SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 20
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2014
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
NO. MATRIKULASI : 801219135162001
NO. KAD PENGENALAN : 801219-13-5162
NO. TELEFON : 019 8140332
E-MEL : sitijunaidahyasin@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN :PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH
SARAWAK
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
2
ISI KANDUNGAN ;
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
Definisi Kesejahteraan
13
2.0 DIMENSI KESEJAHTERAAN
3.1 Intelek ( Intellectual)
3.2 Fizikal ( Physical )
3.3 Emosi ( Emotional )
3.4 Kerohanian ( Spiritual )
3.5 Sosial ( Social )
3.6 Persekitaran ( Environmental )
4
5
6
7
8
9
9
3.0 AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN 6 DIMENSI 10
4.0 AMALAN GAYA HIDUP AGAR KESEJAHTERAAN
SEIMBANG : BERDASARKAN RODA
KESEJAHTERAAN.
13
5.0 CADANGAN TAMBAHAN DIMENSI RODA
KESEJAHTERAAN:
6.1 Pekerjaan
6.2 Kewangan
16
16
17
6.0 KESIMPULAN 18
7.0 RUJUKAN 19
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
3
1.0 PENGENALAN
1.1 Kesejahteraan:
Kesejahteraan berasal dari perkataan sejahtera.Kamus Pelajar edisi kedua (2010)
mentakrifkan sejahtera sebagai bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain;
aman sentosa dan makmur; selamat.Kesejahteraan pula membawa maksud hal atau
keadaan sejahtera; keamanan, keselamatan, ketenteraman.
Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas,Kesejahteraan atau sejahtera menunjuk ke
keadaan yang baik, keadaan manusia di mana orang-orangnya dalam keadaan makmur,
sihat dan damai.Ia merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang
diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat
(Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252). Tujuh dimensi kesejahteraan seperti yang
digariskan oleh Anspaugh dan rakan (2004) and Hales (2005) merangkumi emosi,
kerjaya, sosial, fizikal, intelektual, spiritual, persekitaran dan kerjaya.
Menurut Dunn (1961) pula, kesejahteraan adalah kaedah bersepadu berfungsi
yang berorientasikan ke arah memaksimumkan potensi serta kemampuan individu dalam
persekitarannya.Selain itu,kesejahteraan ialah sebagai satu konsep yang memberi
tumpuan kepada mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan seimbang.Dengan
menyedari tentang faktor-faktoryang mempengaruhi kesihatan,anda boleh membuat
pilihan positif yang menyumbang kepada kualiti hidup anda agar lebih seimbang dan
harmoni.
.
Hidup yang sejahtera lagi seimbang bukan hanya bermakna mempunyai fizikal
yang sihat (Florida State University,2013), malah turut dipengaruhi oleh dimensi-dimensi
lain sepertimana yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard ( 2012). Menurutnya
terdapat enam dimensi kesejahteraan yang harus diberi tumpuan bagi mengekalkan
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
4
keharmonian dan kesimbangan dalam hidup. Ini termasuklah dimensi
intelektual,fizikal,emosi,rohani,sosial dan persekitaran.
Justeru itu, melalui tugasan ini akan diterangkan lebih lanjut lagi mengenai roda
kesejahteraan yang memfokuskan enam dimensi yang disebutkan oleh Ballard (
2012).Selain itu, penulisan ini juga menfokuskan kepada akibat yang mungkin berlaku
jika pengabaian berlaku pada dimensi-dimensi tersebut seterusnya cara mengamalkan
gaya hidup yang betul agar menjamin momentum kesejahteraan ini.Seterusnya
dimasukkan penambahan 2 dimensi iaitu dimensi kerjaya dan kewangan bagi melengkapi
lagi Roda Kesejahteraan yang sedia ada.
2.0 DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)
Rajah diatas ialah Roda Kesejahteraan Ballard (2012) merupakan satu gambaran visual
tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang.
Berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard tersebut terdapat enam dimensi yang
difokuskan bagi mencapai dan mengekalkan keharmonian serta keseimbangan dalam
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
5
hidup.Enam dimensi yang diperkenalkan oleh Ballard dalam Roda Kesejahteraan
termasuklah intelek, fizikal, emosi, rohani, sosial, dan persekitaran.
2.1 Intelek ( Intellectual )
Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses
dan bertindak balas terhadap maklumat,kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan
kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan. Selaian itu ia merujuk kepada situasi
dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber
yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi
pemikiran yang kritis.
Menurut Borhan Yusuf et al, 2013) pula,dimensi intelek merupakan kebolehan
untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani masalah dengan bijak. Kesihatan
dan kesejahteraan intelek bukan sahaja berkenaan dengan pengetahuan fakta seseorang,
tetapi juga kreativiti dan pengetahuan am berkenaan dengan sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk belajar kerana pada
masa kini pembelajaran boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan kaedah, seperti
melalui pembacaan dari pelbagai sumber bercetak mahupun elektronik,selain mengkaji
dan mengembara. Menurut Covington, 1984.seseorang yang mempunyai intelek yang
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
6
sejahtera sentiasa membuat pemerhatian terhadap benda di sekeliling mereka serta
mendengar dan berkongsi pendapat dengan orang lain dalam suatu aktiviti yang
dilakukannya. Mereka mempunyai pemikiran yang kreatif dan berupaya untuk
mengaplikasikan bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka untuk menyelesaikan
sesuatu permasalahan.
2.2 Fizikal
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) menyifatkan kesejahteraan fizikal sebagai salah
satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya
tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Selain itu,ia merupakan proses aktif
yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang
memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat selain berkait
dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan serta kebolehan individu melaksanakan
tugasan tertentu.
Kesejahteraan fizikal tercapai apabila seseorang berupaya untuk melakukan
aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping
itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
7
menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Seseorang yang sudah mencapai
kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian,
manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih
sesudah melakukan aktiviti.Selain itu, mereka yang mampu mencapai kesejahteraan pada
dimensi fizikal ini dikatakan dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem
kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah
kekuatan otot.Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan
tekanan darah tinggi.Walaubagaimanapun keadaan fizikal ini keadaan fizikal berbeza dari
individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat
badan.
Dimensi fizikal menurut Borhan Yusof et.al (2013 pula), ialah keupayaan tubuh
melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan
