O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI 
KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MA...
KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH 
SEJARAH STPM 940/4 
2 
TAHUN 2012/13 
NAMA : SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 
JURUSAN : ...
sumbangan kampung ini kepada negara. Lokasi kajian ialah di Kampung Lukut Kota Tinggi 
yang berada kira-kira 12 km dari Pu...
4 
9.PENUTUP 
Kajian ini diharapakan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada masyarakat dan juga 
generasi akan datang...
SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 
5 
1.0 PENGENALAN 
Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, Kampu...
Lawang yang merupakan orang penting dalam kampung ini kerana menjawat jawatan 
utama iaitu Ketua Kampung. Beliau telah men...
Terdapat 3 edisi dan spekulasi yang menyebabkan mereka ingin berpindah. 
Spekulasi pertama, Raja Lajim telah kematian anak...
Makam dan lantas mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah. Pada suatu 
ketika, mereka telah menjumpai satu kawasa...
Perak dan Negeri Sembilan. Mereka mula mengetahui mengenai Kampung Lukut ini 
setelah menjejakan kaki ke Negeri Sembilan. ...
Hakikatnya, cita-cita tersebut hanya menjadi kenangan apabila pemuda tersebut 
meninggal dunia. Pada masa itu, kehidupan p...
Jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung ini jelas berbeza dari awal 
pembukaanya sehingga sekarang. Pada awal pembukaan k...
Kini rumah penduduk di Kampung Lukut majoritinya diperbuat daripada batu jelas berbeza ketika 
zaman 80an. 
12 
3.2 EKONOM...
Dusun buah-buahan di Kampung Lukut ditanam bagi menggantikan sawah yang tidak diusahakan lagi 
oleh penduduk kampung. 
Pro...
Tanaman cendawan ini merupakan hasil yang diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Lukut. 
Selain itu, terdapat juga perub...
Pengusaha-pengusaha IKS di Kampung Lukut, Kota Tinggi. 
Kilang juga turut dibangunkan berhampiran Kampung Lukut bagi menja...
16 
. 
Perniagaan turut dijalankan di Kampung Lukut berbanding suatu ketika dahulu yang hanya aktif dalam 
kegiatan pertan...
Kemudahan prasarana seperti masjid turut disediakan di Kampung Lukut sejak sekian lama. 
Dari segi kemudahan reakreasi ser...
Kemudahan Padang di Kampung Lukut telah memudahkan penduduk untuk mengadakan aktiviti. 
Gelanggang futsal turut disediakan...
pembangunan. Buktinya, kampung ini dipilih oleh kerajaan untuk melancarkan 
Program Homestay/Anak Angkat Pelajar-pelajar d...
Penghulu Kampung Lukut iaitu Haji Daim bin Lajis yang memegang jawatan ini pada tahun 1930. 
Ketua Kampung Lukut Haji Mohd...
Jawatan Ketua Adat tidak diisi oleh sesiapa sejak tahun 1998 selepas Ketua 
Adat terakhir meninggal dunia. Difahamkan, kin...
Kampung ini sememangnya kaya dengan pelbagai tradisi kerana didiami oleh 
pelbagai suku kaum sejak sekian lama. Antara tra...
Kerbau liar yang telah ditangkap oleh penduduk Kampung Lukut untuk disembelih. 
Seterusnya, Kerbau yang berjaya ditangkap ...
Dari segi sumbangan, Kampung Lukut telah banyak memberi sumbangan 
kepada negara dari segi pendidikan, ekonomi dan politik...
Pendidikan Agama di Daerah Pontian dan Kota Tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat 
juga 4 orang Guru Besar yang merupakan ana...
Lawatan daripada pelajar-pelajar Singapura pada 31.10.2010. 
Jeram Sungai Sendayan merupakan salah satu destinasi pelancon...
Kampung Lukut. Hal ini telah menyumbang beberapa impak positif dalam 
27 
perkembangan ekonomi Negara.23 
5.3 POLITIK 
Dar...
Kampung Lukut ini, ternyata konsep gotong-royong, permuafakatan dan kerjasama 
merupakan teras kepada kejayaan sesebuah ma...
29 
NOTA AKHIR 
1 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013 . 
2 Haji Ramli Jamiran, Me...
30 
BIBLIOGRAFI 
Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka, 1997. 
Ibrahi...
31 
LAMPIRAN 
Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Lukut. 
Balai Budaya kampung Lukut yang digunakan untuk pelbagai aktivi...
Rumah penduduk yang didaftarkan oleh kerajaan sebagai Homestay. 
