2. PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan beberapa aspek
yang berkaitan dengan bahasa dalam
komunikasi, iaitu:
definisi bahasa dan komunikasi,
bentuk dan ciri umum komunikasi,
aspek-aspek lisan yang perlu diberi perhatian,
komunikasi lisan dan bertulis serta kesalahan
umum bahasa.
Bahasa telah digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi, malah menjadi asas utama
peradaban manusia hingga ke hari ini.
3. Pada peringkat awal, lisan dan lambang
memainkan peranan utama. Seterusnya
menerusi evolusi bahasa, muncullah
tulisan yang digunakan sebagai sistem
interaksi dan komunikasi manusia.
Tulisan telah melengkapkan kita dengan
sesuatu ingatan yang luas, kekal dan
umum.
4. DEFINISI BAHASA
“ Bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia atau percakapan
yang baik, tingkah laku yang baik,
sopan santun” (Noresah Baharom,
2000).
5. Menurut ahli linguistik struktural pula
“bahasa ialah lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari, bersistem
dan digunakan oleh anggota
masyarakat untuk berkomunikasi”.
Sementara itu, Nik Safiah Karim (1981)
salah seorang pakar bahasa
menyatakan bahawa “bahasa adalah
satu sistem lambang pertuturan yang
arbitrari yang digunakan oleh manusia
sebagai alat untuk berhubung” (h.12).
6. Carroll (1963), melihat bahasa dari
sudut linguistik.
Menurut beliau, “bahasa adalah
satu sistem berstruktur daripada
bunyi-bunyi vokal dan urutan
bunyi-bunyi yang dipakai
sewenang-wenangnya atau
digunakan untuk berkomunikasi
oleh sekumpulan manusia”.
7. Kesimpulan
Bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang diguna sebagai alat
perhubungan ataupun bahasa juga
ialah lambang-lambang pertuturan
yang arbitrari (sewenang-
wenangnya), bersistem dan
digunakan oleh anggota masyarakat
untuk berkomunikasi
8. DEFINISI KOMUNIKASI
Terdapat beberapa orang sarjana yang
memberi definisi berkaitan dengan
komunikasi. Menurut Schrammn (Ahmad
Kamil Mohamed, 1992) “mendefinisikan
komunikasi sebagai usaha untuk berkongsi
maklumat, satu idea dan sikap”.
Menurut beliau lagi, komunikasi
memerlukan tiga elemen, iaitu sumber,
mesej dan destinasi. Komunikasi adalah
satu organisme kepada satu rangsangan
(stimulus).
9. Komunikasi berlaku apabila gangguan
persekitaran (rangsangan)
mempengaruhi satu organisme dan
orang tersebut berbuat sesuatu
terhadapnya.
Sekiranya rangsangan itu tidak
dipedulikan oleh seseorang, jadi tidak
akan berlaku komunikasi.
10. Menurut Williams (1984), kita
sebenarnya tidak boleh bertukar
makna secara langsung .
Kita hanya boleh bertukar simbol
secara fizikal seperti dalam perbualan
atau penulisan atau dengan cara yang
lebih kompleks, iaitu seperti bahan
penerbitan, penyiaran, perfileman dan
masej dalam peralatan elektronik.
11. Menurut Sillars (1988), ramai orang
merasakan bahawa oleh kerana
komunikasi adalah tentang penyampaian
masej, ketepatan bahasa yang
digunakan tidak penting asalkan mesej
itu sampai.
12. Kesimpulan.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa,
bahasa adalah perkaitan di antara bunyi
percakapan atau bentuk penulisan
dengan makna yang dikehendaki
penggunanya.
Bahasa adalah perantaraan dalam
proses komunikasi manusia. Selain itu,
bahasa memainkan peranan utama
dalam perkongsian maklumat antara
sumber, mesej dan destinasi.
13. JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi berlaku dalam pelbagai
bentuk sama ada melalui komunikasi lisan
atau komunikasi bukan lisan .
Bahagian yang terlibat dalam komunikasi
lisan ialah mulut, iaitu ketika proses
pembentukan suara atau perkataan.
Selain itu, bahagian komunikasi tanpa
lisan pula ialah seluruh tubuh pengucap
seperti kepala, mata, tangan, badan, nada
suara serta mimik muka ( Abdul Mua’ti
Ahmad 1994).
