SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 2
Karangan - Usaha Memupuk Perpaduan Rakyat

    USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT
                      MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang
kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang
pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya
menjadi kebanggaan Negara kita.


Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman
perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang
berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman
perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali
antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka
tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan
bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat;
perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika
kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita
dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah
rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat
menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu,
sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu
menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.


Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi
memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada
peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan
jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat
mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan
sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan
faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan
pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa
rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk
perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak
kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk
memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysiayang diilhamkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya
bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang
perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan
kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan
diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya
fantasi semata-mata.
Hasil karangan murid
Tai Wen Liang, SMK USJ12

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Maliza Mah
 
Langkah langkah perpaduan
Langkah langkah perpaduanLangkah langkah perpaduan
Langkah langkah perpaduanFuzi Gee
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahM D
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaTeddy Yong
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamhanifroslan
 
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranBab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranSafwan Yusuf
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )cikguwanida
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg bKamarudin Jaafar
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014filzahsyafiqah
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 

Destaque (20)

Carta de renuncia
Carta de renunciaCarta de renuncia
Carta de renuncia
 
Contoh2 karangan
Contoh2 karanganContoh2 karangan
Contoh2 karangan
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 
Langkah langkah perpaduan
Langkah langkah perpaduanLangkah langkah perpaduan
Langkah langkah perpaduan
 
Bm kakak
Bm kakakBm kakak
Bm kakak
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- Rasuah
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Kepentingan perpaduan kaum
Kepentingan perpaduan kaumKepentingan perpaduan kaum
Kepentingan perpaduan kaum
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
 
Carta de recomendacion
Carta de recomendacionCarta de recomendacion
Carta de recomendacion
 
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranBab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Carta de renuncia
Carta de renunciaCarta de renuncia
Carta de renuncia
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 

Usaha memupuk perpaduan rakyat

  • 1. Karangan - Usaha Memupuk Perpaduan Rakyat USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita. Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh. Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
  • 2. melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil. Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysiayang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata. Hasil karangan murid Tai Wen Liang, SMK USJ12