SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 56
Baixar para ler offline
PELAN STRATEGIK
MAQIS 2022–2025
P e n g u k u h a n B i o s e k u r i t i
B e r p a k s i k a n F a s i l i t i P e r d a g a n g a n
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia
Kementerian Pertanian
dan Industri Makanan
Perutusan
Ketua Pengarah
Ringkasan
Eksekutif
Profil Korporat Pelan Strategik
MAQIS 2022-2025
Keterlibatan
MAQIS dalam
Dasar Agromakanan
Negara (DAN) 2.0
Pasukan
Penggerak
Pelan Strategik
MAQIS 2022-2025
07 08 16
16 18 52 53
53
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
5
GLOSARI
BAHAGIAN DASAR DAN
PERANCANGAN
BAHAGIAN IMPORT EKSPORT
DAN DATA
BAHAGIAN KUARANTIN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN DASAR DAN
PERANCANGAN
BAHAGIAN IMPORT EKSPORT
DAN DATA
BAHAGIAN KUARANTIN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BDP
BIED
BK
BKP
BPP
S1
T1
UIPS
UNIT INTEGRITI DAN PEMATUHAN
STANDARD
TERAS SATU (1)
STRATEGI SATU (1)
BAHAGIAN PEMERIKSAAN DAN
PENGUATKUASAAN
DIGUNAPAKAI BAGI SEMUA
BILANGAN STRATEGI / TERAS
DIGUNAPAKAI BAGI SEMUA
BILANGAN STRATEGI / TERAS
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
6
Setingi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga
kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana telah
berjaya menghasilkan Pelan Strategik MAQIS
2022- 2025 yang merupakan kesinambungan
kepada pelan strategik terdahulu. Inisiatif ini
membuktikan bahawa, Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI) memberikan perhatian
sewajarnya kepada aspek biosekuriti dan
keselamatan makanan selari dengan hasrat
memperkukuh jaminan sekuriti makanan negara
kepada semua rakyat Malaysia.
Negara bergantung kepada pengimportan produk
pertanian dan makanan dalam menampung
keperluan seharian. Kebergantungan terhadap
import untuk beberapa makanan dan produk
pertanian seperti daging lembu dan kambing,
makanan ternakan, sayur-sayuran dan
buah-buahan memerlukakan kawalan ketat
kemasukan di pintu-pintu masuk negara. Adalah
amat penting bagi MAQIS memastikan mekasnima
kawalan ke atas keluaran pertanian yang diimport
dan dieksport bebas daripada ancaman perosak,
penyakit, semestinya halal bagi produk haiwan dan
hasilannya serta tidak menjejaskan kesihatan
rakyat Malaysia.
MAFI juga menyokong hasrat Kerajaan dalam
agenda besar pemulihan negara oleh Kerajaan bagi
mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat serta
menjana semula dan merancakkan pertumbuhan
ekonomi secara menyeluruh. Justeru, Pelan
Strategik MAQIS 2022-2025 juga memberi fokus
kepada penambahbaikan perkhidmatan dalam
memudahcara perdagangan agromakanan
melibatkan pemain-pemain industri. Keperluan
MAFI melalui MAQIS untuk bersiap siaga dengan
ancaman biosekuriti yang semakin dinamik
meletakkan keperluan penggunaan teknologi dan
pendigitalan sebagai salah satu fokus utama dan
pendekatan strategik dalam kawalan aspek
biosekriti makanan serta meningkatkan
kemudahan fasilitasi perdagangan.
Akhir kata, saya merakamkam penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat dalam
penyediaan pelan strategik ini dan berharap segala
yang telah dirancang dalam pelan ini dapat
dilaksanakan sebaiknya dan memberikan manfaat
kepada semua pihak berkepentingan.
#KeluargaMalaysia
#PenguatkuasaBerintegriti
PERUTUSAN YB MENTERI
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Menteri Pertanian
Januari 2022
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
7
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah
SWT dengan izin dan rahmatNya maka Buku Pelan
Strategik MAQIS 2022-2025 telah berjaya
dihasilkan. Pembangunan Pelan Strategik ini
adalah selari dengan hasrat dan iltizam
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI) dalam memperkukuh dan memperkasa
kawalan biosekuriti serta keselamatan makanan
negara. Keperluan untuk mempunyai pelan
strategik dan program yang berkesan dilihat sangat
wajar memandangkan landskap perdagangan
agromakanan secara global dan domestik yang
telah berubah ke arah lebih dinamik dan mencabar.
Pada tahun 2021, Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
telah merekodkan jumlah sebanyak 752,960
transaksi perdagangan agromakanan bernilai
melebihi RM80 bilion. Saya percaya peranan
MAQIS adalah amat penting bagi memastikan
rakyat sentiasa menikmati produk hasilan pertanian
dan makanan yang selamat untuk dimakan, bersih,
halal dan bebas daripada segala penyakit dan
perosak serta melindungi industri pertanian negara.
MAQIS juga berperanan sebagai pemudahcara
kepada pemain industri yang terlibat dalam aktiviti
perdagangan import dan eksport hasilan pertanian
dan makanan yang merupakan pemacu
perkembangan ekonomi negara.
Justeru, dalam usaha mendepani cabaran selain
memenuhi jangkaan pemegang taruh dan
pelanggan, pelan strategik ini dibangunkan dengan
mengadaptasi pendekatan ‘the whole of
government’ dan ‘the whole of society’ bagi
menghasilkan dokumen perancangan yang
holistik, seterusnya berupaya memacu
pelaksanaan berimpak tinggi, selari dengan visi dan
misi Jabatan. Kejayaan pelaksanaan pelan ini juga
akan dapat direalisasikan dengan kerjasama
strategik dan komitmen daripada semua pihak
berkepentingan.
Semoga Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 ini
akan memberi manfaat kepada semua pihak
berkepentingan secara langsung atau tidak
langsung dalam memastikan aspek biosekuriti dan
keselamatan makanan dikawal sebaiknya.
Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada semua yang terlibat dalam penyediaan
pelan strategik ini.
#KeluargaMalaysia
#PenguatkuasaBerintegriti
DATO’ HASLINA BINTI ABDUL HAMID
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Januari 2022 
PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
8
Pelan Strategik merupakan satu elemen penting
dalam pengurusan sesebuah organisasi dan
merupakan tahap perancangan tertinggi yang
memperlihatkan hala tuju organisasi pada jangka
masa pendek, sederhana dan panjang. Menyedari
akan kepentingan untuk satu dokumen yang
komprehensif dihasilkan bagi dijadikan rujukan dan
panduan MAQIS untuk tempoh empat (4) tahun
akan datang, gerak kerja untuk pembangunan
Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (PSMAQIS) 2022-2025
telah dimulakan sejak penghujung tahun 2021.
Dalam membangunkan PSMAQIS ini, Jabatan
telah melihat kepada keperluan untuk bersiap siaga
dengan ancaman biosekuriti yang semakin dinamik
dikala munculnya ancaman pandemik dalam
tempoh semasa selain emerging threats dan variasi
serangga perosak dan penyakit pertanian
merbahaya yang boleh mengancam industri
pertanian negara. Strategi dan program
bersesuaian perlu dirangka bagi memperkasakan
kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara,
selain meningkatkan nilai penyampaian
perkhidmatan agar lebih berkualiti, responsif dan
inovatif. Pengurusan pemeriksaan dan kuarantin
juga perlu dirancang dengan teliti menggunakan
sumber secara optimum dan efektif.
Pembangunan pelan ini juga merangkumi
perancangan penggunaan teknologi dan
pendigitalan sebagai salah satu pendekatan
strategik Jabatan. Ini termasuklah transformasi
dalam penyampaian perkhidmatan yang
melibatkan end to end services kepada pihak
industri khususnya bagi pengimport dan
pengeksport produk pertanian dan agromakanan
selain memperkukuhkan struktur Jabatan, selari
dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030
(DAN 2.0). Selain itu, pemantapan aset-aset
strategik yang berteknologi tinggi turut menjadi
fokus PSMAQIS 2022-2025 bagi memacu
peranan penguatkuasaan serta melicinkan aktiviti
perdagangan agromakanan dengan kawalan yang
lebih cekap dan berkesan.
Akhir kata, saya merakamkan syabas kepada
seluruh warga MAQIS yang sama-sama
menggembleng tenaga dalam penghasilan
dokumen PSMAQIS ini. Sesungguhnya dokumen
ini dapat memberi hala tuju dan panduan yang jelas
kepada warga MAQIS. Saya percaya dengan
iltizam dan komitmen yang tinggi daripada seluruh
warga MAQIS dengan kerjasama penuh Jabatan
serta Agensi berkaitan, objektif PSMAQIS akan
tercapai dan seterusnya menjadikan MAQIS
sebagai sebuah organisasi yang lebih cemerlang
untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat Malaysia.
#KeluargaMalaysia
#PenguatkuasaBerintegriti
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Shamsul Akbar bin Sulaiman
Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan
Januari 2022
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
9
Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (PSMAQIS)
2022-2025 merupakan rujukan dan panduan
asas bagi seluruh warga MAQIS dalam
merancang, melaksana, memantau dan menilai
keseluruhan fungsi teras MAQIS. Objektif utama
PSMAQIS ini dibangunkan adalah bagi
mengukuhkan peranan Jabatan dalam
menyampaikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pemegang taruh khususnya melalui
pelaksanaan yang komprehensif dan teratur.
Pelan ini memperjelaskan hala tuju strategik
Jabatan serta menjadi panduan dalam memacu
hala tuju dengan jelas bagi tempoh empat (4)
tahun akan datang.
PSMAQIS telah dihasilkan berasaskan kepada
suatu perancangan yang teliti dan bersepadu
bagi memastikan industri pertanian dan
agromakanan negara dapat mendepani cabaran
masa hadapan melibatkan aspek kawalan
biosekuriti meliputi pemeriksaan,
penguatkuasaan dan kuarantin serta mengambil
kira fokus Kerajaan dalam pendekatan
mempertingkatkan fasilitasi perdagangan.
Strategi-strategi yang dirangka adalah selari
dengan misi dan polisi di peringkat global,
nasional, Kementerian serta industri yang
berkaitan. PSMAQIS berjaya dibangunkan,
bersandarkan kepada lima (5) Teras Utama.
Kesemua strategi ini perlu dilaksanakan bagi
mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam
jangka masa pendek (kurang dari setahun),
jangka masa sederhana (1 hingga 2 tahun) dan
jangka masa panjang (5 tahun).
Mengambil kira pelan ini perlu dilaksanakan
dengan lancar dan terselaras, Jawatankuasa
Pemandu Pelan Strategik (JKPPS) MAQIS telah
dibentuk dan berperanan memastikan semua
strategi yang terkandung dalam dokumen ini
dapat dilaksanakan dan memenuhi obejektif
yang telah disasarkan. Disamping itu,
Jawatankuasa Pelaksana Pelan Strategik
(JKLPS) MAQIS juga diwujudkan bagi meyelaras
pelaksanaan menyeluruh dan menyelesaikan
segala isu teknikal sepanjang pelancaran pelan
ini selama empat (4) tahun.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
10
Dalam tempoh dua tahun terakhir
(2020-2021) aktiviti perdagangan import
dan eksport agromakanan di pintu masuk
di bawah kawalan MAQIS merekodkan
jumlah melebihi 500,000 transaksi setahun
dengan nilai dagangan direkodkan
menghampiri RM100 bilion setiap tahun
walaupun mengalami pelbagai cabaran
dan kejutan ekonomi kesan daripada
pandemik Covid 19. Kebergantungan
terhadap import untuk beberapa makanan
dan produk pertanian merupakan
komponen utama dalam jumlah
perdagangan tersebut.
Dalam tempoh yang sama juga, MAQIS
telah melaksanakan kawalan di 57 pintu
masuk negara yang telah diwartakan di
bawah Akta Pemeriksaan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (Akta 728).
Pemeriksaan dokumen dan fizikal telah
diadakan sepanjang tahun melibatkan kes
ketidakpatuhan atau pelanggaran
peraturan dan undang-undang
perdagangan agromakanan meliputi
komoditi haiwan, tumbuhan dan ikan pada
tahun 2020 sebanyak 1,300 kes bernilai
RM166 juta dan pada tahun 2021 sebanyak
1,250 kes bernilai RM 176 juta. Penurunan
jumlah peratusan kes adalah sebanyak
3.84% pada tahun 2021.
MENGIMBAS PENCAPAIAN
Jumlah Transaksi
Perdagangan Agromakanan
Nilai
Kuantiti
Jumlah Kes KetidakPatuhan
577,605
transaksi
752,960
transaksi
RM85.3 Bilion RM84.4 Bilion
2020 2021
24.43 Juta MT 18.9 Juta MT
1,300 kes 1,250 kes
5 Pintu Masuk
PULAU PINANG
5 Pintu Masuk
PERAK
9 Pintu Masuk
SELANGOR
2 Pintu Masuk
N. SEMBILAN
5 Pintu Masuk
MELAKA
4 Pintu Masuk
PERLIS
6 Pintu Masuk
KEDAH
2 Pintu Masuk
PAHANG
11 Pintu Masuk
JOHOR
5 Pintu Masuk
KELANTAN
2 Pintu Masuk
TERENGGANU
5 Pintu Masuk
LABUAN
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
11
Dalam tempoh 2020-2021, MAQIS berjaya
membendung ancaman kemasukan
ternakan lembu dari luar negara yang
membawa masuk penyakit Lumpy Skin
Disease (LSD) yang disebabkan oleh Virus
Capripox di mana kes LSD dikesan pada
ternakan lembu susulan dari pemeriksaan
fizikal yang dijalankan semasa tempoh
kuarantin. Walaupun, penyakit ini tidak
bersifat zoonotik dan tidak akan
menjangkiti manusia namun boleh
melumpuhkan industri ternakan sekiranya
tidak dikawal.
Begitu juga rampasan terhadap 330 ekor
burung peliharaan dari negara luar di pintu
masuk kargo Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang
didapati positif selepas persampelan bagi
penyakit Avian Influenza ataupun lebih
dikenali sebagai selesema burung dan
Newcastle Disease (ND) semasa dalam
tempoh kuarantin yang telah ditetapkan.
Penyakit ND mampu memberi kesan
kepada industri unggas negara dan
menjejaskan bekalan sumber protein
seperti daging ayam dan telur kepada
pengguna.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
12
CABARAN DAN PELUANG
Seiring dengan perkembangan industri
perdagangan agromakanan yang dinamik,
pesat dan kompleks pendekatan baharu
yang kreatif dan pantas diperlukan untuk
menanganinya. MAQIS tidak terkecuali
memerlukan transformasi daripada
pendekatan tradisional kepada pendekatan
yang berasaskan kepada teknologi Revolusi
Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memperkasakan
lagi penyampaian perkhidmatan dalam
melaksanakan fungsi pemeriksaan,
penguatkuasaan serta kuarantin
melibatkan elemen biosekuriti serta
keselamatan agromakanan.
Pendekatan lain termasuklah
pembangunan sumber manusia yang lebih
kompeten bagi menghadapi cabaran yang
lebih kompleks selain meningkatkan tahap
penggunaan kelengkapan dan peralatan
pemeriksaan moden dan berteknologi
tinggi. Penubuhan Further Inspection
Centre (FIC) dan penambahbaikan fasiliti
kuarantin di bawah pelan strategik
berupaya mengurangkan kos dan sumber
manusia disamping meningkatkan
kecekapan dalam melaksanakan tugasan
harian, seterusnya meningkatkan kadar
kawalan pemeriksaan dan kuarantin di
semua pintu masuk negara dan stesen
kuarantin di bawah kawalselia MAQIS.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
13
Pada tahun 2005, Kerajaan telah bercadang untuk
mewujudkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebagai badan
tunggal yang mengawal keselamatan makanan
dari segi kuarantin, pemeriksaan serta
penguatkuasaan di seluruh pintu masuk negara.
Tujuan utama kewujudan MAQIS ini adalah untuk:
 mengelakkan pertindihan fungsi agensi di pintu
masuk;