alkohol.Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap
sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat
berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap
kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan
berkesan. Deria tubunya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.
Pendek kata,dengan keseimbangan fizikal yang baik, kita berpeluang untuk
melakukan pelbagai aktiviti yang digemari.Contohnya, mempunyai hobi seperti
berjoging, berenang,bersukan dan beriadah bersama-sama dengan keluarga.
2.3 Emosi
Dimensi emosi yang terdapat dalam roda kesejahteraan Ballard ini bermaksud seseorang
individu harus mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan
bukannya konstruktif. Ia merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
8
kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri,
tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan mahupun emosinya.
Individu yang memperoleh kesejahteraan emosi berupaya menangani dan menghadapi
pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.
2.4 Rohani
Menurut Ballard (2012), rohani bukan bermakna kita perlu mempunyai agama dan
kepercayaan semata-mata tetapi ia adalah perkara peribadi yang melibatkan nilai-nilai
dan kepercayaan menjadi panduan dalam kehidupan. Rohani memastikan keharmonian
hubungan antara satu sama lain serta mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu,
nilai, moral dan etika juga perlu dititikberatkan (Borhan Yusof et.al, 2013).
Agus (1999) pula mentafsirkan,kesejahteraan spiritual sebagai dimensi yang
holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan
dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-
aspek kerohanian seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang
mencapai tahap kesihatan rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan
prinsip-prinsip hidup yang positif. Kesejahteraan yang dicapai menerusi dimensi ini
direalisasikan melalui agama,kepercayaan dan amalan ritual. Kesejahteraan ini
melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang menjadikan manusia
dan alam sekeliling. .
Rohani yang sempurna dan seimbang selalu juga dikaitkan dengan aktiviti
beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu
itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani
yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal
kelakuan kebaikan individu itu secara total.Ironinya,rohani yang sihat dapat membantu
kita mencapai kesejahteraan emosi dan fizikal. Melalui kesihatan rohani, emosi kita akan
lebih tenang, sekaligus mencetuskan kesihatan fizikal yang lebih baik.
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
9
2.5 Sosial
Dimensi sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti
dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima
perbezaan bangsa, budaya,kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu
saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga
dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota
masyarakat yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik.
Selain itu, ia merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi hubungan
interpersonal. Ini bermakna kita dapat berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan
masyarakat dengan baik tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang mereka. Di
samping itu juga, individu yang mencapai kesejahteraan dari segi dimensi sosial berupaya
untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan seharian.
Justeru, untuk mencapai kehidupan sosial yang sihat, kita harus bijak
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang di sekeliling agar pergaulan kita akan
menjadi lebih dinamik. Hubungan sosial yang sihat hendaklah berlandaskan
kepercayaan, hormat-menghormati dan kesaksamaan antara satu sama lain.
2.6 Alam Sekitar (Persekitaran)
Dimensi yang berkaitan dengan persekitaran bermakna keseimbangan antara kehidupan
individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam
komuniti.Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas,dimensi persekitaran adalah suatu
cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep
kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek ,persekitaran dan persekitaran terbina yang
mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut
digunapakai dalam merujuk kepada dimensi persekitaran adalah kesihatan persekitaran
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
10
awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.Individu yang mencapai tahap kesihatan
persekitaran mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Beliau
berupaya untuk memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta
mempertingkatkan keadaan persekitaran.
3.0 AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI
3.1 Fizikal
Dimensi Fizikal sememangnya amat berkaitrapat dengan kesihatan.Ketidakseimbangan
fizikal membawa kepada timbulya masalah kesihatan serta berisiko menghidap pelbagai
jenis penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan buah pinggang. Di
samping itu, individu tersebut juga berisiko mendapat obesiti . Apabila taraf hidup kita
meningkat, cara hidup kita akan berubah dan pemakanan juga berubah sehingga kita lupa
kepada pentingnya menjaga kesihatan diri terutama melibatkan fizikal kita.
Lebih teruk lagi apabila seseorang individu tidak suka bersenam sering
dikaitkan dengan penyakit hipokinetik. Menurut Wee (2001), istilah penyakit hipokinetik
terbahagi kepada dua iaitu ”hipo” bererti kurang dari tahap normal dan ”kinetik”
bermaksud aktif. Apabila dirangkumkan ia menjadi satu penyakit akibat daripada amalan
hidup kurang aktf. Di antara jenis-jens penyakit hipokinetik termasuklah sakit jantung,
tekanan kolestrol yang tinggi, kegemukan, hipertensi, kencing manis, sakit sendi dan
sakit tulang belakang.
Sekiranya penyakit-penyakit seperti ini dihidapi oleh individu, maka ia boleh
membawa kepada kemerosotan kualiti/produktiviti kerja serta aktiviti harian.Mary (2003)
pula menganggarkan bahawa sebanyak 13 peratus daripada jumlah tenaga pekerja
mengalami kehilangan produktiviti dalam tempoh dua minggu akibat daripada pekerja
yang tidak sihat. Mereka menambah bahawa kebanyakan penurunan produktiviti adalah
disebabkan oleh masalah kesihatan
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
11
3.2 Emosi
Emosi yang tidak stabil boleh mengakibatkan stress di kalangan individu. Menurut Hans
Selye (1976), stres boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh
individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku kepadanya. Tekanan ini memerlukan
seseorang untuk menyeimbangkan tuntutan perubahan dengan keupayaan yang ada pada
dirinya. Individu yang menghadapi stress akan mengalami kekacauan emosi seperti
resah-gelisah dan mempamerkan tingkah laku keterlaluan serta menjejaskan hubungan
dengan annggota masyarakat.
Sebagai contoh,ketidakseimbangan emosi individu yang bekerja sebagai seorang
guru boleh memberi implikasi kepada guru dari segi kepuasan kerja,ketidakhadiran,serta
kecenderungan untuk meninggalkan profesionnya. Byers (1987)pula, menyenaraikan
