Dokumen ini berisi tentang berbagai mutiara kata dan nasihat yang berkaitan dengan pentingnya ilmu pengetahuan, kepercayaan diri, tips menghadapi suasana negatif, dan kebahagiaan. Beberapa mutiara kata menekankan manfaat mempelajari berbagai bidang ilmu pengetahuan dan bahwa keberhasilan hanya akan diraih melalui usaha yang sungguh-sungguh.
1. KEPENTINGAN ILMU
Pn Robiah binti Ujang
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
( GBKSM )
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8
(1)
Putrajaya
2. MUTIARA KATA
Pujangga berkata “Faedah mambaca itu
sangat banyak antaranya ia dapat
melancarkan lidah, mengembangkan akal
menjernihkan fikiran, menghilangkan
keresahan, mengambil pelajaran dari pelbagai
pengalaman dan memetik nilai-nilai
keutamaan”
3. KEJAYAAN
Kejayaan adalah titisan-titisan dari kerja
kuat, penderitaan,luka, pengorbanan dan
kecemasan. Sedangkan kegagalan adalah
titisan-titisan dari kemalasan, tidak
mempunyai semangat, perasaan lemah
dan tidak bersungguh-sungguh.
4. KEPERCAYAAN DIRI
Percayalah pada diri sendiri adalah janganlah
bergantung kepada orang lain. Anggaplah
bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan
bukan anda yang menjadi tanggungan mereka
dan bahawa ALLah SWT yang bersama diri anda.
Jangan tertipu dengan orang yang selalu
berfoya-foya.
5. Tips hadapi suasana negatif
• Tiada apa atau siapa pun yang boleh
menyebabkan saya menjadi negatif. Saya
sentiasa memilih bagi bersikap positif kerana
hidup saya adalah pilihan saya.
• Jangan dihancurkan oleh hal-hal yang remeh
tetapi jangan memperlakukan masalah lebih
besar dari kenyataan yang sebenarnya. Berhati-
hatilah, jangan terlalu takut menghadapi masalah
dan jangan terlalu membesar-besarkan masalah.
6. Mutiara Kata
Saidina Ali berkata “ Manusia ada tiga jenis, seorang
alim rabbani (yang takut kepada Allah SWT ) dan
seorang murid yang ingin selamat dan selain itu
rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong
mengikut arah angin. Beliau juga berkata Ilmu lebih
baik dari harta. Ilmu menjaga dirimu sedangkan
kamu menjaga harta dan ilmu bertambah jika
disiarkan sedang harta berkurangan jika di
belanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup
selamanya meskipun jasadnya tidak ada dan ajaran
mereka selalu diingati dalam hati.
7. Mutiara Kata
Pujangga berkata “ Pengetahuan
pengalaman dan wawasan jauh lebih
baik daripad harta yang bertimbun
kerana bergembira dengan harta
benda adalah sifat binatang,
sedangkan bergembira dengan ilmu
pengetahuan adalah sifat manusia.
8. Setiap ilmu ada kelebihanya ;
Siapa yang mempelajari sastera, maka lembut dan
eloklah bahasanya.
Siapa yang mempelajari hadis maka kutlah
hujahnya.
Siapa yang mempelajari Sejarah maka banyaklah
iktibarnya
Siapa yang mempelajari Matematik maka tepatlah
andaianya
Siapa yang mempelajari Sains maka betullah
eksperimennya
9. Siapa yang mempelajari Geografi maka fahamlah
kehidupanya
Siapa yang mempelajari Tauhid maka kukuhlah
akidahnya
Siapa yang mempelajari Mantik maka mudahlah ia
menangkis hujah
Siapa yang mempelajari Feqah maka sahihlah
ibadatnya
Siapa yang mempelajari Tasawuf maka tinggilah
akhlaknya,
Siapa yang mempelajari Al-nquran nescaya Allah
SWT memeliharanya. Inilah kemuncaknya.
10. Kebahagian
Kebahagian itu adalah ketika jiwa telah
berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya.
Kemenangan pula adalah ketika jiwa telah
mendapat buah hasil amalanya. Nasib yang
baik adalah ketika dunia yang dicarinya
mengabadikan kepadanya.
11. Rahsia Solat Malam
Solat pada malam hari adalah keindahan
pada siang hari, senang melakukan kebaikan
kepada manusia adalah sebahagian daripada
kesusian nurani dan menunggu jalan keluar
dengan penuh sabar adalah ibadah.
12. PENUTUP
Kejayaaan, kemenangan,
kecemerlangan dan keunggulan
hanyalah dimiliki oleh mereka yang
sanggup berkorban dan berusaha
dengan bersungguh-sungguh tekun,
berdedikasi serta bertawakal kepada
Yang Maha Esa…..