Ringkasan dokumen tersebut dalam 3 kalimat:
Dokumen tersebut memberikan contoh jawapan untuk soalan BM UPSR tentang aktiviti murid-murid di bengkel kemahiran hidup, kebaikan mengikuti lawatan sambil belajar, dan senarai kata bantu dari teks.
3. Cadangan ayat:
1. Murid-murid Tahun 6 Mutiara sibuk membuat kerja-kerja
pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.
2. Kalam , Linda dan Zaki menulis nota sambil berbincang di
sebuah meja berhampiran tingkap di bengkel itu.
3. Zaran menggergaji sekeping papan dengan menggunakan
sebilah gergaji sementara Kumar sedang asyik mengukur papan
dengan menggunakan sesiku.
4. Bibah mengetam sekeping papan supaya licin manakala Manap
mengetuk paku pada sebuah meja kecil yang dibuatnya.
5. Cikgu Yazid memerhatikan dan mengawasi murid-muridnya
melakukan tugasan pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.
5. Rangka karangan soalan 1:
Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab.
Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu.
Pengenalan: *guna kata tanya (siapa, berapa, bila, di mana, mengapa)
- ciri-ciri rakan anda- siapa nama/berapa umur/tinggal di mana/ sejak
bila mengenalinya/mengapa memilihnya?
Isi-isi:( Keistimewaan rakan anda)
1. Baik hati- pandai mengambil hati/suka memujuk/pemurah
2. Pelajar yang pandai- prestasi pelajarannya bagus/tidak
sombong/turut membantu mengajar anda/suka berbincang
tentang pelajaran/suka membaca buku/selalu mengingatkan anda
kepentingan pelajaran.
3. Anak yang taat kepada ibu bapanya. rajin solat/tidak meninggalkan
solat/tidak pernah melawan orang tuanya/rajin menolong ibu bapa
di rumah memasak , mengemas, menghias rumah dll.
Penutup: Gembira dapat rakan seperti ini./ menjadi idola
anda/harapan persahabatan berkekalan.
6. Contoh penulisan lengkap:
Sahabat merupakan kawan yang rapat dengan kita
dalam keadaan susah mahupun senang. Mencari sahabat sejati
bukanlah mudah. Persahabatan yang baik memerlukan persefahaman
dan tolak ansur serta saling memahami. Saya mempunyai seorang
sahabat yang sangat rapat. Nama sahabat saya ialah Ahmad.Dia
berumur 12 tahun dan bersekolah di SK Seri Titian Alam. Dia tinggal
tidak jauh daripada rumah saya. Saya sangat menyayanginya kerana
dia mempunyai banyak keistimewaan.
Bagi saya Ahmad ialah seorang yang baik hati. Dia
seorang yang sangat mengambil berat tentang kesusahan orang lain.
Ahmad selalu menolong murid-murid sekolah yang tidak membawa
wang atau pun makanan. Dia akan memberi sedikit wang atau pun
makanannya kepada murid-murid itu. Saya juga sering mendapat
pertolongan daripadanya. Oleh itu, bagi saya Ahmad seorang yang
pemurah dan tidak kedekut. Tambahan lagi, dia tidak pernah
mengharapkan balasan daripada orang-orang yang ditolongnya.
Semua pertolongan yang diberi itu adalah ikhlas.
7. Selain itu, Ahmad merupakan seorang yang pintar dalam
pelajaran. Dia selalu mendapat tempat pertama apabila
peperiksaan dijalankan. Ahmad sentiasa menunjukkan prestasi
cemerlang yang membanggakan guru-guru. Sungguh pun begitu,
dia tidak pernah menyombong . Baginya semua orang boleh
berjaya jika rajin berusaha. Semangatnya yang kental untuk maju
dalam pelajaran menyebabkan saya tertarik dan ingin menjadi
sepertinya. Ahmad sering mengajar saya, tajuk-tajuk mahupun
soalan-soalan peperiksaan yang tidak terjawab oleh saya. Dia
memang rajin merujuk guru di sekolah.
Di samping itu, Ahmad juga seorang anak yang patuh dan
taat kepada kedua orang ibu bapanya. Dia sangat disenangi oleh
adik-beradiknya. Dia seorang yang ringan tulang.Di rumah, Ahmad
sering menolong ibu dan bapanya mengemas rumah, memasak,
menyapu sampah dan lain-lain lagi.
Ahamd tidak pernah meninggikan suara terhadap ibu
bapanya. Dia sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan
bersopan santun. Jika dia tidak dapat melaksanakan arahan,
dengan segera dia akan memberitahu tanpa menimbulkan
kemarahan ibu dan bapanya.
8. Kamu telah menyertai suatu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan
itu ialah "Kebaikan Mengikuti Lawatan Sambil Belajar". Tulis teks syarahan itu
selengkapnya.
Rangka karangan:
Pendahuluan:- Format kata-kata aluan dan kata panggilan
-kata-kata aluan kepada tetamu/ucap salam
-penyataan tajuk syarahan`
Isi-isi:
1. Meningkatkan pengalaman/pengetahuan
- dapat melihat tempat/budaya orang lain
- pengalaman dapat mengajar agar lebih matang
2. Mengisi masa dengan berfaedah
- cara yang baik mengisi masa lapang/cuti
- terhindar daripada gejala sosial yang negatif-merayau-rayau,
melepak dan lain-lain
3. Menambahkan kenalan dan sahabat
- boleh berkenalan dengan orang-orang yang ditemui
(dalam/luar negeri) bertukar-tukar idea/pandangan
Penutup:-penegasan terhadap tajuk.
9. Yang dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,
barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya akan menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk Kebaikan Menyertai Lawatan .