impak negatif stres dalam empat aspek iaitu terhadap fizikal (seperti sakit kepala,
penyakit kardiovaskular dan sebagainya), terhadap psikologikal (kemurungan, rasa
rendah diri, ‘burn-out’) dan terhadap tingkah laku pekerja (penyalahgunaan dadah,
merokok) serta terhadap organisasi (ketidakhadiran, turnover serta produktiviti yang
rendah).
3.3 Kesan sosial
Ketidakseimbangan sosial boleh membawa kepada gejala yang kurang sihat serta
penyakit yang berbahaya seperti penyakit Acquired Immune Defciency Syndrome
(AIDS). AIDS bukan hanya isu kesihatan, malah ia juga menyentuh isu-isu moral dan
sosial. Pendidikan yang cetek, kurang didikan agama serta pergaulan yang bebas boleh
menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit ini.
Ibu bapa yang sibuk bekerja tkurang berkesempatan untuk memantau aktiviti
anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat seperti penagihan dadah dan seks bebas yang boleh mengakibatkan penyakit
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
12
ini.Selain itu dengan tiada pemantauan terhadap benda yang diakses oleh anak-anak
terutama melibatkan rangkaian internet, boleh mengheret remaja ke kancah kemaksiatan
dan keruntuhan akhlak seperti pelacuran,penyalahgunaan bahan, minuman beralkohol
dan sebagainya.
3.4 Kesan terhadap rohani
Ketidakseimbangan rohani ini berkaitrapat dengan dimensi sosial dimana kurang
penekanan terhadap rohani membawa kepada gejala-gejala negatif yang tidak
diingini.Hal ini berlaku ekoran pengisian rohani dalam diri diri seseorang yang kurang
memandangkan ianya ibarat ’benteng’ bagi seseorang melakukan perkara yang tidak baik
dan bercanggah dengan landasan agama.
3.5 Pengabaian terhadap persekitaran:
Keadaan persekitaran yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan
demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia
akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya,
pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya
telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air
membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk
Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit jikalau Deman Tinggi. Selain itu,
persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan cirit-biri apabila tersalah minum atau
makan yang tidak bersih.
Pengabaian terhadap dimensi persekitaran juga akan menyebabkan masalah alam
sekitar (persekitaran). Contohnya, seseorang yang hidup di kawasan yang tercemar
udaranya akan mudah menghidap penyakit seperti asma, lelah dan kanser paru-paru
kerana terpaksa menyedut asap dan debu setiap masa. Maka, dimensi alam sekitar yang
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
13
terjejas secara tidak langsung akan mengakibatkan kesejahteraan fizikal kita turut
terjejas. Aktiviti fizikal seperti kegiatan sukan, bersiar di tepi pantai, berkelah,
melancong, berjoging dan sebagainya tidak dapat dijalankan ekoran persekitaran yang
tidak mengizinkan ini.
4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN
Dari segi dimensi fizikal,senaman merupakan salah satu aktiviti sihat yang penting bagi
mencapai keseimbangan fizikal seseorang. Menurut Pakar Perunding Kecergasan Pathma
Trim Fitness Enterprise, K. Pathmanathan dalam modulnya yang bertajuk “Sihat
Sepanjang Hayat” (2007), senaman ditakrifkan sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal
yang perlu dilakukan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan
matlamat untuk meningkatkan kecergasan dn kesihatan.
Senaman biarpun secara sederhana boleh meningkatkan kadar denyutan jantung,
pengudaraan paru-paru, peredaran darah, dan metabolisme lemak untuk mengelakkan
kegemukan dan akhirnya melicinkan proses perkumuhan seperti perpeluhan dan
pembuangan air kencing serta mampu mengekalkan tahap kecergasan fizikal.Aris Fazil
et.al (2003), berpendapat dengan adanya kecergasan fizikal,seseorang mampu dan
berkeupayaan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami
kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan
dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.
Selain itu, kita mesti mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Pengambilan
makanan yang berzat, berkhasiat dan seimbang penting untuk memastikan kita sentiasa
sihat dan bebas daripada segala penyakit berbahaya.Makanan seimbang bererti makan
jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan
hari.Kepelbagaian dalam kumpulan makanan memastikan kita mendapat semua nutrien
yang diperlukan.Menu harian yang seimbang harus berpandukan piramid makanan.
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
14
.Menurut Borhan Yusoh et. al (2013), terdapat lima prinsip asas pemakanan
harian yang perlu dipatuhi. Prinsip-prinsip tersebut ialah menikmati pelbagai jenis
makanan, mengurangkan makanan berlemak, meningkatkan pengambilan karbohidrat,
menjaga pengambilan elektrolit dan menggantikan air yang hilang seharian
Dari segi dimensi emosi pula,kita harus berfikiran terbuka dan positif supaya
emosi stabil dan seimbang.Kita mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang
penting dan jangan menangguhkan kerja.Kita juga harus bijak mengurus masa.Kita
mestilah sentiasa memahami rutin harian kita supaya segala permasalahan yang timbul
dapat diselesaikan dengan bijak dan positif.Selain itu, kita juga boleh menggunakan
teknik relaksasi seperti yoga untuk mengawal stress.Teknik ini bukan sahaja membantu
kita mengawal stres tetapi juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan
psikologi.
Umum mengetahui emosi berkaitrapat denga tekanan mahupun stress.Tekanan
yang dimaksudkan bukan sahaja merujuk kepada permasalahan peribadi malahan turut
melibatkan sesebuah organisasi lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan bidang kerja.
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
15
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi stres. Antaranya ialah mengurangkan
kepenatan dengan melakukan aktiviti riadah.Beri peluang untuk diri sendiri merehatkan
fikiran dengan melawat atau melancong ke tempat –tempat yang menenangkan.Di
samping itu,di sini jugalah pentingnya kerohanian, dimana pengisian rohani boleh
memberikan ketenangan pada seseorang dengan mendekatkan diri pada Tuhan selain
mengikuti sesi kaunseling.Bagaimanapun dalam masa yang sama, kita harus menghindari
rokok, dadah dan alkohol yang mana hanyalah akan menjadi penambah kepada tekanan
yang sedia ada..Masa juga harus diurus dengan bijak agar stres dapat dikawal.Kita
hendaklah sentiasa mengambil langkah untuk berfikir sebelum bertindak. Dengan ini,
kesejahteraan emosi sekaligus intelek akan dapat dicapai.
Dari segi rohani pula, kita boleh mengambil langkah mendekatkan diri kepada
Tuhan.Misalnya bagi yang beragama Islam, kewajipan menunaikan solat, berpuasa tidak
seharusnya diabaikan. Bagi yang bukan Islam pula, Yoga dan meditasi boleh membantu
membangunkan kesihatan rohani. Bagaimanapun nilai kerohanian ini amat sesuai
dipupuk sedari kecil lagi agar segala ajaran dan panduan keagamaan diamal dan dapat
dpraktikkan secara konsisten.Nilai kerohanian yang tinggi boleh mengelakkan kita
