SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 28
Baixar para ler offline
Perancangan dan pengurusan kewangan adalah kritikal bagi kesejahteraan
kewangan.Terlalu ramai pengguna, terutama sekali golongan pekerja muda,
telah terjerumus dengan pelbagai masalah dan isu yang berkaitan kewangan.
Masalah-masalah ini boleh mengakibatkan kebankrapan, masalah kewangan
yang serius, tekanan hidup dan tekanan dalam keluarga.
Di antara isu terpenting dalam pengurusan kewangan adalah cara
mengendalikan kredit, terutama sekali kad kredit, mempunyai tabungan yang
cukup untuk menghadapi sebarang kecemasan atau membiayai satu-satu
perbelanjaan penting seperti berkahwin atau melanjutkan pelajaran, membeli
aset penting seperti rumah, melabur, membeli insurans dan persiapan untuk
persaraan. Isu kewangan lain yang juga sangat penting adalah semakin ramai
pengguna tertipu dengan pelbagai bentuk penipuan atau scam. Sebagai
pengguna, anda harus tahu untuk kenal pasti penawaran yang tulen atau
penipuan.
Buku ini memberikan panduan tentang cara-cara untuk mengendalikan isu-isu
tersebut dengan bijak.Akan tetapi pengetahuan sahaja tidak mencukupi.Anda
mesti mempraktikkan pengetahuan ini. Sebagai contoh, jika perlu anda
hendaklah mengawasi perbelanjaan anda secara teratur dan bertulis untuk
mengenal pasti corak perbelanjaan sebenar anda.Ataupun anda mesti sanggup
untuk menyediakan anggaran perbelanjaan untuk mengawal perbelanjaan
secara lebih berkesan.
Seterusnya, anda juga perlu sanggup untuk mengubah corak perbelanjaan
anda. Sebagai contoh, bagi mengurangkan perbelanjaan anda, maka anda
bolehlah menggantikan barang jenama dengan barang tempatan atau generik
yang lebih murah, tetapi mempunyai kualiti yang sama.
Maklumat dalam buku ini memberikan panduan tentang tingkah laku kewangan
yang sewajarnya.Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan idea ini kepada
cara hidup yang dapat memberikan kesejahteraan kepada hidup anda.
Buku ini diterbitkan sempena Bulan Kewangan Berhemat pada tahun 2012.
Untuk maklumat lanjut tentang Bulan Kewangan Berhemat, sila layari
www.fomca.org.my/kewangan
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Prakata
01. Pengurusan Kewangan 3
02. Pengurusan Hutang dan Tabungan 7
03. Perbankan 10
04. Pembelian Aset 13
05. PerlindunganAset 15
06. Pelaburan 17
07. Persaraan 18
08. Penipuan 21
09. Panduan Membuat Aduan 22
10. Kewangan dan Kerajaan 23
Isi Kandungan
[1]
‘Bajet hanya akan memberi
manfaat jika anda
mematuhinya’
[2]
Pengurusan kewangan dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi
peluang dan cabaran hidup dan juga mencapai matlamat kewangan anda.
Sebelum merancang kewangan anda perlu mengetahui kedudukan kewangan
semasa anda dengan menilai jumlah yang anda miliki dan jumlah hutang
anda.
Wang mempunyai nilai masa yang nilainya biasanya susut mengikut masa.
Wang yang sama pada masa sekarang dan masa dulu mempunyai nilai
yang tidak sama, ini disebabkan oleh inflasi.
Dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan, anda boleh
mendapat faedah yang dibayar. Ini lebih baik daripada duit anda dibiarkan
susut. Jadi semakin awal anda melabur wang anda, semakin besar
faedahnya.
Dalam merancang kewangan, anda perlu menetapkan matlamat kewangan
anda dahulu dengan mengambil kira keperluan dan kehendak anda, dan
seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih
‘penting’.
Kemudian sediakan bajet peribadi anda. Penyediaan bajet yang baik perlu
mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.
Bersikap realistik dan jangan mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuan
anda dalam jangka masa pendek.
Anda juga perlu bersikap fleksibel. Kemungkinan terdapat perbelanjaan yang
tidak diduga dalam perancangan kewangan anda, seperti perbelanjaan
ubatan yang lebih, maka kaji semula bajet apabila perlu.
Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya
mudah dan senang untuk dibuat.
Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah
catatkan supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.
Info perbankan mengandungi pelbagai maklumat,
nasihat dan panduan untuk memenuhi keperluan
perbankan anda.
http://www.bankinginfo.com.my/
Pengurusan Kewangan01
[3]
‘Sebelum membeli sesuatu
barangan, anda perlu menilai
sama ada ia keperluan atau
kemahuan’
[4]
Perbelanjaan berhemat ialah kesedaran pengguna untuk berbelanja secara
berhemat mengikut keperluan diri sendiri, dan bukannya kemahuan dengan
mengambil kira kedudukan kewangan diri, kesan kepada alam sekitar,
kesihatan, dan masyarakat.
Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi
senarai tersebut.
Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual.
Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama
ada anda memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh
iklannya yang menarik.
Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih.
Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika membeli barang generik atau
jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang
berjenama tidak banyak perbezaannya.
Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah
yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti
adalah sama.
Kurangkan perbelanjaan yang mewah dan barang yang memang anda tidak
perlukan, terutamanya apabila ia memakan perbelanjaan yang besar.
Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) menggalakkan para
pengguna untuk berbelanja secara berhemat.
http://www.kkk.org.my/
Perbelanjaan Berhemat
[5]
‘Bayar bil kad kredit anda
sebelum tarikh tamat untuk
mengelakkan caj faedah yang
disebabkan oleh kelewatan’
[6]
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit membantu
anda dalam menguruskan semula pinjaman peribadi.
Ibu Pejabat Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel : 603 2616 7766 Fax : 603 2616 7601
Khidmat Pelanggan: 1800 88 2575
Laman Sesawang: http://www.akpk.org.my/
Menguruskan Hutang Anda
Apabila anda ingin meminjam, anda dinasihatkan supaya meminjam
mengikut kemampuan / gaji anda untuk membayarnya semula.
Hutang tetap anda (pinjaman rumah, kereta dan lain-lain) tidak sepatutnya
melebihi 30% daripada jumlah gaji bersih anda.
Jika anda membuat pembayaran bagi sesuatu barangan yang mahal, anda
boleh memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakan
oleh pengeluar kad kredit anda. Skim tersebut membantu anda untuk
membahagikan kos belian dalam satu jangka masa, contohnya tanpa
dikenakan sebarang kos kewangan jika anda membayar mengikut jadual.
Anda boleh kurangkan baki pinjaman anda jika anda mempunyai wang lebihan,
contohnya daripada bayaran bonus. Ini bagi mengurangkan caj kewangan
yang dikenakan ke atas baki hutang anda.
Sediakan satu pelan belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.
Dengan cara ini, anda boleh mengetahui perbelanjaan anda dan
mengelakkan daripada terlebih belanja.
Mulakan simpanan anda dengan mempunyai satu pelan simpanan kerana
ini akan mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi pembelian kecil.
Anda juga perlu mengumpul dana kecemasan perlulah yang cukup untuk
membiayai perbelanjaan tetap anda bagi tempoh 3 hingga 6 bulan.
Beringatlah sebelum anda terjebak dalam hutang. Berbelanjalah mengikut
kemampuan bukan kemahuan.
Pengurusan Hutang dan Tabungan02
[7]
Kad Kredit
Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan
berbelanja melebihi pendapatan anda.
Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran perkhidmatan
yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali).
Semak penyata bulanan anda untuk mengelakkan sebarang salah guna kad
kredit anda.
Waspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah.
Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh
luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat
tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau
Internet.
Jangan guna kad kredit anda untuk mengeluarkan wang pendahuluan, kerana
kadar faedah ke atasnya adalah amat tinggi, biasanya 3% – 5% daripada
jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil.
Selesaikan pembayaran anda sebelum tarikh akhir penyata anda untuk
mengelakkan sebarang caj faedah yang disebabkan oleh kelewatan.
Mengehadkan bilangan kad kredit anda berdasarkan keperluan anda dan
keupayaan anda untuk membayar balik.
Cuba menyelesaikan bil kad kredit anda dengan membayar semua bayaran
untuk mengelakkan caj faedah. Berhati-hati jika anda sentiasa membayar
bayaran minimum sahaja.
Membayar secara terus dengan wang tunai dapat mengurangkan
perbelanjaan anda.
Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum me-
nandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga.
Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat
sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran.
Fahamilah caj-caj yang akan dikenakan, seperti caj bayaran lewat, caj
kewangan, cukai perkhidmatan, atau yuran pendahuluan wang tunai. Anda
juga hendak memahami cara pengiraan dan bagaimana caj-caj tersebut
dikenakan atas bil anda.
Untuk memudahkan pengguna dalam membuat perbandingan dan
keputusan, pengeluar kad dikehendaki menyediakan Lembaran Penzahiran
Produk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat utama
