SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
LAPORAN ISU
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
KPS 3014
PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI
ISU : PENGKOMERSILAN PENDIDIKAN
NAMA NO MATRIK
NUR SYAHIDAH BINTI BENYAMIN D20141066739
SITI ARYANI BINTI MUHAMAD D20141066764
SITTI HASMAH BINTI MARIAM D20141066748
SITI RODHIYAH SHAZILAH BINTI JAINOL ABIDIN D20141066768
NAMA PENSYARAH :
TUAN HJ ABU BAKAR BIN YUSUF
Isi kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan
1.1- Definisi
1.1.1– Pendidikan Di Era Globalisasi
1.1.2- Pengkomersialan Pendidikan
1.2- Objektif
1.3- Persoalan
2.0 Latar Belakang Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Dapatan Kajian
5.0 Penutup
1.0 Pengenalan
Tahun 2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi negara kita, Malaysia. Sedar
tidak sedar, sudah hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara yang sedang berusaha
keras untuk menjadi negara industri menjelang tahun 2020 ini. Negara kita
sememangnya mempunyai sejarah tersendiri yang unik dalam meniti usia
kemerdekaannya. Dasar Buka Pintu yang diamalkan oleh penjajah yang rakus iaitu
British bagi mengauk segala hasil bumi bertuah ini telah membawa kepada kepelbagaian
kaum di negara kita.Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama di negara kita.
Pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Namun,
agak sukar untuk mempersatukan ketiga-tiga kaum ini kerana mereka mempunyai
budaya tersendiri.
Sistem pendidikan dilihat dapat menjadi perintis bagi mewujudkan perpaduan.
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka telah mewujudkan pelbaga jenis sistem
persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Sistem persekolahan yang wujud di
negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh
pentadbiran British mulai abad ke-19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-
negeri Selat.Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran
Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara
sendirian. British mewujudkan pendidikan vernekular yang dilaksanakan untuk
kepentingan kaum tertentu. Kesannya wujudnya empat jenis sekolah yang berbeza
(Melayu, Cina, India dan Inggeris). Sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal
keperluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan
rakyat dan kemanusiaan. Kesannya, perpaduan antara kaum amat sukar dikecapi. Sejak
tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus
diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
Pada Ogos 1950, L.J. Barnes mengetuai satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah kajian dijalankan,
satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada
Kerajaan British pada tahun 1951. Antara syor-syor ini ialah Sekolah vernakular
digantikan dengan sekolah kebangsaan. Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan telah
menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa
ini diketuai oleh Dr.W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-
Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa
Inggeris dan BahasaMelayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu
matapelajaran pilihan.
Pada bulan September 1952 pula, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan
bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan
beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara
cadangannya ialah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah
kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan, sekolah Cina dan Tamil tidak
termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Namun, Ordinan Pelajaran 1952
tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.
Pada tahun 30 September 1955 Jawatankuasa Razak pula ditubuhkan untuk
mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato‟ Abdul
Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak
yang dikemukakanpada bulan April 1956.Laporan Razak telah diluluskan pada April
1957 dan dikuatkuasakansebagai Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak ditentang oleh
orang Melayu kerana tiadaketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.Orang Cina
menentang kerana sesetengahcadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji
semulaperlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem
pendidikankebangsaan.Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta
Pelajaran 1961.Melalui akta ini semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama
tanpa mengira aliransekolah, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah
ke sekolah menengahsampai institusi pengajian tinggi dan umur minimum
meninggalkan sekolah ialah 15 tahun.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu
dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan
negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Dasar ini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum.Falsafah Pendidikan Negara pula telah digubal pada
tahun 1988. Objektifnya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak,
seimbang dan harmonis,yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara.
Kini, Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia .Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan,
sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum
dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan
oleh kementerian. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu
peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pengajian pra-universiti
dan Pengajian tinggi. Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Tamil atau Bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar), Sekolah Kluster, Sekolah Agama, Sekolah Wawasan, Sekolah mubaligh,
Sekolah Bestari dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Bidang pendidikan diakui dunia merupakan faktor yang mempengaruhi
kemajuan sesebuah Negara. Oleh sebab itulah bidang pendidikan tidak lari daripada
pelbagai cabaran. Salah satu cabarannya ialah cabaran globalisasi pendidikan. Secara
umumnya, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara
dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat
yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media
elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat. Jadi, pendidikan di Malaysia juga turut
mengalami revolusi daripada proses globalisasi ini.