Bilik tidur yang disediakan di Homestay tersebut. 
32
Pelajar-pelajar dari Singapura yang melawat atas tiket pelancong. 
Rumah Tanaman Cendawan di Kampung Lukut. 
33
Produk IKS yang diusahakan di Kampung Lukut. 
Kuih Siput yang dihasilkan oleh penduduk kampung Lukut. 
34
Kampung Lukut yang dikelilingi Gunung Panti. 
Jeram Sungai Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung dari luar mahupun pend...
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2 
BORANG TEMUBUAL KERJA KHUSUS SEJARAH 
KAJIAN : SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG LUKUT...
37
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

PBS Sejarah STPM

28.861 visualizações

Publicada em

RUJUKAN PBS STPM 2012/13
ESEI ILMIAH BERDASARKAN SUMBER BUKU YANG SAH
COPY PASTE ADALAH DILARANG SAMA SEKALI

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

PBS Sejarah STPM

  1. 1. PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 2012/2013 (SEJARAH STPM 940/4) SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.
  2. 2. KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH SEJARAH STPM 940/4 2 TAHUN 2012/13 NAMA : SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM JURUSAN : BAHASA MELAYU 1.TAJUK Sejarah Asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 2.PENGENALAN Kajian ini berkait rapat dengan sejarah asal-usul pembentukan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menghuraikan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi di samping menjelaskan perubahan dan pembangunan, adat dan tradisi serta sumbangan kampung ini kepada Negara. 3.OBJEKTIF Kajian ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu,kajian ini juga bertujuan menghuraikan perubahan yang dibuat serta pembangunan yang telah dilaksanakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. Seterusnya, mengkaji sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara. 4.PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah awal Kampung Lukut semasa pembentukannya.Selain itu,untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang telah dilakukan dan mengenal pasti adat resam dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk sekitar serta sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 5.SKOP KAJIAN Fokus kajian adalah mengenai sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, perubahan yang telah dilaksanakan, adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung serta
  3. 3. sumbangan kampung ini kepada negara. Lokasi kajian ialah di Kampung Lukut Kota Tinggi yang berada kira-kira 12 km dari Pusat Bandar Kota Tinggi. 3 6.SOROTAN KAJIAN LEPAS Kajian ini pernah dilaksanakan oleh para pengkaji terdahulu. i. Azura Baharudin Bachelor of landscape architecture thesis : proposed Pintar Farm Resort, Universiti Teknologi Malaysia, 2007. 7.KAEDAH KAJIAN Antara kaedah yang digunakan adalah melalui temu bual yang dibuat bersama Ketua Kampung.Selain itu,pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan juga melalui rujukan. 8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Kajian ini terbahagi kepada berberapa tajuk dan subtajuk : a. Pengenalan b. Sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 2.1 Asal-usul nama Kampung Lukut. c. Perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 3.1 Jumlah rumah dan penduduk. 3.2 Ekonomi. 3.3 Pembangunan dan kemudahan infrastruktur. 3.4 Ketua Kampung. d. Adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. 4.1 Adat istiadat di Kampung Lukut. 4.2 Tradisi Turun Temurun. e. Sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 5.1 Pendidikan. 5.2 Ekonomi. 5.3 Politik. f. Kesimpulan
  4. 4. 4 9.PENUTUP Kajian ini diharapakan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada masyarakat dan juga generasi akan datang khasnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor tentang asal-usul kampung bersejarah tersebut. 10.BIBLIOGRAFI Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY Communications, 2003. Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 2001. Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur, 2009. Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 2013). Lawang, Haji Mohd Nor, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung Lukut (26 2, 2013), umur 65, no. telefon 0127105680, alamat, 2025-A, Kampung Lukut, Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, Ketua Kampung Lukut. Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari pada 26 2, 2013). Zubri, Mohd Faiz. "Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