kepada ciri-ciri, yuran kad dan obligasi pemegang kad.
BNM TELELINK
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Bank Negara Malaysia, P.O. Box 10922, 50929 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) Faks: +603-2174-1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Laman Sesawang: http://www.bnm.gov.my/bnmlink/
[8]
Bank Negara Malaysia LINK berperanan sebagai pusat
perhubungan untuk memudahkan maklum balas kepada orang
ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung
dengan perkara-perkara berkaitan dengan sektor kewangan.
Tabungan
Menabung membantu mencapai matlamat kewangan anda.
Menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapat bayaran faedah
daripada bank.
Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk me-
nyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda.
Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perlu
untuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan.
Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-
kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan.
Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untuk
mendapat pendapatan yang lebih atau kurang berbelanja.
Merancang untuk persaraan anda. KWSP atau pencen mungkin tidak
mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup masa depan atau menikmati
hidup yang lebih selesa.
Mendidik anak anda untuk menabung dari kecil supaya amalan tersebut
menjadi tabiat mereka.
[9]
Hak & Tanggungjawab Anda sebagai Pelanggan Bank:
Hak anda sebagai pelanggan bank, anda berhak untuk dilayan dengan adil. Sila:
Dapatkan salinan piagam pelanggan bank
Dapatkan maklumat tentang akaun deposit atau pinjaman / pembiayaan
pilihan anda
Buku akaun perbankan asas pada kos minimum atau percuma
Dapatkan maklumat tentang fi dan caj
Minta bank anda untuk melindungi butiran peribadi anda
Minta bank anda maklumkan sebarang perubahan terma dan syarat
Minta bank anda selesaikan sebarang pertanyaan atau aduan anda dengan
segera
Tanggungjawab anda sebagai pelanggan bank, anda hendaklah:
Membuat perbandingan sebelum memilih akaun atau pinjaman/pembiayaan
Meneliti dan memahami terma dan syarat
Memaklumkan pihak bank sebarang pertukaran butiran peribadi (alamat,
nombor telefon)
Tidak mendedahkan butiran kad kredit dan PIN anda kepada orang lain
Tidak menggunakan akaun atau pinjaman / pembiayaan anda untuk aktiviti
yang menyalahi undang-undang
Berbincang dengan pihak bank sekiranya anda menghadapi masalah tentang
akaun atau pinjaman / pembiayaan
Mengetahui hak dan perkara yang perlu dielak sebagai seorang penjamin
Tidak menandatangani borang kosong
03 Perbankan
PIDM mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi
melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian
atau kesemua deposit sekiranya berlaku kegagalan institusi
ahli.
Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Tel: 603-2173 7436 Faks: 603- 2260 7432 / 2173 7527
Talian-bebas: 1-800-88-1266
Laman sesawang: http://www.pidm.gov.my[10]
‘Jangan mendedahkan butir-
butir seperti nama pengguna
atau kata laluan kepada
sesiapa pun’
[11]
Perbankan Internet
Membaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelum
mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Internet.
Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN.
Sentiasa menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda untuk
memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dan tiada tambahan kepada
senarai penerima bayaran yang berdaftar.
Semasa anda login, sila semak alamat http:// pada URL supaya memastikan
anda berada di laman sesawang yang tulen.
Jangan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda
dalam komputer ataupun telefon bimbit.
Jangan melayan sebarang permintaan untuk mendapatkan ID log masuk
dan kata laluan, nombor PIN atau butiran akaun perbankan anda melalui
telefon, faks, e-mel ataupun SMS, walaupun ia kelihatan seperti urusan rasmi
atau penting kerana institusi perbankan tidak akan meminta maklumat
perbankan daripada pelanggan melalui cara tersebut.
Pastikan anda berada di laman sesawang yang betul sebelum
mengendalikan transaksi dalam talian atau menghantar maklumat peribadi.
Sentiasa ingat untuk log keluar.
Jangan mendedahkan butir-butir seperti nama pengguna atau kata laluan
kepada sesiapa pun.
Jangan meninggalkan komputer anda terbiar semasa masih bersambung
ke perkhidmatan Perbankan Internet.
Memasang atau naik taraf perisian sekuriti komputer anda. Pastikan komputer
anda mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan selamat.
Berhati-hati dengan e-mel yang mengancam untuk menutup akaun anda jika
anda tidak membalas e-mel tersebut. Ini ialah e-mel phishing.
Laporkan sebarang kes penipuan kepada pihak bank anda.
Malaysian Computer Emergency Response
Team (MyCERT)
CyberSecurity Malaysia
Level 7, SAPURA@MINES
7, Jalan Tasik, The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Cyber999 Hotline: 1300 88 2999
Faks: 03-8945 3442
E-mel: cyber999@cybersecurity.my
Laman Sesawang http://www.mycert.org.my/[12]
Cyber999 adalah
perkhidmatan yang disediakan
untuk pengguna internet
untuk melaporkan insiden
keselamatan komputer.
Membeli Kereta
Membuat anggaran perbelanjaan yang layak dan sesuai dengan bajet bulanan
bagi memilih kereta yang sesuai dengan pendapatan.
Lawati beberapa bilik pameran kereta untuk meninjau harga yang ditawarkan.
Lazimnya, harga yang ditawarkan tidak banyak beza, tetapi kadang-kala ada
juga pengedar yang menawarkan harga istimewa dan pakej menarik.
Rajin untuk mengunjungi beberapa bank untuk mendapatkan maklumat
mengenai kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman kereta. Tetapi
selalunya, pengedar akan membantu menguruskannya bagi pihak pelanggan,
cuma anda boleh membandingkan kadar faedah dengan beberapa bank.
Ada kala penjual kereta akan menawarkan bayaran pendahuluan yang rendah.
Bagaimanapun, di sebalik bayaran pendahuluan yang rendah, sebenarnya
jumlah selebihnya dimasukkan ke dalam pinjaman.
Bawalah rakan atau ahli keluarga anda yang tahu selok belok mengenai
kereta untuk menemani anda memilih kereta.
Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli.
Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah perjanjian Sewa
Beli untuk memastikan anda tidak melakukan sebarang tindakan yang
melanggar perjanjian
Segala dokumen yang berkaitan perjanjian Sewa Beli seperti surat perjanjian,
resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat.
Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh
institusi perbankan.
04 Pembelian Aset
[13]
Membeli Rumah
Anda perlu menilai kemampuan berdasarkan simpanan dan pendapatan
semasa memilih rumah yang hendak dibeli.
Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspek
prasarana yang menghubung lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuh
raya paling hampir.
Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan.
Dapatkan maklumat dari masyarakat setempat mengenai aspek keselamatan
dan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti sekolah
yang berdekatan untuk anak anda.
Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan anda
memilih pemaju yang berwibawa dan tidak mempunyai sejarah pembinaan
terbengkalai atau pembinaan perumahan yang tidak memuaskan.
Pastikan pemaju mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mempunyai permit sah pengiklanan
dan jualan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sekiranya,anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila
dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.
Anda perlu mengetahui ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar
dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan.
Pastikan anda membuat perbandingan kadar faedah,mengetahui yuran dan
caj serta kualiti perkhidmatan
institusi perbankan berkenaan
sebelum membuat keputusan.
Pastikan anda mempunyai
tabungan persendirian yang
mencukupi bagi menjelaskan
bayaran muka atau
pendahuluan itu, iaitu dalam
anggaran 10–20% daripada
harga rumah.
Pastikan juga anda
mempunyai wang yang
mencukupi untuk membayar
kos sampingan lain, seperti
yuran guaman dan duti setem,
iaitu anggaran tambahan 3–
5% daripada harga rumah.
Jika anda tidak mempunyai
tabungan persendirian, anda
juga boleh mengeluarkan duit
daripada akaun 2 KWSP anda.
[14]
Insurans
Sebelum membeli sesuatu polisi insurans, pastikan anda mengetahui jenis
polisi dan apa yang diliputi dalam polisi insurans yang anda merancang
untuk membeli.
Pilih syarikat insurans yang stabil dari segi kewangan, adil dan cepat dalam
memproses tuntutan serta cekap dan sedia untuk memberikan perkhidmatan
sebelum dan selepas sesuatu kerugian.
Memahami sebarang syarat-syarat dan perjanjian, termasuk perjanjian yang
sedia ada sebelum menandatangani kontrak insurans.
Memahami jumlah premium yang hendak dibayar – jumlah nilai yang diliputi
dan jangka masa liputan.
Mengenal pasti keadaan yang membolehkan anda membuat sesuatu tuntutan.
Bertanya tentang prosedur untuk membuat sesuatu tuntutan serta dokumen
yang diperlukan.
Cari agen insurans yang berlesen dan mempunyai pengetahuan yang baik
tentang produk dan perkhidmatan yang diperkenalkannya, contoh: syarikat
