NAMA RABBANI RIDHWAN BIN FAISAL
SHUKRI
NO. KAD
MATRIK
L20192011337
PENSYARAH PROF. DR AMIR HASAN BIN DAWI
DEFINISI PENDIDIKAN
Pendidikan ialah usaha sistematik yang
disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan
pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran
kepada ahlinya, usaha
memperkembangkan potensi individu
dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia .
" a preparation for battling with the
immediate experiences of life , a
preparation by which to qualify each
immediate moment with relevant
ideas and appropriate actions " Alfred
North Whitehead, The Aims of
Education ( New York : Macmillan,
1929 )
Sebelum penjajahan British, pendidikan di Malaysia pada
ketika itu lebih kepada unsur keagamaan bertujuan
melahirkan pelajar bermoral dan berilmu.
Tidak ada satu pendidikan yang seragam di tanah Melayu.
Selepas kedatang British, sistem yang diwujudkan oleh
mereka ialah pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan
kaum tertentu.
5 jenis persekolah yang wujud iaitu Sekolah Vernakular
Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India,
Sekolah Vernakular Inggeris dan Sekolah Agama (madrasah)
PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Ciri-ciri Pendidikan Sebelum
Merdeka
Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu
sahaja
Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar,
buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza.
Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang,
bandar dan kampung.
Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal.
Sebelum wujudnya sekolah Melayu, pelajaran agama dan
bahasa
Arab sangat dititikberatkan.
Sekolah Melayu pertama ditubuhkan ialah Sekolah Melayu
Gelugor pada tahun 1816 di Pulau
Pinang.
Matapelajaran yang diajar di sekolah Melayu ialah membaca,
menulis dan mengira.
Sekolah Melayu
Ciri-ciri :
Kemudahan yang disediakan tidak memuaskan.
Hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah
Menyediakan pendidikan setakat darjah enam
Dibina di kawasan luar bandar
Matlamatnya untuk mengekalkan cara hidup tradisional
orang Melayu.
Pendidikan yang diberikan hanyalah menjadikan anak-anak
orang Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada
ibubapa mereka
Lepasan sekolah Melayu tidak berpeluang memegang jawatan
tinggi.
Mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat
menengah perlu memasuki latihan perguruan
- Penubuhan sekolah Cina dikelolakan oleh masyarakat Cina
tempatan.
- Pada awalnya, sistem pendidikan di sekolah Cina tidak teratur.
- Sistem pendidikan Cina ini bertujuan memupuk semangat
kesetiaan terhadap negara Cina.
- Pada 1920, kerajaan British telah meluluskan Enakmen
Pendaftaran Sekolah-sekolah.
- Mengikut enakmen ini, semua sekolah dan guru wajib
didaftarkan.
- Tujuannya untuk menghalang murid-murid sekolah diresapi
ideologi komunis.
Sekolah Cina
Sekolah Tamil kebanyakannya didirikan di ladang-ladang getah.
Ia dibina oleh pihak majikan dan mubaligh Kristian.
Pada 1912, Enakmen Buruh telah mewajibkan setiap ladang
menyediakan sekolah jika terdapat lebih sepuluh anak pekerja
yang layak bersekolah.
Pendidikan Tamil yang disediakan bertujuan mengekalkan anak-
anak pekerja menjadi buruh di ladang tersebut.
Ciri-ciri sekolah Tamil :
- Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
- Sukatan Pelajaran dan buku teks diambil dari India.
- Menyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja.
Sekolah Tamil
Kerajaan British memberi perhatian dan bantuan kewangan
kepada sekolah Inggeris
Sekolah ini dibina sama ada oleh kerajaan atau Badan Mubaligh
Kristian
Sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu ialah Penang
Free School pada 1816.
Matlamat pendidikan Inggeris ialah untuk memenuhi keperluan
pentadbiran Britsih seperti kerani.
Bilangan orang Melayu terhad untuk sekolah ini.
Ciri-ciri sekolah Tamil :
- Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- Terbuka kepada semua kaum
- Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan menengah
- Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak seimbang.
Sekolah Inggeris
PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA
Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1957 dan Laporan Rahman Talib 1960 menjadi perintis ke arah
pengukuhan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.
Dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 dikuatkuasakan melalui Akta Pendidikan 1961.
Akta 1961 dilaksanakan oleh kerajaan demi kepentingan masyarakat
Malaysia yang majmuk dan mengembalikan semula kepercayaan
rakyat.
Rancangan Malaysia kedua iaitu pada tahun 1971-1975, rancangan
pendidikan negara kepada 3 bidang iaitu :
- menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara
- memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara
mengenai tenaga rakyat
- memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju
berasaskan sains dan teknologi.
AKTA
PELAJARAN
Tujuan : untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang akan memupuk perkembangan
kebudayaan, ekonomi dan politik.