Wujudnya pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak yang besar
terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Pelbagai isu baru dalam institusi pendidikan
turut mendapat perhatian. Salah satu isu yang menarik untuk didiskusi dalam penulisan
ini ialah Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan di Malaysia.
Penulisan ini akan merungkai lebih lanjut mengenai definisi dan mengenai
pengkomersilan pendidikan di era globalisasi.
1.1 Definisi
1.1.1 Pendidikan di Era Globalisasi
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikansebagai fenomena
yangmenjadikandunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkankepantasan
perkembanganteknologi maklumat. Manakala beberapa tokoh mempunyai pendapat
masing-masingmengenai definasi globalisasi:
“Globalization requires us to reinvent everything - to think of ourselves as compared to
others” - Nicolas Sarkozy, President of France.
“Globalization is good. And anyway pretty much unstoppable. It spreads prosperity and
makes us richer culturally”- Javier Solana (Setiausaha Agung NATO ke 9).
“Globalization has changed us into a company that searches the world, not just to sellor
to source, but to find intellectual capital and the world's best talents and greatest ideas” -
Jack Welch (pengarang terkenal buku perniagaan di Amerika Syarikat).
“Globalization is forcing companies or institutions to do things in new ways” – Bill
Gates (usahawan Microsoff, Amerika Syarikat).
“It has been said that arguing against globalization is like arguing against the laws of
gravity.- Kofi Annan quotes (Ahli diplomat Ghana yang merupakan pemenang Nobel
Peace Prize pada tahun 2001). Ringkasnya, cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan
seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di
dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan.
Definisi pendidikan dalam Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan
pendidikan (berasal daripada kata dasar didik) ialah memelihara dan memberi latihan
berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Kata
pendidikan dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada ‘education’. Secara etimologinya
education diterbitkan daripada perkataan Latin iaitu educare yang bersangkut paut
dengan perkataan educere yang membawa maksud pencetus keupayaan dan ducere yang
bermaksud memimpin.
Beberapa cendiakawan mempunyai definasi yang berbeza. Menurut Plato,
seorang filosofis Yunani, pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar
dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Aristotle
pula mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal fikiran
untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan
dengan tanam-tanaman. JohnDewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat
mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau,
pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi
pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna
dan selamat. Manakala Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai
Hamka mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah
laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri,
sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Durkheim ( 1956 ) seumpamanya
mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepadamereka
yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial.
Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan
dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya.
Globalisasi pendidikan pula dapat di takrifkan sebagai proses pembelajaran yang lebih
terbuka dan merentasi sempadan dunia.
1.1.2 Pengkomersialan Pendidikan
Perkataan pengkomersilan diambil daripada kata dasar komersil yang membawa maksud
satu prosses yang mengaut keuntungan ataupun mendatangkan faedah kewangan kepada
sesuatu pihak mengikut keperluan – keperluan tertentu. Secara tuntasnya,
pengkomersialan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaik taraf sistem
pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan
dapat menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan
pendidikan di institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, bidang
pendidikan pada zaman globalisasi ini dilihat akan dapat menyumbangkan keuntungan
kepada sektor ekonomi negara.
1.2 Objektif Kajian
1) Mengenalpasti cabaran pendidikan yang dihadapi di era globalisasi.
2) Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era
globalisasi.
3) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta kaedah yang
baru bagi memenuhi segala keperluan pendidikan di era globalisasi.
1.3 Persoalan Kajian
1. Apakah masalah paling rumit yang dihadapi dalam pendidikan di era
globalisasi?.
2. Apakah langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kualiti pendidikan di era
globalisasi?.
3. Sejauhmanakah kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era
globalisasi?.
1.4 Latar Belakang Kajian
1. Mengkaji aspek keberkesanan pengendalian pengajaran dan pembelajaran yang mana
kualiti sistem pembelajaran di era globalisasi turut diambilkira.
2. Menilai kualiti perkhidmatan institut pengajian yang memenuhi keperluan pelajar
antaranya mutu kemudahan yang disediakan.