insurans yang diwakilinya.
Buatlah catatan tentang tarikh premium yang perlu dibayar. Sekiranya pre-
mium tidak dibayar mengikut tarikhnya, polisi insurans anda mungkin akan
luput.
Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti bayaran. Ini akan
membantu penyiasatan sekiranya ejen anda gagal menyampaikan premium
itu kepada syarikat insurans.
Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda untuk memastikan
keperluan itu dilindungi secukupnya oleh polisi yang sedia ada.
Catatkan maklumat asas seperti nama syarikat insurans, jenis polisi, nombor
polisi serta nama penama dan simpan maklumat tersebut di tempat selamat.
Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai polisi insurans hayat,
anda digalakkan untuk bertanya kepada syarikat insurans hayat anda.
Anda perlu menyatakan secara penuh segala fakta yang penting dalam borang
permohonan seperti kesihatan, pekerjaan, nombor polisi yang anda miliki.
Ini membolehkan syarikat insurans untuk mempertimbangkan permohonan
anda dengan baik. Jika anda gagal menyatakan fakta-fakta ini, syarikat insurans
akan menolak tuntutan anda.
05 Perlindungan Aset
Mendidik dan membantu pengguna lebih bijak
dalam membuat keputusan apabila membeli
insurans.
http://www.insuranceinfo.com.my/
[15]
‘Berhati-hati dengan skim
yang menjanjikan
keuntungan cepat pada
tahap risiko yang minimum
atau tanpa risiko’
[16]
Cukupkan tabung kecemasan (3-6 bulan) sebelum membuat sebarang
pelaburan.
Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat.
Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan.
Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap
risiko yang minimum atau tanpa risiko.
Pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya.
Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan
pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan
pihak kedua jika anda masih berasa ragu.
Membuat perbandingan tentang pulangan bagi pelaburan lain yang sama.
Membuat pemantauan tentang prestasi pelaburan anda secara berterusan,
berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah.
Mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika
anda terdesak.
Pelbagaikan jenis pelaburan dapat meminimumkan risiko dan melindungi
anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri.
Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi
anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu.
Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza.
Jangan meminjam untuk melabur.
Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, kecuali anda sudah
bersedia.
Jangan melabur berdasarkan ‘hot tips’ dan khabar angin.
Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan
syarikat, media, kursus dan seminar.
Berhati-hati dengan syarikat yang memberikan jaminan pembelian balik (buy
back guarantee).
Suruhanjaya Sekuriti mengendalikan isu pelaburan.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan
aduan berkenaan pelaburan kepada Suruhanjaya Sekuriti.
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan 3,
Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6204 8999 Faks: 03-6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my
Laman Sesawang: http://www.sc.com.my/
06 Pelaburan
[17]
Lebih awal anda menyimpan duit
persaraan anda, maka lebih banyak
masa bagi wang anda bertambah.
Tetapkan masa yang diperlukan.
Tetapkan matlamat persaraan. Buat
dan patuhi perancangan persaraan.
Jangka hayat purata rakyat Malaysia
adalah 73 tahun. Pastikan keperluan
anda akan meliputi jangkaan usia
tersebut, walaupun sekiranya usia
anda lebih panjang daripada apa yang
anda jangkakan.
Wujudkan tabung kecemasan yang
tersedia wang di dalamnya, sekiranya
anda memerlukan wang dengan
segera. Ini bagi mengelak daripada
anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan
yang mendesak.
Elakkan daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan,
seperti membuat pelaburan yang berisiko tinggi dengan wang tersebut.
Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yang
disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka
panjang.
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara
penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak
mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan
pelaburan.
Apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam
tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk
perbelanjaan yang lain.
Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya,
kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda
telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan
pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.
Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba membuat
hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.
Tingkatkan tahap pengetahuan anda tentang pelaburan. Ini dapat membantu
anda untuk meningkatkan pendapatan anda selepas bersara.
Amalkan cara hidup yang sihat dan sentiasa bersenam untuk memastikan
tubuh badan anda berada dalam keadaan yang sihat. Ini dapat mengurangkan
kos perubatan yang tinggi apabila anda tua nanti.
07 Persaraan
[18]
Skim Persaraan Yang Sedia Ada
a. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Selain daripada beberapa pengecualian, semua
individu yang bekerja dan dibayar upah adalah
wajib untuk mencarum kepada KWSP.
Manfaat sebagai ahli dan mempunyai simpanan
KWSP ialah:
o Faedah persaraan iaitu sumbangan
daripada majikan dan pekerja
o Dividen tahunan ke atas simpanan
o Bantuan Kematian / Hilang Upaya
o Pelepasan cukai sehingga maksimum
RM6,000 (termasuk premium insurans nyawa) dan pelepasan cukai ke
atas simpanan yang dikeluarkan.
Kadar semasa caruman pekerja ialah 11% dan caruman majikan (sekurang-
kurangnya) 12% daripada upah yang diterima. (pada Ogos 2012).
Anda digalakkan untuk membuat penamaan bagi memudahkan dan
mempercepat urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama
tersebut.
Sebagai pekerja, anda turut bertanggungjawab untuk memastikan majikan
anda membuat caruman bulanan KWSP bagi pihak anda. Untuk tujuan ini,
KWSP menghantar Penyata Kira-kiraAhli, satu kali setahun, kepada pencarum
yang aktif.Ahli-ahli perlu menyemak penyata ini dan melaporkan kepada KWSP
dengan segera jika terdapat sebarang percanggahan. Penyata ini juga boleh
didapati di mana-mana Pejabat KWSP, pada bila-bila masa.
b. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Skim ini disediakan untuk mereka yang tidak berpendapatan tetap dan
golongan bekerja sendiri, seperti suri rumah, nelayan, petani, pemandu teksi
dan peniaga.
Mereka boleh mencarum secara sukarela dalam tabung persaraan ini
mengikut kemampuan masing-masing, dengan pencaruman minimum RM50
sebulan dan tiada had maksimum.
Simpanan di bawah skim ini akan menikmati dividen tahunan mengikut kadar
dividen yang diumumkan oleh KWSP.
Pencarum juga akan menerima sumbangan daripada kerajaan sebanyak
5% dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun.
Sumbangan ini diberi sehingga tahun 2014.
c. Pencen Kerajaan
Ini merupakan skim persaraan yang disediakan untuk penjawat awam.
Pencen ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
www.kwsp.gov.my
[19]
Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak
dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang
dikemukakan kepada JPA adalah betul, tepat, terkini
dan lengkap.
Umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58
kepada 60 tahun. (pada Ogos 2012)
Pesara penjawat awam diberi pilihan untuk memilih
Skim Pencen atau Skim KWSP.
Anggota perkhidmatan awam boleh bersara secara
pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur
sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon, dan beliau
mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang
daripada 10 tahun.
Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara
memperoleh kemudahan perubatan di Klinik / Hospital Kerajaan. Kemudahan
Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara / penerima pencen, juga kepada
isteri / suami penerima pencen dan anak yang berumur 21 tahun (yang belum
berkahwin).
d. Skim Persaraan Swasta (PRS)
PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarela
yang direka untuk membantu individu menyimpan untuk
persaraan. Ia melengkapkan sumbangan wajib yang
dibuat kepada KWSP.
Setiap PRS akan merangkumi pelbagai dana
persaraan bahawa individu boleh memilih untuk
melabur dalam berdasarkan keperluan persaraan,
matlamat dan tahap risiko mengikut keselesaan diri
sendiri.
PRS dapat meningkatkan pilihan tersedia untuk
mereka yang bekerja atau bekerja sendiri, untuk menambah simpanan
persaraan mereka di bawah persekitaran yang tersusun dan terkawal.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempunyai kuasa untuk mengawal dan menyelia
industri PRS, yang termasuk Skim, Pembekal PRS, Pengedar dan Perunding
PRS, Pemegang Amanah Skim, Pemegang Amanah Majikan dan Pentadbir
Pencen Swasta.
SC telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai PRS yang menetapkan
keperluan pengawalseliaan dan operasi yang perlu dipatuhi oleh Pembekal
PRS, Pemegang Amanah Skim PRS dan pelaburan PRS Skim.
PPA (Private Pension Administrator) ialah agensi yang bertanggungjawab