  5. 5. SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 5 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, Kampung boleh didifinisikan sebagai kawasan perumahan di luar Bandar atau desa. Pengkaji telah memilih Kampung Lukut Kota Tinggi sebagai lokasi kajian yang bertujuan untuk menghuraikan pelbagai aspek yang tersurat mahupun tersirat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu, Kajian ini dijalankan bertujuan menjelaskan perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan adat istiadat yang diamalkan penduduk-penduduk Kampung Lukut. Dalam konteks ini, matlamat seterusnya yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah mengenal pasti sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara. Jarak Kampung Lukut dari Pusat Bandar Kota Tinggi dianggarkan seajauh 12 km. Jumlah penduduknya boleh dianggarkan sekitar 1,800 orang dan anak jati kampung ini yang tidak menetap di kampung ini dianggarkan mencecah 5,000 orang. Keluasan kampung ini pula dikatakan mencecah 4650 hektar. Kawasan perkampungan ini juga berkembang secara berperingkat dari saban tahun mengikut peredaran zaman. Banyak perubahan yang dilaksanakan yang menjurus kepada permodenan. Selain itu, di kampung ini juga terdapat peninggalan makam-makam lama yang merupakan makam peneroka kampung ini sendiri. Oleh itu, peninggalan-peninggalan monumen sejarah di kampung ini menyebabkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kampung ini dari pelbagai aspek. Antaranya, mengetahui asal-usul kampung, adat istiadat, perubahan dan pembangunan serta sumbangan kepada Negara. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor bin
  6. 6. Lawang yang merupakan orang penting dalam kampung ini kerana menjawat jawatan utama iaitu Ketua Kampung. Beliau telah menjawat jawatan ini sejak tahun 2007. 2.0 SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh pembukaan Kampung Lukut ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jika merujuk keterangan ketua kampung, Haji Mohd Nor Bin Lawang, Kampung ini dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan orang Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Bemban dan Kampung Jimah Lama. Kampung Bemban, Negeri Sembilan.1 Namun, menurut sumber lain, terdapat sekeping gambar masjid lama bertarikh 1916 dan berdasarkan gambar tersebut, dipercayai Kampung Lukut dibuka pada tahun tersebut. Seterusnya, mengenai peneroka awal pula dipercayai bahawa Raja Lajim bin Zaid dan pengikutnya merupakan orang pertama yang meneroka Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Raja Lajim dikatakan turut bersepakat dengan birasnya iaitu 6 Pawang Limbo.2 Dua beranak peneroka terawal iaitu Haji Daim di sebelah kiri yang merupakan anak Peneroka pertama iaitu Raja lajim dan di sebelah kanan pula ialah Haji Lajis bin Daim.
  7. 7. Terdapat 3 edisi dan spekulasi yang menyebabkan mereka ingin berpindah. Spekulasi pertama, Raja Lajim telah kematian anaknya yang masih kecil yang bernama Kasim ketika beliau menetap di kampung Jimah lama kerana terjatuh ke dalam perigi semasa beliau meraut rotan. Oleh hal yang demikian, Raja Lajim membuat laporan di balai Polis Seremban dan seterusnya didakwa oleh pihak British. Raja Lajim didakwa kerana kecuaiannya dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh pihak British. Walaupun Raja Lajim dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan, beliau tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa dirinya itu dan kesedihannya tidak dapat dihapuskan begitu sahaja lantas membuat keputusan untuk berpindah dari 7 kampung tersebut.3 Spekulasi seterusnya, Raja Lajim merupakan anak kepada Raja Zaid bin Tengku Kaman yang dikatakan adik-beradik dengan Tengku Totok (Yam-tuan Hitam) iaitu Yamtuan Seri Menanti yang II. Raja Zaid dikatakan rapat dengan Datok Kelana sungai Ujung. Terdapat beberapa perselisihan faham telah berlaku dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk tinggal di Negeri Sembilan demi mengelakkan perselisihan yang lebih mendalam.4 Menurut Tuan Haji Mohd Nor , penghijrahan mereka turut berpunca daripada masalah ekonomi. Kampung Bemban dan Kampung Jimah hanya mempunyai kawasan sawah yang kecil dan tidak mampu menampung hidup mereka. Hal ini telah menyebabkan mereka ingin mencari tempat baru yang lebih luas untuk menampung anak cucu. Tuan Haji Mohd Nor menjelaskan, mereka menuju ke Kota Tinggi melalui Singapura. Setelah tiba di Kota Tinggi, mereka dikatakan menumpang di Kampung
