SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 48
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan murid Tahun 1
Excellent Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh Pahang Darul Makmur
dalam menguasai kemahiran membaca. Fokus utama kajian tindakan ini dijalankan
ialah mengenal huruf besar bagi iaitu 3 huruf yang hampir sama bentuknya iaitu
V,W dan M menggunakan Teknik 4 Jari. Teknik ini merupakan satu kaedah yang
menggunakan pergerakan anggota badan iaitu jari sambil menyebut huruf tersebut.
Pemilihan responden ialah berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan iaitu
melibatkan penggunaan beberapa instrumen pengumpulan , ujian pengesanan,
pemerhatian, temu bual, dan foto. Penganalisisan menunjukkan responden mampu
membezakan ketiga-tiga huruf ini menggunakan teknik 4 jari dalam mengatasi
masalah kekeliruan yang dihadapi. Keputusan penyelidikan ini, menunjukkan teknik
yang dilaksanakan benar-benar meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid .
Kata kunci : membaca, mengenal,menguasai,
ABSTRACT
This aim of the research is to improve the ability of student in Year 1 Excellent in
Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh, Pahang Darul Makmur in mastering
reading skills . The main focus of this action is to identify large letters of 3 characters
matching the shape of V , W and M to use the technique 4 Fingers . This technique is
a method that uses the movement of the limbs of the fingers , calling the letter. The
selection of respondents is based on experiments performed that involves the use of
several instruments to collect , test tracking , observation, interviews , and photos.
The analysis showed that the respondents were able to distinguish these three letters
using 4 fingers in overcoming problems faced confusion . Results of this
investigation show that the technique is executed really improve pupils' achievement
.
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
1. PENDAHULUAN
Pengenalan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi Nilai Pendidikan.
2. FOKUS KAJIAN
Isu Kajian
Tinjauan Literatur
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Objektif Khusus
Persoalan Kajian
4.KUMPULAN SASARAN
5. TINDAKAN YANG DIJALANKAN.
11 REFLEKSI 7-8
12 PENUTUP 8
13 BIBLIOGRAFI
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang sentiasa mengurniakan kudrat
dalam diri untuk menyiapkan tugasan projek Penyelidiakan Tindakan ini.
Pelbagai cabaran yang terpaksa saya ditempuh sepanjang menyiapkan kursus
ini adalah pengalaman yang begitu bermakna serta berharga. Pertamanya,
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pesyarah
penyelia Penyelidikan Tindakan, Tuan Haji Sallehuddin bin Ab. Talib kerana
banyak memberi panduan, idea serta dorongan sepanjang saya menyiapakan
tugasan ini. Setiap perbincangan dan perkongsian pendapat banyak memberi
input terhadap tugasan ini. Segala ilmu yang diberikan tidak dapat saya
membalasnya. Hanya kepada Allah saya berdoa agar semoga ilmu yang saya
perolehi ini akan memberi manfaat kepada saya dan seterusnya dapat
digunakan dalam meningkatkatkan lagi mutu pendidikan negara.
Tidak dilupakan buat seluruh warga Sk Seri Songsang yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan kajian tindakan ini.
Buat rakan seperjuangan juga diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih. Bantuan dan dorongan anda sekalian akan tetap saya kenang buat
selama-lamanya. Diharapkan segala budi anda semua akan mendapat
ganjaran daripada Allah , hanya saya mampu berdoa sahaja agar kalian
mendapat keberkatan di dunia juga di akhirat. Terima kasih juga diucapkan
kepada keluarga tersayang terutama suami dan anak-anak seterusnya seluruh
ahli keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan dorongan kepada
saya untuk meneruskan perjuangan dalam mencapai impian yang dihajati.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
1. PENDAHULUAN
Pengenalan.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan suatu tugas yang
memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru bahasa.
Tidak semua guru bahasa berjaya mencapai objektif yang diinginkan setelah selesai
mengajar bahasa kepada murid-muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya
mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar
berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah timbul dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengecam huruf adalah salah satu kemahiran
yang penting dalam aktiviti mengenal huruf yang dilaksanakan sejak awal
persekolahan lagi. Oleh sebab itu, sebelum kanak-kanak memasuki alam
persekolahan, pendedahan awal haruslah dilakukan untuk memudahkan kanak kanak
menghadapi awal persekolahan dengan selesa. Sudah menjadi kebiasaan jika di awal
persekolahan sebahagian besar kanak-kanak tahun satu sudah mengenal huruf kerana
mereka telah mendapat pendidikan seawal usia 4 hingga 6 tahun sama ada di bawah
kelolaan pihak kerajaan mahupun swasta. Akan tetapi, jika masih ada segelintir
daripada kanak-kanak yang berada di tahun 1 masih belum mengecam huruf adalah
menjadi kebimbangan kepada saya. Berdasarkan pengalaman mengajar di kelas 1
Excellent di Sekolah Kebangsaan Seri , saya mendapati lima orang murid tahun 1
Excellent mengalami kesukaran yang ketara mengecam 3 huruf yang bentuknya
hampir sama iaitu V, W dan M. Bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah
memperkenalkan satu teknik yang dapat membantu murid dalam mengenal ketiga-
tiga huruf ini.
Teknik yang diperkenalkan ialah Teknik 4 jari. Teknik ini merupakan salah
satu wadah untuk membantu murid untuk mengenal huruf yang hampir sama
bentuknya iaitu v, w dan m. Tujuan ini bertujuan agar dapat membantu murid
mengenal semua huruf yang berjumlah 26. Walaupun tumpuan teknik ini hanya
sesuai untuk tiga huruf ini sahaja namun saya rasakan bahawa teknik ini amat sesuai
kepada murid yang lemah. Di samping itu juga teknik ini juga dapat menarik minat
murid kerana murid menggunakan jari mereka sendiri sebagai bahan utama,
pergerakkan jari sambil menyebut perkataan menjadikan aktiviti yang dijalankan
lebih menarik dan membantu murid mengingat huruf ini dengan mudah. Melalui
teknik yang dijalankan ini ada kesinambungan antara satu-satu huruf itu. Murid
mudah untuk mengingat kerana murid melaksanakan sendiri aktiviti tersebut. Murid
juga boleh melaksanakan aktiviti ini secara berpasangan.
Antara persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah keupayaan
murid untuk menyebut huruf yang ditunjukkan dengan betul iaitu huruf V,W dan M.
Tujuan persoalan ini dikemukakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengusaan
murid terhadap kemahiran mengecam huruf. Persoalan yang kedua yang telah
dikemukakan adalah keupayaan murid untuk membezakan antara ketiga-tiga huruf
ini dengan menggunakan teknik ‘4 Jari’. Tujuan persoalan ini dikemukakan adalah
untuk mengenal pasti murid dapat membezakan antara ketiga-tiga huruf ini
menggunakan Teknik 4 Jari yang diperkenalkan oleh pengkaji.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada awal tahun ini, pengkaji telah memulakan tugas sebagai seorang guru di
sekolah baru di daerah Temerloh. Sebelum ini pengkaji bertugas di daerah Lipis
selama hampir 10 tahun. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar tahun 1.
Pengalaman yang baru akan dialami oleh pengkaji yang mana sebelum ini sering
mengajar Bahasa Malaysia untuk murid tahap 2 dan tumpuan utama ialah murid
tahun 6. Pertama kali masuk ke kelas 1 Excellent pengkaji sudah berasa agak janggal
di kelilingi murid yang baru masuk ke alam persekolahan. Semuanya baru bagi
mereka.Setelah melaksanakan pengajaran Bahasa Malaysia dalam kelas 1 Excellent
pengkaji dapati masih ada sebilangan murid yang tidak dapat mengenal kesemua
huruf yang berjumlah 26 itu dengan betul. Masih juga terdapat segelintir murid yang
masih tidak dapat mengecam huruf yang hampir sama bentuknya seperti V,W dan M
dan B, P serta D sama ada huruf kecil ataupun huruf besar. Pengkaji dapati jika
masalah ini dibiarkan terus berlarutan akan menyebabkan murid ini gagal dalam
menguasai kemahiran membaca seterusnya menulis. Sebagaimana yang terkandung
di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah menetapkan bahawa setiap murid
yang berada dalam tahun 1 mesti menguasai kemahiran membaca dan menulis. Oleh
yang demikian sepatutnya setiap murid tahun 1 sudah menguasai kemahiran
membaca terutama sekali telah mengenal huruf seterusnya membaca. Kajian yang
dijalankan oleh pengkaji ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam
kalangan segelintir murid tahun 1 Excellent yang telah dikenalpasti oleh pengkaji
seramai 5 orang. Hasil pemerhatian dan tinjauan ringkas telah dipastikan bahawa
murid yang berada dalam kelas 1 Excellent ini terdiri daripada masyarakat Melayu
dan orang asli berketurunan suku kaum Jahut. Hasil daripada perkongsian ilmu
daripada beberapa tenaga pengajar di kelas ini iaitu perbincangan bersama guru yang
mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral, sememangnya masalah murid tidak
mengenal huruf ini turut dialami oleh mereka juga. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi, akan menimbulkan lebih banyak masalah terutama ketika berada di tahap
dua. Selain itu murid ini akan menghadapi masalah ketika menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada pemerhatian dan melalui aktiviti
yang pengkaji telah jalankan serta lembaran kerja yang diberikan, pengkaji
mendapati masalah ini amat serius dalam kalangan murid di kelas ini.
Dalam melaksanakan pengajaran untuk mengenal huruf pengkaji telah menggunakan
teknik kad huruf yang mana pada kelazimannya digunakan oleh guru ketika
mengajar. Namun apabila pengkaji penggunakan kad huruf ini pengkaji mendapati
bahawa penggunaan kad huruf ini tidak dapat membantu mereka untuk mengatasi
masalah mengenal huruf ini. Penggunaan kad huruf ini hanya dapat membantu
mereka mengenal huruf pada sesi pembelajaran itu sahaja kemudian murid tersebut
lupa. Daya ingatan bagi murid yang menghadapi masalah mengenal huruf agak
lemah berbanding murid lain yang seusia mereka. Oleh kerana mereka masih belum
mengenal huruf, murid ini akan memberikan jawapan yang cepat tanpa berfikir
tentang huruf yang ditunjukkan. Mereka juga keliru dengan huruf yang hampir sama
bentuknya seperti v,w dan m serta b, p dan d. Selain itu juga murid yang mengadapai
masalah dalam mengenal huruf ini tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan semasa proses pembelajaran dijalankan. Mereka lebih suka mengganggu
rakan dan apabila diberikan latihan bertulis mereka akan menyiapkannya dengan
kadar yang segera tanpa memikirkan sama ada telah menjawab dengan betul. Mereka
akan menyiapkan dengan cepat supaya dapat mengganggu rakan lain yang masih
menyiapkan tugasan. Dalam pada itu juga, pengkaji mendapati bahawa murid yang
mempunyai masalah ini tidak memberikan tumpuan semasa guru mengajar. Mereka
lebih sukar berbual ataupun bermain barang yang ada dipersekitaran mereka seperti
alat tulis. Setiap lembaran kerja yang diberikan jarang disiapkan atau dihantar.
Setelah membuat penelitian dan aktiviti yang dijalankan ketika sesi pembelajaran di
dalam kelas pengkaji telah merancang untuk menggunakan teknik ‘4 Jari’ bagi
mengatasi masalah mengenal huruf V, W dan M. Pengkaji merasakan teknik ini
sesuai dan mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh segelintir murid di kelas
ini. Pengkaji merasakan teknik yang diperkenalkan ini mampu menarik minat murid
dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas
seterusnya dapat membantu murid untuk mengenal kesemua huruf bagi
memulakakan langkah kepada kemahiran membaca.
Refleksi Nilai Pendidikan.
Setelah menjalankan sesi pembelajaran di Tahun 1 Excellent Sekolah
Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh Pahang, pengkaji mendapati bahawa masih
terdapat segelintir murid di kelas ini yang tidak mengenal huruf yang hampir sama
bentuknya. Hal ini kerana semasa sesi pembelajaran dijalankan pengkaji telah
menguji murid di kelas ini dengan menggunakan kad huruf yang lazim digunakan
oleh guru yang mengajar tahun 1. Apabila ditunjukkan kad huruf masih ada murid
yang keliru apabila diminta menyebut huruf yang terdapat pada kat huruf yang
ditunjukkan. Mereka juga menjawab setiap huruf yang ditunjukkan secara membuta
tuli tanpa sempat berfikir tentang huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji. Jesteru
pengkaji telah mencipta satu teknik bagi menggantikan kad huruf yang lazimnya
digunapakai oleh guru yang mengajar murid tahun 1. Teknik yang diperkenalkan
ialah teknik ‘4 Jari’ yang dirakan oleh pengkaji amat sesuai diaplikasikan kepada
murid yang lemah. Teknik ‘4 Jari’ ini dapat digunapakai bagi menangani masalah
mengenal huruf yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M.
Pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Pendidika 1996. Akta
Pendidikan 1996 menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di
semua sekolah rendah dan menengah. Tujuan Kurikulum Bahasa Melayu digubal
untuk melahirkan insan yang cekap berbahasa. Manakala matlamat kurikulum
Bahasa Melayu untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan ketrampilan berbahasa
dan berkomunikasi. Bahasa Melayu berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara Malaysia dan telah menjadi bahasa pengantar utama pendidikan