untuk memudahkan dan mengekalkan semua transaksi PRS berkaitan yang
dibuat oleh penyumbang dan ahli.
Ahli-ahli dapat menyemak pelaburan PRS dalam talian melalui laman web
PPA, atau menghubungi Pembekal PRS yang bersesuaian.
Ahli akan menerima penyata secara berkala daripada Pembekal PRS dan
penyata ke atas pelaburan mereka daripada PPA. Ini juga termasuk
sumbangan yang dipegang oleh setiap Pembekal PRS.
www.ppa.my
www.jpapencen.gov.my
[20]
08Penipuan
Tanda-tanda penipuan
Tawaran yang ditawarkan adalah lebih menarik daripada apa yang biasa
diketahui – tawaran yang jelas terdapat unsur-unsur penipuan. Sebagai
contoh, bank menawarkan dividen sebanyak 5% apabila anda menyimpan
dengan mereka, tetapi syarikat persendirian ini menawarkan dividen sebanyak
10% untuk menarik anda melabur dengan mereka.
Jurujual bukannya orang tempatan, dan tidak memberikan nombor telefon
dan alamat penuh bagi membolehkan anda menghubunginya.
Jurujual yang mempamerkan logo dan / atau nama yang begitu mirip dengan
syarikat yang memang dikenali ramai.
Menggunakan kata-kata mendesak atau kata-kata yang menunjukkan had
masa pada iklan atau promosi produk, seperti ‘jualan hari terakhir’ atau
‘perhatian segera’.
Menggunakan pendekatan berbentuk tekanan, ancaman atau gangguan, baik
secara bertulis, melalui e-mel, semasa panggilan telefon, mahupun ketika
perjumpaan secara peribadi.
Memberikan jawapan yang samar-samar, berdolak-dalik ataupun tidak
memberikan jawapan langsung apabila ditanyakan tentang maklumat lanjut
tawaran tersebut.
Mendesak anda untuk memberikan maklumat-maklumat kewangan peribadi,
seperti nombor kredit kad anda atau nombor PIN, tanpa memberikan sebarang
kenyataan bertulis atau dokumen-dokumen berkaitan dan tidak mahu
memberikan sebarang dokumen secara bertulis.
Memberikan kenyataan bahawa anda boleh mendapat kekayaan dengan
segera tanpa perlu bersusah-payah atau pengalaman, contohnya skim cepat
kaya.
Gunakan promosi seperti: “Anda telah memenangi percutian percuma, hadiah
percuma, wang tunai sebanyak RMxxx, tetapi anda perlu membayar untuk
bayaran-bayaran lain, bayaran perkhidmatan pos dan penghantaran”.
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) memberi
khidmat nasihat dan menerima aduan pengguna secara
percuma.
No. 1D, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, Sungai Way,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7877 9000 / 7874 8096 Faks: 03-7874 8097
E-mel: myaduan@nccc.org.my
Laman Sesawang: http://www.nccc.org.my/
[21]
Segala maklumat yang penting dan berkaitan hendaklah disimpan agar dapat
membantu anda semasa membuat aduan. Antara dokumen tersebut ialah
resit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan surat-surat yang berkaitan.
Semua dokumen ini amat berguna apabila anda ingin membuat aduan.
Apabila anda menyedari berlakunya sesuatu masalah, cuba dapatkan bukti
yang boleh membantu dalam membuat aduan. Contohnya mengambil gambar
barangan yang rosak tersebut untuk dijadikan bukti. Lihat sama ada pengguna
lain turut menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secara
kolektif.
Cuba kawal emosi anda ketika membuat aduan. Sekiranya anda tidak dapat
mengawal perasaan, anda tidak akan dapat mengemukakan aduan secara
berkesan. Bertenang dan susun strategi yang berkesan ketika membuat
aduan.
Anda boleh mengumpul data dan statistik berkaitan dengan perkara yang
diadu untuk membuktikan kesahihan aduan anda.
Buat aduan secara bertulis. Pastikan perkara yang diadu dinyatakan dengan
jelas. Surat tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Sekiranya
perlu, lampirkan salinan dokumen asal.
Rujuk kepada undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang diadu.
Nyatakan peruntukan undang-undang yang berkaitan di dalam surat anda.
Sentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduan mengikut kronologi,
termasuk panggilan telefon dan temu janji.
Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk
membuat aduan.
Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk
membuat aduan.
09 Panduan Membuat Aduan
Biro Pengantaraan Kewangan menguruskan aduan
perbankan, kewangan dan insurans.
Tingkat 25 Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2272 2811
Faks: 03-2274 5752
E-mel: enquiry@fmb.org.my
Laman Sesawang: http://www.fmb.org.my/
[22]
10 Kewangan dan Kerajaan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan. Tarikh
akhir penghantaran borang adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar
cukai. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima bayaran balik, anda
bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Unit Pungutan di cawangan
yang mengendalikan fail anda.
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon
untuk mendapatkannya dengan menghubungi Unit Pungutan yang
mengendalikan fail anda.
Sila layari laman web sesawang LHDNM untuk mengetahui pelepasan cukai
individu pemastautin.
Dokumen-dokumen seperti resit premium insurans, resit pembelian buku,
atau resit derma yang digunakan dalam potongan dan rebat cukai hendaklah
disimpan selama 7 tahun untuk tujuan pengauditan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah
salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah
Kementerian Kewangan.
Pusat Khidmat Pelanggan,
Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-3010 Faks: 03-4289 3400
E-mel: callcentre@hasil.gov.my
Laman Sesawang: http://www.hasil.gov.my/ [23]
PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan di bawah
Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim
Keselamatan Sosial.
Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana
pekerjaan, termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit
khidmat, keilatan dan kematian.
Antara fungsi PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip
caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah
kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya.
PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional
serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum
untuk anda dengan PERKESO.
PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial, iaitu Skim
Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para
pekerja daripada bencana pekerjaan, termasuk penyakit khidmat dan
kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.
Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap
keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.
Kedua-dua skim keselamatan sosial ini menjamin pembayaran faedah tunai
kepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luar
jangka menimpa pekerja berkenaan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial memproses tuntutan dan
membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang.
Menara PERKESO, 281,
Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Khidmat Pelanggan : 03 - 4257 5755
Faks : 03 - 4256 7798
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my
Laman Sesawang: http://www.perkeso.gov.my/
[24]
Latar Belakang
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
(NCCC) telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Datuk Hj. Mohd Shafie Apdal,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna pada 13 Julai 2004 sebagai
satu inisiatif FOMCA. NCCC diperbadankan
pada 17 September 2008.
NCCC bertujuan menjadi pusat aduan
setempat bagi membantu para pengguna
menyelesaikan masalah dan aduan mereka.
NCCC turut bertindak sebagai perantara
mempertemukan pengguna dan peniaga
untuk menyelesaikan pertikaian. Berdasarkan
aduan-aduan yang diterima, didapati para
pengguna menghadapi masalah untuk
mencari badan yang sesuai untuk membantu
menyelesaikan masalah mereka. Di samping
itu, pengguna juga tidak mempunyai maklumat
tentang agensi yang sepatutnya dihubungi
berkaitan masalah mereka.
NCCC ditubuhkan untuk mengisi ruang
keperluan ini. NCCC bekerjasama rapat
dengan pihak berkuasa yang berkaitan
seperti Bahagian Penguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepengunaan, Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia, Tribunal
Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis
Peguam, Biro Pengantaraan Kewangan dan
agensi kawal selia lain untuk menyelesaikan
aduan-aduan pengguna yang diterima.
Pusat Khidmat Aduan
Pengguna Nasional
(National Consumer Complaints
Centre atau NCCC)
Visi
Membentuk mekanisme kendiri dalam
kalangan pengguna yang berkebolehan dalam
menyelesaikan masalah dengan adil, mudah
dan efisyen melalui sistem pengantaraan.
Misi
Berfungsi sebagai badan pengantara antara
pihak kerajaan, swasta dan pengguna dalam
mengenal pasti penyelesaian terhadap
sebarang aduan pengguna.
Fungsi
• Menerima dan merekodkan aduan
• Memberi khidmat nasihat
• Membantu menyalurkan aduan kepada
pihak yang bersesuaian seperti agensi
kerajaan, pengeluar, pengedar atau
penjual
• Menjalankan perundingan antara pihak
pengadu dengan pihak dituntut
• Membuat analisis dan penilaian
terhadap aduan yang diterima
• Menyalurkan maklumat analisis dan
penilaian kepada pihak kerajaan dan
umum
Sekiranya anda ada sebarang aduan, sila
hubungi:
e-aduan : www.nccc.org.my
tel : 03-7877 9000 / 7874 8096
faks : 03-7874 8097
e-mel : myaduan@nccc.org.my
10 isu kewangan anda

