SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Sikap guru terhadap penggunaan ICT di Sekolah Kebangsaan Trolak Timur
Sham Suhaila Binti Mohd Saleh
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur
Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6.
Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Kajian
berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala
Likert.Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. . Data
dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pada
keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun kekurangan sumber dan kesukaran
mengakses internet menyebabkan mereka lebih menggunakan kaedah pengajaran secara
tradisional. Selain daripada itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan
pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan
guru minat, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta,
dan badan-badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan
menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan
komputer yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah.
Kata kunci : Penggunaan ICT, sikap guru
1.0 Pengenalan
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif
dalam pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya di dalam aspek pendidikan.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam
perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan penggunaan
komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era
teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan menggubal matlamat utama
pendidikan bagi membentuk generasi muda yang mahir dan celik komputer. ICT
dikatakan mampu menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang
bermaklumat sekaligus meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara
menyeluruh. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia
membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dan berkesan di dalam bilik darjah.
1
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Menurut Ng Wai Kong (1999), peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi
video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk
keperluan guru dan pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dapat dipertingkatkan mutunya dan
dipelbagaikan cara penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti
berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian
dan pangkalan data atau maklumat yang boleh diperoleh melalui sistem internet,
perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat
meningkatkan minat dan meransang minda pelajar di zaman siber. Hal ini telah
dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,
1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).
Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT
dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan
pendidikan negara bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping
meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital
dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT
di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,
2006).
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini telah dijalankan di SK Trolak Timur,Perak . Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
sikap guru terhadap penggunaan ICT di sekolah tersebut. Selain daripada itu, ia bertujuan
untuk mengetahui penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di SK Trolak Timur. Sampel kajian
terdiri daripada dua puluh orang guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran masih belum memuaskan di
kalangan guru di SK Trolak Timur. Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang
timbul, kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap guru terhadap
2
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini
dilaksanakan bagi meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui objektif-objektif berikut :
1. Menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam
pengajaran.
2. Mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak
Timur
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini persoalan kajian yang diutarakan adalah :-
a. Apakah sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran?
b. Sejauh manakah guru menggunakan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran?
1.6 Kerangka Konseptual
3
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang merupakan peta kepada kajian ini. Proses
menjalankan kajian merangkumi tiga peringkat utama iaitu peringkat perancangan,
pelaksanaan dan keputusan.
1.6.1 Perancangan
Terbahagi kepada proses pembinaan instrumen. Instrumen ialah alat untuk mengumpul data
yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka,
instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Penyediaan instrumen adalah
sebagai alat untuk ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan
penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis tanpa
menggunakan SPSS. Instrumen yang dihasilkan perlu menilai aspek-aspek yang dapat
menjawab persoalan kajian dan tidak membebankan responden. Instrumen yang telah kami
pilih adalah menggunakan soal selidik.
1.6.2 Pelaksanaan
Pelaksanaan melihat bagaimana sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentadbiran instrumen. Melalui proses
pelaksanaan, pengkaji akan menilai tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan
guru SK Trolak Timur. Adakah guru di SK Trolak Timur menggunakan ICT sebagai alat
pedagogi di sekolah?
4
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Melalui proses pelaksanaan ini juga, pengkaji menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT
sebagai alat pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.6.3 Penilaian.
Item yang menjadi tumpuan dalam proses penilaian adalah keberkesanan ICT sebagai salah
satu alat pedagogi di sekolah. Pengkaji menilai sejauhmana kajian ini memberi impak kepada
sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di sekolah.
2.0 Kajian Literatur
Dalam era moden, ICT memainkan peranan yang penting terhadap kehidupan masyarakat
pada masa kini. Kejayaan masyarakat amat berkait rapat dengan integrasi ICT dalam setiap
aspek kehidupan. Selain itu, ICT dapat meningkatkan daya saing di kalangan organisasi;
mereka menyediakan alat dan kaedah untuk mendapatkan akses kepada peluang-peluang baru
dan perkhidmatan maklumat khusus seperti pendidikan jarak jauh, latihan yang berterusan
dan perundingan. Organisasi yang dapat mengeksploitasi potensi yang ditawarkan oleh ICT