3. Menilai kualiti perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di institut pengajian
untuk setiap individu seperti di kolej kediaman, sistem pengangkutan pelajar dan
kemudahan sokongan yang lain.
4. Sasaran responden adalah pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran
dalam bidang pendidikan sama ada daripaada IPTA mahupun IPTS bagi menilai
perbezan daripada institut pengajian yang berbeza.
5. Juga tertumpu kepada persepsi pelajar dalam menunjukkan kesedaran terhadap
kepentingan pendidikan pada era globalisasi ini.
3.0 Kaedah Kajian
3.1 Pendahuluan
Bab ini akan mempersembahkan dan membentuk asas teoritikal dari segi teknik-
teknikserta pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuk
pengumpulan data atau maklumat semasa kajian lapangan. Metodologi adalah
merangkumi segala kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini termasuk
kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Antara kaedah yang diguna pakai adalah
seperti mengenalpasti sampel, kawasan kajian dan alat-alat yang digunakan dalam
membuat kajian.
3.2 Lokasi Kajian
Kajian dijalankan di lima institut pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia iaitu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Politeknik
Sarawak. Kesemua responden adalah pelajar yang mengambil aliran yang berbeza.
3.3 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menumpukan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu
pelajar. Tumpuan diberikan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang terlibat
dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu dibaiki. Maklumat yang
diperlukan untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah kumpulan fokus dan kaedah soal
selidik.
3.4 Kaedah Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, kaedah pengumpulan data dan maklumat telah
dilakukan iaitu menerusi langkah-langkah kuantitatif. Matlamat kajian kuantitatif adalah
untuk mendapatkan secara langsung maklumbalas dan maklumat-maklumat yang
diperlukan daripada responden yang terlibat dalam menilai tahap kualiti pendidikan di
era globalisasi. Bagi memenuhi matlamat ini, kajian soal selidik akan dilakukan terhadap
pelaku utama yang terlibat iaitu pelajar.
3.5 Pembentukan Borang Soal Selidik
Dari segi pembentukan borang temubual, teknik “open-ended”, “closed-ended”
dan “contingency question” digunakan untuk membentuk soalan yang terdapat pada
borang temubual. Merujuk kepada teknik “open-ended” , ia digunakan bagi
mendapatkan pandangan dan pendapat responden, manakala teknik “closed-ended”
ddisediakan bagi memudahkan responden membuat pilihan jawapan yang tepat. Teknik
“contingency question” pula dibentuk dalam situasi yang tertentu ia akan mewujudkan
persoalan kaitan dengan soalan yang sebelumnya.
Format borang temu bual (sila lihat lampiran) untuk responden terbahagi kepada dua
bahagian utama iaitu :
I. Bahagian A : Demografi
II. Bahagian B : Konstrak utama tajuk
3.6 Persampelan
Borang temu bual telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di lima buah institut
pengajian tinggi. Sebanyak sepuluh borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-
pelajar berkaitan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (4 borang), Universiti Utara
Malaysia (2 borang), Universiti Malaysia Sabah (2 borang), Universiti Kebangsaan
Malaysia (1 borang) dan Kolej Politeknik Sarawak (1 borang). Jumlah sampel tersebut
mampu mewakili populasi pelajar antara institut pengajian tersebut.
3.7 Pengumpulan Maklumat/ data
A. Rujukan asas
Buku rujukan. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan yang ditulis oleh Amir
Hasan Dawi (2006).
B. Rujukan kepada laman web
Kajian ini juga membuat rujukan melalui laman web pada pautan internet
yang tertentu. Antara maklumat rujukan ini adalah untuk mendapatkan maklumat
berkaitan analisis kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan di era globalisasi.
3.8 Kaedah Kajian
Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil
daripada temu bual. Data yang diperolehi dalam Bahagian B akan dikumpul, direkod,
dianalisis dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis
dan kaedah statistik asas
4.0 Dapatan Kajian
4.1 Demografi
Secara keseluruhannya, analisis profil respondan (pelajar) akan merangkummi
aspek jantina responden, bangsa, program yang sedang diikuti dan semester pengajian.
Ia bertujuan untuk mengenalpasti kategori secara keseluruhannya, profil responden
adalah seperti dalam jadual.