 mengelakkan proses pemeriksaan yang
berulang oleh agensi;
 penggunaan dokumentasi yang seragam;
 penggunaan infrastruktur dan tenaga kerja yang
optimum;
 pengurusan kawalan pintu masuk yang
berkesan; dan
 ‘One Stop Centre’ untuk agensi kuarantin
Oleh itu, MAQIS telah ditubuhkan secara rasminya
pada 12 Mac 2013 di bawah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). MAQIS
telah diberi kepercayaan untuk berfungsi sebagai
sebuah jabatan bagi mengadakan perkhidmatan
bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin,
pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk,
stesen kuarantin dan premis kuarantin dan
pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan,
binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih
dan mikrooganisma dan termasuk yang
berhubungan dengan makanan dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
MAQIS SEPINTAS LALU
FUNGSI UTAMA MAQIS
Untuk memastikan industri pertanian negara bebas dari
ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar terhadap
tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti kuarantin,
pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Untuk membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan
dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara
pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu; dan
Untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan,
keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang
diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi
aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan
keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang
bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan
premis kuarantin
Untuk menambahbaik sistem penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan melalui penggunaan
sumber yang lebih cekap dan bersepadu.
1 2
3 4
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
14
STRUKTUR KEPIMPINAN
Puan Siti Nur
binti Ahmad
Pengarah Bahagian Dasar
& Perancangan
Pengarah Bahagian
Pemeriksaan & Penguatkuasaan
MAQIS Negeri-negeri
Encik Suhail
bin Abdul Halim
Pengarah Unit Perundangan
& Pendakwaan
Encik Muhammad Ezamry
bin Arpan
Pengarah Bahagian
Import Eksport Data
Dr. Mohd Syazuwan
bin Abd Jalil
Pengarah
Bahagian Kuarantin
Encik Mohd Saifullah
bin Roslan
Pengarah Bahagian
Khidmat Pengurusan
Encik Mohd Yusri
bin Md Ismail
Ketua Unit Intergriti dan
Pematuhan Standard
Tuan Shamsul Akbar
bin Sulaiman
Ketua Pengarah
Dr. Azhari Sharidan
bin Abu Bakar
Timbalan
Ketua Pengarah
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
15
PENGARAH-PENGARAH MAQIS NEGERI
Encik Roslan
bin Che At
Pengarah Negeri
Perlis
Puan Lily Rosalind
a/p Paul Pakianathan
Pengarah Negeri
Kedah
Encik Muhammad Ikram
bin Abd Talib
Pengarah Negeri
Pulau Pinang
Encik Edie Putra
bin Md Yusof
Pengarah Negeri
Johor
Encik Mohd Sobri
bin Md Hashim
Pengarah Negeri
Selangor
Puan Nora Dinah
binti Abd Rahman
Pengarah Negeri
Melaka/N. Sembilan
Encik Nazrul Azman
bin Mat Rahim
Pengarah Negeri
Labuan
Encik Hisham
bin Abu Bakar
Pengarah Negeri
Pahang/Terengganu
Encik Mohd Noor
bin Hashim
Pengarah Negeri
Perak
Encik Muhammad Nazrul
Hizam bin Ab Manaf
Pengarah Negeri
Kelantan
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
16
AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN
PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011 [AKTA 728]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (Pendaftar Pengimport,
Pengeksport dan Ejen) 2013
[P.U.(A) 112/2013]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (Pengeluar Permit,
Lesen dan Perakuan) 2013
[P.U.(A) 113/2013]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
(Tatacara Kuarantin) 2013
[P.U.(A) 114/2013]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2013
[P.U.(A) 115/2013]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
(Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013
[P.U.(A) 116/2013]
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
(Pengkompaunan Kesalahan) 2019
[P.U.(A) 120/2019]
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
17
PENERAJU UTAMA
KEMAMPANAN BIOSEKURITI
AGROMAKANAN NEGARA.
VISI
MEMPERKASAKAN KAWALAN
BIOSEKURITI AGROMAKANAN
NEGARA MELALUI
PERKHIDMATAN KUARANTIN,
PEMERIKSAAN DAN
PENGUATKUASAAN BERSEPADU.
MERANCAKKAN PERDAGANGAN
AGROMAKANAN MELALUI
PERKHIDMATAN DAN FASILITASI
YANG KOMPREHENSIF.
MISI
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
18
01
Memastikan tumbuhan, haiwan, ikan, keluaran
pertanian, tanih dan mikroorganisma yang
diimport ke dalam Malaysia bebas daripada
ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar dan
tidak menjejaskan sektor pertanian Negara serta
mematuhi aspek kesihatan manusia, haiwan,
tumbuhan, ikan dan keselamatan agromakanan.
02 Mengkuarantin dan memeriksa tumbuhan,
haiwan, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorga-
nisma, premis dan pengangkut di pintu masuk,
stesen dan premis kuarantin.
03
Memudahcara dan mengadakan khidmat nasihat
kepada pengimport, pengeksport dan ejen yang
terlibat dalam aktiviti perdagangan agromakanan
berkaitan pematuhan syarat - syarat import dan
eksport.
04
Menambahbaik fasiliti dan sistem penyampaian
perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan produk
pertanian dan agromakanan serta meningkatkan
kesedaran kepada pelanggan mengenai keperluan
undang - undang bertulis berkaitan.
OBJEKTIF MAQIS
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
19
TERAS & STRATEGI MAQIS
2022–2025
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
20
5 TERAS UTAMA
Bagi mendepani isu dan cabaran yang telah
dikenalpasti ini, lima (5) teras utama akan
diberikan keutamaan dalam memastikan
MAQIS menjadi sebuah organisasi yang
terus releven dan sentiasa bersedia
menghadapi cabaran. Teras yang dibentuk
adalah seperti berikut:
Setiap teras ini disokong oleh beberapa
langkah strategi sebagai panduan dan
tindakan di peringkat Bahagian, Unit dan
Pejabat MAQIS Negeri untuk mencapai
keseluruhan pelan tindakan yang
ditetapkan. Disenaraikan di bawah setiap
strategi, program atau langkah pelaksanaan
bagi mendukung usaha MAQIS dalam
meningkatkan prestasi Jabatan, seterusnya
prestasi Kementerian. Aktiviti di bawah
setiap program yang dilaksanakan perlu
bersifat dinamik, outcome-oriented dan
terkedepan bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan MAQIS sentiasa relevan
dengan keperluan semasa dan mendatang.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia
TERAS
Pelan Strategik
MAQIS
2022-2025
TERAS 1
Pemantapan aktiviti
pemeriksaan dan
penguatkuasaan
biosekuriti
agromakanan
TERAS 2
Memantap dan
memodenkan
pengurusan
kuarantin pertanian
(tumbuhan, haiwan
dan ikan)
TERAS 3
Meningkatkan
efisiensi dan fasilitasi
perdagangan
pertanian
TERAS 4
Meningkatkan
keupayaan kapasiti
modal insan MAQIS
TERAS 5
Memodenkan
infrastruktur bagi
mewujudkan
persekitaran kerja
yang kondusif
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
21
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia
TERAS
Pelan Strategik
MAQIS
2022-2025
SI - Pemodenan Infrastruktur
Pemeriksaan
S2- Pemodenan Kit
Pemeriksaan Konsainan
S3- Pemerkasaan Integriti
Pematuhan Pemeriksaan
S4- Pembangunan Inovasi
Proses Siasatan
SI - Fasiliti dan Infrastruktur
Kuarantin Pertanian
S2- Perkhidmatan Kuarantin
Secara Pendigitalan
S3- Pemantapan Pegawai
S4- Memperkasakan
Pematuhan Regulatori
SI - Pendigitalan Prosedur
Perkhidmatan
S2- Pembangunan Fasiliti
S3- Komunikasi Strategik
SI - Pembangunan
Kompetensi Keluarga
MAQIS
S2- Pengembangan Jati Diri
Keluarga MAQIS
S3- Pemantapan Integriti
Keluarga MAQIS
SI - Ruang Pelanggan
Kondusif
S2- Memodenkan Peralatan
dan Kemudahan Pejabat
S3- Kemudahan Sistem
Mesra Pengguna dan
Pelaporan
S4- Big Data MAQIS
(BID MAQ)
TERAS 1
Pemantapan aktiviti
pemeriksaan dan
penguatkuasaan
biosekuriti
agromakanan
TERAS 2
Memantap dan
memodenkan
pengurusan
kuarantin pertanian
(tumbuhan, haiwan
dan ikan)
TERAS 3
Meningkatkan
efisiensi dan fasilitasi
perdagangan
pertanian
TERAS 4
Meningkatkan
keupayaan kapasiti
modal insan MAQIS
TERAS 5
Memodenkan
infrastruktur bagi
mewujudkan
persekitaran kerja
yang kondusif
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
22
PEMANTAPAN AKTIVITI
PEMERIKSAAN DAN
PENGUATKUASAAN
BIOSEKURITI
AGROMAKANAN
T1
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
23
TERAS 1: PEMANTAPAN AKTIVITI PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN BIOSEKURITI AGROMAKANAN
S1 
Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan
Konsainan Pertanian di Pintu Masuk
Sebagai langkah proaktif bagi memastikan
kecekapan aktiviti pemeriksaan dapat
dipertingkatkan, penekanan terhadap kaedah
penambahbaikan dan memodenkan tempat
pemeriksaan diutamakan. Beberapa model
well-equipped inspection bay akan diwujudkan
berdasarkan jenis laluan seperti darat, udara,
laut serta jenis komoditi yang terlibat. Insiatif
utama bagi mencapai objektif strategi ini
jua adalah cadangan penubuhan One-Stop
Quarantine Centre (OSQC) di pintu masuk
terpilih dimana satu zon kawalan biosekuriti
bersepadu yang merangkumi semua fasiliti
pemeriksaan dan penguatkuasaan yang
lengkap bagi aktiviti import eksport serta
transit / transhipment. Kedua-dua inisiatif
ini mensasarkan peningkatan terhadap
pengukuhan kawalan biosekuriti di pintu
masuk dan dapat mengoptimumkan sumber
tenaga kerja.
S2 
Pemodenan Kit Pemeriksaan Konsainan dan
Komoditi di Pintu Masuk
Alatan dan kit pemeriksaan merupakan
keperluan asas dan terpenting dalam
menjalankan pemeriksaan yang berkesan. Bagi
memastikan keberkesanan pemeriksaan dapat
ditingkatkan, langkah pemodenan kaedah bagi
pemeriksaan akan dilaksanakan termasuklah
akan diwujudkan MAQIS Surveillance Kit (MSK).
Inisiatif ini akan memperkenalkan penggunaan
secara menyeluruh kit dan alat saringan
awalan konsainan dalam mengenalpasti
ketidakpatuhan yang berlaku, antaranya seperti
kit pengesanan tahap residu racun perosak
atau pengesanan bahan cemar pada produk
dagangan. Jalinan kerjasama strategik bersama
jabatan/agensi/badan pakar seperti Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) akan dibuat dalam menginovasikan
kit dan alatan pemeriksaan mengikut
keperluan semasa Jabatan. Inisiatif ini dilihat
akan dapat membantu memastikan tindakan
penguatkuasaan yang dijalankan berkualiti dan
cekap.
S3 
Pemerkasaan Integriti Pematuhan
Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di Pintu
Masuk
Salah satu pengukur kecekapan aktiviti
pemeriksaan dan penguatkuasaan adalah
tempoh masa yang diambil bagi pelaksanaan
aktivititersebut.Bagimemastikanpemeriksaan
dan penguatkuasaan dapat dijalankan
dalam tempoh masa yang singkat tanpa
menjejaskan tahap kecekapannya, inisiatif
dinamakan sebagai MAQIS Tracker akan
diperkenalkan bagi kegunaan semua pegawai
penguat kuasa di pintu masuk. Satu ruangan
rujukan semak silang akan dibangunkan di
laman sesawang portal rasmi MAQIS dimana
semakan mengenai keperluan pematuhan
pengimportan dan pengeksportan dapat
disemak oleh pegawai seperti pengesahan
dokumen dan maklumat semasa secara
langsung. Insiatif ini menyasarkan peningkatan
terhadap integriti pemeriksaan dokumentasi
dan fizikal konsainan.
S4 
Pembangunan Inovasi Proses Siasatan dan
Penguatkuasaan
Antara komponen terbesar fungsi dan tugas
MAQIS adalah melibatkan penyiasatan dan
penguatkuasaan. MAQIS berhasrat bagi
memperkasakankompetensipegawaipenguat
kuasa dalam menjalankan penyiasatan yang
melibatkan ketidakpatuhan di bawah Akta 728.
Sehubunganitu,satusistempengurusankertas
siasatan secara dalam talian iaitu MAQIS Digital
Investigation Paper (DIP) akan diperkenalkan
bagi memperkemaskan tatacara pengurusan
kertas siasatan dimana tujuan utama sistem
ini adalah bagi menghasilkan kertas siasatan
yang berkualiti. Cadangan bagi mewujudkan
integrasi bersama Jabatan/Agensi berkaitan
bagi memperolehi data atau maklumat
sewaktu penyiasatan akan dilaksanakan jua.
Kelancaran sesuatu proses siasatan akan
membawa kepada peningkatan kecekapan
pengurusan konsainan dalam tahanan
seterusnya memberi kemudahan kepada
pemain industri.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
24
STRATEGI 1
Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan Pertanian di Pintu-Pintu Masuk
S1 2022-2025
Mewujudkan model well-equipped Inspection Bay mengikut laluan / jenis komoditi
di pintu masuk.
MAQIS Efficient Bay
Pengurangan tenaga kerja secara fizikal dan
masa pemeriksaan
Meningkatkan kecekapan aktiviti pemeriksaan
sebanyak 20%.
Pelabuhan Pasir
Gudang, Johor
Pelabuhan Klang
Utara, Selangor
Kompleks Sultan
Abu Bakar, Johor
Lapangan Terbang
Antarabangsa
Pulau Pinang
Bukit Kayu Hitam,
Kedah
DARAT
LAUT UDARA
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BPP
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
25
STRATEGI 1
Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan Pertanian di Pintu-Pintu Masuk
S1 2022-2025 One-Stop Quarantine Centre (OSQC)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BQ
Pengukuhan kawalan aspek biosekuriti agromakanan
secara kolektif serta peningkatan jumlah pemeriksaan
fizikal secara kualitatif.
Penubuhan One-Stop Quarantine Centre.
Satu zon kawalan biosekuriti bersepadu yang menyediakan fasiliti
pemeriksaan yang lengkap, makmal ujian saringan, hub perdagangan
transit/transhipment, komoditi pertanian dan lain-lain
perkhidmatan sokongan.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
26
STRATEGI 2
Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan dan Komoditi di Pintu Masuk
S2 2022-2025 MAQIS Surveillance Kit (MSK)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BPP
Penggunaan kit dan alat saringan awalan konsainan dan komoditi di pintu masuk.
Jalinan kerjasama bersama pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) dalam inovasi penggunaan kit pemeriksaan konsainan
agromakanan di pintu masuk.
Tindakan penguatkuasaan yang berkualiti dan jaminan
keselamatan biosekuriti bagi komoditi yang diimport.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
27
STRATEGI 3
Pemerkasaan Integriti Pematuhan Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di Pintu Masuk
S3 2022-2025 MAQIS Tracker
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BIED
Pengwujudan ruangan rujukan semak silang melalui link rujukan portal rasmi MAQIS.
E Guide – Ruangan informasi :-
Pengesahan dokumentasi dari sumber yang sah
dan sahih.
Memendekkan masa dan kecekapan watu
pengesahan dokumentasi.
Peningkatan integriti pemeriksaan dokumentasi dan
fizikal konsainan.
Larangan Import / Eksport komoditi pertanian.
Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP) dan Arahan-
arahan Jabatan


Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
28
STRATEGI 4
Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan dan Komoditi di Pintu Masuk
S4 2022-2025 MAQIS Digital Investigation Paper (DIP)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BPP  BIED
Pengenalan sistem pengurusan kertas siasatan secara dalam talian yang
melibatkan fungsi-fungsi dan capaian tertentu.
Integrasi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pemakluman melalui emel (notification reminder).
Pelaksanaan kertas siasatan lebih tepat dan efisien
serta pelepasan konsainan lebih teratur dan selamat.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
29
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
30
MEMANTAP DAN
MEMODENKAN PENGURUSAN
KUARANTIN PERTANIAN
(TUMBUHAN, HAIWAN
DAN IKAN)
MEMANTAP DAN
MEMODENKAN PENGURUSAN
KUARANTIN PERTANIAN
(TUMBUHAN, HAIWAN
DAN IKAN)
T2
31
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
TERAS 2: MEMANTAP DAN MEMODENKAN PENGURUSAN KUARANTIN PERTANIAN (TUMBUHAN, HAIWAN DAN IKAN)
S1 
Pemodenan Fasiliti dan Infrastruktur
Kuarantin Pertanian
Dalam era modenisasi dan serba canggih,
MAQISmenetapkansalahsatumatlamatutama
yangperludicapaidalamPelanStrategikMAQIS
2022-2025 adalah bagi membangunkan fasiliti
kuarantin yang serba lengkap dan kondusif
yang menepati piawaian antarabangsa.
Stesen kuarantin di bawah pengurusan MAQIS
akan dilengkapi dengan semua kemudahan
kuarantin tumbuhan, haiwan serta ikan yang
eksklusif bagi memastikan perkhidmatan
terbaikdapatdisampaikankepadasemuapihak
yang terlibat dalam pengurusan kuarantin.
Insiatif mewujudkan MAQIS Q-Station akan
secara langsungnya memberi kesan terhadap
peningkatkan penggunaan fasiliti kuarantin
kerajaan disamping mengoptimumkan
kepuasan pelanggan.
S2 
Pemantapan Perkhidmatan Kuarantin
secara Pendigitalan Bersepadu
Bagi menyokong aspirasi kerajaan berhubung
pelaksanaan pendigitalan sektor awam,
satu penambahbaikan terhadap prosedur
berhubung pengurusan kuarantin iaitu sistem
tempahan ruang kuarantin yang dinamakan
MAQIS EZYBooQ akan dilaksanakan dalam
sistem i-MAQIS. Tindakan ini diambil bagi
memantapkan proses tempahan kuarantin
sedia ada agar lebih sistematik, efisien dan
mesra pelanggan. Pelaksanaan inisiatif ini
secara tidak langsung juga dilihat dapat
mengurangkan kekerapan aduan secara
berkesanberhubungkelancarandanketelusan
proses permohonan yang dibuat oleh MAQIS.
Disamping itu, sistem ini juga akan mampu
menghasilkan pelaporan data kuarantin yang
lebih tepat dan jitu.
S3 
Pemantapan Pegawai ke Arah
Profesionalisme dan Berkeupayaan dalam
Pengurusan Kuarantin
Selaras dengan dasar kerajaan, pembangunan
kompetensi dan pembelajaran berterusan
dalam melahirkan pegawai kerajaan yang
lengkap dengan sikap, kemahiran dan
pengetahuan yang bersesuaian amatlah
ditekankan. MAQIS mensasarkan untuk
melahirkan sekurang-kurangnya 10 Training of
Trainer (ToT) dalam kemahiran berkaitan fungsi
dan tugas MAQIS khususnya dalam aspek
kuarantin. Diamond Learning Programme
(DLP) merupakan instrumen utama bagi
MAQIS memperkasakan kemahiran pelbagai
setiap pegawai penguat kuasa MAQIS melalui
penganjuran program-program yang boleh
membantu meningkatkan kecekapan dan
ketelitian dalam menjalankan tugas seharian
terutamanya melibatkan kuarantin dan
pemeriksaan. Selain itu, dengan lahirnya
pegawai berkompetensi tinggi sekaligus
dapat meningkatkan imej dan reputasi MAQIS
dalam penyampaian perkhidmatan.
S4 
Memperkasakan Pematuhan Regulatori dan
Biosekuriti Kuarantin Pertanian (Tumbuhan,
Haiwan dan Ikan)
Dalam usaha mempertingkatkan tahap
pematuhan regulatori terutamanya berkaitan
pengurusan kuarantin di stesen kuarantin
serta premis kuarantin di bawah seliaan
MAQIS, satu inisiatif yang akan dilaksanakan
adalah Quarantine Enforcement MAQIS
(QE-MAQIS) dimana penguatkuasaan akan
diperkasakan melalui penambahbaikan garis
panduan atau sebarang dokumen regulatori
sedia ada. Pemerkasaan penguatkuasaan
penting dalam memastikan standard yang
ditetapkan dilaksanakan sepenuhnya bagi
memudahkan kawalan biosekuriti. Dengan
kadar pematuhan regulatori yang tinggi, hal
ini dapat menurunkan kadar risiko perosak,
penyakit atau bahan cemar berbahaya untuk
masuk ke dalam negara.
32
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
STRATEGI 1
Pemodenan Fasiliti dan Infrastruktur Kuarantin Pertanian (Tumbuhan, Haiwan, Ikan)
S1 2022-2025
Membangunkan fasiliti, kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan yang kondusif
dan serba lengkap di satu (1) stesen kuarantin (tumbuhan, haiwan dan ikan) yang
menepati piawaian antarabangsa.
MAQIS Q-Station
Peningkatan penggunaan fasiliti kuarantin awam.
Mengoptimumkan kepuasan pelanggan.
Melibatkan veterinawan bertauliah sebagai rakan
MAQIS yang membantu perawatan.
Memberi respon kepada tindakan rawatan asas
dengan lebih pantas.
Pemantauan keselamatan dengan infrastruktur dan
kemudahan bersistematik dengan ciri-ciri keselamatan
yang ketat.
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BQ
33
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
STRATEGI 2
Pemantapan Perkhidmatan Kuarantin Secara Pendigitalan Bersepadu
S2 2022-2025 MAQIS EZYBooQ
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BIED  BQ
Proses tempahan kuarantin lebih efisien, sistematik
dan mesra pelanggan.
Kelulusan permohonan tempahan kuarantin lebih
lancar dan telus.
Pengurangan aduan pengguna melibatkan masalah
tempahan ruang kuarantin.
Pengumpulan data kuarantin yang lebih tepat.
Pemantapan sistem tempahan kuarantin sedia ada secara pendigitalan
bersepadu (Stesen dan Premis Kuarantin).
Penambahbaikan sistem tempahan ruang kuarantin dalam sistem i-MAQIS.
34
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
STRATEGI 3
Pemantapan Pegawai ke Arah Profesionalisme dan Berkeupayaan dalam Pengurusan Kuarantin
S3 2022-2025 Diamond Learning Programme (DLP)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BQ  BKP
Melahirkan sepuluh (10) Training of Trainer (ToT) dalam kemahiran
pengurusan kuarantin melalui mentoring dan coaching.
Menganjurkan program peningkatan kemahiran pegawai.
Pegawai akan lebih cekap dan kompeten berkaitan
pengurusan kuarantin.
Peningkatan imej Jabatan serta menjamin
perkhidmatan kuarantin yang diberikan adalah
memenuhi kehendak serta kebolehpercayaan
pelanggan.
35
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
STRATEGI 4
Memperkasakan Pematuhan Regulatori dan Biosekuriti Kuarantin Pertanian
(Tumbuhan, Haiwan dan Ikan)
S4 2022-2025 Quarantine Enforcement MAQIS (QE-MAQIS)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BQ
Penambahbaikan garis panduan sedia ada berkaitan dengan
pengurusan kuarantin di Stesen dan Premis Kuarantin.
Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan standard berdasarkan Akta dan peraturan
sedia ada.
Peningkatan bilangan premis yang mematuhi garis
panduan yang ditetapkan.
Mempergiatkan aktiviti/program berkaitan kawalan
penguatkuasaan di Stesen dan Premis kuarantin
secara berkala.
36
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
MENINGKATKAN
EFISIENSI DAN
FASILITASI PERDAGANGAN
PERTANIAN
MENINGKATKAN
EFISIENSI DAN
FASILITASI PERDAGANGAN
PERTANIAN
T3
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
37
TERAS 3: MENINGKATKAN EFISIENSI DAN FASILITASI PERDAGANGAN PERTANIAN
S1 
Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import
 Eksport MAQIS
Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
negara dalam persaingan global, inisiatif
pendigitalan perlu diambil kira dalam
melancarkan urusan perkhidmatan import
eksport komoditi pertanian dan agromakanan.
Oleh yang demikian, MAQIS meletakkan
keutamaan aspek pendigitalan seperti
menambahbaik sistem pengeluaran permit
melalui kaedah auto-approve yang dikenali
sebagai Automated Permit Approval (AMP).
Tujuan pembangunan sistem ini adalah bagi
menjamin pengeluaran satu (1) permit dalam
tempoh kurang daripada tiga (3) minit dimana
kelulusan dan pengeluaran permit setakat
ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam
berdasarkan jenis komoditi yang dimohon.
Disamping itu, bagi mencapai objektif di
bawah strategi ini, satu lagi inisiatif Jabatan
akan dibangunkan iaitu mewujudkan modul
berkenaan perkhidmatan Jabatan secara one-
stop centre iaitu MAQIS Mobile Apps (MMA)
yang mana penggunaan kepada satu aplikasi
bagi mendapatkan maklumat berkenaan
import dan eksport.
S2 
Pembangunan fasiliti bagi penempatan
konsainan pertanian yang melanggar Akta
728 dan Peraturan-peraturan MAQIS
Fasilitasi perdagangan merujuk kepada
insiatif memudahkan aktiviti melibatkan
import eksport dan seumpamanya. Dalam hal
ini, MAQIS seiring dalam usaha membantu
pemain industri dengan membangunkan
infrastruktur dengan kawalan biosekuriti
yang ketat untuk dijadikan sebagai pusat
penahanan dan pemeriksaan lanjut konsainan
pertanian yang dinamakan sebagai Further
Inspection Center (FIC). Tujuan utama
pembangunan FIC adalah menjurus kepada
penjimatan kos kepada pihak industri yang
perlu menanggung kos-kos berbangkit seperti
kos penyimpanan kontena, demurrage dan
sebagainya berikutan penahanan konsainan
oleh MAQIS. Dengan wujudnya FIC, ianya
juga memberi kemudahan kepada pegawai
penguat kuasa MAQIS khususnya dalam
mengawalselia konsainan tersebut sepanjang
proses penahanan serta menjalankan
pemeriksaan lanjut atau penyiasatan.
S3 
Pembangunan Kerjasama dan Komunikasi
Strategik MAQIS
Dalam ledakan teknologi terkini, media sosial
terbukti berkesan merapatkan jurang antara
kerajaan dengan rakyat. Melalui media sosial,
MAQIStelahmengenalpastistrategiyangboleh
mendorong nilai tambah berterusan dalam
sistem penyampaian yang akan diperkenalkan
iaitu MAQIS Strat Comm 2.0. Inisiatif ini adalah
bertujuan membina jaringan komunikasi dan
interaksi dengan kumpulan sasar ke arah
penyampaian maklumat yang lebih berkesan
serta penekanan terhadap peningkatkan
tahap kesedaran dan pengetahuan kepada
semua pihak berkepentingan atau pelanggan.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
38
STRATEGI 1
Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import dan Eksport MAQIS
S1 2022-2025
Penambahbaikan satu (1) sistem pengeluaran permit secara auto-approve bagi
komoditi haiwan dan ikan hidup.
Automated Permit Approval (AMP)
Pengeluaran satu (1) permit dalam tempoh kurang
daripada tiga (3) minit.
Keseluruhan pengeluaran permit untuk semua
komoditi adalah secara auto-approve di bawah
kawalan MAQIS.
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BIED
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
39
STRATEGI 1
Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import dan Eksport MAQIS
S1 2022-2025 MAQIS Mobile Apps (MMA)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BIED
Memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada
maklumat berkenaan dasar dan polisi semasa
Jabatan.
Memudahkan pelanggan menjalankan urusan
melalui satu aplikasi.
Mengurangkan 50% sumber tenaga kerja diperingkat
pegawai dan pengguna.
Membangunkan tiga (3) modul berkenaan perkhidmatan Jabatan secara
one-stop centre:
Modul e-Guide, Modul e-Declare, Modul e-Wallet.
100% pengiraan caj permit yang tepat.

Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
40
STRATEGI 2
Pembangunan Fasiliti bagi Penempatan Konsainan Pertanian bagi Tujuan Siasatan di Bawah Akta 728 MAQIS
S2 2022-2025 MAQIS Further Inspection Center (FIC)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BPP
Mewujudkan empat (4) kompleks FIC dengan fasiliti yang lengkap
bagi penempatan konsainan pertanian yang melanggar Akta 728
dan Peraturan-Peraturan MAQIS di negeri berikut:
Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Johor.
Membangunkan satu infrastruktur bagi pusat penahanan dan tindakan lanjut
konsainan pertanian.
Memberi penjimatan kos kepada pihak industri
berkaitan kos penyimpanan kontena di kawasan pintu
masuk.
Mengurangkan risiko penularan penyakit, perosak dan
bahan cemar dengan kemudahan fasilitasi kuarantin
yang lebih terkawal.
Meminimakan tenaga kerja oleh pihak industri dalam
pengurusan konsainan di pintu masuk.

Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
41
STRATEGI 3
Pembangunan Kerjasama dan Komunikasi Strategik MAQIS
S3 2022-2025 MAQIS Strat Comm 2.0
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BDP
Menganjurkan program/majlis bersama Jabatan/Agensi penguatkuasaan, empat (4)
sesi program/ majlis setiap tahun.
Mewujudkan jalinan kerjasama strategik bersama pelanggan, empat (4) sesi
Hari Bertemu Pelanggan setiap tahun.
Menerbitkan kenyataan media secara berkala setiap bulan melibatkan
media cetak dan media elektronik.
Menyediakan borang soal selidik berkenaan tahap perkhidmatan
kesedaran pelanggan merangkumi semua pihak berkepentingan.
Menerbitkan Buletin MAQIS secara bulanan.
Mengeluarkan kenyataan media setiap tahun berdasarkan KPI semasa.
Membangunkan satu (1) sistem pelaporan berkenaan pemantauan
media dan publisiti Jabatan.
Membina jaringan komunikasi dan interaksi dengan kumpulan sasar ke arah penyampaian
maklumat yang lebih berkesan.
Meningkatkan jaringan hubungan kerjasama di antara Jabatan dan
agensi kerajaan serta pelanggan.
Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan kepada pelanggan.
Meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan berhubung perkhidmatan
yang disediakan.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
42
MENINGKATKAN
KEUPAYAAN KAPASITI
MODAL INSAN MAQIS
MENINGKATKAN
KEUPAYAAN KAPASITI
MODAL INSAN MAQIS
T4
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
43
TERAS 4: MENINGKATKAN KEUPAYAAN KAPASITI MODAL INSAN MAQIS
S1 
Pembangunan Kompetensi Keluarga MAQIS
Kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya
inovasi merupakan antara beberapa elemen
penting dalam sesebuah organisasi. Antara
langkah-langkah untuk meningkatkan
kemahiran teknikal dan insaniah serta sahsiah
pegawai penguat kuasa adalah dengan
mewujudkan program bersama Jabatan/
Agensi luar seperti penganjuran berkala kursus
pengukuhan dan pemerkasaan kompetensi
serta sesi libat urus Training of Trainers (TOT)
dimanatindakaniniakandapatmengurangkan
kebergantungan kepada Jabatan/Agensi Dasar
yang menetapkan polisi yang dikuatkuasakan
MAQIS. Seterusnya, perkara ini dilihat berkesan
bagi melahirkan pegawai pakar rujuk di
peringkat MAQIS.
S2 
Pengembangan Jati Diri Keluarga MAQIS
Kakitangan, staf atau penjawat awam yang
berkualiti tinggi merupakan aset penting
terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan
negara. Bagi memastikan pengembangan
jati diri kakitangan sedia ada, MAQIS akan
menyediakan beberapa platform bagi
mencungkil bakat dan kemahiran yang
tertumpu kepada penampilan, pengucapan
awam, pengacaraan, penulisan dan pemikiran
kreatif. Secara tidak langsungnya, insiatif
ini akan dapat melonjakkan imej MAQIS
terutamanya dalam berhadapan dengan
pihak dari pelbagai peringkat. MAQIS juga
berhasrat bagi melahirkan kakitangan yang
berkemahiran tinggi dan berkarisma dalam
menjalankan tugasan di mana jua.
S3 
Pemantapan Integriti Keluarga MAQIS
Program-programpemantapanintegritidalam
organisasi perlu diperkasakan bagi memupuk
budaya kerja beretika, sekali gus bagi
meningkatkantadbirurusbaik,mengurangkan
kes salah laku dan rasuah khususnya. Antara
langkah strategik yang akan difokuskan adalah
MAQIS Anti-Corruption Strategy (MACS)
dimana program berunsurkan integriti akan
terus diperkenalkan sepanjang tahun bagi
melahirkan warga MAQIS yang berintegriti
dan amanah disamping mensasarkan sifar
rasuah. Sistem Tatakelakuan  Aduan Rasuah
(STAR) juga akan diperkenalkan bagi tujuan
menyiasat aduan-aduan yang dilaporkan
dan mengesyorkan langkah tindakan yang
sesuai untuk dipertimbangkan bagi mencapai
penyelesaian yang efektif dan sistematik.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
44
STRATEGI 1
Pembangunan Kompetensi Keluarga MAQIS
S1 2022-2025
Program dalaman Jabatan serta melibatkan Jabatan luar dan
dilaksanakan setahun sekali.
Program peningkatan kemahiran teknikal dan insaniah untuk memantapkan kompetensi
dan sahsiah Pegawai Penguat Kuasa.
Perkasa MAQIS
Melahirkan Pegawai MAQIS yang berkemahiran tinggi
dan efisien dalam melaksanakan penguatkuasaan
dan tugasan operasi Pejabat MAQIS.
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BKP  BPP
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
45
STRATEGI 2
Pengembangan Jati Diri Keluarga MAQIS
S2 2022-2025 MAQIS Officer are Steady and Talented
(MOST)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BKP
Kenyataan media yang berkualiti dan laporan dapat
disediakan serta program - program rasmi dapat
dianjurkan secara terancang dan tersusun serta
melahirkan pegawai MAQIS yang mempunyai BMI
(Body Mass Index) yang ideal iaitu sifar obesiti.
Pelaksanaan kursus berimpak tinggi yang tertumpu kepada
pengucapan awam, pengacaraan, penulisan dan pemikiran
kreatif sebanyak 3 kursus.
Program pemantapan gaya berfikir dan tingkah laku Pegawai MAQIS di lapangan serta
berhadapan dengan orang awam / kenamaan / ejen.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
46
STRATEGI 3
Pemantapan Integriti Keluarga MAQIS
S3 2022-2025 1. MAQIS Anti-Corruption Strategy (MACS)
2. Sistem Tatakelakuan  Aduan Rasuah (STAR)
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
UI
Penyediaan Pelan Anti Rasuah MAQIS dan program-program
kesedaran 12 kali setahun.
Penubuhan jawatankuasa siasatan dalaman yang akan
bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
1. Pelaksanaan program integriti kepada keseluruhan warga MAQIS
2. Pelaksanaan sistem penerimaan aduan berkaitan tatakelakuan integriti pegawai MAQIS
melalui surat, emel, pesanan ringkas, panggilan telefon dan bersemuka.
Melahirkan warga MAQIS yang berintegriti dengan
sasaran sifar rasuah dan contoh yang baik dalam
melaksanakan tugas hakiki.
Imej dan nama baik MAQIS dapat dipelihara dan
MAQIS menjadi sebuah agensi Kerajaan contoh
di masa hadapan.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
47
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
48
MEMODENKAN
INFRASTRUKTUR BAGI
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN
KERJA YANG KONDUSIF
MEMODENKAN
INFRASTRUKTUR BAGI
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN
KERJA YANG KONDUSIF
T5
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
49
TERAS 5: MEMODENKAN INFRASTRUKTUR BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF
S1 
Mewujudkan Ruang Pelanggan yang Mesra
dan Kondusif (Biz MAQ)
Pengurusan perhubungan pelanggan yang
cekap dan berkesan dapat diwujudkan dengan
mengambil kira kehendak dan ekspektasi
pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.
Salah satu inisiatif bagi memastikan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan
terhadap pelanggan dicapai, MAQIS akan
menaiktaraf ruang pelanggan agar ianya
dibentuk bersesuaian dengan keperluan dan
keselesaan pelanggan yang terdiri daripada
pelbagai kategori. Dengan adanya ruangan
yang kondusif untuk pegawai dan pelanggan
bertemu, perkara ini akan dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dalam menyelesaikan
sebarang pertanyaan atau isu-isu berkaitan.
S2 
Memodenkan Peralatan dan Kemudahan
Pejabat
Peningkatan produktiviti kerja pegawai boleh
dicapai dengan mewujudkan persekitaran
kerja yang kondusif, selesa serta selamat.
Dalam usaha mewujudkan ruang kerja yang
bersesuaian dan berkesan dalam menjalankan
tugas pemeriksaan dan penguatkuasaan,
satu insiatif yang dinamakan Ria MAQ
akan diperkenalkan dengan tujuan bagi
memodenkan segala kemudahan atau
peralatan pejabat serta tempat operasi
seperti di pintu masuk atau stesen kuarantin.
Objektif utama strategi ini menjurus
kepada peningkatkan efisiensi pengurusan
dan pengoperasian MAQIS agar sentiasa
memenuhi keperluan semasa.
S3 
Laporan Pelbagai Kemudahan Sistem Mesra
Pelanggan dan Pelaporan Big Data MAQIS
(BID MAQ)
Antara matlamat utama yang ingin dicapai
di bawah Teras Kelima adalah berhubung
kecekapan janaan laporan pelbagai yang
lengkap dan tepat terutamanya melibatkan
data-data pemeriksaan, kuarantin serta
penguatkuasaan. MAQIS berhasrat bagi
memperluaskan pelaporan bukan hanya
tertumpu kepada sistem i-MAQIS. Satu modul
dalam sistem i-MAQIS atau platform baharu
akan diwujudkan dimana ianya akan dapat
memberi kemudahan kepada semua pegawai
penguat kuasa untuk mengakses secara real-
time bagi mendapatkan laporan yang tepat
dan terkini. Inisiatif ini dinamakan sebagai
Big Data MAQIS (BID MAQIS), ia merupakan
langkah untuk memantapkan pelaporan sedia
ada.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
50
STRATEGI 1
Mewujudkan Ruang Pelanggan Yang Mesra dan Kondusif (Biz MAQ)
S1 2022-2025
Menaiktaraf fasiliti dan kemudahan di ruang pelanggan.
Mewujudkan ruang pelanggan yang mesra dan kondusif.
Biz MAQ
Persekitaran yang kondusif bagi pelanggan dan
pegawai.
Meningkatkan kecekapan kaedah penyaluran
maklumat dan urusan dengan pelanggan.
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BDP
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
51
STRATEGI 2
Memodenkan Peralatan dan Kemudahan Pejabat (Ria MAQ)
S2 2022-2025 Ria MAQ
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BIED
Meningkatkan efisiensi pengurusan pentadbiran,
pemeriksaan dan penguatkuasaan selaras dengan
keperluan semasa.
Menaiktaraf alat pentadbiran dan pemeriksaan.
Memodenkan peralatan dan kemudahan pejabat.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
52
STRATEGI 3
Kemudahan Sistem Mesra Pengguna dan Pelaporan Big Data MAQIS (Bid Maq)
S3 2022-2025 BiD-MAQ
OUTCOME
OUTPUT
INISIATIF
Pengemudi
BKP  BIED
Menaiktaraf sistem i-MAQIS sedia ada kepada sistem i-MAQIS 2.0.
Memperkemaskankan kaedah carian.
Mewujudkan modul baru dalam sistem i-MAQIS 2.0.
Memperluaskan pelaporan selain daripada i-MAQIS.
Laporan Pelbagai kemudahan sistem mesra pengguna dan pelaporan Big Data MAQIS.
Pelaporan yang lebih efisien yang boleh diakses
oleh semua pengguna berdaftar secara masa
sebenar.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
53
Bidang pertanian negara telah melalui beberapa
proses transformasi sejak merdeka sehingga kini.
Sepanjang 64 tahun, aspek pertanian tidak pernah
dipinggirkan dalam sebarang pelan pembangunan
negara, malah semakin ditumpukan. Usaha
sedemikian diteruskan dari setahun ke setahun
secara terancang. Ini termasuklah penggubalan
Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN)
yang bertujuan menjamin bekalan makanan negara
mencukupi dan selamat, serta menjadikan sektor
agromakanan berdaya saing.
Sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya
lebih berdaya tahan dan mampan. Ini termasuklah
meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti
yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan,
pengedaran, penyediaan, dan termasuklah
keselamatan makanan serta pemakanan. Jabatan
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia (MAQIS) selari dalam usaha
memperkukuhkan kawalan biosekuriti negara
melalui tugas-tugas kuarantin, pemeriksaan dan
penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara.
Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti
Makanan Negara pada 25 Mac 2020 bagi
merangka dasar sekuriti makanan secara holistik.
Menerusi platform ini, Pelan Tindakan Dasar
Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 telah
dibangunkan dengan mengambil kira isu dan
cabaran sekuriti makanan negara. Kesemua dasar
dan pelan itu akan saling melengkapi, bagi
menjayakan usaha negara dalam meningkatkan
kemampanan sistem agromakanan.
Usaha DAN 2.0 menjurus kepada pemodenan dan
pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai
agromakanan. Keutamaan dasar kali ini,
ditumpukan kepada usaha mempertingkatkan
produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup
dalam kalangan pengeluar sektor makanan.
Isu sekuriti makanan semakin mendapat tumpuan
di peringkat global serta dilaksanakan melalui DAN
2.0, dengan tempoh pelaksanaannya yang selari
dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah
pertanian pintar menjadi fokus memodenkan
sektor ini. Ia bertujuan meningkatkan produktiviti
yang merangkumi semua subsektor agromakanan.
Pertanian pintar ini merupakan antara Aktiviti
Pertumbuhan Ekonomi Utama yang telah
digariskan dalam Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030.
Selain kawalan aspek biosekuriti, MAQIS juga akan
terus mengimbangi keperluan pemain industri
dalam melaksanakan aktiviti perdagangan melalui
peningkatan kualiti perkhidmatan, khidmat nasihat
dan memudahcara urusan perdagangan yang
sekaligus membantu perkembangan ekonomi
negara.
KETERLIBATAN MAQIS DALAM DASAR
AGROMAKANAN NEGARA (DAN) 2.0
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
54
Pengerusi :
Ketua Pengarah
Pengerusi Ganti :
Timbalan Ketua Pengarah
Ahli Tetap :
i. Pengarah Bahagian
ii. Pengarah Negeri
iii. Ahli Tetap / Ahli Ganti
(yang dilantik Ketua Pengarah)
JAWATANKUASA
PEMANDU PELAN
STRATEGIK (JKPPS)
MAQIS
Pengerusi :
Timbalan Ketua Pengarah
Pengerusi Ganti :
Pengarah Bahagian Dasar dan
Perancangan
Ahli Tetap :
i. Pengarah Negeri
ii. Ketua Pintu Masuk
iii. Ketua Stesen Kuarantin
iv. Ahli Tetap / Ahli Ganti
(yang dilantik Ketua Pengarah)
JAWATANKUASA
PELAKSANA PELAN
STRATEGIK (JKLPS)
MAQIS
PASUKAN PENGGERAK PELAN
STRATEGIK MAQIS 2022-2025
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
55
SEKRETARIAT PENERBITAN
PENAUNG
Shamsul Akbar bin Sulaiman
Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan
PENASIHAT
Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar
Puan Siti Nur binti Ahmad
Dr. Mohd Syazuwan bin Abd Jalil
Encik Muhammad Ezamry bin Arpan
Encik Mohd Saifullah bin Roslan
Encik Suhail bin Abd Halim
Encik Mohd Yusri bin Ismail
PENYELARAS
Bahagian Dasar dan Perancangan
Serta semua pengarah negeri dan pegawai yang
terlibat dalam penerbitan Buku Pelan Srategik MAQIS
2022 – 2025 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia ini.
Sumbangan anda amatlah dihargai.
Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
56
© Cetakan Pertama, 2022
Hak Cipta Terpelihara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam bentuk dan dengan apa jua
cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatatan MAQIS.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-164741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
North South
 