boleh mengendalikan proses inovatif dengan lebih berkesan ( Fulantelli & Allegra , 2003).
Kemajuan teknologi bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang. Namun
demikian, tidak semua orang akan mendapat manfaat daripada kemajuan itu. ICT telah
menjadi satu bahagian yang penting dalam kebanyakan organisasi dan perniagaan
terutamanya di Malaysia. Penggunaan ICT dapat mengekalkan daya saing kepada seseorang
individu terutamanya di kalangan guru di sekolah. Ramai pengkaji telah menjalankan kajian
yang berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT di mana ICT akan menyebabkan
sesuatu pekerjaan menjadi lebih kreatif (Venkatesh, Morris, Davis, & Davis (2003). Institusi
pendidikan amat memerlukan penggunaan komputer di sekolah dan semua guru-guru akan
dapat menggunakan teknologi untuk meningkatkan kaedah kerja dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka (Data Utama Maklumat dan Komunikasi Teknologi di Sekolah di
Eropah, 2004).
Selain itu, ICT adalah alat untuk seseorang individu melakukan perubahan dan
melaksanakan inovasi dalam meningkatkan kemajuan dari aspek pendidikan dan hal ini
telah disahkan (Williams, 2003). Selain itu, ICT dilihat sebagai alat yang penting dalam
pendidikan kerana ia dapat menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menyeronokkan serta
dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Salah satu daripada isu-isu yang
paling kritikal dalam membangunkan dan memaksimumkan penggunaan ICT dalam
5
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
pengajaran dan pembelajaran adalah tahap keyakinan dan penerimaan kakitangan akademik
atau guru dalam menggunakan ICT. Menurut Milbrath dan Kinzie (2000), guru perlu
mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer atau ICT untuk menjadikan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai
alat pedagogi di SK Trolak Timur serta mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat
pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya setiap kajian
memerlukan suatu kaedah yang sesuai bagi menghasilkan dapatan yang tersusun dan jitu.
Oleh itu, kajian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk kajian,
intrumen kajian, sampel kajian dan cara menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan penyelidikan deskriptif untuk mengetahui sikap guru terhadap
penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran. Menurut Gray (1992) kajian
deskriptif ini melibatkan pengumpulan data dengan tujuan untuk menguji hipotesis atau
menjawab soalan-soalan berkaitan subjek atau peristiwa yang dikaji. Kajian deskriptif yang
biasa dijalankan melibatkan pengukuran sikap, pendapat, persepsi individu terhadap individu,
organisasi, peristiwa atau prosedur. Data-data deskriptif seringkali dikumpulkan menerusi
kaedah soal selidik, kaedah tinjauan, temu bual atau pemerhatian.
Kaedah kajian deskriptif yang dijalankan ialah kaedah tinjauan. Leedy (1993)
menjelaskan bahawa kaedah tinjauan adalah satu cara untuk mengumpul maklumat yang
menerangkan sifat pelbagai set data termasuklah data yang merangkumi pendapat dan sikap.
Maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk menyatakan keadaan sebenar tentang
sesuatu perkara berkaitan komuniti dalam konteks yang tersendiri. Maklumat tersebut juga
boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan pada awal
kajian ini. Beliau mengakui bahawa kajian tinjauan deskriptif bertujuan untuk menerangkan
sesuatu keadaan atau bidang kajian dengan tepat, berpandukan fakta sebenar dan dilakukan
secara sistematik.
Gazalba (1981) pula menerangkan bahawa penyelidikan melalui kaedah tinjauan
adalah bersifat umum. Kaedah ini hanya membolehkan pengkaji memahami keseluruhan
skop kajian dengan sampel yang kecil. Data yang dikumpul pula bersifat kuantitatif dan boleh
6
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
dianalisis secara logik. Kaedah kajian tinjauan yang meggunakan borang soal selidik
diharapkan dapat mengumpulkan data dengan lebih cepat dan memperoleh gambaran dengan
lebih jelas terhadap persoalan yang dikaji. Menurut Bailey (1992), penggunaan soal selidik
sebagai instrument kajian adalah bersifat logik, sainstifik dan khusus. Ukuran secara
kuantitatif mudah diperolehi dan membantu pengkaji untuk mengetahui sikap guru terhadap
penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran.
3.3 Sampel Kajian
Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6.
Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Maka
pemilihan sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah sampelan tidak rawak bertujuan. Menurut
Mohd. Najib (1997), sampel tidak rawak bertujuan iaitu penyelidik dengan sengaja memilih
sampel yang bertujuan mendapat jumlah sampel yang mewakili populasi.
3.4 Lokasi Kajian
Tempat yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah SK Trolak Timur. Sekolah ini
dipilih kerana ia merupakan antara sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.
3.5 Instrumen Kajian
Bagi mengumpul data, instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik.
Pengkaji menggunakan soalan berbentuk soalan tertutup. Menurut Babbie (1973), soalan
tertutup memberi keseragaman dalam jawapan dan senang diproses. Bailey (1992) pula
meyatakan bahawa kelebihan soalan berpilihan tetap ialah jawapannya lebih mudah untuk
dikodkan dan dianalisis terus daripada borang soal selidik, menjimatkan masa dan wang.
Jawapan skala Likert yang mengandungi lima skala pilihan dalam soalan tertutup
dalam soal selidik untuk menentukan persepsi guru-guru sama ada positif atau negatif.
Menurut Ary, Jacobs dan Razarieh (1985), penggunaan satu set senarai pernyataan berbentuk
negatif atau positif boleh digunakan bagi mengkaji sikap individu terhadap institusi, isu atau
aktiviti. Satu set gerak balas terhadap sikap tersebut diberi dalam skala ordinal. Melalui skala
ini, responden akan menunjukkan sama ada mereka sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak
setuju dan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang mengukur sikap. Skor individu
ditentukan dengan menjumlahkan skor-skor yang diperoleh oleh responden daripada gerak
7
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
balasnya terhadap setiap pernyataan. Skor yang teguh dengan skor skala sikap, diandaikan
dapat memberi petunjuk terbaik bagi sesuatu sikap yang diukur.
Bagi menentukan persepsi guru-guru samada positif atau negatif, ukuran skor
terendah 1 dan 2 menunjukkan persepsi negatif, manakala 4 dan 5 menunjukkan persepsi
