SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 44
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1PENGENALAN
Dalam kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011) menggariskan
bahawa subjek Pendidikan Seni Visual telah diberi nama baharu menjadi Dunia Seni
Visual di mana sekarang ini telah diselaraskan untuk semua tahun bermula dari tahun 1
hingga tahun 3, manakala Pendidikan Seni Visual dikhususkan untuk murid tahun 4
hingga tahun 6. Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 disediakan bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain. Oleh itu, dalam penyelidikan tindakan ini saya
akan meningkatkan kemahiran ton warna panas murid terutama dalam bidang
Menggambar. Bidang Menggambar ini merujuk kepada penghasilan lukisan landskap
suasana matahari terbit atau matahari terbenam. Murid belajar meneroka kejadian alam
sekeliling menggunakan deria dan respons emosi terhadap kumpulan warna panas
yang dilihatnya. Menurut Bersoon (1982) dalam Prof Dr. Mansor Fadzil (2006), galakan
yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respons emosinya dalam
memperoleh pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni dalam
meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran.
Dalam kajian ini murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel sahaja kerana
ia sesuai dengan tahap psikomotor murid tahun 2. Disokong oleh kajian yang telah
dijalankan Rhonda Kellog (1967), menyatakan dalam kemahiran melukis khusus bagi
kanak-kanak berumur 2-8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan
lakaran simbol tertentu. Pada tahap ini mereka telah dapat melukis objek lain seperti
rumah, haiwan dan pokok. Pengajaran kumpulan warna panas ditekankan dengan
bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya bina sebelum murid melakukan kaedah
RISET ini. Keseluruhan kajian ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran ton
warna murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah
RISET.
1.2 KONTEKS
Sebagai pengkaji yang telah berada di sekolah selama 3 bulan, saya melihat
masalah kemahiran menggunakan ton warna dalam kalangan murid ini jelas sekali
berlaku dan sering memberi impak terutama dalam pengajaran lukisan bidang
menggambar. Kekurangan dalam penguasaan kemahiran ton warna ini menyebabkan
2
segelintir murid merasakan subjek seni ini sesuatu yang sukar dan tidak seronok untuk
diteroka. Malah, saya turut melihat bagaimana pendekatan dan kaedah yang digunakan
oleh guru seni di sekolah ketika menerangkan atau mengajar ton warna kepada murid
terutama tahap 1. Hal ini kerana kemahiran ini perlu diberi pendedahan lebih awal
supaya murid dapat menguasai kemahiran asas mewarnai menggunakan media kering.
Jadi saya menjadikan masalah ini sebagai satu kajian saya untuk saya membantu
murid ini dan memberi kemudahan kepada guru-guru seni di sekolah. Hal ini kerana
dalam sukatan pelajaran seni tiada pengajaran yang khusus untuk mengajar ton warna
sahaja.
Saya telah membina satu kaedah yang saya beri nama RISET iaitu diambil
daripada gabungan “sunrise” dan “sunset” sesuai dengan objektif utama lembaran ini
digunakan bagi murid dapat mempelajari teknik ton warna dalam menghasilkan lukisan
landskap matahari terbit atau matahari terbenam. Dua perkataan ini saya gabungkan
menjadi satu akronim baru sebagai satu alat kaedah lembaran kerja saya. Jadi,
peluang untuk saya memperkenalkan dan mengaplikasikan kaedah yang saya bina ini
sebagai pemudah cara bukan hanya untuk murid tetapi juga untuk para guru seni
sendiri (Rujuk Lampiran 1).
Peserta kajian merupakan murid tahun 2 dan sebelum membuat pemilihan
peserta kajian beberapa pengumpulan data awal telah dilakukan. Saya memilih murid
tahun 2 kerana pada peringkat ini murid dalam proses untuk meningkatkan kemahiran
kawalan psikomotor mereka. Dalam penulisan laporan Ernie Suliana binti Md.Shariff,
menurut Huttenlocher (1990,1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai
perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau
motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus
seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan
badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak
1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya telah menjalani praktikum Fasa II di Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1
selama 8 minggu iaitu selama dua bulan. Saya telah mengajar kelas Tahap 1 bermula
tahun 1 hingga tahun 3. Setiap kelas yang saya mengajar pasti ada masalah kemahiran
mewarna yang belum murid kuasai sepenuhnya dan ini menjadi salah satu punca
pedagogi saya terganggu. Malah, murid saya sendiri mengalami masalah apabila tidak
mahu melakukan aktiviti tersebut dan menyalahkan diri dan kawan sekeliling. Di sini,
3
saya akan memperincikan masalah yang berlaku semasa pedagogi saya dijalankan
terhadap murid Tahun 2 khusus bagi kajian ini.
Berdasarkan pengajaran saya yang lepas, ketika saya mengajar kelas 2 Jaya untuk
aktiviti membuat arca bunga stabail, murid saya diminta mewarnakan template bunga
yang telah saya sediakan. Perkara pertama yang saya kenal pasti ialah murid tidak
tahu apa itu ton warna. Buktinya melalui soal jawab saya bersama murid, antara
situasinya apabila murid menyatakan
“Cikgu, macam mana saya nak guna ton warna? Sebab saya tak pernah belajar
sebelum ini”.
“Cikgu saya tak suka guna banyak warna, boleh tak saya guna satu warna
sahaja?”.
“Cikgu saya tidak tahu bagaimana membuat ton warna”.
Hal ini amat jelas menunjukkan pengetahuan murid masih berada pada tahap yang
rendah dan tahap minat murid untuk mewarna sangat mengecewakan. Saya membuat
beberapa andaian, mungkin murid sukar untuk mewarna gambar bunga mengikut
teknik yang betul iaitu di mana bahagian gelap dan terang. Seterusnya dalam aktiviti
menggambar iaitu mewarna kartun, saya terlebih dahulu memperkenalkan murid
tentang satu istilah yang lebih mudah, iaitu konsep “kembar warna‟. Pada awalnya
murid boleh ikuti dengan baik, tetapi yang menjadi masalah adalah murid tidak tahu
teknik mencampur warna dengan betul. Konsep kembar warna ini merupakan
kumpulan warna yang sama dan mempunyai kepekatan yang berbeza. Misalnya warna
biru gelap dan biru cair, warna merah gelap dan merah cair, warna hijau gelap dan
hijau cair. Merujuk Paidon (2001), ton warna merupakan nilai pancaran kecerahan dan
kegelapan sesuatu warna. Jadi konsep ini diperkenalkan supaya memudahkan murid
untuk mengingat dan menghasilkan gabungan warna dalam aktiviti menggambar ini
dengan betul. Namun, masih berlaku masalah apabila murid tidak tahu bagaimana
mencampurkan dua warna ini dengan kemas. Dalam aktiviti ini murid menggunakan
media pensel warna sahaja kerana ia merupakan media asas yang paling mudah untuk
digunakan. Namun terdapat beberapa orang murid mengadu kepada saya,
“Cikgu susah untuk saya menghasilkan ton warna menggunakan pensel
warna”.
“Cikgu bolehkah saya warna gelap ke terang hanya menggunakan satu warna
sahaja?”
4
Kebanyakan murid masih lagi mengalami masalah kekeliruan dalam memilih warna
untuk melakukan ton warna. Malah, mereka lebih gemar mewarna secara pekat dan
terang tanpa mengaplikasikan nilai warna secara tepat melalui ton warna. Jadi, melalui
tinjauan awal ini saya dapat mengenal pasti masalah utama murid yang mempunyai
kemahiran ton warna yang lemah.
Seterusnya, pengajaran minggu yang berikutnya, saya menjalankan ujian
mewarna kaedah empat petak. Kaedah ini diberikan nama empat petak kerana
terdapat empat jenis warna iaitu warna merah, kuning, biru dan hijau. Setiap petak
perlu diwarnakan mengikut kaedah kembar warna yang telah diperkenalkan. Kaedah
empat petak ini bertujuan untuk melihat kemahiran murid dalam mencampur warna
untuk menghasilkan ton warna yang betul dan membantu murid mengingat kumpulan
warna panas dan sejuk. Pemilihan warna panas dan warna sejuk ini difokuskan kerana
kebanyakan warna dalam kumpulan ini melibatkan kepada warna-warna landskap.
Sebelum ujian ini dijalankan saya memberi penerangan awal mengenai kumpulan
warna panas iaitu warna merah, kuning dan jingga manakala kumpulan warna sejuk
biru dan hijau. Sesi soal jawab bersama murid turut dijalankan bagi melihat
pengetahuan sedia ada murid mengenai kumpulan warna panas dan warna sejuk
dalam kehidupan seharian mereka.
Rajah 1. Murid sedang melakukan ujian mewarna kaedah empat petak.
Sebagai contoh dalam petikan The New Encyclopedia of Watercolour Techniques yang
ditulis oleh Diana Craig dan Hazel Harison (2004) menyatakan bahawa teknik warna air
menggunakan Analogous Palette iaitu menggunakan warna-warna panas. Penulis
menyatakan bahawa
“….a painting done in a analogous scheme can encompass all cool colours for a
sombre on night-time scene or warm colours for a lighter portrayal.” (2004:111).
5
Menurut petikan di atas, penulis menerangkan kesan aplikasi warna panas dan warna
sejuk. Murid hendaklah memahami konsep dan fungsi warna panas dan sejuk barulah
boleh mengaplikasikan warna-warna tersebut dalam penghasilan karya terutamanya di
dalam lukisan landskap.
Saya turut melakukan langkah demonstrasi sebelum murid melakukan ujian ini.
Namun, apa yang saya jangkakan berlaku seperti sebelumnya. Murid masih tidak tahu
mencampur warna dengan baik dan murid masih lagi kelihatan teragak-agak ketika
mewarna kerana tidak tahu melakukannya secara praktikal. Hal ini berikutan kerana
murid tidak diberi latihan melakukan teknik ton warna tetapi hanya melihat dan
mempelajarinya secara teori semata-mata. Pemerhatian terhadap murid turut
diteruskan dengan melihat hasil kerja murid di mana kebanyakan murid masih belum
cukup menguasai teknik ton warna dengan betul.
Secara jujurnya saya sendiri kecewa dengan diri saya kerana murid tidak dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Malah, kekecewaan ini berterusan
apabila saya turut melihat bagaimana guru seni mengajar murid terutama tahun 2 yang
memerlukan pendedahan awal mengenai perkara asas dalam mewarna, tapi
malangnya guru hanya mengikut silibus dalam rancangan tahunan subjek dunia seni
visual semata-mata. Menurut Fazlin bt Kamsan (2012), beliau menyatakan dalam
kajian beliau mengenai kemahiran ton warna ini penting untuk murid tahu nilai warna
dan dapat menghasilkan tona warna dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Jelas,
berlaku banyak masalah jika guru hanya menerangkan ton warna tetapi tidak mengajar
dengan lebih khusus apa itu tona warna. Malah, jika murid dari peringkat awal tidak
diberi pendedahan mengenai kemahiran asas seperti ton warna ini, maka agak sukar
untuk mereka meneroka dengan lebih lagi kemahiran yang lain dan mereka agak
tersekat untuk meneroka sesuatu yang baru kerana tiada kemahiran awal seperti ini.
Oleh itu, saya sendiri menyahut cabaran dengan memberanikan diri untuk
mengambil masalah ini sebagai satu kajian awal untuk saya atasi. Kaedah yang
relevan dan mempunyai ansur maju perlu dirancang untuk mengelakkan penggunaan
teori semata-mata. Saya berpandangan bahawa satu kaedah perlu dirancang oleh saya
bagi menyelesaikan masalah mewarna seperti ini. Sebagai seorang guru seni, saya
perlu lebih kreatif dan kritis agar dapat menyumbang kepada pembelajaran yang
bermanfaat untuk murid. Ini adalah kerana guru yang bijaksana adalah guru yang dapat
menjadikan proses pengajaran sebagai sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Saya
6
juga perlu keluar dari kepompong amalan guru seni biasa dengan cara menggunakan
elemen yang lebih baharu dan selari dengan pembelajaran abad yang ke-21.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN
Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid
menggunakan kaedah lembaran kerja “RISET”. Kemahiran ton warna murid sering kali
tidak dianggap penting kerana tiada sukatan khusus yang melibatkan pengajaran teknik
ton warna sahaja. Murid mempelajari secara teori semata-mata dan praktikalnya tidak
dijalankan bersama oleh guru yang mengajar subjek seni. Saya mengambil peluang ini
dengan membina sendiri satu alat intervensi iaitu lembaran kerja “RISET”. Lembaran
kerja RISET ini digunakan sepenuhnya oleh murid sewaktu pengajaran saya dengan
bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya sediakan. Ini merupakan satu kajian
yang membawa perubahan dan peningkatan kepada murid tahun 2 dalam menguasai
kemahiran ton warna untuk menghasilkan lukisan landskap.
2.1.1 Kebolehtadbiran
Dari segi kebolehtadbiran, pelaksanaan RISET ini adalah mudah dan senang
diuruskan. Saya mengikut kandungan yang telah dirancang dan memastikan murid
dapat melakukan setiap edaran lembaran kerja yang diberikan. Malah, saya juga
mampu untuk menguruskan pengajaran saya dan membuat pengumpulan data seperti
temu bual dan pemerhatian terhadap murid kajian saya sebelum dan selepas kaedah
ini dilakukan. Kesediaan sekolah dari segi tempat seperti bilik seni dan bilik media juga
memudahkan saya untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai. Malah dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai seperti paparan video, paparan
gambar, roda warna dan kad berwarna, ia mampu meningkatkan kefahaman dan
kemahiran ton warna murid dengan lebih berkesan. Saya hanya perlu memastikan
susunan aktiviti yang dijalankan mengikut langkah yang telah dirancang. Kaedah ini
juga mampu dijalankan dan dipraktikkan di sekolah kerana ia bersifat fleksibel untuk
guru opsyen selain seni menggunakannya.
2.1.2 Kebolehgunaan
Kajian ini sangat relevan kepada semua peringkat sekolah termasuklah tadika,
sekolah rendah dan sekolah menengah kerana penggunaan kaedah lembaran kerja
7
“RISET” ini amat mudah dan senang untuk dipraktikkan dan digunakan oleh guru seni
mahupun guru yang bukan berada dalam opsyen seni. Persembahan PowerPoint boleh
dimasukkan dalam cakera padat (CD) dan diletakkan di perpustakaan misalnya
ataupun di bilik seni untuk kegunaan guru-guru pada masa akan datang. Malah, segala
alat bahan bantu mengajar saya berbentuk maujud dan boleh dibawa ke mana-mana
sahaja tanpa perlu bebanan yang berat. Sehubungan dengan itu, dari segi tahap
pencapaian kajian ini saya dapat menganggarkan hampir 98% kerana dengan kaedah
yang saya gunakan ini mampu meningkatkan tahap kemahiran ton warna murid.
2.1.3 Kawalan
Kajian dilakukan dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran ton
warna murid. Kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat mudah digunakan kerana sesuai
diaplikasikan oleh guru dan mengikut tahap serta kemampuan murid tahun 2. Malah
dari segi kos kajian ini tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan tidak
memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan lembaran kerja “RISET” ini. Kajian ini
turut dijalankan sewaktu mata pelajaran seni dan tidak mengganggu masa pengajaran
guru lain. Seterusnya kajian kaedah ini dijalankan di dalam bilik darjah tahun 2 itu
sendiri atau di bilik seni dan sentiasa berada dalam kawalan saya sendiri. Kajian ini
melalui dua kitaran dan ia mampu dijalankan dengan baik kerana tidak melibatkan
penggunaan kos yang tinggi dan ruang yang maksima kerana alat kaedah ini sangat
praktikal untuk digunakan.
2.1.4 Kerelevanan kepada sekolah
Saya merasakan bahawa penggunaan kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat
relevan kepada murid di sekolah, malah kepada guru seni atau guru aliran lain juga.
Setiap bahan bantu mengajar yang saya hasilkan juga boleh digunakan oleh pihak
sekolah bagi tujuan pengajaran kepada murid. Kepelbagaian bahan yang digunakan
dalam pengajaran bukan sahaja menarik minat murid untuk meneroka dengan lebih
mendalam tetapi menjadikan setiap ilmu yang diperoleh bermakna. Sehubungan
dengan itu, saya dapat menjangkakan jika masalah ini tidak diambil inisiatif segera dan
berperingkat, masih ramai murid di negara Malaysia yang tidak tahu kemahiran asas
mewarna berbanding dengan murid di negara luar. Jadi, fokus kajian ini untuk
meningkatkan kemahiran ton warna murid menggunakan media kering kumpulan warna
panas dalam menghasilkan lukisan landskap perlu didedahkan dengan lebih meluas
demi melahirkan murid yang lebih kreatif di masa hadapan
8
2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL
Semasa melakukan tinjauan awal, saya telah mengumpul data dengan
menggunakan beberapa instrumen kajian antaranya termasukIah pemerhatian, analisis
dokumen, ujian diagnostik dan (ujian mewarna). Ia bertujuan untuk mendapatkan
gambaran awal tentang sesuatu masalah di samping membantu saya memahami
masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, saya
perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka.
2.2.1 PEMERHATIAN
Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas peserta kajian semasa subjek
kajian mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran. Pemerhatian ini bertujuan untuk
memerhati teknik ton warna murid dan perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah
semasa pengajaran saya. Menurut Nordin Tahir (2012), data yang dipungut melalui
pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan
secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar. Saya membuat pemerhatian secara
berstruktur dengan menyediakan satu borang pemerhatian yang mengandungi aspek
pemerhatian yang ingin saya kaji iaitu borang berbentuk skala Likert mengenai
kemahiran ton warna murid (Jadual 1).
Jadual 1. Kemahiran ton warna murid
Bi
l
Kriteria kemahiran
ton warna murid
Bilangan murid mengikut senarai nama
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10
1. Cara memegang
pensel
2. Warna mengikut
garisan objek
3. Teknik mencampur
dua warna
4. Arah sapuan warna
5. Postur duduk
semasa mewarna
9
Borang skala Likert ini telah dikaji supaya saya dapat mengesan kelemahan paling
ketara pada kriteria yang telah ditetapkan. Skala Likert ini terdiri daripada lima tahap