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Asas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganAsas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganHome
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Kajian kes math perniagan
Kajian kes math perniaganKajian kes math perniagan
Kajian kes math perniaganAhmadAdhaCz
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaPPD HULU SELANGOR
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Mr. H
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)haniffpotter
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNorain Binti Jaafar
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaandipedmara4
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMChon Seong Hoo
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODNaddy Fazzy
 

Mais procurados (20)

Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Sistem perakaunan perniagaan
Sistem perakaunan perniagaanSistem perakaunan perniagaan
Sistem perakaunan perniagaan
 
Asas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganAsas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewangan
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Pembelanjawan modal 20122013
Pembelanjawan modal 20122013Pembelanjawan modal 20122013
Pembelanjawan modal 20122013
 
Kajian kes math perniagan
Kajian kes math perniaganKajian kes math perniagan
Kajian kes math perniagan
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaan
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 

Destaque

Kewangan kerajaan
Kewangan kerajaanKewangan kerajaan
Kewangan kerajaanguestd56616
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargamayaleztary581
 
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMfazrul
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Venessa Joseph Sagar Singh
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 

Destaque (8)

Celik wang
Celik wangCelik wang
Celik wang
 
Kewangan kerajaan
Kewangan kerajaanKewangan kerajaan
Kewangan kerajaan
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluarga
 
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 

Semelhante a 10 isu kewangan anda

Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluargaNota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarganotaeditor
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)Fatimah Shukur
 
Cara Menjana Kewangan.pptx
Cara Menjana Kewangan.pptxCara Menjana Kewangan.pptx
Cara Menjana Kewangan.pptxnor Mohd Noor
 
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptxPENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptxharipaksu
 
Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨mohdazizi28
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmAiman Hud
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Asmiley Laily
 
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptx
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptxT6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptx
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptxMuhammadAslamBinYaac
 

Semelhante a 10 isu kewangan anda (20)

Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluargaNota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
 
5 langkah rancang kewangan
5 langkah rancang kewangan5 langkah rancang kewangan
5 langkah rancang kewangan
 
3kpersaraanawal
3kpersaraanawal3kpersaraanawal
3kpersaraanawal
 
Sistem perbankan
Sistem perbankanSistem perbankan
Sistem perbankan
 
Ringgit 2014
Ringgit 2014Ringgit 2014
Ringgit 2014
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Uruskan kewangan anda
Uruskan kewangan andaUruskan kewangan anda
Uruskan kewangan anda
 
Pru bsn pt_brochure_bm
Pru bsn pt_brochure_bmPru bsn pt_brochure_bm
Pru bsn pt_brochure_bm
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
Takafulink 2014
Takafulink 2014Takafulink 2014
Takafulink 2014
 
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanahSkim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
 
Cara Menjana Kewangan.pptx
Cara Menjana Kewangan.pptxCara Menjana Kewangan.pptx
Cara Menjana Kewangan.pptx
 
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptxPENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
 
Takaful term 80
Takaful term 80Takaful term 80
Takaful term 80
 
Perakaunan untuk penggajian
Perakaunan untuk penggajianPerakaunan untuk penggajian
Perakaunan untuk penggajian
 
Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨
 
Wang dan perbankan
Wang dan perbankanWang dan perbankan
Wang dan perbankan
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013
 
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptx
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptxT6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptx
T6 Slide Pengurusan Kewangan MBKPIv4.pptx
 

