SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 3
Baixar para ler offline
PASUKAN KAWALAN MUTU (QCC)

PENGENALAN

Kumpulan Kawalan Mutu (QCC) atau Small Group Activity (SGA) ialah sekumpulan kecil pekerja, berasal
dari bahagian tempat kerja yang sama, berkumpul secara sukarela untuk mengenalpasti masalah kerja,
menganalisa, menyiasat punca sebab masalah dan seterus mencadangkan penyelesaian dan menyelesaikan
masalah tersebut. Amalan QCC dalam organisasi dapat membantu memperbaikkan mutu kerja, kualiti
produk, meningkatkan produktiviti, menyenangkan komunikasi diantara pekerja dengan pengurus, dan
seterusnya menyumbang terus kepada keuntungan organisasi tersebut. QCC memainkan peranan yang
penting untuk menghidupkan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Dengan mengamalkan QCC
secara besar-besaran, Jepun telah dapat membangkit dan menguasai pasaran dunia dengan barangan yang
berkualiti tinggi dan harga murah. Melalui pengalaman Jepun, 95% dari masalah di tempat kerja boleh di
selesaikan oleh QCC dengan bantuan alat-alat QC [Ishikawa, 1986]. Bersama dengan teknik penyelesaian
masalah yang bersistematik, alat-alat QC dapat membantu ahli-ahli QCC menyelesaikan masalah kerja
mereka dengan mudah. QCC juga bertanggungjawab memperbaikkan hubungan dan komunikasi 2-hala
diantara pekerja dan majikan. Majikan menjadi lebih peka terhadap masalah yang dialami oleh pekerja dan
memberi sokongan penuh kepada pekerja. Pekerja pula menaruh minat, perhatian dan kemahiran mereka
untuk menyelesaikan masalah dan memperbaikan mutu produk dan suasana kerja mereka. Program QCC
secara amnya memerlukan struktur organisasi yang terlingkung dalam sistem standard kualiti ISO 9000
dimana struktur organisasi pengurusan dan latihan diberikan penuh perhatian. QCC merupakan sebahagian
daripada program Pengurusan Kualiti Keseluruhan (TQM) syarikat. Organisasi yang mengamalkan
program QCC juga dapat menambah kepada keyakinan pelanggan.

Kursus ini adalah direka khusus untuk melatih Ahli-Ahli, Ketua dan Facilator kumpulan QCC/SGA
bagaimana membentukkan kumpulan, menjalankan aktiviti QCC dan menjayakan objektif QCC di dalam
organisasi. Kursus latihan ini adalah asas dan perlu untuk mereka yang mahu mengamalkan dan
menjayakan program QCC/SGA di tempat kerja mereka.


KANDUNGAN KURSUS:

    1.   Pengenalan:
         • Apa itu QCC?
         • Sejarah QCC.
         • Kelebihan QCC dan masalahnya.
         • Peranan pihak Pengurusan, Pemudahcara QCC, Ketua QCC dan Ahli QCC
         • Definisi kualiti
         • Kaedah PDCA: Pendekatan penyelesaian masalah dan kreaktiviti
         • Penyelesaian masalah yang efektif secara berpasukan.

    2.   Latihan Kes 1:
         • Kes belajar 1 : Mengenalpasti masalah kualiti di tempat kerja
         • Mendefinisikan masalah
         • Menggunakan cara penyelesaian masalah bersistematik
         • Menggunakan alat-alat QC dan aplikasinya
         • Teknik “Brainstorm” dan teknik menyoal

    3.   Komunikasi dan Cara Mengendalikan Mesyuarat QCC
         • Konsep motivasi.
         • Semangat berpasukan, Komitmen dan Produktiviti
         • Cara berkomunikasi yang berkesan
         • Kemahiran-kemahiran inter-personal
         • Cara mengendalikan mesyuarat QCC dan pelaksanaan aktiviti QCC
4.   Latihan Kes 2:
         • Kes belajar 2 : Membina pasukan QCC
         • Latihan membentukkan satu kumpulan QCC untuk menyelesaikan masalah kerja.
         • Mengendalikan mesyuarat QCC
         • Menggunakan Kitaran PDCA untuk menambahbaikan kualiti
         • Menggunakan 7 Alat-alat QC untuk menyelesaikan masalah kes belajar.