iaitu kurang baik (1), memuaskan (2), sederhana baik (3), baik (4) dan sangat baik (5).
(Rujuk Lampiran 2).
2.2.2 ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna
daripada dokumen-dokumen yang dikaji. Antara kutipan dokumen awal yang telah saya
kumpulkan termasuklah markah pencapaian murid dan bahan dokumen bergambar
semasa murid ini melakukan aktiviti mewarna (Rujuk Lampiran 3). Markah pencapaian
dan gred murid dikategorikan mengikut tahap untuk dipilih menjadi peserta kajian saya.
2.2.3 UJIAN DIAGNOSTIK
Bagi ujian diagnostik saya telah menjalankan ujian mewarna empat petak. Ujian
mewarna ini melibatkan keseluruhan kelas 2 Jaya iaitu seramai 26 orang. Saya
melakukan ujian mewarna ini bertujuan untuk melihat hasil sebenar murid tahun 2 ini
dalam aktiviti mewarna ton warna. Ujian mewarna ini fokus untuk melihat kemahiran ton
warna murid dengan lebih tepat lagi. Hasil ujian mewarna ini dikumpul dan dinilai
(Rujuk Lampiran 4). Murid yang mendapat keputusan mewarna yang lemah dipilih
menjadi peserta kajian saya.
2.3 ANALISIS PENGUMPULAN DATA AWAL
Setelah melakukan tiga tinjauan awal terhadap keseluruhan murid tahun 2 Jaya
iaitu seramai 26 orang, saya telah membuat analisis secara keseluruhan mengikut
tinjauan awal yang dijalankan. Hal ini bertujuan bagi memilih peserta kajian saya
mengikut permasalahan kajian saya bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian saya ini.
2.3.1 PEMERHATIAN
Pemerhatian dilakukan secara berstruktur semasa aktiviti seni dijalankan dalam kelas.
Pemerhatian ini dianalisis secara peratus untuk setiap kriteria yang telah diperhatikan.
Kiraan skala likert setiap murid dikira secara keseluruhan dan dikira melalui kiraan
peratus.
X
130
x 100
10
Rajah 2. Keputusan skala likert borang pemerhatian
Jadual 2. Petunjuk kriteria
Kriteria 1 Cara memegang pensel
Kriteria 2 Warna mengikut garisan
Kriteria 3 Teknik mencampurkan dua warna
Kriteria 4 Arah sapuan warna
Kriteria 5 Postur duduk semasa mewarna
Keputusan jadual menunjukkan peratus murid untuk setiap kriteria pemerhatian
mempunyai perbezaan yang ketara. Dalam kriteria 1 menunjukkan peratus murid paling
tinggi berada dalam skala baik sahaja. Manakala kriteria 2 menunjukkan skala
sederhana baik mempunyai peratus yang paling tinggi. Dalam kriteria 3 pula
menunjukkan peratus paling tinggi pada skala memuaskan sahaja dan ini menunjukkan
kebanyakan murid masih belum dapat menguasai kemahiran ton warna. Seterusnya
dalam kriteria 4 menampakkan keseluruhan murid berada pada skala sederhana baik
sahaja dan menunjukkan peratus yang paling tinggi berbanding bilangan peratus
kriteria yang lain. Hal ini membuktikan murid tahun 2 Jaya ini mempunyai kelemahan
0
10
20
30
40
50
60
70
80
kriteria 1 kriteria 2 kriteria 3 kriteria 4 kriteria 5
peratus
kriteria pemerhatian
Keputusan skala likert pemerhatian
kurang baik
memuaskan
sederhana baik
baik
sangat baik
11
dari segi psikomotor mereka. Akhir sekali pada kriteria 5 iaitu postur duduk semasa
mewarna menunjukkan peratus paling tinggi berada pada skala sederhana baik dan
murid perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti mewarna kerana turut
mempengaruhi cara murid mewarna. Murid tahun 2 Jaya masih belum mencapai skala
sangat baik dan perhatian perlu diberikan terutama kepada murid yang mempunyai
tahap skala likert yang perlu diberi latihan.
2.3.2 ANALISIS DOKUMEN
Terdapat dua analisis dokumen yang telah saya kumpul dan turut menganalisis
peratus pencapaian murid dalam subjek Dunia Seni Visual secara keseluruhan dalam
Rajah 3 dan dokumen bergambar seperti yang telah dilampirkan (Rujuk Lampiran 3).
Rajah 3. Graf analisis peringkat pencapaian murid kelas 2 Jaya mengikut aktiviti seni.
Data menunjukkan keseluruhan murid dalam kelas 2 Jaya ini mempunyai
masalah dalam aktiviti bidang Menggambar. Bilangan murid yang mencapai peringkat
yang amat cemerlang amat sedikit dalam aktiviti bidang Menggambar ini berbanding
dengan bidang seni yang lain. Aktiviti bidang Menggambar termasuklah lukisan
rumahku dan mewarna Hari Dadah. Ini menunjukkan terdapat beberapa orang murid
yang mempunyai masalah kemahiran sama ada kemahiran melukis, kemahiran
psikomotor atau kemahiran mewarna. Jadi, melalui analisis ini saya dapat mengenal
0 0
2
4
1
9
18
24
22
16
11
8
0 0
9
5
0 0 0 0
1
0 0 0 0
0
5
10
15
20
25
30
Lukisan
rumahku
Bunga
stabail
Topeng Tembikar Mewarna
Hari Dadah
Bilanganmurid
Pencapaian murid mengikut aktiviti seni
Amat cemerlang
Cemerlang
Kepujian
Lulus
Gagal
12
pasti tahap keseluruhan murid 2 Jaya dan murid yang mempunyai pencapaian yang
agak lemah terutama dalam bidang Menggambar ini.
2.3.3 UJIAN DIAGNOSTIK
Melalui ujian diagnostik ini saya telah melakukan ujian mewarna kaedah empat
petak untuk melihat dengan lebih dekat lagi kemahiran ton warna murid. Analisis
dilakukan dengan peratus pencapaian markah murid secara keseluruhan kelas 2 Jaya.
Rajah 4. Keputusan ujian diagnostik (ujian mewarna)
Keputusan ujian mewarna menunjukkan hampir keseluruhan murid mencapai
keputusan cemerlang iaitu pencapaian gred A dan A- dengan markah 75 hingga 89
markah. Manakala bilangan kedua tertinggi adalah pada peringkat kepujian yang
mendapat pencapaian gred B+, B dan B- dengan markah dari 60 hingga 74 markah.
Peringkat lulus pula merupakan ketiga tertinggi dengan pencapaian murid yang
memperoleh gred C+ dan C dengan markah 50 hingga 59 markah. Jadi saya telah
memilih peserta kajian yang berada dalam peringkat cemerlang, kepujian dan lulus
untuk melihat peningkatan yang lebih baik melalui kaedah RISET yang telah saya bina.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
amat
cemerlang
cemerlang kepujian lulus gagal
Keputusan ujian mewarna
Bilangan murid
13
2.4 TINDAKAN
Kitaran kajian yang dipilih adalah berdasarkan Model Penyelidikan Stephen
Kemmis dan Mc Taggart (1983), di mana model ini terdiri daripada empat peringkat
iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Rasional model ini dipilih kerana
model ini dapat dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi
dapat diselesaikan sepenuhnya dan kemahiran dapat ditingkatkan. Oleh itu, fokus
kajian saya, kaedah RISET ini perlu dilakukan secara berulang-ulang supaya
peningkatan dalam kemahiran dan pemahaman ton warna panas menggunakan media
kering dapat ditingkatkan mengikut tahap yang diinginkan.
Rajah 5 . Model Kemmis dan McTaggart (1983).
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah RISET untuk meningkatkan
kemahiran ton warna murid tahun 2. Kaedah RISET ini adalah berbentuk lembaran
kerja seperti latihan latih tubi. Kaedah latih tubi ini disokong oleh teori Behavioris yang
menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Lembaran RISET ini mempunyai
dua bahagian dan sesuai dijalankan untuk dua sesi sahaja. Setiap bahagian
mempunyai arahan yang perlu diikuti dan ia bermula daripada peringkat yang konkrit ke
abstrak. Murid akan mempelajari setiap langkah bermula daripada teknik
mencampurkan warna, membuat lukisan mudah sehingga menghasilkan satu lukisan
landskap menggunakan media kering yang dipilih sama ada pensel warna atau oil
pastel.
Refleksi
Pemerhatian
Perancangan
Tindakan
Penambahbaikan
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
1
1
2
3
14
Rajah 6. Model Kemmis dan Mc Taggart yang diubah suai dalam kajian peningkatan
kemahiran ton warna.
15
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif ini bersifat eksplisit bagi mencapai setiap persoalan kajian dan isu yang dikaji.
Kejayaan objektif ini diukur pada akhir kajian melalui tindakan kaedah RISET yang
telah saya bina.
OBJEKTIF UMUM : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna
panas dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET.
OBJEKTIF KHUSUS :
1. Mengenal pasti masalah kemahiran murid yang tidak dapat dikuasai ketika
menghasilkan lukisan landskap.
2. Mencari punca masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan
lukisan landskap.
3. Meningkatkan kemahiran ton warna panas murid menggunakan kaedah RISET.
3.1 SOALAN KAJIAN
1. Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika
menghasilkan lukisan landskap?
2. Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika
menghasilkan lukisan landskap?
3. Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas
menggunakan kaedah RISET?
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid tahun 2 SK Puteri Pandan 1 yang
mengalami masalah dalam kemahiran ton warna. Tahap kemahiran setiap murid ini
berbeza dari peringkat sederhana hingga lemah. Walaupun semua peserta kajian
mempunyai jantina yang sama, tetapi mereka mempunyai kemahiran dan cara yang
berbeza. Seramai tiga orang murid adalah sederhana dan dua orang lemah dalam
pencapaian subjek Dunia Seni Visual dan hanya seorang yang memegang jawatan
sebagai ketua kelas.
Peserta kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen dan ujian
diagnostik yang telah dijalankan selama dua bulan. Dalam analisis dokumen, saya
memilih murid berpandukan beberapa kriteria seperti melihat hasil karya pengajaran
dan pembelajaran yang lalu. Hasil karya murid dalam ujian mewarna dilihat sebagai
satu kayu ukur untuk menjadikan murid tersebut sebagai peserta kajian saya. Kriteria
16
berikutnya adalah maklumat demografi murid yang merangkumi jantina, umur, bangsa,
jawatan, pencapaian dalam subjek DSV dan ciri-ciri unik murid tersebut. Kesemua
maklumat ini diringkaskan dan dirumuskan dalam jadual data demografi peserta kajian
saya.
Jadual 3 . Data demografi peserta kajian
Murid Jantina Umur Bangsa Nama kelas
/ jawatan
Pencapaian
subjek DSV
Ciri-ciri unik
Murid
A
Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya
/ Ketua kelas
Kepujian Suka
mengadun
warna
Murid
B
Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya
/ murid biasa
Kepujian Mencipta
corak
Murid
C
Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya
/ murid biasa
Lulus Susun bina
binaan
Murid
D
Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya
/ murid biasa
Cemerlang Lukisan
imaginatif
Murid
E
Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya
/ murid biasa
Lulus Mereka
bentuk
peniruan
Jadual 4. Petunjuk gred pencapaian dalam DSV
Peringkat Markah Gred
Amat cemerlang 90 – 100 A+
Cemerlang 75 – 89 A, A-
Kepujian 60 – 74 B+, B, B-
Lulus 50 – 59 C+, C
Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F
17
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Tindakan yang saya gunakan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa sebelum dan
semasa intervensi dijalankan. Berikut adalah rajah fasa pelaksanaan.
Rajah 7. Fasa-fasa tindakan
Ketika fasa-fasa sebelum tindakan, saya menganalisis dokumen untuk melihat masalah
atau isu kajian secara umum seperti hasil campuran warna murid, pengetahuan tentang
warna dan ton warna. Dapatan analisis tersebut disahkan melalui ujian diagnostik (ujian
mewarna), pemerhatian dan analisis dokumen murid yang telah dibuat untuk
mengesahkan masalah yang dihadapi peserta kajian. Ujian pra turut dijalankan
sebelum RISET diberikan bagi melihat peningkatan murid dalam menghasilkan lukisan
landskap. Fasa 1 sebelum tindakan ini dijalankan memakan masa selama dua bulan
semasa berada di praktikum II.
Pada tiga bulan yang berikutnya semasa saya menjalani praktikum III, fasa
kedua dijalankan iaitu kaedah RISET ini digunakan. Dalam fasa 2 ini saya telah
membahagikan kepada dua peringkat iaitu kitaran 1 dan kitaran 2. Setiap kitaran ini
murid menggunakan media yang berbeza. Pada kitaran 1 murid menggunakan pensel
warna sahaja. Kaedah demonstrasi tambahan turut digunakan dengan menunjuk cara
Fasa-fasa
tindakan
Fasa 1 : sebelum
intervensi
(2 bulan)
Mengenal pasti
masalah murid melalui
analisis karya dan
pemerhatian
Mengesahkan
masalah murid melalui
ujian diagnostik
Fasa 2 : semasa
intervensi
(3 bulan)
Kitaran 1 :
melaksanakan tindakan
RISET menggunakan
pensel warna
Kitaran 2 :
Melakukan semula
kaedah RISET
menggunakan oil
pastel
18
bagaimana mencampurkan warna dan tayangan gambar suasana matahari terbit dan
matahari terbenam. Kaedah RISET ini dijalankan menggunakan media pensel warna
sahaja. Kitaran 2 pula saya memberi penambahan untuk menggunakan media oil
pastel untuk kaedah RISET ini. Setiap kitaran ini murid akan melalui dua sesi. Hal ini
berikutan kerana setiap satu sesi mengambil masa sejam dan murid memerlukan dua
jam bagi menyiapkan satu lembaran RISET ini. Setiap kitaran dijalankan berpandukan
tindakan model yang telah dipilih dan diubahsuai selari dengan kajian yang saya
jalankan ini (Rujuk Rajah 7).
Jadual 5. Pelaksanaan tindakan
Bil. Aktiviti Tarikh
pelaksanaan
Catatan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
data tinjauan awal
Januari 2016
2. Menulis kertas cadangan kajian Februari 2016
3. Merancang tindakan Februari 2016
4. Melaksanakan tindakan Mac 2016
5. Mengumpul data April 2016
6. Menganalisis data Mei 2016
7. Refleksi kajian Jun 2016
8. Menulis laporan kajian Ogos 2016
9. Pembentangan dapatan kajian dalam
seminar
Oktober 2016
10. Penulisan artikel kajian dalam prosiding Oktober 2016
11. Penjilidan laporan kajian Oktober 2016
19
5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA
Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil
daripada data yang diperoleh ini, saya memilih kaedah yang paling sesuai untuk
menganalisisnya. Analisis data ini berdasarkan kepada empat aspek kaedah
pengumpulan data yang digunakan oleh saya iaitu ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik.
5.2.1 UJIAN PRA DAN PASCA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ujian bermaksud pemeriksaan
untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan dan bertulis. Oleh itu, pengkaji
telah jalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Pada peringkat pertama
sebelum pengajaran menggunakan kaedah RISET, saya telah mengendalikan ujian pra
terhadap empat orang murid yang dipilih berasaskan kepada gred pemarkahan ujian
seni mereka. Ujian pra telah diberikan sebelum intervensi dibuat, manakala aktiviti
kitaran pertama dan kedua dilaksanakan semasa intenvensi. Ujian pra dijalankan untuk
memastikan murid-murid yang bermasalah dalam ujian tindakan ini. Ujian pra ini
dijalankan sebelum menggunakan lembaran kerja RISET yang dibina untuk
meningkatkan kemahiran ton warna murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Saya
menjalankan ujian pra ini pada 12 Julai 2016 selama satu jam tanpa menggunakan
kaedah RISET (Rujuk Lampiran 5). Keputusan menunjukkan murid masih belum
berada pada tahap yang baik dari segi kemahiran ton warna tetapi dari segi
pengetahuan sedia ada murid menunjukkan tahap yang memuaskan. Latihan dan
tunjuk cara perlu diberi penekanan supaya pengetahuan sedia ada murid dapat
ditambah baik dan diberikan peningkatan ke tahap yang lebih cemerlang.
Seterusnya diadakan ujian pasca iaitu selepas menggunakan lembaran kerja
RISET. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan maklum balas murid sama ada kemahiran
mereka berjaya ditingkatkan atau sebaliknya. Ujian pasca ini dijalankan sebanyak dua
kitaran dan setiap kitaran mempunyai dua sesi kaedah RISET. Keputusan
menunjukkan peningkatan kemahiran ton warna murid mencapai tahap yang lebih baik
pada kitaran 2. Hal ini menunjukkan murid faham dan berjaya mengaplikasikan latihan
RISET yang diberikan. Malah objektif utama saya berjaya dicapai dengan baik (Rujuk
20
Lampiran 6). Skor direkodkan berdasarkan kepada rubrik pemarkahan analitik yang
telah saya disediakan.
5.2.2 PEMERHATIAN
Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti
sesi pada kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati
tahap peningkatan kemahiran ton warna murid dalam bilik darjah semasa kaedah
lembaran kerja RISET diaplikasikan. Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan
pemerhatian saya ialah borang senarai semak. Menurut Sharifah Zaleha (2001),
kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat
peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku sebagaimana ia benar-benar berlaku dan
mencatatkan ciri menonjol bagi tingkah laku subjek (Mohd. Majid, 2000). Untuk
memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak digunakan bagi setiap sesi RISET
yang dijalankan.
Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya
saya dapat mengesan kelemahan paling ketara pada item-item yang telah ditetapkan.
Saya telah menggunakan borang senarai semak berbentuk Ya/Tidak dalam kajian ini.
Dalam senarai semak ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kefahaman murid,
tingkah laku dan kemahiran ton warna. Dalam setiap bahagian ini mempunyai item-item
yang ingin diperhatikan (Rujuk Lampiran 7). Borang senarai semak ini digunakan setiap
kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan digunakan untuk dua kitaran.
5.2.3 ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen dibuat berdasarkan kepada hasil karya murid semasa ujian
pra dan ujian pasca. Ujian pra dan pasca boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk
mengenalpasti masalah dan hasilnya boleh dirujuk sebagai sumber . Analisis dokumen
ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen
yang dikaji (Pasukan penyelidik, 2015). Dalam analisis dokumen ini saya menggunakan
instrumen rubrik pemarkahan yang saya bina (Rujuk Lampiran 8).
5.2.4 SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan cara untuk memperoleh data yang diperlukan bagi
membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
21
pembelajaran. Soal selidik ini saya bina menepati objektif atau masalah yang saya kaji
dan mudah untuk murid saya menjawab serta mendapatkan maklumat setepat yang
mungkin. Soal selidik ini saya lakukan dalam bentuk soalan tertutup bertujuan untuk
murid hanya perlu memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang
berkaitan. Kaedah ini turut disokong oleh Gillham (2000) yang menyatakan soalan
tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah
untuk dianalisis. Jadi saya memilih soalan tertutup dichotomous untuk murid saya
kerana skala ini mempunyai dua pilihan jawapan seperti Ya/Tidak (Rujuk Lampiran 9).
22
5.3 KAEDAH ANALISIS DATA
Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Analisis data ini
dilaksanakan berdasarkan empat aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan
iaitu pemerhatian, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Semua
kaedah yang digunakan dianalisis menggunakan analisis kuantitatif yang melibatkan
bilangan kekerapan dan peratusan.
Jadual 6. Cara menganalisis data.
Bil Instrumen Cara menganalisis data
1 Pemerhatian Bilangan kekerapan
2 Ujian pra dan pasca Peratus
3 Soal selidik Peratus
4 Analisis dokumen Peratus
5.3.1 PEMERHATIAN
Data bagi pemerhatian dianalisis dengan cara menyemak semua maklumat
dengan terperinci, membaca semua catatan, pemerhatian dan kemudian menganalisis
dapatan melalui senarai semak yang disediakan. Menurut Meriam (2002), pemerhatian
adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal „first hand encounter‟ tentang guru dan
murid yang hendak dikaji. Pemerhatian terhadap murid dilakukan semasa murid
sedang melakukan ujian pasca.
Jadual 7. Analisis borang senarai semak pemerhatian terhadap murid semasa
intervensi.
Item Pernyataan Kitaran 1 Kitaran 2
Sesi 1 Sesi 2 Sesi 1 Sesi 2
Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
Kefahaman murid
1 Kefahaman tentang ton
warna
4 1 5 0 5 0 5 0
2 Kefahaman tentang
lukisan landskap
0 5 1 4 5 0 5 0
3 Kefahaman tentang 2 3 3 2 5 0 5 0
23
matahari terbit dan
terbenam
Tingkah laku
4 Kekerapan bertanya
dengan guru
4 1 4 1 2 3 1 4
5 Melihat / bercakap
dengan rakan
3 2 4 1 3 2 1 4
6 Fokus ketika membuat
tugasan
2 3 1 4 4 1 3 2
Kemahiran ton warna
7 Aplikasikan tiga warna
panas
5 0 5 0 5 0 5 0
8 Murid tahu gabungkan
warna panas
1 4 2 3 4 1 5 0
9 Mewarna dengan
kemas
1 4 2 3
10 Menyiapkan tugasan
mengikut masa yang
ditetapkan
3 2 5 0
11 Dapat melukis subjek
asas lukisan landskap
2 3 4 1
12 Menghasilkan lukisan
landskap dengan
kemas
0 5 3 2
* Penyataan yang tidak digunakan.
Berdasarkan senarai semak ini, saya dapat mengkategorikan kriteria murid
semasa melakukan kaedah RISET ini dalam meningkatkan kemahiran ton warna
panas menggunakan media kering. Saya juga dapat mengetahui perubahan tingkah
laku dan maklum balas peserta kajian berdasarkan senarai semak ini. Senarai semak
ini digunakan setiap kali sesi RISET dijalankan bagi melihat lebih secara spesifik
peningkatan murid dalam kemahiran ton warna.
24
5.3.2 UJIAN PRA DAN PASCA
Analisis data bagi ujian pra dan ujian pasca menggunakan kaedah kuantitatif
dan analisis deskriptif. Statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan ciri-ciri
pemboleh ubah dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal.
Menurut Chua (2006), huraian umum ini biasanya dapat menggambarkan ciri-ciri data
yang diperolehi.
Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca, tahap peningkatan murid dikelaskan
mengikut lima tahap iaitu amat cemerlang, cemerlang, kepujian, lulus dan gagal seperti
Jadual 9 berdasarkan skala buku panduan pelaksanaan kerja kursus Institut
Pendidikan Guru (IPG) (2015).
Jadual 8 . Analisa perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca
Murid Ujian pra (sebelum RISET) Ujian pasca (selepas RISET)
A 67 ( B ) 91 ( A+ )
B 44 ( D+ ) 73 ( B+ )
C 55 ( C ) 83 ( A )
D 63 ( B- ) 70 ( B+ )
E 54 ( C ) 71 ( B+ )
Jadual 9. Petunjuk gred pentaksiran
Peringkat Markah Gred
Amat cemerlang 90 – 100 A+
Cemerlang 75 – 89 A, A-
Kepujian 60 – 74 B+, B, B-
Lulus 50 – 59 C+, C
Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F
Sumber : Buku panduan pelaksanaan kerja kursus IPG (2015).
Perbandingan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis
dengan sokongan daripada hasil analisis dokumen iaitu hasil karya murid
menggunakan rubrik pemarkahan yang telah dibina. Perbezaan hasil pencapaian murid
ini menunjukkan murid dapat mencapai peningkatan selepas melakukan kaedah
25
RISET. Jelas sekali amalan teori Behavioris dalam hukum latihan banyak memberi
peningkatan dalam kajian ini.
5.3.3 SOAL SELIDIK
Bagi menganalisis borang soal selidik, saya telah menggunakan jadual
kekerapan dengan merujuk kepada jawapan Ya/Tidak daripada murid. Setelah
menganalisis instrumen ini, saya dapat mengetahui sejauh mana tahap perubahan
peningkatan murid sebelum dan selepas tindakan kaedah RISET digunakan. Saya
telah membuat perbandingan antara dua senarai borang soal selidik sebelum dan
selepas kaedah RISET dijalankan.
Jadual 10. Analisis kekerapan dan peratus sebelum soal selidik
Bil. Penyataan Sebelum tindakan
Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%)
1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 4 (80%) 1 (20%)
2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 2 (40%) 3 (60%)
3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 4 (80%) 1 (20%)
4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 4 (80%) 1 (20%)
5. Saya pernah melihat matahari terbit 0 (0%) 5 (100%)
6. Saya pernah melihat matahari terbenam 1 (20%) 4 (80%)
Pengajaran guru
7. Guru pernah mengajar mengenai ton
warna
0 (0%) 5 (100%)
8. Saya suka melakukan aktiviti berkumpulan
ketika subjek seni
3 (60%) 2 (40%)
9. Pengajaran guru seni sangat menarik dan
seronok/mudah diikuti
4 (80%) 1 (20%)
Kemahiran seni
10. Saya selalu mewarna ketika masa lapang
di rumah
4 (80%) 1 (20%)
11. Saya pernah mengikuti pertandingan
mewarna di luar sekolah
3 (60%) 2 (40%)
12. Saya pernah mengikuti kelas/bengkel seni
di luar
0 (0%) 5 (100%)
26
Jadual 11. Analisis kekerapan dan peratus selepas soal selidik.
Bil. Penyataan Selepas tindakan
Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%)
1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 5 (100%) 0 (0%)
2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 3 (60%) 2 (40%)
3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 5 (100%) 0 (0%)
4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 5 (100%) 0 (0%)
5. Saya sudah tahu bezakan matahari terbit
dan terbenam
5 (100%) 0 (0%)
6. Saya sudah tahu teknik campurkan warna 5 (100%) 0 (0%)
Pengajaran guru
7. Pengajaran guru seni sangat menarik dan
seronok / mudah diikuti
5 (100%) 0 (0%)
8. Saya sudah faham pengajaran guru
mengenai ton warna
5 (100%) 0 (0%)
9. Saya suka melakukan aktiviti lembaran
RISET yang digunakan
5 (100%) 0 (0%)
Kemahiran seni
10. Saya dapat mengaplikasikan teknik ton
warna semasa menghasilkan lukisan
landskap
5 (100%) 0 (0%)
11. Saya berjaya menggunakan media kering
(pensel warna/oil pastel) ketika mewarna
5 (100%) 0 (0%)
12. Saya dapat melukis subjek asas lukisan
landskap dengan mudah
5 (100%) 0 (0%)
5.3.4 ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen ini dianalisis berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang
telah saya bina. Kemahiran dan pengetahuan murid akan dianalisis secara individu
untuk melihat tahap kekuatan dan kelemahan murid (Rujuk Lampiran 8). Dalam analisis
dokumen ini saya gunakan selepas murid melakukan ujian pra dan ujian pasca.
Perincian mengenai setiap kemahiran murid dapat dianalisis dengan lebih dekat dan
mendalam lagi.
27
Rajah 8. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pra
Jadual 12. Petunjuk setiap kriteria
Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas
Kriteria 2 Kefahaman suasana matahari terbit dan terbenam
Kriteria 2 Aplikasi teknik ton warna panas
Kriteria 3 Penggunaan pensel warna/ oil pastel
Kriteria 4 Kemahiran melukis subjek asas
Kriteria 5 Kekemasan
Analisis menunjukkan murid B (44 markah) mempunyai jumlah markah yang
paling rendah diikuti dengan murid E (47 markah), murid C (55 markah), murid D (63
markah) dan murid A (67 markah). Berdasarkan kepada kriteria yang dinilai kriteria 3
iaitu aplikasi teknik ton warna panas mempunyai jumlah keseluruhan markah yang
paling tinggi iaitu 30 markah. Murid B mencapai markah yang paling rendah iaitu 10
markah dan menunjukkan murid B mempunyai kemahiran ton warna yang paling
lemah. Namun, secara keseluruhan setiap murid masih belum dapat mencapai tahap
yang cemerlang. Kemudian, saya menganalisis rubrik pemarkahan murid selepas
menjalankan ujian pasca.
8 8
20
14
10
7
4 4
10
12
9
5
7
5
15
10
13
5
8
7
20
12
10
6
5 5
12
10 10
5
0
5
10
15
20
25
kriteria 1
(10m)
kriteria 2
(10m)
kriteria 3
(30m)
kriteria 4
(20m)
kriteria 5
(20m)
kriteria 6
(10m)
markah
kriteria yang dinilai
Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pra)
murid A
murid B
murid C
murid D
murid E
28
Rajah 9. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pasca
Perbandingan dapat dilihat apabila ujian pasca dijalankan selepas murid
menjalani dua kitaran kaedah RISET. Pada kriteria 1 iaitu pengetahuan kumpulan
warna panas menunjukkan kelima-lima orang murid berjaya mencapai markah penuh
10 markah. Manakala peningkatan murid B turut bertambah untuk semua kriteria
terutama sekali kemahiran murid dalam teknik ton warna panas pada kriteria 3. Pada
kriteria 5 iaitu kemahiran melukis subjek asas mendapati hanya murid B sahaja
mendapat markah yang paling rendah iaitu 9 markah berbanding dengan murid lain.
Semua murid menunjukkan tahap peningkatan yang baik berbanding dengan
keputusan pada ujian pra sebelum ini. Murid A mencapai markah sebanyak 91 markah
iaitu peringkat amat cemerlang, murid B pula mendapat jumlah markah 73 berada di
peringkat kepujian, murid C mendapat 83 markah iaitu di peringkat cemerlang, murid D
mencapat 70 markah iaitu di peringkat kepujian dan murid E mencapai 71 markah yang
berada di peringkat kepujian.
10
9
28
19
17
8
10
8
25
14
9
7
10
9
28
18
10
8
10
8
20
10
16
6
10
7
20
12
15
7
0
5
10
15
20
25
30
kriteria 1
(10m)
kriteria 2
(10m)
kriteria 3
(30 m)
kriteria 4
(20m)
kriteria 5
(20m)
kriteria 6
(10m)
markah
kriteria yang dinilai
Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pasca)
murid A
murid B
murid C
murid D
murid E
29
5.4 KAEDAH SEMAKAN DATA
Triangulasi adalah proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data dan
dilakukan untuk meningkatkan kesahan data. Triangulasi juga dikenali sebagai
pemeriksaan silang atau kesahan silang (Kartini et al., 2012). Menurut Fatimah & Lim
(2010) dalam buku Menguasai Penyelidikan Tindakan (2012), maklumat yang didapati
data satu sumber boleh disahkan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain.
Dalam kajian ini, saya menggunakan triangulasi data di mana mendapatkan maklumat
dan data dari pelbagai sumber. Manakala menurut Ghazali (2012) dalam petikan buku
Pasukan penyelidik (2015), kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecatatan.
Rajah 10 menunjukkan kaedah triangulasi data yang digunakan bagi mencapai
kesahan data kajian ini.
Rajah 10. Triangulasi data.
Melalui kaedah ujian pra saya jalankan sebelum kaedah RISET digunakan
untuk melihat perubahan dan peningkatan murid selepas ujian pasca dijalankan
menggunakan kaedah RISET. Dalam ujian pasca ini saya menggunakan dua kitaran
untuk mendapatkan hasil kesahan dan kebolehpercayaan data yang tepat. Semasa
ujian pasca ini dijalankan, pemerhatian berstruktur turut dilakukan bagi mendapatkan
gambaran sebenar murid semasa melakukan aktiviti RISET ini. Dalam kaedah
pemerhatian, saya menggunakan rakaman video untuk merekodkan segala perbualan
dan bunyi serta segala pergerakan dirakam melalui kamera video itu. Bahan rakaman
ini sangat berguna untuk melihat dan mengkaji semula sesuatu situasi yang telah
Ujian pra dan ujian pasca
Pemerhatian :
Senarai semak, hasil kerja
murid
Soal selidik :
Soalan tertutup
30
dirakamkan. Saya turut menggunakan borang senarai semak untuk melihat tahap
kefahaman murid, tingkah laku dan kemahiran ton warna murid. Setelah itu, saya
membuat analisis dengan menggunakan kiraan kekerapan murid mengikut setiap sesi
yang telah dijalankan. Saya juga dapat membuat penilaian dan perbandingan setiap
tindakan yang saya guna bagi mengetahui sejauh mana peningkatan kemahiran ton
warna murid melalui dua kitaran ini.
Kaedah soal selidik pula dijalankan sebelum dan selepas PdP dijalankan. Hal ini
bertujuan untuk melihat tahap peningkatan murid sebelum dan selepas menerima
pengajaran menggunakan kaedah “RISET” ini. Soal selidik ini merupakan tinjauan yang
paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan saya
mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu PdP murid. Bentuk soalan soal selidik
saya adalah soalan tertutup dan hanya memerlukan murid menjawab „Ya‟ atau „Tidak‟
sahaja. Dapatan soal selidik ini dianalisis menggunakan kiraan kekerapan dalam
bentuk peratusan.
31
6.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini adalah berkenaan dengan meningkatkan kemahiran ton warna panas
bagi murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah
RISET. Dalam dapatan kajian ini akan dipersembahkan keputusan data berdasarkan
pada setiap persoalan kajian yang telah dibina untuk melihat sama ada dapatan kajian
sesuai dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Malah turut disertakan dengan
sokongan bukti dari pelbagai sumber data yang relevan bagi menjawab segala
persoalan kajian ini. Setiap objektif kajian, persoalan kajian dan bagaimana data
diperoleh mempunyai hubung kait dan saling sokong-menyokong antara satu sama lain
serta memenuhi syarat mencapai kebolehpercayaan dan kesahan data (Rujuk Jadual
13).
Jadual 13. Hubungkait persoalan kajian dan data yang diperoleh.
Objektif kajian Persoalan kajian Cara kumpul
data
Instrumen
Mengenal pasti
masalah
kemahiran murid
yang tidak dapat
dikuasai ketika
menghasilkan
lukisan landskap.
Apakah masalah
kemahiran yang tidak
dapat dikuasai murid
ketika menghasilkan
lukisan landskap?
Ujian pra dan
ujian pasca, soal
selidik
Ujian mewarna,
borang soal
selidik
Mencari punca
masalah
kemahiran ton
warna panas
murid dalam
menghasilkan
lukisan landskap.
Kenapakah murid tidak
dapat menguasai
kemahiran ton warna
panas ketika
menghasilkan lukisan
landskap?
Pemerhatian,
soal selidik,
analisis dokumen
Borang senarai
semak, borang
soal selidik,
rubrik
pemarkahan
Meningkatkan
kemahiran ton
warna panas
murid tahun 2
menggunakan
kaedah RISET.
Bagimanakah murid dapat
meningkatkan kemahiran
ton warna panas
menggunakan kaedah
RISET?
Ujian pasca,
pemerhatian
Borang
pemarkahan,
borang senarai
semak
Persoalan pertama : Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid
ketika menghasilkan lukisan landskap?
32
Bagi menjawab persoalan ini, ujian pra dan soal selidik digunakan untuk
mendapatkan data. Berdasarkan kepada dapatan ujian pra dan ujian pasca yang
dibandingkan, peningkatan ketara terhadap pengetahuan dan kemahiran murid dalam
menghasilkan ton warna lukisan landskap sebelum dan selepas RISET digunakan.
Ujian pra dilakukan sebagai ujian mewarna yakni murid menghasilkan lukisan landskap
tanpa bantuan daripada guru. Melalui ujian mewarna ini, saya dapat menilai masalah
kemahiran yang berlaku ketika murid mewarna dan pengetahuan sedia ada mereka
mengenai landskap. Ujian pra ini bertujuan bagi memberi gambaran masalah awal
yang berlaku terhadap murid terutama dalam menghasilkan lukisan landskap dalam
bidang Menggambar ini. Keputusan ujian pra ini diperoleh melalui borang pemarkahan
yang telah disediakan. Kiraan peratus terhadap setiap murid dipersembahkan dalam
bentuk graf bagi tujuan melihat peningkatan perbandingan semasa ujian pasca.
Rajah 11 . Dapatan Ujian Pra sebelum kaedah RISET digunakan.
Selaras dengan itu juga, dalam dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET
dijalankan, peratus murid menunjukkan perbezaan peningkatan yang tinggi melalui 12
item soal selidik yang diberikan kepada murid. Hasil dapatan soal selidik sebelum
RISET digunakan dapat menjawab persoalan pertama mengenai masalah kemahiran
ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Item yang menunjukkan
67
44
55
63
54
0
10
20
30
40
50
60
70
80
murid A murid B murid C murid D murid E
Dapatan Ujian Pra
Markah
33
peratus yang tinggi bilangan „Tidak‟ menjadi punca masalah kemahiran ton warna ini
berlaku dalam kalangan murid.
Rajah 12. Graf dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET digunakan.
Persoalan kedua : Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna
panas ketika menghasilkan lukisan landskap?
Bagi menjawab persoalan kedua, data daripada senarai semak pemerhatian
mendapati peningkatan jumlah murid yang berjaya menunjukkan tahap kefahaman,
tingkah laku dan kemahiran ton warna yang lebih baik semasa kitaran 1 dijalankan
sehingga kitaran 2. Setiap kitaran mempunyai dua sesi iaitu sesi 1 dan sesi 2. Pada
awalnya melalui aspek kemahiran ton warna saya mendapati hanya seorang sahaja
murid yang tahu menggabungkan warna, kemudian meningkat kepada dua orang pada
sesi 2 kitaran 1. Manakala dalam kitaran 2 pula, pada sesi 1 bilangan murid meningkat
pada empat orang dan seterusnya pada sesi 2 dalam kitaran 2, keseluruhan murid
telah berjaya mencapai 100% dalam item tersebut (Rujuk Rajah 13).
0
20
40
60
80
100
120
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item
10
Item
11
Item
12
Peratus
Item soal selidik
Dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET
digunakan
Ya Tidak
34
Rajah 13. Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton warna item 8
Dapatan ini disokong melalui hasil jawapan soal selidik murid sebelum RISET
diberikan. Dapatan sebelum soal selidik menunjukkan murid mengalami beberapa
masalah dalam menguasai kemahiran ton warna antara peratus kekerapan „Tidak‟ yang
paling tinggi ialah guru pernah mengajar kemahiran ton warna. Hal ini menunjukkan
tiada pengajaran ton warna yang khusus kepada murid menyebabkan murid tiada
kemahiran ton warna yang baik. Malah pengetahuan murid mengenai ton warna pula