  8. 8. Makam dan lantas mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah. Pada suatu ketika, mereka telah menjumpai satu kawasan di Batu 7 Jalan Mersing. Mereka cuba membuat sawah di sana tetapi tempat ini dikatakan tidak sesuai kerana airnya tidak kering-kering dan sering dilanda banjir. Setelah itu, mereka balik semula ke Kota Tinggi mencari tempat yang lebih sesuai.5 Selepas penat berhempas-pulas, akhirnya mereka menemui kawasan yang dicari-cari. Kawasan yang mereka temui ini sememangnya sesuai untuk dijadikan kawasan sawah kerana berkelembapan sederhana dan sumber air yang mencukupi di samping dikelilingi banjaran Gunung Panti dan Gunung Gaung yang mempunyai jeram. Menurut kepercayaan mereka, dengan mencungkil tanah dan mengambil sekepal tanah lalu dicium mampu diramalkan bahawa bahawa sawah itu boleh bertahan selama hampir 100 tahun. Selepas hampir 80 tahun, sawah tidak lagi diusahakan di Kampung Lukut. Difahamkan di situ juga terdapat pokok kayu ‘Serdang’ dan ‘Bidara’. Menurut kepercayaan mereka, kawasan yang mempunyai kedua pokok ini amat sesuai dijadikan kawasan sawah.6 Setelah menemui kawasan yang sesuai, mereka pun berjumpa Dato’ Jaafar (Bapa dato’ Onn) untuk mendapatkan kebenaran membuka mana-mana tanah untuk dijadikan kawasan perkampungan dan pertanian. Disebabkan Johor ketika itu sedang merangka kemajuan negeri Johor dengan pesat, kebenaran serta-merta diperolehi tanpa bersusah-payah.7 Setelah mendapat kebenaran, mereka bersepakat untuk kembali ke Negeri Sembilan yang bertujuan mengambil anak isteri berpindah ke tempat tersebut.8 Selepas 15 tahun, terdapat pula Puak Rambah yang berasal dari Kampung Rambah daerah Pasir Pengairan, Rokan, Sumatera berhijrah ke Kampung Lukut ini. Pada ketika itu puak mereka diketuai oleh Bilal Pahlawan yang telah terlebih dahulu ke 8
  9. 9. Perak dan Negeri Sembilan. Mereka mula mengetahui mengenai Kampung Lukut ini setelah menjejakan kaki ke Negeri Sembilan. Selepas mendengar tentang Kampung Lukut dari orang-orang Negeri Sembilan, Bilal Pahlawan dan pengikut-pengikutnya meninjau kawasan Kampung Lukut. Setelah mendapat keizinan daripada Penghulu Kampung, Bilal Pahlawan dan pengikutnya meneroka kawasan hutan di sebelah selatan kampung yang bersebelahan Sungai Lalang untuk mendirikan penempatan dan sawah padi. Selepas kedatangan Puak Rambah dari Sumatera, terdapat juga puak-puak lain seperti dari Seri Menanti dan Johol. Terdapat juga orang perseorangan yang datang ke situ atas faktor pekerjaan dan perkahwinan.9 2.1 ASAL-USUL NAMA KAMPUNG LUKUT Ketika itu, ramai yang berpindah dari Batu 7 Jalan Mersing ke kampung ini. Terdapat seorang pemuda yang baru sahaja bertunang dengan seorang gadis. Beliau dikatakan bercita-cita untuk membina institusi kekeluargaan di kampung tersebut. Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 9
  10. 10. Hakikatnya, cita-cita tersebut hanya menjadi kenangan apabila pemuda tersebut meninggal dunia. Pada masa itu, kehidupan peneroka serba kekurangan tambahan pula mereka baru berpindah ke tempat baru, jenazah pemuda tersebut dibawa ke Kampung Makam untuk dikebumikan. Berkat kerjasama daripada penduduk Kampung Makam, jenazah pemuda tersebut telah selamat dikebumikan di Kampung 10 Makam. Pada suatu ketika, semasa penduduk Kampung Makam dan peneroka Kampung Lukut bergotong-royong menguruskan jenazah pemuda tersebut, terdapat beberapa soalan yang diajukan mengenai asal-usul pemuda tersebut dan siapa beliau. Ada yang sempat menjawab pertanyaan tersebut dengan memberitahu pemuda yang meninggal itu dibawa oleh peneroka-peneroka tersebut dari kawasan baru dan beliau merupakan orang Lukut. Lukut yang dimaksudkan adalah di Negeri Sembilan dan beberapa salah faham berlaku dengan orang-orang di situ beranggapan bahawa kawasan yang baru diterokai itu bernama Kampung Lukut. Oleh hal yang demikian, nama Kampung Lukut itu kekal sehingga sekarang tanpa sebarang perubahan.10 3.0 PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN DI KAMPUNG LUKUT Terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku di Kampung Lukut ini. Perubahan dan pembangunan di kampung ini terbahagi kepada beberapa aspek iaitu jumlah rumah dan penduduk, pembangunan dan kemudahan insfrastruktur, ketua kampung dan aspek ekonomi. 3.1 JUMLAH RUMAH DAN PENDUDUK
