2. UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU SJKC & SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
TARIKH : 19 JULAI 2022
MASA : 8.00 - 10.00 PAGI
ANJURAN :
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KELOLAAN :
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
ertandingan
4. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
1. Perjalanan pertandingan ujian bertulis secara dalam talian berjalan selama
DUA JAM . Satu jam pertama adalah untuk persediaan peserta dan taklimat
oleh pengawas. 60 minit berikutnya adalah masa peserta menjawab
soalan pertandingan.
2. Setiap peserta menjawab 100 soalan dalam Google Form selama
60 minit sahaja.
3. Peserta wajib menggunakan komputer riba semasa menjawab
soalan pertandingan.
4. Peserta WAJIB menggunakan akaun emel “MOE” Delima dalam
Google Meet (komputer riba) dan pada peranti kedua/telefon bimbit.
5. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
5. Peserta WAJIB MEMBUKA KAMERA DAN PEMBESAR SUARA pada
(komputer riba) sepanjang pertandingan berjalan.
6. Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan “backgrounds” dalam
Google Meet sepanjang tempoh pertandingan berjalan.
7. Peserta TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI meninggalkan tempat
duduk sebaik sahaja pertandingan bermula sehingga tamat (2 JAM
dalam talian).
6. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
8. Peserta TIDAK DIBENARKAN mendapatkan
sebarang bantuan dalam apa-apa juga bentuk lisan,
perbuatan dan bantuan teknologi bahan-bahan
bermaklumat untuk mendapatkan jawapan semasa
pertandingan berlangsung.
9. Guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja DILARANG
memberikan sebarang bentuk bantuan kepada peserta
bermula daripada persediaan peserta sehinggalah
pertandingan tamat.
7. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
10. Peserta boleh bertanya kepada pengawas yang bertugas
pada ruang sembang "chat" jika ada sebarang
pertanyaan. Peserta diingatkan tiada sebarang bentuk
gangguan semasa pertandingan sedang berjalan dan
berada dalam mod senyap.
11. Pegawai teknikal atau pengawas yang bertugas berhak
menutup pembesar suara "mic" peserta jika berlaku
sebarang gangguan dan sebagainya semasa
pertandingan .
8. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
13. Pihak penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
sebarang gangguan elektrik atau capaian Internet
sebelum atau semasa pertandingan. Peserta boleh
masuk semula Google Meet Pertandingan dalam
tempoh masa pertandingan sahaja. Tiada masa
tambahan diberikan.
12. Peserta mesti menekan "submit" selewat-lewatnya
pada MINIT KEENAM PULUH kerana Pegawai
Koordinator Pertandingan akan menutup soalan
pertandingan “Google Form” pada minit 61.
9. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
14. Pihak pengawas yang bertugas akan meneliti
rakaman Google Meet Pertandingan (komputer
riba) dan Google Meet Pengawas (peranti
kedua/ telefon bimbit) untuk melihat integriti
dan keadaan peserta mengikut ketetapan
peraturan.
10. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
15. Pengawas membuat catatan/laporan setiap
pergerakan peserta semasa pertandingan
berjalan dalam borang kuiri apabila peserta
melanggar peraturan yang telah ditetapkan
dalam kertas konsep PSUB Kebangsaan 2022.
11. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
16. Penolakan markah dan sebagainya diputuskan oleh
PPD JB dan Jawatankuasa Induk Tertinggi Negeri /
Pengelola serta Ketua Pegawai Teknikal Negeri
jika didapati ada peserta yang mencurigakan dan
cenderung ke arah menjejaskan kredibiliti peserta
maka markah akan ditolak sebanyak 30% daripada
markah keseluruhan peserta tersebut.
12. Tatatacara dan Peraturan Pertandingan Ujian Bertulis
Secara Dalam Talian
18. Peserta wajib ada peranti kedua (telefon bimbit) untuk merakam
peserta yang diletakkan pada bahagian belakang peserta yang boleh
menampakkan skrin komputer riba peserta seperti gambar di
bawah:
Komputer riba
Peranti kedua/
Telefon bimbit
13. • KEDUDUKAN PERANTI KEDUA/ TELEFON BIMBIT
Komputer riba
Peranti kedua/
Telefon bimbit