SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
2.0 Masyarakat Dusun
2.1 Latar Belakang Masyarakat Dusun
Masyarakat

Melayu,

Cina

dan

India

kebanyakkannya

menetap

di

Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak pula kebanyakkan didominasi oleh
bumiputera yang lain seperti Dusun, Bajau, Sungai, Bidayuh dan sebagainya.
Masyarakat dusun merupakan kaum yang keluar dari daratan Asia melalui
Semenanjung Tanah Melayu dan berhampiran dengan Brunei. Mereka membuat
petempatan di kawasan pantai. Mereka menamakan kumpulan pertama itu Dusun.
Ada antara kumpulan Dusun yang disebut sebagai orang Brunei sebagai Bisaya.
Mereka merupakan penduduk asli Brunei dan ada yang berhijrah di Sabah.
Salah satu daripada kumpulan itu dipercayai membuat petempatan di sungai
Liwagu di kaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung yang
terbesar di Malaysia. Gunung Kinabalu ialah tempat terdapatnya banyak pokok aru
merah atau dalam bahasa Dusun disebut sebagai

Nunukragang.

Kumpulan ini

menamakan diri mereka sebagai nunukragang sempena nama pokok tersebut.
Nunukragang yang dikatakan sebagai masyarakat pribumi rumpun Dusun yang kini
juga dikenali sebagai kadazandusun. Oleh itu istilah kadazandusun pula merujuk
kepada sesiapa yang menganggap dirinya berasal daripada keturunan Nunukragang
yang dipercayai berasal daripada Tanah Besar Asia dan berhijrah keluar bersama
kumpulan orang melayu proto atau

“ Indonesia” atau “ Indo - Malayan”

2.2 Tempat Tinggal Masyarakat Dusun
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan
satu pertiga dari penduduk Sabah. Ini menunjukkan kaum Dusun lebih mendominasi
di Sabah berbanding Sarawak. Suku kaum Dusun tinggal di pantai barat seperti
Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di
lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau. Kebanyakan mereka

adalah

petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka
memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi
kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Kaum Dusun ini
membentuk kebudayaan yang dinamik di negeri Sabah (Kitingan, 1982). Dusun
kebanyakannya tinggal di Keningau dan Ranau (Ismaily Bungsu, 1988).
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut adalah menetap
daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah
Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut,
Paitan dan Pitas.
Rajah dibawah merupakan antara bentuk rumah yang menjadi tempat tinggal
masyarakat Dusun.

Tempat Tinggal Masyarakat Dusun

2.3 Budaya Masyarakat Dusun
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Menurut Kamus
Dewan Edisi Empat, budaya bermaksud membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan
dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg
merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan
dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)
Masyarakat Dusun mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masyarakat
Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial (Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan,
1987). Antaranya, sistem dari aspek budaya objektif dan budaya subjektif . Budaya
objektif terdiri daripada bahasa, pakaian, pekerjaan dan juga muzik seperti tarian
sumazau dan alat -alat muzik Sompoton, Turali, Tongkungon, Tagunggak,
Bakokong, Kulintangan Tring, Bungkau dan Gong (Ismaily Bungsu, 1988) manakala
budaya subjektif ialah upacara pemujaan seperti pembacaan doa atau "megendi"
dengan menggunakan "komborongoh". Budaya ini adalah satu kemestian dalam
masyarakat Dusun ketika memulakan sesuatu perkara seperti masuk rumah baru
"Rumesod", mengubati pesakit, menghindari gangguan syaritan, hari keluarga
"meginakan" dan sebagainya.
Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia
juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat
untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan
mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan
(S.Nathesan, 1995). Bahasa juga merupakan antara salah satu budaya bagi sesuatu
kelompak masyarakat. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun
menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan,
Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou dan banyak lagi. Bahasa Dusun
Liwan pula tertumpu di daerah Ranau.
Dalam meneruskan kehidupan untuk berkeluarga bagi yang ingin berkahwin,
ibu bapa memainkan peranan penting dalam membuat pemilihan dan merestui
hubungan

anak-anak

mereka.

Dalam

masyarakat

dusun,

ibu

bapa

juga

bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima
oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di
rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di
rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengantin ini akan diarak ke
rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum
pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga
lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan.
Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan pengantin baru
tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian. Kemeriahan ketika majlis perkahwinan ini
diaraikan oleh seluruh penduduk kampong.
Namun begitu, sebelum dibuat peminangan dari pihak lelaki kepada pihak
perempuan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah melantik seorang orang tua,
yang bukan ibu bapa dan bukan dari keluarga dekat lelaki yang hendak meminang
itu. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu
pagi dan tidak boleh dijalankan pada waktu petang ataupun malam. Wakil pihak
lelaki ini akan merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau
pengganti ibu bapanya jika perempuan tersebut tidak mempunyai ibu bapa lagi.
Risikan pertama ini bertujuan untuk mengetahui adakah perempuan tersebut dalam
proses risikan orang lain atau dalam proses pertunangan. Jika didapati perempuan
tersebut dalam proses pertunangan, risikan tidak boleh diteruskan. Ia bertujuan
untuk menjaga hak mereka yang datang merisik lebih awal. Manakala jika
perempuan itu dalam proses risikan dari pihak lelaki lain,risikan yang

datang

kemudian ini ditangguhkan buat sementara sehingga mendapat keputusan yang
muktamad dari risikan orang yang terdahulu itu. Risikan harus ditangguhkan supaya
pihak perempuan tidak terkeliru dalam memilih pasangan hidupnya dan membuat
keputusan yang bijak dalam memilih.
Jika perempuan yang dirisik itu tidak bertunang ataupun tidak dalam proses
risikan dari pihak lelaki lain, barulah orang tua wakil dari pihak lelaki boleh merisik
dan bebas melanjutkan proses risikannya. Risikan ini dijalankam mengikut
peringkatnya dan memakan masa selama berhari-hari, berminggu malah berbulan.
Hal ini kerana banyak hal yang perlu diketahui oleh ibu bapa perempuan yang dirisik
itu, atas diri dan keluarga yang merisik anaknya. Antaranya termasuklah susunan
keluarga, akhlak, kemampuan dan sebagainya. Dalam proses risikan ini, keluarga
lelaki

