ADHD adalah gangguan perhatian yang umum terjadi pada anak-anak. Gejalanya meliputi kurang fokus, hiperaktif, dan impulsif. Kajian menunjukkan 4.3% anak Malaysia usia 5-15 tahun mengalaminya, lebih sering pada laki-laki. Tidak ditemukan penyebab tunggal namun faktor genetik dan ketidakseimbangan kimia otak mungkin berperan. Rawatannya meliputi obat, terapi perilaku,
1. Pendahuluan
ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia
melibatkan 3 jenis kepayahan :
Kurang tumpuan
Hyperaktif
Menurut kata hati (Impulsiviti)
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai
4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada
punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otak
mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Tanda & gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari
6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
Tidak berupaya mematuhi arahan
Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
Mudah hilang perhatian
Pelupa
B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat
duduknya
Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
Bising waktu bermain
Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
Banyak bercakap
C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
Tidak sabar menunggu giliran
Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
Tambahan :
2. o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,
rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,
dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan
segera.
Komplikasi
ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant
Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan
pembangkang.
Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi
tumpuan pada pelajaran di sekolah.
Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk
belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah
diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat
yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku
ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu
mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
Pemulihan
Intervensi tingkahlaku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh
berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut
memberi perhatian dan memahaminya.
Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan
rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa
gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta
Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang
berlaku setiap hari.
Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak
untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.
3. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan
pada kelemahannya sahaja.
Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang
mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.
Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada
mereka.
Kumpulan sokongan
FAMILY SUPPORT GROUP FOR ADHD/LD AND RELATED DISORDERS
Website : http://groups.yahoo.com/group/myadhdsupport
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 21:15 No comments:
Pautan pada catatan ini
Tuesday, 29 March 2011
Masalah Pembelajaran
Pembelajaran dan pengajaran adalah amat penting untuk memastikan semua murid yang
menerima ilmu dapat manfaat sepenuhnya. Justeru itu kita sebagai pendidik perlu untuk
bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Bagi
merealisasikan tujuan yang murni, maka adalah perlu kita sebagai pendidik menghasilkan murid-
murid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu kita
haruslah mendidik murid-murid walaupun tidak semua murid itu bijak. Pertama sekali kita
haruslah berusaha untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan murid kita. Kemudian barulah
kita berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stail pembelajaran yang sesuai mengikut
gaya pembelajaran murid. Jika murid itu lemah, maka kita sebagai pendidik perlu untuk sedaya
upaya membantu agar murid kita berjaya bukannya menyalahkan orang lain...ayuh bangkitlah
rakan-rakan guru bagi memastikan kerjaya guru terus dihormati.
Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakkan
yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lembam atau 'slow
learner' merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.
Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini
lambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas
menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.
kanak-kanak yang lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru
yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1- Guru perlu gunakan bahasa mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang.
4. Ia boleh digambarkan atau dipaparkan pada papan putih atau papan kenyataan kelas.
2-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan didalam langkah-langkah yang pendek
dan logik.
3- Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi
perasaan kejayaan misalnya meminta seorang kanak-kanak disklesia untuk memberi laporan
secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk & margetts, 2007)
4- Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. ia boleh diberi dalam
bentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu mereka lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh
diberikan untuk kanak-kanak ini meyiapkan tugasan mereka.
5- Tugasan atau kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis
kelas sebagai peringatan. satu slainan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:49 No comments:
Pautan pada catatan ini
Pelajar "Slow Learner"
1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan
tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang
digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid
seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang
mempunyai gambar-gambar yang menarik.2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam
akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu
bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang
berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut
mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.Pemilihan
kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti
pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah
seperti berikut;a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)Menurut Meese (2001),
kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu
perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka
pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan
keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.b)Pengajaran
Secara IndividuZakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran
tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan
pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai
olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan
berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya.
Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan
objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran
individu kepada empat, iaitu Munsyi atau ―tutoring‖, kursus melalui pos, Rancangan Berunit
Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer.
Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian
dengan tahap murid tersebut.c)Mengubah Yang Abstrak Kepada KonkritSeorang pendidik perlu
mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam
pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan
5. didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas
dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan
fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat
perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan
yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan
mempertingkatkan keupayaan mereka.d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‗Power Point‘
dalam komputer dan ‗electronic dictionary‘ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang
kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang
diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang
‗stereotype‘. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar
istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara
elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan
penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen,
1986).e)Terapi HidroSelain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi
hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan
halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati
lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan
air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang
walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam
air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum
berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina
keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak
tersebut.f)Cara KerjaCara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down,
disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara
kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan
betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi
lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat
kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus
jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan
kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.g)Perkhidmatan
PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam
konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang
Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar
institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli
masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi
ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan,
rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang
produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang
mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti
6. Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan
untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak
berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan
yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di
Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan
untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di
PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan
kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan
pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh
pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam,
serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:48 No comments:
Pautan pada catatan ini
Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas
adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah
autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah
sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.
Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‗pelik‘, jangan cepat
memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.
Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya
memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja
tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain
seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi
kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek
berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah
bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi
melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata
Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.
Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti.
Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru.
Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran
yang digunakan guru di rumah.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
Tidak menghiraukan orang lain
Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
7. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
Lebih suka bermain sendiri
Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
Lambat bercakap
Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap
seperti orang dewasa
Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka
mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta
mainan berpusing dan memutar objek
Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan
perlakuan di luar kawalan
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
Tidak boleh duduk diam
Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif
seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan
yang merosakkan seperti mencederakan diri
Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik
dan buruk
Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-
kanak autisme iaitu:
8. Kurang tumpuan kepada persekitaran
Sering ada dalam dunia sendiri
Kadangkala pertuturan tidak jelas
Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
―Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‗perangai‘, semua yang hendak diajar tidak sampai.
Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan
kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba
disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
―Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan.
Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi
mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,‖ katanya
ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak
menyatakannya
Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‗buat perangai‘)
Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan
menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
Cuba ‗mengambil balik‘ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
‗Stimming‘ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa
tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar
konteks, menepuk dan lain-lain
Apa yang boleh dilakukan guru?
Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan,
beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran
melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan
membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk
memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik
darjah.
Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar.
Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini
perlu diteruskan di rumah.
9. Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan
jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki
jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke
cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama
satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran
bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan
berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah
kenali konsep masa.
Contohnya ‗lagi lima minit kita akan tutup televisyen‘ atau ‗dalam kiraan lima kita akan berhenti
bermain‘. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme
mendengarnya.
Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk
peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan,
tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah,
terutama yang kurang faham bahasa.
Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan
kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana
jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara
konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan
gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‗negatif‘.
Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau
manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas
bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak
mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina
hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata
dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu
sayangkan badan sendiri.
Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk
urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti
masa lapang.
―Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di
sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses
pembelajaran anak autisme,‖ katanya.
Ciri-ciri autisme
> Tidak menghiraukan orang lain
> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
10. > Lebih suka bermain sendiri
> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
> Lambat bercakap
> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap
seperti orang dewasa
> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta
mainan berpusing dan memutar objek
> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan
perlakuan di luar kawalan
> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
> Tidak boleh duduk diam
> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif
seperti mengamuk, marah-marah, agresif
> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan
buruk
Sumber : myMetro
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:40 No comments:
Pautan pada catatan ini
Lembam atau "Slow Learner"
DEFINISI
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa,
terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka
pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.
Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
11. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.
Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
- Temubual
- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negatif
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:36 No comments:
Pautan pada catatan ini
Monday, 28 March 2011
Kerencatan Akal (Mental Retarded)
DEFINISI & FAKTOR PENYEBAB
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal
yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.
Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara
12. hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota,
penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan
akal.
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik
seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan
masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini
mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.
Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca
yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau
masalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah :-
1. Palsi serebrum
2. Sindrom Downs
Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu
daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom
Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang
terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental
assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada
pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-
bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.
Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka.
Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat
untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah
keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami
masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan
dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di
beli.
3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk
membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh
berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki
pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan
Carakerja (Occupational Therapy.
13. 4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit
diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan
ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan
sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan
pendengaran juga mesti dilakukan.
5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi
kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan
menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya
pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang
mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau
Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.
7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada
pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.
Oleh : Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 21:20 No comments:
Pautan pada catatan ini
Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran
Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran
Autisme
* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.
Sindrom Down
* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
* Mata sentiasa berair dan merah.
14. * Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
* Bentuk muka yang kecil.
* Bahagian kepala leper.
* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
* Majoriti berambut lurus dan lembut.
* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
* Berbadan gembal dan rendak.
* Badan yang agak bongkok.
* Suka bermanja, bermain dan gembira.
* Dapat bergaul dengan baik.
* IQ di antara 30 hingga 80.
* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.
Cacat Akal Ringan
1. Adiot
# Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
# Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
# Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
# Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
# Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
# Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.