tidak mencapai bilangan peratus yang memuaskan dan ini menyebabkan murid
mengalami masalah dalam menghasilkan ton warna yang baik dalam lukisan landskap
(Rujuk Rajah 6).
Selain itu turut disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen yang dinilai
dengan lebih terperinci mengenai masalah kemahiran murid dalam menghasilkan ton
warna lukisan landskap. Dapatan dalam bentuk pemarkahan untuk setiap kriteria diukur
mengikut rubrik pemarkahan dengan lebih terperinci melalui hasil karya murid sebelum
(ujian pra) dan selepas (ujian pasca) kaedah RISET diberikan. Dalam persoalan ini
yang menjadi punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna berdasarkan
dapatan kriteria yang dinilai dalam borang penilaian hasil kerja murid mengikut rubric
pemarkahan yang telah saya bina (Rujuk Rajah 8 dan 9).
0
1
2
3
4
5
6
Sesi 1 : K1 Sesi 2 : K1 Sesi 1 : K2 Sesi 2 : K2
Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton
warna item 8
Bilangan murid
35
Rajah 14. Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah) dalam borang
penilaian hasil kerja murid.
Ini adalah salah satu kriteria yang dinilai dalam hasil kerja murid. Perubahan
capaian graf dapat dilihat dengan lebih jelas. Kriteria ini jelas menjadi salah satu punca
kenapa murid masih belum menguasai kemahiran ton warna panas ketika
menghasilkan lukisan landskap kerana murid tiada pengetahuan mengenai kumpulan
warna yang terdapat dalam roda warna.
Rajah 15. Kriteria 4 Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah) dalam borang
penillaian hasil kerja murid
Kriteria 4 ini turut menjawab kepada persoalan kedua ini dimana kemahiran psikomotor
murid ketika menggunakan media kering ini. Pensel warna dan oil pastel merupakan
0
2
4
6
8
10
12
murid A murid B murid C murid D murid E
markah
Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah)
ujian pra
ujian pasca
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
murid A murid B murid C murid D murid E
markah
Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah)
ujian pra
ujian pasca
36
kumpulan media kering yang sama tetapi ciri dan sifatnya berlainan. Kesan kepada
lukisan turut memberikan hasil yang berbeza. Murid D menunjukkan penurunan graf
antara dua ujian ini. Hal ini berikutan kerana sifat media oil pastel yang lebih licin dan
murid sukar untuk mengawal dan memberi kesan kepada hasil tona warna yang
dilakukan. Ini disokong oleh seorang pengkarya En. Abdul Rahman Yusuf (2009)
menyatakan media oil pastel ini merupakan media yang mudah dan cepat untuk
menghasilkan sesebuah lukisan tetapi kanak-kanak perlu mencuba dan berani
menggunakannya dan pasti akan merasa seronok melihat hasilnya. Beliau turut
mengatakan bahawa media oil pastel ini telah diajar semasa kanak-kanak di sekolah
tadika lagi supaya diberi pendedahan awal mengenai keseronokan menggunakannya.
Persoalan ketiga : Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton
warna panas menggunakan kaedah RISET?
Persoalan ketiga pula terjawab dengan data daripada ujian pasca yang
dijalankan selepas melalui dua kitaran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila
berlaku peningkatan yang ketara dalam pengaplikasian RISET berulang kali dalam
menghasilkan ton warna panas lukisan landskap. Menurut Thorndike (1949) dalam
laman web Pengantar Psikologi Sosial menyatakan memperkenalkan hukum latihan di
mana prinsip yang utama dalam belajar adalah ulangan. Semakin sering diulangi,
kemahiran pembelajaran itu akan semakin dikuasai. Pada awalnya, pemisahan ton
warna dihasilkan dengan agak ketara, namun selepas kaedah RISET digunakan, ton
warna dapat dibuat dengan lebih kemas, menarik tiada ruang perbezaan nilai ton yang
bersebelahan dan campuran warna juga bersesuaian dan tepat mengikut arah cahaya
suasana matahari terbit dan terbenam yang dipilih. Hasil dapatan murid sebelum dan
selepas menjalankan RISET terbukti menunjukkan tahap peningkatan yang baik (Rujuk
Rajah 16).
37
Rajah 16. Perbandingan pencapaian murid semasa ujian pra dan ujian pasca.
Seterusnya, dapatan melalui hasil soal selidik selepas menjalankan kaedah
RISET turut membuktikan bahawa penggunaan kaedah RISET ini berjaya
meningkatkan kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan
landskap. Peratus bilangan tidak berkurang dan kesemua murid menunjukkan
keputusan yang baik dalam memberi respon terhadap soal selidik yang telah dijalankan
selepas mengikuti dua kitaran kaedah RISET. Dapatan ini berjaya menjawab persoalan
ketiga ini.
Rajah 17. Graf dapatan soal selidik selepas penggunaan kaedah RISET
0
20
40
60
80
100
120
Item
1
Item
2
Item
3
Item
4
Item
5
Item
6
Item
7
Item
8
Item
9
Item
10
Item
11
Item
12
Peratus
Item soal selidik
Dapatan soal selidik selepas penggunaan
kaedah RISET
Ya Tidak
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E
Peratus
Peserta kajian
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
ujian pra
ujian pasca
38
7.0 REFLEKSI
Setelah kajian dibuat, didapati tindakan menggunakan kaedah RISET
mendatangkan kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran ton warna panas
murid menggunakan media kering iaitu pensel warna dan oil pastel. Berbanding
dengan amalan pengkaji lama yang hanya menunjukkan contoh karya dan tunjuk cara
di hadapan kelas tanpa melakukan aktiviti berpusatkan murid. Hal ini menyebabkan
kurang membantu dari segi teknik dan langkah-langkah penghasilan ton warna.
Cara pengumpulan data yang dibuat sebelum tindakan dijalankan adalah
dengan menggunakan ujian diagnostik, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian pra.
Data semasa tindakan dijalankan adalah menggunakan senarai semak pemerhatian
dan lembaran RISET yang diberikan kepada peserta kajian. Kaedah pengumpulan data
selepas RISET ini pula dilakukan melalui ujian pasca, borang soal selidik dan analisis
dokumen. Kesemua data diperlukan bagi menjawab ketiga-tiga objektif persoalan
kajian yang dibuat sebelum kajian dijalankan.
Antara kekuatan kajian ini ialah peserta kajian dapat mempertingkatkan
kemahiran ton warna mereka terutama menggunakan media oil pastel. Mereka juga
dapat mengenali ton warna panas dan warna yang boleh digunakan untuk
menghasilkan lukisan landskap suasana matahari terbit dan matahari terbenam apabila
ilmu diterapkan dengan soal jawab, sesi tunjuk cara dan input yang diberikan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) menyatakan
semakin banyak pancaindera digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Hal ini
kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang
berlainan. Murid bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti psikomotor tetapi turut
melibatkan deria pancaindera untuk melihat perbezaan suasana matahari terbit dan
terbenam semasa sesi interaksi dengan guru.
Kekuatan kaedah RISET ini dapat menggalakkan murid membina kemahiran
baru dalam melukis dan murid dapat membina konstruktivisme dalam kemahiran
mewarna. Hal ini dibuktikan dengan sesi latih tubi secara berulang menggunakan dua
kitaran berpandukan Model Kemmis dan Mc Taggart. Selain itu, dapat membina
keyakinan murid mencuba sendiri lembaran RISET ini tanpa bantuan daripada guru.
Mereka dapat membina pengalaman sendiri dan menambahbaikkan kemahiran sedia
ada yang terdapat dalam diri mereka. Tambahan pula, kaedah RISET ini membantu
39
untuk menajamkan lagi kemahiran psikomotor murid dengan lebih berkesan.
Pendedahan latihan awal kepada murid dalam peringkat umur sebegini dapat membina
psikomotor halus yang baik bukan sahaja dalam aktiviti mewarna tetapi aktiviti rutin
harian yang lain.
Sejajar dengan itu juga, kaedah RISET ini memberi ilmu baru kepada murid
dengan gabungan subjek lain iaitu matapelajaran sains di mana melibatkan proses
berlakunya suasana matahari terbit dan matahari terbenam. Murid dapat melihat sendiri
melalui rakaman video yang ditunjukkan oleh guru mengenai perbezaan antara dua
suasana ini. Kesan arah cahaya sangat memainkan peranan penting untuk murid
menghasilkan ton warna yang betul berdasarkan pemilihan suasana landskap yang
dipilih.
Walaupun telah disenaraikan beberapa kekuatan kajian ini terutama kaedah
yang digunakan namun, terdapat kekangan yang dihadapi sewaktu sesi tindakan iaitu
murid mempunyai kecerdasan yang berbeza (multiple intelligence). Oleh itu, keupayaan
untuk mengikuti kaedah RISET adalah berbeza-beza kerana ada sesetengah murid
yang agak lambat dalam mewarna. Namun kekangan ini diadaptasi dengan
pemahaman teori oleh seorang psikologi Barat iaitu Howard Gardner dalam buku David
Lazear (2006) berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan yang
dipetik dari bukunya Gardner, Frames of Mind di mana lebih kepada aspek kognitif dan
perkembangan psikologi, antropologi dan sosiologi. Pendapat yang dikemukakan oleh
Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan
melalui pendidikan dan latihan. Justeru melalui beberapa sesi kaedah RISET dibuat
ditambah dengan bahan bantu mengajar dan sesi tunjuk cara menunjukkan
peningkatan hasil dapat yang sangat baik.
Kekangan kedua pula merupakan nilai warna ton yang berbeza daripada semua
murid. Hal ini kerana, murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel.
Perbezaan dari segi kualiti dan nilai ton warna sangat berbeza ditambah pula dengan
teknik tekanan pada kertas berbeza kekuatan menghasilkan kesan yang berbeza.
Semua peserta kajian lebih suka menggunakan oil pastel kerana hasilnya yang lebih
terang dan penggunaan yang lebih cepat serta senang untuk mencampurkan warna.
Apa yang perlu ditambah baik adalah dari segi kekemasan menggunakan oil pastel
kerana sifatnya yang lembut dan licin. Namun ini bukan menjadi satu masalah besar
kerana fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas
40
murid menggunakan media kering ketika menghasilkan lukisan landskap. Oleh itu,
keputusan dan hasil yang pelbagai masih relevan selagi peningkatan dapat dilihat pada
setiap peserta kajian.
Kelemahan yang seterusnya ialah dari segi peruntukan masa yang digunakan
untuk kaedah RISET ini digunakan. Sebelum murid melakukan lembaran RISET ini,
saya perlu memberikan sedikit penerangan dan melakukan demonstrasi berulang kali
kerana tidak semua murid mengingati apa yang diajar mahupun ditunjukkan dalam satu
masa yang sama. Jadi, ada berlaku pertembungan masa terutama apabila tidak dapat
mengikut seperti yang telah dirancang. Inisiatif dengan bersiap sedia dengan
perancangan kedua amat penting supaya saya dapat melihat proses setiap murid
melakukan lembaran RISET tersebut dari awal hingga akhir. Jadi sebab itu saya
mengambil masa dua sesi untuk setiap kitaran. 1 sesi mengambil masa sejam dan
jumlah untuk satu kitaran adalah sebanyak 2 jam. Ini menunjukkan peruntukan masa
untuk murid amat perlu diberikan tumpuan dan bukan hanya boleh dianggap remeh.
Menurut Korweit (1989) dalam kajian tindakan Muhammad Syahir bin Mansor (2013)
turut menyatakan pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam kawalan
guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga menyatakan
jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran, subjek tersebut sukar
dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian murid.
Kesimpulannya, melalui refleksi ke atas keseluruhan kajian yang telah
dijalankan, saya sebagai pengkaji dapat melihat hasil kajian saya terhadap setiap
peserta kajian saya dan kaedah RISET yang telah saya bina. Kemahiran murid dalam
mengaplikasikan ton warna menggunakan pensel warna dan oil pastel menghasilkan
lukisan landskap dapat dipertingkatkan. Malah, mereka bukan sahaja dapat
mempelajari teknik ton warna tetapi turut didedahkan dengan cara melukis subjek asas
selain dapat menggunakan media kering ini untuk aktiviti stensilan, poster dan
gosokan. Manakala kemahiran ton warna ini dapat diaplikasikan menggunakan media
basah untuk kegiatan catan.
41
8.0 CADANGAN KAJIAN SUSULAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas
murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET.
Cadangan yang seterusnya adalah dari pendedahan aspek kumpulan warna yang lebih
banyak. Guru memperkenalkan lebih banyak kumpulan roda warna yang pelbagai dan
memberi peluang untuk murid memilih dan menggabungkan sendiri warna menjadi satu
tona warna yang menarik. Guru boleh menggunakan lembaran RISET yang sama
cuma ditambah baik dengan lembaran kerja baru yang lebih mencabar sesuai dengan
peringkat murid. Murid akan lebih seronok untuk meneroka pelbagai warna ketika
menghasilkan lukisan landskap.
Bagi membuat kajian dengan lebih baik, saya turut mencadangkan kaedah
RISET ini digabungkan dengan kaedah demonstrasi. Setiap sesi RISET dibuat, murid
akan melihat demonstrasi yang berlainan secara berperingkat dengan elemen bahan
bantuk mengajar yang lebih pelbagai dan merentas kurikulum. Misalnya, guru boleh
melakukan eksperimen terhadap perubahan warna menggunakan bahan seperti tisu
untuk murid melihat sendiri hasil campuran dua warna yang berbeza. Hal ini bukan
sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi memberi pendedahan ilmu subjek lain.
melalui cara ini, murid akan mempunyai ingatan yang lebih kuat dalam mengingati
setiap langkah teknik untuk menghasilkan ton warna. Murid juga dapat
bereksperimentasi dengan pelbagai jenis warna yang menarik yang dikategorikan
dalam nilai warna yang sama.
Cadangan yang seterusnya ialah menukar media yang digunakan kepada jenis
media yang lain sama ada soft pastel ataupun menggunakan media basah seperti
warna poster dalam penghasilan ton warna. Hal ini dapat membantu murid
mengadaptasi kemahiran ton warna menggunakan media pensel warna dan oil pastel
ke dalam penggunaan media lain. Oleh itu, murid bukan sahaja berkemahiran dalam
ton warna malah mampu menggunakan pelbagai jenis media dalam menghasilkan
pelbagai karya Bidang Menggambar serta dalam bidang-bidang lain dalam Dunia Seni
Visual.
Cadangan yang berikutnya adalah penggunaan alat bahan bantu mengajar
(BBM) menggunakan “Roda Warna”. Penggunaan roda warna ini bertujuan untuk murid
menyusun suai padan kad warna yang terdapat pada roda warna untuk menjadi satu
42
ton warna yang baik. Kefahaman murid dapat dilihat melalui pemilihan dan penyusunan
kad warna murid pada roda warna tersebut. Murid akan melalui proses pembelajaran
“fun learning” dengan menggabunjalin aktiviti permainan menggunakan alat roda warna
ini. Penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai mampu menarik dan
mewujudkan tahap kefahaman murid tentang sesuatu kemahiran. Murid bukan sahaja
belajar berdasarkan teori ton warna sahaj tetapi turut mempraktikkan dengan memilih
warna dan menggabungkan warna menjadi satu kumpulan ton warna yang menarik.
Akhir sekali adalah cadangan untuk menggunakan lembaran RISET ini untuk
bidang lain seperti bidang membuat corak dan rekaan. Murid bukan sahaja menyusun
susunan motif corak tetapi bagaimana menghasilkan ton warna yang menarik mengikut
susunan motif corak tersebut. Aktivit ton warna ini tidak semestinya digunakan dalam
bidang Menggambar sahaja tetapi turut dilakukan dalam bidang seni yang lain dan
murid akan dapat melihat tahap potensi diri dan kebolehan diri dalam bidang yang
dilakukannya. Kreativiti murid akan lebih terserlah dengan pendedahan yang luas
dalam bidang lain tentang bagaimana mengaplikasikan kemahiran ton warna ini dalam
aktiviti bidang seni yang lain.
43
9.0 RUJUKAN
_______.(2015). Kajian Kemahiran Motor Halus Dalam Menggunting. Dilayari dari
laman web http://cikamal.com/full-tesis-kajian-penuh-kemahiran-motor-
halus.html
_______. (2012). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Dilayari dari laman web
http://myguru3.upsi.edu.my
Carl E. Heilman II, Greta Heilman-Cornell. (2010). Contemporary landscape
photography : profesional techniques for capturing spectacular settings. New York :
The Ilex Press Limited.
David Lloyd. (2007). The Colour Book. Ramsbury, Marlborough : The Crowood Press
Ltd
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Diana Craig dan Hazel Harrison (2011). The New Encyclopedia of Watercolour
Techniques. Search Press, Limited
Fazlin bt Kamsan. (2012). Meningkatkan Kemahiran Ton Warna Menggunakan Media
Oil Pastel Dalam Bidang Menggambar Bagi Murid Tahun 5 Utarid Melalui
Kaedah Demonstrasi. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Hideaki Chijiwa. (1987). Color harmony : A guide to creative color combinations.
United States : Rockport Publishers .
Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat . Badrul Hisham Alang
Osman (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan. Perak : Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia
Muhammad Iqbal bin Awang Damit. (2009). Kajian Tindakan Warna. Kuala Lumpur :
Universiti Teknologi Mara.
Muhammad Syahir bin Mansor (2011). Kajian Tindakan Pengurusan Masa dalam
Kalangan Guru. Alor Setar : Kolej Sultan Abdul Hamid.
Nordin Tahir. (2012). Pengumpulan Data Kajian Tindakan. Dilayari dari laman web
www.amaljaya.com
Pasukan Penyelidik. (2015). Penyelidikan tindakan : Panduan penulisan laporan.
44
Selangor : Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ruziathul Amira binti Mazlan. (2012). Menu warna panas dan warna sejuk. (Tesis
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia.
Suziana binti Tukiran. (2012). Kertas cadangan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur :
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Tom Mackie. (2005). Tom Mackie's landscape photography secrets. North America :
F+W Publications, Inc.
Open University Malaysia. (2006). HBAE1103 Pengenalan pendidikan seni visual.
Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAhmad NazRi
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfssuser3f4b32
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Norizan Abdul Rahman
 
Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 postershare with me
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualArliliza Liz
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Qiaisuramza Alni
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalArifahAzlanShah2
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangAfifah Yusoff
 

Mais procurados (20)

Contoh rph seni
Contoh rph seniContoh rph seni
Contoh rph seni
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Jenis jenis boneka
Jenis jenis bonekaJenis jenis boneka
Jenis jenis boneka
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
 
Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 poster
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Catan india
Catan indiaCatan india
Catan india
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
 
Psv 1
Psv 1Psv 1
Psv 1
 
Aktiviti bercerita
Aktiviti berceritaAktiviti bercerita
Aktiviti bercerita
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
 

Semelhante a LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Kertas seminar
Kertas seminar Kertas seminar
Kertas seminar Ika Shika
 
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdfvonyfortuna
 
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptx
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptxPenilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptx
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptxdesy416809
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatimaz_baz
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)eli priyatna laidan
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)eli priyatna laidan
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksiIpgkrm123
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA  BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA  BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 

Semelhante a LAPORAN KAJIAN TINDAKAN (20)

Kertas seminar
Kertas seminar Kertas seminar
Kertas seminar
 
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf
3. Final MA_RUP.A.JLR.2.2_Riski Anggoro R_2_A.pdf
 
PTK
PTKPTK
PTK
 
Ptk s
Ptk sPtk s
Ptk s
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptx
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptxPenilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptx
Penilaian Kepala Sekolah Taman Kanak-Kanak/PAUD.pptx
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowati
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (4)
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Proposal ptk.1
Proposal ptk.1Proposal ptk.1
Proposal ptk.1
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA  BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA  BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR ...
 

Último

Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Último (20)

Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1PENGENALAN Dalam kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011) menggariskan bahawa subjek Pendidikan Seni Visual telah diberi nama baharu menjadi Dunia Seni Visual di mana sekarang ini telah diselaraskan untuk semua tahun bermula dari tahun 1 hingga tahun 3, manakala Pendidikan Seni Visual dikhususkan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 disediakan bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Oleh itu, dalam penyelidikan tindakan ini saya akan meningkatkan kemahiran ton warna panas murid terutama dalam bidang Menggambar. Bidang Menggambar ini merujuk kepada penghasilan lukisan landskap suasana matahari terbit atau matahari terbenam. Murid belajar meneroka kejadian alam sekeliling menggunakan deria dan respons emosi terhadap kumpulan warna panas yang dilihatnya. Menurut Bersoon (1982) dalam Prof Dr. Mansor Fadzil (2006), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respons emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni dalam meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Dalam kajian ini murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel sahaja kerana ia sesuai dengan tahap psikomotor murid tahun 2. Disokong oleh kajian yang telah dijalankan Rhonda Kellog (1967), menyatakan dalam kemahiran melukis khusus bagi kanak-kanak berumur 2-8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol tertentu. Pada tahap ini mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok. Pengajaran kumpulan warna panas ditekankan dengan bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya bina sebelum murid melakukan kaedah RISET ini. Keseluruhan kajian ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran ton warna murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. 1.2 KONTEKS Sebagai pengkaji yang telah berada di sekolah selama 3 bulan, saya melihat masalah kemahiran menggunakan ton warna dalam kalangan murid ini jelas sekali berlaku dan sering memberi impak terutama dalam pengajaran lukisan bidang menggambar. Kekurangan dalam penguasaan kemahiran ton warna ini menyebabkan
  • 2. 2 segelintir murid merasakan subjek seni ini sesuatu yang sukar dan tidak seronok untuk diteroka. Malah, saya turut melihat bagaimana pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh guru seni di sekolah ketika menerangkan atau mengajar ton warna kepada murid terutama tahap 1. Hal ini kerana kemahiran ini perlu diberi pendedahan lebih awal supaya murid dapat menguasai kemahiran asas mewarnai menggunakan media kering. Jadi saya menjadikan masalah ini sebagai satu kajian saya untuk saya membantu murid ini dan memberi kemudahan kepada guru-guru seni di sekolah. Hal ini kerana dalam sukatan pelajaran seni tiada pengajaran yang khusus untuk mengajar ton warna sahaja. Saya telah membina satu kaedah yang saya beri nama RISET iaitu diambil daripada gabungan “sunrise” dan “sunset” sesuai dengan objektif utama lembaran ini digunakan bagi murid dapat mempelajari teknik ton warna dalam menghasilkan lukisan landskap matahari terbit atau matahari terbenam. Dua perkataan ini saya gabungkan menjadi satu akronim baru sebagai satu alat kaedah lembaran kerja saya. Jadi, peluang untuk saya memperkenalkan dan mengaplikasikan kaedah yang saya bina ini sebagai pemudah cara bukan hanya untuk murid tetapi juga untuk para guru seni sendiri (Rujuk Lampiran 1). Peserta kajian merupakan murid tahun 2 dan sebelum membuat pemilihan peserta kajian beberapa pengumpulan data awal telah dilakukan. Saya memilih murid tahun 2 kerana pada peringkat ini murid dalam proses untuk meningkatkan kemahiran kawalan psikomotor mereka. Dalam penulisan laporan Ernie Suliana binti Md.Shariff, menurut Huttenlocher (1990,1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak 1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya telah menjalani praktikum Fasa II di Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1 selama 8 minggu iaitu selama dua bulan. Saya telah mengajar kelas Tahap 1 bermula tahun 1 hingga tahun 3. Setiap kelas yang saya mengajar pasti ada masalah kemahiran mewarna yang belum murid kuasai sepenuhnya dan ini menjadi salah satu punca pedagogi saya terganggu. Malah, murid saya sendiri mengalami masalah apabila tidak mahu melakukan aktiviti tersebut dan menyalahkan diri dan kawan sekeliling. Di sini,
  • 3. 3 saya akan memperincikan masalah yang berlaku semasa pedagogi saya dijalankan terhadap murid Tahun 2 khusus bagi kajian ini. Berdasarkan pengajaran saya yang lepas, ketika saya mengajar kelas 2 Jaya untuk aktiviti membuat arca bunga stabail, murid saya diminta mewarnakan template bunga yang telah saya sediakan. Perkara pertama yang saya kenal pasti ialah murid tidak tahu apa itu ton warna. Buktinya melalui soal jawab saya bersama murid, antara situasinya apabila murid menyatakan “Cikgu, macam mana saya nak guna ton warna? Sebab saya tak pernah belajar sebelum ini”. “Cikgu saya tak suka guna banyak warna, boleh tak saya guna satu warna sahaja?”. “Cikgu saya tidak tahu bagaimana membuat ton warna”. Hal ini amat jelas menunjukkan pengetahuan murid masih berada pada tahap yang rendah dan tahap minat murid untuk mewarna sangat mengecewakan. Saya membuat beberapa andaian, mungkin murid sukar untuk mewarna gambar bunga mengikut teknik yang betul iaitu di mana bahagian gelap dan terang. Seterusnya dalam aktiviti menggambar iaitu mewarna kartun, saya terlebih dahulu memperkenalkan murid tentang satu istilah yang lebih mudah, iaitu konsep “kembar warna‟. Pada awalnya murid boleh ikuti dengan baik, tetapi yang menjadi masalah adalah murid tidak tahu teknik mencampur warna dengan betul. Konsep kembar warna ini merupakan kumpulan warna yang sama dan mempunyai kepekatan yang berbeza. Misalnya warna biru gelap dan biru cair, warna merah gelap dan merah cair, warna hijau gelap dan hijau cair. Merujuk Paidon (2001), ton warna merupakan nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Jadi konsep ini diperkenalkan supaya memudahkan murid untuk mengingat dan menghasilkan gabungan warna dalam aktiviti menggambar ini dengan betul. Namun, masih berlaku masalah apabila murid tidak tahu bagaimana mencampurkan dua warna ini dengan kemas. Dalam aktiviti ini murid menggunakan media pensel warna sahaja kerana ia merupakan media asas yang paling mudah untuk digunakan. Namun terdapat beberapa orang murid mengadu kepada saya, “Cikgu susah untuk saya menghasilkan ton warna menggunakan pensel warna”. “Cikgu bolehkah saya warna gelap ke terang hanya menggunakan satu warna sahaja?”
  • 4. 4 Kebanyakan murid masih lagi mengalami masalah kekeliruan dalam memilih warna untuk melakukan ton warna. Malah, mereka lebih gemar mewarna secara pekat dan terang tanpa mengaplikasikan nilai warna secara tepat melalui ton warna. Jadi, melalui tinjauan awal ini saya dapat mengenal pasti masalah utama murid yang mempunyai kemahiran ton warna yang lemah. Seterusnya, pengajaran minggu yang berikutnya, saya menjalankan ujian mewarna kaedah empat petak. Kaedah ini diberikan nama empat petak kerana terdapat empat jenis warna iaitu warna merah, kuning, biru dan hijau. Setiap petak perlu diwarnakan mengikut kaedah kembar warna yang telah diperkenalkan. Kaedah empat petak ini bertujuan untuk melihat kemahiran murid dalam mencampur warna untuk menghasilkan ton warna yang betul dan membantu murid mengingat kumpulan warna panas dan sejuk. Pemilihan warna panas dan warna sejuk ini difokuskan kerana kebanyakan warna dalam kumpulan ini melibatkan kepada warna-warna landskap. Sebelum ujian ini dijalankan saya memberi penerangan awal mengenai kumpulan warna panas iaitu warna merah, kuning dan jingga manakala kumpulan warna sejuk biru dan hijau. Sesi soal jawab bersama murid turut dijalankan bagi melihat pengetahuan sedia ada murid mengenai kumpulan warna panas dan warna sejuk dalam kehidupan seharian mereka. Rajah 1. Murid sedang melakukan ujian mewarna kaedah empat petak. Sebagai contoh dalam petikan The New Encyclopedia of Watercolour Techniques yang ditulis oleh Diana Craig dan Hazel Harison (2004) menyatakan bahawa teknik warna air menggunakan Analogous Palette iaitu menggunakan warna-warna panas. Penulis menyatakan bahawa “….a painting done in a analogous scheme can encompass all cool colours for a sombre on night-time scene or warm colours for a lighter portrayal.” (2004:111).
  • 5. 5 Menurut petikan di atas, penulis menerangkan kesan aplikasi warna panas dan warna sejuk. Murid hendaklah memahami konsep dan fungsi warna panas dan sejuk barulah boleh mengaplikasikan warna-warna tersebut dalam penghasilan karya terutamanya di dalam lukisan landskap. Saya turut melakukan langkah demonstrasi sebelum murid melakukan ujian ini. Namun, apa yang saya jangkakan berlaku seperti sebelumnya. Murid masih tidak tahu mencampur warna dengan baik dan murid masih lagi kelihatan teragak-agak ketika mewarna kerana tidak tahu melakukannya secara praktikal. Hal ini berikutan kerana murid tidak diberi latihan melakukan teknik ton warna tetapi hanya melihat dan mempelajarinya secara teori semata-mata. Pemerhatian terhadap murid turut diteruskan dengan melihat hasil kerja murid di mana kebanyakan murid masih belum cukup menguasai teknik ton warna dengan betul. Secara jujurnya saya sendiri kecewa dengan diri saya kerana murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Malah, kekecewaan ini berterusan apabila saya turut melihat bagaimana guru seni mengajar murid terutama tahun 2 yang memerlukan pendedahan awal mengenai perkara asas dalam mewarna, tapi malangnya guru hanya mengikut silibus dalam rancangan tahunan subjek dunia seni visual semata-mata. Menurut Fazlin bt Kamsan (2012), beliau menyatakan dalam kajian beliau mengenai kemahiran ton warna ini penting untuk murid tahu nilai warna dan dapat menghasilkan tona warna dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Jelas, berlaku banyak masalah jika guru hanya menerangkan ton warna tetapi tidak mengajar dengan lebih khusus apa itu tona warna. Malah, jika murid dari peringkat awal tidak diberi pendedahan mengenai kemahiran asas seperti ton warna ini, maka agak sukar untuk mereka meneroka dengan lebih lagi kemahiran yang lain dan mereka agak tersekat untuk meneroka sesuatu yang baru kerana tiada kemahiran awal seperti ini. Oleh itu, saya sendiri menyahut cabaran dengan memberanikan diri untuk mengambil masalah ini sebagai satu kajian awal untuk saya atasi. Kaedah yang relevan dan mempunyai ansur maju perlu dirancang untuk mengelakkan penggunaan teori semata-mata. Saya berpandangan bahawa satu kaedah perlu dirancang oleh saya bagi menyelesaikan masalah mewarna seperti ini. Sebagai seorang guru seni, saya perlu lebih kreatif dan kritis agar dapat menyumbang kepada pembelajaran yang bermanfaat untuk murid. Ini adalah kerana guru yang bijaksana adalah guru yang dapat menjadikan proses pengajaran sebagai sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Saya
  • 6. 6 juga perlu keluar dari kepompong amalan guru seni biasa dengan cara menggunakan elemen yang lebih baharu dan selari dengan pembelajaran abad yang ke-21. 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid menggunakan kaedah lembaran kerja “RISET”. Kemahiran ton warna murid sering kali tidak dianggap penting kerana tiada sukatan khusus yang melibatkan pengajaran teknik ton warna sahaja. Murid mempelajari secara teori semata-mata dan praktikalnya tidak dijalankan bersama oleh guru yang mengajar subjek seni. Saya mengambil peluang ini dengan membina sendiri satu alat intervensi iaitu lembaran kerja “RISET”. Lembaran kerja RISET ini digunakan sepenuhnya oleh murid sewaktu pengajaran saya dengan bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya sediakan. Ini merupakan satu kajian yang membawa perubahan dan peningkatan kepada murid tahun 2 dalam menguasai kemahiran ton warna untuk menghasilkan lukisan landskap. 2.1.1 Kebolehtadbiran Dari segi kebolehtadbiran, pelaksanaan RISET ini adalah mudah dan senang diuruskan. Saya mengikut kandungan yang telah dirancang dan memastikan murid dapat melakukan setiap edaran lembaran kerja yang diberikan. Malah, saya juga mampu untuk menguruskan pengajaran saya dan membuat pengumpulan data seperti temu bual dan pemerhatian terhadap murid kajian saya sebelum dan selepas kaedah ini dilakukan. Kesediaan sekolah dari segi tempat seperti bilik seni dan bilik media juga memudahkan saya untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai. Malah dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai seperti paparan video, paparan gambar, roda warna dan kad berwarna, ia mampu meningkatkan kefahaman dan kemahiran ton warna murid dengan lebih berkesan. Saya hanya perlu memastikan susunan aktiviti yang dijalankan mengikut langkah yang telah dirancang. Kaedah ini juga mampu dijalankan dan dipraktikkan di sekolah kerana ia bersifat fleksibel untuk guru opsyen selain seni menggunakannya. 2.1.2 Kebolehgunaan Kajian ini sangat relevan kepada semua peringkat sekolah termasuklah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah kerana penggunaan kaedah lembaran kerja
  • 7. 7 “RISET” ini amat mudah dan senang untuk dipraktikkan dan digunakan oleh guru seni mahupun guru yang bukan berada dalam opsyen seni. Persembahan PowerPoint boleh dimasukkan dalam cakera padat (CD) dan diletakkan di perpustakaan misalnya ataupun di bilik seni untuk kegunaan guru-guru pada masa akan datang. Malah, segala alat bahan bantu mengajar saya berbentuk maujud dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu bebanan yang berat. Sehubungan dengan itu, dari segi tahap pencapaian kajian ini saya dapat menganggarkan hampir 98% kerana dengan kaedah yang saya gunakan ini mampu meningkatkan tahap kemahiran ton warna murid. 2.1.3 Kawalan Kajian dilakukan dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran ton warna murid. Kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat mudah digunakan kerana sesuai diaplikasikan oleh guru dan mengikut tahap serta kemampuan murid tahun 2. Malah dari segi kos kajian ini tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan lembaran kerja “RISET” ini. Kajian ini turut dijalankan sewaktu mata pelajaran seni dan tidak mengganggu masa pengajaran guru lain. Seterusnya kajian kaedah ini dijalankan di dalam bilik darjah tahun 2 itu sendiri atau di bilik seni dan sentiasa berada dalam kawalan saya sendiri. Kajian ini melalui dua kitaran dan ia mampu dijalankan dengan baik kerana tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi dan ruang yang maksima kerana alat kaedah ini sangat praktikal untuk digunakan. 2.1.4 Kerelevanan kepada sekolah Saya merasakan bahawa penggunaan kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat relevan kepada murid di sekolah, malah kepada guru seni atau guru aliran lain juga. Setiap bahan bantu mengajar yang saya hasilkan juga boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pengajaran kepada murid. Kepelbagaian bahan yang digunakan dalam pengajaran bukan sahaja menarik minat murid untuk meneroka dengan lebih mendalam tetapi menjadikan setiap ilmu yang diperoleh bermakna. Sehubungan dengan itu, saya dapat menjangkakan jika masalah ini tidak diambil inisiatif segera dan berperingkat, masih ramai murid di negara Malaysia yang tidak tahu kemahiran asas mewarna berbanding dengan murid di negara luar. Jadi, fokus kajian ini untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid menggunakan media kering kumpulan warna panas dalam menghasilkan lukisan landskap perlu didedahkan dengan lebih meluas demi melahirkan murid yang lebih kreatif di masa hadapan
  • 8. 8 2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL Semasa melakukan tinjauan awal, saya telah mengumpul data dengan menggunakan beberapa instrumen kajian antaranya termasukIah pemerhatian, analisis dokumen, ujian diagnostik dan (ujian mewarna). Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah di samping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, saya perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 2.2.1 PEMERHATIAN Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas peserta kajian semasa subjek kajian mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati teknik ton warna murid dan perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah semasa pengajaran saya. Menurut Nordin Tahir (2012), data yang dipungut melalui pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar. Saya membuat pemerhatian secara berstruktur dengan menyediakan satu borang pemerhatian yang mengandungi aspek pemerhatian yang ingin saya kaji iaitu borang berbentuk skala Likert mengenai kemahiran ton warna murid (Jadual 1). Jadual 1. Kemahiran ton warna murid Bi l Kriteria kemahiran ton warna murid Bilangan murid mengikut senarai nama M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 1. Cara memegang pensel 2. Warna mengikut garisan objek 3. Teknik mencampur dua warna 4. Arah sapuan warna 5. Postur duduk semasa mewarna
  • 9. 9 Borang skala Likert ini telah dikaji supaya saya dapat mengesan kelemahan paling ketara pada kriteria yang telah ditetapkan. Skala Likert ini terdiri daripada lima tahap iaitu kurang baik (1), memuaskan (2), sederhana baik (3), baik (4) dan sangat baik (5). (Rujuk Lampiran 2). 2.2.2 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen yang dikaji. Antara kutipan dokumen awal yang telah saya kumpulkan termasuklah markah pencapaian murid dan bahan dokumen bergambar semasa murid ini melakukan aktiviti mewarna (Rujuk Lampiran 3). Markah pencapaian dan gred murid dikategorikan mengikut tahap untuk dipilih menjadi peserta kajian saya. 2.2.3 UJIAN DIAGNOSTIK Bagi ujian diagnostik saya telah menjalankan ujian mewarna empat petak. Ujian mewarna ini melibatkan keseluruhan kelas 2 Jaya iaitu seramai 26 orang. Saya melakukan ujian mewarna ini bertujuan untuk melihat hasil sebenar murid tahun 2 ini dalam aktiviti mewarna ton warna. Ujian mewarna ini fokus untuk melihat kemahiran ton warna murid dengan lebih tepat lagi. Hasil ujian mewarna ini dikumpul dan dinilai (Rujuk Lampiran 4). Murid yang mendapat keputusan mewarna yang lemah dipilih menjadi peserta kajian saya. 2.3 ANALISIS PENGUMPULAN DATA AWAL Setelah melakukan tiga tinjauan awal terhadap keseluruhan murid tahun 2 Jaya iaitu seramai 26 orang, saya telah membuat analisis secara keseluruhan mengikut tinjauan awal yang dijalankan. Hal ini bertujuan bagi memilih peserta kajian saya mengikut permasalahan kajian saya bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian saya ini. 2.3.1 PEMERHATIAN Pemerhatian dilakukan secara berstruktur semasa aktiviti seni dijalankan dalam kelas. Pemerhatian ini dianalisis secara peratus untuk setiap kriteria yang telah diperhatikan. Kiraan skala likert setiap murid dikira secara keseluruhan dan dikira melalui kiraan peratus. X 130 x 100
  • 10. 10 Rajah 2. Keputusan skala likert borang pemerhatian Jadual 2. Petunjuk kriteria Kriteria 1 Cara memegang pensel Kriteria 2 Warna mengikut garisan Kriteria 3 Teknik mencampurkan dua warna Kriteria 4 Arah sapuan warna Kriteria 5 Postur duduk semasa mewarna Keputusan jadual menunjukkan peratus murid untuk setiap kriteria pemerhatian mempunyai perbezaan yang ketara. Dalam kriteria 1 menunjukkan peratus murid paling tinggi berada dalam skala baik sahaja. Manakala kriteria 2 menunjukkan skala sederhana baik mempunyai peratus yang paling tinggi. Dalam kriteria 3 pula menunjukkan peratus paling tinggi pada skala memuaskan sahaja dan ini menunjukkan kebanyakan murid masih belum dapat menguasai kemahiran ton warna. Seterusnya dalam kriteria 4 menampakkan keseluruhan murid berada pada skala sederhana baik sahaja dan menunjukkan peratus yang paling tinggi berbanding bilangan peratus kriteria yang lain. Hal ini membuktikan murid tahun 2 Jaya ini mempunyai kelemahan 0 10 20 30 40 50 60 70 80 kriteria 1 kriteria 2 kriteria 3 kriteria 4 kriteria 5 peratus kriteria pemerhatian Keputusan skala likert pemerhatian kurang baik memuaskan sederhana baik baik sangat baik
  • 11. 11 dari segi psikomotor mereka. Akhir sekali pada kriteria 5 iaitu postur duduk semasa mewarna menunjukkan peratus paling tinggi berada pada skala sederhana baik dan murid perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti mewarna kerana turut mempengaruhi cara murid mewarna. Murid tahun 2 Jaya masih belum mencapai skala sangat baik dan perhatian perlu diberikan terutama kepada murid yang mempunyai tahap skala likert yang perlu diberi latihan. 2.3.2 ANALISIS DOKUMEN Terdapat dua analisis dokumen yang telah saya kumpul dan turut menganalisis peratus pencapaian murid dalam subjek Dunia Seni Visual secara keseluruhan dalam Rajah 3 dan dokumen bergambar seperti yang telah dilampirkan (Rujuk Lampiran 3). Rajah 3. Graf analisis peringkat pencapaian murid kelas 2 Jaya mengikut aktiviti seni. Data menunjukkan keseluruhan murid dalam kelas 2 Jaya ini mempunyai masalah dalam aktiviti bidang Menggambar. Bilangan murid yang mencapai peringkat yang amat cemerlang amat sedikit dalam aktiviti bidang Menggambar ini berbanding dengan bidang seni yang lain. Aktiviti bidang Menggambar termasuklah lukisan rumahku dan mewarna Hari Dadah. Ini menunjukkan terdapat beberapa orang murid yang mempunyai masalah kemahiran sama ada kemahiran melukis, kemahiran psikomotor atau kemahiran mewarna. Jadi, melalui analisis ini saya dapat mengenal 0 0 2 4 1 9 18 24 22 16 11 8 0 0 9 5 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 5 10 15 20 25 30 Lukisan rumahku Bunga stabail Topeng Tembikar Mewarna Hari Dadah Bilanganmurid Pencapaian murid mengikut aktiviti seni Amat cemerlang Cemerlang Kepujian Lulus Gagal