positif. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru terhadap
penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. Pengkaji
telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 3 bahagian seperti berikut:-
Bahagian A : Maklumat demografi guru
Bahagian B : Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi
Bahagian C : Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi
Item-item yang digunakan dalam soal selidik ini diperoleh daripada bahan-bahan
bacaan yang berkaitan dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.
3.6 Kaedah Penganalisisan Data
Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan statistik deskriptif. Data dianalisis menggunakan
kekerapan dan peratusan. Oleh kerana kajian ini bukan bertujuan mengkaji sesuatu hipotesis,
hasil daripada analisis data diterima sebagai maklumat yang menyatakan keadaan sebenar
berkaitan persepsi guru-guru yang menjadi responden.
4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu
bidang yang belum atau kurang dikaji di mana data yang dianalisis diperolehi dari soal selidik
yang diedarkan kepada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 di SK Trolak Timur. Ia bertujuan
untuk meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam
pengajaran. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat sejauh mana penggunaan ICT digunakan
sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Ia
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soal
selidik Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden. Manakala Bahagian B
hingga Bahagian C pula, responden perlu menjawab setiap persoalan kajian yang telah
ditetapkan. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru
terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi.
8
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Soal selidik ini menggunakan skala jenis 5 mata Likert supaya memudahkan responden dapat
membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan.
Dalam bahagian A, dapatan yang di analisis adalah berkisar kepada biodata
responden. Sampel yang dikira sebagai responden adalah seramai 20 orang. Majoriti
responden yang mengajar di SK Trolak Timur ini adalah terdiri daripada guru-guru
perempuan iaitu 60 % dan guru lelaki 40%. Dalam kajian ini didapati bahawa majoriti
responden adalah berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 65%. 20%
responden yang berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun. . Terdapat 2 kumpulan
bangsa yang memberikan maklum balas iaitu bangsa Melayu seramai 19 orang dengan
peratusan sebanyak 95%, manakala bangsa Cina seramai 1 (5%) Dari segi pengalaman
mengajar pula sebanyak 25% guru yang mengajar dalam lingkungan 11 hingga 20 tahun.
40% guru yang mengajar dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun manakala baki sebanyak 20%
adalah pengalaman guru yang mengajar 1 hingga 5 tahun. Maklumat responden ini telah
dijadualkan seperti jadual di bawah.
Kekerapan Peratusan
Jantina
8
12
40%
60%
Lelaki
Perempuan
Bangsa
19
0
1
95%
0 %
5%
Melayu
India
Cina
Umur
3
13
4
-
15%
65%
20%
0%
20-30 tahun
31-41 tahun
41-50 tahun
51 tahun ke atas
Pengalaman Mengajar
4
8
5
3
20%
40%
25%
15%
1-5 tahun
6-10 tahun
11-15 tahun
16 tahun ke atas
9
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Jadual 1: Maklumat Demografi
Bahagian B: Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam
pengajaran.
Bil Item Peratus
SS S TP TS STS
B1 Saya digalakkan untuk menggunakan
ICT dalam pengajaran saya.
25% 75% 0% 0% 0%
B2 Saya digalakkan menggunakan e -mel
dalam mewujudkan lebih banyak
maklumat antara saya dan pelajar-pelajar
saya .
10% 50% 40% 0% 0%
B3 Saya suka menggunakan ICT dalam
pengajaran
15% 70% 0% 15% 0%
B4 Saya tahu bahawa ICT dapat membantu
saya belajar banyak perkara baru.
55% 45% 0% 0% 0%
B5 Saya percaya bahawa ICT menjadikan
subjek lebih menarik dan
lebih sistematik .
20% 80% 0% 0% 0%
B6 Saya percaya bahawa ICT benar-benar
dapat meningkatkan amalan pengajaran
saya.
60% 40% 0% 0% 0%
B7 Saya berasa amat yakin untuk mengajar
dengan menggunakan teknologi di
dalam kelas.
0% 15% 75% 10% 0%
B8 Penggunaan ICT dalam pengajaran
memerlukan pentadbiran yang tinggi,
sokongan dan masa.
65% 35% 0% 0% 0%
B9 Penggunaan ICT dalam pengajaran akan
menarik penglibatan pelajar yang lebih
ramai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
40% 40% 20% 0% 0%
B10 Saya merasa yakin untuk mengajar
pelajar-pelajar saya di persekitaran
digital
0% 0%% 25% 50% 25%
10
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
Jadual 2
Bagi melihat sejauhmana sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di
dalam pengajaran, sebanayk 10 soalan telah diajukan kepada mereka. Bagi soalan B1 terdapat
kekerapan yang tinggi mengenai guru digalakkan untuk menggunakan ICT di dalam sesi
pengajara iaitu sebanyak 75% yang berstatus setuju. Ini menunjukkan bahawa guru percaya
dengan kepentingan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga disokong
dengan dapatan pada Soalan B3 di mana guru sebanyak 70 % menyatakan bahawa mereka
berasa suka untuk menggunakan ICT dalam sesi pengajaran. Guru juga sangat bersetuju iaitu
sebanyak 55% bahawa ICT dapat membantu mereka belajar mengenai perkara baru. Malah,
80% guru bersetuju bahawa ICT menjadikan subjek lebih menarik dan sistematik manakala
60% guru percaya dan bersetuju bahawa ICT dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka.
Selain itu, 65% guru sangat bersetuju bahawa ICT dalam pengajaran melibatkan
sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Walau bagaimanapun, sebanyak 75%
guru berasa tidak pasti untuk mengajar dengan menggunakan ICT di dalam bilik darjah.
Malah 50% berasa tidak yakin untuk mengajar pelajar di perseitaran digital.
Bahagian C : Penggunaan ICT digunakan sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran.
Bil Item Peratus
SS S TP TS STS
C1 Saya boleh membuat persembahan
visual , grafik , carta ,lukisan dan
menaip tugasan kepada pelajar dengan
menggunakan ICT.
0% 0% 10% 80% 10%
C2 Saya boleh memuat turun bahan-bahan
pengajaran mengenai subjek saya.
0% 40% 30% 30% 0%
C3 Saya boleh menggunakan program
berasaskan komputer dalam
membangunkan rancangan pengajaran.
0% 0% 15% 10% 15%
C4 Saya dapat mencari fail pada sistem
komputer dan menyimpan ke dalam
folder.
90% 10% 0% 0% 0%
C5 Saya boleh menyambung komputer dan
perkakasannya.
0% 15% 70% 15% 0%
C6 Saya boleh mengakses dan berkongsi 0% 35% 45% 20% 0%
11
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
maklumat mengenai CD / DVD / flash