terjerumus denga perkara-perkara yang melanggar batasan agama sekaligus membina
personaliti yang baik.
Akhir sekali dalam mencapai kesejahteraan dari segi persekitaran,seseorang yang
hidup sejahtera sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa alam semulajadi di
sekeliling mereka sentiasa terjaga dan terpelihara serta jauh dari pencemaran.Mereka
sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan mutu dan keindahan alam
sekitar di mana mereka tinggal dan bekerja.Contohnya, mengamalkan amalan kitar
semula bagi mengurangkan pembuangan sampah dan menanam banyak pokok-pokok
hiasan dan bunga untuk menghijaukan kawasan kediaman dan persekitaran.Selain itu,
sebagai komuniti masyarakat kita boleh melibatkan diri dengan aktiiviti gotong royong di
kawasan kampung mahupun kawasan perumahan masing-masing.
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
16
5.0 PENAMBAHAN RODA KESEJAHTERAAN
Rajah: Roda Kesejahteraan
Berdasarkan roda kesejahteraan di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat penambahan
dua dimensi iaitu dimensi kerjaya dan kewangan.
1)Dimensi Kerjaya
Dimensi Kerjaya merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai
dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi
RODA
KESEJAHTERAAN
SOSIAL
FIZIKAL
EMOSIROHANI
INTELEK
ALAM
SEKITAR
KERJAYA
KEWANGAN
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
17
Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai
peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan
kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kesejahteraan
pekerjaan pula meliputi pengembangan dan penggunaan kemahiran, bakat, anugerah dan
pengetahuan untuk meningkatkan pencapaian dan taraf hidup. Kesejahteraan pekerjaan
membina sikap positif terhadap pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti serta
mencapai kepuasan dalam pekerja.Kesejahteraan kerjaya memerlukan kita berfikiran
positif dalam persekitaran kerja di mana kita sentiasa menilai kelemahan dan kekuatan
masing-masing, bersedia menerima teguran daripada rakan sekerja serta berusaha
meningkatkan prestasi di dalam kerjaya.
2) Dimensi Kewangan
Dimensi kewangan dipilih memnadangkan ia merupakan satu keperluan bagi mencapai
keinginan tertentu.Dengan adanya kewangan yang stabil, keperluan hidup dapat
dipenuhi.Bagi sesebuah instutusi kekeluargaan, kewangan ini perlu bagi membayar
segala keperluan seperti membeli makanan, membayar yuran pendidikan anak-anak,
membayar bil utiliti, ansuran kereta dan sebaginya.Kekurangan dari segi kewangan boleh
mengakibatkan konflik bersama ahli keluarga dan tidak kurang pula boleh
mengakibatkan masalah sosial ekoran terpaksa mencari duit untuk memenuhi keperluan
keluarga.
Bagaimanapun dalam menguruskan dimensi kewangan ini, kita seharusnya bijak
mengagihkan kewangan kita dengan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini
seperti melibatkan peminnjaman wang dari peminjam tidak berlesen dan
sebagainya.Selain itu bijak menguruskan kewangan juga di sini bermakna kita mestilah
memikirkan masa depan dengan memperuntukkan sedikit wang bagi tujuan tabungan dan
keperluan dimasa kita memerlukan.Selain itu elakkan penggunaan kad kredit dan jangan
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
18
biarkan nafsu berbelanja menguasai kita dengan lebih mementungkan keinginan
berbanding keperluan.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, roda kesejahteraan merupakan anatara panduan yang disediakan bagi
membantu kita mencapai keharmonian dan kesejahteraan sekali gus keseimbangan dalam
hidup.Menerusi roda kesejahteraan yang dicadangkan oleh Ballard terdapat enam dimensi
yang boleh membantu kita mencapai kesejahteraan dan keseimbangan hidup. Ia
termasuklah intelektual,fizikal, emosi, spritual, soaial,serta persekitaran.Bagaimanapun
terdapat 2 dimensi yang ditambah bagi menambahbaik dimensi yang sedia ada iaitu
dimensi kerjaya dan dimensi kewangan.
Untuk mencapai dan mengekalkan keharmonian serta keseimbangan dalam hidup,
kita harus memberi perhatian kepada setiap enam dimensi kesejahteraan. Kesemua
dimensi-dimensi yang telah disebutkan mempunyai pertalian atau berkaitrapat antara satu
sama lain. Setiap aspek kesihatan amat bergantung kepada aspek yang lain
bagimenghasilkan keadaan kesempurnaan kesihatan (Donald,1997).Pengabaian atau
penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan
roda kesejahteraan yang tidak seimbang dan boleh mendatangkan kesan kepada kita.
Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat
cedera malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan
rohani. Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah
mencapai tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan
dan keseimbangan hidup.
(3453 patah perkataan)
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
19
RUJUKAN
Arulrajah, A. A. (2005). Hubungan kesihatan psikologi dengan persepsi tekanan, stail
menangani tekanan, dan sokongan sosial di kalangan pelajar universiti. Tesis
sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Baker, R. (2003). Dimensions of wellness. Dicapai pada Feb 12, 2014 daripada
http://www.bradley.edu/eddey/cwc/
Borhan Yusof et.al. (2013).HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Selangor:Meteor Doc. Sdn.
Bhd.
Ballard Wellness Wheel. (2012). Capaian pada 3 Mac 2014 dari
http://finishingitfitness.blogspot.com/2012/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html
Corbin, C. B., Welk, G. J., Lindsey, R., & Corbin, W. R. (2004). Concepts of fitness and
wellness: a comprehensive lifestyle approach. NewYork: McGraw-Hill
Dun, H. (1961). High-level wellness, Arlington, VA:RW.Beatty.Edington & Karus et. al.
(1990).Core concept of leisure.Capaian pada 6 Mac 2014 dari
http://prezi.com/4jwaajfe8iu/copy-of-untutled-prezi.
Kamus pelajar Edisi kedua. (2010). Capaian pada 3 Mac 2014 dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kesejahteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia (2000). Kempen cara hidup sihat:kesihatan mental.
Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001
20
Lazarus, R. S. (1991). Alive in the moment.Capaian pada 8 Mac 2014 dari
http://www.aliveinthemoment.com/stress/about-what-is-stress.html.
Lyons, R, & Langille L. (2001). Atlantic health Promotion Research Centre, Dalhousie
University
National Wellness Institute. (2012). Wellness Wheel. Capaian pada 3 Mac 2014 dari
http://www.nationalwellness.org/index.php?idtier=2&idc=25
Ruzita Mokhtar. (2004). Penyalahgunaan dadah. Capaian pada 9 Mac 2014 dari
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=459
Seyle, H. (1976). Definition of stress. Capaian pada 9 Mac 2014 dari
http://www.greatnesscircle.com/definition-of-stress.html
Torkildsen G. (1992). Torkildsen’s leisure and recreation management. (3rded.). London
and New York:Spon Press.
Wee Eng Hoe.(2001). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:karima
Publications Sdn. Bhd.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
Mohd Faizal Jan
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
Zana Idsar
 
Bahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikBahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statik
missqistina
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
zatul ayuni
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
milatusamsi
 

Mais procurados (20)

4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
 
3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan
 
Bab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorialBab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorial
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
KONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTALKONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTAL
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Pengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan StresPengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan Stres
 
Tekasilangkata moral
Tekasilangkata moralTekasilangkata moral
Tekasilangkata moral
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Bahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikBahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statik
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
 
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1DSKP KSSR SEMAKAN 2017 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1
 
Motivasi bebas rokok
Motivasi bebas rokokMotivasi bebas rokok
Motivasi bebas rokok
 
Polimer
PolimerPolimer
Polimer
 

Destaque

Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Zauhari Hussein
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
khairul azlan taib
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Sok Moi Lee
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
Tan Fen
 

Destaque (20)

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
 
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH” KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
 
Kesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialKesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosial
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Assigmen oum ayu
Assigmen oum ayuAssigmen oum ayu
Assigmen oum ayu
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Kesejahteraan Sosial
Kesejahteraan SosialKesejahteraan Sosial
Kesejahteraan Sosial
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
 
Health & wellness
Health & wellnessHealth & wellness
Health & wellness
 
Hbhe 3103
Hbhe 3103Hbhe 3103
Hbhe 3103
 

Semelhante a Hbhe31039pk)

Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Septian Muna Barakati
 
MAKALAH Psikologi dalam kesehatan
MAKALAH Psikologi dalam kesehatanMAKALAH Psikologi dalam kesehatan
MAKALAH Psikologi dalam kesehatan
Firdika Arini
 
27950610 kesehatan-jiwa
27950610 kesehatan-jiwa27950610 kesehatan-jiwa
27950610 kesehatan-jiwa
Gita Zaeni
 

Semelhante a Hbhe31039pk) (20)

ARNI PRESENTASI.pptx
ARNI PRESENTASI.pptxARNI PRESENTASI.pptx
ARNI PRESENTASI.pptx
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Konsep sehat
Konsep sehatKonsep sehat
Konsep sehat
 
Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
ASUHAN KEBIDANAN NEONATUS
ASUHAN KEBIDANAN NEONATUSASUHAN KEBIDANAN NEONATUS
ASUHAN KEBIDANAN NEONATUS
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawatiMakalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
 
Total.wellness
Total.wellnessTotal.wellness
Total.wellness
 
MAKALAH Psikologi dalam kesehatan
MAKALAH Psikologi dalam kesehatanMAKALAH Psikologi dalam kesehatan
MAKALAH Psikologi dalam kesehatan
 
Psikologi kesehatan sesi 1 2
Psikologi kesehatan sesi 1 2Psikologi kesehatan sesi 1 2
Psikologi kesehatan sesi 1 2
 
psikologi kel 1.pdf
psikologi kel 1.pdfpsikologi kel 1.pdf
psikologi kel 1.pdf
 
PPT Filsafat Olahraga
PPT Filsafat OlahragaPPT Filsafat Olahraga
PPT Filsafat Olahraga
 
Pengantar Pendidikan
Pengantar PendidikanPengantar Pendidikan
Pengantar Pendidikan
 
27950610 kesehatan-jiwa
27950610 kesehatan-jiwa27950610 kesehatan-jiwa
27950610 kesehatan-jiwa
 

Hbhe31039pk)