persekolahan dan institusi pengajian tinggi mengikut catatan dalam Artikel 152
Perlembagaan 1957, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961.
Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan
murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk
seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Kegagalan
menguasai kemahiran asas membaca pada peringkat awal, terutamanya dalam
kalangan murid Tahun Satu boleh mengakibatkan berlakunya ‘Defisit Akademik’
dan keadaan ini boleh berterusan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah
menengah malah berterusan sehingga meninggalkan alam persekolahan. ‘Defisit
Akademik’ bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca. Pihak
Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai
kaedah dan menelan jutaan ringgit.
Berdasarkan kepada perkembangan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan.
Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan
dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah-kaedah lama semakin jauh
ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-
model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi
pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang
penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik
terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah
(Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah
dalam perolehan ilmu pengetahuan.
Di samping itu juga, pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada
tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada
sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah
satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil
interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses
perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat
latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu
pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan
manusia melalui pengalaman.
Pada dasarnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan
kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri
daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistik. Pengalaman
ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran berlaku secara
berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.
Bagi merancang satu penyelidikan tindakan yang baik dan berkesan, pengkaji telah
memilih satu model penyelidikan tindakan untuk diaplikasikan dalam usaha
memastikan penyelidikan tindakn yang dijalankan mampu menangani permasalahan
yang dihadapi oleh responden. Model penyelidikan yang telah diaplikasikan ialah
Model Penyelidikan Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988) dalam
penyelidikan tindakan bagi mengatasi masalah murid-murid. Mengikut Model Mc
Taggart terdapat empat peringkat elemen yang utama perlu dilaksanakan dalam
kajian tindakan yang akan dijalankan iaitu tinjauan, merancang tindakan, melaksana
tindakan dan pemerhatian serta merefleksi. Kemmis dan McTaggart (1988)
menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka
boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan
akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak
2.FOKUS KAJIAN
Sepanjang pengkaji menjalankan sesi pembelajaran di kelas 1 Excellent, pengakji
dapat mengesan pelbagai masalah yang dialami oleh murid di kelas ini. Antara
masalah yang dihadapi oleh murid di kelas ini ialah tidak tahu membaca dan tidak
memahami perkataan yang dibaca. Setelah dibuat pemerhatian dan tinjauan dengan
lebih mendalam, masalah ini sebenarnnya berlaku disebabkan terdapat masih ramai
murid di kelas ini yang tidak mengenal huruf sehingga menyebabkan mereka gagal
untuk mengusai kemahiran membaca. Oleh itu, pengakaji telah memilih untuk
memfokuskan kajian ini kepada kemahiran mengenal huruf iatu mengecam huruf
yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M. Walaupun pengkaji memberikan
tumpuan kepada tiga huruf sahaja, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah
murid daripada tidak mengenal huruf sebanyak 26 menjadi kepada 23 huruf sahaja.
Tidak dapat dinafikan ada dikalangan responden yang dipilih sudah mengenal huruf
seperti a,o dan beberapa huruf lain namun mereka masih keliru dengan ketiga-tiga
huruf yang menjadi kajian oleh pengkaji. Sepanjang kajian dilakukan, terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran
mengenal huruf. Antaranya ialah mereka tidak merasakan bahawa dapat mengenal
huruf itu merupakan sesuatu yang sangat penting. Pengkaji memandang serius akan
hal ini kerana jika tidak diatasi masalah ini dengan segera, maka banyak masalah lain
yang akan timbul dan apa yang paling dibimbangi oleh pengkaji ialah bilangan murid
yang tidak tahu membaca akan bertambah dan merosakan imej sekolah.
Berdasarkan senario ini, timbul kesedaran dalam diri pengkaji untuk
merancang satu pendekatan yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk
membantu mereka mengenal huruf terutama huruf yang menjadi fokus utama dalam
kajian ini iaitu V,W dan M.dengan proses pengenalpastian yang dilakukan,
diharapkan murid-murid dapat memperbaiki kelemahan diri mereka dalam mengusai
aspek mengenal huruf.
Isu Kajian
Pengkaji mula mengajar di kelas 1 Excellent sejak sesi persekolahan 2015 dibuka
lagi. Semasa proses pembelajaran dijalankan pengkaji telah mendapat bahawa masih
terdapat murid di kelas ini yang tidak dapat mengecam huruf yang ditunjukkan oleh
pengkaji. Oleh itu, Pengkaji telah memilih 5 orang murid sebagai sampel kepada
kajian yang dijalankan. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan kepada ujian yang
berupa lembaran kerja yang diberikan.
Antara alat kajian yang telah digunakan untuk penyelidikan tindakan ini ialah
melalui kaedah pemerhatian. Tujuan utama kaedah pemerhatian digunakan ialah
untuk memastikan sumber-sumber yang diperolehi adalah betul dan tepat. Hal ini
kerana melalui pemerhatian, pengkaji dapat merancang dan melaksanakan intervensi
yang sesuai berdasarkan masalah yang dikaji. Pemerhatian turut dijalankan semasa
sesi pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji sering meminta responden yang terlibat
untuk memberikan jawapan berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Ketika
memberikan jawapan sampel teragak-agak dan jawapan yang diberikan adalah salah.
Melalui lembaran kerja yang diberikan pengkaji mendapati bahawa responden ini
tidak menjawab mengikut soalan yang dikemukakan. Kadang kala ada terdapat salah
seorang daripada responden ini menghantar lembaran tanpa ada jawapan. Ini
menunjukkan mereka tidak memahaminya walaupun telah diterangkan berulang kali.
Situasi ini mendorong pengkaji untuk menjalankan soal selidik terhadap sampel yang
dipilih bagi membuktikan isu yang dikaji adalah betul dan tepat.
. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk melaksanakan ujian
diagnostik, ujian pra, latih tubi dan ujian pasca ke atas sampel.
Pengkaji telah menjalankan kaedah penelitian dokumen. Kaedah ini
digunakan untuk memilih sampel bagi melaksanakan intervensi yang telah dirancang
oleh pengkaji. Penelitian dokumen ini bertujuan agar dapat melihat peningkatan
prestasi sampel berdasarkan ujian pengesanan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.
Selain itu, satu sesi temu bual juga turut dilaksanakan oleh pengkaji. Satu sesi temu
bual dilaksanakan oleh pengkaji bersama responden. Sesi ini dijalankan untuk
mendapatkan maklum balas responden berdasarkan isu yang sedang dikaji.
Kaedah seterusnya yang digunakan ialah kaedah senarai semak. Kaedah ini
digunakan bertujuan untuk membantu pengkaji menyenaraikan item-item kajian bagi
memastikan pengkaji tidak terlepas pandang terhadap perkara-perkara penting
sewaktu kajian dijalankan. Kaedah terakhir yang digunakan ialah kaedah foto.
Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjadi bahan bukti kepada pelaksanaan
kajian yang dijalankan oleh pengkaji bersama responden.
Bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah merancang satu intervensi
yang dapat membantu meningkatkan prestasi responden dalam aspek mengenal
huruf. Berdasarkan rumusan yang diberikan, permasalahan kajian yang akan
dirungkaikan ialah keberkesanan murid mengecam dan membezakan huruf V,W dan
M menggunakan teknik 4 Jari. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-
guru untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran mengenal
huruf seterusnya kepada kemahiran membaca. Sekiranya terdapat kekurangan dan
kelemahan sepanjang intervensi ini dijalankan, pengkaji akan melakukan
penambahbaikan bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan intervensi ini.
Tinjauan Literatur
Setelah menjalankan kajian ke atas reponden, pengkaji mendapati bahawa tidak
dapat mengecam, mengenal seterusnya menyebut huruf merupakan salah satu
masalah dalam kemahiran membaca. Semua bahasa terdiri dari simbol-simbol atau
huruf –huruf yang dilambangkan dan mempunyai sistem bunyi yang tersendiri.
Gabungan bunyi-bunyi akan membentuk perkataan. Simbol-simbol ini berbeza
mengikut bahasa-bahasa tertentu. Tanpa mengenal bentuk-bentuk dan bunyi huruf-
huruf, proses bacaan tidak dapat berjalan lancar. Khamis Maarof (1984) juga telah
membuat stu percubaan untuk mengukur kebolehan membaca murid-murid Darjah
Dua mendapati kekeliruan dalam mengenali bentuk-bentuk huruf merupakan punca
utama yang menyebabkan murid-murid tidak dapat membunyikan suku kata.
Mengenali bentuk-bentuk huruf semata tidak menjamin kebolehbacaan tetapi
mengenal bunyi huruf merupakan tahap pertama dalam era asas bacaan.
Belajar merupakan suatu perubahan tingkah laku yang dilakukan dalam mencapai
satu tujuan yang tertentu. Mengikut pendapat seorang tokoh iaitu Marohaini Yusoff
(1989), merumuskan bahawa proses belajar membaca ini sebagai satu perlakuan
yang kompleks dan sukar untuk diperhatikan.Menurut Mascle (2006) salah satu cara
untuk berjaya dalam membaca perlu mempelajari mengecam huruf. Oleh sebab itu,
saya memberi perhatian tentang masalah murid yang masih belum mengenal huruf.
Masalah ini dikenal pasti selepas saya mengadakan satu aktiviti mengecam huruf
ketika proses pembelajaran di dalam kelas.
Kajian Popp (1964) yang dinyatakan dalam Ai Hong Chen & Noor Suriani
Mohamad (2002) juga menekankan bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan
namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad sebagai
peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Oleh yang demikian saya telah
memilih teknik ‘4 Jari’ yang pada pandangan pengkaji mampu mengatasi masalah
tidak mengenal huruf V, W dan M dalam kalangan responden yang terlibat. Ai Hong
Chen & Noor Suriani Mohamad (2002), adalah penting guru-guru membantu kanak-
kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Menurut Bustam Kamri (2010)
pengajaran abjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua
jenis pengajaran formal kepada kanak-kanak tidak memberi kebaikan. Montessori
yang dinyatakan dalam Nor Hashimah & Yahya (2003) percaya pengalaman sangat
penting dalam pendidikan kanak-kanak. Fatoniq (2009 : 2) mengemukakan bahwa
belajar mengenal huruf mencakup pemerolehan kecakapan yang dibangun pada
ketrampilan sebelumnya. Jeanne Chall (dalam Fatoniq, 2009 : 2) mengemukakan ada
lima tahapan dalam perkembangan kemampuan mengenal huruf, dimulai dari
ketrampilan pre-reading hingga ke kemampuan mengenal huruf yang sangat tinggi
pada orang dewasa. Inilah masalah yang dihadapi moleh murid tahun 1 Excellent di
sekolah saya ini. Murid ini lemah untuk mengingat huruf-huruf yang telah
ditunjukkan. Atan Long (1981: 179 – 203) membahagikan alat-alat bantu mengajar
kepada tiga kumpulan iaitu alat-alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat-alat
pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan alat-alat itu kepada
dua kumpulan iaitu media elektronik dan media bukan elektronik manakala
Hanapiah Sudin (1979: 51 – 52) dan Khairiah Ahmad (1980: 13) mengkelaskannya
kepada dua iaitu bahan-bahan perisian (software) dan bahan-bahan perkakasan
(hardware). Oleh yang demikian pengkaji telah memilih bahan bantu mengajar
untuk teknik ini ialah anggota badan mereka sendiri iaitu jari. Pada pendapat
pengkaji, responden mudah untuk mengingati perkara yang berada berdekatan
dengan mereka sendiri. Walaupun bunyinya agak mudah, namun pengkaji rasa ia
merupakan satu aktiviti yang menarik ditambah pula nada ketika menyebut huruf
tersebut yang dilagukan.
Berdasarkan pendapat-pendapat tokoh-tokoh akademik tersebut, dapat saya
rumuskan bahawa dalam proses mengingat sesuatu pembelajaran dengan lebih
mudah, cepat dan berkesan sekiranya terdapat satu aktiviti yang menarik seperti
mana yang dilaksanakan oleh pengkaji yang menggunakan pergerakan jari mereka.
Jesteru, pengaplikasian teknik ’4 Jari’ telah berjaya dilaksanakan oleh pengkaji bagi
membantu responden untuk bermain sambil belajar menggunakan makna yang telah
ditetapkan.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dijalankan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif
umum dan ohjektif khusus.
Objektif Umum
Objektif kajian umum dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
mengenal huruf V,W dan M dengan betul dalam kalangan murid tahun 1 Excellent.
Diharapkan teknik yang diperkenalkan ini dapat membantu murid mengecam huruf
yang hampir sama bentuknya ini. Dengan itu, murid akan mempunyai peluang yang
cerah untuk meningkatkan prestasi seterusnya memudahkan mereka untuk
menguasai kemahiran membaca.
Objektif Khusus.