    5.   Membuat Persembahan QCC:
         • Mengaris-bentuk Cerita QC
         • Apakah yang perlu disampaikan dalam persembahan QCC
         • Kerjasama ahli-ahli dalam persembahan QCC.
         • Usaha dan semangat berpasukan dalam membuat persembahan QCC

    6.   Pelan Perlaksanaan QCC :
         • Perancangan untuk memulakan QCC
         • Pelan tindakan dan perlaksanaan


OBJEKTIF KURSUS :
   Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan..
       • Memahami matlamat, kebaikan dan kaedah operasi QCC
       • Bersedia dengan teknik mudah QCC
       • Belajar kemahiran penyelesaian masalah secara bersistematik
       • Belajar kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti QCC.
       • Membina keyakinan diri dan kemahiran membuat persembahan.
       • Memupuk semangat berpasukan diantara ahli-ahli kumpulan
       • Meningkatkan penyertaan dan sokongan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti QCC.


KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:
Kursus ini sesuai untuk:
    • Pemudahcara QCC, Ketua Kumpulan SGA/QCC, Ahli-ahli SGA/QCC


MAKLUMAT-MAKLUMAT SELANJUTNYA:
Kursus ini akan mengambil selama : 3 hari
Masa                             : 9.00pagi – 5.00 petang
Tempat                           : Program In-house atau Kursus Awam


RESUME PENGAJAR :
Nelson Kok ialah seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia, yang berkelayakkan Sarjana Muda Sains
(B.Sc (Hons) Physics) dan juga Sarjana dalam Pentabiran Perniagaan (MBA). Beliau mempunyai lebih
daripada 18 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat Multinational (seperti AT&T Consumer
Products Pte Ltd, Corner Peripherals Sdn Bhd, dan Read-Rite (M) Sdn Bhd) dan juga syarikat-syarikat
tempatan (seperti Globetronics Technology Berhad, Amquest Sdn Bhd dan GGN Solutions ).

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang Production Supervisor, lalu dilantik menjadi Production
Manager, HR/Training Manager, TQM Manager, IT Manager, dan seterusnya ke General Manager. Beliau
sekarang berusaha sebagai seorang usahawan dalam bidang Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) dan
juga sebagai Consultant. Nelson merupakan seorang pelatih bertauliah untuk berbagai program latihan
pengurusan, kualiti dan teknologi informasi. Melalui kerjayanya, beliau telah banyak berpengalaman
mengajar kursus-kursus seperti 5S Good Housekeeping, SPC, QCC, Quality Improvements using 7QC
Tools, 7 Steps Problem Solving, QIT, TQM, MRPII, ERP, Team Building Program, Effective Meetings
Workshop , Effective Supervisory Skills, Problem Solving & Decision Making, Effective Time Management,
Motivation At Work, Frontline Leadership Program, dan 7 Habits of Highly Effective People. Beliau juga
berpengalaman menerajui usaha mendapat persijilan ISO 9002 & memenangi Anugerah Kecemerlangan
Pengurusan Kualiti (QMEA) untuk syarikat-syarikat yang beliau pernah bekerja. Bidang pengkhususan
Nelson ialah untuk menolong organisasi meningkatkan produktiviti mereka melalui penggunaan teknologi
IT terbaru, amalan Pengurusan yang berkesan dan alat-alat Kualiti yang sudah terbukti berhasil.

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Bm Qcc

Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruuthm
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhAmiey Rosmainie
 
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptxUPPKudat
 
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUA
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUATAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUA
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUAanizanali1
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Syafiq Ali
 
Panduan mengenaikik
Panduan mengenaikikPanduan mengenaikik
Panduan mengenaikikTonny Thomas
 
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikalHhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikalnuraishah91
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimediaruude_90
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimediazhafdiana
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAKean Hagen
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpmdoojoonis
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)JoeyRevell
 
PP 6.3 Perancangan.pptx
PP 6.3 Perancangan.pptxPP 6.3 Perancangan.pptx
PP 6.3 Perancangan.pptxmengkiat2
 