10 isu kewangan anda

  • 1.
  • 2. Perancangan dan pengurusan kewangan adalah kritikal bagi kesejahteraan kewangan.Terlalu ramai pengguna, terutama sekali golongan pekerja muda, telah terjerumus dengan pelbagai masalah dan isu yang berkaitan kewangan. Masalah-masalah ini boleh mengakibatkan kebankrapan, masalah kewangan yang serius, tekanan hidup dan tekanan dalam keluarga. Di antara isu terpenting dalam pengurusan kewangan adalah cara mengendalikan kredit, terutama sekali kad kredit, mempunyai tabungan yang cukup untuk menghadapi sebarang kecemasan atau membiayai satu-satu perbelanjaan penting seperti berkahwin atau melanjutkan pelajaran, membeli aset penting seperti rumah, melabur, membeli insurans dan persiapan untuk persaraan. Isu kewangan lain yang juga sangat penting adalah semakin ramai pengguna tertipu dengan pelbagai bentuk penipuan atau scam. Sebagai pengguna, anda harus tahu untuk kenal pasti penawaran yang tulen atau penipuan. Buku ini memberikan panduan tentang cara-cara untuk mengendalikan isu-isu tersebut dengan bijak.Akan tetapi pengetahuan sahaja tidak mencukupi.Anda mesti mempraktikkan pengetahuan ini. Sebagai contoh, jika perlu anda hendaklah mengawasi perbelanjaan anda secara teratur dan bertulis untuk mengenal pasti corak perbelanjaan sebenar anda.Ataupun anda mesti sanggup untuk menyediakan anggaran perbelanjaan untuk mengawal perbelanjaan secara lebih berkesan. Seterusnya, anda juga perlu sanggup untuk mengubah corak perbelanjaan anda. Sebagai contoh, bagi mengurangkan perbelanjaan anda, maka anda bolehlah menggantikan barang jenama dengan barang tempatan atau generik yang lebih murah, tetapi mempunyai kualiti yang sama. Maklumat dalam buku ini memberikan panduan tentang tingkah laku kewangan yang sewajarnya.Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan idea ini kepada cara hidup yang dapat memberikan kesejahteraan kepada hidup anda. Buku ini diterbitkan sempena Bulan Kewangan Berhemat pada tahun 2012. Untuk maklumat lanjut tentang Bulan Kewangan Berhemat, sila layari www.fomca.org.my/kewangan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Prakata
  • 3. 01. Pengurusan Kewangan 3 02. Pengurusan Hutang dan Tabungan 7 03. Perbankan 10 04. Pembelian Aset 13 05. PerlindunganAset 15 06. Pelaburan 17 07. Persaraan 18 08. Penipuan 21 09. Panduan Membuat Aduan 22 10. Kewangan dan Kerajaan 23 Isi Kandungan [1]
  • 4. ‘Bajet hanya akan memberi manfaat jika anda mematuhinya’ [2]
  • 5. Pengurusan kewangan dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup dan juga mencapai matlamat kewangan anda. Sebelum merancang kewangan anda perlu mengetahui kedudukan kewangan semasa anda dengan menilai jumlah yang anda miliki dan jumlah hutang anda. Wang mempunyai nilai masa yang nilainya biasanya susut mengikut masa. Wang yang sama pada masa sekarang dan masa dulu mempunyai nilai yang tidak sama, ini disebabkan oleh inflasi. Dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan, anda boleh mendapat faedah yang dibayar. Ini lebih baik daripada duit anda dibiarkan susut. Jadi semakin awal anda melabur wang anda, semakin besar faedahnya. Dalam merancang kewangan, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dahulu dengan mengambil kira keperluan dan kehendak anda, dan seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih ‘penting’. Kemudian sediakan bajet peribadi anda. Penyediaan bajet yang baik perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat. Bersikap realistik dan jangan mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuan anda dalam jangka masa pendek. Anda juga perlu bersikap fleksibel. Kemungkinan terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dalam perancangan kewangan anda, seperti perbelanjaan ubatan yang lebih, maka kaji semula bajet apabila perlu. Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah catatkan supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya. Info perbankan mengandungi pelbagai maklumat, nasihat dan panduan untuk memenuhi keperluan perbankan anda. http://www.bankinginfo.com.my/ Pengurusan Kewangan01 [3]
  • 6. ‘Sebelum membeli sesuatu barangan, anda perlu menilai sama ada ia keperluan atau kemahuan’ [4]
  • 7. Perbelanjaan berhemat ialah kesedaran pengguna untuk berbelanja secara berhemat mengikut keperluan diri sendiri, dan bukannya kemahuan dengan mengambil kira kedudukan kewangan diri, kesan kepada alam sekitar, kesihatan, dan masyarakat. Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut. Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada anda memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh iklannya yang menarik. Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih. Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika membeli barang generik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya. Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama. Kurangkan perbelanjaan yang mewah dan barang yang memang anda tidak perlukan, terutamanya apabila ia memakan perbelanjaan yang besar. Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) menggalakkan para pengguna untuk berbelanja secara berhemat. http://www.kkk.org.my/ Perbelanjaan Berhemat [5]
  • 8. ‘Bayar bil kad kredit anda sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan caj faedah yang disebabkan oleh kelewatan’ [6]
  • 9. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit membantu anda dalam menguruskan semula pinjaman peribadi. Ibu Pejabat Level 8, Maju Junction Mall 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel : 603 2616 7766 Fax : 603 2616 7601 Khidmat Pelanggan: 1800 88 2575 Laman Sesawang: http://www.akpk.org.my/ Menguruskan Hutang Anda Apabila anda ingin meminjam, anda dinasihatkan supaya meminjam mengikut kemampuan / gaji anda untuk membayarnya semula. Hutang tetap anda (pinjaman rumah, kereta dan lain-lain) tidak sepatutnya melebihi 30% daripada jumlah gaji bersih anda. Jika anda membuat pembayaran bagi sesuatu barangan yang mahal, anda boleh memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakan oleh pengeluar kad kredit anda. Skim tersebut membantu anda untuk membahagikan kos belian dalam satu jangka masa, contohnya tanpa dikenakan sebarang kos kewangan jika anda membayar mengikut jadual. Anda boleh kurangkan baki pinjaman anda jika anda mempunyai wang lebihan, contohnya daripada bayaran bonus. Ini bagi mengurangkan caj kewangan yang dikenakan ke atas baki hutang anda. Sediakan satu pelan belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui perbelanjaan anda dan mengelakkan daripada terlebih belanja. Mulakan simpanan anda dengan mempunyai satu pelan simpanan kerana ini akan mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi pembelian kecil. Anda juga perlu mengumpul dana kecemasan perlulah yang cukup untuk membiayai perbelanjaan tetap anda bagi tempoh 3 hingga 6 bulan. Beringatlah sebelum anda terjebak dalam hutang. Berbelanjalah mengikut kemampuan bukan kemahuan. Pengurusan Hutang dan Tabungan02 [7]
  • 10. Kad Kredit Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berbelanja melebihi pendapatan anda. Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran perkhidmatan yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali). Semak penyata bulanan anda untuk mengelakkan sebarang salah guna kad kredit anda. Waspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet. Jangan guna kad kredit anda untuk mengeluarkan wang pendahuluan, kerana kadar faedah ke atasnya adalah amat tinggi, biasanya 3% – 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil. Selesaikan pembayaran anda sebelum tarikh akhir penyata anda untuk mengelakkan sebarang caj faedah yang disebabkan oleh kelewatan. Mengehadkan bilangan kad kredit anda berdasarkan keperluan anda dan keupayaan anda untuk membayar balik. Cuba menyelesaikan bil kad kredit anda dengan membayar semua bayaran untuk mengelakkan caj faedah. Berhati-hati jika anda sentiasa membayar bayaran minimum sahaja. Membayar secara terus dengan wang tunai dapat mengurangkan perbelanjaan anda. Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum me- nandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga. Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran. Fahamilah caj-caj yang akan dikenakan, seperti caj bayaran lewat, caj kewangan, cukai perkhidmatan, atau yuran pendahuluan wang tunai. Anda juga hendak memahami cara pengiraan dan bagaimana caj-caj tersebut dikenakan atas bil anda. Untuk memudahkan pengguna dalam membuat perbandingan dan keputusan, pengeluar kad dikehendaki menyediakan Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat utama kepada ciri-ciri, yuran kad dan obligasi pemegang kad. BNM TELELINK Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, P.O. Box 10922, 50929 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) Faks: +603-2174-1515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Laman Sesawang: http://www.bnm.gov.my/bnmlink/ [8] Bank Negara Malaysia LINK berperanan sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara-perkara berkaitan dengan sektor kewangan.
  • 11. Tabungan Menabung membantu mencapai matlamat kewangan anda. Menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapat bayaran faedah daripada bank. Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk me- nyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perlu untuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan. Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang- kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan. Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untuk mendapat pendapatan yang lebih atau kurang berbelanja. Merancang untuk persaraan anda. KWSP atau pencen mungkin tidak mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup masa depan atau menikmati hidup yang lebih selesa. Mendidik anak anda untuk menabung dari kecil supaya amalan tersebut menjadi tabiat mereka. [9]
  • 12. Hak & Tanggungjawab Anda sebagai Pelanggan Bank: Hak anda sebagai pelanggan bank, anda berhak untuk dilayan dengan adil. Sila: Dapatkan salinan piagam pelanggan bank Dapatkan maklumat tentang akaun deposit atau pinjaman / pembiayaan pilihan anda Buku akaun perbankan asas pada kos minimum atau percuma Dapatkan maklumat tentang fi dan caj Minta bank anda untuk melindungi butiran peribadi anda Minta bank anda maklumkan sebarang perubahan terma dan syarat Minta bank anda selesaikan sebarang pertanyaan atau aduan anda dengan segera Tanggungjawab anda sebagai pelanggan bank, anda hendaklah: Membuat perbandingan sebelum memilih akaun atau pinjaman/pembiayaan Meneliti dan memahami terma dan syarat Memaklumkan pihak bank sebarang pertukaran butiran peribadi (alamat, nombor telefon) Tidak mendedahkan butiran kad kredit dan PIN anda kepada orang lain Tidak menggunakan akaun atau pinjaman / pembiayaan anda untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang Berbincang dengan pihak bank sekiranya anda menghadapi masalah tentang akaun atau pinjaman / pembiayaan Mengetahui hak dan perkara yang perlu dielak sebagai seorang penjamin Tidak menandatangani borang kosong 03 Perbankan PIDM mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli. Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-2173 7436 Faks: 603- 2260 7432 / 2173 7527 Talian-bebas: 1-800-88-1266 Laman sesawang: http://www.pidm.gov.my[10]