MAKLUMAT BILANGAN
Jantina :
Lelaki
Perempuan
3
2
Bangsa :
Melayu
Cina
India
3
1
1
Program :
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
1
3
1
Semester :
1 dan 2
3 dan 4
5 dan 6
7 dan 8
3
-
2
-
Jantina
Lelaki
Perempuan
Bangsa
Melayu
Cina
India
4.2 : Konstruk Utama- Pengkomersialan Pendidikan
Bagi konstruk pertama, pendidikan berteknologi tinggi, daripada 5 orang
responden yang telah kami temubual menyatakan bahawa university yang mereka
menuntut sekarang adalah pilihan dan bukan pilihan mereka. Ada yang menyatakan
memilih universiti tertentu kerana minat, dan ada juga yang terpaksa menerima
keputusan UPU yang meletakkan mereka di sesuatu universiti bukan pilihan.
Keseluruhan daripada responden kami menyatakan bahawa universiti mereka
menyediakan prasarana yang lengkap dan memuaskan hati mereka. Namun begitu, ada
beberapa aspek yang ditimbulkan seperti, fasiliti kolej kediaman yang kurang dan
perkhidmatan bas yang kurang efisien.
Bagi konstruk kedua pula, persaingan antara IPTA dan IPTS. Daripada 5 orang
responden kami, 4 orang memilih untuk menyambung pelajaran di IPTA berbanding
IPTS dengan alasan kos pembelajaran di IPTA lebih murah dan berpatutan kepada
Program
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Muda
mereka yang tidak mempunyai pendapatan lagi dan bergantung sepenuhnya kepada ibu
bapa dan biasiswa atau pinjaman. Manakala, seorang responden kami lebih memilih
IPTS kerana merasakan IPTS menyediakan prasarana dan kemudahan yang lebih baik
dan canggih.
Dua daripada 5 orang responden kami, menyatakan bahawa wujudnya perbezaan
diantara IPTA dan IPTS, tetapi kesemua mereka bersetuju bahawa kewujudan IPTS
tidak menjadi pesaing kepada IPTA malahn menjadi pembantu IPTA dalam
pengambilan pelajar. Oleh kerana IPTA mempunyai jumlah kemasukan pelajar yang
terhad, maka, IPTS membantu mengambil pelajar yang tidak Berjaya memasuki IPTA.
Walaupun yang demikian, kesemua responden bersetuju bahawa tidak kira IPTA
ataupun IPTS, kedua-duanya tidak menjamin peluang pekerjaan setelah bergraduasi
nanti. Semuanya adalah dari usaha hasil titik peluh dan kegigihan penuntut untuk
mencari pekerjaan setelah bergraduasi nanti.
Seterusnya, konstruk ketiga, PPSMI: tolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kesemua responden menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-
hari, dengan tambahan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Bagi
isu PPSMI pula, mereka sangat bersetuju dengan pelaksanaannya. Bagi mereka, PPSMI
dapat membantu pelajar zaman sekarang untuk memperbaiki lagi penggunaan Bahasa
Inggeris mereka. Tambahan lagi, Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa.
Namun yang demikian, pelaksanaan PPSMI tidaklah menolak Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana, tenaga pengajar masih lagi menggunakan Bahasa
Melayu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran.
Akhir sekali, konstruk keempat, isu kesedaran pelajar. Daripada semua
responden kami, ada yang melanjutkan pelajaran di atas kesedaran masing-masing,
namun begitu, ada juga yang terpaksa melanjutkan pelajaran kerana desakan keluarga
terutamanya ibu bapa.
Biarpun yang demikian, mereka semua mengakui bahawa dengan pendidikan
sahaja yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik pada masa
akan datang. Oleh yang demikian, ibu bapa mereka menyokong 100% ke atas usaha
mereka untuk melanjutkan pelajaran.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulan yang kami perolehi daripada setelah membuat kajian ini adalah
kebanyakkan pelajar-pelajar lebih memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPTA
kerana terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang mereka perolehi daripada itu.
Selain itu, pendidikan itu penting bagi semua orang supaya dapat memajukan diri
sendiri dan Negara. Dengan adanya pendidikan peluang perkerjaan dapat diperolehi
dengan mudah kerana ilmu yang ada pada seseorang itu merupakan asset kepada
sebuah perkerjaan yang mereka ceburi. Disamping itu, dengan adanya pendidikan
globalisasi banyak perubahan kea rah kemajuan yang telah berlaku daripada satu
zaman ke zaman yang akan datang.
