SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 3
Baixar para ler offline
ARTIKEL 2 
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8342-obesiti-kanak-kanak- dimanakah-peranan-ibu-bapa 
Obesiti Kanak-kanak: Dimanakah Peranan Ibu Bapa? 
Written by Norkumala binti Awang. Posted in Utusan Malaysia Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ? Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak- anak. Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah obesiti.
ARTIKEL 2 
Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak menjadi satu- satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak pemakanan mereka. Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti "vendor machine" di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapu atau "junk food" yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan
ARTIKEL 2 
minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya. Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang. Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7 yang bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...". Jika kita tidak berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Fenomena Obesitas Pada Balita dan Anak
Fenomena Obesitas Pada Balita dan AnakFenomena Obesitas Pada Balita dan Anak
Fenomena Obesitas Pada Balita dan AnakSyarah Raditia
 
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)Lia Oktaviani
 
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada Balita
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada BalitaPemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada Balita
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada BalitaDesintha Nurfaddhella
 
Pedoman gizi seimbang
Pedoman gizi seimbangPedoman gizi seimbang
Pedoman gizi seimbangdiansachio
 
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Putri shyafira El - maryam
 
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)muhammad husni
 
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)Pebri Adi
 
1000 hari dalam kehidupan mar13
1000 hari dalam kehidupan mar131000 hari dalam kehidupan mar13
1000 hari dalam kehidupan mar13Agustini Raintung
 
PPT Gizi Balita
PPT Gizi Balita PPT Gizi Balita
PPT Gizi Balita Chiyapuri
 
Gizi seimbang untuk balita
Gizi seimbang untuk balitaGizi seimbang untuk balita
Gizi seimbang untuk balitaAnis Dianissa
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Ahmad NazRi
 
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdf
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdfbuku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdf
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdftutihartati9
 

Mais procurados (20)

Fenomena Obesitas Pada Balita dan Anak
Fenomena Obesitas Pada Balita dan AnakFenomena Obesitas Pada Balita dan Anak
Fenomena Obesitas Pada Balita dan Anak
 
1000 hari pertumbuhan yang menentukan
1000 hari pertumbuhan yang menentukan1000 hari pertumbuhan yang menentukan
1000 hari pertumbuhan yang menentukan
 
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)
Makalah Makanan Pra Sekolah (Gizi dan Diet)
 
Gizi seimbang bayi & balita
Gizi seimbang bayi & balitaGizi seimbang bayi & balita
Gizi seimbang bayi & balita
 
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada Balita
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada BalitaPemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada Balita
Pemenuhan Gizi Terhadap Tumbuh Kembang Pada Balita
 
Pedoman gizi seimbang
Pedoman gizi seimbangPedoman gizi seimbang
Pedoman gizi seimbang
 
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
 
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)
Keluarga Sadar Gizi (KADARZI)
 
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)
makanan anak Prasekolah (Gizi dan Diet)
 
Telefon karat
Telefon karatTelefon karat
Telefon karat
 
E
EE
E
 
1000 hari dalam kehidupan mar13
1000 hari dalam kehidupan mar131000 hari dalam kehidupan mar13
1000 hari dalam kehidupan mar13
 
Makanan bergizi dan seimbang untuk anak
Makanan bergizi dan seimbang untuk anakMakanan bergizi dan seimbang untuk anak
Makanan bergizi dan seimbang untuk anak
 
Gizi anak sekolah dasar
Gizi anak sekolah dasar Gizi anak sekolah dasar
Gizi anak sekolah dasar
 
Stunting
StuntingStunting
Stunting
 
PPT Gizi Balita
PPT Gizi Balita PPT Gizi Balita
PPT Gizi Balita
 
Gizi bagi anak
Gizi bagi anakGizi bagi anak
Gizi bagi anak
 
Gizi seimbang untuk balita
Gizi seimbang untuk balitaGizi seimbang untuk balita
Gizi seimbang untuk balita
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013
 
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdf
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdfbuku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdf
buku-panduan-sosialisasi-tata-laksana-diare-balita-2011.pdf
 

Destaque

101346977 sains-oti3
101346977 sains-oti3101346977 sains-oti3
101346977 sains-oti3ar-rifke.com
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1ar-rifke.com
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1ar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2ar-rifke.com
 
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)norizan simbok
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & B
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & BSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & B
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & Bar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1ar-rifke.com
 
Bh iban thn 4 kertas 2
Bh iban thn 4 kertas 2Bh iban thn 4 kertas 2
Bh iban thn 4 kertas 2ar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
 
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012ar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian A
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian ASoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian A
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian Aar-rifke.com
 
99983151 trialperak2012-mt1
99983151 trialperak2012-mt199983151 trialperak2012-mt1
99983151 trialperak2012-mt1ar-rifke.com
 
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahamanar-rifke.com
 
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)norizan simbok
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian A
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian AKertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian A
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian Aar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1ar-rifke.com
 
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4ar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisan
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PenulisanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisan
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisanar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
 

Destaque (20)

101346977 sains-oti3
101346977 sains-oti3101346977 sains-oti3
101346977 sains-oti3
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Bahasa Inggeris Paper 1
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Matematik Kertas 1
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Matematik Kertas 2
 
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & B
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & BSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & B
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Kelantan Subjek Sains Bahagian A & B
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
 
Bh iban thn 4 kertas 2
Bh iban thn 4 kertas 2Bh iban thn 4 kertas 2
Bh iban thn 4 kertas 2
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
 