  • 1. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT NO. MATRIKULASI : 801219135162001 NO. KAD PENGENALAN : 801219-13-5162 NO. TELEFON : 019 8140332 E-MEL : sitijunaidahyasin@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN :PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SARAWAK
  • 2. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 2 ISI KANDUNGAN ; PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN Definisi Kesejahteraan 13 2.0 DIMENSI KESEJAHTERAAN 3.1 Intelek ( Intellectual) 3.2 Fizikal ( Physical ) 3.3 Emosi ( Emotional ) 3.4 Kerohanian ( Spiritual ) 3.5 Sosial ( Social ) 3.6 Persekitaran ( Environmental ) 4 5 6 7 8 9 9 3.0 AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN 6 DIMENSI 10 4.0 AMALAN GAYA HIDUP AGAR KESEJAHTERAAN SEIMBANG : BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN. 13 5.0 CADANGAN TAMBAHAN DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN: 6.1 Pekerjaan 6.2 Kewangan 16 16 17 6.0 KESIMPULAN 18 7.0 RUJUKAN 19
  • 3. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 3 1.0 PENGENALAN 1.1 Kesejahteraan: Kesejahteraan berasal dari perkataan sejahtera.Kamus Pelajar edisi kedua (2010) mentakrifkan sejahtera sebagai bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat.Kesejahteraan pula membawa maksud hal atau keadaan sejahtera; keamanan, keselamatan, ketenteraman. Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas,Kesejahteraan atau sejahtera menunjuk ke keadaan yang baik, keadaan manusia di mana orang-orangnya dalam keadaan makmur, sihat dan damai.Ia merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252). Tujuh dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan oleh Anspaugh dan rakan (2004) and Hales (2005) merangkumi emosi, kerjaya, sosial, fizikal, intelektual, spiritual, persekitaran dan kerjaya. Menurut Dunn (1961) pula, kesejahteraan adalah kaedah bersepadu berfungsi yang berorientasikan ke arah memaksimumkan potensi serta kemampuan individu dalam persekitarannya.Selain itu,kesejahteraan ialah sebagai satu konsep yang memberi tumpuan kepada mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan seimbang.Dengan menyedari tentang faktor-faktoryang mempengaruhi kesihatan,anda boleh membuat pilihan positif yang menyumbang kepada kualiti hidup anda agar lebih seimbang dan harmoni. . Hidup yang sejahtera lagi seimbang bukan hanya bermakna mempunyai fizikal yang sihat (Florida State University,2013), malah turut dipengaruhi oleh dimensi-dimensi lain sepertimana yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard ( 2012). Menurutnya terdapat enam dimensi kesejahteraan yang harus diberi tumpuan bagi mengekalkan
  • 4. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 4 keharmonian dan kesimbangan dalam hidup. Ini termasuklah dimensi intelektual,fizikal,emosi,rohani,sosial dan persekitaran. Justeru itu, melalui tugasan ini akan diterangkan lebih lanjut lagi mengenai roda kesejahteraan yang memfokuskan enam dimensi yang disebutkan oleh Ballard ( 2012).Selain itu, penulisan ini juga menfokuskan kepada akibat yang mungkin berlaku jika pengabaian berlaku pada dimensi-dimensi tersebut seterusnya cara mengamalkan gaya hidup yang betul agar menjamin momentum kesejahteraan ini.Seterusnya dimasukkan penambahan 2 dimensi iaitu dimensi kerjaya dan kewangan bagi melengkapi lagi Roda Kesejahteraan yang sedia ada. 2.0 DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012) Rajah diatas ialah Roda Kesejahteraan Ballard (2012) merupakan satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard tersebut terdapat enam dimensi yang difokuskan bagi mencapai dan mengekalkan keharmonian serta keseimbangan dalam
  • 5. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 5 hidup.Enam dimensi yang diperkenalkan oleh Ballard dalam Roda Kesejahteraan termasuklah intelek, fizikal, emosi, rohani, sosial, dan persekitaran. 2.1 Intelek ( Intellectual ) Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas terhadap maklumat,kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan. Selaian itu ia merujuk kepada situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Menurut Borhan Yusuf et al, 2013) pula,dimensi intelek merupakan kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani masalah dengan bijak. Kesihatan dan kesejahteraan intelek bukan sahaja berkenaan dengan pengetahuan fakta seseorang, tetapi juga kreativiti dan pengetahuan am berkenaan dengan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk belajar kerana pada masa kini pembelajaran boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan kaedah, seperti melalui pembacaan dari pelbagai sumber bercetak mahupun elektronik,selain mengkaji dan mengembara. Menurut Covington, 1984.seseorang yang mempunyai intelek yang
  • 6. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 6 sejahtera sentiasa membuat pemerhatian terhadap benda di sekeliling mereka serta mendengar dan berkongsi pendapat dengan orang lain dalam suatu aktiviti yang dilakukannya. Mereka mempunyai pemikiran yang kreatif dan berupaya untuk mengaplikasikan bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. 2.2 Fizikal Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) menyifatkan kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Selain itu,ia merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat selain berkait dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Kesejahteraan fizikal tercapai apabila seseorang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan
  • 7. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 7 menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti.Selain itu, mereka yang mampu mencapai kesejahteraan pada dimensi fizikal ini dikatakan dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot.Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.Walaubagaimanapun keadaan fizikal ini keadaan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan. Dimensi fizikal menurut Borhan Yusof et.al (2013 pula), ialah keupayaan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubunya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik. Pendek kata,dengan keseimbangan fizikal yang baik, kita berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang digemari.Contohnya, mempunyai hobi seperti berjoging, berenang,bersukan dan beriadah bersama-sama dengan keluarga. 2.3 Emosi Dimensi emosi yang terdapat dalam roda kesejahteraan Ballard ini bermaksud seseorang individu harus mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya konstruktif. Ia merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan
  • 8. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 8 kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan mahupun emosinya. Individu yang memperoleh kesejahteraan emosi berupaya menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja. 2.4 Rohani Menurut Ballard (2012), rohani bukan bermakna kita perlu mempunyai agama dan kepercayaan semata-mata tetapi ia adalah perkara peribadi yang melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan menjadi panduan dalam kehidupan. Rohani memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu, nilai, moral dan etika juga perlu dititikberatkan (Borhan Yusof et.al, 2013). Agus (1999) pula mentafsirkan,kesejahteraan spiritual sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek- aspek kerohanian seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif. Kesejahteraan yang dicapai menerusi dimensi ini direalisasikan melalui agama,kepercayaan dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. . Rohani yang sempurna dan seimbang selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.Ironinya,rohani yang sihat dapat membantu kita mencapai kesejahteraan emosi dan fizikal. Melalui kesihatan rohani, emosi kita akan lebih tenang, sekaligus mencetuskan kesihatan fizikal yang lebih baik.