Hal ini ditunjukkan dengan adanya teknologi dalam kehidupan seharian kita kini.
Wujudnya teknologi ini akibat daripada pendidikan dan ilmu yang ada dalam diri
seseorang yang telah menghasilkan sesuatu yang begitu besar dan digunakan oleh
semua generasi.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif
firo HAR
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Asmaroni Rahman
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
SK SUNGAI KAJANG
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Shila Melisha
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 

Mais procurados (20)

EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Pendidikan masa kini
Pendidikan masa kiniPendidikan masa kini
Pendidikan masa kini
 
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranKPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi AwalPerkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
 
Pengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaranPengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaran
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 

Semelhante a Laporan isu-kps

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Nurul Hidayu Abd Halim
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Sharifah Rasyidah
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Rosdi Ramli
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
firo HAR
 
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysiaEdu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
Aisyah Zainudin
 

Semelhante a Laporan isu-kps (20)

Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Ppt tulisan ilmiah
Ppt tulisan ilmiahPpt tulisan ilmiah
Ppt tulisan ilmiah
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysiaEdu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
 

Laporan isu-kps

  • 1. LAPORAN ISU PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014 PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI ISU : PENGKOMERSILAN PENDIDIKAN NAMA NO MATRIK NUR SYAHIDAH BINTI BENYAMIN D20141066739 SITI ARYANI BINTI MUHAMAD D20141066764 SITTI HASMAH BINTI MARIAM D20141066748 SITI RODHIYAH SHAZILAH BINTI JAINOL ABIDIN D20141066768 NAMA PENSYARAH : TUAN HJ ABU BAKAR BIN YUSUF
  • 2. Isi kandungan Muka surat 1.0 Pengenalan 1.1- Definisi 1.1.1– Pendidikan Di Era Globalisasi 1.1.2- Pengkomersialan Pendidikan 1.2- Objektif 1.3- Persoalan 2.0 Latar Belakang Kajian 3.0 Kaedah Kajian 4.0 Dapatan Kajian 5.0 Penutup 1.0 Pengenalan
  • 3. Tahun 2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi negara kita, Malaysia. Sedar tidak sedar, sudah hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara yang sedang berusaha keras untuk menjadi negara industri menjelang tahun 2020 ini. Negara kita sememangnya mempunyai sejarah tersendiri yang unik dalam meniti usia kemerdekaannya. Dasar Buka Pintu yang diamalkan oleh penjajah yang rakus iaitu British bagi mengauk segala hasil bumi bertuah ini telah membawa kepada kepelbagaian kaum di negara kita.Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama di negara kita. Pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Namun, agak sukar untuk mempersatukan ketiga-tiga kaum ini kerana mereka mempunyai budaya tersendiri. Sistem pendidikan dilihat dapat menjadi perintis bagi mewujudkan perpaduan. Dasar pendidikan negara sebelum merdeka telah mewujudkan pelbaga jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke-19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri- negeri Selat.Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. British mewujudkan pendidikan vernekular yang dilaksanakan untuk kepentingan kaum tertentu. Kesannya wujudnya empat jenis sekolah yang berbeza (Melayu, Cina, India dan Inggeris). Sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal keperluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan. Kesannya, perpaduan antara kaum amat sukar dikecapi. Sejak
  • 4. tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Pada Ogos 1950, L.J. Barnes mengetuai satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah kajian dijalankan, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Antara syor-syor ini ialah Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan. Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dr.W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn- Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan BahasaMelayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Pada bulan September 1952 pula, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan, sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Namun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.