Cacat Akal Berat
* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
* Sukar bernafas.
* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
* Selalu menangis.
* Sukar bercakap dan memahami orang lain.
* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
* Tidur yang berlebihan.
* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.
Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
15. * Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Hypoaktif
* Murang dan menyendiri.
* Aktiviti fizikal yang pasif.
* Tiada respond pada persekitaran.
* Suka termenung.
* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
* Menundukkan muka bila nama dipanggil.
* Suka bermain sendirian.
* Suka berkhayal.
Spastik
* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
* Tidak berupaya mengangkut badan.
* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
* Tidak berupaya memegang objek.
* Tidak berupaya mengurus diri.
Pintar Cerdas
* Kebolehan yang luar biasa.
* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
* pergaulan dengan kanak-kanak lain.
* Perkembangan bahasa yang lambat.
* Perbendaharaan kata yang kemas.
* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
* Suka mencari helah.
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:49 No comments:
Pautan pada catatan ini
Menghadapi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Date: Thursday, July 15 @ 00:00:00 MYT
Topic: Famili
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal
hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca,
menulis, mengeja dan bermatematik.
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap
16. dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga
menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan
itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran? Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah
neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan,
berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan
bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai
kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada
kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuatu
kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain
dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam
pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang
menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang
pendek, kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga
memerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika belajar. Kebanyakan mereka
dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapat
dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun pelajar berupaya belajar, kadar
pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-
kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang dan
menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding
dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik,
kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional. Walaupun kadar pembelajarannya
perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun,
sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan
adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya
menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah pelajar ini sukar
memohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru. Punca Kanak-Kanak
Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak. Otak
secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian
bawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat
adalah dinamis dan potensinya dapat dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat
dalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah
bersifat statik. Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi
mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi
mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai
penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak
atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-
dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual. Selanjutnya, memori terdiri daripada dua
jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat.
Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori
semantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan.
Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna.
Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan
menggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks. Sesuai
dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan
17. bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, ―Saya tahu bangau adalah burung
dan memiliki sayap‖. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-
burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada
umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan
oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinat
dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan
dalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam
bagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu. Memori episodik
adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami
pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yang
kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan peristiwa yang kamu alami pada hari
pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-contoh maklumat yang tersimpan dalam
memori episodik. Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu
diperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif
kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti
berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan
nombor ‗13 dan 31‘, menulis ‗p sebagai q‘ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun
huruf. Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan
rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjah
kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masa
yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak.
Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‗hari ini‘
disebut sebagai ‗esok‘ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar
ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan
konsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis.
Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu.
Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi
apabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan
kuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi
itu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak
menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak
dapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut ―Saya tak peduli‖ ataupun ―Saya tak
mahu.‖ Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar.
Tidak dapat membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar
belakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan.
Sukar mengingati semula apa yang dilihat. Punca Kecacatan Kecacatan pada kanak-kanak
dikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Baka Apabila dikaitkan dengan
baka, ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan
sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23
pasangan kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyai
kecacatan dan diwarisi oleh anak. Kedua, ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat. Setiap pasangan
kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku
persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan
kromosom yang pertama iaitu ‗autosomal dominant‘, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh
anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka
peluang mendapat anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada
18. setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‗autosomal excessive‘ iaitu kedua ibu bapa pembawa
cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma
masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-
duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya
adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa
manakala 25% lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya
daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka
normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat. Pengambilan
ubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang
dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat
kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun,
segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat
1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah
kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat
mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila
anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan
daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran
melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai
risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil juga
memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan
teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E
dan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang
dikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa
mendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya
memenuhi ke-perluan vitamin dan zat galian ibu. Penggunaan Aspirin ketika hamil harus
dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan
dengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan.
Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan
semasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung
anak yang baru lahir. Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein.
Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau pun
tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janin
manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepada
hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan.
Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yang
bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatan
bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama.
Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada
pembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal
digalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet. Sinar-X
Sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari,
batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggi
dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yang
berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapi
pendedahannya berlarutan, juga membahayakan. Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah
terpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu
19. yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan
penyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang
terlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X. Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada
doktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada
hari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan
ditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia
dapat mencacatkan bayi. Menghalakan Sinar–X jauh daripada bahagian pelvis juga adalah
langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepada
Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa
hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia.
Jangkitan kuman Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat
menimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan
jasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses
pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalah
disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagai
jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma ini
membiak dan membawa bersama penyakit. Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-
mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan
staphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan
apendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia.
Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada
bakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan
memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit yang
dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela. Kuman sifilis amat membahayakan bayi.
Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang
wanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan
merosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir
cacat. Pemakanan Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran
dapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi
jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalami
masalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalam
kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik. Dadah dan arak Walaupun penagihan
dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedang
hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, ada
kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalah
kecacatan janin. Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang
mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulut
dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakau
bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yang
menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapat
menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-
bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkan
kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi. Cubaan menggugurkan anak
Amalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan
menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu,
ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan
20. daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupun
menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilan
berkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta
menyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah
dianggap sebagai penganiayaan pada janin. Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di
sisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu
mengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa
ataupun menganiaya janin. Umur ibu Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan
mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang
dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah
yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka
berada di bawah jagaan doktor pakar. Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya
meningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua
dalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom
Down adalah satu dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom
Down di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau
bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani
ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi
mengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada
usia 23 hingga 29 tahun. Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan
normal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir
prematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana
sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telur
mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrin
bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitari
mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan
hormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem
pembiakan sudah matang. Kekurangan oksigen Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigen
melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa
ke jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan
terbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam
aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu. Kesan
kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarang
kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak
lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat
tumbuh semula seperti sel kulit apabila luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak.
Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka
bahagian yang dikawal turut rosak. Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal
otot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental
adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir.
Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan.
Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-
langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi,
epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain. Kenan Kecacatan tidak
boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenan
atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh
21. semua perkara di atas terutama baka. Kemalangan Kemalangan melibatkan kepala dapat
menjejaskan fungsi otak seseorang. Penyesuaian Perlu diingat apabila membincangkan mengenai
bantuan yang ingin diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, ia merujuk kepada semua
aktiviti yang dilakukan yang memerlukan mereka belajar. Aktiviti tersebut merangkumi perkara
seharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan kemahiran pembacaannya serta kemahiran
bermatematik. Ia merujuk juga kepada cara membuat kerja-kerja rumah yamg diberikan oleh
guru dengan lebih efisien. Ia juga merujuk kepada bagaimana guru-guru meningkatkan
kebolehannya sebagai guru. Ia juga merujuk kepada ibu bapa yang cuba meningkatkan usaha
memberi sokongan, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka.
Rancangan sekolah selalu dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-
kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta
kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran mengembangkan psikoemosi yang emosi.
Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-
citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya dia diarah
supaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, sebagai guru
mereka perlu tahu pelajar itu sendiri, sifat, keperluan serta latar belakangnya. Mereka perlu
mempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani situasi yang dihadapinya,
merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pem-belajarannya dan
menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang
dipelajari. Ada antara kanak-kanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minat
mereka dirangsang dan mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasai
banyak perkara abstrak yang mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahan
bacaan mesti ditulis berkaitan kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaran
mestilah dilambatkan. Dengan itu barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak dan
menjadi pelajar yang berjaya. Sebahagian daripada kegagalan mereka yang bermasalah
pembelajaran dikaitkan oleh segolongan pendidik tidak berwibawa yang menempatkan kanak-
kanak ini ke dalam situasi di mana mereka tidak boleh berjaya dan kemudiannya tidak membuat
sesuatu bagi menolong penyesuaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan semua bantuan
psikologi yang boleh diberikan kepada mereka. Penulis pernah melawat sebuah kelas bermasalah
pembelajaran yang menggunakan sebuah bilik darjah yang biasanya diberi nama 4B. Walau pun
peringkat akademik ahli-ahli dalam kumpulan ini bukan seperti kanak-kanak darjah empat, tetapi
oleh kerana umur mereka dimasukkan ke darjah ini. Pada hari itu, nama darjah mereka diubah
kepada 2B. Kanak-kanak ini membantah kerana mereka sangat bangga berada dalam darjah 4B.
Mereka berasa marah kerana kehilangan martabat di kalangan rakan-rakan sekolah akibat
pertukaran tersebut. Penetapan status darjah berdasarkan pencapaian adalah hak bagi kumpulan
ini. Mereka patut diberi sesuatu yang positif dan merangsangkan oleh pihak sekolah. Mereka
berhak mendapat status yang sepatutnya yang akan mengembangkan sikap ke arah pencapaian
yang lebih membanggakan. Meletakkan tanda 4B, mereka seolah-olah sudah mencapai suatu
corak hidup pelajar yang memuaskan.Walau pun kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan antara
55 hingga 70, namun mereka boleh bergerak balas kepada teknik yang sudah diubah suai dalam
latihan yang baik penyusunannya serta yang mempunyai kakitangan yang bijak. Kumpulan yang
rendah hanya boleh bergerak balas kepada rangsangan bagi keperluan asasnya untuk hidup.