Antara objektif khusus kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk :
Membantu murid dapat mengenal pasti huruf V, W dan M menggunakan
teknik ‘4 Jari’.
Membantu murid dapat menulis huruf V, W dan M dengan betul
menggunakan teknik ‘4 Jari’
Membantu guru menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat mengenal
huruf V,W dan M.
Persoalan Kajian.
Bagi memenuhi objektif kajian yang akan dijalankan, berikut ialah contoh-contoh
soalan yang dirangka sebagai panduan untuk menjayakan objektif yang dikehendaki.
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian tersebut :
1. Adakah teknik ‘4 Jari’ dapat membantu murid mengenal huruf V,W dan
M?
2. Adakah teknik ‘4 Jari’ dapat membantu murid menulis huruf V,W dan M
dengan betul?
Bagaimanakah teknik ini dapat membantu guru menyelesaikan masalah
murid yang tidak dapat membezakan V,W dan M?
4.KUMPULAN SASARAN
Lokasi kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh,
Pahang. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 5 responden dari Tahun 1 Excellent .
Responden ini terdiri daripada seorang responden perempuan dan 4 responden
lelaki. Semuanya berumur tujuh tahun. Mereka berketurunan Melayu dan masyarakat
orang asli suku kaum Jahut. Setelah dikaji, didapati mereka mempunyai masalah
yang lebih kurang sama iaitu tidak mengenal huruf.
Jadual 1 : Senarai Nama Responden
BIL NAMA RESPONDEN KETURUNAN JANTINA
1 ROSLINA A/P ASMAN ORANG ASLI
(JAHUT)
PEREMPUAN
2 KAMA A/L KAMAL ORANG ASLI
(JAHUT)
LELAKI
3 ZAFRILAN A/L MUSA ORANG ASLI
(JAHUT)
LELAKI
4 MOHAMAD FARIS IMAN BIN
SHARIMAN
MELAYU LELAKI
5 AIMAN A/L AZMAN ORANG ASLI
(JAHUT)
LELAKI
Rajah 1 : Taburan Jantina Responden
Rajah 1 di atas menunjukkan taburan jantina responden. Setelah melakukan tinjauan,
pengkaji mendapati terdapat 20% daripada murid perempuan manakala 80% terdiri
daripada murid lelaki. Responden yang dipilih ini adalah terdiri daripada mereka
yang lemah dalam aspek mengenal huruf.
5. TINDAKAN YANG DIJALANKAN.
Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan salah satu kajian tinjauan yang
menggabungkan kajian kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan Tindakan ini
digunakan untuk memastikan setiap data yang diperoleh menepati objektif kajian.
Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji merancang untuk menggunakan Model Mc Taggart &
Stephen Kemmis (1988) dalam penyelidikan tindakan bagi mengatasi masalah
LELAKI
80%
PEREMPUAN
20%
TABURAN JANTINA
murid-murid. Mengikut Model Mc Taggart terdapat empat peringkat elemen yang
utama perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang akan dijalankan iaitu tinjauan,
merancang tindakan, melaksana tindakan dan pemerhatian serta merefleksi. Kemmis
dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak. Model kajian ini boleh ditunjukkan berdasarkan rajah di
bawah.
Rajah 2 : Model Mc Taggart & Stephen Kemmis
TINJAUAN AWAL
Murid tidak dapat mengecam huruf yang ditunjukkan oleh guru. Jawapan mereka
menunjukkan bahawa mereka tidak menguasai lagi kemahiran mengenal huruf vokal
dan konsonan.
MERANCANG TINDAKAN
Setelah mengenalpasti masalah dan responden yang terlibat pengakaji merancang
kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden. Pengkaji
memberi tumpuan kepada huruf konsonan iaitu V,W dan M.
MELAKSANA TINDAKAN
Setelah membuat persediaan dengan membuat kajian tentang masalah yang dihadapi
oleh responden pengkaji telah merancang kaedah yang bersesuaian mengikut tahap
kemampuan pemikiran responden yang amat lemah berbanding rakan sekelas. Pengkaji
memperkenalkan Teknik 4 Jari dan melaksanakannya kepada 5 respon yang telah
dipilih.
MEREFLEK
Hasil daripasa Teknik 4 Jari yang telah diperkenalkan terhadap 5 responden yang dipilih
pengkaji membuat refleksi kendiri sama ada teknik ini sesuai untuk digunapakai bagi
mengatasi masalah tidak mengenal huruf V,W dan M. Pengkaji mendapati hasil yang
diperolehi adalah amat baik dan sangat sesuai bagi murid yang mempunyai tahap
pemikiran yang agak lemah berbanding murid seusia mereka.
Pelan tindakan di bawah merujuk kepada Model Mc Taggart & Stephen Kemmis
yang telah dimodefikasiakan untuk memastikan intervensi yang telah dirancang
dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
Prosedur Pelaksanaan
Tindakan yang dijalankan dalam tempoh empat minggu berturut-turut seperti yang
dijelaskan adalah seperti di dalam rajah di bawah :
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1 1.1 Penyediaan Proposal
Kajian Penyelidikan
1.2 Perbincangan dan
pemilihan tajuk yang
bersesuaian bagi
penulisan proposal kajian
penyelidikan
1.3 Maklumat yang
diperlukan berkaitan
dengan penulisan bersama
penyelia.
 Perbincangan bersama
penyelia melalui interaksi
dalam kuliah.
 Perbincangan tajuk bersama
penyelia, berkaitan dengan
kesesuaian dan kerelevanan
tajuk yang telah dipilih.
 Perbincangan bersama
penyelia dan muktamad
memilih tajuk untuk
menjalani kajian
penyelidikan
2
2.1 Menjalankan temubual
bersama responden.
2.2 Menjalankan ujian pra
 Bertanya kepada guru yang
mengajar responden dalam
kelas yang sama tentang
sejauh mana pengetahauan
responden tentang
kemahiran mengenal huruf.
 Ujian untuk mengenal pasti
tahap penguasaan murid
mmengenai abjad.
 Memilih lima orang
responden yang paling
lemah untuk menjalankan
kajian penyelidikan.
3 3.1 Mengaplikasikan teknik
‘4 Jari’ semasa pdp di dalam
kelas.
 Memperkenalkan teknik ‘4
Jari’ kepada responden
dengan menggunakan
anggota badan iaitu jari.
4 4.1 Ujian Pasca  Ujian menyebut huruf yang
ditunjukkan oleh guru
menggunakan kad huruf.
 Masa yang diperuntukkan
adalah 7 minit bagi seorang
responden.
 Menguji kebolehan
responden setelah
menggunakan Tenik 4 Jari
5 5.1 Refleksi keseluruhan  Pengkaji menilai
keberkesanan kaedah yang
telah dipilih dalam
menangani isu yang dikaji.
 Menganalisis dapatan data
markah responden.
Jadual 2: Prosedur Tindakan Yang Dijalankan
6. KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data merupakan perkara yang sangat mustahak untuk sesuatu kajian
yang dijalankan. Pengkaji menggunakan data yang diperolehi ini menjadi bahan
rujukan kepada pengkaji. Pengumpulan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci berkenaan masalah pengusaan mengenal huruf subjek kajian.
Pengumpulan data ini amat penting bagi membantu pengkaji menjalakan
tindakannya. Justeru itu, pengkaji akan memilih pemerhatian dan ujian sebagai
pengumpulan data subjek kajian. Dalam membuat sesuatu kitaran kajian, pengutipan
data berlaku pada dua tahap.
Pengutipan data pada peringkat awal ialah tinjauan awal masalah yang mana
pengkaji telah mengumpul data bagi memahami dengan lebih mendalam masalah
yang telah dikenal pasti serta difokuskan untuk dibuat kajian. Pengutipan data pada
tahap kedua pula bagi mengesan sejauh mana latih tubi atau latihan daripada kaedah
yang diaplikasikan oleh pengkaji mendapat penerimaan serta kesan yang positif
daripada pihak responden.
Johnson & Christensen, (2005: 125-124) dalam Abdul Rahman Abdul Majid
Khan, (2007) menyatakan, terdapat enam metodologi yang biasanya digunakan oleh
para penyelidik pendidikan bagi mengumpul data seperti ujian piawai, soal selidik ,
temubual, kumpulan fokus, pemerhatian, dan sumber data-data sekunder.
Ujian Pra dan Ujian Pasca mengenal dan menyebut huruf kecil akan
dilaksanakan. Set ujian pasca adalah sama dengan set ujian pra. Ujian pra diadakan
sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca dibuat selepas intervensi dibuat iaitu
selepas empat minggu iaitu setelah proses rawatan selesai dijalankan terhadap model
kajian. Tujuan ujian ini adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan
teknik yang diperkenalkan dapat membantu responden dalam menguasai kemahiran
mengecam huruf V,W dan M. Dalam ujian ini, pengkaji meminta responden
menyebut huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan selepas pengkaji
menerangkan penggunaan Teknik 4 Jari ini. Perbezaan pencapaian antara ujian pasca
dan ujian pra akan digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
responden setelah diperkenalkan teknik ‘4 Jari’ tersebut.
Ujian Pengesanan
Ujian pengsanan merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan
untuk menentukan pencapaian dan kemampuan murid-murid dalam pembelajaran
mereka. Ujian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif,
afektif atau psikomotor murid-murid. Ujian ini terdiri daripada pelbagai jenis
antaranya ujian pencapaian, ujian diagnostik, ujian personaliti dan ujian kecergasan.
Melalui ujian yang dijalankan inilah pengkaji telah mengesan masalah yang dialami
oleh murid di kelas Tahun 1 Excellent. Melalui ujian yang dilaksanakan , pengkaji
dapat mengenal pasti tahap kemampuan responden terhadap sesuatu ilmu yang
disampaikan oleh guru. Ujian ini turut dijalankan secara formatif. Tujuannya agar
dapat mengesan masalah yang dihadapi responden sekaligus mengambil langkah
drastik bagi menangani permasalahan ini.
Bagi menangani masalah mengenal huruf ini, pengkaji akan melaksanakan
kaedah ujian ini kepada murid-murid tahun 1 Excellent yang telah dipilih. Ujian itu
ialah melalui aktiviti dalam lebaran kerja. Melalui aktiviti yang disediakan, pengkaji
dapat mengetahui tahap kemampuan murid dalam kemahiran mengenal huruf.
Kebanganyakkan murid di kelas ini masih lemah dan perlu diberi perhatian yang
serius. Jika tidak mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran
berbahasa yang lebih tinggi.
Pemerhatian
Pemerhatian dapat didefinisikan sebagai satu proses penglihatan yang digunakan
untuk merekod tingkah laku responden sesuatu kajian itu dijalankan. Pemerhatian ini
dapat dibahagikan kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak
turut serta. Pemerhatian tidak turut serta biasanya digunakan dalam ujian kualitatif.
Hal ini berlaku kerana pemerhatian tidak memerlukan pemerhati untuk turut serta
dan terlibat dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Manakala
pemerhatian turut serta pula memerlukan pemerhati untuk terlibat secara langsung
dalam situasi yang diperhatikan. Oleh demikian pengkaji menggunakan pemerhatian
turut serta bagi memastikan pengakaji dapat menganalisis masalah yang dihadapi
oleh responden dengan lebih mendalam lagi. Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan
ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
bertujuan untuk melihat sama ada model dapat menyebut huruf v,w dan m dengan
betul ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota
lapangan. Saya juga merancang menggunakan senarai semak untuk mengetahui jenis
huruf yang belum dikenal oleh model dan dapat mengetahui jenis huruf kecil yang
menimbulkan kekeliruan. Ini memudahkan saya untuk menganalisis data yang
diperoleh. Semua data direkodkan pada borang senarai semak agar menjadi panduan
kepada pengkaji dalam menjalankan kajian tindakannya.
Penelitian Dokumen.
Penelitian dokumen ini digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan sesuatu
data dariapada dokumen-dokumen yang berkaitan.data ini lebih menjurus kepada
data primier. Data ini digunakan bertujuan untuk menyokong dapatan sedia ada
pengkaji. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kekerapan atau peratus
mengikut keperluan. Analisis ini dokumen yang berbentuk minit mesyuarat, surat
khabar, foto, atau dokumen yang berkaitan boleh digunakan untuk menyokong
kepada dapatan kajian.
Temu bual
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji turut mengadakan sesi temu bual bersama
guru mata pelajaran lain yang mengajar di kelas responden juga temu bual bersama
responden yang terlibat dalam masalah yang menjadi topik kajian tindakan. Temu
bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,
perasaan, serta kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000).
Dalam melaksanakan kaedah temu bual ini terdapat tiga bentuk temu bual yang oleh
digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa struktur dan temu bual tidak
berstruktur. Sesi temu bual yang dijalankan bagi memastikan pengkaji dapat
mengumpul data-data yang sahih dengan merujuk kepada responden itu sendiri.
Soalan Temubual bersama guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan
Moral
Bil Soalan
1 Apakah masalah yang kamu rasakan terhadap responden ini?
2 Apakah reaksi mereka semasa kamu mengajar?
Jawapan bagi Soalan Temubual bersama guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
Pendidikan Moral
Bil Jawapan
1 Murid ini masih lemah dalam menguasai kemahiran mengenal huruf.
2 Mereka tidak memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran dan tidak
menyiapkan latihan yang diberikan.
Soalan Temubual Bersama Responden
Bil Soalan
1 Bagaimanakah perasaan kamu bila belajar menggunakan Teknik 4 Jari
ini?
2 Adakah kamu faham cara menggunakan Teknik 4 Jari ini?
3 Mudahkah kamu untuk mengingat huruf yang telah diajar?
4 Apa yang kamu faham tentang pelajaran pada hari ini?
Hasil daripada temu bual terhadap respon jawapan yang telah diberikan oleh mereka
adalah lebih kurang sama. Anatara jwapan yang di berikan adalah seperti rajah di
bawah :
Transkrip Temubual Bersama Peserta Kajian
Bil Soalan / Jawapan
1 Bagaimanakah perasaan kamu bila belajar menggunakan Teknik 4 Jari
ini?
Jawapan : Saya sangat seronok kerana mudah nak buat.
2 Adakah kamu faham cara menggunakan Teknik 4 Jari ini?
Jawapan : Faham. Mudah untuk dibuat kerana hanya gunakan jari kita
saja.
3 Mudahkah kamu untuk mengingat huruf yang telah diajar?
