SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
Baixar para ler offline
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu
(Penulisan Esei Ilmiah)
Semester 3
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin
atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini
tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
Manual ini terdiri daripada 10 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2019
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2 TERHAD
Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu
Senarai kandungan
Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.
Penghargaan
(a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan
tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.
(b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting
kepada yang kurang penting.
1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang
(a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk.
(b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan
masalah atau isu kajian.
(c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman.
1.2 Definisi Konsep
Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat
tokoh).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
(a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan.
(b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai.
(c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja.
(d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan
Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan
mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,
membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,
mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya.
(e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk...
(a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk
kajian).
(b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya:
(i) Untuk menambah dokumentasi
(ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan
(iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran
(c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar.
Apakah kegunaan hasil kajian?
Pernyataan objektif mesti mengandungi
ayat pendahuluan.
Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan.
Apakah yang hendak
dikaji?
TERHAD
3 TERHAD
4.0 SKOP KAJIAN
Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.
Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.
5.0 BATASAN KAJIAN
(a) Pernyataan tentang had data
(b) Batasan dari segi lokasi kajian
(c) Batasan dari segi tempoh/masa
(d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:
dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan
6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)
Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.
6.1 Pemerolehan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan
orang Negeri Sembilan.
(a) Kaedah Lapangan
(i) Teknik pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini
digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau
kawasan yang dikaji.
(ii) Teknik temu bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam
sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal
ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya
menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil
rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.
(iii) Teknik soal selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan
calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik
yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh
diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.
(iv) Teknik rakaman
Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan
responden/subjek.
(b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan
(i) Teks lama (klasik)
(ii) Teks moden
(iii) Filem
(c) Korpus
Apakah yang ingin dibuat dalam kajian?
Apakah had/batasan kajian?
Huraian kaedah kajian
mesti mengandungi ayat
pendahuluan.
TERHAD
4 TERHAD
6.2 Penganalisisan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan
mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk
menganalisis data.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.
(a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian
(b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan
(c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak
8.0 RUMUSAN KAJIAN
Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar
seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula.
9.0 PENUTUP
(a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya
(b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya
BIBLIOGRAFI (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
(a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1).
(b) Pelajar hendaklah menyatakan sekurang-kurangnya lima rujukan.
(c) Bibliografi boleh terdiri daripada
(i) buku
(ii) artikel
(iii) e-book dan jurnal dalam talian
(d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi
(i) nama penulis/pengarang
(ii) tahun/tarikh
*Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia
NOTA AKHIR (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
LAMPIRAN (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
Peringatan:
Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN,
dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.
Huraian dapatan kajian mesti
mengandungi ayat pendahuluan.
TERHAD
5 TERHAD
PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI
1 Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Bilangan jilid
(e) Edisi dan terbitan
(f) Tempat terbit
(g) Nama penerbit
Format:
Nama, Tahun. Judul buku. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh: Oleh seorang penulis
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh dua orang penulis
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh tiga orang penulis
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and
Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Rujukan sekunder
Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-
119, 2016.
2. Karya Terjemahan
Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.
(a) Nama penterjemah
(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung
Contoh:
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)
Lampiran 1
TERHAD
6 TERHAD
3. Kamus dan Ensiklopedia
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Judul
(b) Jilid
(c) Tahun
(d) Edisi dan cetakan
(e) Tempat terbit
Contoh:
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama negeri
(b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa
(c) Tahun terbit
(d) Judul
(e) Tempat terbit
(f) Nama penerbit
Contoh:
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi
1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Majalah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul majalah
(e) Bilangan keluaran
(f) Jilid
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm.
142-143, Mac 1977.
TERHAD
7 TERHAD
6. Jurnal
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya
(e) Jilid
(f) Bilangan keluaran
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”.
Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.
Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.
7. Surat khabar atau Buletin
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Nama surat khabar atau buletin
(e) Tarikh terbit
Contoh:
Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral”
dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.
8. Monograf
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Nama siri
(e) Jilid
(f) Bilangan
(g) Tempat terbit
(h) Penerbit
Contoh:
Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda
terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).
TERHAD
8 TERHAD
8. Latihan Ilmiah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Peringkat pengajian
(e) Tempat
Contoh:
Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan
Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
9. Kertas Data
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Tempat
(f) Bentuk bahan dalam tanda kurung
Contoh:
Sanat Md. Nasir, 1979. “Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar
Keseringan dan Struktur”. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. (Stensilan).
10. Kertas Kerja
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel
(f) Tempat
(g) Tarikh
Contoh:
Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan
Arah Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua.
Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
TERHAD
9 TERHAD
11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama pensyarah
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Sumber nota
(e) Tempat
(f) Tarikh
Contoh:
Artwood, Joyce, 1986. “Editors in Publishing”. Kumpulan nota ceramah yang
disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.
12. Wawancara
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Bahan berakam
Contoh:
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.
(b) Bahan tidak berakam
Contoh:
Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.
13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Tajuk
(b) Tahun
(c) Bentuk bahan dalam tanda kurung
(d) Nama pengarah
(e) Tempat terbit
(f) Penerbit
(g) Bilangan bahan
(h) Tempoh
(i) Lokasi
Contoh:
Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.
Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)
Sdn. Bhd.
Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:
TERHAD
10 TERHAD
EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.
14. Bahan Internet
Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang
berikut:
1. Nama pengarang
2. Tahun
3. Tarikh dicapai
4. Alamat laman sesawang
Contoh:
Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119,
2016. Diakses pada 27 Mac 2018, daripada http://www.mycite.my/en/advanced-
search/result
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan
terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2):
219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada
http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf
15. Contoh Penulisan Bibliografi
BIBLIOGRAFI
Buku
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New
Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/Makalah dalam Jurnal:
Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa
Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75–99.
Bahan Internet:
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap
pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26
Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.
sosio.nov.2010.pdf