  • 12. 12 pasti tahap keseluruhan murid 2 Jaya dan murid yang mempunyai pencapaian yang agak lemah terutama dalam bidang Menggambar ini. 2.3.3 UJIAN DIAGNOSTIK Melalui ujian diagnostik ini saya telah melakukan ujian mewarna kaedah empat petak untuk melihat dengan lebih dekat lagi kemahiran ton warna murid. Analisis dilakukan dengan peratus pencapaian markah murid secara keseluruhan kelas 2 Jaya. Rajah 4. Keputusan ujian diagnostik (ujian mewarna) Keputusan ujian mewarna menunjukkan hampir keseluruhan murid mencapai keputusan cemerlang iaitu pencapaian gred A dan A- dengan markah 75 hingga 89 markah. Manakala bilangan kedua tertinggi adalah pada peringkat kepujian yang mendapat pencapaian gred B+, B dan B- dengan markah dari 60 hingga 74 markah. Peringkat lulus pula merupakan ketiga tertinggi dengan pencapaian murid yang memperoleh gred C+ dan C dengan markah 50 hingga 59 markah. Jadi saya telah memilih peserta kajian yang berada dalam peringkat cemerlang, kepujian dan lulus untuk melihat peningkatan yang lebih baik melalui kaedah RISET yang telah saya bina. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 amat cemerlang cemerlang kepujian lulus gagal Keputusan ujian mewarna Bilangan murid
  • 13. 13 2.4 TINDAKAN Kitaran kajian yang dipilih adalah berdasarkan Model Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1983), di mana model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Rasional model ini dipilih kerana model ini dapat dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya dan kemahiran dapat ditingkatkan. Oleh itu, fokus kajian saya, kaedah RISET ini perlu dilakukan secara berulang-ulang supaya peningkatan dalam kemahiran dan pemahaman ton warna panas menggunakan media kering dapat ditingkatkan mengikut tahap yang diinginkan. Rajah 5 . Model Kemmis dan McTaggart (1983). Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah RISET untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid tahun 2. Kaedah RISET ini adalah berbentuk lembaran kerja seperti latihan latih tubi. Kaedah latih tubi ini disokong oleh teori Behavioris yang menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Lembaran RISET ini mempunyai dua bahagian dan sesuai dijalankan untuk dua sesi sahaja. Setiap bahagian mempunyai arahan yang perlu diikuti dan ia bermula daripada peringkat yang konkrit ke abstrak. Murid akan mempelajari setiap langkah bermula daripada teknik mencampurkan warna, membuat lukisan mudah sehingga menghasilkan satu lukisan landskap menggunakan media kering yang dipilih sama ada pensel warna atau oil pastel. Refleksi Pemerhatian Perancangan Tindakan Penambahbaikan Perancangan Tindakan Pemerhatian Refleksi 1 1 2 3
  • 14. 14 Rajah 6. Model Kemmis dan Mc Taggart yang diubah suai dalam kajian peningkatan kemahiran ton warna.
  • 15. 15 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif ini bersifat eksplisit bagi mencapai setiap persoalan kajian dan isu yang dikaji. Kejayaan objektif ini diukur pada akhir kajian melalui tindakan kaedah RISET yang telah saya bina. OBJEKTIF UMUM : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. OBJEKTIF KHUSUS : 1. Mengenal pasti masalah kemahiran murid yang tidak dapat dikuasai ketika menghasilkan lukisan landskap. 2. Mencari punca masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. 3. Meningkatkan kemahiran ton warna panas murid menggunakan kaedah RISET. 3.1 SOALAN KAJIAN 1. Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap? 2. Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? 3. Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? 4.0 PESERTA KAJIAN Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid tahun 2 SK Puteri Pandan 1 yang mengalami masalah dalam kemahiran ton warna. Tahap kemahiran setiap murid ini berbeza dari peringkat sederhana hingga lemah. Walaupun semua peserta kajian mempunyai jantina yang sama, tetapi mereka mempunyai kemahiran dan cara yang berbeza. Seramai tiga orang murid adalah sederhana dan dua orang lemah dalam pencapaian subjek Dunia Seni Visual dan hanya seorang yang memegang jawatan sebagai ketua kelas. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diagnostik yang telah dijalankan selama dua bulan. Dalam analisis dokumen, saya memilih murid berpandukan beberapa kriteria seperti melihat hasil karya pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil karya murid dalam ujian mewarna dilihat sebagai satu kayu ukur untuk menjadikan murid tersebut sebagai peserta kajian saya. Kriteria
  • 16. 16 berikutnya adalah maklumat demografi murid yang merangkumi jantina, umur, bangsa, jawatan, pencapaian dalam subjek DSV dan ciri-ciri unik murid tersebut. Kesemua maklumat ini diringkaskan dan dirumuskan dalam jadual data demografi peserta kajian saya. Jadual 3 . Data demografi peserta kajian Murid Jantina Umur Bangsa Nama kelas / jawatan Pencapaian subjek DSV Ciri-ciri unik Murid A Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / Ketua kelas Kepujian Suka mengadun warna Murid B Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Kepujian Mencipta corak Murid C Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Lulus Susun bina binaan Murid D Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Cemerlang Lukisan imaginatif Murid E Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Lulus Mereka bentuk peniruan Jadual 4. Petunjuk gred pencapaian dalam DSV Peringkat Markah Gred Amat cemerlang 90 – 100 A+ Cemerlang 75 – 89 A, A- Kepujian 60 – 74 B+, B, B- Lulus 50 – 59 C+, C Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F
  • 17. 17 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Tindakan yang saya gunakan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa sebelum dan semasa intervensi dijalankan. Berikut adalah rajah fasa pelaksanaan. Rajah 7. Fasa-fasa tindakan Ketika fasa-fasa sebelum tindakan, saya menganalisis dokumen untuk melihat masalah atau isu kajian secara umum seperti hasil campuran warna murid, pengetahuan tentang warna dan ton warna. Dapatan analisis tersebut disahkan melalui ujian diagnostik (ujian mewarna), pemerhatian dan analisis dokumen murid yang telah dibuat untuk mengesahkan masalah yang dihadapi peserta kajian. Ujian pra turut dijalankan sebelum RISET diberikan bagi melihat peningkatan murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Fasa 1 sebelum tindakan ini dijalankan memakan masa selama dua bulan semasa berada di praktikum II. Pada tiga bulan yang berikutnya semasa saya menjalani praktikum III, fasa kedua dijalankan iaitu kaedah RISET ini digunakan. Dalam fasa 2 ini saya telah membahagikan kepada dua peringkat iaitu kitaran 1 dan kitaran 2. Setiap kitaran ini murid menggunakan media yang berbeza. Pada kitaran 1 murid menggunakan pensel warna sahaja. Kaedah demonstrasi tambahan turut digunakan dengan menunjuk cara Fasa-fasa tindakan Fasa 1 : sebelum intervensi (2 bulan) Mengenal pasti masalah murid melalui analisis karya dan pemerhatian Mengesahkan masalah murid melalui ujian diagnostik Fasa 2 : semasa intervensi (3 bulan) Kitaran 1 : melaksanakan tindakan RISET menggunakan pensel warna Kitaran 2 : Melakukan semula kaedah RISET menggunakan oil pastel
  • 18. 18 bagaimana mencampurkan warna dan tayangan gambar suasana matahari terbit dan matahari terbenam. Kaedah RISET ini dijalankan menggunakan media pensel warna sahaja. Kitaran 2 pula saya memberi penambahan untuk menggunakan media oil pastel untuk kaedah RISET ini. Setiap kitaran ini murid akan melalui dua sesi. Hal ini berikutan kerana setiap satu sesi mengambil masa sejam dan murid memerlukan dua jam bagi menyiapkan satu lembaran RISET ini. Setiap kitaran dijalankan berpandukan tindakan model yang telah dipilih dan diubahsuai selari dengan kajian yang saya jalankan ini (Rujuk Rajah 7). Jadual 5. Pelaksanaan tindakan Bil. Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal Januari 2016 2. Menulis kertas cadangan kajian Februari 2016 3. Merancang tindakan Februari 2016 4. Melaksanakan tindakan Mac 2016 5. Mengumpul data April 2016 6. Menganalisis data Mei 2016 7. Refleksi kajian Jun 2016 8. Menulis laporan kajian Ogos 2016 9. Pembentangan dapatan kajian dalam seminar Oktober 2016 10. Penulisan artikel kajian dalam prosiding Oktober 2016 11. Penjilidan laporan kajian Oktober 2016
  • 19. 19 5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil daripada data yang diperoleh ini, saya memilih kaedah yang paling sesuai untuk menganalisisnya. Analisis data ini berdasarkan kepada empat aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh saya iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. 5.2.1 UJIAN PRA DAN PASCA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ujian bermaksud pemeriksaan untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan dan bertulis. Oleh itu, pengkaji telah jalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Pada peringkat pertama sebelum pengajaran menggunakan kaedah RISET, saya telah mengendalikan ujian pra terhadap empat orang murid yang dipilih berasaskan kepada gred pemarkahan ujian seni mereka. Ujian pra telah diberikan sebelum intervensi dibuat, manakala aktiviti kitaran pertama dan kedua dilaksanakan semasa intenvensi. Ujian pra dijalankan untuk memastikan murid-murid yang bermasalah dalam ujian tindakan ini. Ujian pra ini dijalankan sebelum menggunakan lembaran kerja RISET yang dibina untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Saya menjalankan ujian pra ini pada 12 Julai 2016 selama satu jam tanpa menggunakan kaedah RISET (Rujuk Lampiran 5). Keputusan menunjukkan murid masih belum berada pada tahap yang baik dari segi kemahiran ton warna tetapi dari segi pengetahuan sedia ada murid menunjukkan tahap yang memuaskan. Latihan dan tunjuk cara perlu diberi penekanan supaya pengetahuan sedia ada murid dapat ditambah baik dan diberikan peningkatan ke tahap yang lebih cemerlang. Seterusnya diadakan ujian pasca iaitu selepas menggunakan lembaran kerja RISET. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan maklum balas murid sama ada kemahiran mereka berjaya ditingkatkan atau sebaliknya. Ujian pasca ini dijalankan sebanyak dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai dua sesi kaedah RISET. Keputusan menunjukkan peningkatan kemahiran ton warna murid mencapai tahap yang lebih baik pada kitaran 2. Hal ini menunjukkan murid faham dan berjaya mengaplikasikan latihan RISET yang diberikan. Malah objektif utama saya berjaya dicapai dengan baik (Rujuk
  • 20. 20 Lampiran 6). Skor direkodkan berdasarkan kepada rubrik pemarkahan analitik yang telah saya disediakan. 5.2.2 PEMERHATIAN Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti sesi pada kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap peningkatan kemahiran ton warna murid dalam bilik darjah semasa kaedah lembaran kerja RISET diaplikasikan. Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan pemerhatian saya ialah borang senarai semak. Menurut Sharifah Zaleha (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku sebagaimana ia benar-benar berlaku dan mencatatkan ciri menonjol bagi tingkah laku subjek (Mohd. Majid, 2000). Untuk memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak digunakan bagi setiap sesi RISET yang dijalankan. Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya saya dapat mengesan kelemahan paling ketara pada item-item yang telah ditetapkan. Saya telah menggunakan borang senarai semak berbentuk Ya/Tidak dalam kajian ini. Dalam senarai semak ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kefahaman murid, tingkah laku dan kemahiran ton warna. Dalam setiap bahagian ini mempunyai item-item yang ingin diperhatikan (Rujuk Lampiran 7). Borang senarai semak ini digunakan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan digunakan untuk dua kitaran. 5.2.3 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen dibuat berdasarkan kepada hasil karya murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan pasca boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah dan hasilnya boleh dirujuk sebagai sumber . Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen yang dikaji (Pasukan penyelidik, 2015). Dalam analisis dokumen ini saya menggunakan instrumen rubrik pemarkahan yang saya bina (Rujuk Lampiran 8). 5.2.4 SOAL SELIDIK Soal selidik merupakan cara untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
  • 21. 21 pembelajaran. Soal selidik ini saya bina menepati objektif atau masalah yang saya kaji dan mudah untuk murid saya menjawab serta mendapatkan maklumat setepat yang mungkin. Soal selidik ini saya lakukan dalam bentuk soalan tertutup bertujuan untuk murid hanya perlu memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. Kaedah ini turut disokong oleh Gillham (2000) yang menyatakan soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Jadi saya memilih soalan tertutup dichotomous untuk murid saya kerana skala ini mempunyai dua pilihan jawapan seperti Ya/Tidak (Rujuk Lampiran 9).
  • 22. 22 5.3 KAEDAH ANALISIS DATA Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan empat aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Semua kaedah yang digunakan dianalisis menggunakan analisis kuantitatif yang melibatkan bilangan kekerapan dan peratusan. Jadual 6. Cara menganalisis data. Bil Instrumen Cara menganalisis data 1 Pemerhatian Bilangan kekerapan 2 Ujian pra dan pasca Peratus 3 Soal selidik Peratus 4 Analisis dokumen Peratus 5.3.1 PEMERHATIAN Data bagi pemerhatian dianalisis dengan cara menyemak semua maklumat dengan terperinci, membaca semua catatan, pemerhatian dan kemudian menganalisis dapatan melalui senarai semak yang disediakan. Menurut Meriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal „first hand encounter‟ tentang guru dan murid yang hendak dikaji. Pemerhatian terhadap murid dilakukan semasa murid sedang melakukan ujian pasca. Jadual 7. Analisis borang senarai semak pemerhatian terhadap murid semasa intervensi. Item Pernyataan Kitaran 1 Kitaran 2 Sesi 1 Sesi 2 Sesi 1 Sesi 2 Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Kefahaman murid 1 Kefahaman tentang ton warna 4 1 5 0 5 0 5 0 2 Kefahaman tentang lukisan landskap 0 5 1 4 5 0 5 0 3 Kefahaman tentang 2 3 3 2 5 0 5 0
  • 23. 23 matahari terbit dan terbenam Tingkah laku 4 Kekerapan bertanya dengan guru 4 1 4 1 2 3 1 4 5 Melihat / bercakap dengan rakan 3 2 4 1 3 2 1 4 6 Fokus ketika membuat tugasan 2 3 1 4 4 1 3 2 Kemahiran ton warna 7 Aplikasikan tiga warna panas 5 0 5 0 5 0 5 0 8 Murid tahu gabungkan warna panas 1 4 2 3 4 1 5 0 9 Mewarna dengan kemas 1 4 2 3 10 Menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan 3 2 5 0 11 Dapat melukis subjek asas lukisan landskap 2 3 4 1 12 Menghasilkan lukisan landskap dengan kemas 0 5 3 2 * Penyataan yang tidak digunakan. Berdasarkan senarai semak ini, saya dapat mengkategorikan kriteria murid semasa melakukan kaedah RISET ini dalam meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan media kering. Saya juga dapat mengetahui perubahan tingkah laku dan maklum balas peserta kajian berdasarkan senarai semak ini. Senarai semak ini digunakan setiap kali sesi RISET dijalankan bagi melihat lebih secara spesifik peningkatan murid dalam kemahiran ton warna.
  • 24. 24 5.3.2 UJIAN PRA DAN PASCA Analisis data bagi ujian pra dan ujian pasca menggunakan kaedah kuantitatif dan analisis deskriptif. Statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Menurut Chua (2006), huraian umum ini biasanya dapat menggambarkan ciri-ciri data yang diperolehi. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca, tahap peningkatan murid dikelaskan mengikut lima tahap iaitu amat cemerlang, cemerlang, kepujian, lulus dan gagal seperti Jadual 9 berdasarkan skala buku panduan pelaksanaan kerja kursus Institut Pendidikan Guru (IPG) (2015). Jadual 8 . Analisa perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca Murid Ujian pra (sebelum RISET) Ujian pasca (selepas RISET) A 67 ( B ) 91 ( A+ ) B 44 ( D+ ) 73 ( B+ ) C 55 ( C ) 83 ( A ) D 63 ( B- ) 70 ( B+ ) E 54 ( C ) 71 ( B+ ) Jadual 9. Petunjuk gred pentaksiran Peringkat Markah Gred Amat cemerlang 90 – 100 A+ Cemerlang 75 – 89 A, A- Kepujian 60 – 74 B+, B, B- Lulus 50 – 59 C+, C Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F Sumber : Buku panduan pelaksanaan kerja kursus IPG (2015). Perbandingan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan sokongan daripada hasil analisis dokumen iaitu hasil karya murid menggunakan rubrik pemarkahan yang telah dibina. Perbezaan hasil pencapaian murid ini menunjukkan murid dapat mencapai peningkatan selepas melakukan kaedah
  • 25. 25 RISET. Jelas sekali amalan teori Behavioris dalam hukum latihan banyak memberi peningkatan dalam kajian ini. 5.3.3 SOAL SELIDIK Bagi menganalisis borang soal selidik, saya telah menggunakan jadual kekerapan dengan merujuk kepada jawapan Ya/Tidak daripada murid. Setelah menganalisis instrumen ini, saya dapat mengetahui sejauh mana tahap perubahan peningkatan murid sebelum dan selepas tindakan kaedah RISET digunakan. Saya telah membuat perbandingan antara dua senarai borang soal selidik sebelum dan selepas kaedah RISET dijalankan. Jadual 10. Analisis kekerapan dan peratus sebelum soal selidik Bil. Penyataan Sebelum tindakan Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%) 1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 4 (80%) 1 (20%) 2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 2 (40%) 3 (60%) 3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 4 (80%) 1 (20%) 4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 4 (80%) 1 (20%) 5. Saya pernah melihat matahari terbit 0 (0%) 5 (100%) 6. Saya pernah melihat matahari terbenam 1 (20%) 4 (80%) Pengajaran guru 7. Guru pernah mengajar mengenai ton warna 0 (0%) 5 (100%) 8. Saya suka melakukan aktiviti berkumpulan ketika subjek seni 3 (60%) 2 (40%) 9. Pengajaran guru seni sangat menarik dan seronok/mudah diikuti 4 (80%) 1 (20%) Kemahiran seni 10. Saya selalu mewarna ketika masa lapang di rumah 4 (80%) 1 (20%) 11. Saya pernah mengikuti pertandingan mewarna di luar sekolah 3 (60%) 2 (40%) 12. Saya pernah mengikuti kelas/bengkel seni di luar 0 (0%) 5 (100%)
  • 26. 26 Jadual 11. Analisis kekerapan dan peratus selepas soal selidik. Bil. Penyataan Selepas tindakan Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%) 1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 5 (100%) 0 (0%) 2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 3 (60%) 2 (40%) 3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 5 (100%) 0 (0%) 4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 5 (100%) 0 (0%) 5. Saya sudah tahu bezakan matahari terbit dan terbenam 5 (100%) 0 (0%) 6. Saya sudah tahu teknik campurkan warna 5 (100%) 0 (0%) Pengajaran guru 7. Pengajaran guru seni sangat menarik dan seronok / mudah diikuti 5 (100%) 0 (0%) 8. Saya sudah faham pengajaran guru mengenai ton warna 5 (100%) 0 (0%) 9. Saya suka melakukan aktiviti lembaran RISET yang digunakan 5 (100%) 0 (0%) Kemahiran seni 10. Saya dapat mengaplikasikan teknik ton warna semasa menghasilkan lukisan landskap 5 (100%) 0 (0%) 11. Saya berjaya menggunakan media kering (pensel warna/oil pastel) ketika mewarna 5 (100%) 0 (0%) 12. Saya dapat melukis subjek asas lukisan landskap dengan mudah 5 (100%) 0 (0%) 5.3.4 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen ini dianalisis berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang telah saya bina. Kemahiran dan pengetahuan murid akan dianalisis secara individu untuk melihat tahap kekuatan dan kelemahan murid (Rujuk Lampiran 8). Dalam analisis dokumen ini saya gunakan selepas murid melakukan ujian pra dan ujian pasca. Perincian mengenai setiap kemahiran murid dapat dianalisis dengan lebih dekat dan mendalam lagi.
  • 27. 27 Rajah 8. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pra Jadual 12. Petunjuk setiap kriteria Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas Kriteria 2 Kefahaman suasana matahari terbit dan terbenam Kriteria 2 Aplikasi teknik ton warna panas Kriteria 3 Penggunaan pensel warna/ oil pastel Kriteria 4 Kemahiran melukis subjek asas Kriteria 5 Kekemasan Analisis menunjukkan murid B (44 markah) mempunyai jumlah markah yang paling rendah diikuti dengan murid E (47 markah), murid C (55 markah), murid D (63 markah) dan murid A (67 markah). Berdasarkan kepada kriteria yang dinilai kriteria 3 iaitu aplikasi teknik ton warna panas mempunyai jumlah keseluruhan markah yang paling tinggi iaitu 30 markah. Murid B mencapai markah yang paling rendah iaitu 10 markah dan menunjukkan murid B mempunyai kemahiran ton warna yang paling lemah. Namun, secara keseluruhan setiap murid masih belum dapat mencapai tahap yang cemerlang. Kemudian, saya menganalisis rubrik pemarkahan murid selepas menjalankan ujian pasca. 8 8 20 14 10 7 4 4 10 12 9 5 7 5 15 10 13 5 8 7 20 12 10 6 5 5 12 10 10 5 0 5 10 15 20 25 kriteria 1 (10m) kriteria 2 (10m) kriteria 3 (30m) kriteria 4 (20m) kriteria 5 (20m) kriteria 6 (10m) markah kriteria yang dinilai Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pra) murid A murid B murid C murid D murid E
  • 28. 28 Rajah 9. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pasca Perbandingan dapat dilihat apabila ujian pasca dijalankan selepas murid menjalani dua kitaran kaedah RISET. Pada kriteria 1 iaitu pengetahuan kumpulan warna panas menunjukkan kelima-lima orang murid berjaya mencapai markah penuh 10 markah. Manakala peningkatan murid B turut bertambah untuk semua kriteria terutama sekali kemahiran murid dalam teknik ton warna panas pada kriteria 3. Pada kriteria 5 iaitu kemahiran melukis subjek asas mendapati hanya murid B sahaja mendapat markah yang paling rendah iaitu 9 markah berbanding dengan murid lain. Semua murid menunjukkan tahap peningkatan yang baik berbanding dengan keputusan pada ujian pra sebelum ini. Murid A mencapai markah sebanyak 91 markah iaitu peringkat amat cemerlang, murid B pula mendapat jumlah markah 73 berada di peringkat kepujian, murid C mendapat 83 markah iaitu di peringkat cemerlang, murid D mencapat 70 markah iaitu di peringkat kepujian dan murid E mencapai 71 markah yang berada di peringkat kepujian. 10 9 28 19 17 8 10 8 25 14 9 7 10 9 28 18 10 8 10 8 20 10 16 6 10 7 20 12 15 7 0 5 10 15 20 25 30 kriteria 1 (10m) kriteria 2 (10m) kriteria 3 (30 m) kriteria 4 (20m) kriteria 5 (20m) kriteria 6 (10m) markah kriteria yang dinilai Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pasca) murid A murid B murid C murid D murid E