Jawapan : Mudah sahaja kerana ada 3 sahaja huruf yang perlu diingat.
4 Apa yang kamu faham tentang pelajaran pada hari ini?
Jawapan : Cara nak kenal huruf v, w dan m dengan cara guna jari kanan
dan kiri kita.
Senarai semak.
Senarai semak boleh digunakan ketika melakuka pemerhatian dan penelitian
dokumen. Senarai semak ini digunakan untuk menyenaraikan item-item untuk
menilai kemahiran atau tingkah laku yang diperhatikan. Selain itu, senarai digunakan
untuk menyemak hasil daripada rakaman video dan foto yang telah dibuat oleh
pengkaji.
Foto
Hasil daripada rakaman video dan foto dapat membantu pengkaji untuk merekodkan
situasi dalam keadaan statik atau bergerak seperti rakaman video. Namun rakaman
video ini mempunyai kelemahannya iaitu tingkah laku yang diperhatikan tidak
menunjukkan hal yang sebenar kerana apa yang ingin diperhatikan dalam keadaan
statik. Manakala bagi foto ia merupakan satu kaedah yang sesuai yang boleh
menerangkan situasi ketika kajian dijalankan.
7. ANALISIS DATA
Ujian Pra
Setelah menjalankan sesi soal selidik, pengkaji telah menjalankan satu ujian
pra. Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti prestasi responden terhadap
kemahiran mengenal huruf yang dikaji iaitu v,w dan m. Pengkaji mengedarkan
lembaran kerja bergambar yang mengandungi huruf-huruf di dalamnya. Responden
diminta untuk mewarna huruf yang disebutkan oleh guru. Hasil daripada lembaran
kerja yang diberikan. Kelima-lima responden ini ternyata masih belum menguasai
kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat lembaran ini perlu
diberi semula pada ujian pasca nanti untuk melihat sama ada teknik yang
diperkenalkan ini dapat membantu murid dalam mengenal huruf v, w dan m.
Jadual 5 :
UJIAN PRA
NAMA RESPONDEN MARKAH
ROSLINA A/P ASMAN 33
KAMA A/L KAMAL 17
ZAFRILAN A/L MUSA 17
MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 17
AIMAN A/L AZMAN 50
UJIAN PRA
Graf Keputusan Ujian Pra
Graf diatas menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan ke aras lima responden
yang terlibat dalam kajian ini. Tiga daripada responden yang terlibat mendapat
markah 17%, seorang 33 % dan 50 %. Hasil daripada kaji selidik sebelum kajian ini
dijalankan hanya seorang sahaja responden yang mendapat pendidikan prasekolah
ketika berusia 6 tahun manakala selebihnya itu hanya belajar di Tadika Kemas.
Dalam kajian yang dijalankan ini pengkaji hanya memberi tumpuan kepada huruf
v,w dan m sahaja kerana responden yang terlibat mempunyai tahap menerimaan
terhadap sesuatu pembelajaran itu agak lambat berbanding rakan seusia mereka yang
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
R 1 R 2 R 3 R 4 R 5
KEPUTUSAN UJIAN PRA
UJIAN PRA
lain. Oleh itu pengkaji hanya menumpukan kepada 3 huruf ini sahaja. Teknik yang
diperkenalkan bagi menangani permasalahan ini memang mudah iaitu dengan hanya
menggunakan jari mereka. Diharapkan dengan menggunakan benda yang ada pada
mereka akan membuatkan mereka mudah untuk menguasainya.
Ujian Pasca.
Ujian ini dijalanakan selepas kajian tindakan dijalankan. Pengkaji menggunakan
lembaran kerja yang sama seperti pra ujian. Ternyata setelah mengaplikasikan
Teknik ‘4 Jari’ ini responden telah dapat mengenal huruf v,w dan m dengan
menggunakan teknik yang telah diperkenalkan oleh pengkaji. Jadual di bawah
menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari ujian pra. Apabila dilihat dan
diteliti dariapad ujian yang telah diberikan pengkaji mendapati bahawa mereka ini
bukanlah terlalu lemah tetapi mereka tidak sesuai berada dengan rakan mereka yang
jauh kehadapan daripadanya. Mereka perlu diberi perhatian dan pendekatan yang
berbeza daripada rakan mereka yang lain.
Keputusan Ujian Pasca
UJIAN PASCA
NAMA RESPONDEN MARKAH
ROSLINA A/P ASMAN 100
KAMA A/L KAMAL 100
ZAFRILAN A/L MUSA 100
MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 100
AIMAN A/L AZMAN 100
Graf : Keputusan Ujian Pasca
PERBANDINGAN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
PERBANDINGAN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
NAMA RESPONDEN MARKAH
Ujian Pra Ujian Pasca
ROSLINA A/P ASMAN 33 100
KAMA A/L KAMAL 17 100
ZAFRILAN A/L MUSA 17 100
MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 17 100
AIMAN A/L AZMAN 50 100
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
R 1 R 2 R 3 R 4 R 5
KEPUTUSAN UJIAN PASCA
UJIAN PRA
Graf : Perbandingan Markah Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Hasil daripada kedua-dua ujian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan
prestasi yang amat ketara oleh kelima-lima responden yang terlibat. Ini menunjukka
bahawa teknik ‘4 Jari’ ini telah mampu mengatasi tidak mengenal huruf v,w dan m
yang dialami oleh mereka. Pengkaji akan cuba untuk menggunakan teknik yang
menggunakan jari ini dalam mengatasi masalah tidak dapat mengenal huruf yang
hamper sama bentuknya seperti b, d dan p. Keputusan yang meningkat ini telah
membantu murid untuk mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dengan lebih
tekun lagi.
8.DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang pengenalan,
masalah, objektif dan soalan kajian, alat kajian, intervensi yang dijalankan,
keputusan serta kesimpulan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian tersebut.
Perbincangan dibuat dengan membuat perbandingan kesimpulan dan kajian literatur
untuk menyokong penyelidikan yang dijalankan.
0
20
40
60
80
100
120
R 1 R 2 R 3 R 4 R 5
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak di selesaikan dengan
menjalankan intervensi sebanyak 3 kali. Sebelum intervensi dijalankan beberapa
langkah awal harus dilakukan iaitu menetapkan objektif dan soalan kajian.
Seterusnya menentukan alat kajian yang akan digunakan sepanjang menjalankan
kajian ini. Sewaktu melakukan tinjauan awal antara alat kajian yang digunakan ialah
analisis dokumen dan kaedah pemerhatian menggunakan nota lapangan. Ketika
menjalankan intervensi pula alat kajian yang digunakan ialah temubual bersama
peserta kajian, pemerhatian menggunakan ujian pra dan pasca, senarai semak dan
temubual. Sebanyak tiga kali intervensi dilakukan secara berulang sehingga kelima-
lima peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
Intervensi yang dijalankan oleh dengan menggunakan pergerakan anggota
badan iaitu jari. Pergerakan ini menjadikan murid lebih seronok dan tidak hanya
duduk statik diatas kerusi mereka. Mereka akan menyebut huruf itu satu persatu
sambil menggerakkan jari mereka bermula dengan dua jari kanan membentuk huruf
v, kemudian bercantum dengan dua jari disebelah kiri membentuk huruf w dan
diakhir dengan menolak keempat-empat huruf tadi ke bawah untuk membentuk huruf
m.
Huruf V Huruf W
Huruf W
Pengkaji terlebih dahulu menunjukkan cara pelaksanaan teknik ‘4 Jari; terlebih
dahulu kepada responden. Kemudian responden dibimbing untuk melaksanakannya.
Akhir sekali barulah responden melakukannya sendiri dan diberi penilaian oleh
pengkaji. Kajian yang dijalankan ini amat baik dan sesuai untuk memperkenalkan
huruf kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Teknik ini diarasakan amat
sesuai kerana bahan amat mudah sekali dan tanpa mengeluarkan perbelanjaan.
Sebagai pengkaji kita perlu berfikir dengan lebih kreatif agar setiap aktiviti yang
dirancang dapat mendatangkan kesan yang positif.
Salah seorang responden menunjukkan cara pelaksanaan Teknik ‘4 Jari’
Langkah pertama membentuk huruf ‘ V’.
Langkah kedua membentuk huruf ‘W’.
Langkah ketiga membentuk huruf ‘M’
Pengkaji juga dapat melihat responden begitu gembira semasa melaksanakan teknik
yang baru diperkenalkan ini.
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa
masih ada lagi murid yang tidak menguasai kemahiran mengenal huruf walaupun
telah mendapatkan pendidikan sama ada di prasekolah mahupun Tadika Kemas.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya ialah sikap murid
itu sendiri yang tidak mahu berusaha untuk mempelajarinya. Kajian yang dijalankan
ini merupakan hasil daripada pemerhatian yang dilalui oleh pengkaji ketika berada di
sekolah sewaktu menjalankan tugas. Pengkaji merasakan ini adalah satu masalah
yang perlu diatasi dengan segera supaya kadar murid yang terlibat dalam program
LINUS adalah sedikit. Murid ini merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah
murid LINUS di sekolah. Walaupun cara yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah
mudah tetapi apa yang lebih penting ialah murid dapat mengurangkan jumlah huruf
yang mereka tidak kenali iaitu sekiranya mereka tidak mengenal 26 huruf, kini
bilangannya berkurangan menjadi 23. Dapatan data membolehkan pengkaji
menjalankan kajiannya dengan lebih sistematik.
CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bahagian ini menjelaskan tentang kajian lanjut yang boleh dilakukan atau
mampu membuat penambahbaikan ke atas kajian yang dijalankan. Selain itu,
bahagian ini juga menerangkan mengapa kajian tindakan yang dicadangkan adalah
lebih baik dilaksanakan pada masa akan datang.
Meskipun kajian mengenai masalah mengecam huruf dengan betul ini telah
menampakkan hasil yang positif, namun masih terdapat pelbagai langkah yang boleh
diambil sebagai penambahbaikan sekiranya kajian ini ingin dijalankan pada masa
hadapan. Langkah – langkah ini juga adalah bagi memastikan kaedah mahupun
kajian ini akan lebih lengkap dan sempurna.
Antara cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan adalah memberi
fokus kepada pengenalan 23 huruf dalam bacaan. Mengenal huruf merupakan
kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran membaca dan juga menulis.
Teknik ini juga amat sesuai untuk digunakan oleh kelas pendidikan khas,
pemulihan khas, prasekolah mahupun tadika. Penambahbaikan kepada teknik ini
akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Diharapkan semua murid yang berada di
tahun 1 akan menguasai kemahiran mengenal huruf ini seterusnya dapat menguasai
kemahiran membaca pula.
REFLEKSI TUGASAN
Rasa kesyukuran yang tidak terhingga dilafazkan kerana akhirnya sempurna
juga tugasan ini. BMM3153 Penyelidikan 11- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
(Pelaksanaan dan Pelaporan) merupakan rentetan kursus bagi semester 7 yang lalu.
Pada semester ini pula kami diminta untuk menyediakan satu penyelidikan tindakan
di sekolah pula. Saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini jika tidak mendapat
bimbingan daripada pensyarah pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar dan
idea yang bernas dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan
buat Tuan Haji Sallehudin bin Ab. Talib yang tidak jemu-jemu membantu kami
dalam menyediakan tugasan ini. Kajian tindakan merupakan satu perkara yang kita
lakukan dalam kehidupan seharian cuma apa yang berbeza kini ialah saya
menjalankan kajian tidakan tentang masalah pembelajaran murid dalam aspek bahasa
dalam sesi pembelajaran. Walaupun bunyi agak lucu namun saya akui inilah apa
yang saya alami. Saya sebelum ini mengajar murid tahap dua yang kebanyakkannya
yang telah menguasai kemahiran membaca, kini di sekolah baru saya telah
ditugaskan mengajar tahun 1. Inilah yang dikatakan cabaran. Berdasarkan
pengalaman di sekolah baru inilah saya menjalankan kajian tindakan iaitu masalah
tidak mengenal huruf. Saya menumpukan kepada huruf yang hampir sama bentuknya
iaitu V,W dan M. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh
semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah saya sebagai guru perlu berfikiran
lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Disamping itun juga kemahiran
mengaplikasikan data dalam bentuk jadual bukanlah tidak pernah dilakukan Cuma
kekurangan masa untuk melaksanakannya. Saya sudah agak mahir menyediakan graf
bagi data yang diperolehi. Sesungguhnya segala ilmu yang diperolehi ini akan saya
gunakan dengan sebaik mungkin demi kemajuan dalam bidang pendidikan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam penyediaan kajian tindakan
dan tugasan ini. Saya tidak dapat membalasnya hanya ucapan terima kasih yang
dapat saya sampaikan. Saya akui masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki
lagi. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang
lemah itu daripada saya sendiri. Sekian. Terima kasih.
Disediakan oleh :
Salasiah binti Hassan Bahari
BM 1, PPG Ambilan Februari 2015
Rujukan
Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B-
DP-Q Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas
1:46-49
Bustam Kamri (2010). Abjad diajar atau tidak diajar. Diperoleh pada 15 Mac 2012
dari http://bustamkamri.blogspot.com/2010/07/abjad-diajar-atau-tidakdiajar.html
Kamarudin Hj Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mascle, D. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 15 Februari 2012
dari http://EzineArticles.com/?expert=Deanna_Mascle
Nor Hashimah & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Selangor
: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur :Berita
Publishing Sdn. Bhd
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran
Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
1(2):1-15
Swartz, M.I. (2005). Playdough : What’s standard about it?. Diperoleh pada 14
Februari 2012 dari www.journal.naeyc.org/about/permissions.asp
Syed Abu Bakar Syed Akil.(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran
Membaca.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Jamilah Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdb Bh
Lampiran
kajian tindakan
kajian tindakan