C7 Saya boleh menyediakan dan
menggunakan (LCD ) atau Multimedia
Projektor untuk mengajar
0% 0% 10% 80% 10%
C8 Saya boleh membina Alat Bantu
Mengajar dengan menggunakan
komputer
0% 0% 0% 100% 0%
C9 Saya boleh mengakses maklumat
menggunakan internet dengan mudah
0% 0% 0% 100% 0%
C10 Saya boleh membina blog untuk
berkongsi maklumat dengan pelajar
0% 5%% 70% 25% 0%
Jadual 3
Bagi melihat penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran guru, sebanyak 10
soalan juga telah dikemukakan. Soalan pertama menunjukkan kekerapan yang tinggi iaitu
sebanyak 80% guru bersetuju bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan visual ,
grafik , carta ,lukisan dan menaip tugasan kepada pelajar dengan menggunakan ICT. Soalan
C2 menjurus kebolehan untuk memuat turun bahan. 40% guru mengakui bahawa mereka
boleh memuat turun bahan-bahan pengajaran mengenai subjek masing-masing. Kesemua
responden tidak bersetuju bahawa mereka berkebolehan untuk mengakses maklumat dengan
mudah melalui internet di sekolah.
Selain itu, 90% guru mengakui bahawa mereka dapat mencari fail pada sistem
komputer dan menyimpannya ke dalam folder. Walau bagaimanapun, 100% responden
mengakui bahawa mereka tidak boleh membina alat bantu mengajar dengan menggunakan
komputer. Malah 80% responden mengakui bahawa mereka tidak boleh menyediakan dan
menggunakan (LCD) atau Multimedia Projektor untuk mengajar. Namun demikian,
sebanyak 70% guru berasa tidak pasti boleh membina blog untuk berkongsi maklumat
dengan pelajar
Data menunjukkan bahawa guru-guru di SK Trolak Timur mempunyai tahap
kebiasaan yang rendah dalam menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran
mereka. Ini dikatakan hasil daripada latihan yang tidak mencukupi ketika berada di institusi
pengajian. Dalam masa yang sama guru kurang menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di
sekolah kerana kekurangan sumber. Ini selaras dengan hasil kajian Kambagha (2008) yang
mendapati bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT
12
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
dalam pengajaran tetapi mereka tidak menggunakannya di dalam pengajaran kerana
kekurangan sokongan teknikal dan latihan yang mencukupi.
Kajian oleh Almadhour (2010) ke atas integrasi ICT dalam pedagogi guru-guru
sekolah menengah yang mengajar di New Zealand, telah mengenal pasti dikenal alat-alat
seperti internet, kamera digital, video, kamera video dan pemain video seperti pedagogi alat.
Kajian mendapati bahawa alat ini telah digunakan dalam pengajaran tetapi alat yang paling
digunakan adalah Internet. Data menunjukkan bahawa guru sangat bersetuju bahawa ICT
dalam pengajaran melibatkan sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Ini
turut disokong oleh satu kajian di Singapura oleh Teo (2006), pemerhatian pelajaran ICT
mengenal pasti beberapa halangan kepada guru ICT integrasi di dalam kelas. Halangan
melibatkan kekurangan kakitangan sokongan teknikal, kekurangan masa yang mencukupi
untuk guru-guru untuk menyediakan untuk pelajaran dengan menggunakan ICT. Selain itu,
kerjasama yang tidak mencukupi di kalangan guru-guru dalam menyediakan pelajaran
berasaskan ICT serta kekurangan sokongan yang diberikan oleh pemimpin sekolah. Malah,
latihan yang tidak mencukupi juga mengakibatkan guru kurang menggunakan ICT sebagai
alat pedagogi. Kajian ini tidak menunjukkan realiti pada sikap guru terhadap penggunaan ICT
sebagai alat pedagogi.
Selain itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran
mereka. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian lepas mengenai efikasi kendiri
guru-guru pelatih, di mana Albion (2003) dalam kajiannya menyatakan tahap keyakinan
guru- guru pelatih berkaitan tahap kemahiran asas ICT mereka mempunyai peratusan yang
tinggi. Kemahiran asas ICT yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan pemprosesan
perkataan (word processor), e-mail dan alatan ICT yang lazim digunakan. Bagaimanapun,
responden kurang berkeyakinan dalam menggunakan pengkalan data, menghasilkan laman
web dan menggunakan perisian yang jarang digunakan.
Sehubungan itu, pengkaji turut mendapati guru lemah dalam kemahiran meyelenggara
komputer berbanding kemahiran teknikal yang lain. Dapatan kajian ini konsisten dengan hasil
kajian daripada Markauskite (2007), yang melaporkan item ‘kebolehan untuk menyelenggara
komputer’ mendapat nilai yang paling rendah berbanding item lain.
5.0 Kesimpulan
Dalam usaha melahirkan generasi warga Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing
diperingkat global, hasil dapatan kajian ini amat penting untuk diberi perhatian. Antara usaha
13
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur
yang boleh dilakukan ialah menambah infrastruktur dan kemudahan komputer di sekolah.
Guru juga boleh memberi penerangan tentang kemampuan dan kepentingan teknologi
komputer kepada pelajar dan masyarakat pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain
itu, penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dapat meningkatkan pengajaran di kalangan guru-
guru di SK Trolak Timur. .
BIBLIOGRAFI
Mudasiru O. Yusuf & Modupe R. Balogun. (2011). Student-Teachers’ Competence and
Attitude towards Information and Communication Technology: A Case Study in a
Nigerian University. Contemporary Educational Technology, 2011, 2(1), 18-36.
Naser Jamil Al-Zaidiyeen et.al (2010). Teachers’ Attitudes and Levels of Technology Use in
Classrooms: The Case of Jordan Schools. International Education Studies. Vol. 3,
No.2. 2010.
Ni sht a Rana. (2012). A Study To Assess Teacher Educators' Attitudes Towards Technology
Integration In Classrooms. MIER Journal of Educational Studies, Trends & Practices
November 2012, Vol. 2, No. 2 pp. 190-205.
Placidius Ndibalema.(2014). Teachers’ Attitudes towards the Use of Information
Communication Technology (ICT) as a Pedagogical Tool in Secondary Schools in
Tanzania:The Case of Kondoa District. International Journal of Education and
Research Vol. 2 No. 2.
Prof. Dr. Mohamed Elsaadani. (2012). Teaching staff' attitude toward ict: Is gender a factor?.
International Women Online Journal of Distance Education . Volume: 1
Issue: 2 Article: 03 ISSN: 2147-0367.
Shabnam Mahat Et A.L (2012). A Study Of Teachers Attitudes Towards Ict Teaching
Process. International Journal Of Information Technology And Knowledge
Management December 2012, Volume 6, No. 1, Pp. 93-97.
Steven Chia. (2012). Student & Teacher perceptions and attitudes towards ICT in assessment.
Research Journeys in Education.
14