Kebiasaannya, ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar pada tingkah laku emosi anak-anak.
Ada antara ibu bapa sentiasa memaksa anak-anak mereka dari sejak lahir hinggalah seterusnya.
Sebenarnya masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam masa
tahun-tahun awal seorang kanak-kanak, ia mungkin tidak berjaya dalam kerja sekolahnya
22. ataupun menunjukkan kecerdasan otak dalam perhubungan di rumah atau di tempat-tempat lain.
Ibu bapa kerap kali percaya kerencatan itu adalah disebabkan oleh perkembangan yang lambat
dan akhirnya akan dapat diperbetulkan. Selepas kanak-kanak mencapai umur belasan tahun, ibu
bapanya tidak lagi boleh menyalahkan proses perkembangan sebagai penyebab kerencatan.
Selepas itu, dengan tidak mengira bagaimana hampanya perasaan ibu bapa, kanak-kanak ini
menjadi korban sikap ini terhadapnya. Bimbingan Kefahaman mengenai kanak-kanak adalah
asas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang mungkin diberikan kepada mereka.
Kanak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan yang disediakan untuknya.
Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan serta potensinya.
Justeru, semua pihak hendaklah bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini menuju ke
sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Bimbingan ialah sebarang bentuk bantuan atau pertolongan
yang direka bentuk dengan betul bagi membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan
persekitannya. Sudah menjadi tugas ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah pembelajaran
mereka ini. Antara keadaan yang merungsingkan kanak-kanak ini adalah kegiatan masa lapang,
sikap terhadap orang lain, sikap orang lain kepada mereka, peringkat rasa selamat serta darjah
kejayaan di sekolah. Penutup Proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks kerana
banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran dikendalikan, terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian
oleh kanak-kanak bagi memastikan mereka menguasai apa yang diajar guru. Proses tindan-tindih
begini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sistem neurologi seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan wujudnya keadaan seperti
berikut: Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi dicapai. Pelajar mempunyai motivasi untuk
belajar. Pelajar disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai yang memberi mereka
peluang mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Apabila pembelajaran berlaku, pelajar
mendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang mendorongnya supaya belajar
lebih lanjut. Pelajar diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektif
yang dimahukan. Terdapat peluang belajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat
di mana dia boleh menggunakannya. Apabila pelajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan
di tempat di mana dia boleh menggunakannya, pelajar diberi maklum balas mengenai kemajuan
pembelajarannya.
Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, Mohd. Sharani Ahmad
Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:44 No comments:
Pautan pada catatan ini
Sunday, 27 March 2011
Menangani anak-anak hiperaktif
Oleh ZUHAYATI YAZID
23. KANAK-KANAK lasak yang sukar
duduk diam dan tidak mengikut arahan
ibu bapa sering dilabelkan sebagai
nakal. Mungkin ibu bapa akan pening
kepala memikir bagaimana caranya
menangani anak-anak yang terlalu
aktif ini.
Kebanyakan ibu bapa menganggap
masalah ini akan beransur hilang
seiring peningkatan usia mereka tanpa kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak
yang menjadikan mereka sukar mengawal diri.
melakukan apa-apa.
Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan
besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan.
Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan
kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD)
Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu
bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar
mengasingkan maklumat.
Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang
mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.
Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr.
Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiada
simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak
berkenaan berbeza dengan rakan seusia.
Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar
selepas usia enam hingga sembilan tahun.
"Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar, kanak-kanak ADHD sama
seperti rakan-rakan seusia yang lain. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa
ingin tahu sesuatu yang baru.
"Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-kanak nakal akan
mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tidak mahu
mendengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang
kali.
"Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda
masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih tidak boleh dikawal manakala
ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah
tingkah laku,'' ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3
peratus mengalami masalah ADHD.
Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai
orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-
undang.
Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini
kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung
24. mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.
Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka
sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan
sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.
''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem
neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca
daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.
''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapi
terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah
anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan,'' katanya.
Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah
sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.
"Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami
masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam
dewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain,'' katanya.
Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan.
Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.
*Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak
hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-
kanak normal.
*Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh kerana
akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan.
*Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana,
lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.
*Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak
dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan
doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.
*Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang
bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
*Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin
boleh mencederakan diri atau orang lain.
*Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan
hidup dengan baik.