akan

cuba

mengenal

pihak

perempuan

dengan

sebenar-benarnya.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main dan perkahwinan
yang berlangsung diharapkan dapat bertahan hingga ke akhir hayat. Pihak keluarga
lelaki akan cuba mencari persamaan dengan keluarga pihak perempuan demi
kelangsungan rumah tangga yang berkekalan. Tambahan lagi, setiap ibu bapa
menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Proses risikan inilah yang memainkan
peranan penting dalam permulaan sebuah perhubungan.
Peminangan dari pihak lelaki di terima apabila ibu bapa perempuan
mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi
wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin
itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila

ibu

bapa

perempuan

sudah menerima

cincin

itu,

mereka mesti

membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa
sahaja yang boleh memabukkan.
Selepas itu acara pertunangan yang menggunakan perundingan antara pihak
lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak,
pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah
ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan
pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan,
alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Contohnya
barang keperluan diri seperti beg, kasut, alat mekap dan sebagainya.
Setelah itu, akan berlangsung majlis perkahwinan jika semua urusan
peminangan selesai. Majlis perkahwinan ini memakan masa selama tiga hari
berturur-turut. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah mohon
pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini,
pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadisgadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam. Menjadi satu kebudayaan
masyarakat dusun untuk memakai pakaian tradisional mereka dalam adat istiadat
perkahwinan.

Pakaian Tradisional masyarakat Dusun
Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara
"Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting
bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do
kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat
dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada
hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau
Megembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir
untuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara
mengendi dan bukan daripada golongan leleki.
Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang
lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada
talian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan
akan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam,
7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan
untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada
pihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga
lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda
(bertukar-tukar barang denda).
Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku
curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah
dikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli
keluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak. Ia adalah simbolik
bagi menghukum para suami atau isteri yang curang disamping cuba menghiburkan
hati para suami atau isteri yang dicurangi.
Antara budaya lain masyarakat dusun ialah apabila berlaku ketian. Ketian
ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan mengandung tanpa
sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan dikehendaki membayar
denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya menyejukkan panas dalam ahli
keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu masyarakat kampung
bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.
Selain daripada budaya dalam majlis perkahwinan, masyarakat Dusun
mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil meginakan. Semua ahli
kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomolyang
diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam.
Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk
dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka
memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli
keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.
Bagi pesalah yang melakukan kesalahan mencuri pula, masyarakat dusun
mempunyai budaya tersendiri untuk menhukum pencuri tersebut. Pencuri dapat
dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara "mengintutun".
Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau cermin. Semasa
mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang sama-sama
menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu siapa yang
mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan majoriti
masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan celaan
masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang melakukan
kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari
kampungnya.
Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati
akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian
dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba
menahan

roh

simati

atau

kedwo-dwo

melalui

benda-benda

yang

diambil

dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati
dengan harapan si mati hidup semula. Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan
untuk memberitahu masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah
keluarga iaitu menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa
si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas
letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan
upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah
agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan
mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati
mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" . Benda yang boleh
dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya ialah mengadakan
pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia, ini saja
bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan tangan
kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara keselamatan
yang dipanggil "Memagompi" melalui upacaramengendi dilakukan dengan bantuan
sesorang yang mahir megendi.
Di Semenanjung seperti di negeri Johor, Kelantan, Kedah dan sebagainya
mempunyai tarian yang tersendiri. Contohnya Tarian Zapin, Boria, Dikir Barat, dan
sebagainya. Masyarakat Dusun pula menjadikan Tarian Sumazau sebagai tarian
mereka. Tarian Sumazau merupakan tarian yang ditarikan semasa majlis Tadau
Kaamatan yang bertujuan untuk menyambut kedatangan “Bambaazon” (semangat
padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi. Mereka yang menarikan tarian ini
akan menggunakan pakaian berwarna hitam yang dihiasi corak-corak menarik
menggunakan benang berwarna emas. Bagi penari perempuan, mereka dihiasi
dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling
perak (trade dollar). Manakala penari lelaki akan menggunakan tanjak disamping
pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Tarian Sumazau Masyarakat Dusun
Semangat padi dipercayai memiliki kuasa ghaib yang dapat menyuburkan
padi, menjaga ladang atau sawah padi dan meningkatkan hasil tanaman. Oleh sebab
padi merupakan makanan utama beberapa upacara ritual dijalankan seperti memuja
semangat padi. Jika upacara memuja padi tidak dijalankan mereka percaya bahawa
hasil padi akan terjejas. Semangat padi disebut sebagai Bambaazon
Bambarayon.