Semelhante a Bm Qcc (20)

Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
 
Panduan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif
Panduan Kumpulan Inovasi Dan KreatifPanduan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif
Panduan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruh
 
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx
7. Pengurusan Risiko - Latest Edition.pptx
 
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUA
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUATAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUA
TAKLIMAT ISO 9001_2015 UNTUK KEGUNAAN SEMUA
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
 
Manual KIK
Manual KIKManual KIK
Manual KIK
 
Panduan mengenaikik
Panduan mengenaikikPanduan mengenaikik
Panduan mengenaikik
 
Pembentangan PP
Pembentangan PPPembentangan PP
Pembentangan PP
 
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikalHhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
 
Implementasi SPAk polipd
Implementasi SPAk polipdImplementasi SPAk polipd
Implementasi SPAk polipd
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
 
Sukatan pro multimedia
Sukatan pro multimediaSukatan pro multimedia
Sukatan pro multimedia
 
sukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimediasukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimedia
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
 
PP 6.3 Perancangan.pptx
PP 6.3 Perancangan.pptxPP 6.3 Perancangan.pptx
PP 6.3 Perancangan.pptx
 

Bm Qcc

  • 1. PASUKAN KAWALAN MUTU (QCC) PENGENALAN Kumpulan Kawalan Mutu (QCC) atau Small Group Activity (SGA) ialah sekumpulan kecil pekerja, berasal dari bahagian tempat kerja yang sama, berkumpul secara sukarela untuk mengenalpasti masalah kerja, menganalisa, menyiasat punca sebab masalah dan seterus mencadangkan penyelesaian dan menyelesaikan masalah tersebut. Amalan QCC dalam organisasi dapat membantu memperbaikkan mutu kerja, kualiti produk, meningkatkan produktiviti, menyenangkan komunikasi diantara pekerja dengan pengurus, dan seterusnya menyumbang terus kepada keuntungan organisasi tersebut. QCC memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Dengan mengamalkan QCC secara besar-besaran, Jepun telah dapat membangkit dan menguasai pasaran dunia dengan barangan yang berkualiti tinggi dan harga murah. Melalui pengalaman Jepun, 95% dari masalah di tempat kerja boleh di selesaikan oleh QCC dengan bantuan alat-alat QC [Ishikawa, 1986]. Bersama dengan teknik penyelesaian masalah yang bersistematik, alat-alat QC dapat membantu ahli-ahli QCC menyelesaikan masalah kerja mereka dengan mudah. QCC juga bertanggungjawab memperbaikkan hubungan dan komunikasi 2-hala diantara pekerja dan majikan. Majikan menjadi lebih peka terhadap masalah yang dialami oleh pekerja dan memberi sokongan penuh kepada pekerja. Pekerja pula menaruh minat, perhatian dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan memperbaikan mutu produk dan suasana kerja mereka. Program QCC secara amnya memerlukan struktur organisasi yang terlingkung dalam sistem standard kualiti ISO 9000 dimana struktur organisasi pengurusan dan latihan diberikan penuh perhatian. QCC merupakan sebahagian daripada program Pengurusan Kualiti Keseluruhan (TQM) syarikat. Organisasi yang mengamalkan program QCC juga dapat menambah kepada keyakinan pelanggan. Kursus ini adalah direka khusus untuk melatih Ahli-Ahli, Ketua dan Facilator kumpulan QCC/SGA bagaimana membentukkan kumpulan, menjalankan aktiviti QCC dan menjayakan objektif QCC di dalam organisasi. Kursus latihan ini adalah asas dan perlu untuk mereka yang mahu mengamalkan dan menjayakan program QCC/SGA di tempat kerja mereka. KANDUNGAN KURSUS: 1. Pengenalan: • Apa itu QCC? • Sejarah QCC. • Kelebihan QCC dan masalahnya. • Peranan pihak Pengurusan, Pemudahcara QCC, Ketua QCC dan Ahli QCC • Definisi kualiti • Kaedah PDCA: Pendekatan penyelesaian masalah dan kreaktiviti • Penyelesaian masalah yang efektif secara berpasukan. 