  11. 11. Jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung ini jelas berbeza dari awal pembukaanya sehingga sekarang. Pada awal pembukaan kampung ini, hanya 7 hingga 8 orang sahaja yang tinggal di kampung ini. Namun pada tahun 70-an penduduk kampung ini secara kasarnya dikatakan seramai 1500 manakala pertengahan tahun 80- an penduduk kampung ini dianggarkan kira-kira 1650 orang berbeza dengan jumlah penduduk kini yang dianggarkan berjumlah 1800 orang. Mengenai penempatan pula, pada permulaannya hanya ada 4 hingga 5 buah rumah sahaja manakala sekitar tahun 70-an jumlah rumah di Kampung Lukut adalah 183 dan pada 80-an pula jumlah rumah semakin bertambah iaitu 220 buah rumah. Kini dianggarkan jumlah rumah di Kampung Lukut adalah kira-kira 620 buah rumah.11 Rumah penduduk Kampung Lukut pada pertengahan tahun 1980 yang majoritinya diperbuat daripada papan. 11
  12. 12. Kini rumah penduduk di Kampung Lukut majoritinya diperbuat daripada batu jelas berbeza ketika zaman 80an. 12 3.2 EKONOMI Mengenai ekonomi pula, satu ketika dahulu sawah merupakan tanaman utama yang diusahakan di kampung ini. Setelah sawah tidak diusahakan lagi sumber ekonomi utama kampung ini beralih kepada tanaman komoditi iaitu kelapa sawit, getah, dusun dan lain-lain. Pada penghujung tahun 2011, kerajaan telah melancarkan Projek Tanaman Cendawan Komuniti di Kampung Lukut. Tanaman ini telah diusahakan sendiri oleh penduduk kampung Lukut.12
  13. 13. Dusun buah-buahan di Kampung Lukut ditanam bagi menggantikan sawah yang tidak diusahakan lagi oleh penduduk kampung. Projek Tanaman Cendawan Komuniti yang dilancarkan kerajaan di Kampung Lukut. 13
  14. 14. Tanaman cendawan ini merupakan hasil yang diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Lukut. Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi punca ekonomi di mana pada zaman awal pembukaannya sumber ekonomi hanya tertumpu pada pertanian sahaja yang jelas berbeza dengan sekarang apabila punca ekonomi bukan sahaja diperolehi melalui pertanian, malah melalui pelancongan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), berniaga, dan bekerja di kilang berhampiran dan bekerja di sektor kerajaan.13 Penduduk Kampung Lukut turut terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 14
  15. 15. Pengusaha-pengusaha IKS di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Kilang juga turut dibangunkan berhampiran Kampung Lukut bagi menjamin sumber pendapatan golongan muda di Kampung Lukut. 15
  16. 16. 16 . Perniagaan turut dijalankan di Kampung Lukut berbanding suatu ketika dahulu yang hanya aktif dalam kegiatan pertanian. 3.3 PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Dari segi pembangunan pula, prasarana di Kampung Lukut ini searas dengan kampung-kampung lain di Malaysia yang mempunyai prasarana lengkap yang disediakan oleh kerajaan. Buktinya, terdapat jalan-jalan utama yang ditar dilaluan utama termasuk di lorong-lorong perkampungan tersebut. Bangunan-bangunan seperti Masjid, Balairaya, Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kemas yang turut dilengkapkan dengan Bilik Perpustakaan Desa yang banyak membantu anak-anak kampung ini dalam mendapatkan bahan bacaan.
  17. 17. Kemudahan prasarana seperti masjid turut disediakan di Kampung Lukut sejak sekian lama. Dari segi kemudahan reakreasi serta kemudahan untuk belia pula, terdapat padang bola sepak untuk anak-anak kampung bermain bola dan kadang kala pelbagai aktiviti turut dilaksanakan di padang bola sepak ini. Tidak ketinggalan juga sukan kegemaran belia kini iaitu futsal. Gelanggang futsal turut dibina di kampung ini yang bertujuan menggalakkan anak-anak kampung untuk melakukan aktiviti berfaedah dengan 17 bersukan.
  18. 18. Kemudahan Padang di Kampung Lukut telah memudahkan penduduk untuk mengadakan aktiviti. Gelanggang futsal turut disediakan untuk belia berbeza sekali ketika era 70-an dan 80-an yang tiada kemudahan untuk belia. Selanjutnya, terdapat juga litar untuk motor lasak yang turut digunakan oleh orang luar untuk tujuan ‘Junggle Tracking’. Baru-baru ini, kampung ini telah dilengkapi dengan kemudahan ‘wi-fi’ yang dikenali sebagai ‘Kampung Tanpa Wayar’. Hal ini memudahkan penduduk kampung dan anak-anak muda dalam proses menuntut ilmu mahupun melakukan aktiviti lain. Tidak jauh dari kampung ini, iaitu di Kampung Lukut Cina, terdapat bangunan-bangunan yang dibangunkan seperti Kilang Perindustrian yang dapat menampung pekerjaan anak tempatan dan juga pekerja-pekerja dari luar. Kampung Lukut pada era ini dalam ambang permodenan dan 18
  19. 19. pembangunan. Buktinya, kampung ini dipilih oleh kerajaan untuk melancarkan Program Homestay/Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun dan pada 21.11.1998.14 19 3.4 KETUA KAMPUNG Kampung ini pada mulanya diketuai oleh Haji Daim bin Lajim yang juga merupakan pengasas kampung ini yang bergelar pengulu kampung. Namun, jawatan ini pada ketika itu tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penghulu pertama kampung ini ialah Encik Lajis. Seterusnya, digantikan pula oleh Encik Wan Salim bin Abu Bakar. Setelah Encik Wan meninggal, jawatan tersebut digantikan oleh Haji Daim bin Lajis pada tahun 1930an. Setelah jawatan penghulu kampung dihapuskan dan digantikan dengan Ketua Kampung, Ketua kampung pertama yang menyandang jawatan ini adalah Haji Sharif bin Ludu. Selanjutnya, jawatan ini disandang oleh Encik Saadon bin Lajis setelah Haji Sharif uzur. Seterusnya, apabila Encik Saadon bin Lajis meletak jawatan pada tahun 1983, Encik Hasan bin Katah pula menyandang jawatan tersebut.
  20. 20. Penghulu Kampung Lukut iaitu Haji Daim bin Lajis yang memegang jawatan ini pada tahun 1930. Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang yang memegang jawatan ini sejak 2007. Pada tahun 2007, jawatan itu sekali lagi berubah dan disandang oleh Ketua Kampung terkini iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.15 20 4.0 ADAT DAN TRADISI Kampung Lukut sememangnya kaya dengan pelbagai adat istiadat dan tradisi. Namun mereka tidak mengamalkan sepenuhnya kerana terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor. 4.1 ADAT ISTIADAT DI KAMPUNG LUKUT
  21. 21. Jawatan Ketua Adat tidak diisi oleh sesiapa sejak tahun 1998 selepas Ketua Adat terakhir meninggal dunia. Difahamkan, kini jawatan Ketua Adat dipikul oleh Ketua Kampung. Ketua adat sangat memainkan peranan penting terutamanya melibatkan hal-hal adat istiadat. Ketua Adat mempunyai kuasa budi bicara mengenai hal-hal adat seperti adat nikah kahwin, pinang meminang dan jika terdapat perselisihan dalam kalangan penduduk kampung mengenai adat. Hal ini jauh berbeza dengan tugas Ketua Kampung. Ketua Kampung berperanan dalam hal pentadbiran, pembangunan kampung dan keselamatan kampung. Kini Ketua Adat dapat juga dilihat peranannya tetapi tidaklah sepenting dahulu.16 Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang menerangkan, kampung ini tidak mengamalkan Adat Perpatih sepenuhnya seperti kampung-kampung di Negeri Sembilan. Beliau juga turut memberitahu bahawa mereka sudah sekian lama tinggal di Johor dan sudah tentu mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup disini walaupun mereka berasal dari Negeri Sembilan. Kampung Lukut juga mempunyai suku-suku tertentu. Antara suku yang terdapat di sini ialah Suku Tanah Datar, Suku Anak Acheh, Suku Biduanda, Suku Mungkal, Suku Semelenggang, Suku Tiga Bator, Selemak Pahang dan Selemak Minangkabau. Walaupun terdapat pelbagai suku-suku di Kampung ini, mereka tidak menggamalkan sepenuhnya Adat Istiadat nenek moyang mereka kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor.17 Namun terdapat juga spekulasi yang menyatakan bahawa Kampung Lukut Kota Tinggi ini masih mengekalkan dan turut mengamalkan Adat Perpatih ini.18 4.2 TRADISI TURUN TEMURUN 21
  22. 22. Kampung ini sememangnya kaya dengan pelbagai tradisi kerana didiami oleh pelbagai suku kaum sejak sekian lama. Antara tradisi yang sering diamalkan adalah memburu kerbau liar seminggu sebelum menjelang hari raya puasa. Dikatakan hampir setiap malam selepas solat terawih, pemburu-pemburu akan menjalankan aktiviti 22 menangkap kerbau liar. Aktiviti menangkap kerbau liar merupakan tradisi turun temurun di Kampung Lukut.