Upacara Semangat Padi Masyarakat Dusun

atau
Mereka juga dididik tentang kepercayaan terhadap kuasa ghaib Komburongo
iaitu sejenis bahan yang digunakan Bobolian

dalam upacara keagamaan dan

pengubatan tradisional. Amalan tersebut diajarkan oleh nenek moyang dusun
kepada anak cucunya kerana dianggap ilmu yang penting dan merupakan
pendidikan yang amat berguna. Masyarakat Dusun meminta bantuan Bobolian
untuk mengetahui punca penyakit dan memohon jasa baik Bobolian

supaya

mengubati penyakit tersebut. Bobolian dianggap sebagai pakar dalam ilmu roh dan
kuasa ghaib dan juga dianggap sebagai doktor dalam pengubatan penyakit. Mereka
juga dianggap sebagai ketua dalam suatu upacara keagamaan.
Tambahan lagi, Tarian Sumazau dikatakan sebagai tarian khusus bagi
menyambut hari mengaji atau disebut Mengahau dalam bahasa Dusun. Tarian ini
dikatakan bukan untuk bersuka ria atau menyambut hari keramaian dan sebagainya.
Bagi masyarakat Dusun suku Lotud di Tuaran Mengahau pula, suatu majlis dibuat
besar-besaran sehingga memakan masa lima malam. Seekor kerbau, tiga ekor ayam
dan sekurang-kurangnya tujuh karung beras harus dikorbankan untuk makanan dan
sedekah bagi menjayakan majlis ini. Dalam bahasa mereka disebut sebagai Tatabor
kepada orang-orang yang mengaji termasuk tetamu khas. Upacara ini bertujuan
untuk menjamu semangat Gusi iaitu sejenis tempayan besar. Ia bertujuan untuk
memperingati keluarga yang telah meninggal dunia dengan harapan roh-roh si mati
mendapat rahmat. Berbagai-bagai acara diadakan sepanjang upacara Mengahau ini
termasuklah tarian Sumazau yang dipersembahkan pada malam keduanya.
2.4 Amalan Masyarakat Dusun
Setiap kaum di Malaysia mempunyai amalan yang menjadi kebiasaan bagi
kaum masing-masing. Kebiasaannya amalan ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan
fahaman oleh yang diwarisi turun temurun. Ia juga di anggap sebagai pengenalan
bagi kaum tersebut. Kaum Dusun di Sabah mempunyai banyak amalan adat resam
dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum
Dusun. Profesor Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Profesor Dr. Mohd
Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang.
Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum ini
mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai
balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan
mempunyai

kuasa

tertinggi

dari

segala

sesuatu.

Tuhan

tempat

mereka

mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan
meminta perlindungan daripada sebarang penyakit serta kinorohingan dapat
menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau "Roogon" dalam bahasa
Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya
apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah
baru, mengubati orang sakit, upacara memulakan menuai padi dan sebagainya,
semuanya dimulai dengan mentera dan pemujaan kepada Kinorohingan. Menurut
Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan
ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan
beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan.
Masyarakat Dusun juga tahu dan yakin bahawa adanya syurga dan neraka di
akhirat nanti, yang mesti dialami oleh seseorang yang sudah mati. Bagi orang yang
beramal baik ketika hidup di dunia, mereka akan masuk ke syurga. Manakala orang
yang berbuat jahat pula ketika hidupnya di dunia akan masuk ke neraka. Masyarakat
Dusun percaya, bahawa Tuhan mereka satu sahaja, namanya Kinorohingan, dan
bersemayam di dunia lain. Walaupun tuhannya itu hanya satu, tetapi menurut
kepercayaan mereka, Kinorohingan

itu mempunyai isteri yang bernama Yumun

atau umun,dan mempunyai dua orang anak lelaki, yang tua sekali bernama Logon.
Dalam pemujaan, Umun ini mempunyai mentera yang khusus.
Anak Kinorohingan yang sulung iaitu Logon, dikirim oleh Kinorohingan ke
dunia ini, untuk memimpin manusia ke jalan yang benar, dan membina dunia ini bagi
kesejahteraan manusia. Tetapi anak sulung Kinorohingan ini sudah mengingkari
perintah Kinorohingan. Logon berbuat jahat di dunia ini dan membantuk pengikutnya
untuk bertindak melaksanakan kejahatan kepada manusia dan menanamkan unsurunsur jahat dalam diri manusia. Untuk membetulkan keadaan yang buruk di dunia
akibat perbuatan Logon maka, Kinorohingan mengirim pula anaknya yang kedua.
Anak lelaki Kinorohingan yang kedua ini datang ke dunia bersama isterinya.
Anak ini segera menjalankan perintah ayahnya, tetapi disebabkan kerana
pengaruh abangnya sudah begitu kuat, dan pengikut serta pasukan Logon itu sudah
terlalu ramai, maka anak lelaki kedua Kinorohingan ini tidak terdaya lagi
menghapuskan kejahatan itu seluruhnya dalam diri manusia. Pertarungan ajaran
kebaikan dan pengaruh kejahatan inilah yang mempengaruhi hidup manusia di dunia
ini. Kelak jika mereka sudah mati, yang berbuat baik akan menerima balasan baik
iaitu masuk ke syurga, manakala yang berbuat jahat akan menerima balasan siksa
dan akan masuk ke neraka. Moral dan intisari pengajaran Kinorohingan ini ada
termaktub dalam mentera pemujaan masyarakat dusun.
Menurut kepercayaan masyarakat dusun, Kinorohingan ini hidup terus di
kayangan. Tapi dia tidak lagi mengirim anaknya yang lain datang ke dunia. Oleh itu
terserah

kepada

manusia

untuk

mentaati

atau

mengingkari

perintahnya.