  • 13. ‘Jangan mendedahkan butir- butir seperti nama pengguna atau kata laluan kepada sesiapa pun’ [11]
  • 14. Perbankan Internet Membaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Internet. Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN. Sentiasa menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda untuk memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dan tiada tambahan kepada senarai penerima bayaran yang berdaftar. Semasa anda login, sila semak alamat http:// pada URL supaya memastikan anda berada di laman sesawang yang tulen. Jangan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalam komputer ataupun telefon bimbit. Jangan melayan sebarang permintaan untuk mendapatkan ID log masuk dan kata laluan, nombor PIN atau butiran akaun perbankan anda melalui telefon, faks, e-mel ataupun SMS, walaupun ia kelihatan seperti urusan rasmi atau penting kerana institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan daripada pelanggan melalui cara tersebut. Pastikan anda berada di laman sesawang yang betul sebelum mengendalikan transaksi dalam talian atau menghantar maklumat peribadi. Sentiasa ingat untuk log keluar. Jangan mendedahkan butir-butir seperti nama pengguna atau kata laluan kepada sesiapa pun. Jangan meninggalkan komputer anda terbiar semasa masih bersambung ke perkhidmatan Perbankan Internet. Memasang atau naik taraf perisian sekuriti komputer anda. Pastikan komputer anda mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan selamat. Berhati-hati dengan e-mel yang mengancam untuk menutup akaun anda jika anda tidak membalas e-mel tersebut. Ini ialah e-mel phishing. Laporkan sebarang kes penipuan kepada pihak bank anda. Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) CyberSecurity Malaysia Level 7, SAPURA@MINES 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Cyber999 Hotline: 1300 88 2999 Faks: 03-8945 3442 E-mel: cyber999@cybersecurity.my Laman Sesawang http://www.mycert.org.my/[12] Cyber999 adalah perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna internet untuk melaporkan insiden keselamatan komputer.
  • 15. Membeli Kereta Membuat anggaran perbelanjaan yang layak dan sesuai dengan bajet bulanan bagi memilih kereta yang sesuai dengan pendapatan. Lawati beberapa bilik pameran kereta untuk meninjau harga yang ditawarkan. Lazimnya, harga yang ditawarkan tidak banyak beza, tetapi kadang-kala ada juga pengedar yang menawarkan harga istimewa dan pakej menarik. Rajin untuk mengunjungi beberapa bank untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman kereta. Tetapi selalunya, pengedar akan membantu menguruskannya bagi pihak pelanggan, cuma anda boleh membandingkan kadar faedah dengan beberapa bank. Ada kala penjual kereta akan menawarkan bayaran pendahuluan yang rendah. Bagaimanapun, di sebalik bayaran pendahuluan yang rendah, sebenarnya jumlah selebihnya dimasukkan ke dalam pinjaman. Bawalah rakan atau ahli keluarga anda yang tahu selok belok mengenai kereta untuk menemani anda memilih kereta. Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli. Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah perjanjian Sewa Beli untuk memastikan anda tidak melakukan sebarang tindakan yang melanggar perjanjian Segala dokumen yang berkaitan perjanjian Sewa Beli seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat. Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh institusi perbankan. 04 Pembelian Aset [13]
  • 16. Membeli Rumah Anda perlu menilai kemampuan berdasarkan simpanan dan pendapatan semasa memilih rumah yang hendak dibeli. Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspek prasarana yang menghubung lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuh raya paling hampir. Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Dapatkan maklumat dari masyarakat setempat mengenai aspek keselamatan dan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti sekolah yang berdekatan untuk anak anda. Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan anda memilih pemaju yang berwibawa dan tidak mempunyai sejarah pembinaan terbengkalai atau pembinaan perumahan yang tidak memuaskan. Pastikan pemaju mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sekiranya,anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama. Anda perlu mengetahui ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan. Pastikan anda membuat perbandingan kadar faedah,mengetahui yuran dan caj serta kualiti perkhidmatan institusi perbankan berkenaan sebelum membuat keputusan. Pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi bagi menjelaskan bayaran muka atau pendahuluan itu, iaitu dalam anggaran 10–20% daripada harga rumah. Pastikan juga anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos sampingan lain, seperti yuran guaman dan duti setem, iaitu anggaran tambahan 3– 5% daripada harga rumah. Jika anda tidak mempunyai tabungan persendirian, anda juga boleh mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP anda. [14]
  • 17. Insurans Sebelum membeli sesuatu polisi insurans, pastikan anda mengetahui jenis polisi dan apa yang diliputi dalam polisi insurans yang anda merancang untuk membeli. Pilih syarikat insurans yang stabil dari segi kewangan, adil dan cepat dalam memproses tuntutan serta cekap dan sedia untuk memberikan perkhidmatan sebelum dan selepas sesuatu kerugian. Memahami sebarang syarat-syarat dan perjanjian, termasuk perjanjian yang sedia ada sebelum menandatangani kontrak insurans. Memahami jumlah premium yang hendak dibayar – jumlah nilai yang diliputi dan jangka masa liputan. Mengenal pasti keadaan yang membolehkan anda membuat sesuatu tuntutan. Bertanya tentang prosedur untuk membuat sesuatu tuntutan serta dokumen yang diperlukan. Cari agen insurans yang berlesen dan mempunyai pengetahuan yang baik tentang produk dan perkhidmatan yang diperkenalkannya, contoh: syarikat insurans yang diwakilinya. Buatlah catatan tentang tarikh premium yang perlu dibayar. Sekiranya pre- mium tidak dibayar mengikut tarikhnya, polisi insurans anda mungkin akan luput. Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti bayaran. Ini akan membantu penyiasatan sekiranya ejen anda gagal menyampaikan premium itu kepada syarikat insurans. Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda untuk memastikan keperluan itu dilindungi secukupnya oleh polisi yang sedia ada. Catatkan maklumat asas seperti nama syarikat insurans, jenis polisi, nombor polisi serta nama penama dan simpan maklumat tersebut di tempat selamat. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai polisi insurans hayat, anda digalakkan untuk bertanya kepada syarikat insurans hayat anda. Anda perlu menyatakan secara penuh segala fakta yang penting dalam borang permohonan seperti kesihatan, pekerjaan, nombor polisi yang anda miliki. Ini membolehkan syarikat insurans untuk mempertimbangkan permohonan anda dengan baik. Jika anda gagal menyatakan fakta-fakta ini, syarikat insurans akan menolak tuntutan anda. 05 Perlindungan Aset Mendidik dan membantu pengguna lebih bijak dalam membuat keputusan apabila membeli insurans. http://www.insuranceinfo.com.my/ [15]
  • 18. ‘Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minimum atau tanpa risiko’ [16]
  • 19. Cukupkan tabung kecemasan (3-6 bulan) sebelum membuat sebarang pelaburan. Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat. Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan. Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minimum atau tanpa risiko. Pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya. Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan pihak kedua jika anda masih berasa ragu. Membuat perbandingan tentang pulangan bagi pelaburan lain yang sama. Membuat pemantauan tentang prestasi pelaburan anda secara berterusan, berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah. Mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak. Pelbagaikan jenis pelaburan dapat meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri. Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza. Jangan meminjam untuk melabur. Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, kecuali anda sudah bersedia. Jangan melabur berdasarkan ‘hot tips’ dan khabar angin. Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan syarikat, media, kursus dan seminar. Berhati-hati dengan syarikat yang memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee). Suruhanjaya Sekuriti mengendalikan isu pelaburan. Pengguna boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan pelaburan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-6204 8999 Faks: 03-6204 8991 E-mel: aduan@seccom.com.my Laman Sesawang: http://www.sc.com.my/ 06 Pelaburan [17]
  • 20. Lebih awal anda menyimpan duit persaraan anda, maka lebih banyak masa bagi wang anda bertambah. Tetapkan masa yang diperlukan. Tetapkan matlamat persaraan. Buat dan patuhi perancangan persaraan. Jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 73 tahun. Pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan. Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak. Elakkan daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan, seperti membuat pelaburan yang berisiko tinggi dengan wang tersebut. Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yang disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka panjang. Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan. Apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain. Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba membuat hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja. Tingkatkan tahap pengetahuan anda tentang pelaburan. Ini dapat membantu anda untuk meningkatkan pendapatan anda selepas bersara. Amalkan cara hidup yang sihat dan sentiasa bersenam untuk memastikan tubuh badan anda berada dalam keadaan yang sihat. Ini dapat mengurangkan kos perubatan yang tinggi apabila anda tua nanti. 07 Persaraan [18]
