi oleh Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidak akan bercita-cita untuk muda kembali dan tidak tamak dengan daki dunia. Kesimpulan
  • 19. Sebagai kesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib dan sesiapa yang menolaknya adalah kufur. Sesiapa yang memikulkan kesalahan yang dilakukannya kepada Allah adalah melakukan kezaliman. Kepercayaan kepada qadha’ bukanlah membawa keburukan dan kemunduran umat Islam dalam berbagai lapangan kehidupan. Kemunduran mereka sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap konsep ini. Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati nurani manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka berasa terhormat dan mulia dan menjadikan urat saraf mereka sentiasa normal dan rehat ketika bertindak menjalankan dakwah. Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil. Kuasa-kuasa tersebut tidak menghalang kemaraan mereka untuk menyampaikan dakwah kepada manusia sejagat. Tidak ada satu cara yang dapat memberikan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan melalui keimanan kepada qadha’ dan qadar. Melaluinya seseorang individu akan berasa tenang menghadapi segala ujian, kerana dia mengetahui perkara itu telah ditaqdirkan oleh Allah Dan mempunyai hikmah-hikmah yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah dan seterusnya mereka berasa puas dan redha dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah. Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya diterima bulat- bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah taqdir Allah secara umum
  • 20. adalah pecahan dari fahaman jabariyah. Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestian kepada setiap umat islam menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalam memahami aqidah qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalam golongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah, Qadariyyah, kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.
  • 21. Bibliografi Ishak Mohd. Rejab, Asas-asas Aqidah Islamiyah: 1992, Kuala Lumpur, Menara Ilmu Sdn. Bhd. Abdul Hadi bin Haji Awang, Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar: 1991, Kelantan, Pustaka Aman Press. Umar Hasyim, Adakah Anda Termasuk Golongan AhlisSunah Wal jamaah?: 1982, Johor Bahru, Thinkers Library Sdn. Bhd. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Dalam Memahami Qadha’ dan Qadar: 2004, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers. Buya H.A Malik Ahmad, Fardhu ‘Ain Aqidah Islam 2: 1992, Petaling Jaya, Selangor, Pustaka Dini. Abu Bazli Abdul Kadir bin Che Kob, Aqidah dan Keimanan: 1989, Kuala Lumpur, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Syeikh Ali bin Abdullah Baldram Ali Baldram, Kitab Tuntutan Ibadat: 1962, Ipoh, Pustaka Muda.