Sehubungan dengan kepercayaan ini juga, masyarakat Dusun terutama yang
dikaitkan dengan Pagan itu yakin, bahawa setiap orang yang mati rohnya akan pergi
ke Gunung kinabalu. Mereka menamakan gunung itu Aki Nabalu dan dalam mentera
banyak sekali ditemui dengan sebutan Nabalu sahaja. Aki ertinya nenek moyang.
Dan Nabalu ertinya tempat roh. Kelanjutan daripada keyakinan ini, ialah, roh yang
mati itu tidak menetap di Gunung Kinabalu. Sebab bila tiba masanya, roh itu akan
pergi ke tempat yang jauh, di seberang dunia untuk masuk ke syurga atau ke neraka.
Bagi roh yang masuk ke syurga, dia akan menikmati hidup senang seperti juga
kesenangan dalam dunia. Bagi roh yang masuk ke neraka, dia akan menerima
siksaan dan tidak dapat menikmati kesenangan.
Untuk mengatur rukun hidup dalam masyarakat masyarakat Dusun, mereka
dikawal oleh undang-undang adat. Setiap pelanggaran norma-norma hukum yang
berlaku dalam masyarakat, dijatuhi hukuman adat. Hukuman-hukuman ini perlu
untuk membentuk peribadi seseorang yang bersesuaian dengan adat-adat mereka.
Zaman dahulu, hukuman yang terberat ialah hukuman mati. Hukum yang
lebih ringan daripada itu, dikeluarkan daripada keluarga dan masyarakat sekitarnya
dan dibuang ke tempat lain tapi masih terikat dengan keluarga. Selain daripada itu,
inilah yang lazimnya terjadi iaitu dihukum membayar denda yang dinamakan sogit ,
sugit atau sagit. Sugitini banyak jenisnya, dan berbagai puncanya yang timbul dari
kesalahan seseorang dalam kehidupan sehari-hari. Umpamanya dalam aktiviti
Mintarom. manakala, orang yang menjadi hakim dan juri untuk menentukan
hukuman atas sesuatu pelanggaran undang-undang adat ini terdiri daripada orang
tua-tua yang diakui berwibawa sah dalam masyarakat di tempat masing-masing.
Penghakiman ini juga termasuklah hal-hal perkahwinan, perceraian, persemandaan,
pembahagian harta pusaka, pembahagian harta pencarian, menentukan kadar sogit
dan sebagainya.
Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diingkari. Pelaksanaan Sogit
dilakukan dalam upacara istiadat dihadiri oleh semua pihak yang berkaitan menurut
adat, lengkap dengan peralatannya.
2.5

Perayaan Masyarakat Dusun
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai merupakan perayaan yang disambut

oleh masyarakat Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan
ini juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya
disambut sepanjang bulan Mei. Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim
menuai padi. Pesta ini diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam. Upacara
yang diadakan pada pesta menuai ini antaranya ialah tarian sumazau dan
pertandigan unduk ngadau atau ratu cantik. Semasa pesta menuai ini diadakan,
petani datang beramai-ramai untuk menjual hasil tanaman mereka di tempat
perayaan atau di Tamu Besar. Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah
mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai
"arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk
Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau
Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Kini, pesta menuai dirayakan oleh semua
kaum dan menjadi hari kebesaran negeri Sabah.

Upacara menyambut Pesta Keaamatan
2.6

Makanan Tradisional Masyarakat Dusun
Masyarakat Dusun terkenal dengan kegiatan mengusahakan ladang tanam-

tanaman. Jadi, mereka menjadikan Linapod sebagai bekalan sehingga ke dini hari.
Linapod ialah nasi yang ditumbuk dengan ubi keledek, kemudian dibungkus dengan
sejenis daun yang menambahkan aroma nasi. Linapod enak dimakan dengan sayur
tumis dan ikan kering. Nasinya daripada beras merah atau padi yang baru dituai. Kini
Linapod bukan sahaja dijadikan bekalan ke ladang, tetapi boleh didapati di majlismajlis perkahwinan.

Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Linapod)
Selain itu, hinava ginapan juga menjadi antara makanan tradisional yang
digemari oleh masyarakat Dusun. Makanan tradisional ini diperbuat daripada ikan
segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan
kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya.
Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Hinava Ginapan)
Makanan tradisi lain yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih
dikenali sebagai ‘bosou’ atau ‘tonsom’. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai
'tinamba' oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah,
kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam
dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan
disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama
seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya,
masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan
masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang
dinikmati bersama nasi putih.
Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Bosou)
2.7

Peraturan dan Adat Resam Masyarakat Dusun
Anggota masyarakat yang melakukan kesalahan melanggar adat resam akan

dikenakan hukuman denda atau ganti rugi. Ganti rugi ini akan diberikan kepada
keluarga mangsa. Antara ganti rugi yang dikenali dalam masyarakat Dusun ialah
sogit, babas dan kepanasan. Hukuman sogit dikenakan apabila seseorang
melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.
Babas dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan. Manakala kepanasan pula
dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.
Upacara membuang panas atau menebus kesalahan diadakan, dan pihak yang
bersalah akan menanggung segala perbelanjaan upacara tersebut. Tujuan hukuman
adalah untuk mengeratkan semula hubungan pihak yang berselisih faham tadi.
2.8

Agama dan Kepercayaan Masyarakat Dusun
Pada awalnya, masyarakat Dusun di Sabah mengamalkan kepercayaan

animisme. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum.
Bagi masyarakat kadazan/dusun, mereka percaya kepaa Tuhan yang dinamakan
Kinorohingan yang bersemayam di dunia lain. Kinorohingan merupakan tuhan di
mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan daripada
sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib
seperti "Roogon" atau syaitan. Suku kaum ini juga percaya roh orang mati akan pergi
ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau
neraka. Oleh sebab itu, mereka menamakan gunung itu Aki Nabalu. Jampi
masyarakat Dusun banyak menyebut perkataan Nabalu. Orang Dusun/Kadazan juga
menyimpan tajau sebagai warisan pusaka turun-temurun. Di antara kegunaan tajau
ialah sebagai tempat menyimpan mayat untuk dikebumikan. Tajau seperti ini
kebanyakannya dibawa dari luar negeri.