14. Ahmad Kamil Mohammed (1992),
secara umumnya membahagikan
bentuk komunikasi kepada lima bentuk
yang utama seperti berikut:
a) Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan adalah cara
berkomunikasi dengan melahirkan
perkataan-perkataan daripada mulut.
Komunikasi lisan dapat berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual
secara bersemuka.
15. b) Komunikasi Persuratan
Komunikasi persuratan memulakan
era tamadun bagi sesuatu bangsa.
Komunikasi persuratan memerlukan
tumpuan kepada proses komunikasi
intraperibadi.Di sini, seseorang itu
perlu berfikir sebelum melahirkan
sesuatu dengan agak serius.
Bentuk-bentuk komunikasi jenis ini
termasuklah nota tidak rasmi, memo,
surat, pekeliling, borang, laporan dan
sebagainya.
16. c) Komunikasi Visual
Komunikasi visual menggunakan gambar
atau ilustrasi dan lukisan. Pada hari ini,
komunikasi visual semakin meluas
penggunaannya kerana lebih berkesan.
Iklan di dalam majalah, brosur, dan papan
iklan semuanya menggunakan kaedah
komunikasi visual.Terdapat dua jenis
komunikasi visual, iaitu:
komunikasi grafik dan imej begerak.
17. d) Komunikasi Wahyu
Komunikasi wahyu adalah bentuk
komunikasi tuhan kepada manusia.
Mesej yang disampaikan dibawa oleh
rasul dalam bentuk kitab seperti Zabur,
Taurat, Injil, dan Al-Quran.
Mesej yang disampaikan itu menjadi
petunjuk dalam kehidupan manusia dan
menjadi satu cara hidup atau yang
disebut juga dengan istilah agama.
18. e) Komunikasi Isyarat
Dalam komunikasi jenis ini, makna dilahirkan
melalui bunyi, pergerakan anggota, mimik
muka, pergerakan badan, objek atau
sebarang rupa bentuk yang di luar daripada
penggunaan oleh sistem bahasa yang formal.
Komunikasi isyarat mempunyai makna yang
berbeza mengikut budaya bangsa yang
menggunakannya.
19. ASPEK-ASPEK KOMUNIKASI
Alasan yang utama mengapa kita pelajari
teknik komunikasi lisan yang berkesan ialah
untuk mengetahui bagaimana komunikasi itu
efektif.
Misalnya, terhadap suatu isi pesan (message
content ) yang kita ucapkan, kita ingin dapat
meramalkan kesannya yang akan timbul pada
pihak penerimanya.
20. Penguasaan Tatabahasa
Penguasaan tatabahasa merupakan salah satu teknik
komunikasai lisan yang penting. Penguasaan tatabahasa
bererti pemahaman perucap tentang selok-belok struktur
dan sistem bahasa yang dipelajari. Kemahiran tatabahasa
akan memudahkan seseorang itu menguasai atau
mempunyai pengetahuan tentang perbendaharaan kata,
morfologi, sintaksis, semantik, dan fonologi
Melalui penguasaan tatabahasa perucap akan berjaya
mengucapkan atau melahirkan pengucapan yang betul
dan berkesan serta mudah difahami (Kamarudin Hj.
Husin, 1986).
21. Kebolehan menguasai sosiobudaya.
Bahasa mesti dituturkan dengan intonasi
dan struktur yang betul dan ini menjamin
proses komunikasi yang berkesan dan
sekiranya pengetahuan atau kecekapan
sosiobudaya tidak dimiliki oleh seseorang
perucap itu, akan wujudkan kesukaran
dalam dirinya untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi.
22. Kebolehan menguasai wacana.
Wacana dalam konteks komunikasi
bermaksud kemahiran menggunakan
ayat dengan baik dan berkesan serta
mudah difahami oleh pihak yang
mendengar. Kemahiran menguasai
wacana seringkali menghasilkan
perucap yang baik dan senang
didengar.
23. Intonasi dan Nada Suara.
Intonasi dan nada suara merupakan aspek
yang tidak kurang penting dalam
pengucapan. Alunan dan tekanan nada
seharusnya selari dengan apa yang
diucapkan. Intonasi dan nada suara yang
mendatar tidak dapat menarik perhatian
pendengar yang mendengarnya.