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2nurAkhma
 
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANAsmawi Abdullah
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMFarhana Aisyah Norzelan
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaauni farhana
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPMyenchuxx
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) cg.Teha Amran
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Nazira M
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Nazira M
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Nicholas Lidang Mud
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAAsmawi Abdullah
 
Jenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciJenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciazam_hazel
 

Mais procurados (20)

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPM
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
 
Jenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciJenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunci
 

Semelhante a Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019

2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdfMOHDZAIFULNIZANBINZA
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanfiro HAR
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfRijalRamli
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Venessa Joseph Sagar Singh
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik2015UPM
 
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Thanushah Soniyasee
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5Pendidik Bangsa
 
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxtaklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxNorazlinMohdNor
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 anis ikhwan
 
PERSEDIAANN KERJA PAMERAN SENI
PERSEDIAANN KERJA  PAMERAN SENI PERSEDIAANN KERJA  PAMERAN SENI
PERSEDIAANN KERJA PAMERAN SENI SK BATANG BENAR
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik2015UPM
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
Instrumen SSQS GPM
Instrumen SSQS GPMInstrumen SSQS GPM
Instrumen SSQS GPMairiel hamka
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)ciklaili. com
 

Semelhante a Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019 (20)

2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakan
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik
 
LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
tugasan forum
tugasan forumtugasan forum
tugasan forum
 
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
 
Komunikasi Saintifik PTSL
Komunikasi Saintifik PTSLKomunikasi Saintifik PTSL
Komunikasi Saintifik PTSL
 
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxtaklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112
 
PERSEDIAANN KERJA PAMERAN SENI
PERSEDIAANN KERJA  PAMERAN SENI PERSEDIAANN KERJA  PAMERAN SENI
PERSEDIAANN KERJA PAMERAN SENI
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
-panduan umum
-panduan umum-panduan umum
-panduan umum
 
Instrumen SSQS GPM
Instrumen SSQS GPMInstrumen SSQS GPM
Instrumen SSQS GPM
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
 