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1Azima Rahim
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanLinda Salleh
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxKalaiselviVelu1
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i thinkCikgu Bibi
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)gpbsmkjk
 

Mais procurados (20)

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docx
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i think
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 

Destaque

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanRosni Othman
 
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014eiosmas
 
Perbezaan Individu
Perbezaan IndividuPerbezaan Individu
Perbezaan IndividuAzizi Ahmad
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
LAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrackLAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrackJoshua Track
 

Destaque (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
 
Perbezaan Individu
Perbezaan IndividuPerbezaan Individu
Perbezaan Individu
 
Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
BlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11SaladBlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11Salad
 
LAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrackLAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrack
 

Semelhante a Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptxKajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptxSIAWSINGONGKPMGuru
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 

Semelhante a Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur (20)

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptxKajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 

Mais de shamsuhaila85

Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054shamsuhaila85
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiaPola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiashamsuhaila85
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 

Mais de shamsuhaila85 (11)

Penilaian kendiri
Penilaian kendiriPenilaian kendiri
Penilaian kendiri
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiaPola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
KPT 6044
KPT 6044 KPT 6044
KPT 6044
 
KPT 6044
KPT 6044KPT 6044
KPT 6044
 

Último

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Último (14)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

  • 1. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Sikap guru terhadap penggunaan ICT di Sekolah Kebangsaan Trolak Timur Sham Suhaila Binti Mohd Saleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6. Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert.Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. . Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun kekurangan sumber dan kesukaran mengakses internet menyebabkan mereka lebih menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Selain daripada itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan guru minat, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badan-badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan komputer yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah. Kata kunci : Penggunaan ICT, sikap guru 1.0 Pengenalan Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya di dalam aspek pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan penggunaan komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang mahir dan celik komputer. ICT dikatakan mampu menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat sekaligus meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dan berkesan di dalam bilik darjah. 1
  • 2. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Menurut Ng Wai Kong (1999), peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan cara penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat yang boleh diperoleh melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat dan meransang minda pelajar di zaman siber. Hal ini telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999). Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006). 1.2 Latar Belakang Kajian Kajian ini telah dijalankan di SK Trolak Timur,Perak . Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT di sekolah tersebut. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk mengetahui penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di SK Trolak Timur. Sampel kajian terdiri daripada dua puluh orang guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut. 1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran masih belum memuaskan di kalangan guru di SK Trolak Timur. Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang timbul, kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap guru terhadap 2
  • 3. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini dilaksanakan bagi meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengetahui objektif-objektif berikut : 1. Menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran. 2. Mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur 1.5 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini persoalan kajian yang diutarakan adalah :- a. Apakah sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran? b. Sejauh manakah guru menggunakan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran? 1.6 Kerangka Konseptual 3
  • 4. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang merupakan peta kepada kajian ini. Proses menjalankan kajian merangkumi tiga peringkat utama iaitu peringkat perancangan, pelaksanaan dan keputusan. 1.6.1 Perancangan Terbahagi kepada proses pembinaan instrumen. Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Penyediaan instrumen adalah sebagai alat untuk ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis tanpa menggunakan SPSS. Instrumen yang dihasilkan perlu menilai aspek-aspek yang dapat menjawab persoalan kajian dan tidak membebankan responden. Instrumen yang telah kami pilih adalah menggunakan soal selidik. 1.6.2 Pelaksanaan Pelaksanaan melihat bagaimana sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentadbiran instrumen. Melalui proses pelaksanaan, pengkaji akan menilai tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur. Adakah guru di SK Trolak Timur menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di sekolah? 4