  23. 23. Kerbau liar yang telah ditangkap oleh penduduk Kampung Lukut untuk disembelih. Seterusnya, Kerbau yang berjaya ditangkap akan ditambat terlebih dahulu dan kemudian disembelih dua hari sebelum lebaran untuk dijual ataupun dimasak. Masakan yang sinonim dengan kerbau liar ini adalah rendang dan kebiasaanya disalai. Tradisi ini telah menjadi turun menurun daripada nenek moyang mereka.19 Daging kerbau salai sememangnya masakan yang sinonim dengan kerbau liar. Selain itu, terdapat juga permainan tradisi yang masih kekal mahupun telah dilupakan di kampung ini. Antara permainan tradisi tersebut adalah Belon Acah, atau Belon Galah, congkak, Cak Limpong, gasing dan lain-lain. Sehingga kini, permainan ini masih diminati oleh penduduk setempat. Namun, Pencak Silat, Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring dan Badminton juga digemari oleh penduduk kampung.20 5.0 SUMBANGAN KAMPUNG LUKUT KEPADA NEGARA 23
  24. 24. Dari segi sumbangan, Kampung Lukut telah banyak memberi sumbangan kepada negara dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. 24 5.1 PENDIDIKAN Pendidikan begitu penting kepada penduduk Kampung Lukut. Buktinya, ramai pelajar-pelajar yang berjaya berasal dari kampung ini. Antara anak jati kampung ini yang berjaya ialah Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan, yang kini sedang bertugas sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.21 Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang merupakan anak jati Kampung Lukut. Tuan Haji Yaakub bin Ludu turut tersenarai dalam kalangan anak jati Kampung Lukut yang menabur bakti kepada negara apabila beliau menjadi Guru Agama Kerajaan Johor. Sebelum beliau bersara, beliau pernah menyandang jawatan Pengelola
  25. 25. Pendidikan Agama di Daerah Pontian dan Kota Tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat juga 4 orang Guru Besar yang merupakan anak jati Kampung lukut iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Omar, Tuan Haji Ramlan bin A.Said, Allahyarham Encik Ayob bin A.Said dan Ketua Kampung Lukut sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.22 25 5.2 EKONOMI Dari segi sumbangan ekonomi pula, Kampung Lukut Kota Tinggi telah menyumbang pelbagai sumbangan kepada negara terutamanya dalam industri pelancongan. Buktinya, pada 21.11.1998 kerajaan telah melancarkan Program Homestay dan Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun di Kampung Lukut Kota Tinggi. Program Homestay yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Kampung Lukut.
  26. 26. Lawatan daripada pelajar-pelajar Singapura pada 31.10.2010. Jeram Sungai Sendayan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di kampung ini. Dengan ini, sedikit sebanyak sumbangan telah diberikan kepada industri pelancongan negara. Selain itu, Kementerian pelancongan baru-baru ini telah mendaftarkan beberapa buah kampung bagi menjayakan Program Homestay mereka yang telah menjadikan 141 buah Homestay telah diwujudkan di seluruh negara termasuk 26
  27. 27. Kampung Lukut. Hal ini telah menyumbang beberapa impak positif dalam 27 perkembangan ekonomi Negara.23 5.3 POLITIK Dari sudut politik pula, Kampung Lukut telah melahirkan beberapa tokoh politik yang telah berjasa kepada negara. Antara tokoh tersebut adalah Tuan Haji maon bin Omar. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili kawasan Pengerang, Johor. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Yusof bin Malim Kuning juga tidak asing bagi penduduk Kampung Lukut ini. Beliau yang berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir pernah menjadi seorang Guru dan Ahli Parlimen Kota Tinggi.24 Pada 1978, beliau telah menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Panti, negeri Johor.25 6.0 KESIMPULAN Menerusi kajian ini, diharapkan dapat menyumbang pelbagai maklumat mengenai sejarah Kampung Lukut ini. Di samping itu, menerusi kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi-generasi muda terutamanya dari Kampung Lukut betapa gigihnya peneroka-peneroka terdahulu dalam menyelamatkan generasi akan datang agar dapat menikmati sesuap nasi. Mereka melakukan aktiviti bercucuk tanam demi mengelakkan terjadinya aktiviti berpindah-randah. Perubahan yang terdapat pada kampung ini juga dapat menunjukan kemajuan dalam kehidupan penduduk-penduduk kampung. Merujuk kepada pembentukan