Tahun : 1961
Strategi pelaksanaan
Rancangan Malaysia
o Melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di semua sekolah secara berperingkat
o Meberi peluang pelajaran kepada semua rakyat berbilang
kaum dan meningkatkan mutu pelajaran
o Kerajaan Malaysia mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah
rendah seluruh negara
o Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dilaksanakan di semua sekolah menengah
PENDIDIKAN SEMASA
- Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad
Badawi telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah
- PIPP tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum tetapi
untuk semua jenis aliran sekolah
- Memperkenalkan Sekolah Wawasan iaitu percubaan yang dilakukan oleh
kerajaan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara
- Sekolah Wawasan menempatkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam
kawasan yang samam iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil
- Pada tahun 2010, kerajaan Malaysia sekali lagi memperkenalkan Sekolah
Bestari dan Kluster sebagai perintis perubahan kepada sistem pendidikan di
Malaysia
- Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi
canggih dengan pengubahsuaian selari dengan perkembangan pesat dalam
era sains dan teknologi
• Sistem persekolahan pelbagai aliran
• Pengajaran Pendidikan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
• Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum
• Merealisasikan Wawasan 2020
Isu-isu dan Masalah
dalam Sistem
Pendidikan
Sejarah
Pendidikan
Moden
Semasa zaman praindustri , sekolah hanya
terbuka kepada golongan tertentu sahaja.
Golongan bangsawan mempunyai peluang
yang cerah dalam pendidikan manakala rakyat
jelata belajar melalui pemerhatian dan
pengalaman.
Buku-buku yang asalnya ditulis dengan tangan dan mula dicetak
selepas mesin cetak mula diperkenalkan.
Pendidikan formal giat selepas berlaku revolusi perindustrian
Pada awal abad ke-19, rakyat biasa mula mendapat peluang
pendidikan
Pada pertengahan abad ke-20, pihak kerajaan mula terlibat secara
langsung dalam pembangunan sekolah
Peringkat pendidikan terbahagi kepada pendidikan rendah, pendidikan
menengah dan pendidikan peringkat tinggi.
Pendidikan Tradisi di Malaysia
Sekolah merupakan satu-satunya tempat untuk
mendapat pendidikan formal dan merupakan agen
budaya
Pendidikan yang diberikan bertujuan hanya untuk
kembangkan kognitif (akademik) iaitu menumpukan
sepenuhnya terhadapa pengetahuan dan maklumat
Kurikulum dan sukatan matapelajaran adalah
berdasarkan guru dan rancangan pengajaran disusun
mengikut topik
Pengajaran dan pembelajaran berorientasikan buku teks
dan berlaku hanya di bilik darjah
Proses PdP berpusatkan kepada guru dan para pelajar
pasif
Pendidikan Moden
Rumah sebagai institusi pendidikan formal dan sekolah
sebagai tempat untuk memajukan masyarakat
Pendidikan bersepadu iaitu kognitif, moral dan sosial
Kurikulum dan sukatan berasaskan minat pelajar dan
keperluan serta rancangan pengajaran disusun mengikut
minat dan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berorientasikan dengan
pelbagai bahan dan masyarakat
Proses PdP berpusatkan pelajar dan pelajar aktif
Perspektif
Teori
Pendidikan
Moden
Perspektif Fungsionalisme menurut
Durkheim 1956
Menganalisis pendidikan menghubungkan
sekolah dengan keperluan-keperluan
masyarakat
Masyarakat Praindustri berasaskan puak dan
bersikap individualistik
Masyarakat moden diikatkan oleh solidariti
organik
Masyarakat moden mempunyai golongan pakar dan mempunyai
bahagian-bahagian yang saling memerlukan antara satu sama lain
Kewujudan institusi pendidikan untuk mempromosi dan
mengekalkan ikatan sosial dan perpaduan
Pendidikan dapat mengembangkan nilai-nilai dan keupayaan
intelektual yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memainkan
peranan-peranan dalam masyarakat
Pendidikan merupakan penerapan pengaruh generasi dewasa untuk
memasuki kehidupan sosial
Perspektif
Konflik
Bowles and Gintis (1976)
- Sistem pendidikan
adalah satu unsur
integrasi dalam
reproduksi struktur
kelas masyarakat
- Sekolah ditubuhkan
untuk membentuk
sifat hormat kepada
autoriti, taat, disiplin
dan menepati masa
Randal Collins
(1971,1974)
- Pendidikan untuk
mengajarkan status
budaya tertentu yang
dilakukan di dalam
atau luar bilik darjah.
- Pensijilan adalah alat
untuk mengukur latar
belakang sosial dan
status sosial.
Rumusan :
- Perkembangan sistem
pendidikan yang
dilakukan oleh negara
bukan untuk
memberikan kanak-
kanak peluang yang
sama.
- Pendidikan hanyalah
untuk
mengorientasikan
kanak-kanak dengan
kehendak ekonomi
kapitalis
Ivan Illich (1971)
-Pendidikan untuk
mengindoktrinasikan
kanak-kanak kepada nilai-
nilai ekonomi kapitalisme.
- Sekolah menekankan
aspek-aspek material
dan pengetahuan
teknikal.
- Pekerjaan dinilai
melalui pencapaian di
sekolah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Menyediakan modal insan untuk keperluan kemajuan negara