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
ULak MuLai
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
PPD HULU SELANGOR
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
Noor Maslina
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
zabidah awang
 
Rph.kemahiran menulis
Rph.kemahiran menulisRph.kemahiran menulis
Rph.kemahiran menulis
Teresa Janin
 

Mais procurados (20)

RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
 
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKANLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
 
Rph.kemahiran menulis
Rph.kemahiran menulisRph.kemahiran menulis
Rph.kemahiran menulis
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 

Semelhante a kajian tindakan

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
nurul2307
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Noraida Ali
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Suzi Suziyana
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Zuraini Mat Zin
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Mat mohd
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Shangari Ram
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
Ahmad NazRi
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
Suhana Kamaluddin
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Suhana Kamaluddin
 

Semelhante a kajian tindakan (20)

Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
1
11
1
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
jurnal usulan yohanes ehe lowetan
 jurnal usulan yohanes ehe lowetan jurnal usulan yohanes ehe lowetan
jurnal usulan yohanes ehe lowetan
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasa
 
Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 

Mais de Salasiah Hassan Bahari

28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp0128437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
Salasiah Hassan Bahari
 

Mais de Salasiah Hassan Bahari (19)

Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
 
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
 
Tahun3
Tahun3Tahun3
Tahun3
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahan thn 1
Bahan thn 1Bahan thn 1
Bahan thn 1
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahan thn 1
Bahan thn 1Bahan thn 1
Bahan thn 1
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp0128437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)
 
1. kurikulum bmelayu
1. kurikulum bmelayu1. kurikulum bmelayu
1. kurikulum bmelayu
 
01 kulit-modul1 (1)
01 kulit-modul1 (1)01 kulit-modul1 (1)
01 kulit-modul1 (1)
 
47234007 lari-berganti-ganti
47234007 lari-berganti-ganti47234007 lari-berganti-ganti
47234007 lari-berganti-ganti
 
Bedak
BedakBedak
Bedak
 
Kuda
KudaKuda
Kuda
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 

Último

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Último (20)