24. Kelancaran dan Kefasihan
Aspek kelancaran dan kefasihan merujuk
kemampuan perucap mengucapkan bahasa
dengan lancar dan fasih.
Ini bererti perucap yang tidak mampu
menggarap bahasa dan menterjemahkannya
dalam bentuk pengucapan akan melahirkan
pengucapan secara yang teragak-agak,
tersekat-sekat dan terlalu banyak hentian.
25. Tekanan
Tekanan adalah satu cara menyebut
perkataan, frasa atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat
tertentu. Biasanya, tekanan itu dilakukan
pada suku kata dan ia bertujuan untuk
menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan itu.
26. Laras Bahasa
Laras bahasa dalam konteks ini bererti
kemampuan seseorang perucap
menggunakan bahasa dalam berbagai-
bagai konteks, suasana atau situasi yang
sesuai.
27. KOMUNIKASI LISAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, setiap orang haruslah diberi
peluang melibatkan diri dalam
berinteraksi dengan orang yang
sudah cekap menggunakan bahasa.
29. Komunikasi Telefon
Menurut dapatan dari Kamus Dewan,
telefon adalah alat untuk bercakap dengan
orang yang jauh (Noresah Baharom, 2000).
Komunikasi bermaksud perhubungan
secara langsung atau dengan perantaraan
surat, radio, telefon dan lain-lain (Noresah
Baharom 2000).
30. Kesimpulan
Melalui perbincangan teknik-teknik
komunikasi lisan yang disajikan, kita akan
dapat memahami proses komunikasi lisan
yang lebih mendalam. Komunikasi lisan
dilakukan secara lisan dalam pelaksanaan
kerja.
Teknik komunikasi lisan yang berkesan
adalah suatu komunikasi lisan yang
memerlukan persefahaman antara penerima
dan pengirim dalam menyampaikan
maklumat yang utama antara individu.
31. Komunikasi bertulis dilakukan dalam
bentuk formal untuk memberi arahan dan
memohon perkara rasmi.
Ia melibatkan penggunaan bahasa,
tatabahasa, struktur ayat dan gaya
penulisan dalam pelbagai situasi untuk
individu atau kumpulan.
Bahagian ini akan menekankan beberapa
perkara yang berkaitan dengan komunikasi
bertulis.
32. KOMUNIKASI BERTULIS
Komunikasi bertulis bermaksud
perkataan atau istilah yang dipilih
mewakili idea yang terjana dalam
minda dituliskan dalam bentuk
karakter huruf.
34. CARA MEMPERBAIKI KOMUNIKASI
Semua jenis komunikasi yang berkesan
menggunakan bahasa yang betul.
Bahasa yang betul bermaksud bahawa
semua aspek dalam bahasa seperti
ejaan, perkataan dan ayat adalah betul
menurut kosa kata Melayu yang telah
ditetapkan.
35. CARA MEMPERBAIKI
KOMUNIKASI
PERKATAAN
AYAT
Contoh:
a) Nazrin memancing ikan. ( aktif)
Ikan dipancing oleh Nazrin. (pasif)
Bentuk aktif digemari kerana mudah
difaham, ayat lebih pendek dan
penegasan makna.
36. Kesalahan Umum Bahasa
Bahasa Melayu penulisan memang
berbeza daripada bahasa Melayu
pertuturan. Perbezaan itu kerap disebut
‘kesalahan umum’ dan dapat dilihat
dalam beberapa aspek seperti ejaan,
penggunaan perkataan, pengimbuhan
dan ayat.
37. KESIMPULAN
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam
komunikasi lisan dan bertulis. Kesalahan
berbahasa boleh menyebabkan berlakunya
kekeliruan terhadap mesej yang ingin disampaikan.
Secara amnya, menjadikan bahasa Melayu sebagai
alat komunikasi adalah wajib dan munasabah
terutamanya di Malaysia. Masyarakat Melayu
seharusnya tidak boleh memandang remeh
terhadap kemampuan bahasa Melayu. Ini kerana
melalui pelbagai jenis alat komunikasi lisan dan
bertulis, bahasa Melayu dapat digunakan dengan
baik dan mampu mendokong makna dengan
berkesan.