  • 5. Pada tahun 30 September 1955 Jawatankuasa Razak pula ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato‟ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakanpada bulan April 1956.Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakansebagai Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiadaketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.Orang Cina menentang kerana sesetengahcadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina. Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semulaperlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikankebangsaan.Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.Melalui akta ini semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliransekolah, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengahsampai institusi pengajian tinggi dan umur minimum meninggalkan sekolah ialah 15 tahun. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Dasar ini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Falsafah Pendidikan Negara pula telah digubal pada tahun 1988. Objektifnya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak,
  • 6. seimbang dan harmonis,yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara. Kini, Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pengajian pra-universiti dan Pengajian tinggi. Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Tamil atau Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar), Sekolah Kluster, Sekolah Agama, Sekolah Wawasan, Sekolah mubaligh, Sekolah Bestari dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bidang pendidikan diakui dunia merupakan faktor yang mempengaruhi kemajuan sesebuah Negara. Oleh sebab itulah bidang pendidikan tidak lari daripada pelbagai cabaran. Salah satu cabarannya ialah cabaran globalisasi pendidikan. Secara umumnya, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
  • 7. dilakukan dalam tempoh yang singkat. Jadi, pendidikan di Malaysia juga turut mengalami revolusi daripada proses globalisasi ini. Wujudnya pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak yang besar terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Pelbagai isu baru dalam institusi pendidikan turut mendapat perhatian. Salah satu isu yang menarik untuk didiskusi dalam penulisan ini ialah Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan di Malaysia. Penulisan ini akan merungkai lebih lanjut mengenai definisi dan mengenai pengkomersilan pendidikan di era globalisasi. 1.1 Definisi 1.1.1 Pendidikan di Era Globalisasi Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikansebagai fenomena yangmenjadikandunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkankepantasan perkembanganteknologi maklumat. Manakala beberapa tokoh mempunyai pendapat masing-masingmengenai definasi globalisasi: “Globalization requires us to reinvent everything - to think of ourselves as compared to others” - Nicolas Sarkozy, President of France. “Globalization is good. And anyway pretty much unstoppable. It spreads prosperity and makes us richer culturally”- Javier Solana (Setiausaha Agung NATO ke 9). “Globalization has changed us into a company that searches the world, not just to sellor to source, but to find intellectual capital and the world's best talents and greatest ideas” - Jack Welch (pengarang terkenal buku perniagaan di Amerika Syarikat).
  • 8. “Globalization is forcing companies or institutions to do things in new ways” – Bill Gates (usahawan Microsoff, Amerika Syarikat). “It has been said that arguing against globalization is like arguing against the laws of gravity.- Kofi Annan quotes (Ahli diplomat Ghana yang merupakan pemenang Nobel Peace Prize pada tahun 2001). Ringkasnya, cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Definisi pendidikan dalam Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan pendidikan (berasal daripada kata dasar didik) ialah memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Kata pendidikan dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada ‘education’. Secara etimologinya education diterbitkan daripada perkataan Latin iaitu educare yang bersangkut paut dengan perkataan educere yang membawa maksud pencetus keupayaan dan ducere yang bermaksud memimpin. Beberapa cendiakawan mempunyai definasi yang berbeza. Menurut Plato, seorang filosofis Yunani, pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Aristotle pula mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. JohnDewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat
  • 9. mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Manakala Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Durkheim ( 1956 ) seumpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepadamereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya. Globalisasi pendidikan pula dapat di takrifkan sebagai proses pembelajaran yang lebih terbuka dan merentasi sempadan dunia. 1.1.2 Pengkomersialan Pendidikan Perkataan pengkomersilan diambil daripada kata dasar komersil yang membawa maksud satu prosses yang mengaut keuntungan ataupun mendatangkan faedah kewangan kepada sesuatu pihak mengikut keperluan – keperluan tertentu. Secara tuntasnya, pengkomersialan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaik taraf sistem pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan dapat menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan pendidikan di institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, bidang
  • 10. pendidikan pada zaman globalisasi ini dilihat akan dapat menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi negara. 1.2 Objektif Kajian 1) Mengenalpasti cabaran pendidikan yang dihadapi di era globalisasi. 2) Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era globalisasi. 3) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta kaedah yang baru bagi memenuhi segala keperluan pendidikan di era globalisasi. 1.3 Persoalan Kajian 1. Apakah masalah paling rumit yang dihadapi dalam pendidikan di era globalisasi?. 2. Apakah langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kualiti pendidikan di era globalisasi?. 3. Sejauhmanakah kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era globalisasi?.