Warisan Turun Temurun Masyarakat Dusun (Tajau)

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAHNOOR MUSTAQIM MOHAMED
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Waj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWaj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWyna Thomas
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Teori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialTeori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialElyana Aziz
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 

Mais procurados (20)

Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Waj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWaj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budaya
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Teori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialTeori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosial
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 

Destaque (20)

Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Adat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusunAdat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusun
 
Adat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanAdat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazan
 
Kadazandusun wedding
Kadazandusun weddingKadazandusun wedding
Kadazandusun wedding
 
Etnik Sabah
Etnik SabahEtnik Sabah
Etnik Sabah
 
The Ethnic Culture Of Kadazandusun
The Ethnic Culture Of KadazandusunThe Ethnic Culture Of Kadazandusun
The Ethnic Culture Of Kadazandusun
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Lifestyle, culture and tradition
Lifestyle, culture and traditionLifestyle, culture and tradition
Lifestyle, culture and tradition
 
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asli
 
Undang undang adat
Undang undang adatUndang undang adat
Undang undang adat
 
Sedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuSedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai suku
 
1 seni dan tari
1   seni dan tari1   seni dan tari
1 seni dan tari
 
kesusasteraan Bahasa Kadazandusun
kesusasteraan Bahasa Kadazandusunkesusasteraan Bahasa Kadazandusun
kesusasteraan Bahasa Kadazandusun
 
Pantang larang
Pantang larangPantang larang
Pantang larang
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Kopogisuaian istilah tumanud dialek
Kopogisuaian istilah tumanud dialekKopogisuaian istilah tumanud dialek
Kopogisuaian istilah tumanud dialek
 
Bab 11 Sabah
Bab 11 SabahBab 11 Sabah
Bab 11 Sabah
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 

Semelhante a Masyarakat Dusun di Sabah

Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfMuhammadRipurio
 
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptx
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptxBK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptx
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptxAlimSimamora
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikUSM
 
Tentang Lampung
Tentang LampungTentang Lampung
Tentang LampungRaha Sia
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalOctaviana Adn
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)princessvalues
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumAfifah Yusoff
 
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkp
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkpKEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkp
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkpAllya Q
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore VJ Asenk
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 
Pernikahan suku jawa bertentangan dalam islam
Pernikahan suku jawa  bertentangan dalam islamPernikahan suku jawa  bertentangan dalam islam
Pernikahan suku jawa bertentangan dalam islamajeng fani
 
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 A
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 AWawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 A
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 AKemala Sari
 
Tradisi pernikahan jawa
Tradisi pernikahan jawaTradisi pernikahan jawa
Tradisi pernikahan jawambak_aul
 
Tugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi newTugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi newnofianatasari
 

Semelhante a Masyarakat Dusun di Sabah (20)

Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
 
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptx
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptxBK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptx
BK_LINTAS_BUDAYA_MINANGKABAU_pptx.pptx
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnik
 
Tentang Lampung
Tentang LampungTentang Lampung
Tentang Lampung
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
 
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkp
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkpKEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkp
KEBUDAYAAN SUNDA XI MIA 1 smansapkp
 
Budaya 2 klb 2
Budaya 2 klb 2Budaya 2 klb 2
Budaya 2 klb 2
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 
Pernikahan suku jawa bertentangan dalam islam
Pernikahan suku jawa  bertentangan dalam islamPernikahan suku jawa  bertentangan dalam islam
Pernikahan suku jawa bertentangan dalam islam
 
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 A
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 AWawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 A
Wawasan kemaritiman (penduduk B) 2015 A
 
Adeliya
AdeliyaAdeliya
Adeliya
 
Tradisi pernikahan jawa
Tradisi pernikahan jawaTradisi pernikahan jawa
Tradisi pernikahan jawa
 
Tugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi newTugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi new
 

Último

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Último (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