Mais de RAMLAH BINTI A. RANI

Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

Mais de RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 

Último

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 

Último (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019

  • 1. TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah) Semester 3 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia. Manual ini terdiri daripada 10 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2019 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 2 TERHAD Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu Senarai kandungan Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman. Penghargaan (a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah. (b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. 1.0 PENGENALAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep. 1.1 Latar Belakang (a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk. (b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan masalah atau isu kajian. (c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman. 1.2 Definisi Konsep Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat tokoh). 2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian) Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: (a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan. (b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai. (c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja. (d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan, membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik, mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya. (e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini adalah untuk... (a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk kajian). (b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya: (i) Untuk menambah dokumentasi (ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan (iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran (c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar. Apakah kegunaan hasil kajian? Pernyataan objektif mesti mengandungi ayat pendahuluan. Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan. Apakah yang hendak dikaji?
  • 3. TERHAD 3 TERHAD 4.0 SKOP KAJIAN Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian. Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal. 5.0 BATASAN KAJIAN (a) Pernyataan tentang had data (b) Batasan dari segi lokasi kajian (c) Batasan dari segi tempoh/masa (d) Batasan dari segi informan/responden/subjek: dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan 6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar) Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan. 6.1 Pemerolehan Data Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan orang Negeri Sembilan. (a) Kaedah Lapangan (i) Teknik pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. (ii) Teknik temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut. (iii) Teknik soal selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. (iv) Teknik rakaman Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/subjek. (b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan (i) Teks lama (klasik) (ii) Teks moden (iii) Filem (c) Korpus Apakah yang ingin dibuat dalam kajian? Apakah had/batasan kajian? Huraian kaedah kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.
  • 4. TERHAD 4 TERHAD 6.2 Penganalisisan Data Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis data. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian. (a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian (b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan (c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak 8.0 RUMUSAN KAJIAN Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula. 9.0 PENUTUP (a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya (b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya BIBLIOGRAFI (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) (a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1). (b) Pelajar hendaklah menyatakan sekurang-kurangnya lima rujukan. (c) Bibliografi boleh terdiri daripada (i) buku (ii) artikel (iii) e-book dan jurnal dalam talian (d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi (i) nama penulis/pengarang (ii) tahun/tarikh *Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia NOTA AKHIR (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) LAMPIRAN (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) Peringatan: Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL. Huraian dapatan kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.
  • 5. TERHAD 5 TERHAD PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI 1 Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Bilangan jilid (e) Edisi dan terbitan (f) Tempat terbit (g) Nama penerbit Format: Nama, Tahun. Judul buku. Tempat terbit: Penerbit. Contoh: Oleh seorang penulis A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh dua orang penulis Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh tiga orang penulis Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Rujukan sekunder Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94- 119, 2016. 2. Karya Terjemahan Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan. (a) Nama penterjemah (b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung Contoh: Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris) Lampiran 1
  • 6. TERHAD 6 TERHAD 3. Kamus dan Ensiklopedia Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Judul (b) Jilid (c) Tahun (d) Edisi dan cetakan (e) Tempat terbit Contoh: Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama negeri (b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa (c) Tahun terbit (d) Judul (e) Tempat terbit (f) Nama penerbit Contoh: Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Majalah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Judul majalah (e) Bilangan keluaran (f) Jilid (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac 1977.
  • 7. TERHAD 7 TERHAD 6. Jurnal Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya (e) Jilid (f) Bilangan keluaran (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995. Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940. 7. Surat khabar atau Buletin Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Nama surat khabar atau buletin (e) Tarikh terbit Contoh: Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral” dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995. 8. Monograf Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Nama siri (e) Jilid (f) Bilangan (g) Tempat terbit (h) Penerbit Contoh: Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).
  • 8. TERHAD 8 TERHAD 8. Latihan Ilmiah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Peringkat pengajian (e) Tempat Contoh: Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 9. Kertas Data Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Tempat (f) Bentuk bahan dalam tanda kurung Contoh: Sanat Md. Nasir, 1979. “Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar Keseringan dan Struktur”. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Stensilan). 10. Kertas Kerja Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel (f) Tempat (g) Tarikh Contoh: Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
  • 9. TERHAD 9 TERHAD 11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama pensyarah (b) Tahun (c) Tajuk (d) Sumber nota (e) Tempat (f) Tarikh Contoh: Artwood, Joyce, 1986. “Editors in Publishing”. Kumpulan nota ceramah yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986. 12. Wawancara Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Bahan berakam Contoh: Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. (b) Bahan tidak berakam Contoh: Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. 13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD) Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Tajuk (b) Tahun (c) Bentuk bahan dalam tanda kurung (d) Nama pengarah (e) Tempat terbit (f) Penerbit (g) Bilangan bahan (h) Tempoh (i) Lokasi Contoh: Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS. Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M) Sdn. Bhd. Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:
  • 10. TERHAD 10 TERHAD EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min. 14. Bahan Internet Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang berikut: 1. Nama pengarang 2. Tahun 3. Tarikh dicapai 4. Alamat laman sesawang Contoh: Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119, 2016. Diakses pada 27 Mac 2018, daripada http://www.mycite.my/en/advanced- search/result Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf 15. Contoh Penulisan Bibliografi BIBLIOGRAFI Buku Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal/Makalah dalam Jurnal: Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75–99. Bahan Internet: Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf