SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
DEFINISI MAIN
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana
ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.
Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah
pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga
bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,
tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak
wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan
kanak-kanak.
Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana
main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik,
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif.
Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat
adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan
perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat
menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di
samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan
seseorang murid.
Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang
dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar
(Kraua, 1990).
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka,
bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku
yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang
dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan
Vendenberg (1983).
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan
dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di
antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata,
kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain
adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan
perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
CIRI-CIRI MAIN DALAM P&P PRASEKOLAH
Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya
untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main
mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2).
Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga
membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam
cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia
sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui
bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181).
Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha
kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun
pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak
meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi
masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.
Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa.
Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai,
mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan
pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial
atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan
bahasa yang tertentu.
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum
yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif
kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan
tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
i. main yang terancang
ii. main yang berstruktur
iii. main yang fleksibel
iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif
Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main
merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan
prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya
tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah
pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak
pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara
yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan
Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to
appreciate the fact that problems may have multiple solutions.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:
i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak
melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan
manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi.
Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak
hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
JENIS PERMAINAN
i) Permainan ‘solitary’
Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara
bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji
percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan
menggembirakan.
ii.) Permainan ‘parallel’
Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan
kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang
sama tetapi tidak bermain bersama-sama.
iii) Permainan ‘associative’
Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama
tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan.
Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam
kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan.
iv)Permainan ‘cooperative’
Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap
melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat
kumpulan. Kurang campur tangan guru.
KEPENTINGAN BERMAIN DI PRASEKOLAH
Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap
pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu
sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh
aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama,
menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di
bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di
prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan
memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau
salah seperti kata McCaslin (2000).
“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences
that have no right or wrong answers”
Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan
ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan
pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman
(Heller,1996).
Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan
situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai
salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di
dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika
menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang
wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak
memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta
berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping
memupuk nilai estetika.
Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim
dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan
berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi
sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998)
In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and
represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than
memorizing a script for an audience.
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak
tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost,
Wortham, & 2001).
Kajian mereka menyatakan “play is a scaffold for development, a vehicle for
increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will
need in later life.”
Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini
akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan
perkembangan yang tertentu.
1) Bermain untuk Perkembangan fizikal.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran
tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini
membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka
berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana
kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya
dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger,
2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai
contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang
dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, &
Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan
memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak
pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai
sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri
sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran
kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah
mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap
( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran
divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif
(perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000;
Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan
operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.
Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat
pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam
memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan
pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main
Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di
pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta
persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir
kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003),
sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan
lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran
seperti :
i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan
kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
ii)Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk
melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap
hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada
perubahan.
iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak
langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan
kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas
mereka.
iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala
mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan
interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap
pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali
guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil
berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang
model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat
laun akan berkurangan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Jenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 mainJenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 mainfardzli71
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-KanakPerkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanakhibatullah92
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 

Mais procurados (20)

Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Jenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 mainJenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 main
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Konsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakkKonsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakk
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-KanakPerkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 

Destaque

Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalizardiismail
 
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112RasLamia Othman
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalHassan Bohari
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep mainahmadjalani
 

Destaque (8)

Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
Cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Konsep dasar bermain
Konsep dasar bermainKonsep dasar bermain
Konsep dasar bermain
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep main
 

Semelhante a Definisi main

Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah akuKapur Putih
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...Joyce Robert
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Ekspresi kreativiti kanak individu
Ekspresi kreativiti kanak  individuEkspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak individuSock Cheng
 
Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologinurshila ahmad
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPieja Hanhae
 
Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaranKaedah pengajaran
Kaedah pengajaranchooeinsan
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
Edu terapi bermain
Edu terapi bermainEdu terapi bermain
Edu terapi bermainTiong Ee
 

Semelhante a Definisi main (20)

Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah aku
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Ekspresi kreativiti kanak individu
Ekspresi kreativiti kanak  individuEkspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak individu
 
Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologi
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaranKaedah pengajaran
Kaedah pengajaran
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Edu terapi bermain
Edu terapi bermainEdu terapi bermain
Edu terapi bermain
 
6 curr frame work ok
6 curr frame work ok6 curr frame work ok
6 curr frame work ok
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 

Último

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (12)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Definisi main

  • 1. DEFINISI MAIN Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
  • 2. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. CIRI-CIRI MAIN DALAM P&P PRASEKOLAH
  • 3. Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.
  • 4. Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
  • 5. iv. membina keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. JENIS PERMAINAN i) Permainan ‘solitary’ Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan. ii.) Permainan ‘parallel’ Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama. iii) Permainan ‘associative’ Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan.
  • 6. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan. iv)Permainan ‘cooperative’ Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru. KEPENTINGAN BERMAIN DI PRASEKOLAH Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). “Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers” Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan
  • 7. pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001).
  • 8. Kajian mereka menyatakan “play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life.” Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu. 1) Bermain untuk Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai
  • 9. contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
  • 10. pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. ii)Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan. iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas
  • 11. mereka. iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak. v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.