Masyarakat Dusun di Sabah

  • 1. 2.0 Masyarakat Dusun 2.1 Latar Belakang Masyarakat Dusun Masyarakat Melayu, Cina dan India kebanyakkannya menetap di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak pula kebanyakkan didominasi oleh bumiputera yang lain seperti Dusun, Bajau, Sungai, Bidayuh dan sebagainya. Masyarakat dusun merupakan kaum yang keluar dari daratan Asia melalui Semenanjung Tanah Melayu dan berhampiran dengan Brunei. Mereka membuat petempatan di kawasan pantai. Mereka menamakan kumpulan pertama itu Dusun. Ada antara kumpulan Dusun yang disebut sebagai orang Brunei sebagai Bisaya. Mereka merupakan penduduk asli Brunei dan ada yang berhijrah di Sabah. Salah satu daripada kumpulan itu dipercayai membuat petempatan di sungai Liwagu di kaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung yang terbesar di Malaysia. Gunung Kinabalu ialah tempat terdapatnya banyak pokok aru merah atau dalam bahasa Dusun disebut sebagai Nunukragang. Kumpulan ini menamakan diri mereka sebagai nunukragang sempena nama pokok tersebut. Nunukragang yang dikatakan sebagai masyarakat pribumi rumpun Dusun yang kini juga dikenali sebagai kadazandusun. Oleh itu istilah kadazandusun pula merujuk kepada sesiapa yang menganggap dirinya berasal daripada keturunan Nunukragang yang dipercayai berasal daripada Tanah Besar Asia dan berhijrah keluar bersama kumpulan orang melayu proto atau “ Indonesia” atau “ Indo - Malayan” 2.2 Tempat Tinggal Masyarakat Dusun Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Ini menunjukkan kaum Dusun lebih mendominasi di Sabah berbanding Sarawak. Suku kaum Dusun tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau. Kebanyakan mereka adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Kaum Dusun ini membentuk kebudayaan yang dinamik di negeri Sabah (Kitingan, 1982). Dusun kebanyakannya tinggal di Keningau dan Ranau (Ismaily Bungsu, 1988). Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut adalah menetap daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah
  • 2. Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Rajah dibawah merupakan antara bentuk rumah yang menjadi tempat tinggal masyarakat Dusun. Tempat Tinggal Masyarakat Dusun 2.3 Budaya Masyarakat Dusun Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, budaya bermaksud membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) Masyarakat Dusun mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial (Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, 1987). Antaranya, sistem dari aspek budaya objektif dan budaya subjektif . Budaya objektif terdiri daripada bahasa, pakaian, pekerjaan dan juga muzik seperti tarian sumazau dan alat -alat muzik Sompoton, Turali, Tongkungon, Tagunggak, Bakokong, Kulintangan Tring, Bungkau dan Gong (Ismaily Bungsu, 1988) manakala budaya subjektif ialah upacara pemujaan seperti pembacaan doa atau "megendi" dengan menggunakan "komborongoh". Budaya ini adalah satu kemestian dalam masyarakat Dusun ketika memulakan sesuatu perkara seperti masuk rumah baru
  • 3. "Rumesod", mengubati pesakit, menghindari gangguan syaritan, hari keluarga "meginakan" dan sebagainya. Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995). Bahasa juga merupakan antara salah satu budaya bagi sesuatu kelompak masyarakat. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou dan banyak lagi. Bahasa Dusun Liwan pula tertumpu di daerah Ranau. Dalam meneruskan kehidupan untuk berkeluarga bagi yang ingin berkahwin, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membuat pemilihan dan merestui hubungan anak-anak mereka. Dalam masyarakat dusun, ibu bapa juga bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengantin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian. Kemeriahan ketika majlis perkahwinan ini diaraikan oleh seluruh penduduk kampong. Namun begitu, sebelum dibuat peminangan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah melantik seorang orang tua, yang bukan ibu bapa dan bukan dari keluarga dekat lelaki yang hendak meminang itu. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi dan tidak boleh dijalankan pada waktu petang ataupun malam. Wakil pihak lelaki ini akan merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapanya jika perempuan tersebut tidak mempunyai ibu bapa lagi. Risikan pertama ini bertujuan untuk mengetahui adakah perempuan tersebut dalam proses risikan orang lain atau dalam proses pertunangan. Jika didapati perempuan
  • 4. tersebut dalam proses pertunangan, risikan tidak boleh diteruskan. Ia bertujuan untuk menjaga hak mereka yang datang merisik lebih awal. Manakala jika perempuan itu dalam proses risikan dari pihak lelaki lain,risikan yang datang kemudian ini ditangguhkan buat sementara sehingga mendapat keputusan yang muktamad dari risikan orang yang terdahulu itu. Risikan harus ditangguhkan supaya pihak perempuan tidak terkeliru dalam memilih pasangan hidupnya dan membuat keputusan yang bijak dalam memilih. Jika perempuan yang dirisik itu tidak bertunang ataupun tidak dalam proses risikan dari pihak lelaki lain, barulah orang tua wakil dari pihak lelaki boleh merisik dan bebas melanjutkan proses risikannya. Risikan ini dijalankam mengikut peringkatnya dan memakan masa selama berhari-hari, berminggu malah berbulan. Hal ini kerana banyak hal yang perlu diketahui oleh ibu bapa perempuan yang dirisik itu, atas diri dan keluarga yang merisik anaknya. Antaranya termasuklah susunan keluarga, akhlak, kemampuan dan sebagainya. Dalam proses risikan ini, keluarga lelaki akan cuba mengenal pihak perempuan dengan sebenar-benarnya. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main dan perkahwinan yang berlangsung diharapkan dapat bertahan hingga ke akhir hayat. Pihak keluarga lelaki akan cuba mencari persamaan dengan keluarga pihak perempuan demi kelangsungan rumah tangga yang berkekalan. Tambahan lagi, setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Proses risikan inilah yang memainkan peranan penting dalam permulaan sebuah perhubungan. Peminangan dari pihak lelaki di terima apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Selepas itu acara pertunangan yang menggunakan perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan,