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan InventoriVET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
Zuzan Michael Japang
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Shafizad Kamaludin
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
nur habibah yusuf
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
ANIS IBRAHIM
 
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
Jeyem Jeyem
 

Mais procurados (20)

64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-164741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
 
Arahan perkhidmatan
Arahan perkhidmatanArahan perkhidmatan
Arahan perkhidmatan
 
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan InventoriVET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
 
Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbppp
 
Panduan e operasi
Panduan e operasiPanduan e operasi
Panduan e operasi
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
aset alih
aset alihaset alih
aset alih
 
Aktiviti mewarna jalur gemilang
Aktiviti mewarna jalur gemilangAktiviti mewarna jalur gemilang
Aktiviti mewarna jalur gemilang
 
PENGURUSAN ASET KERAJAAN
PENGURUSAN ASET KERAJAANPENGURUSAN ASET KERAJAAN
PENGURUSAN ASET KERAJAAN
 
Bengkel Pemurnian subSKU JPN.pptx
Bengkel Pemurnian subSKU JPN.pptxBengkel Pemurnian subSKU JPN.pptx
Bengkel Pemurnian subSKU JPN.pptx
 
Kertas kerja bengkel teknik menjawab
Kertas kerja bengkel teknik menjawabKertas kerja bengkel teknik menjawab
Kertas kerja bengkel teknik menjawab
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Nota.statistik
Nota.statistikNota.statistik
Nota.statistik
 
contoh surat permohonan lawatan
contoh surat permohonan lawatancontoh surat permohonan lawatan
contoh surat permohonan lawatan
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Kad Perakam Waktu
Kad Perakam WaktuKad Perakam Waktu
Kad Perakam Waktu
 
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
 

Semelhante a Pelan Strategik MAQIS 2022-2025.pdf

Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdfSlaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
ENIZZATFADHLIBINHAMD
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
Nadia Bohari
 
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Fort Manhaj (Edwansyah Gumayenda)
 
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptx
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptxTaklimat RMK12 31 March 2023.pptx
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptx
hazmanabdul2
 
Dasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negaraDasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negara
Radhiah Rajimin
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
Mis Sem
 

Semelhante a Pelan Strategik MAQIS 2022-2025.pdf (20)

Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdfSlaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SARAWAK
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SARAWAKLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SARAWAK
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SARAWAK
 
rmp-bm-2016-2020.pdf
rmp-bm-2016-2020.pdfrmp-bm-2016-2020.pdf
rmp-bm-2016-2020.pdf
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SARAWAK
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SARAWAKLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SARAWAK
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SARAWAK
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
 
Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015
 
Psptn fasa2
Psptn fasa2Psptn fasa2
Psptn fasa2
 
Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri SembilanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sembilan
 
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelancongan
 
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health OfficeFood Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
 
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptx
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptxTaklimat RMK12 31 March 2023.pptx
Taklimat RMK12 31 March 2023.pptx
 
Semester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationSemester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology Corporation
 
Dasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negaraDasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negara
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri SembilanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 