  • 9. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 9 2.5 Sosial Dimensi sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya,kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik. Selain itu, ia merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna kita dapat berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang mereka. Di samping itu juga, individu yang mencapai kesejahteraan dari segi dimensi sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan seharian. Justeru, untuk mencapai kehidupan sosial yang sihat, kita harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang di sekeliling agar pergaulan kita akan menjadi lebih dinamik. Hubungan sosial yang sihat hendaklah berlandaskan kepercayaan, hormat-menghormati dan kesaksamaan antara satu sama lain. 2.6 Alam Sekitar (Persekitaran) Dimensi yang berkaitan dengan persekitaran bermakna keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti.Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas,dimensi persekitaran adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek ,persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada dimensi persekitaran adalah kesihatan persekitaran
  • 10. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 10 awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Beliau berupaya untuk memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran. 3.0 AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI 3.1 Fizikal Dimensi Fizikal sememangnya amat berkaitrapat dengan kesihatan.Ketidakseimbangan fizikal membawa kepada timbulya masalah kesihatan serta berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan buah pinggang. Di samping itu, individu tersebut juga berisiko mendapat obesiti . Apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup kita akan berubah dan pemakanan juga berubah sehingga kita lupa kepada pentingnya menjaga kesihatan diri terutama melibatkan fizikal kita. Lebih teruk lagi apabila seseorang individu tidak suka bersenam sering dikaitkan dengan penyakit hipokinetik. Menurut Wee (2001), istilah penyakit hipokinetik terbahagi kepada dua iaitu ”hipo” bererti kurang dari tahap normal dan ”kinetik” bermaksud aktif. Apabila dirangkumkan ia menjadi satu penyakit akibat daripada amalan hidup kurang aktf. Di antara jenis-jens penyakit hipokinetik termasuklah sakit jantung, tekanan kolestrol yang tinggi, kegemukan, hipertensi, kencing manis, sakit sendi dan sakit tulang belakang. Sekiranya penyakit-penyakit seperti ini dihidapi oleh individu, maka ia boleh membawa kepada kemerosotan kualiti/produktiviti kerja serta aktiviti harian.Mary (2003) pula menganggarkan bahawa sebanyak 13 peratus daripada jumlah tenaga pekerja mengalami kehilangan produktiviti dalam tempoh dua minggu akibat daripada pekerja yang tidak sihat. Mereka menambah bahawa kebanyakan penurunan produktiviti adalah disebabkan oleh masalah kesihatan
  • 11. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 11 3.2 Emosi Emosi yang tidak stabil boleh mengakibatkan stress di kalangan individu. Menurut Hans Selye (1976), stres boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku kepadanya. Tekanan ini memerlukan seseorang untuk menyeimbangkan tuntutan perubahan dengan keupayaan yang ada pada dirinya. Individu yang menghadapi stress akan mengalami kekacauan emosi seperti resah-gelisah dan mempamerkan tingkah laku keterlaluan serta menjejaskan hubungan dengan annggota masyarakat. Sebagai contoh,ketidakseimbangan emosi individu yang bekerja sebagai seorang guru boleh memberi implikasi kepada guru dari segi kepuasan kerja,ketidakhadiran,serta kecenderungan untuk meninggalkan profesionnya. Byers (1987)pula, menyenaraikan impak negatif stres dalam empat aspek iaitu terhadap fizikal (seperti sakit kepala, penyakit kardiovaskular dan sebagainya), terhadap psikologikal (kemurungan, rasa rendah diri, ‘burn-out’) dan terhadap tingkah laku pekerja (penyalahgunaan dadah, merokok) serta terhadap organisasi (ketidakhadiran, turnover serta produktiviti yang rendah). 3.3 Kesan sosial Ketidakseimbangan sosial boleh membawa kepada gejala yang kurang sihat serta penyakit yang berbahaya seperti penyakit Acquired Immune Defciency Syndrome (AIDS). AIDS bukan hanya isu kesihatan, malah ia juga menyentuh isu-isu moral dan sosial. Pendidikan yang cetek, kurang didikan agama serta pergaulan yang bebas boleh menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit ini. Ibu bapa yang sibuk bekerja tkurang berkesempatan untuk memantau aktiviti anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah dan seks bebas yang boleh mengakibatkan penyakit
  • 12. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 12 ini.Selain itu dengan tiada pemantauan terhadap benda yang diakses oleh anak-anak terutama melibatkan rangkaian internet, boleh mengheret remaja ke kancah kemaksiatan dan keruntuhan akhlak seperti pelacuran,penyalahgunaan bahan, minuman beralkohol dan sebagainya. 3.4 Kesan terhadap rohani Ketidakseimbangan rohani ini berkaitrapat dengan dimensi sosial dimana kurang penekanan terhadap rohani membawa kepada gejala-gejala negatif yang tidak diingini.Hal ini berlaku ekoran pengisian rohani dalam diri diri seseorang yang kurang memandangkan ianya ibarat ’benteng’ bagi seseorang melakukan perkara yang tidak baik dan bercanggah dengan landasan agama. 3.5 Pengabaian terhadap persekitaran: Keadaan persekitaran yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit jikalau Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan cirit-biri apabila tersalah minum atau makan yang tidak bersih. Pengabaian terhadap dimensi persekitaran juga akan menyebabkan masalah alam sekitar (persekitaran). Contohnya, seseorang yang hidup di kawasan yang tercemar udaranya akan mudah menghidap penyakit seperti asma, lelah dan kanser paru-paru kerana terpaksa menyedut asap dan debu setiap masa. Maka, dimensi alam sekitar yang
  • 13. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 13 terjejas secara tidak langsung akan mengakibatkan kesejahteraan fizikal kita turut terjejas. Aktiviti fizikal seperti kegiatan sukan, bersiar di tepi pantai, berkelah, melancong, berjoging dan sebagainya tidak dapat dijalankan ekoran persekitaran yang tidak mengizinkan ini. 4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN Dari segi dimensi fizikal,senaman merupakan salah satu aktiviti sihat yang penting bagi mencapai keseimbangan fizikal seseorang. Menurut Pakar Perunding Kecergasan Pathma Trim Fitness Enterprise, K. Pathmanathan dalam modulnya yang bertajuk “Sihat Sepanjang Hayat” (2007), senaman ditakrifkan sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dn kesihatan. Senaman biarpun secara sederhana boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, pengudaraan paru-paru, peredaran darah, dan metabolisme lemak untuk mengelakkan kegemukan dan akhirnya melicinkan proses perkumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan air kencing serta mampu mengekalkan tahap kecergasan fizikal.Aris Fazil et.al (2003), berpendapat dengan adanya kecergasan fizikal,seseorang mampu dan berkeupayaan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku. Selain itu, kita mesti mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Pengambilan makanan yang berzat, berkhasiat dan seimbang penting untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bebas daripada segala penyakit berbahaya.Makanan seimbang bererti makan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan hari.Kepelbagaian dalam kumpulan makanan memastikan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.Menu harian yang seimbang harus berpandukan piramid makanan.
  • 14. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 14 .Menurut Borhan Yusoh et. al (2013), terdapat lima prinsip asas pemakanan harian yang perlu dipatuhi. Prinsip-prinsip tersebut ialah menikmati pelbagai jenis makanan, mengurangkan makanan berlemak, meningkatkan pengambilan karbohidrat, menjaga pengambilan elektrolit dan menggantikan air yang hilang seharian Dari segi dimensi emosi pula,kita harus berfikiran terbuka dan positif supaya emosi stabil dan seimbang.Kita mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang penting dan jangan menangguhkan kerja.Kita juga harus bijak mengurus masa.Kita mestilah sentiasa memahami rutin harian kita supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan positif.Selain itu, kita juga boleh menggunakan teknik relaksasi seperti yoga untuk mengawal stress.Teknik ini bukan sahaja membantu kita mengawal stres tetapi juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan psikologi. Umum mengetahui emosi berkaitrapat denga tekanan mahupun stress.Tekanan yang dimaksudkan bukan sahaja merujuk kepada permasalahan peribadi malahan turut melibatkan sesebuah organisasi lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan bidang kerja.