  • 5. alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Contohnya barang keperluan diri seperti beg, kasut, alat mekap dan sebagainya. Setelah itu, akan berlangsung majlis perkahwinan jika semua urusan peminangan selesai. Majlis perkahwinan ini memakan masa selama tiga hari berturur-turut. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah mohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadisgadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam. Menjadi satu kebudayaan masyarakat dusun untuk memakai pakaian tradisional mereka dalam adat istiadat perkahwinan. Pakaian Tradisional masyarakat Dusun Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara mengendi dan bukan daripada golongan leleki. Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada
  • 6. talian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukar-tukar barang denda). Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak. Ia adalah simbolik bagi menghukum para suami atau isteri yang curang disamping cuba menghiburkan hati para suami atau isteri yang dicurangi. Antara budaya lain masyarakat dusun ialah apabila berlaku ketian. Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya. Selain daripada budaya dalam majlis perkahwinan, masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomolyang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut. Bagi pesalah yang melakukan kesalahan mencuri pula, masyarakat dusun mempunyai budaya tersendiri untuk menhukum pencuri tersebut. Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan celaan
  • 7. masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari kampungnya. Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" . Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacaramengendi dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi. Di Semenanjung seperti di negeri Johor, Kelantan, Kedah dan sebagainya mempunyai tarian yang tersendiri. Contohnya Tarian Zapin, Boria, Dikir Barat, dan sebagainya. Masyarakat Dusun pula menjadikan Tarian Sumazau sebagai tarian mereka. Tarian Sumazau merupakan tarian yang ditarikan semasa majlis Tadau Kaamatan yang bertujuan untuk menyambut kedatangan “Bambaazon” (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi. Mereka yang menarikan tarian ini akan menggunakan pakaian berwarna hitam yang dihiasi corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Bagi penari perempuan, mereka dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollar). Manakala penari lelaki akan menggunakan tanjak disamping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
  • 8. Tarian Sumazau Masyarakat Dusun Semangat padi dipercayai memiliki kuasa ghaib yang dapat menyuburkan padi, menjaga ladang atau sawah padi dan meningkatkan hasil tanaman. Oleh sebab padi merupakan makanan utama beberapa upacara ritual dijalankan seperti memuja semangat padi. Jika upacara memuja padi tidak dijalankan mereka percaya bahawa hasil padi akan terjejas. Semangat padi disebut sebagai Bambaazon Bambarayon. Upacara Semangat Padi Masyarakat Dusun atau
  • 9. Mereka juga dididik tentang kepercayaan terhadap kuasa ghaib Komburongo iaitu sejenis bahan yang digunakan Bobolian dalam upacara keagamaan dan pengubatan tradisional. Amalan tersebut diajarkan oleh nenek moyang dusun kepada anak cucunya kerana dianggap ilmu yang penting dan merupakan pendidikan yang amat berguna. Masyarakat Dusun meminta bantuan Bobolian untuk mengetahui punca penyakit dan memohon jasa baik Bobolian supaya mengubati penyakit tersebut. Bobolian dianggap sebagai pakar dalam ilmu roh dan kuasa ghaib dan juga dianggap sebagai doktor dalam pengubatan penyakit. Mereka juga dianggap sebagai ketua dalam suatu upacara keagamaan. Tambahan lagi, Tarian Sumazau dikatakan sebagai tarian khusus bagi menyambut hari mengaji atau disebut Mengahau dalam bahasa Dusun. Tarian ini dikatakan bukan untuk bersuka ria atau menyambut hari keramaian dan sebagainya. Bagi masyarakat Dusun suku Lotud di Tuaran Mengahau pula, suatu majlis dibuat besar-besaran sehingga memakan masa lima malam. Seekor kerbau, tiga ekor ayam dan sekurang-kurangnya tujuh karung beras harus dikorbankan untuk makanan dan sedekah bagi menjayakan majlis ini. Dalam bahasa mereka disebut sebagai Tatabor kepada orang-orang yang mengaji termasuk tetamu khas. Upacara ini bertujuan untuk menjamu semangat Gusi iaitu sejenis tempayan besar. Ia bertujuan untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia dengan harapan roh-roh si mati mendapat rahmat. Berbagai-bagai acara diadakan sepanjang upacara Mengahau ini termasuklah tarian Sumazau yang dipersembahkan pada malam keduanya. 2.4 Amalan Masyarakat Dusun Setiap kaum di Malaysia mempunyai amalan yang menjadi kebiasaan bagi kaum masing-masing. Kebiasaannya amalan ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan fahaman oleh yang diwarisi turun temurun. Ia juga di anggap sebagai pengenalan bagi kaum tersebut. Kaum Dusun di Sabah mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Profesor Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Profesor Dr. Mohd Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang. Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan mempunyai kuasa tertinggi dari segala sesuatu. Tuhan tempat mereka mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan meminta perlindungan daripada sebarang penyakit serta kinorohingan dapat
  • 10. menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau "Roogon" dalam bahasa Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah baru, mengubati orang sakit, upacara memulakan menuai padi dan sebagainya, semuanya dimulai dengan mentera dan pemujaan kepada Kinorohingan. Menurut Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan. Masyarakat Dusun juga tahu dan yakin bahawa adanya syurga dan neraka di akhirat nanti, yang mesti dialami oleh seseorang yang sudah mati. Bagi orang yang beramal baik ketika hidup di dunia, mereka akan masuk ke syurga. Manakala orang yang berbuat jahat pula ketika hidupnya di dunia akan masuk ke neraka. Masyarakat Dusun percaya, bahawa Tuhan mereka satu sahaja, namanya Kinorohingan, dan bersemayam di dunia lain. Walaupun tuhannya itu hanya satu, tetapi menurut kepercayaan mereka, Kinorohingan itu mempunyai isteri yang bernama Yumun atau umun,dan mempunyai dua orang anak lelaki, yang tua sekali bernama Logon. Dalam pemujaan, Umun ini mempunyai mentera yang khusus. Anak Kinorohingan yang sulung iaitu Logon, dikirim oleh Kinorohingan ke dunia ini, untuk memimpin manusia ke jalan yang benar, dan membina dunia ini bagi kesejahteraan manusia. Tetapi anak sulung Kinorohingan ini sudah mengingkari perintah Kinorohingan. Logon berbuat jahat di dunia ini dan membantuk pengikutnya untuk bertindak melaksanakan kejahatan kepada manusia dan menanamkan unsurunsur jahat dalam diri manusia. Untuk membetulkan keadaan yang buruk di dunia akibat perbuatan Logon maka, Kinorohingan mengirim pula anaknya yang kedua. Anak lelaki Kinorohingan yang kedua ini datang ke dunia bersama isterinya. Anak ini segera menjalankan perintah ayahnya, tetapi disebabkan kerana pengaruh abangnya sudah begitu kuat, dan pengikut serta pasukan Logon itu sudah terlalu ramai, maka anak lelaki kedua Kinorohingan ini tidak terdaya lagi menghapuskan kejahatan itu seluruhnya dalam diri manusia. Pertarungan ajaran kebaikan dan pengaruh kejahatan inilah yang mempengaruhi hidup manusia di dunia ini. Kelak jika mereka sudah mati, yang berbuat baik akan menerima balasan baik iaitu masuk ke syurga, manakala yang berbuat jahat akan menerima balasan siksa dan akan masuk ke neraka. Moral dan intisari pengajaran Kinorohingan ini ada termaktub dalam mentera pemujaan masyarakat dusun.