  • 5. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Melalui proses pelaksanaan ini juga, pengkaji menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.6.3 Penilaian. Item yang menjadi tumpuan dalam proses penilaian adalah keberkesanan ICT sebagai salah satu alat pedagogi di sekolah. Pengkaji menilai sejauhmana kajian ini memberi impak kepada sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di sekolah. 2.0 Kajian Literatur Dalam era moden, ICT memainkan peranan yang penting terhadap kehidupan masyarakat pada masa kini. Kejayaan masyarakat amat berkait rapat dengan integrasi ICT dalam setiap aspek kehidupan. Selain itu, ICT dapat meningkatkan daya saing di kalangan organisasi; mereka menyediakan alat dan kaedah untuk mendapatkan akses kepada peluang-peluang baru dan perkhidmatan maklumat khusus seperti pendidikan jarak jauh, latihan yang berterusan dan perundingan. Organisasi yang dapat mengeksploitasi potensi yang ditawarkan oleh ICT boleh mengendalikan proses inovatif dengan lebih berkesan ( Fulantelli & Allegra , 2003). Kemajuan teknologi bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang. Namun demikian, tidak semua orang akan mendapat manfaat daripada kemajuan itu. ICT telah menjadi satu bahagian yang penting dalam kebanyakan organisasi dan perniagaan terutamanya di Malaysia. Penggunaan ICT dapat mengekalkan daya saing kepada seseorang individu terutamanya di kalangan guru di sekolah. Ramai pengkaji telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT di mana ICT akan menyebabkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih kreatif (Venkatesh, Morris, Davis, & Davis (2003). Institusi pendidikan amat memerlukan penggunaan komputer di sekolah dan semua guru-guru akan dapat menggunakan teknologi untuk meningkatkan kaedah kerja dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Data Utama Maklumat dan Komunikasi Teknologi di Sekolah di Eropah, 2004). Selain itu, ICT adalah alat untuk seseorang individu melakukan perubahan dan melaksanakan inovasi dalam meningkatkan kemajuan dari aspek pendidikan dan hal ini telah disahkan (Williams, 2003). Selain itu, ICT dilihat sebagai alat yang penting dalam pendidikan kerana ia dapat menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menyeronokkan serta dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Salah satu daripada isu-isu yang paling kritikal dalam membangunkan dan memaksimumkan penggunaan ICT dalam 5
  • 6. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur pengajaran dan pembelajaran adalah tahap keyakinan dan penerimaan kakitangan akademik atau guru dalam menggunakan ICT. Menurut Milbrath dan Kinzie (2000), guru perlu mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer atau ICT untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di SK Trolak Timur serta mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya setiap kajian memerlukan suatu kaedah yang sesuai bagi menghasilkan dapatan yang tersusun dan jitu. Oleh itu, kajian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk kajian, intrumen kajian, sampel kajian dan cara menganalisis data. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan penyelidikan deskriptif untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran. Menurut Gray (1992) kajian deskriptif ini melibatkan pengumpulan data dengan tujuan untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan-soalan berkaitan subjek atau peristiwa yang dikaji. Kajian deskriptif yang biasa dijalankan melibatkan pengukuran sikap, pendapat, persepsi individu terhadap individu, organisasi, peristiwa atau prosedur. Data-data deskriptif seringkali dikumpulkan menerusi kaedah soal selidik, kaedah tinjauan, temu bual atau pemerhatian. Kaedah kajian deskriptif yang dijalankan ialah kaedah tinjauan. Leedy (1993) menjelaskan bahawa kaedah tinjauan adalah satu cara untuk mengumpul maklumat yang menerangkan sifat pelbagai set data termasuklah data yang merangkumi pendapat dan sikap. Maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk menyatakan keadaan sebenar tentang sesuatu perkara berkaitan komuniti dalam konteks yang tersendiri. Maklumat tersebut juga boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan pada awal kajian ini. Beliau mengakui bahawa kajian tinjauan deskriptif bertujuan untuk menerangkan sesuatu keadaan atau bidang kajian dengan tepat, berpandukan fakta sebenar dan dilakukan secara sistematik. Gazalba (1981) pula menerangkan bahawa penyelidikan melalui kaedah tinjauan adalah bersifat umum. Kaedah ini hanya membolehkan pengkaji memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil. Data yang dikumpul pula bersifat kuantitatif dan boleh 6
  • 7. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur dianalisis secara logik. Kaedah kajian tinjauan yang meggunakan borang soal selidik diharapkan dapat mengumpulkan data dengan lebih cepat dan memperoleh gambaran dengan lebih jelas terhadap persoalan yang dikaji. Menurut Bailey (1992), penggunaan soal selidik sebagai instrument kajian adalah bersifat logik, sainstifik dan khusus. Ukuran secara kuantitatif mudah diperolehi dan membantu pengkaji untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran. 3.3 Sampel Kajian Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6. Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Maka pemilihan sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah sampelan tidak rawak bertujuan. Menurut Mohd. Najib (1997), sampel tidak rawak bertujuan iaitu penyelidik dengan sengaja memilih sampel yang bertujuan mendapat jumlah sampel yang mewakili populasi. 3.4 Lokasi Kajian Tempat yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah SK Trolak Timur. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan antara sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. 3.5 Instrumen Kajian Bagi mengumpul data, instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji menggunakan soalan berbentuk soalan tertutup. Menurut Babbie (1973), soalan tertutup memberi keseragaman dalam jawapan dan senang diproses. Bailey (1992) pula meyatakan bahawa kelebihan soalan berpilihan tetap ialah jawapannya lebih mudah untuk dikodkan dan dianalisis terus daripada borang soal selidik, menjimatkan masa dan wang. Jawapan skala Likert yang mengandungi lima skala pilihan dalam soalan tertutup dalam soal selidik untuk menentukan persepsi guru-guru sama ada positif atau negatif. Menurut Ary, Jacobs dan Razarieh (1985), penggunaan satu set senarai pernyataan berbentuk negatif atau positif boleh digunakan bagi mengkaji sikap individu terhadap institusi, isu atau aktiviti. Satu set gerak balas terhadap sikap tersebut diberi dalam skala ordinal. Melalui skala ini, responden akan menunjukkan sama ada mereka sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang mengukur sikap. Skor individu ditentukan dengan menjumlahkan skor-skor yang diperoleh oleh responden daripada gerak 7