  • 15. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 15 Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi stres. Antaranya ialah mengurangkan kepenatan dengan melakukan aktiviti riadah.Beri peluang untuk diri sendiri merehatkan fikiran dengan melawat atau melancong ke tempat –tempat yang menenangkan.Di samping itu,di sini jugalah pentingnya kerohanian, dimana pengisian rohani boleh memberikan ketenangan pada seseorang dengan mendekatkan diri pada Tuhan selain mengikuti sesi kaunseling.Bagaimanapun dalam masa yang sama, kita harus menghindari rokok, dadah dan alkohol yang mana hanyalah akan menjadi penambah kepada tekanan yang sedia ada..Masa juga harus diurus dengan bijak agar stres dapat dikawal.Kita hendaklah sentiasa mengambil langkah untuk berfikir sebelum bertindak. Dengan ini, kesejahteraan emosi sekaligus intelek akan dapat dicapai. Dari segi rohani pula, kita boleh mengambil langkah mendekatkan diri kepada Tuhan.Misalnya bagi yang beragama Islam, kewajipan menunaikan solat, berpuasa tidak seharusnya diabaikan. Bagi yang bukan Islam pula, Yoga dan meditasi boleh membantu membangunkan kesihatan rohani. Bagaimanapun nilai kerohanian ini amat sesuai dipupuk sedari kecil lagi agar segala ajaran dan panduan keagamaan diamal dan dapat dpraktikkan secara konsisten.Nilai kerohanian yang tinggi boleh mengelakkan kita terjerumus denga perkara-perkara yang melanggar batasan agama sekaligus membina personaliti yang baik. Akhir sekali dalam mencapai kesejahteraan dari segi persekitaran,seseorang yang hidup sejahtera sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa alam semulajadi di sekeliling mereka sentiasa terjaga dan terpelihara serta jauh dari pencemaran.Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan mutu dan keindahan alam sekitar di mana mereka tinggal dan bekerja.Contohnya, mengamalkan amalan kitar semula bagi mengurangkan pembuangan sampah dan menanam banyak pokok-pokok hiasan dan bunga untuk menghijaukan kawasan kediaman dan persekitaran.Selain itu, sebagai komuniti masyarakat kita boleh melibatkan diri dengan aktiiviti gotong royong di kawasan kampung mahupun kawasan perumahan masing-masing.
  • 16. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 16 5.0 PENAMBAHAN RODA KESEJAHTERAAN Rajah: Roda Kesejahteraan Berdasarkan roda kesejahteraan di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat penambahan dua dimensi iaitu dimensi kerjaya dan kewangan. 1)Dimensi Kerjaya Dimensi Kerjaya merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi RODA KESEJAHTERAAN SOSIAL FIZIKAL EMOSIROHANI INTELEK ALAM SEKITAR KERJAYA KEWANGAN
  • 17. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 17 Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kesejahteraan pekerjaan pula meliputi pengembangan dan penggunaan kemahiran, bakat, anugerah dan pengetahuan untuk meningkatkan pencapaian dan taraf hidup. Kesejahteraan pekerjaan membina sikap positif terhadap pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam pekerja.Kesejahteraan kerjaya memerlukan kita berfikiran positif dalam persekitaran kerja di mana kita sentiasa menilai kelemahan dan kekuatan masing-masing, bersedia menerima teguran daripada rakan sekerja serta berusaha meningkatkan prestasi di dalam kerjaya. 2) Dimensi Kewangan Dimensi kewangan dipilih memnadangkan ia merupakan satu keperluan bagi mencapai keinginan tertentu.Dengan adanya kewangan yang stabil, keperluan hidup dapat dipenuhi.Bagi sesebuah instutusi kekeluargaan, kewangan ini perlu bagi membayar segala keperluan seperti membeli makanan, membayar yuran pendidikan anak-anak, membayar bil utiliti, ansuran kereta dan sebaginya.Kekurangan dari segi kewangan boleh mengakibatkan konflik bersama ahli keluarga dan tidak kurang pula boleh mengakibatkan masalah sosial ekoran terpaksa mencari duit untuk memenuhi keperluan keluarga. Bagaimanapun dalam menguruskan dimensi kewangan ini, kita seharusnya bijak mengagihkan kewangan kita dengan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti melibatkan peminnjaman wang dari peminjam tidak berlesen dan sebagainya.Selain itu bijak menguruskan kewangan juga di sini bermakna kita mestilah memikirkan masa depan dengan memperuntukkan sedikit wang bagi tujuan tabungan dan keperluan dimasa kita memerlukan.Selain itu elakkan penggunaan kad kredit dan jangan
  • 18. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 18 biarkan nafsu berbelanja menguasai kita dengan lebih mementungkan keinginan berbanding keperluan. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, roda kesejahteraan merupakan anatara panduan yang disediakan bagi membantu kita mencapai keharmonian dan kesejahteraan sekali gus keseimbangan dalam hidup.Menerusi roda kesejahteraan yang dicadangkan oleh Ballard terdapat enam dimensi yang boleh membantu kita mencapai kesejahteraan dan keseimbangan hidup. Ia termasuklah intelektual,fizikal, emosi, spritual, soaial,serta persekitaran.Bagaimanapun terdapat 2 dimensi yang ditambah bagi menambahbaik dimensi yang sedia ada iaitu dimensi kerjaya dan dimensi kewangan. Untuk mencapai dan mengekalkan keharmonian serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada setiap enam dimensi kesejahteraan. Kesemua dimensi-dimensi yang telah disebutkan mempunyai pertalian atau berkaitrapat antara satu sama lain. Setiap aspek kesihatan amat bergantung kepada aspek yang lain bagimenghasilkan keadaan kesempurnaan kesihatan (Donald,1997).Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang tidak seimbang dan boleh mendatangkan kesan kepada kita. Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan dan keseimbangan hidup. (3453 patah perkataan)
  • 19. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 19 RUJUKAN Arulrajah, A. A. (2005). Hubungan kesihatan psikologi dengan persepsi tekanan, stail menangani tekanan, dan sokongan sosial di kalangan pelajar universiti. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Baker, R. (2003). Dimensions of wellness. Dicapai pada Feb 12, 2014 daripada http://www.bradley.edu/eddey/cwc/ Borhan Yusof et.al. (2013).HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ballard Wellness Wheel. (2012). Capaian pada 3 Mac 2014 dari http://finishingitfitness.blogspot.com/2012/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html Corbin, C. B., Welk, G. J., Lindsey, R., & Corbin, W. R. (2004). Concepts of fitness and wellness: a comprehensive lifestyle approach. NewYork: McGraw-Hill Dun, H. (1961). High-level wellness, Arlington, VA:RW.Beatty.Edington & Karus et. al. (1990).Core concept of leisure.Capaian pada 6 Mac 2014 dari http://prezi.com/4jwaajfe8iu/copy-of-untutled-prezi. Kamus pelajar Edisi kedua. (2010). Capaian pada 3 Mac 2014 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kesejahteraan Kementerian Kesihatan Malaysia (2000). Kempen cara hidup sihat:kesihatan mental. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • 20. SITI JUNAIDAH BT YASIN 801219135162001 20 Lazarus, R. S. (1991). Alive in the moment.Capaian pada 8 Mac 2014 dari http://www.aliveinthemoment.com/stress/about-what-is-stress.html. Lyons, R, & Langille L. (2001). Atlantic health Promotion Research Centre, Dalhousie University National Wellness Institute. (2012). Wellness Wheel. Capaian pada 3 Mac 2014 dari http://www.nationalwellness.org/index.php?idtier=2&idc=25 Ruzita Mokhtar. (2004). Penyalahgunaan dadah. Capaian pada 9 Mac 2014 dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=459 Seyle, H. (1976). Definition of stress. Capaian pada 9 Mac 2014 dari http://www.greatnesscircle.com/definition-of-stress.html Torkildsen G. (1992). Torkildsen’s leisure and recreation management. (3rded.). London and New York:Spon Press. Wee Eng Hoe.(2001). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:karima Publications Sdn. Bhd.