  • 11. Menurut kepercayaan masyarakat dusun, Kinorohingan ini hidup terus di kayangan. Tapi dia tidak lagi mengirim anaknya yang lain datang ke dunia. Oleh itu terserah kepada manusia untuk mentaati atau mengingkari perintahnya. Sehubungan dengan kepercayaan ini juga, masyarakat Dusun terutama yang dikaitkan dengan Pagan itu yakin, bahawa setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung kinabalu. Mereka menamakan gunung itu Aki Nabalu dan dalam mentera banyak sekali ditemui dengan sebutan Nabalu sahaja. Aki ertinya nenek moyang. Dan Nabalu ertinya tempat roh. Kelanjutan daripada keyakinan ini, ialah, roh yang mati itu tidak menetap di Gunung Kinabalu. Sebab bila tiba masanya, roh itu akan pergi ke tempat yang jauh, di seberang dunia untuk masuk ke syurga atau ke neraka. Bagi roh yang masuk ke syurga, dia akan menikmati hidup senang seperti juga kesenangan dalam dunia. Bagi roh yang masuk ke neraka, dia akan menerima siksaan dan tidak dapat menikmati kesenangan. Untuk mengatur rukun hidup dalam masyarakat masyarakat Dusun, mereka dikawal oleh undang-undang adat. Setiap pelanggaran norma-norma hukum yang berlaku dalam masyarakat, dijatuhi hukuman adat. Hukuman-hukuman ini perlu untuk membentuk peribadi seseorang yang bersesuaian dengan adat-adat mereka. Zaman dahulu, hukuman yang terberat ialah hukuman mati. Hukum yang lebih ringan daripada itu, dikeluarkan daripada keluarga dan masyarakat sekitarnya dan dibuang ke tempat lain tapi masih terikat dengan keluarga. Selain daripada itu, inilah yang lazimnya terjadi iaitu dihukum membayar denda yang dinamakan sogit , sugit atau sagit. Sugitini banyak jenisnya, dan berbagai puncanya yang timbul dari kesalahan seseorang dalam kehidupan sehari-hari. Umpamanya dalam aktiviti Mintarom. manakala, orang yang menjadi hakim dan juri untuk menentukan hukuman atas sesuatu pelanggaran undang-undang adat ini terdiri daripada orang tua-tua yang diakui berwibawa sah dalam masyarakat di tempat masing-masing. Penghakiman ini juga termasuklah hal-hal perkahwinan, perceraian, persemandaan, pembahagian harta pusaka, pembahagian harta pencarian, menentukan kadar sogit dan sebagainya. Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diingkari. Pelaksanaan Sogit dilakukan dalam upacara istiadat dihadiri oleh semua pihak yang berkaitan menurut adat, lengkap dengan peralatannya.
  • 12. 2.5 Perayaan Masyarakat Dusun Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan ini juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Pesta ini diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam. Upacara yang diadakan pada pesta menuai ini antaranya ialah tarian sumazau dan pertandigan unduk ngadau atau ratu cantik. Semasa pesta menuai ini diadakan, petani datang beramai-ramai untuk menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau di Tamu Besar. Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Kini, pesta menuai dirayakan oleh semua kaum dan menjadi hari kebesaran negeri Sabah. Upacara menyambut Pesta Keaamatan
  • 13. 2.6 Makanan Tradisional Masyarakat Dusun Masyarakat Dusun terkenal dengan kegiatan mengusahakan ladang tanam- tanaman. Jadi, mereka menjadikan Linapod sebagai bekalan sehingga ke dini hari. Linapod ialah nasi yang ditumbuk dengan ubi keledek, kemudian dibungkus dengan sejenis daun yang menambahkan aroma nasi. Linapod enak dimakan dengan sayur tumis dan ikan kering. Nasinya daripada beras merah atau padi yang baru dituai. Kini Linapod bukan sahaja dijadikan bekalan ke ladang, tetapi boleh didapati di majlismajlis perkahwinan. Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Linapod) Selain itu, hinava ginapan juga menjadi antara makanan tradisional yang digemari oleh masyarakat Dusun. Makanan tradisional ini diperbuat daripada ikan segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya.
  • 14. Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Hinava Ginapan) Makanan tradisi lain yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai ‘bosou’ atau ‘tonsom’. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai 'tinamba' oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih.
  • 15. Makanan Tradisional Masyarakat Dusun (Bosou) 2.7 Peraturan dan Adat Resam Masyarakat Dusun Anggota masyarakat yang melakukan kesalahan melanggar adat resam akan dikenakan hukuman denda atau ganti rugi. Ganti rugi ini akan diberikan kepada keluarga mangsa. Antara ganti rugi yang dikenali dalam masyarakat Dusun ialah sogit, babas dan kepanasan. Hukuman sogit dikenakan apabila seseorang melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang. Babas dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan. Manakala kepanasan pula dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat. Upacara membuang panas atau menebus kesalahan diadakan, dan pihak yang bersalah akan menanggung segala perbelanjaan upacara tersebut. Tujuan hukuman adalah untuk mengeratkan semula hubungan pihak yang berselisih faham tadi. 2.8 Agama dan Kepercayaan Masyarakat Dusun Pada awalnya, masyarakat Dusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat kadazan/dusun, mereka percaya kepaa Tuhan yang dinamakan Kinorohingan yang bersemayam di dunia lain. Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan daripada sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Suku kaum ini juga percaya roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka. Oleh sebab itu, mereka menamakan gunung itu Aki Nabalu. Jampi masyarakat Dusun banyak menyebut perkataan Nabalu. Orang Dusun/Kadazan juga
  • 16. menyimpan tajau sebagai warisan pusaka turun-temurun. Di antara kegunaan tajau ialah sebagai tempat menyimpan mayat untuk dikebumikan. Tajau seperti ini kebanyakannya dibawa dari luar negeri. Warisan Turun Temurun Masyarakat Dusun (Tajau)