  • 21. Skim Persaraan Yang Sedia Ada a. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Selain daripada beberapa pengecualian, semua individu yang bekerja dan dibayar upah adalah wajib untuk mencarum kepada KWSP. Manfaat sebagai ahli dan mempunyai simpanan KWSP ialah: o Faedah persaraan iaitu sumbangan daripada majikan dan pekerja o Dividen tahunan ke atas simpanan o Bantuan Kematian / Hilang Upaya o Pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000 (termasuk premium insurans nyawa) dan pelepasan cukai ke atas simpanan yang dikeluarkan. Kadar semasa caruman pekerja ialah 11% dan caruman majikan (sekurang- kurangnya) 12% daripada upah yang diterima. (pada Ogos 2012). Anda digalakkan untuk membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepat urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama tersebut. Sebagai pekerja, anda turut bertanggungjawab untuk memastikan majikan anda membuat caruman bulanan KWSP bagi pihak anda. Untuk tujuan ini, KWSP menghantar Penyata Kira-kiraAhli, satu kali setahun, kepada pencarum yang aktif.Ahli-ahli perlu menyemak penyata ini dan melaporkan kepada KWSP dengan segera jika terdapat sebarang percanggahan. Penyata ini juga boleh didapati di mana-mana Pejabat KWSP, pada bila-bila masa. b. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia Skim ini disediakan untuk mereka yang tidak berpendapatan tetap dan golongan bekerja sendiri, seperti suri rumah, nelayan, petani, pemandu teksi dan peniaga. Mereka boleh mencarum secara sukarela dalam tabung persaraan ini mengikut kemampuan masing-masing, dengan pencaruman minimum RM50 sebulan dan tiada had maksimum. Simpanan di bawah skim ini akan menikmati dividen tahunan mengikut kadar dividen yang diumumkan oleh KWSP. Pencarum juga akan menerima sumbangan daripada kerajaan sebanyak 5% dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun. Sumbangan ini diberi sehingga tahun 2014. c. Pencen Kerajaan Ini merupakan skim persaraan yang disediakan untuk penjawat awam. Pencen ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. www.kwsp.gov.my [19]
  • 22. Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada JPA adalah betul, tepat, terkini dan lengkap. Umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun. (pada Ogos 2012) Pesara penjawat awam diberi pilihan untuk memilih Skim Pencen atau Skim KWSP. Anggota perkhidmatan awam boleh bersara secara pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon, dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun. Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara memperoleh kemudahan perubatan di Klinik / Hospital Kerajaan. Kemudahan Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara / penerima pencen, juga kepada isteri / suami penerima pencen dan anak yang berumur 21 tahun (yang belum berkahwin). d. Skim Persaraan Swasta (PRS) PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu individu menyimpan untuk persaraan. Ia melengkapkan sumbangan wajib yang dibuat kepada KWSP. Setiap PRS akan merangkumi pelbagai dana persaraan bahawa individu boleh memilih untuk melabur dalam berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan tahap risiko mengikut keselesaan diri sendiri. PRS dapat meningkatkan pilihan tersedia untuk mereka yang bekerja atau bekerja sendiri, untuk menambah simpanan persaraan mereka di bawah persekitaran yang tersusun dan terkawal. Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempunyai kuasa untuk mengawal dan menyelia industri PRS, yang termasuk Skim, Pembekal PRS, Pengedar dan Perunding PRS, Pemegang Amanah Skim, Pemegang Amanah Majikan dan Pentadbir Pencen Swasta. SC telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai PRS yang menetapkan keperluan pengawalseliaan dan operasi yang perlu dipatuhi oleh Pembekal PRS, Pemegang Amanah Skim PRS dan pelaburan PRS Skim. PPA (Private Pension Administrator) ialah agensi yang bertanggungjawab untuk memudahkan dan mengekalkan semua transaksi PRS berkaitan yang dibuat oleh penyumbang dan ahli. Ahli-ahli dapat menyemak pelaburan PRS dalam talian melalui laman web PPA, atau menghubungi Pembekal PRS yang bersesuaian. Ahli akan menerima penyata secara berkala daripada Pembekal PRS dan penyata ke atas pelaburan mereka daripada PPA. Ini juga termasuk sumbangan yang dipegang oleh setiap Pembekal PRS. www.ppa.my www.jpapencen.gov.my [20]
  • 23. 08Penipuan Tanda-tanda penipuan Tawaran yang ditawarkan adalah lebih menarik daripada apa yang biasa diketahui – tawaran yang jelas terdapat unsur-unsur penipuan. Sebagai contoh, bank menawarkan dividen sebanyak 5% apabila anda menyimpan dengan mereka, tetapi syarikat persendirian ini menawarkan dividen sebanyak 10% untuk menarik anda melabur dengan mereka. Jurujual bukannya orang tempatan, dan tidak memberikan nombor telefon dan alamat penuh bagi membolehkan anda menghubunginya. Jurujual yang mempamerkan logo dan / atau nama yang begitu mirip dengan syarikat yang memang dikenali ramai. Menggunakan kata-kata mendesak atau kata-kata yang menunjukkan had masa pada iklan atau promosi produk, seperti ‘jualan hari terakhir’ atau ‘perhatian segera’. Menggunakan pendekatan berbentuk tekanan, ancaman atau gangguan, baik secara bertulis, melalui e-mel, semasa panggilan telefon, mahupun ketika perjumpaan secara peribadi. Memberikan jawapan yang samar-samar, berdolak-dalik ataupun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanyakan tentang maklumat lanjut tawaran tersebut. Mendesak anda untuk memberikan maklumat-maklumat kewangan peribadi, seperti nombor kredit kad anda atau nombor PIN, tanpa memberikan sebarang kenyataan bertulis atau dokumen-dokumen berkaitan dan tidak mahu memberikan sebarang dokumen secara bertulis. Memberikan kenyataan bahawa anda boleh mendapat kekayaan dengan segera tanpa perlu bersusah-payah atau pengalaman, contohnya skim cepat kaya. Gunakan promosi seperti: “Anda telah memenangi percutian percuma, hadiah percuma, wang tunai sebanyak RMxxx, tetapi anda perlu membayar untuk bayaran-bayaran lain, bayaran perkhidmatan pos dan penghantaran”. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) memberi khidmat nasihat dan menerima aduan pengguna secara percuma. No. 1D, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, Sungai Way, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7877 9000 / 7874 8096 Faks: 03-7874 8097 E-mel: myaduan@nccc.org.my Laman Sesawang: http://www.nccc.org.my/ [21]
  • 24. Segala maklumat yang penting dan berkaitan hendaklah disimpan agar dapat membantu anda semasa membuat aduan. Antara dokumen tersebut ialah resit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan surat-surat yang berkaitan. Semua dokumen ini amat berguna apabila anda ingin membuat aduan. Apabila anda menyedari berlakunya sesuatu masalah, cuba dapatkan bukti yang boleh membantu dalam membuat aduan. Contohnya mengambil gambar barangan yang rosak tersebut untuk dijadikan bukti. Lihat sama ada pengguna lain turut menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secara kolektif. Cuba kawal emosi anda ketika membuat aduan. Sekiranya anda tidak dapat mengawal perasaan, anda tidak akan dapat mengemukakan aduan secara berkesan. Bertenang dan susun strategi yang berkesan ketika membuat aduan. Anda boleh mengumpul data dan statistik berkaitan dengan perkara yang diadu untuk membuktikan kesahihan aduan anda. Buat aduan secara bertulis. Pastikan perkara yang diadu dinyatakan dengan jelas. Surat tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Sekiranya perlu, lampirkan salinan dokumen asal. Rujuk kepada undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang diadu. Nyatakan peruntukan undang-undang yang berkaitan di dalam surat anda. Sentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduan mengikut kronologi, termasuk panggilan telefon dan temu janji. Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk membuat aduan. Anda juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk membuat aduan. 09 Panduan Membuat Aduan Biro Pengantaraan Kewangan menguruskan aduan perbankan, kewangan dan insurans. Tingkat 25 Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752 E-mel: enquiry@fmb.org.my Laman Sesawang: http://www.fmb.org.my/ [22]
  • 25. 10 Kewangan dan Kerajaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan. Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun. Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda. Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menghubungi Unit Pungutan yang mengendalikan fail anda. Sila layari laman web sesawang LHDNM untuk mengetahui pelepasan cukai individu pemastautin. Dokumen-dokumen seperti resit premium insurans, resit pembelian buku, atau resit derma yang digunakan dalam potongan dan rebat cukai hendaklah disimpan selama 7 tahun untuk tujuan pengauditan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan. Pusat Khidmat Pelanggan, Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-3010 Faks: 03-4289 3400 E-mel: callcentre@hasil.gov.my Laman Sesawang: http://www.hasil.gov.my/ [23]
  • 26. PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan, termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian. Antara fungsi PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial, iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan, termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab. Kedua-dua skim keselamatan sosial ini menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan. Pertubuhan Keselamatan Sosial memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang. Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur Khidmat Pelanggan : 03 - 4257 5755 Faks : 03 - 4256 7798 E-mel : perkeso@perkeso.gov.my Laman Sesawang: http://www.perkeso.gov.my/ [24]
  • 27. Latar Belakang Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Julai 2004 sebagai satu inisiatif FOMCA. NCCC diperbadankan pada 17 September 2008. NCCC bertujuan menjadi pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan mereka. NCCC turut bertindak sebagai perantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. Berdasarkan aduan-aduan yang diterima, didapati para pengguna menghadapi masalah untuk mencari badan yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Di samping itu, pengguna juga tidak mempunyai maklumat tentang agensi yang sepatutnya dihubungi berkaitan masalah mereka. NCCC ditubuhkan untuk mengisi ruang keperluan ini. NCCC bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis Peguam, Biro Pengantaraan Kewangan dan agensi kawal selia lain untuk menyelesaikan aduan-aduan pengguna yang diterima. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (National Consumer Complaints Centre atau NCCC) Visi Membentuk mekanisme kendiri dalam kalangan pengguna yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah dengan adil, mudah dan efisyen melalui sistem pengantaraan. Misi Berfungsi sebagai badan pengantara antara pihak kerajaan, swasta dan pengguna dalam mengenal pasti penyelesaian terhadap sebarang aduan pengguna. Fungsi • Menerima dan merekodkan aduan • Memberi khidmat nasihat • Membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual • Menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut • Membuat analisis dan penilaian terhadap aduan yang diterima • Menyalurkan maklumat analisis dan penilaian kepada pihak kerajaan dan umum Sekiranya anda ada sebarang aduan, sila hubungi: e-aduan : www.nccc.org.my tel : 03-7877 9000 / 7874 8096 faks : 03-7874 8097 e-mel : myaduan@nccc.org.my