Hadirin sekalian,
Lawatan merupakan suatu aktiviti luar bilik darjah yang sangat
digalakkan dilakukan oleh pihak sekolah. Lawatan boleh di buat untuk
tujuan memberi peluang pelajar-pelajar keluar daripada lingkungan
tempat tinggal. Biasanya lawatan sekolah boleh dibuat pada masa cuti
persekolahan mahu pun hujung minggu. Guru-guru akan turut serta dalam
lawatan yang diadakan oleh pihak sekolah demi menjamin keselamatan
perjalanan pelajar. Menyertai lawatan pelajar banyak kebaikannya.
Dengan menyertai lawatan sekolah, kita akan dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Apabila keluar daripada
tempat tinggal, kita akan dapat melihat persekitaran yang baru. Ini akan
memberi pengalaman baru kepada kita. Bak kata pepatah, janganlah
menjadi katak di bawah tempurung. Oleh yang demikian pengetahuan kita
juga bertambah. Kita dapat mempelajari sesuatu yang tidak pernah kita
ketahui sebelum ini. Tambahan pula, jika lawatan itu pergi ke tempat-
tempat yang bersejarah .
10. Selain itu, kita akan dapat mengisi masa dengan
perkara yang berfaedah. Biasanya, lawatan akan dijalankan
pada masa cuti persekolahan atau pun hujung minggu. Oleh
itu, masa akan terisi dengan baik. Hal ini demikian kerana,
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan
yang neagatif seperti melepak, merayau-rayau dan lain-lain.
Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
Di samping itu juga, pelajar-pelajar dapat
menambahkan kenalan dan sahabat. Semasa lawatan
dijalankan kita akan menemui ramai orang sama ada dari
dalam mahu pun luar negeri. Apabila kita berkenalan, maka
kita akan dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Jadi
banyak perkara baru yang akan kita dapat daripada kenalan
yang ramai.
Jelaslah bahawa menyertai lawatan sekolah akan
memberi banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, ambillah
peluang untuk menyertai lawatan yang dianjurkan oleh
sekolah.
Sekian, terima kasih.
11. Kamu pernah mengalami peristiwa yang
mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.
Rangka karangan:
Pendahuluan- apa/bila/siapa/di mana
Isi-isi: mengikut peristiwa yang anda pilih
- detik permulaan peristiwa
- detik pertengahan peristiwa
- detik akhiran peristiwa.
Penutup:-Kesudahan peristiwa yang anda
ceritakan.
12. Contoh karangan lengkap:
Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga pergi bercuti
ke sebuah tempat peranginan di Port Dickson Negeri Sembilan.
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami menaiki kereta MPV
yang dipandu oleh ayah. Sebaik sahaja kenderaan kami melalui
plaza tol lebuh raya, ayah menayangkan filem melalui paparan
mini LCD dalam kenderaan kami. Aku menonton sambil berbual-
bual dengan abang dan kakak. Di sudut hatiku terasa tidak
sabar untuk tiba ke destinasi dengan segera.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi brek kenderaan .
Kemudian, disusuli dengan bunyi letupan yang amat kuat. Ayah
berhenti di bahu jalan. Aku, kakak dan abang di tempat duduk
belakang berpandangan. Kami panik dan terdiam seketika.
Persoalan demi persoalan menerpa di fikiranku. Adakah kami
terlibat dengan kemalangan? Ayah segera keluar daripada
kenderaan. Diikuti oleh ibuku pula. Aku melihat keluar untuk
mencari kepastian.
13. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat suatu
kemalangan yang ngeri berlaku di hadapan kenderaan kami.
Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang diseret oleh
sebuah lori tangki minyak. Kelihatan api begitu marak. Kereta
yang diseret lori telah terbakar. Lalu lintas tergendala.
Orang ramai berhenti untuk membantu mangsa.
Walau bagaimana pun kebakaran begitu cepat. Mangsa yang
tersepit di tempat duduk penumpang kereta terbakar.Ayahku
dan orang ramai tidak dapat melakukan apa-apa. Hatiku pilu
melihat peristiwa cemas itu berlaku. Ibuku memeluk aku
menahan perasaannya.
Sebaik sahaja anggota bomba dan penyelamat tiba, api
pun dipadamkan. Malangnya , kesemua mangsa di dalam kereta
gagal diselamatkan. Ketiga-tiga mangsa mati hangus. Hanya
pemandu lori sahaja yang terselamat dan mengalami kecederaan
kecil. Selepas peristiwa itu, kami meneruskan perjalanan. Ayah
kelihatan memandu dengan lebih berhati-hati. Aku masih
teringat-ingat akan peristiwa cemas yang berlaku tadi.
15. Senarai kata bantu daripada teks
1. mendengar arahan- nilai patuh
2. melafaz ikrar- berazam
3. bersungguh-sungguh-nilai berusaha/gigih-
menjadi juara
4. dia tidak medabik dada- nilai merendah diri
5. menyampaikan hadiah-nilai
tanggungjawab/menghargai
6. menyanyi lagu Negaraku-nilai patriotik
16. Contoh ulasan lengkap:
Antaranya , kita mestilah sentiasa patuh
dengan mendengar arahan daripada komandan
semasa perbarisan. Selain itu, kita patut berazam
dengan berjanji semasa membaca ikrar kejohanan.
Di samping itu, kita perlu berusaha gigih dengan
bersunguh-sungguh untuk menjadi juara. Justeru itu,
kita wajar merendah diri walaupun telah berjaya
berulang kali. Akhirnya, kita hendaklah menghargai
setiap kejayaan orang dengan memberikan hadiah.
17. SEKIAN, TERIMA KASIH.
Sila lawati laman web saya khas untuk BM sekolah
rendah UPSR
http://www.sitiami.com/ckg1.html