O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
2.2 Kontrak Jualan Barang-
barang
Rafiq
Syafira
Syafiqah
Maksud Akta Jualan Barang Barang 1957
• Akta yang memperuntukkan segala
elemen yang berkaitan dengan kontrak
jualan barang...
Maksud Kontrak Jualan
• Seksyen 4(1) dalam Akta Jualan Barang-
barang 1957 mentakrifkan kontrak jualan
barang sebagai satu...
Barang sediaada
• “Barang sedia ada” ialah barang yang sudahpun dimiliki
atau disimpan oleh penjual.
• Barang sedia ada mu...
Barangmasa hadapan
• “Barang masa depan” ialah barang yang
dibuat atau diperoleh oleh penjual selepas
kontrak jualan terse...
Elemen yang Perlu Ada dalam Kontrak Jualan
• Terma kontrak dibahagikan kepada dua, iaitu
syarat dan waranti.
• Syarat meru...
• Syarat dan waranti masing-masing boleh
dibahagikan kepada dua iaitu, syarat dan
waranti secara tersurat dan tersirat.
TE...
• Syarat tersurat atau syarat nyata
merupakan syarat yang dinyatakan secara
jelas dalam perjanjian jualan barang.
• Biasan...
• Terdapat empat jenis syarat tersirat .
Syarat tersirat mengenai hak milik
 Semua syarat tersirat mengenai hak milik
wujud dalam Seksyen 14(1)(a).
 Syarat tersi...
Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan
• Syarat tersirat yang berkaitan dengan jualan barang
melalui perihalan ...
Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan
• Menurut kaedah common law , seseorang pembeli itu perlu
berhati-hati menj...
• Walau bagaimanapun, prinsip am ini
tertakluk kepada dua pengecualian
yang berikut :
Barang jualan hendaklah sesuai
atau...
Syarat tersirat mengenai jualan melalui
contoh/sampel
• Suatu kontrak jualan itu dikatakan menjadi jualan
melalui contoh a...
• Waranti tersirat biasanya melibatkan
perkara sampingan kepada tujuan utama
kontrak.
• Sekiranya syarat atau waranti ters...
Milikan aman/bebas dari gangguan
 Pembeli berhak membeli barang yang
dibelinya itu dan menikmatinya dengan
aman, terpelih...
Bebas daripada bebanan
 Barang yang dijual bebas daripada
sebarang gadaian atau bebanan bagi
mana-mana pihak ketiga yang ...
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