  • 8. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur balasnya terhadap setiap pernyataan. Skor yang teguh dengan skor skala sikap, diandaikan dapat memberi petunjuk terbaik bagi sesuatu sikap yang diukur. Bagi menentukan persepsi guru-guru samada positif atau negatif, ukuran skor terendah 1 dan 2 menunjukkan persepsi negatif, manakala 4 dan 5 menunjukkan persepsi positif. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 3 bahagian seperti berikut:- Bahagian A : Maklumat demografi guru Bahagian B : Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi Bahagian C : Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi Item-item yang digunakan dalam soal selidik ini diperoleh daripada bahan-bahan bacaan yang berkaitan dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. 3.6 Kaedah Penganalisisan Data Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan statistik deskriptif. Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Oleh kerana kajian ini bukan bertujuan mengkaji sesuatu hipotesis, hasil daripada analisis data diterima sebagai maklumat yang menyatakan keadaan sebenar berkaitan persepsi guru-guru yang menjadi responden. 4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji di mana data yang dianalisis diperolehi dari soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 di SK Trolak Timur. Ia bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat sejauh mana penggunaan ICT digunakan sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soal selidik Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden. Manakala Bahagian B hingga Bahagian C pula, responden perlu menjawab setiap persoalan kajian yang telah ditetapkan. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. 8
  • 9. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Soal selidik ini menggunakan skala jenis 5 mata Likert supaya memudahkan responden dapat membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Dalam bahagian A, dapatan yang di analisis adalah berkisar kepada biodata responden. Sampel yang dikira sebagai responden adalah seramai 20 orang. Majoriti responden yang mengajar di SK Trolak Timur ini adalah terdiri daripada guru-guru perempuan iaitu 60 % dan guru lelaki 40%. Dalam kajian ini didapati bahawa majoriti responden adalah berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 65%. 20% responden yang berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun. . Terdapat 2 kumpulan bangsa yang memberikan maklum balas iaitu bangsa Melayu seramai 19 orang dengan peratusan sebanyak 95%, manakala bangsa Cina seramai 1 (5%) Dari segi pengalaman mengajar pula sebanyak 25% guru yang mengajar dalam lingkungan 11 hingga 20 tahun. 40% guru yang mengajar dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun manakala baki sebanyak 20% adalah pengalaman guru yang mengajar 1 hingga 5 tahun. Maklumat responden ini telah dijadualkan seperti jadual di bawah. Kekerapan Peratusan Jantina 8 12 40% 60% Lelaki Perempuan Bangsa 19 0 1 95% 0 % 5% Melayu India Cina Umur 3 13 4 - 15% 65% 20% 0% 20-30 tahun 31-41 tahun 41-50 tahun 51 tahun ke atas Pengalaman Mengajar 4 8 5 3 20% 40% 25% 15% 1-5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun 16 tahun ke atas 9
  • 10. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Jadual 1: Maklumat Demografi Bahagian B: Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran. Bil Item Peratus SS S TP TS STS B1 Saya digalakkan untuk menggunakan ICT dalam pengajaran saya. 25% 75% 0% 0% 0% B2 Saya digalakkan menggunakan e -mel dalam mewujudkan lebih banyak maklumat antara saya dan pelajar-pelajar saya . 10% 50% 40% 0% 0% B3 Saya suka menggunakan ICT dalam pengajaran 15% 70% 0% 15% 0% B4 Saya tahu bahawa ICT dapat membantu saya belajar banyak perkara baru. 55% 45% 0% 0% 0% B5 Saya percaya bahawa ICT menjadikan subjek lebih menarik dan lebih sistematik . 20% 80% 0% 0% 0% B6 Saya percaya bahawa ICT benar-benar dapat meningkatkan amalan pengajaran saya. 60% 40% 0% 0% 0% B7 Saya berasa amat yakin untuk mengajar dengan menggunakan teknologi di dalam kelas. 0% 15% 75% 10% 0% B8 Penggunaan ICT dalam pengajaran memerlukan pentadbiran yang tinggi, sokongan dan masa. 65% 35% 0% 0% 0% B9 Penggunaan ICT dalam pengajaran akan menarik penglibatan pelajar yang lebih ramai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 40% 40% 20% 0% 0% B10 Saya merasa yakin untuk mengajar pelajar-pelajar saya di persekitaran digital 0% 0%% 25% 50% 25% 10
  • 11. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Jadual 2 Bagi melihat sejauhmana sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran, sebanayk 10 soalan telah diajukan kepada mereka. Bagi soalan B1 terdapat kekerapan yang tinggi mengenai guru digalakkan untuk menggunakan ICT di dalam sesi pengajara iaitu sebanyak 75% yang berstatus setuju. Ini menunjukkan bahawa guru percaya dengan kepentingan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga disokong dengan dapatan pada Soalan B3 di mana guru sebanyak 70 % menyatakan bahawa mereka berasa suka untuk menggunakan ICT dalam sesi pengajaran. Guru juga sangat bersetuju iaitu sebanyak 55% bahawa ICT dapat membantu mereka belajar mengenai perkara baru. Malah, 80% guru bersetuju bahawa ICT menjadikan subjek lebih menarik dan sistematik manakala 60% guru percaya dan bersetuju bahawa ICT dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Selain itu, 65% guru sangat bersetuju bahawa ICT dalam pengajaran melibatkan sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Walau bagaimanapun, sebanyak 75% guru berasa tidak pasti untuk mengajar dengan menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Malah 50% berasa tidak yakin untuk mengajar pelajar di perseitaran digital. Bahagian C : Penggunaan ICT digunakan sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran. Bil Item Peratus SS S TP TS STS C1 Saya boleh membuat persembahan visual , grafik , carta ,lukisan dan menaip tugasan kepada pelajar dengan menggunakan ICT. 0% 0% 10% 80% 10% C2 Saya boleh memuat turun bahan-bahan pengajaran mengenai subjek saya. 0% 40% 30% 30% 0% C3 Saya boleh menggunakan program berasaskan komputer dalam membangunkan rancangan pengajaran. 0% 0% 15% 10% 15% C4 Saya dapat mencari fail pada sistem komputer dan menyimpan ke dalam folder. 90% 10% 0% 0% 0% C5 Saya boleh menyambung komputer dan perkakasannya. 0% 15% 70% 15% 0% C6 Saya boleh mengakses dan berkongsi 0% 35% 45% 20% 0% 11
