1. Anda mungkin mengalami masalah
tidak dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh ketua dengan
baik. Cuba anda semak kembali
apakah faktor-faktor yang menjadi
punca masalah itu. Semoga anda
dapat mencari jalan penyelesaian
bagi masalah anda itu.
10
2. Berdasarkan kajian, gangguan yang
sering berlaku di tempat kerja ialah
mesyuarat yang tidak dirancang,
panggilan telefon, suasana bising
dan sebagainya.
3. Sebagai pekerja kita harus dilengkapi
dengan maklumat berkaitan tugas
yang dilakukan. Selain itu,
kelengkapan kerja seperti komputer
dan data-data yang diperlukan
untuk menghasilkan kerja yang
memuaskan dan tepat pada masanya.
4. Terdapat dua punca pekerja tidak
mahir dalam melakukan kerja mereka.
Sama ada tugas yang diberikan tidak
dijelaskan secara terperinci oleh ketua
(tidak tahu apa hendak dibuat)
Ataupun tidak dilatih dengan baik
(tidak tahu bagaimana untuk melakukanya)
5. Sesetengah orang mempunyai terlalu
banyak kerja yang tidak mungkin dapat
disiapkan walaupun terpaksa bekerja
24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Perkara ini biasa berlaku dalam mana-
mana organisasi yang mempunyai
pekerja yang sedikit. Akibatnya,
kekecewaan akan berlaku apabila kita
tidak dapat menyiapkan tugas.
6. Pekerja yang mempunyai kemahiran
ini melakukan apa yang paling penting
tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah
pengurusan masanya melakukan apa
yang dilihat senang dan
menyeronokkan.
7. Kenapa harus menunggu esok jika perkara
itu boleh dilakukan hari ini? Kita mungkin
menangguhkan sesuatu kerja itu kerana
kita khuatir hasil kerja kita tidak
memuaskan hati.
Walaupun kita sebolehnya inginkan
Kesempurnaan dalam setiap hasil tugas
yang dilakukan, tetapi ketua ataupun klien
kita melihat kepada kerja yang kurang
sempurna daripada kita tidak melakukan
langsung kerja tersebut.
8. Sekiranya merasakan diri kita tidak dihargai ataupun
gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan,
maka mungkin kita tidak dapat memberikan 100 %
komitmen dalam kerjaya yang diceburi.
Secara sedar atau tidak kebanyakan pekerja cuba
untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’
antara mereka dan majikan.
Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan
hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang
merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi
kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan
sebagainya.
9. Anda sedang menyiapkan projek A tetapi
tiba-tiba majikan mengarahkan supaya
meninggalkan seketika projek tersebut dan
menumpukan projek B. Apabila perkara ini
berlaku, anda akan berfikir bahawa anda
tidak menyiapkan tugasan anda, tetapi
majikan anda berfikir sebaliknya.
Sesetengah orang fleksibel dan senang
untuk serasi dengan arahan yang baru
tetapi ada juga sesetengah orang merasa
kecewa apabila tidak dapat menyiapkan
sesuatu projek.
10. Ia mungkin disebabkan oleh tekanan yang teruk
di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat
kerja yang negatif seperti pekerjanya sering
bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan
‘deadline’ yang ketat, jangkaan dan harapan yang
terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan
dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan
kemampuan.
Kesemua ini adalah antara sebab dan punca
berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit
yang lain.
11. Anda mungkin seorang yang hebat kerana
dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun
tepat pada masanya. Namun peliknya,
kebanyakan organisasi menghadiahkan
pekerja yang rajin dan bekerja keras itu
dengan tambahan kerja lebih banyak
menggantikan bonus atau faedah yang lain.
Sekiranya perkara ini berlaku di dalam
organisasi anda, tidak mustahil anda akan
merasakan tidak bermotivasi untuk bekerja
dengan lebih keras.