20.639 visualizações

Publicada em

PENGAJIAN PERNIAGAAN, UNDANG UNDANG KONTRAK

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

  1. 1. 2.2 Kontrak Jualan Barang- barang Rafiq Syafira Syafiqah
  2. 2. Maksud Akta Jualan Barang Barang 1957 • Akta yang memperuntukkan segala elemen yang berkaitan dengan kontrak jualan barang yang pada mulanya dikenali sebagai Ordinan Jualan Barang-barang (Negeri-Negeri Melayu) 1957. • Pada tahun 1989, ordinan ini telah disemak dan dinamakan sebagai Akta Jualan Barang-barang 1957 (Semakan 1989)
  3. 3. Maksud Kontrak Jualan • Seksyen 4(1) dalam Akta Jualan Barang- barang 1957 mentakrifkan kontrak jualan barang sebagai satu kontrak yang berkaitan dengan penjual memindahkan atau bersetuju untuk memindahkan hak terhadap sesuatu barang-barang kepada pembeli dengan suatu harga tertentu. • Menurut Seksyen 6 dalam Akta Jualan Barang-barang boleh diklasifikasikan kepada barang sedia ada dan barang masa hadapan.
  4. 4. Barang sediaada • “Barang sedia ada” ialah barang yang sudahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual. • Barang sedia ada mungkin berbentuk “barang tertentu” atau “barang yang belum ditentukan”. • Suatu barang itu menjadi “barang tertentu” setelah barang itu dikenal pasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan tersebut. • “Barang yang ditentukan” pula ialah barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan tersebut. Barang tesebut akan menjadi barang yang ditentukan selepas kontrak tersebut.
  5. 5. Barangmasa hadapan • “Barang masa depan” ialah barang yang dibuat atau diperoleh oleh penjual selepas kontrak jualan tersebut. • Hal ini bermaksud semasa kontrak jualan itu dibuat, penjual belum lagi memiliki barang jualan itu.
  6. 6. Elemen yang Perlu Ada dalam Kontrak Jualan • Terma kontrak dibahagikan kepada dua, iaitu syarat dan waranti. • Syarat merupakan satu stipulasi utama kontrak. Jika satu pihak melanggar syarat dalam kontrak jualan barang-barang, maka pihak yang tidak bersalah berhak untuk menolak kontrak berkenaan. • Waranti merupakan suatu stipulasi sampingan kepada tujuan utama kontrak. Apabila suatu pelanggaran waranti berlaku, pihak yang tidak bersalah hanya diberi hak untuk menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut.
  7. 7. • Syarat dan waranti masing-masing boleh dibahagikan kepada dua iaitu, syarat dan waranti secara tersurat dan tersirat. TERMA KONTRAK Syarat Tersirat Tersurat Waranti Tersirat Tersurat
  8. 8. • Syarat tersurat atau syarat nyata merupakan syarat yang dinyatakan secara jelas dalam perjanjian jualan barang. • Biasanya syarat tersurat melibatkan perkara- perkara penting dalam perjanjian jualan barang. • Syarat tersirat ialah syarat yang tidak dinyatakan atau tidak ditulis dalam perjanjian jualan barang oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pekara ini berlaku syarat tersirat yang wujud dalam Akta Jualan Barang- barang 1957 akan terpakai.
  9. 9. • Terdapat empat jenis syarat tersirat .
  10. 10. Syarat tersirat mengenai hak milik  Semua syarat tersirat mengenai hak milik wujud dalam Seksyen 14(1)(a).  Syarat tersirat mengenai hak milik dalam kontrak jualan ialah penjual berhak menjual barang yang disenaraikan dalam kontrak dan penjual akan mempunyai hak menjual barang itu pada masa hak milik barang itu berpindah kepada pembeli.
  11. 11. Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan • Syarat tersirat yang berkaitan dengan jualan barang melalui perihalan ialah barang itu hendaklah bersamaan atau secocok dengan perihalan atau deskripsi. • Jika kontrak itu dibuat berdasarkan sampel dan perihalan, adalah tidak memadai jika barang itu hanya secocok dengan sampel tetapi tidak secocok dengan perihalan. • Jualan barang berdasarkan perihalan merangkumi semua kes jualan di mana pembeli tidak berpeluang melihat barang jualan sebenar tetapi sekadar bergantung pada perihal yang diberi oleh penjual. • Misalnya, apabila pembeli membuat pesanan barang berpandukan risalah, katalog atau iklan di akhbar atau majalah.
  12. 12. Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan • Menurut kaedah common law , seseorang pembeli itu perlu berhati-hati menjaga kepentingannya sendiri apabila membeli barang. • Jika dia gagal berbuat deemikian, akibatnya dia akan menanggung rugi dan dia tidak boleh membuat tuntutan terhadap orang lain. • Prinsip ini dikenali sebagai “caveat emptor”. • Keadaan di bawah common law ini diulangi dalam Seksyen 16 dalam Akta Jualan Barang-barang 1957. • Mengikut Seksyen 16(1), melainkan terdapat peruntukan lain dalam Akta ini dan undang-undang lain. Tidak wujud sebarang syarat atau waranti tersirat mengenai kualiti dan kesesuaian/kelayakan bagi maksud barang yang dibekalkan di bawah kontrak jualan.
  13. 13. • Walau bagaimanapun, prinsip am ini tertakluk kepada dua pengecualian yang berikut : Barang jualan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud yang dikehendaki oleh pembeli Barang jualan hendaklah mempunyai kualiti boleh dagang
  14. 14. Syarat tersirat mengenai jualan melalui contoh/sampel • Suatu kontrak jualan itu dikatakan menjadi jualan melalui contoh atau sampel jika terdapat terma kontrak yang bermaksud sedemikian. • Dalam kontrak jualan melalui contoh atau sampel, syarat-syarat tersirat di bawah ini adalah terpakai. a. Keseluruhan barang perlu secocok dengan contoh tentang mutu. b. Pembeli hendaklah mempunyai peluang yang berpatutan untuk membandingkan keseluruhan barang dengan contoh sebelum membuat penerimaan. c. Barang itu handaklah terpelihara daripada sebarang kecacatan yang boleh
  15. 15. • Waranti tersirat biasanya melibatkan perkara sampingan kepada tujuan utama kontrak. • Sekiranya syarat atau waranti tersirat tidak diperuntukkan oleh perjanjian , maka syarat dan waranti tersirat yang diperuntukkan oleh Akta Jualan Barang- barang 1957 akan terpakai. • Terdapat dua waranti tersirat iaitu berkenaan dengan milikan aman dan bebas daripada bebanan.
  16. 16. Milikan aman/bebas dari gangguan  Pembeli berhak membeli barang yang dibelinya itu dan menikmatinya dengan aman, terpelihara daripada gangguan oleh pihak lain terutamanya yang diperuntukkan oleh Seksyen 14.  Hal ini bermakna pembeli berhak menggunakan barang secara aman tanpa gangguan daripada penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga.  Sekiranya perkara ini dilanggari, maka ini adalah pelanggaran waranti dan pembeli boleh menuntut ganti rugi.
  17. 17. Bebas daripada bebanan  Barang yang dijual bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli sebelumnya atau semasa kontrak dibuat sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 14.  Jika perkara ini berlaku, pembeli boleh menuntut ganti rugi.

×