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 

kajian tindakan

  • 1. ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan murid Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh Pahang Darul Makmur dalam menguasai kemahiran membaca. Fokus utama kajian tindakan ini dijalankan ialah mengenal huruf besar bagi iaitu 3 huruf yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M menggunakan Teknik 4 Jari. Teknik ini merupakan satu kaedah yang menggunakan pergerakan anggota badan iaitu jari sambil menyebut huruf tersebut. Pemilihan responden ialah berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan iaitu melibatkan penggunaan beberapa instrumen pengumpulan , ujian pengesanan, pemerhatian, temu bual, dan foto. Penganalisisan menunjukkan responden mampu membezakan ketiga-tiga huruf ini menggunakan teknik 4 jari dalam mengatasi masalah kekeliruan yang dihadapi. Keputusan penyelidikan ini, menunjukkan teknik yang dilaksanakan benar-benar meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid . Kata kunci : membaca, mengenal,menguasai,
  • 2. ABSTRACT This aim of the research is to improve the ability of student in Year 1 Excellent in Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh, Pahang Darul Makmur in mastering reading skills . The main focus of this action is to identify large letters of 3 characters matching the shape of V , W and M to use the technique 4 Fingers . This technique is a method that uses the movement of the limbs of the fingers , calling the letter. The selection of respondents is based on experiments performed that involves the use of several instruments to collect , test tracking , observation, interviews , and photos. The analysis showed that the respondents were able to distinguish these three letters using 4 fingers in overcoming problems faced confusion . Results of this investigation show that the technique is executed really improve pupils' achievement .
  • 3. KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT 1. PENDAHULUAN Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan. 2. FOKUS KAJIAN Isu Kajian Tinjauan Literatur 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Objektif Khusus Persoalan Kajian 4.KUMPULAN SASARAN 5. TINDAKAN YANG DIJALANKAN. 11 REFLEKSI 7-8 12 PENUTUP 8 13 BIBLIOGRAFI
  • 4. PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang sentiasa mengurniakan kudrat dalam diri untuk menyiapkan tugasan projek Penyelidiakan Tindakan ini. Pelbagai cabaran yang terpaksa saya ditempuh sepanjang menyiapkan kursus ini adalah pengalaman yang begitu bermakna serta berharga. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pesyarah penyelia Penyelidikan Tindakan, Tuan Haji Sallehuddin bin Ab. Talib kerana banyak memberi panduan, idea serta dorongan sepanjang saya menyiapakan tugasan ini. Setiap perbincangan dan perkongsian pendapat banyak memberi input terhadap tugasan ini. Segala ilmu yang diberikan tidak dapat saya membalasnya. Hanya kepada Allah saya berdoa agar semoga ilmu yang saya perolehi ini akan memberi manfaat kepada saya dan seterusnya dapat digunakan dalam meningkatkatkan lagi mutu pendidikan negara. Tidak dilupakan buat seluruh warga Sk Seri Songsang yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Buat rakan seperjuangan juga diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Bantuan dan dorongan anda sekalian akan tetap saya kenang buat selama-lamanya. Diharapkan segala budi anda semua akan mendapat ganjaran daripada Allah , hanya saya mampu berdoa sahaja agar kalian mendapat keberkatan di dunia juga di akhirat. Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga tersayang terutama suami dan anak-anak seterusnya seluruh ahli keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam mencapai impian yang dihajati.
  • 5. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
  • 6. 1. PENDAHULUAN Pengenalan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru bahasa. Tidak semua guru bahasa berjaya mencapai objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar bahasa kepada murid-muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengecam huruf adalah salah satu kemahiran yang penting dalam aktiviti mengenal huruf yang dilaksanakan sejak awal persekolahan lagi. Oleh sebab itu, sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan, pendedahan awal haruslah dilakukan untuk memudahkan kanak kanak menghadapi awal persekolahan dengan selesa. Sudah menjadi kebiasaan jika di awal persekolahan sebahagian besar kanak-kanak tahun satu sudah mengenal huruf kerana mereka telah mendapat pendidikan seawal usia 4 hingga 6 tahun sama ada di bawah kelolaan pihak kerajaan mahupun swasta. Akan tetapi, jika masih ada segelintir daripada kanak-kanak yang berada di tahun 1 masih belum mengecam huruf adalah menjadi kebimbangan kepada saya. Berdasarkan pengalaman mengajar di kelas 1 Excellent di Sekolah Kebangsaan Seri , saya mendapati lima orang murid tahun 1 Excellent mengalami kesukaran yang ketara mengecam 3 huruf yang bentuknya hampir sama iaitu V, W dan M. Bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah memperkenalkan satu teknik yang dapat membantu murid dalam mengenal ketiga- tiga huruf ini.
  • 7. Teknik yang diperkenalkan ialah Teknik 4 jari. Teknik ini merupakan salah satu wadah untuk membantu murid untuk mengenal huruf yang hampir sama bentuknya iaitu v, w dan m. Tujuan ini bertujuan agar dapat membantu murid mengenal semua huruf yang berjumlah 26. Walaupun tumpuan teknik ini hanya sesuai untuk tiga huruf ini sahaja namun saya rasakan bahawa teknik ini amat sesuai kepada murid yang lemah. Di samping itu juga teknik ini juga dapat menarik minat murid kerana murid menggunakan jari mereka sendiri sebagai bahan utama, pergerakkan jari sambil menyebut perkataan menjadikan aktiviti yang dijalankan lebih menarik dan membantu murid mengingat huruf ini dengan mudah. Melalui teknik yang dijalankan ini ada kesinambungan antara satu-satu huruf itu. Murid mudah untuk mengingat kerana murid melaksanakan sendiri aktiviti tersebut. Murid juga boleh melaksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Antara persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah keupayaan murid untuk menyebut huruf yang ditunjukkan dengan betul iaitu huruf V,W dan M. Tujuan persoalan ini dikemukakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengusaan murid terhadap kemahiran mengecam huruf. Persoalan yang kedua yang telah dikemukakan adalah keupayaan murid untuk membezakan antara ketiga-tiga huruf ini dengan menggunakan teknik ‘4 Jari’. Tujuan persoalan ini dikemukakan adalah untuk mengenal pasti murid dapat membezakan antara ketiga-tiga huruf ini menggunakan Teknik 4 Jari yang diperkenalkan oleh pengkaji.
  • 8. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pada awal tahun ini, pengkaji telah memulakan tugas sebagai seorang guru di sekolah baru di daerah Temerloh. Sebelum ini pengkaji bertugas di daerah Lipis selama hampir 10 tahun. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar tahun 1. Pengalaman yang baru akan dialami oleh pengkaji yang mana sebelum ini sering mengajar Bahasa Malaysia untuk murid tahap 2 dan tumpuan utama ialah murid tahun 6. Pertama kali masuk ke kelas 1 Excellent pengkaji sudah berasa agak janggal di kelilingi murid yang baru masuk ke alam persekolahan. Semuanya baru bagi mereka.Setelah melaksanakan pengajaran Bahasa Malaysia dalam kelas 1 Excellent pengkaji dapati masih ada sebilangan murid yang tidak dapat mengenal kesemua huruf yang berjumlah 26 itu dengan betul. Masih juga terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat mengecam huruf yang hampir sama bentuknya seperti V,W dan M dan B, P serta D sama ada huruf kecil ataupun huruf besar. Pengkaji dapati jika masalah ini dibiarkan terus berlarutan akan menyebabkan murid ini gagal dalam menguasai kemahiran membaca seterusnya menulis. Sebagaimana yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah menetapkan bahawa setiap murid yang berada dalam tahun 1 mesti menguasai kemahiran membaca dan menulis. Oleh yang demikian sepatutnya setiap murid tahun 1 sudah menguasai kemahiran membaca terutama sekali telah mengenal huruf seterusnya membaca. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan segelintir murid tahun 1 Excellent yang telah dikenalpasti oleh pengkaji seramai 5 orang. Hasil pemerhatian dan tinjauan ringkas telah dipastikan bahawa murid yang berada dalam kelas 1 Excellent ini terdiri daripada masyarakat Melayu
  • 9. dan orang asli berketurunan suku kaum Jahut. Hasil daripada perkongsian ilmu daripada beberapa tenaga pengajar di kelas ini iaitu perbincangan bersama guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral, sememangnya masalah murid tidak mengenal huruf ini turut dialami oleh mereka juga. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, akan menimbulkan lebih banyak masalah terutama ketika berada di tahap dua. Selain itu murid ini akan menghadapi masalah ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada pemerhatian dan melalui aktiviti yang pengkaji telah jalankan serta lembaran kerja yang diberikan, pengkaji mendapati masalah ini amat serius dalam kalangan murid di kelas ini. Dalam melaksanakan pengajaran untuk mengenal huruf pengkaji telah menggunakan teknik kad huruf yang mana pada kelazimannya digunakan oleh guru ketika mengajar. Namun apabila pengkaji penggunakan kad huruf ini pengkaji mendapati bahawa penggunaan kad huruf ini tidak dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah mengenal huruf ini. Penggunaan kad huruf ini hanya dapat membantu mereka mengenal huruf pada sesi pembelajaran itu sahaja kemudian murid tersebut lupa. Daya ingatan bagi murid yang menghadapi masalah mengenal huruf agak lemah berbanding murid lain yang seusia mereka. Oleh kerana mereka masih belum mengenal huruf, murid ini akan memberikan jawapan yang cepat tanpa berfikir tentang huruf yang ditunjukkan. Mereka juga keliru dengan huruf yang hampir sama bentuknya seperti v,w dan m serta b, p dan d. Selain itu juga murid yang mengadapai masalah dalam mengenal huruf ini tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan semasa proses pembelajaran dijalankan. Mereka lebih suka mengganggu rakan dan apabila diberikan latihan bertulis mereka akan menyiapkannya dengan kadar yang segera tanpa memikirkan sama ada telah menjawab dengan betul. Mereka akan menyiapkan dengan cepat supaya dapat mengganggu rakan lain yang masih
  • 10. menyiapkan tugasan. Dalam pada itu juga, pengkaji mendapati bahawa murid yang mempunyai masalah ini tidak memberikan tumpuan semasa guru mengajar. Mereka lebih sukar berbual ataupun bermain barang yang ada dipersekitaran mereka seperti alat tulis. Setiap lembaran kerja yang diberikan jarang disiapkan atau dihantar. Setelah membuat penelitian dan aktiviti yang dijalankan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas pengkaji telah merancang untuk menggunakan teknik ‘4 Jari’ bagi mengatasi masalah mengenal huruf V, W dan M. Pengkaji merasakan teknik ini sesuai dan mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh segelintir murid di kelas ini. Pengkaji merasakan teknik yang diperkenalkan ini mampu menarik minat murid dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas seterusnya dapat membantu murid untuk mengenal kesemua huruf bagi memulakakan langkah kepada kemahiran membaca. Refleksi Nilai Pendidikan. Setelah menjalankan sesi pembelajaran di Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh Pahang, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat segelintir murid di kelas ini yang tidak mengenal huruf yang hampir sama bentuknya. Hal ini kerana semasa sesi pembelajaran dijalankan pengkaji telah menguji murid di kelas ini dengan menggunakan kad huruf yang lazim digunakan oleh guru yang mengajar tahun 1. Apabila ditunjukkan kad huruf masih ada murid yang keliru apabila diminta menyebut huruf yang terdapat pada kat huruf yang ditunjukkan. Mereka juga menjawab setiap huruf yang ditunjukkan secara membuta tuli tanpa sempat berfikir tentang huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji. Jesteru pengkaji telah mencipta satu teknik bagi menggantikan kad huruf yang lazimnya
  • 11. digunapakai oleh guru yang mengajar murid tahun 1. Teknik yang diperkenalkan ialah teknik ‘4 Jari’ yang dirakan oleh pengkaji amat sesuai diaplikasikan kepada murid yang lemah. Teknik ‘4 Jari’ ini dapat digunapakai bagi menangani masalah mengenal huruf yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M. Pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Pendidika 1996. Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Tujuan Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk melahirkan insan yang cekap berbahasa. Manakala matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa Melayu berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia dan telah menjadi bahasa pengantar utama pendidikan persekolahan dan institusi pengajian tinggi mengikut catatan dalam Artikel 152 Perlembagaan 1957, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961. Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan murid Tahun Satu boleh mengakibatkan berlakunya ‘Defisit Akademik’ dan keadaan ini boleh berterusan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah malah berterusan sehingga meninggalkan alam persekolahan. ‘Defisit Akademik’ bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca. Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan ringgit.
  • 12. Berdasarkan kepada perkembangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah-kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model- model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Di samping itu juga, pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman. Pada dasarnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri
  • 13. daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistik. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia. Bagi merancang satu penyelidikan tindakan yang baik dan berkesan, pengkaji telah memilih satu model penyelidikan tindakan untuk diaplikasikan dalam usaha memastikan penyelidikan tindakn yang dijalankan mampu menangani permasalahan yang dihadapi oleh responden. Model penyelidikan yang telah diaplikasikan ialah Model Penyelidikan Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988) dalam penyelidikan tindakan bagi mengatasi masalah murid-murid. Mengikut Model Mc Taggart terdapat empat peringkat elemen yang utama perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang akan dijalankan iaitu tinjauan, merancang tindakan, melaksana tindakan dan pemerhatian serta merefleksi. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak 2.FOKUS KAJIAN Sepanjang pengkaji menjalankan sesi pembelajaran di kelas 1 Excellent, pengakji dapat mengesan pelbagai masalah yang dialami oleh murid di kelas ini. Antara masalah yang dihadapi oleh murid di kelas ini ialah tidak tahu membaca dan tidak memahami perkataan yang dibaca. Setelah dibuat pemerhatian dan tinjauan dengan lebih mendalam, masalah ini sebenarnnya berlaku disebabkan terdapat masih ramai
  • 14. murid di kelas ini yang tidak mengenal huruf sehingga menyebabkan mereka gagal untuk mengusai kemahiran membaca. Oleh itu, pengakaji telah memilih untuk memfokuskan kajian ini kepada kemahiran mengenal huruf iatu mengecam huruf yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M. Walaupun pengkaji memberikan tumpuan kepada tiga huruf sahaja, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah murid daripada tidak mengenal huruf sebanyak 26 menjadi kepada 23 huruf sahaja. Tidak dapat dinafikan ada dikalangan responden yang dipilih sudah mengenal huruf seperti a,o dan beberapa huruf lain namun mereka masih keliru dengan ketiga-tiga huruf yang menjadi kajian oleh pengkaji. Sepanjang kajian dilakukan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf. Antaranya ialah mereka tidak merasakan bahawa dapat mengenal huruf itu merupakan sesuatu yang sangat penting. Pengkaji memandang serius akan hal ini kerana jika tidak diatasi masalah ini dengan segera, maka banyak masalah lain yang akan timbul dan apa yang paling dibimbangi oleh pengkaji ialah bilangan murid yang tidak tahu membaca akan bertambah dan merosakan imej sekolah. Berdasarkan senario ini, timbul kesedaran dalam diri pengkaji untuk merancang satu pendekatan yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk membantu mereka mengenal huruf terutama huruf yang menjadi fokus utama dalam kajian ini iaitu V,W dan M.dengan proses pengenalpastian yang dilakukan, diharapkan murid-murid dapat memperbaiki kelemahan diri mereka dalam mengusai aspek mengenal huruf.