  • 11. 1.4 Latar Belakang Kajian 1. Mengkaji aspek keberkesanan pengendalian pengajaran dan pembelajaran yang mana kualiti sistem pembelajaran di era globalisasi turut diambilkira. 2. Menilai kualiti perkhidmatan institut pengajian yang memenuhi keperluan pelajar antaranya mutu kemudahan yang disediakan. 3. Menilai kualiti perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di institut pengajian untuk setiap individu seperti di kolej kediaman, sistem pengangkutan pelajar dan kemudahan sokongan yang lain. 4. Sasaran responden adalah pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan sama ada daripaada IPTA mahupun IPTS bagi menilai perbezan daripada institut pengajian yang berbeza. 5. Juga tertumpu kepada persepsi pelajar dalam menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan pada era globalisasi ini.
  • 12. 3.0 Kaedah Kajian 3.1 Pendahuluan Bab ini akan mempersembahkan dan membentuk asas teoritikal dari segi teknik- teknikserta pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuk pengumpulan data atau maklumat semasa kajian lapangan. Metodologi adalah merangkumi segala kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini termasuk kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Antara kaedah yang diguna pakai adalah seperti mengenalpasti sampel, kawasan kajian dan alat-alat yang digunakan dalam membuat kajian. 3.2 Lokasi Kajian Kajian dijalankan di lima institut pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Politeknik Sarawak. Kesemua responden adalah pelajar yang mengambil aliran yang berbeza. 3.3 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menumpukan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu pelajar. Tumpuan diberikan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang terlibat dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu dibaiki. Maklumat yang diperlukan untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah kumpulan fokus dan kaedah soal selidik.
  • 13. 3.4 Kaedah Kajian Bagi melaksanakan kajian ini, kaedah pengumpulan data dan maklumat telah dilakukan iaitu menerusi langkah-langkah kuantitatif. Matlamat kajian kuantitatif adalah untuk mendapatkan secara langsung maklumbalas dan maklumat-maklumat yang diperlukan daripada responden yang terlibat dalam menilai tahap kualiti pendidikan di era globalisasi. Bagi memenuhi matlamat ini, kajian soal selidik akan dilakukan terhadap pelaku utama yang terlibat iaitu pelajar. 3.5 Pembentukan Borang Soal Selidik Dari segi pembentukan borang temubual, teknik “open-ended”, “closed-ended” dan “contingency question” digunakan untuk membentuk soalan yang terdapat pada borang temubual. Merujuk kepada teknik “open-ended” , ia digunakan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat responden, manakala teknik “closed-ended” ddisediakan bagi memudahkan responden membuat pilihan jawapan yang tepat. Teknik “contingency question” pula dibentuk dalam situasi yang tertentu ia akan mewujudkan persoalan kaitan dengan soalan yang sebelumnya. Format borang temu bual (sila lihat lampiran) untuk responden terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu : I. Bahagian A : Demografi II. Bahagian B : Konstrak utama tajuk
  • 14. 3.6 Persampelan Borang temu bual telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di lima buah institut pengajian tinggi. Sebanyak sepuluh borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar- pelajar berkaitan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (4 borang), Universiti Utara Malaysia (2 borang), Universiti Malaysia Sabah (2 borang), Universiti Kebangsaan Malaysia (1 borang) dan Kolej Politeknik Sarawak (1 borang). Jumlah sampel tersebut mampu mewakili populasi pelajar antara institut pengajian tersebut. 3.7 Pengumpulan Maklumat/ data A. Rujukan asas Buku rujukan. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan yang ditulis oleh Amir Hasan Dawi (2006). B. Rujukan kepada laman web Kajian ini juga membuat rujukan melalui laman web pada pautan internet yang tertentu. Antara maklumat rujukan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan analisis kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan di era globalisasi. 3.8 Kaedah Kajian Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil daripada temu bual. Data yang diperolehi dalam Bahagian B akan dikumpul, direkod, dianalisis dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas
  • 15. 4.0 Dapatan Kajian 4.1 Demografi Secara keseluruhannya, analisis profil respondan (pelajar) akan merangkummi aspek jantina responden, bangsa, program yang sedang diikuti dan semester pengajian. Ia bertujuan untuk mengenalpasti kategori secara keseluruhannya, profil responden adalah seperti dalam jadual. MAKLUMAT BILANGAN Jantina : Lelaki Perempuan 3 2 Bangsa : Melayu Cina India 3 1 1 Program : Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana 1 3 1 Semester : 1 dan 2 3 dan 4 5 dan 6 7 dan 8 3 - 2 -
  • 17. 4.2 : Konstruk Utama- Pengkomersialan Pendidikan Bagi konstruk pertama, pendidikan berteknologi tinggi, daripada 5 orang responden yang telah kami temubual menyatakan bahawa university yang mereka menuntut sekarang adalah pilihan dan bukan pilihan mereka. Ada yang menyatakan memilih universiti tertentu kerana minat, dan ada juga yang terpaksa menerima keputusan UPU yang meletakkan mereka di sesuatu universiti bukan pilihan. Keseluruhan daripada responden kami menyatakan bahawa universiti mereka menyediakan prasarana yang lengkap dan memuaskan hati mereka. Namun begitu, ada beberapa aspek yang ditimbulkan seperti, fasiliti kolej kediaman yang kurang dan perkhidmatan bas yang kurang efisien. Bagi konstruk kedua pula, persaingan antara IPTA dan IPTS. Daripada 5 orang responden kami, 4 orang memilih untuk menyambung pelajaran di IPTA berbanding IPTS dengan alasan kos pembelajaran di IPTA lebih murah dan berpatutan kepada Program Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda
  • 18. mereka yang tidak mempunyai pendapatan lagi dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman. Manakala, seorang responden kami lebih memilih IPTS kerana merasakan IPTS menyediakan prasarana dan kemudahan yang lebih baik dan canggih. Dua daripada 5 orang responden kami, menyatakan bahawa wujudnya perbezaan diantara IPTA dan IPTS, tetapi kesemua mereka bersetuju bahawa kewujudan IPTS tidak menjadi pesaing kepada IPTA malahn menjadi pembantu IPTA dalam pengambilan pelajar. Oleh kerana IPTA mempunyai jumlah kemasukan pelajar yang terhad, maka, IPTS membantu mengambil pelajar yang tidak Berjaya memasuki IPTA. Walaupun yang demikian, kesemua responden bersetuju bahawa tidak kira IPTA ataupun IPTS, kedua-duanya tidak menjamin peluang pekerjaan setelah bergraduasi nanti. Semuanya adalah dari usaha hasil titik peluh dan kegigihan penuntut untuk mencari pekerjaan setelah bergraduasi nanti. Seterusnya, konstruk ketiga, PPSMI: tolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kesemua responden menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari- hari, dengan tambahan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Bagi isu PPSMI pula, mereka sangat bersetuju dengan pelaksanaannya. Bagi mereka, PPSMI dapat membantu pelajar zaman sekarang untuk memperbaiki lagi penggunaan Bahasa Inggeris mereka. Tambahan lagi, Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Namun yang demikian, pelaksanaan PPSMI tidaklah menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana, tenaga pengajar masih lagi menggunakan Bahasa Melayu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran.
  • 19. Akhir sekali, konstruk keempat, isu kesedaran pelajar. Daripada semua responden kami, ada yang melanjutkan pelajaran di atas kesedaran masing-masing, namun begitu, ada juga yang terpaksa melanjutkan pelajaran kerana desakan keluarga terutamanya ibu bapa. Biarpun yang demikian, mereka semua mengakui bahawa dengan pendidikan sahaja yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, ibu bapa mereka menyokong 100% ke atas usaha mereka untuk melanjutkan pelajaran. 5.0 Kesimpulan Kesimpulan yang kami perolehi daripada setelah membuat kajian ini adalah kebanyakkan pelajar-pelajar lebih memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPTA kerana terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang mereka perolehi daripada itu. Selain itu, pendidikan itu penting bagi semua orang supaya dapat memajukan diri sendiri dan Negara. Dengan adanya pendidikan peluang perkerjaan dapat diperolehi dengan mudah kerana ilmu yang ada pada seseorang itu merupakan asset kepada sebuah perkerjaan yang mereka ceburi. Disamping itu, dengan adanya pendidikan globalisasi banyak perubahan kea rah kemajuan yang telah berlaku daripada satu zaman ke zaman yang akan datang. Hal ini ditunjukkan dengan adanya teknologi dalam kehidupan seharian kita kini. Wujudnya teknologi ini akibat daripada pendidikan dan ilmu yang ada dalam diri seseorang yang telah menghasilkan sesuatu yang begitu besar dan digunakan oleh semua generasi.