2. Latihan Kes 1: • Kes belajar 1 : Mengenalpasti masalah kualiti di tempat kerja • Mendefinisikan masalah • Menggunakan cara penyelesaian masalah bersistematik • Menggunakan alat-alat QC dan aplikasinya • Teknik “Brainstorm” dan teknik menyoal 3. Komunikasi dan Cara Mengendalikan Mesyuarat QCC • Konsep motivasi. • Semangat berpasukan, Komitmen dan Produktiviti • Cara berkomunikasi yang berkesan • Kemahiran-kemahiran inter-personal • Cara mengendalikan mesyuarat QCC dan pelaksanaan aktiviti QCC
  • 2. 4. Latihan Kes 2: • Kes belajar 2 : Membina pasukan QCC • Latihan membentukkan satu kumpulan QCC untuk menyelesaikan masalah kerja. • Mengendalikan mesyuarat QCC • Menggunakan Kitaran PDCA untuk menambahbaikan kualiti • Menggunakan 7 Alat-alat QC untuk menyelesaikan masalah kes belajar. 5. Membuat Persembahan QCC: • Mengaris-bentuk Cerita QC • Apakah yang perlu disampaikan dalam persembahan QCC • Kerjasama ahli-ahli dalam persembahan QCC. • Usaha dan semangat berpasukan dalam membuat persembahan QCC 6. Pelan Perlaksanaan QCC : • Perancangan untuk memulakan QCC • Pelan tindakan dan perlaksanaan OBJEKTIF KURSUS : Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan.. • Memahami matlamat, kebaikan dan kaedah operasi QCC • Bersedia dengan teknik mudah QCC • Belajar kemahiran penyelesaian masalah secara bersistematik • Belajar kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti QCC. • Membina keyakinan diri dan kemahiran membuat persembahan. • Memupuk semangat berpasukan diantara ahli-ahli kumpulan • Meningkatkan penyertaan dan sokongan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti QCC. KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA: Kursus ini sesuai untuk: • Pemudahcara QCC, Ketua Kumpulan SGA/QCC, Ahli-ahli SGA/QCC MAKLUMAT-MAKLUMAT SELANJUTNYA: Kursus ini akan mengambil selama : 3 hari Masa : 9.00pagi – 5.00 petang Tempat : Program In-house atau Kursus Awam RESUME PENGAJAR : Nelson Kok ialah seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia, yang berkelayakkan Sarjana Muda Sains (B.Sc (Hons) Physics) dan juga Sarjana dalam Pentabiran Perniagaan (MBA). Beliau mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat Multinational (seperti AT&T Consumer Products Pte Ltd, Corner Peripherals Sdn Bhd, dan Read-Rite (M) Sdn Bhd) dan juga syarikat-syarikat tempatan (seperti Globetronics Technology Berhad, Amquest Sdn Bhd dan GGN Solutions ). Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang Production Supervisor, lalu dilantik menjadi Production Manager, HR/Training Manager, TQM Manager, IT Manager, dan seterusnya ke General Manager. Beliau sekarang berusaha sebagai seorang usahawan dalam bidang Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) dan juga sebagai Consultant. Nelson merupakan seorang pelatih bertauliah untuk berbagai program latihan pengurusan, kualiti dan teknologi informasi. Melalui kerjayanya, beliau telah banyak berpengalaman mengajar kursus-kursus seperti 5S Good Housekeeping, SPC, QCC, Quality Improvements using 7QC Tools, 7 Steps Problem Solving, QIT, TQM, MRPII, ERP, Team Building Program, Effective Meetings
  • 3. Workshop , Effective Supervisory Skills, Problem Solving & Decision Making, Effective Time Management, Motivation At Work, Frontline Leadership Program, dan 7 Habits of Highly Effective People. Beliau juga berpengalaman menerajui usaha mendapat persijilan ISO 9002 & memenangi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) untuk syarikat-syarikat yang beliau pernah bekerja. Bidang pengkhususan Nelson ialah untuk menolong organisasi meningkatkan produktiviti mereka melalui penggunaan teknologi IT terbaru, amalan Pengurusan yang berkesan dan alat-alat Kualiti yang sudah terbukti berhasil.