  • 15. Isu Kajian Pengkaji mula mengajar di kelas 1 Excellent sejak sesi persekolahan 2015 dibuka lagi. Semasa proses pembelajaran dijalankan pengkaji telah mendapat bahawa masih terdapat murid di kelas ini yang tidak dapat mengecam huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji. Oleh itu, Pengkaji telah memilih 5 orang murid sebagai sampel kepada kajian yang dijalankan. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan kepada ujian yang berupa lembaran kerja yang diberikan. Antara alat kajian yang telah digunakan untuk penyelidikan tindakan ini ialah melalui kaedah pemerhatian. Tujuan utama kaedah pemerhatian digunakan ialah untuk memastikan sumber-sumber yang diperolehi adalah betul dan tepat. Hal ini kerana melalui pemerhatian, pengkaji dapat merancang dan melaksanakan intervensi yang sesuai berdasarkan masalah yang dikaji. Pemerhatian turut dijalankan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji sering meminta responden yang terlibat untuk memberikan jawapan berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Ketika memberikan jawapan sampel teragak-agak dan jawapan yang diberikan adalah salah. Melalui lembaran kerja yang diberikan pengkaji mendapati bahawa responden ini tidak menjawab mengikut soalan yang dikemukakan. Kadang kala ada terdapat salah seorang daripada responden ini menghantar lembaran tanpa ada jawapan. Ini menunjukkan mereka tidak memahaminya walaupun telah diterangkan berulang kali. Situasi ini mendorong pengkaji untuk menjalankan soal selidik terhadap sampel yang dipilih bagi membuktikan isu yang dikaji adalah betul dan tepat. . Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk melaksanakan ujian diagnostik, ujian pra, latih tubi dan ujian pasca ke atas sampel.
  • 16. Pengkaji telah menjalankan kaedah penelitian dokumen. Kaedah ini digunakan untuk memilih sampel bagi melaksanakan intervensi yang telah dirancang oleh pengkaji. Penelitian dokumen ini bertujuan agar dapat melihat peningkatan prestasi sampel berdasarkan ujian pengesanan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Selain itu, satu sesi temu bual juga turut dilaksanakan oleh pengkaji. Satu sesi temu bual dilaksanakan oleh pengkaji bersama responden. Sesi ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas responden berdasarkan isu yang sedang dikaji. Kaedah seterusnya yang digunakan ialah kaedah senarai semak. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk membantu pengkaji menyenaraikan item-item kajian bagi memastikan pengkaji tidak terlepas pandang terhadap perkara-perkara penting sewaktu kajian dijalankan. Kaedah terakhir yang digunakan ialah kaedah foto. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjadi bahan bukti kepada pelaksanaan kajian yang dijalankan oleh pengkaji bersama responden. Bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah merancang satu intervensi yang dapat membantu meningkatkan prestasi responden dalam aspek mengenal huruf. Berdasarkan rumusan yang diberikan, permasalahan kajian yang akan dirungkaikan ialah keberkesanan murid mengecam dan membezakan huruf V,W dan M menggunakan teknik 4 Jari. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru- guru untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran mengenal huruf seterusnya kepada kemahiran membaca. Sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang intervensi ini dijalankan, pengkaji akan melakukan penambahbaikan bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan intervensi ini.
  • 17. Tinjauan Literatur Setelah menjalankan kajian ke atas reponden, pengkaji mendapati bahawa tidak dapat mengecam, mengenal seterusnya menyebut huruf merupakan salah satu masalah dalam kemahiran membaca. Semua bahasa terdiri dari simbol-simbol atau huruf –huruf yang dilambangkan dan mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Gabungan bunyi-bunyi akan membentuk perkataan. Simbol-simbol ini berbeza mengikut bahasa-bahasa tertentu. Tanpa mengenal bentuk-bentuk dan bunyi huruf- huruf, proses bacaan tidak dapat berjalan lancar. Khamis Maarof (1984) juga telah membuat stu percubaan untuk mengukur kebolehan membaca murid-murid Darjah Dua mendapati kekeliruan dalam mengenali bentuk-bentuk huruf merupakan punca utama yang menyebabkan murid-murid tidak dapat membunyikan suku kata. Mengenali bentuk-bentuk huruf semata tidak menjamin kebolehbacaan tetapi mengenal bunyi huruf merupakan tahap pertama dalam era asas bacaan. Belajar merupakan suatu perubahan tingkah laku yang dilakukan dalam mencapai satu tujuan yang tertentu. Mengikut pendapat seorang tokoh iaitu Marohaini Yusoff (1989), merumuskan bahawa proses belajar membaca ini sebagai satu perlakuan yang kompleks dan sukar untuk diperhatikan.Menurut Mascle (2006) salah satu cara untuk berjaya dalam membaca perlu mempelajari mengecam huruf. Oleh sebab itu, saya memberi perhatian tentang masalah murid yang masih belum mengenal huruf. Masalah ini dikenal pasti selepas saya mengadakan satu aktiviti mengecam huruf ketika proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian Popp (1964) yang dinyatakan dalam Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002) juga menekankan bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad sebagai peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Oleh yang demikian saya telah
  • 18. memilih teknik ‘4 Jari’ yang pada pandangan pengkaji mampu mengatasi masalah tidak mengenal huruf V, W dan M dalam kalangan responden yang terlibat. Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002), adalah penting guru-guru membantu kanak- kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual dengan menggunakan alat bantu mengajar. Menurut Bustam Kamri (2010) pengajaran abjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua jenis pengajaran formal kepada kanak-kanak tidak memberi kebaikan. Montessori yang dinyatakan dalam Nor Hashimah & Yahya (2003) percaya pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak. Fatoniq (2009 : 2) mengemukakan bahwa belajar mengenal huruf mencakup pemerolehan kecakapan yang dibangun pada ketrampilan sebelumnya. Jeanne Chall (dalam Fatoniq, 2009 : 2) mengemukakan ada lima tahapan dalam perkembangan kemampuan mengenal huruf, dimulai dari ketrampilan pre-reading hingga ke kemampuan mengenal huruf yang sangat tinggi pada orang dewasa. Inilah masalah yang dihadapi moleh murid tahun 1 Excellent di sekolah saya ini. Murid ini lemah untuk mengingat huruf-huruf yang telah ditunjukkan. Atan Long (1981: 179 – 203) membahagikan alat-alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat-alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat-alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan alat-alat itu kepada dua kumpulan iaitu media elektronik dan media bukan elektronik manakala Hanapiah Sudin (1979: 51 – 52) dan Khairiah Ahmad (1980: 13) mengkelaskannya kepada dua iaitu bahan-bahan perisian (software) dan bahan-bahan perkakasan (hardware). Oleh yang demikian pengkaji telah memilih bahan bantu mengajar untuk teknik ini ialah anggota badan mereka sendiri iaitu jari. Pada pendapat pengkaji, responden mudah untuk mengingati perkara yang berada berdekatan dengan mereka sendiri. Walaupun bunyinya agak mudah, namun pengkaji rasa ia
  • 19. merupakan satu aktiviti yang menarik ditambah pula nada ketika menyebut huruf tersebut yang dilagukan. Berdasarkan pendapat-pendapat tokoh-tokoh akademik tersebut, dapat saya rumuskan bahawa dalam proses mengingat sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan sekiranya terdapat satu aktiviti yang menarik seperti mana yang dilaksanakan oleh pengkaji yang menggunakan pergerakan jari mereka. Jesteru, pengaplikasian teknik ’4 Jari’ telah berjaya dilaksanakan oleh pengkaji bagi membantu responden untuk bermain sambil belajar menggunakan makna yang telah ditetapkan. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang dijalankan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan ohjektif khusus. Objektif Umum Objektif kajian umum dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf V,W dan M dengan betul dalam kalangan murid tahun 1 Excellent. Diharapkan teknik yang diperkenalkan ini dapat membantu murid mengecam huruf yang hampir sama bentuknya ini. Dengan itu, murid akan mempunyai peluang yang cerah untuk meningkatkan prestasi seterusnya memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran membaca.
  • 20. Objektif Khusus. Antara objektif khusus kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk : Membantu murid dapat mengenal pasti huruf V, W dan M menggunakan teknik ‘4 Jari’. Membantu murid dapat menulis huruf V, W dan M dengan betul menggunakan teknik ‘4 Jari’ Membantu guru menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat mengenal huruf V,W dan M. Persoalan Kajian. Bagi memenuhi objektif kajian yang akan dijalankan, berikut ialah contoh-contoh soalan yang dirangka sebagai panduan untuk menjayakan objektif yang dikehendaki. Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian tersebut : 1. Adakah teknik ‘4 Jari’ dapat membantu murid mengenal huruf V,W dan M? 2. Adakah teknik ‘4 Jari’ dapat membantu murid menulis huruf V,W dan M dengan betul? Bagaimanakah teknik ini dapat membantu guru menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat membezakan V,W dan M? 4.KUMPULAN SASARAN
  • 21. Lokasi kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh, Pahang. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 5 responden dari Tahun 1 Excellent . Responden ini terdiri daripada seorang responden perempuan dan 4 responden lelaki. Semuanya berumur tujuh tahun. Mereka berketurunan Melayu dan masyarakat orang asli suku kaum Jahut. Setelah dikaji, didapati mereka mempunyai masalah yang lebih kurang sama iaitu tidak mengenal huruf. Jadual 1 : Senarai Nama Responden BIL NAMA RESPONDEN KETURUNAN JANTINA 1 ROSLINA A/P ASMAN ORANG ASLI (JAHUT) PEREMPUAN 2 KAMA A/L KAMAL ORANG ASLI (JAHUT) LELAKI 3 ZAFRILAN A/L MUSA ORANG ASLI (JAHUT) LELAKI 4 MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN MELAYU LELAKI 5 AIMAN A/L AZMAN ORANG ASLI (JAHUT) LELAKI
  • 22. Rajah 1 : Taburan Jantina Responden Rajah 1 di atas menunjukkan taburan jantina responden. Setelah melakukan tinjauan, pengkaji mendapati terdapat 20% daripada murid perempuan manakala 80% terdiri daripada murid lelaki. Responden yang dipilih ini adalah terdiri daripada mereka yang lemah dalam aspek mengenal huruf. 5. TINDAKAN YANG DIJALANKAN. Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan salah satu kajian tinjauan yang menggabungkan kajian kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan Tindakan ini digunakan untuk memastikan setiap data yang diperoleh menepati objektif kajian. Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, pengkaji merancang untuk menggunakan Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988) dalam penyelidikan tindakan bagi mengatasi masalah LELAKI 80% PEREMPUAN 20% TABURAN JANTINA
  • 23. murid-murid. Mengikut Model Mc Taggart terdapat empat peringkat elemen yang utama perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang akan dijalankan iaitu tinjauan, merancang tindakan, melaksana tindakan dan pemerhatian serta merefleksi. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model kajian ini boleh ditunjukkan berdasarkan rajah di bawah. Rajah 2 : Model Mc Taggart & Stephen Kemmis
  • 24. TINJAUAN AWAL Murid tidak dapat mengecam huruf yang ditunjukkan oleh guru. Jawapan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak menguasai lagi kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan. MERANCANG TINDAKAN Setelah mengenalpasti masalah dan responden yang terlibat pengakaji merancang kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden. Pengkaji memberi tumpuan kepada huruf konsonan iaitu V,W dan M. MELAKSANA TINDAKAN Setelah membuat persediaan dengan membuat kajian tentang masalah yang dihadapi oleh responden pengkaji telah merancang kaedah yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pemikiran responden yang amat lemah berbanding rakan sekelas. Pengkaji memperkenalkan Teknik 4 Jari dan melaksanakannya kepada 5 respon yang telah dipilih. MEREFLEK Hasil daripasa Teknik 4 Jari yang telah diperkenalkan terhadap 5 responden yang dipilih pengkaji membuat refleksi kendiri sama ada teknik ini sesuai untuk digunapakai bagi mengatasi masalah tidak mengenal huruf V,W dan M. Pengkaji mendapati hasil yang diperolehi adalah amat baik dan sangat sesuai bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran yang agak lemah berbanding murid seusia mereka. Pelan tindakan di bawah merujuk kepada Model Mc Taggart & Stephen Kemmis yang telah dimodefikasiakan untuk memastikan intervensi yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
  • 25. Prosedur Pelaksanaan Tindakan yang dijalankan dalam tempoh empat minggu berturut-turut seperti yang dijelaskan adalah seperti di dalam rajah di bawah : BIL PERKARA TARIKH CATATAN 1 1.1 Penyediaan Proposal Kajian Penyelidikan 1.2 Perbincangan dan pemilihan tajuk yang bersesuaian bagi penulisan proposal kajian penyelidikan 1.3 Maklumat yang diperlukan berkaitan dengan penulisan bersama penyelia.  Perbincangan bersama penyelia melalui interaksi dalam kuliah.  Perbincangan tajuk bersama penyelia, berkaitan dengan kesesuaian dan kerelevanan tajuk yang telah dipilih.  Perbincangan bersama penyelia dan muktamad memilih tajuk untuk menjalani kajian penyelidikan 2 2.1 Menjalankan temubual bersama responden. 2.2 Menjalankan ujian pra  Bertanya kepada guru yang mengajar responden dalam kelas yang sama tentang sejauh mana pengetahauan responden tentang kemahiran mengenal huruf.  Ujian untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid
  • 26. mmengenai abjad.  Memilih lima orang responden yang paling lemah untuk menjalankan kajian penyelidikan. 3 3.1 Mengaplikasikan teknik ‘4 Jari’ semasa pdp di dalam kelas.  Memperkenalkan teknik ‘4 Jari’ kepada responden dengan menggunakan anggota badan iaitu jari. 4 4.1 Ujian Pasca  Ujian menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru menggunakan kad huruf.  Masa yang diperuntukkan adalah 7 minit bagi seorang responden.  Menguji kebolehan responden setelah menggunakan Tenik 4 Jari 5 5.1 Refleksi keseluruhan  Pengkaji menilai keberkesanan kaedah yang telah dipilih dalam menangani isu yang dikaji.  Menganalisis dapatan data markah responden.
  • 27. Jadual 2: Prosedur Tindakan Yang Dijalankan 6. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data merupakan perkara yang sangat mustahak untuk sesuatu kajian yang dijalankan. Pengkaji menggunakan data yang diperolehi ini menjadi bahan rujukan kepada pengkaji. Pengumpulan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan masalah pengusaan mengenal huruf subjek kajian. Pengumpulan data ini amat penting bagi membantu pengkaji menjalakan tindakannya. Justeru itu, pengkaji akan memilih pemerhatian dan ujian sebagai pengumpulan data subjek kajian. Dalam membuat sesuatu kitaran kajian, pengutipan data berlaku pada dua tahap. Pengutipan data pada peringkat awal ialah tinjauan awal masalah yang mana pengkaji telah mengumpul data bagi memahami dengan lebih mendalam masalah yang telah dikenal pasti serta difokuskan untuk dibuat kajian. Pengutipan data pada tahap kedua pula bagi mengesan sejauh mana latih tubi atau latihan daripada kaedah yang diaplikasikan oleh pengkaji mendapat penerimaan serta kesan yang positif daripada pihak responden. Johnson & Christensen, (2005: 125-124) dalam Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2007) menyatakan, terdapat enam metodologi yang biasanya digunakan oleh para penyelidik pendidikan bagi mengumpul data seperti ujian piawai, soal selidik , temubual, kumpulan fokus, pemerhatian, dan sumber data-data sekunder. Ujian Pra dan Ujian Pasca mengenal dan menyebut huruf kecil akan dilaksanakan. Set ujian pasca adalah sama dengan set ujian pra. Ujian pra diadakan sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca dibuat selepas intervensi dibuat iaitu selepas empat minggu iaitu setelah proses rawatan selesai dijalankan terhadap model
  • 28. kajian. Tujuan ujian ini adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik yang diperkenalkan dapat membantu responden dalam menguasai kemahiran mengecam huruf V,W dan M. Dalam ujian ini, pengkaji meminta responden menyebut huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan selepas pengkaji menerangkan penggunaan Teknik 4 Jari ini. Perbezaan pencapaian antara ujian pasca dan ujian pra akan digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh responden setelah diperkenalkan teknik ‘4 Jari’ tersebut. Ujian Pengesanan Ujian pengsanan merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian dan kemampuan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Ujian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif, afektif atau psikomotor murid-murid. Ujian ini terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ujian pencapaian, ujian diagnostik, ujian personaliti dan ujian kecergasan. Melalui ujian yang dijalankan inilah pengkaji telah mengesan masalah yang dialami oleh murid di kelas Tahun 1 Excellent. Melalui ujian yang dilaksanakan , pengkaji dapat mengenal pasti tahap kemampuan responden terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Ujian ini turut dijalankan secara formatif. Tujuannya agar dapat mengesan masalah yang dihadapi responden sekaligus mengambil langkah drastik bagi menangani permasalahan ini. Bagi menangani masalah mengenal huruf ini, pengkaji akan melaksanakan kaedah ujian ini kepada murid-murid tahun 1 Excellent yang telah dipilih. Ujian itu ialah melalui aktiviti dalam lebaran kerja. Melalui aktiviti yang disediakan, pengkaji dapat mengetahui tahap kemampuan murid dalam kemahiran mengenal huruf.