Pelan Strategik MAQIS 2022-2025.pdf

  • 1. PELAN STRATEGIK MAQIS 2022–2025 P e n g u k u h a n B i o s e k u r i t i B e r p a k s i k a n F a s i l i t i P e r d a g a n g a n Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
  • 2.
  • 3. Perutusan Ketua Pengarah Ringkasan Eksekutif Profil Korporat Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 Keterlibatan MAQIS dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 Pasukan Penggerak Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 07 08 16 16 18 52 53 53 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 5
  • 4. GLOSARI BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN BAHAGIAN IMPORT EKSPORT DAN DATA BAHAGIAN KUARANTIN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN BAHAGIAN IMPORT EKSPORT DAN DATA BAHAGIAN KUARANTIN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BDP BIED BK BKP BPP S1 T1 UIPS UNIT INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD TERAS SATU (1) STRATEGI SATU (1) BAHAGIAN PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN DIGUNAPAKAI BAGI SEMUA BILANGAN STRATEGI / TERAS DIGUNAPAKAI BAGI SEMUA BILANGAN STRATEGI / TERAS Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 6
  • 5. Setingi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik MAQIS 2022- 2025 yang merupakan kesinambungan kepada pelan strategik terdahulu. Inisiatif ini membuktikan bahawa, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberikan perhatian sewajarnya kepada aspek biosekuriti dan keselamatan makanan selari dengan hasrat memperkukuh jaminan sekuriti makanan negara kepada semua rakyat Malaysia. Negara bergantung kepada pengimportan produk pertanian dan makanan dalam menampung keperluan seharian. Kebergantungan terhadap import untuk beberapa makanan dan produk pertanian seperti daging lembu dan kambing, makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukakan kawalan ketat kemasukan di pintu-pintu masuk negara. Adalah amat penting bagi MAQIS memastikan mekasnima kawalan ke atas keluaran pertanian yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, semestinya halal bagi produk haiwan dan hasilannya serta tidak menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. MAFI juga menyokong hasrat Kerajaan dalam agenda besar pemulihan negara oleh Kerajaan bagi mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat serta menjana semula dan merancakkan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. Justeru, Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 juga memberi fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan dalam memudahcara perdagangan agromakanan melibatkan pemain-pemain industri. Keperluan MAFI melalui MAQIS untuk bersiap siaga dengan ancaman biosekuriti yang semakin dinamik meletakkan keperluan penggunaan teknologi dan pendigitalan sebagai salah satu fokus utama dan pendekatan strategik dalam kawalan aspek biosekriti makanan serta meningkatkan kemudahan fasilitasi perdagangan. Akhir kata, saya merakamkam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan pelan strategik ini dan berharap segala yang telah dirancang dalam pelan ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan memberikan manfaat kepada semua pihak berkepentingan. #KeluargaMalaysia #PenguatkuasaBerintegriti PERUTUSAN YB MENTERI YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian Januari 2022 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 7
  • 6. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya maka Buku Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 telah berjaya dihasilkan. Pembangunan Pelan Strategik ini adalah selari dengan hasrat dan iltizam Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam memperkukuh dan memperkasa kawalan biosekuriti serta keselamatan makanan negara. Keperluan untuk mempunyai pelan strategik dan program yang berkesan dilihat sangat wajar memandangkan landskap perdagangan agromakanan secara global dan domestik yang telah berubah ke arah lebih dinamik dan mencabar. Pada tahun 2021, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah merekodkan jumlah sebanyak 752,960 transaksi perdagangan agromakanan bernilai melebihi RM80 bilion. Saya percaya peranan MAQIS adalah amat penting bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati produk hasilan pertanian dan makanan yang selamat untuk dimakan, bersih, halal dan bebas daripada segala penyakit dan perosak serta melindungi industri pertanian negara. MAQIS juga berperanan sebagai pemudahcara kepada pemain industri yang terlibat dalam aktiviti perdagangan import dan eksport hasilan pertanian dan makanan yang merupakan pemacu perkembangan ekonomi negara. Justeru, dalam usaha mendepani cabaran selain memenuhi jangkaan pemegang taruh dan pelanggan, pelan strategik ini dibangunkan dengan mengadaptasi pendekatan ‘the whole of government’ dan ‘the whole of society’ bagi menghasilkan dokumen perancangan yang holistik, seterusnya berupaya memacu pelaksanaan berimpak tinggi, selari dengan visi dan misi Jabatan. Kejayaan pelaksanaan pelan ini juga akan dapat direalisasikan dengan kerjasama strategik dan komitmen daripada semua pihak berkepentingan. Semoga Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 ini akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan aspek biosekuriti dan keselamatan makanan dikawal sebaiknya. Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan pelan strategik ini. #KeluargaMalaysia #PenguatkuasaBerintegriti DATO’ HASLINA BINTI ABDUL HAMID Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Januari 2022  PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 8
  • 7. Pelan Strategik merupakan satu elemen penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan merupakan tahap perancangan tertinggi yang memperlihatkan hala tuju organisasi pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Menyedari akan kepentingan untuk satu dokumen yang komprehensif dihasilkan bagi dijadikan rujukan dan panduan MAQIS untuk tempoh empat (4) tahun akan datang, gerak kerja untuk pembangunan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (PSMAQIS) 2022-2025 telah dimulakan sejak penghujung tahun 2021. Dalam membangunkan PSMAQIS ini, Jabatan telah melihat kepada keperluan untuk bersiap siaga dengan ancaman biosekuriti yang semakin dinamik dikala munculnya ancaman pandemik dalam tempoh semasa selain emerging threats dan variasi serangga perosak dan penyakit pertanian merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara. Strategi dan program bersesuaian perlu dirangka bagi memperkasakan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara, selain meningkatkan nilai penyampaian perkhidmatan agar lebih berkualiti, responsif dan inovatif. Pengurusan pemeriksaan dan kuarantin juga perlu dirancang dengan teliti menggunakan sumber secara optimum dan efektif. Pembangunan pelan ini juga merangkumi perancangan penggunaan teknologi dan pendigitalan sebagai salah satu pendekatan strategik Jabatan. Ini termasuklah transformasi dalam penyampaian perkhidmatan yang melibatkan end to end services kepada pihak industri khususnya bagi pengimport dan pengeksport produk pertanian dan agromakanan selain memperkukuhkan struktur Jabatan, selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0). Selain itu, pemantapan aset-aset strategik yang berteknologi tinggi turut menjadi fokus PSMAQIS 2022-2025 bagi memacu peranan penguatkuasaan serta melicinkan aktiviti perdagangan agromakanan dengan kawalan yang lebih cekap dan berkesan. Akhir kata, saya merakamkan syabas kepada seluruh warga MAQIS yang sama-sama menggembleng tenaga dalam penghasilan dokumen PSMAQIS ini. Sesungguhnya dokumen ini dapat memberi hala tuju dan panduan yang jelas kepada warga MAQIS. Saya percaya dengan iltizam dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga MAQIS dengan kerjasama penuh Jabatan serta Agensi berkaitan, objektif PSMAQIS akan tercapai dan seterusnya menjadikan MAQIS sebagai sebuah organisasi yang lebih cemerlang untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. #KeluargaMalaysia #PenguatkuasaBerintegriti PERUTUSAN KETUA PENGARAH Shamsul Akbar bin Sulaiman Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan Januari 2022 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 9
  • 8. Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (PSMAQIS) 2022-2025 merupakan rujukan dan panduan asas bagi seluruh warga MAQIS dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai keseluruhan fungsi teras MAQIS. Objektif utama PSMAQIS ini dibangunkan adalah bagi mengukuhkan peranan Jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pemegang taruh khususnya melalui pelaksanaan yang komprehensif dan teratur. Pelan ini memperjelaskan hala tuju strategik Jabatan serta menjadi panduan dalam memacu hala tuju dengan jelas bagi tempoh empat (4) tahun akan datang. PSMAQIS telah dihasilkan berasaskan kepada suatu perancangan yang teliti dan bersepadu bagi memastikan industri pertanian dan agromakanan negara dapat mendepani cabaran masa hadapan melibatkan aspek kawalan biosekuriti meliputi pemeriksaan, penguatkuasaan dan kuarantin serta mengambil kira fokus Kerajaan dalam pendekatan mempertingkatkan fasilitasi perdagangan. Strategi-strategi yang dirangka adalah selari dengan misi dan polisi di peringkat global, nasional, Kementerian serta industri yang berkaitan. PSMAQIS berjaya dibangunkan, bersandarkan kepada lima (5) Teras Utama. Kesemua strategi ini perlu dilaksanakan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa pendek (kurang dari setahun), jangka masa sederhana (1 hingga 2 tahun) dan jangka masa panjang (5 tahun). Mengambil kira pelan ini perlu dilaksanakan dengan lancar dan terselaras, Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik (JKPPS) MAQIS telah dibentuk dan berperanan memastikan semua strategi yang terkandung dalam dokumen ini dapat dilaksanakan dan memenuhi obejektif yang telah disasarkan. Disamping itu, Jawatankuasa Pelaksana Pelan Strategik (JKLPS) MAQIS juga diwujudkan bagi meyelaras pelaksanaan menyeluruh dan menyelesaikan segala isu teknikal sepanjang pelancaran pelan ini selama empat (4) tahun. RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 10
  • 9. Dalam tempoh dua tahun terakhir (2020-2021) aktiviti perdagangan import dan eksport agromakanan di pintu masuk di bawah kawalan MAQIS merekodkan jumlah melebihi 500,000 transaksi setahun dengan nilai dagangan direkodkan menghampiri RM100 bilion setiap tahun walaupun mengalami pelbagai cabaran dan kejutan ekonomi kesan daripada pandemik Covid 19. Kebergantungan terhadap import untuk beberapa makanan dan produk pertanian merupakan komponen utama dalam jumlah perdagangan tersebut. Dalam tempoh yang sama juga, MAQIS telah melaksanakan kawalan di 57 pintu masuk negara yang telah diwartakan di bawah Akta Pemeriksaan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728). Pemeriksaan dokumen dan fizikal telah diadakan sepanjang tahun melibatkan kes ketidakpatuhan atau pelanggaran peraturan dan undang-undang perdagangan agromakanan meliputi komoditi haiwan, tumbuhan dan ikan pada tahun 2020 sebanyak 1,300 kes bernilai RM166 juta dan pada tahun 2021 sebanyak 1,250 kes bernilai RM 176 juta. Penurunan jumlah peratusan kes adalah sebanyak 3.84% pada tahun 2021. MENGIMBAS PENCAPAIAN Jumlah Transaksi Perdagangan Agromakanan Nilai Kuantiti Jumlah Kes KetidakPatuhan 577,605 transaksi 752,960 transaksi RM85.3 Bilion RM84.4 Bilion 2020 2021 24.43 Juta MT 18.9 Juta MT 1,300 kes 1,250 kes 5 Pintu Masuk PULAU PINANG 5 Pintu Masuk PERAK 9 Pintu Masuk SELANGOR 2 Pintu Masuk N. SEMBILAN 5 Pintu Masuk MELAKA 4 Pintu Masuk PERLIS 6 Pintu Masuk KEDAH 2 Pintu Masuk PAHANG 11 Pintu Masuk JOHOR 5 Pintu Masuk KELANTAN 2 Pintu Masuk TERENGGANU 5 Pintu Masuk LABUAN Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 11
  • 10. Dalam tempoh 2020-2021, MAQIS berjaya membendung ancaman kemasukan ternakan lembu dari luar negara yang membawa masuk penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang disebabkan oleh Virus Capripox di mana kes LSD dikesan pada ternakan lembu susulan dari pemeriksaan fizikal yang dijalankan semasa tempoh kuarantin. Walaupun, penyakit ini tidak bersifat zoonotik dan tidak akan menjangkiti manusia namun boleh melumpuhkan industri ternakan sekiranya tidak dikawal. Begitu juga rampasan terhadap 330 ekor burung peliharaan dari negara luar di pintu masuk kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang didapati positif selepas persampelan bagi penyakit Avian Influenza ataupun lebih dikenali sebagai selesema burung dan Newcastle Disease (ND) semasa dalam tempoh kuarantin yang telah ditetapkan. Penyakit ND mampu memberi kesan kepada industri unggas negara dan menjejaskan bekalan sumber protein seperti daging ayam dan telur kepada pengguna. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 12
  • 11. CABARAN DAN PELUANG Seiring dengan perkembangan industri perdagangan agromakanan yang dinamik, pesat dan kompleks pendekatan baharu yang kreatif dan pantas diperlukan untuk menanganinya. MAQIS tidak terkecuali memerlukan transformasi daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan yang berasaskan kepada teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan dalam melaksanakan fungsi pemeriksaan, penguatkuasaan serta kuarantin melibatkan elemen biosekuriti serta keselamatan agromakanan. Pendekatan lain termasuklah pembangunan sumber manusia yang lebih kompeten bagi menghadapi cabaran yang lebih kompleks selain meningkatkan tahap penggunaan kelengkapan dan peralatan pemeriksaan moden dan berteknologi tinggi. Penubuhan Further Inspection Centre (FIC) dan penambahbaikan fasiliti kuarantin di bawah pelan strategik berupaya mengurangkan kos dan sumber manusia disamping meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan harian, seterusnya meningkatkan kadar kawalan pemeriksaan dan kuarantin di semua pintu masuk negara dan stesen kuarantin di bawah kawalselia MAQIS. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 13
  • 12. Pada tahun 2005, Kerajaan telah bercadang untuk mewujudkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebagai badan tunggal yang mengawal keselamatan makanan dari segi kuarantin, pemeriksaan serta penguatkuasaan di seluruh pintu masuk negara. Tujuan utama kewujudan MAQIS ini adalah untuk:  mengelakkan pertindihan fungsi agensi di pintu masuk;  mengelakkan proses pemeriksaan yang berulang oleh agensi;  penggunaan dokumentasi yang seragam;  penggunaan infrastruktur dan tenaga kerja yang optimum;  pengurusan kawalan pintu masuk yang berkesan; dan  ‘One Stop Centre’ untuk agensi kuarantin Oleh itu, MAQIS telah ditubuhkan secara rasminya pada 12 Mac 2013 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). MAQIS telah diberi kepercayaan untuk berfungsi sebagai sebuah jabatan bagi mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma dan termasuk yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. MAQIS SEPINTAS LALU FUNGSI UTAMA MAQIS Untuk memastikan industri pertanian negara bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar terhadap tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Untuk membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu; dan Untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin Untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu. 1 2 3 4 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 14
  • 13. STRUKTUR KEPIMPINAN Puan Siti Nur binti Ahmad Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan Pengarah Bahagian Pemeriksaan & Penguatkuasaan MAQIS Negeri-negeri Encik Suhail bin Abdul Halim Pengarah Unit Perundangan & Pendakwaan Encik Muhammad Ezamry bin Arpan Pengarah Bahagian Import Eksport Data Dr. Mohd Syazuwan bin Abd Jalil Pengarah Bahagian Kuarantin Encik Mohd Saifullah bin Roslan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Encik Mohd Yusri bin Md Ismail Ketua Unit Intergriti dan Pematuhan Standard Tuan Shamsul Akbar bin Sulaiman Ketua Pengarah Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar Timbalan Ketua Pengarah Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 15
  • 14. PENGARAH-PENGARAH MAQIS NEGERI Encik Roslan bin Che At Pengarah Negeri Perlis Puan Lily Rosalind a/p Paul Pakianathan Pengarah Negeri Kedah Encik Muhammad Ikram bin Abd Talib Pengarah Negeri Pulau Pinang Encik Edie Putra bin Md Yusof Pengarah Negeri Johor Encik Mohd Sobri bin Md Hashim Pengarah Negeri Selangor Puan Nora Dinah binti Abd Rahman Pengarah Negeri Melaka/N. Sembilan Encik Nazrul Azman bin Mat Rahim Pengarah Negeri Labuan Encik Hisham bin Abu Bakar Pengarah Negeri Pahang/Terengganu Encik Mohd Noor bin Hashim Pengarah Negeri Perak Encik Muhammad Nazrul Hizam bin Ab Manaf Pengarah Negeri Kelantan Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 16
  • 15. AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011 [AKTA 728] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Pendaftar Pengimport, Pengeksport dan Ejen) 2013 [P.U.(A) 112/2013] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Pengeluar Permit, Lesen dan Perakuan) 2013 [P.U.(A) 113/2013] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Tatacara Kuarantin) 2013 [P.U.(A) 114/2013] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2013 [P.U.(A) 115/2013] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013 [P.U.(A) 116/2013] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2019 [P.U.(A) 120/2019] Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 17
  • 16. PENERAJU UTAMA KEMAMPANAN BIOSEKURITI AGROMAKANAN NEGARA. VISI MEMPERKASAKAN KAWALAN BIOSEKURITI AGROMAKANAN NEGARA MELALUI PERKHIDMATAN KUARANTIN, PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU. MERANCAKKAN PERDAGANGAN AGROMAKANAN MELALUI PERKHIDMATAN DAN FASILITASI YANG KOMPREHENSIF. MISI Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 18