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR Johor 2012 Bahasa Melayu Pemahaman
 
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012
100609423 percubaan-upsr-bahasa-inggeris-kertas-1-melaka-2012
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian A
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian ASoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian A
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Sains Bahagian A
 
99983151 trialperak2012-mt1
99983151 trialperak2012-mt199983151 trialperak2012-mt1
99983151 trialperak2012-mt1
 
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman
100904100 percubaan-upsr-2012-pahang-bm-pemahaman
 
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
 
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian A
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian AKertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian A
Kertas Soalan Percubaan Negeri Kedah UPSR 2012 Sains Bahagian A
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1
 
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Skema jawapan Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisan
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PenulisanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisan
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Penulisan
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
 

Semelhante a Artikel 21

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...Wan Rugayah Wan Salleh
 
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptx
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptxPERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptx
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptxAdityaSujanaPutra
 
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptx
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptxGizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptx
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptxFakhrotunNisaSsiSpd
 
Qgk 3013 obesiti
Qgk 3013  obesitiQgk 3013  obesiti
Qgk 3013 obesitiAhmad NazRi
 
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxCIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxsugiartysoepardi
 
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02Artikelilmiah 121024200214-phpapp02
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02melisa rahmiyanti
 
Gizi seimbang untuk anak sekolah new
Gizi seimbang untuk anak sekolah newGizi seimbang untuk anak sekolah new
Gizi seimbang untuk anak sekolah newTriana Septianti
 
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptx
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptxPERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptx
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptxRendyPerdanaSamosir
 
STUNTING DAN INTERVENSI.pptx
STUNTING DAN INTERVENSI.pptxSTUNTING DAN INTERVENSI.pptx
STUNTING DAN INTERVENSI.pptxmursal sigli
 
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikel
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikelNasi papah antara budaya dan kesehatan artikel
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikelLalu Anwar
 

Semelhante a Artikel 21 (20)

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup ...
 
Ceramah pj
Ceramah pjCeramah pj
Ceramah pj
 
Obesitas pada Anak
Obesitas pada AnakObesitas pada Anak
Obesitas pada Anak
 
Obesiti
ObesitiObesiti
Obesiti
 
Obesitas pada anak
Obesitas pada anakObesitas pada anak
Obesitas pada anak
 
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptx
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptxPERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptx
PERAN REMAJA BERTANGGUNG JAWAB CEGAH STUNTING.pptx
 
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptx
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptxGizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptx
Gizi Seimbang dan Protein Cegah Masalah Gizi.pptx
 
Susah makan
Susah makanSusah makan
Susah makan
 
Susah makan
Susah makanSusah makan
Susah makan
 
Qgk 3013 obesiti
Qgk 3013  obesitiQgk 3013  obesiti
Qgk 3013 obesiti
 
copyan ukm.docx
copyan ukm.docxcopyan ukm.docx
copyan ukm.docx
 
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptxCIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
CIPTAKAN GENERASI YANG BEBAS STUNTING UNTUK Indonesia LEBIH.pptx
 
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02Artikelilmiah 121024200214-phpapp02
Artikelilmiah 121024200214-phpapp02
 
Gizi seimbang untuk anak sekolah new
Gizi seimbang untuk anak sekolah newGizi seimbang untuk anak sekolah new
Gizi seimbang untuk anak sekolah new
 
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptx
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptxPERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptx
PERAN PKK DALAM PEMBIASAAN MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI.pptx
 
TAPE BESEK BERAKZI.pptx
TAPE BESEK BERAKZI.pptxTAPE BESEK BERAKZI.pptx
TAPE BESEK BERAKZI.pptx
 
STUNTING DAN INTERVENSI.pptx
STUNTING DAN INTERVENSI.pptxSTUNTING DAN INTERVENSI.pptx
STUNTING DAN INTERVENSI.pptx
 
ppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptxppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptx
 
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikel
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikelNasi papah antara budaya dan kesehatan artikel
Nasi papah antara budaya dan kesehatan artikel
 
Gizi_Anak_Usia_Sekolah.pptx
Gizi_Anak_Usia_Sekolah.pptxGizi_Anak_Usia_Sekolah.pptx
Gizi_Anak_Usia_Sekolah.pptx
 

Mais de norizan simbok

Mais de norizan simbok (11)

Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4
 
Modul qgk3023
Modul qgk3023Modul qgk3023
Modul qgk3023
 
Nota papan cerita
Nota papan ceritaNota papan cerita
Nota papan cerita
 
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahayaUnit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Karya agung 1
Karya agung 1Karya agung 1
Karya agung 1
 
Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1
 
Panbm tatabahasa 2011
Panbm tatabahasa 2011Panbm tatabahasa 2011
Panbm tatabahasa 2011
 
Frasa ii
Frasa iiFrasa ii
Frasa ii
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 

Artikel 21

  • 1. ARTIKEL 2 http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8342-obesiti-kanak-kanak- dimanakah-peranan-ibu-bapa Obesiti Kanak-kanak: Dimanakah Peranan Ibu Bapa? Written by Norkumala binti Awang. Posted in Utusan Malaysia Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ? Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak- anak. Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah obesiti.
  • 2. ARTIKEL 2 Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak menjadi satu- satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak pemakanan mereka. Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti "vendor machine" di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapu atau "junk food" yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan
  • 3. ARTIKEL 2 minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya. Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang. Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7 yang bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...". Jika kita tidak berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.