2. Pertama sekali, kami
ingin mengucapkan
terima kasih kepada
cikgu untuk
memberikan peluang
ini dan mengucapkan
terima kasih kepada
ibu, bapa,abang dan
orang membantu
kami untuk
melakukan buku
skrap ini.
3.
4.
5.
6.
7.
8. Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah
memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak
dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem
ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu
ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem
Unit Antarabangsa(SI), yang merupakan bentuk sistem
metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di
seluruh dunia.
Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang
terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini
semakin digunakan di sana.
Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal
oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan
gambaran. Bureau international des poidset mesures (BIPM)
telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran
di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada
(SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang
dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang
boleh diterima.
9. Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit
merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti
fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya
berguna. Kebolehulangan ujian merupakan pokok kaedah
saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat
memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik
merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang
dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama
dahulu.Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya
menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih
kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan
sehari-hari, dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan
lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh
membantu para penyelidik dalam penyelesaian
masalah (sila lihat, umpamanya analisis dimensi).
10. Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit
asas yang berbeza. Sistem unit yang paling luas
digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI.
Terdapat tujuh unit asas SI. Semua unit SI lain boleh
diterbitkan dari unit asas tersebut.Bagi kebanyakn
kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan
sesuatu nilai kuantiti fizik. Sebagai contoh, memberi
seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan
sesuatu unit amatlah mustahil kerana kepanjangan tidak
boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang
rujukan bagi nilai tersebut.Tidak semua kuantiti
memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan
menggunakan hukum fizik, unit kuantiti boleh
dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain.
Maka, hanya satu set kecil unit diperlukan. Unit-unit ini
dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit
terbitan. Unit terbitan adalah untuk kemudahan,
memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam
unit asas. Unit yang mana menggunakan unit asas
adalah satu pilihan.Unit asas SI bukanlah set unit
terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set
yang medan elektrik dan magnet berkongsi. Ini
bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan
bahawa medan electrik and magnet adalah manifestasi
yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam
beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan
berbanding sistem SI.
11.
12. Penggunaan unit piawai (standard
units) dalam pengukuran boleh
memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan
seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit
piawai tidak digunakan. Sebagai
contoh, harga sesuatu barang itu
ditentukan berdasarkan berat
atau isipadu barangan tersebut.
Jika unit berat atau isipadu yang
berbeza digunakan, ia akan
menyebabkan kerumitan dalam
meletakkan harga barang
tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi
jisim adalah kuantiti jirim dalam
silinder aloi platinum-Iridium.
13. Oleh itu, apabila kita mengatakan
sesuatu objek itu mempunyai jisim 5
kg, sebenarnya ia merujuk kepada
jumlah jirim objek tersebut dalam
bentuk silinder piawai (standard
cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa
(International System, SI)
diperkenalkan, sistem unit piawai yang
digunakan adalah 'foot-pound-second
(FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki),
pound (paun) dan second (saat)
digunakan sebagai unit piawai untuk
mengukur panjang, jisim dan masa.
Panjang Inci, kaki, ela, rantai,
batu meter, kilometer
Luas Inci persegi, kaki
persegi, ela persegi,
ekar
Isipadu Inci padu, kaki padu,
ela padu, gelen
Jisim / berat Paun, auns, kati, tahil,
gram, kilogram, tan,
pikul
Pengukuran Unit
Pelbagai unit pengukuran yang
digunakan diseluruh dunia;
14. Unit panjang, jisim, isipadu dan
luas dalam Sistem Imperial
British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi
15. 1 inci =
25.4mm
1 kaki3 =
0.028 m3
1 kaki = 0.305
m
1 gelen = 4.5
liter
1 batu = 1.6
km
1 paun = 0.45
kg
1 kaki = 0.093
m
1 tan = 1016
kg
1 ekar =
4046.9 m2
1 kati = 0.6 kg
1 m = 3.3 kaki 1 m3 = 35.3
kaki3
1 km = 0.6
batu
1 liter = 0.22
gelen
1 m2 = 10.8
kaki2
1 g = 0.035
auns
1 hektar = 2.5
ekar
1 g = 0.026
tahil
1 ml =
0.00006 inci3
1 kg = 1.65
kati
Sistem Imperial British
kepada Sistem Metrik
Sistem Metrik kepada
Sistem Imperial British
Pertukaran faktor unit dalam
sistem unit piawai
16. Unit panjang, jisim, isipadu dan
luas dalam Sistem Imperial
British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi
17. Unit piawai pengukuran
digunakan untuk tujuan yang
berikut:
untuk membolehkan
pengukuran yang diambil oleh
ahli sains yang berbeza supaya
lebih selaras.
untuk membolehkan
pertukaran maklumat menjadi
lebih mudah dan kurang
mengelirukan.
untuk memperbaiki
koordinasi antara ahli sains
dari tempat yang berbeza.
untuk membolehkan analisis
dan perbandingan data yang
berbeza menjadi lebih mudah
kerana unit yang sama
digunakan.
untuk mengelakkan masalah
yang berkaitan dengan
penggunaan unit yang berbeza,
seperti penukaran unit.