  • 17. 01 Memastikan tumbuhan, haiwan, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang diimport ke dalam Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian Negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, ikan dan keselamatan agromakanan. 02 Mengkuarantin dan memeriksa tumbuhan, haiwan, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorga- nisma, premis dan pengangkut di pintu masuk, stesen dan premis kuarantin. 03 Memudahcara dan mengadakan khidmat nasihat kepada pengimport, pengeksport dan ejen yang terlibat dalam aktiviti perdagangan agromakanan berkaitan pematuhan syarat - syarat import dan eksport. 04 Menambahbaik fasiliti dan sistem penyampaian perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan produk pertanian dan agromakanan serta meningkatkan kesedaran kepada pelanggan mengenai keperluan undang - undang bertulis berkaitan. OBJEKTIF MAQIS Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 19
  • 18. TERAS & STRATEGI MAQIS 2022–2025 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 20
  • 19. 5 TERAS UTAMA Bagi mendepani isu dan cabaran yang telah dikenalpasti ini, lima (5) teras utama akan diberikan keutamaan dalam memastikan MAQIS menjadi sebuah organisasi yang terus releven dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Teras yang dibentuk adalah seperti berikut: Setiap teras ini disokong oleh beberapa langkah strategi sebagai panduan dan tindakan di peringkat Bahagian, Unit dan Pejabat MAQIS Negeri untuk mencapai keseluruhan pelan tindakan yang ditetapkan. Disenaraikan di bawah setiap strategi, program atau langkah pelaksanaan bagi mendukung usaha MAQIS dalam meningkatkan prestasi Jabatan, seterusnya prestasi Kementerian. Aktiviti di bawah setiap program yang dilaksanakan perlu bersifat dinamik, outcome-oriented dan terkedepan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan MAQIS sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan mendatang. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia TERAS Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 TERAS 1 Pemantapan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan biosekuriti agromakanan TERAS 2 Memantap dan memodenkan pengurusan kuarantin pertanian (tumbuhan, haiwan dan ikan) TERAS 3 Meningkatkan efisiensi dan fasilitasi perdagangan pertanian TERAS 4 Meningkatkan keupayaan kapasiti modal insan MAQIS TERAS 5 Memodenkan infrastruktur bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 21
  • 20. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia TERAS Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 SI - Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan S2- Pemodenan Kit Pemeriksaan Konsainan S3- Pemerkasaan Integriti Pematuhan Pemeriksaan S4- Pembangunan Inovasi Proses Siasatan SI - Fasiliti dan Infrastruktur Kuarantin Pertanian S2- Perkhidmatan Kuarantin Secara Pendigitalan S3- Pemantapan Pegawai S4- Memperkasakan Pematuhan Regulatori SI - Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan S2- Pembangunan Fasiliti S3- Komunikasi Strategik SI - Pembangunan Kompetensi Keluarga MAQIS S2- Pengembangan Jati Diri Keluarga MAQIS S3- Pemantapan Integriti Keluarga MAQIS SI - Ruang Pelanggan Kondusif S2- Memodenkan Peralatan dan Kemudahan Pejabat S3- Kemudahan Sistem Mesra Pengguna dan Pelaporan S4- Big Data MAQIS (BID MAQ) TERAS 1 Pemantapan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan biosekuriti agromakanan TERAS 2 Memantap dan memodenkan pengurusan kuarantin pertanian (tumbuhan, haiwan dan ikan) TERAS 3 Meningkatkan efisiensi dan fasilitasi perdagangan pertanian TERAS 4 Meningkatkan keupayaan kapasiti modal insan MAQIS TERAS 5 Memodenkan infrastruktur bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 22
  • 21. PEMANTAPAN AKTIVITI PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN BIOSEKURITI AGROMAKANAN T1 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 23
  • 22. TERAS 1: PEMANTAPAN AKTIVITI PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN BIOSEKURITI AGROMAKANAN S1 Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan Pertanian di Pintu Masuk Sebagai langkah proaktif bagi memastikan kecekapan aktiviti pemeriksaan dapat dipertingkatkan, penekanan terhadap kaedah penambahbaikan dan memodenkan tempat pemeriksaan diutamakan. Beberapa model well-equipped inspection bay akan diwujudkan berdasarkan jenis laluan seperti darat, udara, laut serta jenis komoditi yang terlibat. Insiatif utama bagi mencapai objektif strategi ini jua adalah cadangan penubuhan One-Stop Quarantine Centre (OSQC) di pintu masuk terpilih dimana satu zon kawalan biosekuriti bersepadu yang merangkumi semua fasiliti pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lengkap bagi aktiviti import eksport serta transit / transhipment. Kedua-dua inisiatif ini mensasarkan peningkatan terhadap pengukuhan kawalan biosekuriti di pintu masuk dan dapat mengoptimumkan sumber tenaga kerja. S2 Pemodenan Kit Pemeriksaan Konsainan dan Komoditi di Pintu Masuk Alatan dan kit pemeriksaan merupakan keperluan asas dan terpenting dalam menjalankan pemeriksaan yang berkesan. Bagi memastikan keberkesanan pemeriksaan dapat ditingkatkan, langkah pemodenan kaedah bagi pemeriksaan akan dilaksanakan termasuklah akan diwujudkan MAQIS Surveillance Kit (MSK). Inisiatif ini akan memperkenalkan penggunaan secara menyeluruh kit dan alat saringan awalan konsainan dalam mengenalpasti ketidakpatuhan yang berlaku, antaranya seperti kit pengesanan tahap residu racun perosak atau pengesanan bahan cemar pada produk dagangan. Jalinan kerjasama strategik bersama jabatan/agensi/badan pakar seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan dibuat dalam menginovasikan kit dan alatan pemeriksaan mengikut keperluan semasa Jabatan. Inisiatif ini dilihat akan dapat membantu memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan berkualiti dan cekap. S3 Pemerkasaan Integriti Pematuhan Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di Pintu Masuk Salah satu pengukur kecekapan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan adalah tempoh masa yang diambil bagi pelaksanaan aktivititersebut.Bagimemastikanpemeriksaan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dalam tempoh masa yang singkat tanpa menjejaskan tahap kecekapannya, inisiatif dinamakan sebagai MAQIS Tracker akan diperkenalkan bagi kegunaan semua pegawai penguat kuasa di pintu masuk. Satu ruangan rujukan semak silang akan dibangunkan di laman sesawang portal rasmi MAQIS dimana semakan mengenai keperluan pematuhan pengimportan dan pengeksportan dapat disemak oleh pegawai seperti pengesahan dokumen dan maklumat semasa secara langsung. Insiatif ini menyasarkan peningkatan terhadap integriti pemeriksaan dokumentasi dan fizikal konsainan. S4 Pembangunan Inovasi Proses Siasatan dan Penguatkuasaan Antara komponen terbesar fungsi dan tugas MAQIS adalah melibatkan penyiasatan dan penguatkuasaan. MAQIS berhasrat bagi memperkasakankompetensipegawaipenguat kuasa dalam menjalankan penyiasatan yang melibatkan ketidakpatuhan di bawah Akta 728. Sehubunganitu,satusistempengurusankertas siasatan secara dalam talian iaitu MAQIS Digital Investigation Paper (DIP) akan diperkenalkan bagi memperkemaskan tatacara pengurusan kertas siasatan dimana tujuan utama sistem ini adalah bagi menghasilkan kertas siasatan yang berkualiti. Cadangan bagi mewujudkan integrasi bersama Jabatan/Agensi berkaitan bagi memperolehi data atau maklumat sewaktu penyiasatan akan dilaksanakan jua. Kelancaran sesuatu proses siasatan akan membawa kepada peningkatan kecekapan pengurusan konsainan dalam tahanan seterusnya memberi kemudahan kepada pemain industri. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 24
  • 23. STRATEGI 1 Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan Pertanian di Pintu-Pintu Masuk S1 2022-2025 Mewujudkan model well-equipped Inspection Bay mengikut laluan / jenis komoditi di pintu masuk. MAQIS Efficient Bay Pengurangan tenaga kerja secara fizikal dan masa pemeriksaan Meningkatkan kecekapan aktiviti pemeriksaan sebanyak 20%. Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Pelabuhan Klang Utara, Selangor Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bukit Kayu Hitam, Kedah DARAT LAUT UDARA OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BPP Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 25
  • 24. STRATEGI 1 Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan Pertanian di Pintu-Pintu Masuk S1 2022-2025 One-Stop Quarantine Centre (OSQC) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BQ Pengukuhan kawalan aspek biosekuriti agromakanan secara kolektif serta peningkatan jumlah pemeriksaan fizikal secara kualitatif. Penubuhan One-Stop Quarantine Centre. Satu zon kawalan biosekuriti bersepadu yang menyediakan fasiliti pemeriksaan yang lengkap, makmal ujian saringan, hub perdagangan transit/transhipment, komoditi pertanian dan lain-lain perkhidmatan sokongan. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 26
  • 25. STRATEGI 2 Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan dan Komoditi di Pintu Masuk S2 2022-2025 MAQIS Surveillance Kit (MSK) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BPP Penggunaan kit dan alat saringan awalan konsainan dan komoditi di pintu masuk. Jalinan kerjasama bersama pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam inovasi penggunaan kit pemeriksaan konsainan agromakanan di pintu masuk. Tindakan penguatkuasaan yang berkualiti dan jaminan keselamatan biosekuriti bagi komoditi yang diimport. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 27
  • 26. STRATEGI 3 Pemerkasaan Integriti Pematuhan Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di Pintu Masuk S3 2022-2025 MAQIS Tracker OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BIED Pengwujudan ruangan rujukan semak silang melalui link rujukan portal rasmi MAQIS. E Guide – Ruangan informasi :- Pengesahan dokumentasi dari sumber yang sah dan sahih. Memendekkan masa dan kecekapan watu pengesahan dokumentasi. Peningkatan integriti pemeriksaan dokumentasi dan fizikal konsainan. Larangan Import / Eksport komoditi pertanian. Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP) dan Arahan- arahan Jabatan   Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 28
  • 27. STRATEGI 4 Pemodenan Infrastruktur Pemeriksaan Konsainan dan Komoditi di Pintu Masuk S4 2022-2025 MAQIS Digital Investigation Paper (DIP) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BPP BIED Pengenalan sistem pengurusan kertas siasatan secara dalam talian yang melibatkan fungsi-fungsi dan capaian tertentu. Integrasi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pemakluman melalui emel (notification reminder). Pelaksanaan kertas siasatan lebih tepat dan efisien serta pelepasan konsainan lebih teratur dan selamat. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 29
  • 28. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 30
  • 29. MEMANTAP DAN MEMODENKAN PENGURUSAN KUARANTIN PERTANIAN (TUMBUHAN, HAIWAN DAN IKAN) MEMANTAP DAN MEMODENKAN PENGURUSAN KUARANTIN PERTANIAN (TUMBUHAN, HAIWAN DAN IKAN) T2 31 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 30. TERAS 2: MEMANTAP DAN MEMODENKAN PENGURUSAN KUARANTIN PERTANIAN (TUMBUHAN, HAIWAN DAN IKAN) S1 Pemodenan Fasiliti dan Infrastruktur Kuarantin Pertanian Dalam era modenisasi dan serba canggih, MAQISmenetapkansalahsatumatlamatutama yangperludicapaidalamPelanStrategikMAQIS 2022-2025 adalah bagi membangunkan fasiliti kuarantin yang serba lengkap dan kondusif yang menepati piawaian antarabangsa. Stesen kuarantin di bawah pengurusan MAQIS akan dilengkapi dengan semua kemudahan kuarantin tumbuhan, haiwan serta ikan yang eksklusif bagi memastikan perkhidmatan terbaikdapatdisampaikankepadasemuapihak yang terlibat dalam pengurusan kuarantin. Insiatif mewujudkan MAQIS Q-Station akan secara langsungnya memberi kesan terhadap peningkatkan penggunaan fasiliti kuarantin kerajaan disamping mengoptimumkan kepuasan pelanggan. S2 Pemantapan Perkhidmatan Kuarantin secara Pendigitalan Bersepadu Bagi menyokong aspirasi kerajaan berhubung pelaksanaan pendigitalan sektor awam, satu penambahbaikan terhadap prosedur berhubung pengurusan kuarantin iaitu sistem tempahan ruang kuarantin yang dinamakan MAQIS EZYBooQ akan dilaksanakan dalam sistem i-MAQIS. Tindakan ini diambil bagi memantapkan proses tempahan kuarantin sedia ada agar lebih sistematik, efisien dan mesra pelanggan. Pelaksanaan inisiatif ini secara tidak langsung juga dilihat dapat mengurangkan kekerapan aduan secara berkesanberhubungkelancarandanketelusan proses permohonan yang dibuat oleh MAQIS. Disamping itu, sistem ini juga akan mampu menghasilkan pelaporan data kuarantin yang lebih tepat dan jitu. S3 Pemantapan Pegawai ke Arah Profesionalisme dan Berkeupayaan dalam Pengurusan Kuarantin Selaras dengan dasar kerajaan, pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan dalam melahirkan pegawai kerajaan yang lengkap dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian amatlah ditekankan. MAQIS mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 10 Training of Trainer (ToT) dalam kemahiran berkaitan fungsi dan tugas MAQIS khususnya dalam aspek kuarantin. Diamond Learning Programme (DLP) merupakan instrumen utama bagi MAQIS memperkasakan kemahiran pelbagai setiap pegawai penguat kuasa MAQIS melalui penganjuran program-program yang boleh membantu meningkatkan kecekapan dan ketelitian dalam menjalankan tugas seharian terutamanya melibatkan kuarantin dan pemeriksaan. Selain itu, dengan lahirnya pegawai berkompetensi tinggi sekaligus dapat meningkatkan imej dan reputasi MAQIS dalam penyampaian perkhidmatan. S4 Memperkasakan Pematuhan Regulatori dan Biosekuriti Kuarantin Pertanian (Tumbuhan, Haiwan dan Ikan) Dalam usaha mempertingkatkan tahap pematuhan regulatori terutamanya berkaitan pengurusan kuarantin di stesen kuarantin serta premis kuarantin di bawah seliaan MAQIS, satu inisiatif yang akan dilaksanakan adalah Quarantine Enforcement MAQIS (QE-MAQIS) dimana penguatkuasaan akan diperkasakan melalui penambahbaikan garis panduan atau sebarang dokumen regulatori sedia ada. Pemerkasaan penguatkuasaan penting dalam memastikan standard yang ditetapkan dilaksanakan sepenuhnya bagi memudahkan kawalan biosekuriti. Dengan kadar pematuhan regulatori yang tinggi, hal ini dapat menurunkan kadar risiko perosak, penyakit atau bahan cemar berbahaya untuk masuk ke dalam negara. 32 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 31. STRATEGI 1 Pemodenan Fasiliti dan Infrastruktur Kuarantin Pertanian (Tumbuhan, Haiwan, Ikan) S1 2022-2025 Membangunkan fasiliti, kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan yang kondusif dan serba lengkap di satu (1) stesen kuarantin (tumbuhan, haiwan dan ikan) yang menepati piawaian antarabangsa. MAQIS Q-Station Peningkatan penggunaan fasiliti kuarantin awam. Mengoptimumkan kepuasan pelanggan. Melibatkan veterinawan bertauliah sebagai rakan MAQIS yang membantu perawatan. Memberi respon kepada tindakan rawatan asas dengan lebih pantas. Pemantauan keselamatan dengan infrastruktur dan kemudahan bersistematik dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat. OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BQ 33 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 32. STRATEGI 2 Pemantapan Perkhidmatan Kuarantin Secara Pendigitalan Bersepadu S2 2022-2025 MAQIS EZYBooQ OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BIED BQ Proses tempahan kuarantin lebih efisien, sistematik dan mesra pelanggan. Kelulusan permohonan tempahan kuarantin lebih lancar dan telus. Pengurangan aduan pengguna melibatkan masalah tempahan ruang kuarantin. Pengumpulan data kuarantin yang lebih tepat. Pemantapan sistem tempahan kuarantin sedia ada secara pendigitalan bersepadu (Stesen dan Premis Kuarantin). Penambahbaikan sistem tempahan ruang kuarantin dalam sistem i-MAQIS. 34 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 33. STRATEGI 3 Pemantapan Pegawai ke Arah Profesionalisme dan Berkeupayaan dalam Pengurusan Kuarantin S3 2022-2025 Diamond Learning Programme (DLP) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BQ BKP Melahirkan sepuluh (10) Training of Trainer (ToT) dalam kemahiran pengurusan kuarantin melalui mentoring dan coaching. Menganjurkan program peningkatan kemahiran pegawai. Pegawai akan lebih cekap dan kompeten berkaitan pengurusan kuarantin. Peningkatan imej Jabatan serta menjamin perkhidmatan kuarantin yang diberikan adalah memenuhi kehendak serta kebolehpercayaan pelanggan. 35 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 34. STRATEGI 4 Memperkasakan Pematuhan Regulatori dan Biosekuriti Kuarantin Pertanian (Tumbuhan, Haiwan dan Ikan) S4 2022-2025 Quarantine Enforcement MAQIS (QE-MAQIS) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BQ Penambahbaikan garis panduan sedia ada berkaitan dengan pengurusan kuarantin di Stesen dan Premis Kuarantin. Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan standard berdasarkan Akta dan peraturan sedia ada. Peningkatan bilangan premis yang mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Mempergiatkan aktiviti/program berkaitan kawalan penguatkuasaan di Stesen dan Premis kuarantin secara berkala. 36 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan
  • 35. MENINGKATKAN EFISIENSI DAN FASILITASI PERDAGANGAN PERTANIAN MENINGKATKAN EFISIENSI DAN FASILITASI PERDAGANGAN PERTANIAN T3 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 37
