2. Firman Allah Bermaksud :
Dan ada di antara manusia yang mengorbankan dirinya, semata-mata bagi
mendapat keredaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hambanya. (Al-
Baqarah 207).
Bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman. yang berhijrah dan yang berjihad di
jalan Allah, dengan harapan (mereka) mendapatkan rahmat Allah , maka Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang bagi memenuhi harapan mereka. (Al-Baqarah 216).
¸
Bermaksud :
Sesiapa yang berhasrat untuk memberi pinjaman (derma) yang baik kepada
Allah untuk digandakan ganjaran, sepastinya memperolehi ganjaran yang banyak
dari sisi Allah, kerana Allah berkuasa menyempit dan meluaskan rezkinya ( kepada
sesiapa sahaja) dan kepada Nya-lah kamu akan dikembali. (Al-Baqarah 245).
3. Bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian daripada perolehan
(rezki) yang telah dikurniakan kepada kamu, sebelum tibanya hari yang tidak akan
ada lagi perniagaan, persaudaraan dan syafa’at (kiamat), Sesungguhnya mereka
yang kufur nikmat Allah adalah penzalim. (Al-Baqarah 254) .
Bermaksud :
Bandingan (pahala) bagi mereka yang membelanjakan (berderma) dengan
hartanya di jalan Allah, adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang
mengeluarkan tujuh tangkai , yang setiap tangkainya mempunyai seratus biji buah
dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan
Allah Maha Luas pemberian dan Maha mengetahui. (Al-Baqarah 261)
Bermaksud :
Bagi mereka yang membelanjakan (derma) harta mereka di jalan Allah, tanpa
kemudiannya mengungkit-ungkit, dan menyakiti atau mengganggui penerima,
nescaya bagi mereka balasan ganjaran dari sisi tuhan (Allah), tanpa ketakutan dan
kedukaan ke atas mereka.
4. Bermaksud :
Menolak untuk bersedekah, berderma , dengan ungkapan perkataan yang baik
tanpa penghinaan adalah lebih baik dari memberi sedekah yang diikuti dengan
cemuhan dan gangguan kepada peminta, dan Allah Maha Kaya dan Maha
Penyantun.
Bermaksud :
Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu batalkan pahala sedekah kamu
dengan mengungkit-ungkit dan menghina si-peminta, seperti mana mereka yang
membelanjakan hartanya dengan riya’ (menunjuk-nunjuk) kepada manusia dan tidak
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Bandingan mereka itu adalah seperti pasir
di atas batu licin yang ditimpa hujan nescaya akan hanyut sia-sia tanpa pahala di
atas perbuatan mereka dan Allah tidak memberi pimpinan (hidayat) kepada
gulungan kufur.
5. Bermaksud :
Dan bandingan mereka yang membelanjakan harta bagi mendapatkan
keredaan Allah dan berpendirian teguh, adalah seperti sebuah kebun yang
subur, yang ditimpai hujan lebat, atau sekadar renyai-renyai sahaja pun sudah
mencukupi untuk mengeluarkan dua kali ganda hasilnya. Dan Allah itu Maha
Melihat atas segala perbuatan yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 265)
Bermaksud :
Kamu tidak akan mendapat apa-apa balasan atau ganjaran kebaikan, kecuali
kamu mendermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sebarang harta
yang didermakan itu adalah dalam pengetahuan Allah . (Al –‘Imran 92).
6. Bermaksud :
Dan janganlah menyangka bahawa mereka yang bakhil dengan kurniaan
Allah itu baik bagi mereka. Malah sikap itu membawa keburukan bagi
mereka. Allah akan membelitkan harta yang dibakhilkan ke leher mereka pada
Hari Qiamat. Dan Allah mempunyai neraca kuasa di langit dan bumi Dan
Maha Mengetahui segala perbuatan kamu . (Al-“Imran 180).
Firman Allah bermaksud :
Maralah beramai-ramai (ke medan perang) samada dalam keadaan senang
atau susah (dengan pelbagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan
hartabenda dan diri kamu pada jalan Allah, yang demikian itu lebih baik bagi
kamu jika kamu mengetahui nya ( kebaikan dan balasan Allah).
7. Sabda Rasullullah saw: Berjuanglah kamu terhadap musyrikin
dengan harta dan jiwaraga kamu . (diriwayat oleh Ahmad Abu
Daud) .
Abdullah ibni Omar meriwayatkan , Rasullullah saw bersabda
bermaksud : Apabila kamu meninggalkan jihad, pasti Allah
menurunkan kehinaan ke atas kamu dan tidak akan
mencabutnya sehingga kamu kembali kepadanya.
Dari Kitab Fiqah Mazhab Assyafie, kata Imam Nawawi dalam
Kitab Matan Alminhaj bahawa adalah Fardu Ain, ke atas setiap
orang Islam, mempertahankan Negara Islam, jika musuh datang
menyerang atau mencerobohnya, lebih-lebih lagi jika mereka itu
penjajah dan menyesatkan orang Islam dari ajaran sebenar.
8. Kata Imam Ramli dalam Kitab Annihayatul Muhtaj :
Sekiranya musuh menghampiri sempadan negeri Islam dan
jaraknya tidak memboleh qasar sembahyang (Solat), maka
wajib keatas semua penduduk negeri itu mempertahankan
serangan musuh itu tanpa kecuali, samada fakir atau
miskin, hamba sahaya atau merdeka , lelaki atau
perempuan atau yang berhutang.
Kata Ibnu Qaddamah bermazhab Hambali : Apabila musuh
masuk menceroboh ke sebuah negeri Islam maka wajib
ke atas penduduknya mempertahan dan memerangi
penceroboh tersebut.
Berkata Assyahid Syaik Abdullah Azam : Telah sepakat
jamaah ulamak dari kalangan Fuqaha, Mufasirin, Muhadisin,
Usullin iaitu apabila bumi Islam dicerubuhi oleh musuh
Islam, maka menjadi jihad dan Fardu Ain ke atas
penduduk sekitar itu memeranginya.
9. Sabda Rasullah :
Sesiapa yang membelanjakan (mendermakan) hartanya di jalan Allah , maka
digandakan dengan tujuh ratus pahala dan sesiapa yang membelanjakannya untuk
diri, dan keluarganya, atau menziarahi orang sakit atau mengurangkan penderitaan
seseorang, maka akan digandakan dengan sepuluh kali ganda.
Diriwayatkan daripada Ali dan Abu Dardak berkata, bahawa Rasulullah telah
bersabda :
Sesiapa yang mengirim derma di jalan Allah dan tinggal di rumah, maka setiap
dirham akan digandakan dengan tujuh ratus dirham, bagi sesiapa yang keluar
berjuang di jalan Allah dengan dirinya dan membiayai keperluannya maka di hari
qiamat , setiap dirhamnya akan digandakan dengan tujuh ratus dirham . (Al-
Muraghi 3/30).
Dari Dewan Ulama MPRMP.