  28. 28. Kampung Lukut ini, ternyata konsep gotong-royong, permuafakatan dan kerjasama merupakan teras kepada kejayaan sesebuah masyarakat. Jika konsep ini masih dikekalkan, masyarakat kita sudah tentu akan memperoleh kejayaan yang cemerlang malah mampu bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tradisi di Kampung Lukut ini perlu dikekalkan agar generasi seterusnya mengetahui tentang asal-usul mereka dan seterusnya mampu mengekalkanya buat turun-temurun. Akhir kata, saya berharap semoga kajian ini dapat menjadi panduan kepada masyarakat terutamanya bagi pelajar-pelajar Prauniversiti yang akan datang. 28
  29. 29. 29 NOTA AKHIR 1 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013 . 2 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 5. 3 Ibid., hlm. 6. 4 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 24. 5 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 6 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 8 – 9. 7 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 26 . 8 Ibid., hlm. 26 . 9 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 27. 10 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hlm. 8 – 9. 11 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 12 Ibid. 13 Laman Web : http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html . 14 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 15 Ibid. 16 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 11 – 12. 17 Temu bual dengan Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang pada 24.2.2013. 18 Norhalim Haji Ibrahim, Terombo : Gambaran Adat Perpatih Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 2. 19 Akhbar KOSMO 10.3.2013. 20 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 13. 21 Temu bual bersama Tuan Haji Mohd Nor bin lawang pada 24.2.2013. 22 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 16. 23 Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad, Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia, 2009 hlm. 232 – 233. 24 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 16. 25 Laman Web Rasmi Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning.
  30. 30. 30 BIBLIOGRAFI Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY Communications, 2003. Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 2001. Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur, 2009. Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 2013). Lawang, Haji Mohd Nor bin, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung Lukut (26 2, 2013). Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari pada 26 2, 2013). Zubri, Mohd Faiz. " Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
  31. 31. 31 LAMPIRAN Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Lukut. Balai Budaya kampung Lukut yang digunakan untuk pelbagai aktiviti.
  32. 32. Rumah penduduk yang didaftarkan oleh kerajaan sebagai Homestay. Bilik tidur yang disediakan di Homestay tersebut. 32
  33. 33. Pelajar-pelajar dari Singapura yang melawat atas tiket pelancong. Rumah Tanaman Cendawan di Kampung Lukut. 33
  34. 34. Produk IKS yang diusahakan di Kampung Lukut. Kuih Siput yang dihasilkan oleh penduduk kampung Lukut. 34
  35. 35. Kampung Lukut yang dikelilingi Gunung Panti. Jeram Sungai Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung dari luar mahupun penduduk kampung. 35
  36. 36. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2 BORANG TEMUBUAL KERJA KHUSUS SEJARAH KAJIAN : SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 36 A) Maklumat Am Nama Penyelidik : Nama Responden : Tarikh Temu Bual : Tempat Temu Bual : No. Kad Pengenalan : Responden B) Soalan Temu Bual 1. Bagaimanakah sejarah awal pembentukan kampung Lukut, Kota Tinggi? 2. Siapakah pengasas Kampung Lukut ini? 3. Bagaimanakah Kampung Lukut mendapat nama? 4. Bilakah Kampung Lukut diterokai? 5. Berapakah keluasan tanah di Kampung Lukut? 6. Apakah etnik yang terdapat di Kampung Lukut? 7. Apakah kawasan asal Kampung Lukut sebelum terbentuknya Kampung Lukut? 8. Apakah adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Lukut? 9. Apakah ekonomi yang dijalankan di Kampung Lukut? 10. Apakah bangunan terawal yang dibina di Kampung Lukut? 11. Apakah perubahan yang terdapat di Kampung Lukut? 12. Berapakah bilangan penduduk semasa pembukaan, tahun 70an, tahun 80an dan jumlah terkini? 13. Apakah kemudahan yang terdapat di Kampung Lukut ? 14. Apakah mercu tanda di Kampung Lukut? 15. Apakah perkembangan ekonomi, politik dan sosial di Kampung Lukut? 16. Adakah Kampung ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya? 17. Apakah kawasan tarikan yang terdapat di Kampung Lukut? 18. Bolehkah Tuan menjelaskan mengenai struktur pentadbiran Kampung daripada permulaan sehingga kini? 19. Adakah kampung ini pernah terpilih untuk mengadakan program-program yang dilaksanakan kerajaan? 20. Apakah sumbangan Kampung Lukut kepada negara? ( …………………………. ) Tandatangan Responden
  37. 37. 37

×