  • 36. TERAS 3: MENINGKATKAN EFISIENSI DAN FASILITASI PERDAGANGAN PERTANIAN S1 Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import Eksport MAQIS Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam persaingan global, inisiatif pendigitalan perlu diambil kira dalam melancarkan urusan perkhidmatan import eksport komoditi pertanian dan agromakanan. Oleh yang demikian, MAQIS meletakkan keutamaan aspek pendigitalan seperti menambahbaik sistem pengeluaran permit melalui kaedah auto-approve yang dikenali sebagai Automated Permit Approval (AMP). Tujuan pembangunan sistem ini adalah bagi menjamin pengeluaran satu (1) permit dalam tempoh kurang daripada tiga (3) minit dimana kelulusan dan pengeluaran permit setakat ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam berdasarkan jenis komoditi yang dimohon. Disamping itu, bagi mencapai objektif di bawah strategi ini, satu lagi inisiatif Jabatan akan dibangunkan iaitu mewujudkan modul berkenaan perkhidmatan Jabatan secara one- stop centre iaitu MAQIS Mobile Apps (MMA) yang mana penggunaan kepada satu aplikasi bagi mendapatkan maklumat berkenaan import dan eksport. S2 Pembangunan fasiliti bagi penempatan konsainan pertanian yang melanggar Akta 728 dan Peraturan-peraturan MAQIS Fasilitasi perdagangan merujuk kepada insiatif memudahkan aktiviti melibatkan import eksport dan seumpamanya. Dalam hal ini, MAQIS seiring dalam usaha membantu pemain industri dengan membangunkan infrastruktur dengan kawalan biosekuriti yang ketat untuk dijadikan sebagai pusat penahanan dan pemeriksaan lanjut konsainan pertanian yang dinamakan sebagai Further Inspection Center (FIC). Tujuan utama pembangunan FIC adalah menjurus kepada penjimatan kos kepada pihak industri yang perlu menanggung kos-kos berbangkit seperti kos penyimpanan kontena, demurrage dan sebagainya berikutan penahanan konsainan oleh MAQIS. Dengan wujudnya FIC, ianya juga memberi kemudahan kepada pegawai penguat kuasa MAQIS khususnya dalam mengawalselia konsainan tersebut sepanjang proses penahanan serta menjalankan pemeriksaan lanjut atau penyiasatan. S3 Pembangunan Kerjasama dan Komunikasi Strategik MAQIS Dalam ledakan teknologi terkini, media sosial terbukti berkesan merapatkan jurang antara kerajaan dengan rakyat. Melalui media sosial, MAQIStelahmengenalpastistrategiyangboleh mendorong nilai tambah berterusan dalam sistem penyampaian yang akan diperkenalkan iaitu MAQIS Strat Comm 2.0. Inisiatif ini adalah bertujuan membina jaringan komunikasi dan interaksi dengan kumpulan sasar ke arah penyampaian maklumat yang lebih berkesan serta penekanan terhadap peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan kepada semua pihak berkepentingan atau pelanggan. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 38
  • 37. STRATEGI 1 Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import dan Eksport MAQIS S1 2022-2025 Penambahbaikan satu (1) sistem pengeluaran permit secara auto-approve bagi komoditi haiwan dan ikan hidup. Automated Permit Approval (AMP) Pengeluaran satu (1) permit dalam tempoh kurang daripada tiga (3) minit. Keseluruhan pengeluaran permit untuk semua komoditi adalah secara auto-approve di bawah kawalan MAQIS. OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BIED Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 39
  • 38. STRATEGI 1 Pendigitalan Prosedur Perkhidmatan Import dan Eksport MAQIS S1 2022-2025 MAQIS Mobile Apps (MMA) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BIED Memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada maklumat berkenaan dasar dan polisi semasa Jabatan. Memudahkan pelanggan menjalankan urusan melalui satu aplikasi. Mengurangkan 50% sumber tenaga kerja diperingkat pegawai dan pengguna. Membangunkan tiga (3) modul berkenaan perkhidmatan Jabatan secara one-stop centre: Modul e-Guide, Modul e-Declare, Modul e-Wallet. 100% pengiraan caj permit yang tepat.  Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 40
  • 39. STRATEGI 2 Pembangunan Fasiliti bagi Penempatan Konsainan Pertanian bagi Tujuan Siasatan di Bawah Akta 728 MAQIS S2 2022-2025 MAQIS Further Inspection Center (FIC) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BPP Mewujudkan empat (4) kompleks FIC dengan fasiliti yang lengkap bagi penempatan konsainan pertanian yang melanggar Akta 728 dan Peraturan-Peraturan MAQIS di negeri berikut: Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Johor. Membangunkan satu infrastruktur bagi pusat penahanan dan tindakan lanjut konsainan pertanian. Memberi penjimatan kos kepada pihak industri berkaitan kos penyimpanan kontena di kawasan pintu masuk. Mengurangkan risiko penularan penyakit, perosak dan bahan cemar dengan kemudahan fasilitasi kuarantin yang lebih terkawal. Meminimakan tenaga kerja oleh pihak industri dalam pengurusan konsainan di pintu masuk.  Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 41
  • 40. STRATEGI 3 Pembangunan Kerjasama dan Komunikasi Strategik MAQIS S3 2022-2025 MAQIS Strat Comm 2.0 OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BDP Menganjurkan program/majlis bersama Jabatan/Agensi penguatkuasaan, empat (4) sesi program/ majlis setiap tahun. Mewujudkan jalinan kerjasama strategik bersama pelanggan, empat (4) sesi Hari Bertemu Pelanggan setiap tahun. Menerbitkan kenyataan media secara berkala setiap bulan melibatkan media cetak dan media elektronik. Menyediakan borang soal selidik berkenaan tahap perkhidmatan kesedaran pelanggan merangkumi semua pihak berkepentingan. Menerbitkan Buletin MAQIS secara bulanan. Mengeluarkan kenyataan media setiap tahun berdasarkan KPI semasa. Membangunkan satu (1) sistem pelaporan berkenaan pemantauan media dan publisiti Jabatan. Membina jaringan komunikasi dan interaksi dengan kumpulan sasar ke arah penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Meningkatkan jaringan hubungan kerjasama di antara Jabatan dan agensi kerajaan serta pelanggan. Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan kepada pelanggan. Meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan berhubung perkhidmatan yang disediakan. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 42
  • 41. MENINGKATKAN KEUPAYAAN KAPASITI MODAL INSAN MAQIS MENINGKATKAN KEUPAYAAN KAPASITI MODAL INSAN MAQIS T4 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 43
  • 42. TERAS 4: MENINGKATKAN KEUPAYAAN KAPASITI MODAL INSAN MAQIS S1 Pembangunan Kompetensi Keluarga MAQIS Kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi merupakan antara beberapa elemen penting dalam sesebuah organisasi. Antara langkah-langkah untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan insaniah serta sahsiah pegawai penguat kuasa adalah dengan mewujudkan program bersama Jabatan/ Agensi luar seperti penganjuran berkala kursus pengukuhan dan pemerkasaan kompetensi serta sesi libat urus Training of Trainers (TOT) dimanatindakaniniakandapatmengurangkan kebergantungan kepada Jabatan/Agensi Dasar yang menetapkan polisi yang dikuatkuasakan MAQIS. Seterusnya, perkara ini dilihat berkesan bagi melahirkan pegawai pakar rujuk di peringkat MAQIS. S2 Pengembangan Jati Diri Keluarga MAQIS Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Bagi memastikan pengembangan jati diri kakitangan sedia ada, MAQIS akan menyediakan beberapa platform bagi mencungkil bakat dan kemahiran yang tertumpu kepada penampilan, pengucapan awam, pengacaraan, penulisan dan pemikiran kreatif. Secara tidak langsungnya, insiatif ini akan dapat melonjakkan imej MAQIS terutamanya dalam berhadapan dengan pihak dari pelbagai peringkat. MAQIS juga berhasrat bagi melahirkan kakitangan yang berkemahiran tinggi dan berkarisma dalam menjalankan tugasan di mana jua. S3 Pemantapan Integriti Keluarga MAQIS Program-programpemantapanintegritidalam organisasi perlu diperkasakan bagi memupuk budaya kerja beretika, sekali gus bagi meningkatkantadbirurusbaik,mengurangkan kes salah laku dan rasuah khususnya. Antara langkah strategik yang akan difokuskan adalah MAQIS Anti-Corruption Strategy (MACS) dimana program berunsurkan integriti akan terus diperkenalkan sepanjang tahun bagi melahirkan warga MAQIS yang berintegriti dan amanah disamping mensasarkan sifar rasuah. Sistem Tatakelakuan Aduan Rasuah (STAR) juga akan diperkenalkan bagi tujuan menyiasat aduan-aduan yang dilaporkan dan mengesyorkan langkah tindakan yang sesuai untuk dipertimbangkan bagi mencapai penyelesaian yang efektif dan sistematik. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 44
  • 43. STRATEGI 1 Pembangunan Kompetensi Keluarga MAQIS S1 2022-2025 Program dalaman Jabatan serta melibatkan Jabatan luar dan dilaksanakan setahun sekali. Program peningkatan kemahiran teknikal dan insaniah untuk memantapkan kompetensi dan sahsiah Pegawai Penguat Kuasa. Perkasa MAQIS Melahirkan Pegawai MAQIS yang berkemahiran tinggi dan efisien dalam melaksanakan penguatkuasaan dan tugasan operasi Pejabat MAQIS. OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BKP BPP Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 45
  • 44. STRATEGI 2 Pengembangan Jati Diri Keluarga MAQIS S2 2022-2025 MAQIS Officer are Steady and Talented (MOST) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BKP Kenyataan media yang berkualiti dan laporan dapat disediakan serta program - program rasmi dapat dianjurkan secara terancang dan tersusun serta melahirkan pegawai MAQIS yang mempunyai BMI (Body Mass Index) yang ideal iaitu sifar obesiti. Pelaksanaan kursus berimpak tinggi yang tertumpu kepada pengucapan awam, pengacaraan, penulisan dan pemikiran kreatif sebanyak 3 kursus. Program pemantapan gaya berfikir dan tingkah laku Pegawai MAQIS di lapangan serta berhadapan dengan orang awam / kenamaan / ejen. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 46
  • 45. STRATEGI 3 Pemantapan Integriti Keluarga MAQIS S3 2022-2025 1. MAQIS Anti-Corruption Strategy (MACS) 2. Sistem Tatakelakuan Aduan Rasuah (STAR) OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi UI Penyediaan Pelan Anti Rasuah MAQIS dan program-program kesedaran 12 kali setahun. Penubuhan jawatankuasa siasatan dalaman yang akan bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 1. Pelaksanaan program integriti kepada keseluruhan warga MAQIS 2. Pelaksanaan sistem penerimaan aduan berkaitan tatakelakuan integriti pegawai MAQIS melalui surat, emel, pesanan ringkas, panggilan telefon dan bersemuka. Melahirkan warga MAQIS yang berintegriti dengan sasaran sifar rasuah dan contoh yang baik dalam melaksanakan tugas hakiki. Imej dan nama baik MAQIS dapat dipelihara dan MAQIS menjadi sebuah agensi Kerajaan contoh di masa hadapan. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 47
  • 46. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 48
  • 47. MEMODENKAN INFRASTRUKTUR BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF MEMODENKAN INFRASTRUKTUR BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF T5 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 49
  • 48. TERAS 5: MEMODENKAN INFRASTRUKTUR BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF S1 Mewujudkan Ruang Pelanggan yang Mesra dan Kondusif (Biz MAQ) Pengurusan perhubungan pelanggan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan dengan mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan. Salah satu inisiatif bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan terhadap pelanggan dicapai, MAQIS akan menaiktaraf ruang pelanggan agar ianya dibentuk bersesuaian dengan keperluan dan keselesaan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kategori. Dengan adanya ruangan yang kondusif untuk pegawai dan pelanggan bertemu, perkara ini akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam menyelesaikan sebarang pertanyaan atau isu-isu berkaitan. S2 Memodenkan Peralatan dan Kemudahan Pejabat Peningkatan produktiviti kerja pegawai boleh dicapai dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selesa serta selamat. Dalam usaha mewujudkan ruang kerja yang bersesuaian dan berkesan dalam menjalankan tugas pemeriksaan dan penguatkuasaan, satu insiatif yang dinamakan Ria MAQ akan diperkenalkan dengan tujuan bagi memodenkan segala kemudahan atau peralatan pejabat serta tempat operasi seperti di pintu masuk atau stesen kuarantin. Objektif utama strategi ini menjurus kepada peningkatkan efisiensi pengurusan dan pengoperasian MAQIS agar sentiasa memenuhi keperluan semasa. S3 Laporan Pelbagai Kemudahan Sistem Mesra Pelanggan dan Pelaporan Big Data MAQIS (BID MAQ) Antara matlamat utama yang ingin dicapai di bawah Teras Kelima adalah berhubung kecekapan janaan laporan pelbagai yang lengkap dan tepat terutamanya melibatkan data-data pemeriksaan, kuarantin serta penguatkuasaan. MAQIS berhasrat bagi memperluaskan pelaporan bukan hanya tertumpu kepada sistem i-MAQIS. Satu modul dalam sistem i-MAQIS atau platform baharu akan diwujudkan dimana ianya akan dapat memberi kemudahan kepada semua pegawai penguat kuasa untuk mengakses secara real- time bagi mendapatkan laporan yang tepat dan terkini. Inisiatif ini dinamakan sebagai Big Data MAQIS (BID MAQIS), ia merupakan langkah untuk memantapkan pelaporan sedia ada. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 50
  • 49. STRATEGI 1 Mewujudkan Ruang Pelanggan Yang Mesra dan Kondusif (Biz MAQ) S1 2022-2025 Menaiktaraf fasiliti dan kemudahan di ruang pelanggan. Mewujudkan ruang pelanggan yang mesra dan kondusif. Biz MAQ Persekitaran yang kondusif bagi pelanggan dan pegawai. Meningkatkan kecekapan kaedah penyaluran maklumat dan urusan dengan pelanggan. OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BDP Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 51
  • 50. STRATEGI 2 Memodenkan Peralatan dan Kemudahan Pejabat (Ria MAQ) S2 2022-2025 Ria MAQ OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BIED Meningkatkan efisiensi pengurusan pentadbiran, pemeriksaan dan penguatkuasaan selaras dengan keperluan semasa. Menaiktaraf alat pentadbiran dan pemeriksaan. Memodenkan peralatan dan kemudahan pejabat. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 52
  • 51. STRATEGI 3 Kemudahan Sistem Mesra Pengguna dan Pelaporan Big Data MAQIS (Bid Maq) S3 2022-2025 BiD-MAQ OUTCOME OUTPUT INISIATIF Pengemudi BKP BIED Menaiktaraf sistem i-MAQIS sedia ada kepada sistem i-MAQIS 2.0. Memperkemaskankan kaedah carian. Mewujudkan modul baru dalam sistem i-MAQIS 2.0. Memperluaskan pelaporan selain daripada i-MAQIS. Laporan Pelbagai kemudahan sistem mesra pengguna dan pelaporan Big Data MAQIS. Pelaporan yang lebih efisien yang boleh diakses oleh semua pengguna berdaftar secara masa sebenar. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 53
  • 52. Bidang pertanian negara telah melalui beberapa proses transformasi sejak merdeka sehingga kini. Sepanjang 64 tahun, aspek pertanian tidak pernah dipinggirkan dalam sebarang pelan pembangunan negara, malah semakin ditumpukan. Usaha sedemikian diteruskan dari setahun ke setahun secara terancang. Ini termasuklah penggubalan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) yang bertujuan menjamin bekalan makanan negara mencukupi dan selamat, serta menjadikan sektor agromakanan berdaya saing. Sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan, dan termasuklah keselamatan makanan serta pemakanan. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selari dalam usaha memperkukuhkan kawalan biosekuriti negara melalui tugas-tugas kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara. Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara pada 25 Mac 2020 bagi merangka dasar sekuriti makanan secara holistik. Menerusi platform ini, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 telah dibangunkan dengan mengambil kira isu dan cabaran sekuriti makanan negara. Kesemua dasar dan pelan itu akan saling melengkapi, bagi menjayakan usaha negara dalam meningkatkan kemampanan sistem agromakanan. Usaha DAN 2.0 menjurus kepada pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai agromakanan. Keutamaan dasar kali ini, ditumpukan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan. Isu sekuriti makanan semakin mendapat tumpuan di peringkat global serta dilaksanakan melalui DAN 2.0, dengan tempoh pelaksanaannya yang selari dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor ini. Ia bertujuan meningkatkan produktiviti yang merangkumi semua subsektor agromakanan. Pertanian pintar ini merupakan antara Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama yang telah digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Selain kawalan aspek biosekuriti, MAQIS juga akan terus mengimbangi keperluan pemain industri dalam melaksanakan aktiviti perdagangan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, khidmat nasihat dan memudahcara urusan perdagangan yang sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara. KETERLIBATAN MAQIS DALAM DASAR AGROMAKANAN NEGARA (DAN) 2.0 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 54
  • 53. Pengerusi : Ketua Pengarah Pengerusi Ganti : Timbalan Ketua Pengarah Ahli Tetap : i. Pengarah Bahagian ii. Pengarah Negeri iii. Ahli Tetap / Ahli Ganti (yang dilantik Ketua Pengarah) JAWATANKUASA PEMANDU PELAN STRATEGIK (JKPPS) MAQIS Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pengerusi Ganti : Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Ahli Tetap : i. Pengarah Negeri ii. Ketua Pintu Masuk iii. Ketua Stesen Kuarantin iv. Ahli Tetap / Ahli Ganti (yang dilantik Ketua Pengarah) JAWATANKUASA PELAKSANA PELAN STRATEGIK (JKLPS) MAQIS PASUKAN PENGGERAK PELAN STRATEGIK MAQIS 2022-2025 Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 55
  • 54. SEKRETARIAT PENERBITAN PENAUNG Shamsul Akbar bin Sulaiman Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan PENASIHAT Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar Puan Siti Nur binti Ahmad Dr. Mohd Syazuwan bin Abd Jalil Encik Muhammad Ezamry bin Arpan Encik Mohd Saifullah bin Roslan Encik Suhail bin Abd Halim Encik Mohd Yusri bin Ismail PENYELARAS Bahagian Dasar dan Perancangan Serta semua pengarah negeri dan pegawai yang terlibat dalam penerbitan Buku Pelan Srategik MAQIS 2022 – 2025 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ini. Sumbangan anda amatlah dihargai. Pelan Strategik MAQIS 2022-2025 | Pengukuhan Biosekuriti Berpaksikan Fasiliti Perdagangan 56
  • 55.
  • 56. © Cetakan Pertama, 2022 Hak Cipta Terpelihara Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatatan MAQIS.