2. seseorang itu dikatakan mengidapi anemia bila
tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa
trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester
kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
3. anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah
merah di dalam darah berkurangan dari biasa.
Sebagai seorang wanita mengandung, adalah
penting bagi anda untuk mendapatkan ujian
darah bagi menentukan paras hemoglobinnya
semasa lawatan pertama pemeriksaan
kandungan (lawatan antenatal). Walaupun
anda tidak mengalami masalah anemia pada
lawatan pertama, anda masih berpotensi
untuk mengalami keadaan ini kemudiannya
dalam tempoh kehamilan tersebut.
4. Penyebab
Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa
mengandung adalah berkaitan dengan
kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam
kebanyakan kes, perkara- perkara berikut
boleh menyebabkan masalah Anemia :
• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di
dalam diet harian
• Mengalami kehilangan darah yang berpunca
dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun
darah haid yang terlalu banyak.
• Proses pencernaan mungkin mengalami
sedikit perubahan semasa hamil di mana ini
akan menyebabkan berlakunya Anemia
• Walaupun jumlah pengambilan ferum dan
juga asid folik mencukupi. Ini kerana
sebahagian daripada ferum dan juga asid folik
itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
1
• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan
yang banyak berlaku di kawasan Asia,
Mediterranean dan juga Afrika.
5. Faktor - faktor risiko
Berikut adalah beberapa faktor yang dapat
meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
• Wanita yang mengandung yang tidak dapat
makan dengan baik kerana masalah loya atau
muntah.
• Wanita yang mengandung kembar
• Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
• Pemakanan yang tidak baik - kekurangan
pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak
mengambil ferum dengan cukup adalah lebih
mudah mendapat Anemia.
• Merokok dan meminum alkohol berlebihan
• Sebarang ketidakaturan atau masalah yang
boleh mengurangkan penyerapan zat
makanan
• Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.
6. Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
• Merasa letih, lemah anggota dan sering
pengsan.
• Kelihatan pucat
• Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
• Loya
• Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan
jantung yang cepat
• Sakit kepala dan pening
• Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
• Mudah lupa
2
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku
:
• Mengalami Jaundis ataupun kekuningan,
terutama pada mata dan kulit
• Sakit di bahagian perut atau abdomen
7. Komplikasi
Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak
mendatangkan masalah terutamanya kepada
bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku
apabila keadaan Anemia tersebut menjadi
lebih teruk.
• Kajian menunjukkan bahawa keadaan
Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran
pramatang, mengurangkan bekalan oksigen
kepada bayi dan juga menyebabkan
tumbesaran bayi terbantut.
• Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi
atau Praeklampsia di kalangan ibu.
Praeklampsia merupakan satu keadaan di
mana tekanan darah meningkat semasa
mengandung dan boleh mendatangkan
komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga
janin sekiranya tidak dirawat.
• Lebih mudah untuk mendapat jangkitan
semasa mengandung dan selepas bersalin.
8. Ujian - ujian
Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan
berikut perlu dijalankan :
• Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal
oleh doktor.
• Ujian darah di makmal seperti ujian paras
hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras
asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan
sebarang kekurangan ferum dan juga asid
folik.
9. Rawatan farmakologi
Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu
diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik
dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam
sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu
makan utama untuk penyerapan yang lebih
baik atau pun dua kali sehari. Walau
bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum
boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk
mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih
banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan
diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan
juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting.
Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh
didapati di dalam banyak jenis makanan dan
multivitamin tambahan. Asid folik adalah
penting untuk mengelak kejadian
3
Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan
yang kaya dengan asid folik termasuklah
sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan
sitrus dan juga kekacang. Pengambilan
multivitamin tambahan juga adalah perlu.
10. Prognosis
• Sekiranya masalah ini dikesan awal dan
dirawat dengan sempurna, prognosis untuk
anda dan anak dalam kandungan adalah baik.
Dengan kata lain keselamatan anda dan janin
adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu
akan sentiasa memastikan yang bayi di dalam
kandungan akan mendapat bekalan ferum
yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri.
Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
• Anemia biasanya mudah dirawat dengan
pengambilan ferum dan juga asid folik
tambahan yang cukup.
• Tetapi sekiranya keadaan anemia itu
dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan
timbul pada ibu dan juga bayi dalam
kandungan dan juga untuk kehamilan-
kehamilan yang mendatang.
11. Pencegahan
Pelbagai langkah boleh diambil untuk
mengelakkan masalah kekurangan ferum:
• Kebanyakkan ibu mengandung biasanya
diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari
berlakunya masalah kurang darah.
• Makan makanan yang kaya dengan ferum
seperti hati, sayur bayam dan juga buah-
buahan kering untuk menambahkan paras
ferum dalam darah.
• Makan makanan yang mengandungi asid
folik seperti wheat germ, kekacang, mentega
kacang, cendawan dan juga hati.
• Banyak memakan makanan yang kaya
dengan vitamin C seperti buah- buahan, ulam,
sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan
meningkatkan kadar penyerapan ferum.
• Pastikan anda mengambil vitamin dan juga
zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
• Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu
makan dan ketika mengambil vitamin
tambahan.