Dokumen ini membahasakan tentang keindahan pantai yang terancam akibat pembangunan pariwisata dan faktor alam. Pembangunan pariwisata di pinggir pantai menyebabkan kerusakan lingkungan seperti polusi, kehilangan habitat, erosi, dan sedimentasi. Struktur penahan erosi di pantai Pengkalan Balak, Melaka rusak dalam waktu 3 bulan akibat gelombang kuat dan perencanaan yang kurang memadai. Untuk menjaga kelestarian pantai
Pembuatan film wisata sebagai media promosi instagramable kecamatan harian b...
KeindahanPantaiYangTernoda
1. Tugasan Individu : Photo Talk
Tajuk : Keindahan Pantai Yang Ternoda
Disediakan oleh :Nur Fazreen Binti Sallehuddin (GB120013)
Disediakan untuk :En. Ghazally Spahat
KEINDAHAN PANTAI MILIK BERSAMA…
2. KEINDAHAN PANTAI YANG SEMAKIN TERANCAM…
Industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara. Sejak tiga dekad
yang lalu, industri pelancongan telah berkembang dengan pesatnya. Zon pinggir pantai
merupakan destinasi yang menarik dan cantik untuk dikunjungi di samping menjadi daya
tarikan utama sebagai tempat rekreasi, peranginan serta dalam industri pelancongan negara.
Oleh kerana tarikan yang dimiliki oleh zon pinggir pantai ini, ia menjadi faktor untuk tempat
menjana sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, proses pembangunan pelancongan ini samada dirancang ataupun tidak,
ia mampu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal di zon pinggir pantai apabila daya
tamping sesuatu destinasi itu dilampaui (Md.Jahi, 2009). Secara mudahnya, proses
pelancongan ini menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya
disebabkan aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini.
3. Pembangunan pelancongan adalah berbeza dari segi intensiti dan bilangan orang di
sesuatu tempat. Jumlah orang di sesuatu unit kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan
kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan kawasan bukan pelancongan yang sama luas
dan oleh itu impaknya adalah lebih besar. Menurut Southwick (1996) yang dipetik dari kajian
oleh Md.Jahi (2009), impak manusia terhadap alam sekitar fizikal adalah hasil interaksi
sekurang-kurangnya tiga faktor asas iaitu jumlah atau bilangan peserta yang terlibat, jumlah
aktiviti yang dijalankan di kawasan terlibat dan jangka masa aktiviti yang dijalankan. Dalam
apa-apa konteks sekalipun, aktiviti yang dilakukan di sesuatu tapak mempunyai hadnya yang
tersendiri dam mampu bertahan untuk sejumlah pengguna untuk suatu jangka masa tertentu
sahaja. Keadaan tersebut akan membenarkan penggunaan yang optimum tanpa menyebabkan
masalah terhadap tapak di mana aktiviti berkenaan berjalan. Apabila keadaan tersebut
dilampaui, maka alam sekitar akan mula mengalami kemerosotan, dan sekiranya tidak
terdapat langkah-langkah positif yang diambil untuk menangani keadaan kemungkinan tapak
tersebut akan musnah dan tidak boleh digunakan lagi.
Pembangunan aktiviti rekreasi dan peranginan para pelancong khususnya di zon pinggir
pantai sebenarnya banyak mendatangkan impak positif dan negatif. Antara impak negatif
adalah impak terhadap persekitaran fizikal seperti seperti masalah pencemaran, kehilangan
habitat, hakisan dan pemendapan. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan, ia diambil
di salah satu pantai peranginan di Melaka iaitu Pantai Pengkalan Balak pada 22 November
2013 dengan menggunakan kamera telefon bimbit 8MP (Megapixel) jenama Ninetology
Insight. Aplikasi yang digunakan adalah Camera 360 dan shooting mode yang digunakan
ialah Effects HDR dan Enhance .
Gambar-gambar ini memaparkan suasana pantai yang indah dan suasana pantai dengan
struktur kawalan hakisan atau tembok penahan ombak yang dibina telah rosak akibat faktor
alam semulajadi iaitu pukulan ombak yang kuat. Mengikut pemerhatian penulis yang juga
berasal dari Pengkalan Balak, struktur kawalan hakisan ini baru sahaja dibina dalam 3 bulan
lepas tetapi sudah mengalami kerosakan yang kritikal. Selain faktor alam semulajadi yang
menyumbang kepada masalah ini, faktor perancangan, pembangunan dan pengurusan yang
berkesan mungkin boleh mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
4. Kajian oleh Aiyub (1997), yang bertajuk Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir
Pantai Negeri Sembilan mendapati taburan saiz bahan pantai yang tidak seragam secara
semulajadi menunjukkan gangguan dari aktiviti manusia termasuk pembinaan strukturstruktur konkrit di atas permukaan pantai. Pembinaan tembok-tembok penahan ombak di
pantai telah menyebabkan ombak pantulan. Ombak yang menghempas tembok batuan ini
menghakis bahagian bawah pantai dengan tenaga yang kuat dan menyebabkan hakisan pantai
menjadi lebih kritikal.
Sehubungan dengan itu, Aiyub (1997), mencadangkan bentuk pengurusan dan
perancangan masih boleh dimantapkan dengan pelbagai usaha yang bersepadu dari pihak
terutamanya kerajaan pusat, kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai. Di samping itu
juga satu garis panduan pengurusan pembangunan pinggir pantai sedang diusahakan di
peringkat Persekutuan. Hasil dapatan kajian oleh Seow & Ariffin (2010) pula, antara faktorfaktor yang diambilkira dalam menentukan jenis yang sesuai digunakan untuk membina
struktur hakisan ialah kestabilan, ketahanan, fungsi, faktor geoteknik, bahan-bahan binaan,
penyelenggaraan keselamatan, kos, nilai estetika, guna tanah dan faktor persekitaran.
Jadi pihak yang berkaitan seharusnya merancang dengan teliti sebelum melaksanakan
sesuatu pembangunan di zon pinggir pantai dan seterusnya melaksanakan proses pengurusan
yang sistematik supaya pembangunan yang dilaksanakan dapat diselenggara dengan baik dari
masa ke semasa. Kesimpulannya, semua pihak berkaitan serta masyarakat harus bekerjasama
dan mempunyai kesedaran akan kepentingan mewujudkan sistem pengurusan zon pinggir
pantai yang bersepadu untuk mengekalkan keindahan pantai milik bersama serta menjamin
pembangunan industri pelancongan yang berterusan.
5. RUJUKAN
Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal
Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23
Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap
Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management
10(2) (2009): 71-88
Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan
Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
6. RUJUKAN
Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal
Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23
Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap
Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management
10(2) (2009): 71-88
Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan
Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.