  • 12. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur maklumat mengenai CD / DVD / flash C7 Saya boleh menyediakan dan menggunakan (LCD ) atau Multimedia Projektor untuk mengajar 0% 0% 10% 80% 10% C8 Saya boleh membina Alat Bantu Mengajar dengan menggunakan komputer 0% 0% 0% 100% 0% C9 Saya boleh mengakses maklumat menggunakan internet dengan mudah 0% 0% 0% 100% 0% C10 Saya boleh membina blog untuk berkongsi maklumat dengan pelajar 0% 5%% 70% 25% 0% Jadual 3 Bagi melihat penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran guru, sebanyak 10 soalan juga telah dikemukakan. Soalan pertama menunjukkan kekerapan yang tinggi iaitu sebanyak 80% guru bersetuju bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan visual , grafik , carta ,lukisan dan menaip tugasan kepada pelajar dengan menggunakan ICT. Soalan C2 menjurus kebolehan untuk memuat turun bahan. 40% guru mengakui bahawa mereka boleh memuat turun bahan-bahan pengajaran mengenai subjek masing-masing. Kesemua responden tidak bersetuju bahawa mereka berkebolehan untuk mengakses maklumat dengan mudah melalui internet di sekolah. Selain itu, 90% guru mengakui bahawa mereka dapat mencari fail pada sistem komputer dan menyimpannya ke dalam folder. Walau bagaimanapun, 100% responden mengakui bahawa mereka tidak boleh membina alat bantu mengajar dengan menggunakan komputer. Malah 80% responden mengakui bahawa mereka tidak boleh menyediakan dan menggunakan (LCD) atau Multimedia Projektor untuk mengajar. Namun demikian, sebanyak 70% guru berasa tidak pasti boleh membina blog untuk berkongsi maklumat dengan pelajar Data menunjukkan bahawa guru-guru di SK Trolak Timur mempunyai tahap kebiasaan yang rendah dalam menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran mereka. Ini dikatakan hasil daripada latihan yang tidak mencukupi ketika berada di institusi pengajian. Dalam masa yang sama guru kurang menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di sekolah kerana kekurangan sumber. Ini selaras dengan hasil kajian Kambagha (2008) yang mendapati bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT 12
  • 13. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur dalam pengajaran tetapi mereka tidak menggunakannya di dalam pengajaran kerana kekurangan sokongan teknikal dan latihan yang mencukupi. Kajian oleh Almadhour (2010) ke atas integrasi ICT dalam pedagogi guru-guru sekolah menengah yang mengajar di New Zealand, telah mengenal pasti dikenal alat-alat seperti internet, kamera digital, video, kamera video dan pemain video seperti pedagogi alat. Kajian mendapati bahawa alat ini telah digunakan dalam pengajaran tetapi alat yang paling digunakan adalah Internet. Data menunjukkan bahawa guru sangat bersetuju bahawa ICT dalam pengajaran melibatkan sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Ini turut disokong oleh satu kajian di Singapura oleh Teo (2006), pemerhatian pelajaran ICT mengenal pasti beberapa halangan kepada guru ICT integrasi di dalam kelas. Halangan melibatkan kekurangan kakitangan sokongan teknikal, kekurangan masa yang mencukupi untuk guru-guru untuk menyediakan untuk pelajaran dengan menggunakan ICT. Selain itu, kerjasama yang tidak mencukupi di kalangan guru-guru dalam menyediakan pelajaran berasaskan ICT serta kekurangan sokongan yang diberikan oleh pemimpin sekolah. Malah, latihan yang tidak mencukupi juga mengakibatkan guru kurang menggunakan ICT sebagai alat pedagogi. Kajian ini tidak menunjukkan realiti pada sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. Selain itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian lepas mengenai efikasi kendiri guru-guru pelatih, di mana Albion (2003) dalam kajiannya menyatakan tahap keyakinan guru- guru pelatih berkaitan tahap kemahiran asas ICT mereka mempunyai peratusan yang tinggi. Kemahiran asas ICT yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan pemprosesan perkataan (word processor), e-mail dan alatan ICT yang lazim digunakan. Bagaimanapun, responden kurang berkeyakinan dalam menggunakan pengkalan data, menghasilkan laman web dan menggunakan perisian yang jarang digunakan. Sehubungan itu, pengkaji turut mendapati guru lemah dalam kemahiran meyelenggara komputer berbanding kemahiran teknikal yang lain. Dapatan kajian ini konsisten dengan hasil kajian daripada Markauskite (2007), yang melaporkan item ‘kebolehan untuk menyelenggara komputer’ mendapat nilai yang paling rendah berbanding item lain. 5.0 Kesimpulan Dalam usaha melahirkan generasi warga Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing diperingkat global, hasil dapatan kajian ini amat penting untuk diberi perhatian. Antara usaha 13
  • 14. Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur yang boleh dilakukan ialah menambah infrastruktur dan kemudahan komputer di sekolah. Guru juga boleh memberi penerangan tentang kemampuan dan kepentingan teknologi komputer kepada pelajar dan masyarakat pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain itu, penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dapat meningkatkan pengajaran di kalangan guru- guru di SK Trolak Timur. . BIBLIOGRAFI Mudasiru O. Yusuf & Modupe R. Balogun. (2011). Student-Teachers’ Competence and Attitude towards Information and Communication Technology: A Case Study in a Nigerian University. Contemporary Educational Technology, 2011, 2(1), 18-36. Naser Jamil Al-Zaidiyeen et.al (2010). Teachers’ Attitudes and Levels of Technology Use in Classrooms: The Case of Jordan Schools. International Education Studies. Vol. 3, No.2. 2010. Ni sht a Rana. (2012). A Study To Assess Teacher Educators' Attitudes Towards Technology Integration In Classrooms. MIER Journal of Educational Studies, Trends & Practices November 2012, Vol. 2, No. 2 pp. 190-205. Placidius Ndibalema.(2014). Teachers’ Attitudes towards the Use of Information Communication Technology (ICT) as a Pedagogical Tool in Secondary Schools in Tanzania:The Case of Kondoa District. International Journal of Education and Research Vol. 2 No. 2. Prof. Dr. Mohamed Elsaadani. (2012). Teaching staff' attitude toward ict: Is gender a factor?. International Women Online Journal of Distance Education . Volume: 1 Issue: 2 Article: 03 ISSN: 2147-0367. Shabnam Mahat Et A.L (2012). A Study Of Teachers Attitudes Towards Ict Teaching Process. International Journal Of Information Technology And Knowledge Management December 2012, Volume 6, No. 1, Pp. 93-97. Steven Chia. (2012). Student & Teacher perceptions and attitudes towards ICT in assessment. Research Journeys in Education. 14