  • 29. Kebanganyakkan murid di kelas ini masih lemah dan perlu diberi perhatian yang serius. Jika tidak mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran berbahasa yang lebih tinggi. Pemerhatian Pemerhatian dapat didefinisikan sebagai satu proses penglihatan yang digunakan untuk merekod tingkah laku responden sesuatu kajian itu dijalankan. Pemerhatian ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Pemerhatian tidak turut serta biasanya digunakan dalam ujian kualitatif. Hal ini berlaku kerana pemerhatian tidak memerlukan pemerhati untuk turut serta dan terlibat dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Manakala pemerhatian turut serta pula memerlukan pemerhati untuk terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan. Oleh demikian pengkaji menggunakan pemerhatian turut serta bagi memastikan pengakaji dapat menganalisis masalah yang dihadapi oleh responden dengan lebih mendalam lagi. Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. bertujuan untuk melihat sama ada model dapat menyebut huruf v,w dan m dengan betul ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan. Saya juga merancang menggunakan senarai semak untuk mengetahui jenis huruf yang belum dikenal oleh model dan dapat mengetahui jenis huruf kecil yang menimbulkan kekeliruan. Ini memudahkan saya untuk menganalisis data yang diperoleh. Semua data direkodkan pada borang senarai semak agar menjadi panduan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian tindakannya.
  • 30. Penelitian Dokumen. Penelitian dokumen ini digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan sesuatu data dariapada dokumen-dokumen yang berkaitan.data ini lebih menjurus kepada data primier. Data ini digunakan bertujuan untuk menyokong dapatan sedia ada pengkaji. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kekerapan atau peratus mengikut keperluan. Analisis ini dokumen yang berbentuk minit mesyuarat, surat khabar, foto, atau dokumen yang berkaitan boleh digunakan untuk menyokong kepada dapatan kajian. Temu bual Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji turut mengadakan sesi temu bual bersama guru mata pelajaran lain yang mengajar di kelas responden juga temu bual bersama responden yang terlibat dalam masalah yang menjadi topik kajian tindakan. Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, serta kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Dalam melaksanakan kaedah temu bual ini terdapat tiga bentuk temu bual yang oleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa struktur dan temu bual tidak berstruktur. Sesi temu bual yang dijalankan bagi memastikan pengkaji dapat mengumpul data-data yang sahih dengan merujuk kepada responden itu sendiri.
  • 31. Soalan Temubual bersama guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral Bil Soalan 1 Apakah masalah yang kamu rasakan terhadap responden ini? 2 Apakah reaksi mereka semasa kamu mengajar? Jawapan bagi Soalan Temubual bersama guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral Bil Jawapan 1 Murid ini masih lemah dalam menguasai kemahiran mengenal huruf. 2 Mereka tidak memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Soalan Temubual Bersama Responden Bil Soalan 1 Bagaimanakah perasaan kamu bila belajar menggunakan Teknik 4 Jari ini? 2 Adakah kamu faham cara menggunakan Teknik 4 Jari ini? 3 Mudahkah kamu untuk mengingat huruf yang telah diajar? 4 Apa yang kamu faham tentang pelajaran pada hari ini? Hasil daripada temu bual terhadap respon jawapan yang telah diberikan oleh mereka adalah lebih kurang sama. Anatara jwapan yang di berikan adalah seperti rajah di bawah :
  • 32. Transkrip Temubual Bersama Peserta Kajian Bil Soalan / Jawapan 1 Bagaimanakah perasaan kamu bila belajar menggunakan Teknik 4 Jari ini? Jawapan : Saya sangat seronok kerana mudah nak buat. 2 Adakah kamu faham cara menggunakan Teknik 4 Jari ini? Jawapan : Faham. Mudah untuk dibuat kerana hanya gunakan jari kita saja. 3 Mudahkah kamu untuk mengingat huruf yang telah diajar? Jawapan : Mudah sahaja kerana ada 3 sahaja huruf yang perlu diingat. 4 Apa yang kamu faham tentang pelajaran pada hari ini? Jawapan : Cara nak kenal huruf v, w dan m dengan cara guna jari kanan dan kiri kita. Senarai semak. Senarai semak boleh digunakan ketika melakuka pemerhatian dan penelitian dokumen. Senarai semak ini digunakan untuk menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran atau tingkah laku yang diperhatikan. Selain itu, senarai digunakan untuk menyemak hasil daripada rakaman video dan foto yang telah dibuat oleh pengkaji.
  • 33. Foto Hasil daripada rakaman video dan foto dapat membantu pengkaji untuk merekodkan situasi dalam keadaan statik atau bergerak seperti rakaman video. Namun rakaman video ini mempunyai kelemahannya iaitu tingkah laku yang diperhatikan tidak menunjukkan hal yang sebenar kerana apa yang ingin diperhatikan dalam keadaan statik. Manakala bagi foto ia merupakan satu kaedah yang sesuai yang boleh menerangkan situasi ketika kajian dijalankan. 7. ANALISIS DATA Ujian Pra Setelah menjalankan sesi soal selidik, pengkaji telah menjalankan satu ujian pra. Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti prestasi responden terhadap kemahiran mengenal huruf yang dikaji iaitu v,w dan m. Pengkaji mengedarkan lembaran kerja bergambar yang mengandungi huruf-huruf di dalamnya. Responden diminta untuk mewarna huruf yang disebutkan oleh guru. Hasil daripada lembaran kerja yang diberikan. Kelima-lima responden ini ternyata masih belum menguasai kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat lembaran ini perlu diberi semula pada ujian pasca nanti untuk melihat sama ada teknik yang diperkenalkan ini dapat membantu murid dalam mengenal huruf v, w dan m.
  • 34. Jadual 5 : UJIAN PRA NAMA RESPONDEN MARKAH ROSLINA A/P ASMAN 33 KAMA A/L KAMAL 17 ZAFRILAN A/L MUSA 17 MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 17 AIMAN A/L AZMAN 50 UJIAN PRA Graf Keputusan Ujian Pra Graf diatas menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan ke aras lima responden yang terlibat dalam kajian ini. Tiga daripada responden yang terlibat mendapat markah 17%, seorang 33 % dan 50 %. Hasil daripada kaji selidik sebelum kajian ini dijalankan hanya seorang sahaja responden yang mendapat pendidikan prasekolah ketika berusia 6 tahun manakala selebihnya itu hanya belajar di Tadika Kemas. Dalam kajian yang dijalankan ini pengkaji hanya memberi tumpuan kepada huruf v,w dan m sahaja kerana responden yang terlibat mempunyai tahap menerimaan terhadap sesuatu pembelajaran itu agak lambat berbanding rakan seusia mereka yang 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 R 1 R 2 R 3 R 4 R 5 KEPUTUSAN UJIAN PRA UJIAN PRA
  • 35. lain. Oleh itu pengkaji hanya menumpukan kepada 3 huruf ini sahaja. Teknik yang diperkenalkan bagi menangani permasalahan ini memang mudah iaitu dengan hanya menggunakan jari mereka. Diharapkan dengan menggunakan benda yang ada pada mereka akan membuatkan mereka mudah untuk menguasainya. Ujian Pasca. Ujian ini dijalanakan selepas kajian tindakan dijalankan. Pengkaji menggunakan lembaran kerja yang sama seperti pra ujian. Ternyata setelah mengaplikasikan Teknik ‘4 Jari’ ini responden telah dapat mengenal huruf v,w dan m dengan menggunakan teknik yang telah diperkenalkan oleh pengkaji. Jadual di bawah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari ujian pra. Apabila dilihat dan diteliti dariapad ujian yang telah diberikan pengkaji mendapati bahawa mereka ini bukanlah terlalu lemah tetapi mereka tidak sesuai berada dengan rakan mereka yang jauh kehadapan daripadanya. Mereka perlu diberi perhatian dan pendekatan yang berbeza daripada rakan mereka yang lain. Keputusan Ujian Pasca UJIAN PASCA NAMA RESPONDEN MARKAH ROSLINA A/P ASMAN 100 KAMA A/L KAMAL 100 ZAFRILAN A/L MUSA 100 MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 100 AIMAN A/L AZMAN 100
  • 36. Graf : Keputusan Ujian Pasca PERBANDINGAN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA PERBANDINGAN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA NAMA RESPONDEN MARKAH Ujian Pra Ujian Pasca ROSLINA A/P ASMAN 33 100 KAMA A/L KAMAL 17 100 ZAFRILAN A/L MUSA 17 100 MOHAMAD FARIS IMAN BIN SHARIMAN 17 100 AIMAN A/L AZMAN 50 100 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 R 1 R 2 R 3 R 4 R 5 KEPUTUSAN UJIAN PASCA UJIAN PRA
  • 37. Graf : Perbandingan Markah Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil daripada kedua-dua ujian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi yang amat ketara oleh kelima-lima responden yang terlibat. Ini menunjukka bahawa teknik ‘4 Jari’ ini telah mampu mengatasi tidak mengenal huruf v,w dan m yang dialami oleh mereka. Pengkaji akan cuba untuk menggunakan teknik yang menggunakan jari ini dalam mengatasi masalah tidak dapat mengenal huruf yang hamper sama bentuknya seperti b, d dan p. Keputusan yang meningkat ini telah membantu murid untuk mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dengan lebih tekun lagi. 8.DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang pengenalan, masalah, objektif dan soalan kajian, alat kajian, intervensi yang dijalankan, keputusan serta kesimpulan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian tersebut. Perbincangan dibuat dengan membuat perbandingan kesimpulan dan kajian literatur untuk menyokong penyelidikan yang dijalankan. 0 20 40 60 80 100 120 R 1 R 2 R 3 R 4 R 5 UJIAN PRA UJIAN PASCA
  • 38. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak di selesaikan dengan menjalankan intervensi sebanyak 3 kali. Sebelum intervensi dijalankan beberapa langkah awal harus dilakukan iaitu menetapkan objektif dan soalan kajian. Seterusnya menentukan alat kajian yang akan digunakan sepanjang menjalankan kajian ini. Sewaktu melakukan tinjauan awal antara alat kajian yang digunakan ialah analisis dokumen dan kaedah pemerhatian menggunakan nota lapangan. Ketika menjalankan intervensi pula alat kajian yang digunakan ialah temubual bersama peserta kajian, pemerhatian menggunakan ujian pra dan pasca, senarai semak dan temubual. Sebanyak tiga kali intervensi dilakukan secara berulang sehingga kelima- lima peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Intervensi yang dijalankan oleh dengan menggunakan pergerakan anggota badan iaitu jari. Pergerakan ini menjadikan murid lebih seronok dan tidak hanya duduk statik diatas kerusi mereka. Mereka akan menyebut huruf itu satu persatu sambil menggerakkan jari mereka bermula dengan dua jari kanan membentuk huruf v, kemudian bercantum dengan dua jari disebelah kiri membentuk huruf w dan diakhir dengan menolak keempat-empat huruf tadi ke bawah untuk membentuk huruf m. Huruf V Huruf W
  • 39. Huruf W Pengkaji terlebih dahulu menunjukkan cara pelaksanaan teknik ‘4 Jari; terlebih dahulu kepada responden. Kemudian responden dibimbing untuk melaksanakannya. Akhir sekali barulah responden melakukannya sendiri dan diberi penilaian oleh pengkaji. Kajian yang dijalankan ini amat baik dan sesuai untuk memperkenalkan huruf kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Teknik ini diarasakan amat sesuai kerana bahan amat mudah sekali dan tanpa mengeluarkan perbelanjaan. Sebagai pengkaji kita perlu berfikir dengan lebih kreatif agar setiap aktiviti yang dirancang dapat mendatangkan kesan yang positif.
  • 40. Salah seorang responden menunjukkan cara pelaksanaan Teknik ‘4 Jari’ Langkah pertama membentuk huruf ‘ V’. Langkah kedua membentuk huruf ‘W’.
  • 41. Langkah ketiga membentuk huruf ‘M’ Pengkaji juga dapat melihat responden begitu gembira semasa melaksanakan teknik yang baru diperkenalkan ini. RUMUSAN Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa masih ada lagi murid yang tidak menguasai kemahiran mengenal huruf walaupun telah mendapatkan pendidikan sama ada di prasekolah mahupun Tadika Kemas. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya ialah sikap murid itu sendiri yang tidak mahu berusaha untuk mempelajarinya. Kajian yang dijalankan ini merupakan hasil daripada pemerhatian yang dilalui oleh pengkaji ketika berada di sekolah sewaktu menjalankan tugas. Pengkaji merasakan ini adalah satu masalah yang perlu diatasi dengan segera supaya kadar murid yang terlibat dalam program
  • 42. LINUS adalah sedikit. Murid ini merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah murid LINUS di sekolah. Walaupun cara yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah mudah tetapi apa yang lebih penting ialah murid dapat mengurangkan jumlah huruf yang mereka tidak kenali iaitu sekiranya mereka tidak mengenal 26 huruf, kini bilangannya berkurangan menjadi 23. Dapatan data membolehkan pengkaji menjalankan kajiannya dengan lebih sistematik. CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA Bahagian ini menjelaskan tentang kajian lanjut yang boleh dilakukan atau mampu membuat penambahbaikan ke atas kajian yang dijalankan. Selain itu, bahagian ini juga menerangkan mengapa kajian tindakan yang dicadangkan adalah lebih baik dilaksanakan pada masa akan datang. Meskipun kajian mengenai masalah mengecam huruf dengan betul ini telah menampakkan hasil yang positif, namun masih terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil sebagai penambahbaikan sekiranya kajian ini ingin dijalankan pada masa hadapan. Langkah – langkah ini juga adalah bagi memastikan kaedah mahupun kajian ini akan lebih lengkap dan sempurna. Antara cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan adalah memberi fokus kepada pengenalan 23 huruf dalam bacaan. Mengenal huruf merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca dan juga menulis. Teknik ini juga amat sesuai untuk digunakan oleh kelas pendidikan khas, pemulihan khas, prasekolah mahupun tadika. Penambahbaikan kepada teknik ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Diharapkan semua murid yang berada di
  • 43. tahun 1 akan menguasai kemahiran mengenal huruf ini seterusnya dapat menguasai kemahiran membaca pula. REFLEKSI TUGASAN Rasa kesyukuran yang tidak terhingga dilafazkan kerana akhirnya sempurna juga tugasan ini. BMM3153 Penyelidikan 11- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) merupakan rentetan kursus bagi semester 7 yang lalu. Pada semester ini pula kami diminta untuk menyediakan satu penyelidikan tindakan di sekolah pula. Saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini jika tidak mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat Tuan Haji Sallehudin bin Ab. Talib yang tidak jemu-jemu membantu kami dalam menyediakan tugasan ini. Kajian tindakan merupakan satu perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian cuma apa yang berbeza kini ialah saya menjalankan kajian tidakan tentang masalah pembelajaran murid dalam aspek bahasa dalam sesi pembelajaran. Walaupun bunyi agak lucu namun saya akui inilah apa yang saya alami. Saya sebelum ini mengajar murid tahap dua yang kebanyakkannya yang telah menguasai kemahiran membaca, kini di sekolah baru saya telah ditugaskan mengajar tahun 1. Inilah yang dikatakan cabaran. Berdasarkan pengalaman di sekolah baru inilah saya menjalankan kajian tindakan iaitu masalah tidak mengenal huruf. Saya menumpukan kepada huruf yang hampir sama bentuknya iaitu V,W dan M. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah saya sebagai guru perlu berfikiran lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Disamping itun juga kemahiran mengaplikasikan data dalam bentuk jadual bukanlah tidak pernah dilakukan Cuma
  • 44. kekurangan masa untuk melaksanakannya. Saya sudah agak mahir menyediakan graf bagi data yang diperolehi. Sesungguhnya segala ilmu yang diperolehi ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin demi kemajuan dalam bidang pendidikan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam penyediaan kajian tindakan dan tugasan ini. Saya tidak dapat membalasnya hanya ucapan terima kasih yang dapat saya sampaikan. Saya akui masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki lagi. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang lemah itu daripada saya sendiri. Sekian. Terima kasih. Disediakan oleh : Salasiah binti Hassan Bahari BM 1, PPG Ambilan Februari 2015
  • 45. Rujukan Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B- DP-Q Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1:46-49 Bustam Kamri (2010). Abjad diajar atau tidak diajar. Diperoleh pada 15 Mac 2012 dari http://bustamkamri.blogspot.com/2010/07/abjad-diajar-atau-tidakdiajar.html Kamarudin Hj Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mascle, D. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 15 Februari 2012 dari http://EzineArticles.com/?expert=Deanna_Mascle Nor Hashimah & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur :Berita Publishing Sdn. Bhd Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2):1-15 Swartz, M.I. (2005). Playdough : What’s standard about it?. Diperoleh pada 14 Februari 2012 dari www.journal.naeyc.org/about/permissions.asp Syed Abu Bakar Syed Akil.(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Jamilah Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdb Bh