  • 29. 29 5.4 KAEDAH SEMAKAN DATA Triangulasi adalah proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data dan dilakukan untuk meningkatkan kesahan data. Triangulasi juga dikenali sebagai pemeriksaan silang atau kesahan silang (Kartini et al., 2012). Menurut Fatimah & Lim (2010) dalam buku Menguasai Penyelidikan Tindakan (2012), maklumat yang didapati data satu sumber boleh disahkan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Dalam kajian ini, saya menggunakan triangulasi data di mana mendapatkan maklumat dan data dari pelbagai sumber. Manakala menurut Ghazali (2012) dalam petikan buku Pasukan penyelidik (2015), kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecatatan. Rajah 10 menunjukkan kaedah triangulasi data yang digunakan bagi mencapai kesahan data kajian ini. Rajah 10. Triangulasi data. Melalui kaedah ujian pra saya jalankan sebelum kaedah RISET digunakan untuk melihat perubahan dan peningkatan murid selepas ujian pasca dijalankan menggunakan kaedah RISET. Dalam ujian pasca ini saya menggunakan dua kitaran untuk mendapatkan hasil kesahan dan kebolehpercayaan data yang tepat. Semasa ujian pasca ini dijalankan, pemerhatian berstruktur turut dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar murid semasa melakukan aktiviti RISET ini. Dalam kaedah pemerhatian, saya menggunakan rakaman video untuk merekodkan segala perbualan dan bunyi serta segala pergerakan dirakam melalui kamera video itu. Bahan rakaman ini sangat berguna untuk melihat dan mengkaji semula sesuatu situasi yang telah Ujian pra dan ujian pasca Pemerhatian : Senarai semak, hasil kerja murid Soal selidik : Soalan tertutup
  • 30. 30 dirakamkan. Saya turut menggunakan borang senarai semak untuk melihat tahap kefahaman murid, tingkah laku dan kemahiran ton warna murid. Setelah itu, saya membuat analisis dengan menggunakan kiraan kekerapan murid mengikut setiap sesi yang telah dijalankan. Saya juga dapat membuat penilaian dan perbandingan setiap tindakan yang saya guna bagi mengetahui sejauh mana peningkatan kemahiran ton warna murid melalui dua kitaran ini. Kaedah soal selidik pula dijalankan sebelum dan selepas PdP dijalankan. Hal ini bertujuan untuk melihat tahap peningkatan murid sebelum dan selepas menerima pengajaran menggunakan kaedah “RISET” ini. Soal selidik ini merupakan tinjauan yang paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu PdP murid. Bentuk soalan soal selidik saya adalah soalan tertutup dan hanya memerlukan murid menjawab „Ya‟ atau „Tidak‟ sahaja. Dapatan soal selidik ini dianalisis menggunakan kiraan kekerapan dalam bentuk peratusan.
  • 31. 31 6.0 DAPATAN KAJIAN Kajian ini adalah berkenaan dengan meningkatkan kemahiran ton warna panas bagi murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. Dalam dapatan kajian ini akan dipersembahkan keputusan data berdasarkan pada setiap persoalan kajian yang telah dibina untuk melihat sama ada dapatan kajian sesuai dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Malah turut disertakan dengan sokongan bukti dari pelbagai sumber data yang relevan bagi menjawab segala persoalan kajian ini. Setiap objektif kajian, persoalan kajian dan bagaimana data diperoleh mempunyai hubung kait dan saling sokong-menyokong antara satu sama lain serta memenuhi syarat mencapai kebolehpercayaan dan kesahan data (Rujuk Jadual 13). Jadual 13. Hubungkait persoalan kajian dan data yang diperoleh. Objektif kajian Persoalan kajian Cara kumpul data Instrumen Mengenal pasti masalah kemahiran murid yang tidak dapat dikuasai ketika menghasilkan lukisan landskap. Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap? Ujian pra dan ujian pasca, soal selidik Ujian mewarna, borang soal selidik Mencari punca masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? Pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen Borang senarai semak, borang soal selidik, rubrik pemarkahan Meningkatkan kemahiran ton warna panas murid tahun 2 menggunakan kaedah RISET. Bagimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? Ujian pasca, pemerhatian Borang pemarkahan, borang senarai semak Persoalan pertama : Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap?
  • 32. 32 Bagi menjawab persoalan ini, ujian pra dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Berdasarkan kepada dapatan ujian pra dan ujian pasca yang dibandingkan, peningkatan ketara terhadap pengetahuan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ton warna lukisan landskap sebelum dan selepas RISET digunakan. Ujian pra dilakukan sebagai ujian mewarna yakni murid menghasilkan lukisan landskap tanpa bantuan daripada guru. Melalui ujian mewarna ini, saya dapat menilai masalah kemahiran yang berlaku ketika murid mewarna dan pengetahuan sedia ada mereka mengenai landskap. Ujian pra ini bertujuan bagi memberi gambaran masalah awal yang berlaku terhadap murid terutama dalam menghasilkan lukisan landskap dalam bidang Menggambar ini. Keputusan ujian pra ini diperoleh melalui borang pemarkahan yang telah disediakan. Kiraan peratus terhadap setiap murid dipersembahkan dalam bentuk graf bagi tujuan melihat peningkatan perbandingan semasa ujian pasca. Rajah 11 . Dapatan Ujian Pra sebelum kaedah RISET digunakan. Selaras dengan itu juga, dalam dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET dijalankan, peratus murid menunjukkan perbezaan peningkatan yang tinggi melalui 12 item soal selidik yang diberikan kepada murid. Hasil dapatan soal selidik sebelum RISET digunakan dapat menjawab persoalan pertama mengenai masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Item yang menunjukkan 67 44 55 63 54 0 10 20 30 40 50 60 70 80 murid A murid B murid C murid D murid E Dapatan Ujian Pra Markah
  • 33. 33 peratus yang tinggi bilangan „Tidak‟ menjadi punca masalah kemahiran ton warna ini berlaku dalam kalangan murid. Rajah 12. Graf dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET digunakan. Persoalan kedua : Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? Bagi menjawab persoalan kedua, data daripada senarai semak pemerhatian mendapati peningkatan jumlah murid yang berjaya menunjukkan tahap kefahaman, tingkah laku dan kemahiran ton warna yang lebih baik semasa kitaran 1 dijalankan sehingga kitaran 2. Setiap kitaran mempunyai dua sesi iaitu sesi 1 dan sesi 2. Pada awalnya melalui aspek kemahiran ton warna saya mendapati hanya seorang sahaja murid yang tahu menggabungkan warna, kemudian meningkat kepada dua orang pada sesi 2 kitaran 1. Manakala dalam kitaran 2 pula, pada sesi 1 bilangan murid meningkat pada empat orang dan seterusnya pada sesi 2 dalam kitaran 2, keseluruhan murid telah berjaya mencapai 100% dalam item tersebut (Rujuk Rajah 13). 0 20 40 60 80 100 120 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item 10 Item 11 Item 12 Peratus Item soal selidik Dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET digunakan Ya Tidak
  • 34. 34 Rajah 13. Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton warna item 8 Dapatan ini disokong melalui hasil jawapan soal selidik murid sebelum RISET diberikan. Dapatan sebelum soal selidik menunjukkan murid mengalami beberapa masalah dalam menguasai kemahiran ton warna antara peratus kekerapan „Tidak‟ yang paling tinggi ialah guru pernah mengajar kemahiran ton warna. Hal ini menunjukkan tiada pengajaran ton warna yang khusus kepada murid menyebabkan murid tiada kemahiran ton warna yang baik. Malah pengetahuan murid mengenai ton warna pula tidak mencapai bilangan peratus yang memuaskan dan ini menyebabkan murid mengalami masalah dalam menghasilkan ton warna yang baik dalam lukisan landskap (Rujuk Rajah 6). Selain itu turut disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen yang dinilai dengan lebih terperinci mengenai masalah kemahiran murid dalam menghasilkan ton warna lukisan landskap. Dapatan dalam bentuk pemarkahan untuk setiap kriteria diukur mengikut rubrik pemarkahan dengan lebih terperinci melalui hasil karya murid sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca) kaedah RISET diberikan. Dalam persoalan ini yang menjadi punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna berdasarkan dapatan kriteria yang dinilai dalam borang penilaian hasil kerja murid mengikut rubric pemarkahan yang telah saya bina (Rujuk Rajah 8 dan 9). 0 1 2 3 4 5 6 Sesi 1 : K1 Sesi 2 : K1 Sesi 1 : K2 Sesi 2 : K2 Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton warna item 8 Bilangan murid
  • 35. 35 Rajah 14. Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah) dalam borang penilaian hasil kerja murid. Ini adalah salah satu kriteria yang dinilai dalam hasil kerja murid. Perubahan capaian graf dapat dilihat dengan lebih jelas. Kriteria ini jelas menjadi salah satu punca kenapa murid masih belum menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap kerana murid tiada pengetahuan mengenai kumpulan warna yang terdapat dalam roda warna. Rajah 15. Kriteria 4 Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah) dalam borang penillaian hasil kerja murid Kriteria 4 ini turut menjawab kepada persoalan kedua ini dimana kemahiran psikomotor murid ketika menggunakan media kering ini. Pensel warna dan oil pastel merupakan 0 2 4 6 8 10 12 murid A murid B murid C murid D murid E markah Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah) ujian pra ujian pasca 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 murid A murid B murid C murid D murid E markah Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah) ujian pra ujian pasca
  • 36. 36 kumpulan media kering yang sama tetapi ciri dan sifatnya berlainan. Kesan kepada lukisan turut memberikan hasil yang berbeza. Murid D menunjukkan penurunan graf antara dua ujian ini. Hal ini berikutan kerana sifat media oil pastel yang lebih licin dan murid sukar untuk mengawal dan memberi kesan kepada hasil tona warna yang dilakukan. Ini disokong oleh seorang pengkarya En. Abdul Rahman Yusuf (2009) menyatakan media oil pastel ini merupakan media yang mudah dan cepat untuk menghasilkan sesebuah lukisan tetapi kanak-kanak perlu mencuba dan berani menggunakannya dan pasti akan merasa seronok melihat hasilnya. Beliau turut mengatakan bahawa media oil pastel ini telah diajar semasa kanak-kanak di sekolah tadika lagi supaya diberi pendedahan awal mengenai keseronokan menggunakannya. Persoalan ketiga : Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? Persoalan ketiga pula terjawab dengan data daripada ujian pasca yang dijalankan selepas melalui dua kitaran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlaku peningkatan yang ketara dalam pengaplikasian RISET berulang kali dalam menghasilkan ton warna panas lukisan landskap. Menurut Thorndike (1949) dalam laman web Pengantar Psikologi Sosial menyatakan memperkenalkan hukum latihan di mana prinsip yang utama dalam belajar adalah ulangan. Semakin sering diulangi, kemahiran pembelajaran itu akan semakin dikuasai. Pada awalnya, pemisahan ton warna dihasilkan dengan agak ketara, namun selepas kaedah RISET digunakan, ton warna dapat dibuat dengan lebih kemas, menarik tiada ruang perbezaan nilai ton yang bersebelahan dan campuran warna juga bersesuaian dan tepat mengikut arah cahaya suasana matahari terbit dan terbenam yang dipilih. Hasil dapatan murid sebelum dan selepas menjalankan RISET terbukti menunjukkan tahap peningkatan yang baik (Rujuk Rajah 16).
  • 37. 37 Rajah 16. Perbandingan pencapaian murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan melalui hasil soal selidik selepas menjalankan kaedah RISET turut membuktikan bahawa penggunaan kaedah RISET ini berjaya meningkatkan kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Peratus bilangan tidak berkurang dan kesemua murid menunjukkan keputusan yang baik dalam memberi respon terhadap soal selidik yang telah dijalankan selepas mengikuti dua kitaran kaedah RISET. Dapatan ini berjaya menjawab persoalan ketiga ini. Rajah 17. Graf dapatan soal selidik selepas penggunaan kaedah RISET 0 20 40 60 80 100 120 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item 10 Item 11 Item 12 Peratus Item soal selidik Dapatan soal selidik selepas penggunaan kaedah RISET Ya Tidak 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Peratus Peserta kajian Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca ujian pra ujian pasca
  • 38. 38 7.0 REFLEKSI Setelah kajian dibuat, didapati tindakan menggunakan kaedah RISET mendatangkan kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran ton warna panas murid menggunakan media kering iaitu pensel warna dan oil pastel. Berbanding dengan amalan pengkaji lama yang hanya menunjukkan contoh karya dan tunjuk cara di hadapan kelas tanpa melakukan aktiviti berpusatkan murid. Hal ini menyebabkan kurang membantu dari segi teknik dan langkah-langkah penghasilan ton warna. Cara pengumpulan data yang dibuat sebelum tindakan dijalankan adalah dengan menggunakan ujian diagnostik, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian pra. Data semasa tindakan dijalankan adalah menggunakan senarai semak pemerhatian dan lembaran RISET yang diberikan kepada peserta kajian. Kaedah pengumpulan data selepas RISET ini pula dilakukan melalui ujian pasca, borang soal selidik dan analisis dokumen. Kesemua data diperlukan bagi menjawab ketiga-tiga objektif persoalan kajian yang dibuat sebelum kajian dijalankan. Antara kekuatan kajian ini ialah peserta kajian dapat mempertingkatkan kemahiran ton warna mereka terutama menggunakan media oil pastel. Mereka juga dapat mengenali ton warna panas dan warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan landskap suasana matahari terbit dan matahari terbenam apabila ilmu diterapkan dengan soal jawab, sesi tunjuk cara dan input yang diberikan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) menyatakan semakin banyak pancaindera digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Hal ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Murid bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti psikomotor tetapi turut melibatkan deria pancaindera untuk melihat perbezaan suasana matahari terbit dan terbenam semasa sesi interaksi dengan guru. Kekuatan kaedah RISET ini dapat menggalakkan murid membina kemahiran baru dalam melukis dan murid dapat membina konstruktivisme dalam kemahiran mewarna. Hal ini dibuktikan dengan sesi latih tubi secara berulang menggunakan dua kitaran berpandukan Model Kemmis dan Mc Taggart. Selain itu, dapat membina keyakinan murid mencuba sendiri lembaran RISET ini tanpa bantuan daripada guru. Mereka dapat membina pengalaman sendiri dan menambahbaikkan kemahiran sedia ada yang terdapat dalam diri mereka. Tambahan pula, kaedah RISET ini membantu
  • 39. 39 untuk menajamkan lagi kemahiran psikomotor murid dengan lebih berkesan. Pendedahan latihan awal kepada murid dalam peringkat umur sebegini dapat membina psikomotor halus yang baik bukan sahaja dalam aktiviti mewarna tetapi aktiviti rutin harian yang lain. Sejajar dengan itu juga, kaedah RISET ini memberi ilmu baru kepada murid dengan gabungan subjek lain iaitu matapelajaran sains di mana melibatkan proses berlakunya suasana matahari terbit dan matahari terbenam. Murid dapat melihat sendiri melalui rakaman video yang ditunjukkan oleh guru mengenai perbezaan antara dua suasana ini. Kesan arah cahaya sangat memainkan peranan penting untuk murid menghasilkan ton warna yang betul berdasarkan pemilihan suasana landskap yang dipilih. Walaupun telah disenaraikan beberapa kekuatan kajian ini terutama kaedah yang digunakan namun, terdapat kekangan yang dihadapi sewaktu sesi tindakan iaitu murid mempunyai kecerdasan yang berbeza (multiple intelligence). Oleh itu, keupayaan untuk mengikuti kaedah RISET adalah berbeza-beza kerana ada sesetengah murid yang agak lambat dalam mewarna. Namun kekangan ini diadaptasi dengan pemahaman teori oleh seorang psikologi Barat iaitu Howard Gardner dalam buku David Lazear (2006) berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan yang dipetik dari bukunya Gardner, Frames of Mind di mana lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antropologi dan sosiologi. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Justeru melalui beberapa sesi kaedah RISET dibuat ditambah dengan bahan bantu mengajar dan sesi tunjuk cara menunjukkan peningkatan hasil dapat yang sangat baik. Kekangan kedua pula merupakan nilai warna ton yang berbeza daripada semua murid. Hal ini kerana, murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel. Perbezaan dari segi kualiti dan nilai ton warna sangat berbeza ditambah pula dengan teknik tekanan pada kertas berbeza kekuatan menghasilkan kesan yang berbeza. Semua peserta kajian lebih suka menggunakan oil pastel kerana hasilnya yang lebih terang dan penggunaan yang lebih cepat serta senang untuk mencampurkan warna. Apa yang perlu ditambah baik adalah dari segi kekemasan menggunakan oil pastel kerana sifatnya yang lembut dan licin. Namun ini bukan menjadi satu masalah besar kerana fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas
  • 40. 40 murid menggunakan media kering ketika menghasilkan lukisan landskap. Oleh itu, keputusan dan hasil yang pelbagai masih relevan selagi peningkatan dapat dilihat pada setiap peserta kajian. Kelemahan yang seterusnya ialah dari segi peruntukan masa yang digunakan untuk kaedah RISET ini digunakan. Sebelum murid melakukan lembaran RISET ini, saya perlu memberikan sedikit penerangan dan melakukan demonstrasi berulang kali kerana tidak semua murid mengingati apa yang diajar mahupun ditunjukkan dalam satu masa yang sama. Jadi, ada berlaku pertembungan masa terutama apabila tidak dapat mengikut seperti yang telah dirancang. Inisiatif dengan bersiap sedia dengan perancangan kedua amat penting supaya saya dapat melihat proses setiap murid melakukan lembaran RISET tersebut dari awal hingga akhir. Jadi sebab itu saya mengambil masa dua sesi untuk setiap kitaran. 1 sesi mengambil masa sejam dan jumlah untuk satu kitaran adalah sebanyak 2 jam. Ini menunjukkan peruntukan masa untuk murid amat perlu diberikan tumpuan dan bukan hanya boleh dianggap remeh. Menurut Korweit (1989) dalam kajian tindakan Muhammad Syahir bin Mansor (2013) turut menyatakan pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga menyatakan jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran, subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian murid. Kesimpulannya, melalui refleksi ke atas keseluruhan kajian yang telah dijalankan, saya sebagai pengkaji dapat melihat hasil kajian saya terhadap setiap peserta kajian saya dan kaedah RISET yang telah saya bina. Kemahiran murid dalam mengaplikasikan ton warna menggunakan pensel warna dan oil pastel menghasilkan lukisan landskap dapat dipertingkatkan. Malah, mereka bukan sahaja dapat mempelajari teknik ton warna tetapi turut didedahkan dengan cara melukis subjek asas selain dapat menggunakan media kering ini untuk aktiviti stensilan, poster dan gosokan. Manakala kemahiran ton warna ini dapat diaplikasikan menggunakan media basah untuk kegiatan catan.
  • 41. 41 8.0 CADANGAN KAJIAN SUSULAN Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. Cadangan yang seterusnya adalah dari pendedahan aspek kumpulan warna yang lebih banyak. Guru memperkenalkan lebih banyak kumpulan roda warna yang pelbagai dan memberi peluang untuk murid memilih dan menggabungkan sendiri warna menjadi satu tona warna yang menarik. Guru boleh menggunakan lembaran RISET yang sama cuma ditambah baik dengan lembaran kerja baru yang lebih mencabar sesuai dengan peringkat murid. Murid akan lebih seronok untuk meneroka pelbagai warna ketika menghasilkan lukisan landskap. Bagi membuat kajian dengan lebih baik, saya turut mencadangkan kaedah RISET ini digabungkan dengan kaedah demonstrasi. Setiap sesi RISET dibuat, murid akan melihat demonstrasi yang berlainan secara berperingkat dengan elemen bahan bantuk mengajar yang lebih pelbagai dan merentas kurikulum. Misalnya, guru boleh melakukan eksperimen terhadap perubahan warna menggunakan bahan seperti tisu untuk murid melihat sendiri hasil campuran dua warna yang berbeza. Hal ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi memberi pendedahan ilmu subjek lain. melalui cara ini, murid akan mempunyai ingatan yang lebih kuat dalam mengingati setiap langkah teknik untuk menghasilkan ton warna. Murid juga dapat bereksperimentasi dengan pelbagai jenis warna yang menarik yang dikategorikan dalam nilai warna yang sama. Cadangan yang seterusnya ialah menukar media yang digunakan kepada jenis media yang lain sama ada soft pastel ataupun menggunakan media basah seperti warna poster dalam penghasilan ton warna. Hal ini dapat membantu murid mengadaptasi kemahiran ton warna menggunakan media pensel warna dan oil pastel ke dalam penggunaan media lain. Oleh itu, murid bukan sahaja berkemahiran dalam ton warna malah mampu menggunakan pelbagai jenis media dalam menghasilkan pelbagai karya Bidang Menggambar serta dalam bidang-bidang lain dalam Dunia Seni Visual. Cadangan yang berikutnya adalah penggunaan alat bahan bantu mengajar (BBM) menggunakan “Roda Warna”. Penggunaan roda warna ini bertujuan untuk murid menyusun suai padan kad warna yang terdapat pada roda warna untuk menjadi satu
  • 42. 42 ton warna yang baik. Kefahaman murid dapat dilihat melalui pemilihan dan penyusunan kad warna murid pada roda warna tersebut. Murid akan melalui proses pembelajaran “fun learning” dengan menggabunjalin aktiviti permainan menggunakan alat roda warna ini. Penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai mampu menarik dan mewujudkan tahap kefahaman murid tentang sesuatu kemahiran. Murid bukan sahaja belajar berdasarkan teori ton warna sahaj tetapi turut mempraktikkan dengan memilih warna dan menggabungkan warna menjadi satu kumpulan ton warna yang menarik. Akhir sekali adalah cadangan untuk menggunakan lembaran RISET ini untuk bidang lain seperti bidang membuat corak dan rekaan. Murid bukan sahaja menyusun susunan motif corak tetapi bagaimana menghasilkan ton warna yang menarik mengikut susunan motif corak tersebut. Aktivit ton warna ini tidak semestinya digunakan dalam bidang Menggambar sahaja tetapi turut dilakukan dalam bidang seni yang lain dan murid akan dapat melihat tahap potensi diri dan kebolehan diri dalam bidang yang dilakukannya. Kreativiti murid akan lebih terserlah dengan pendedahan yang luas dalam bidang lain tentang bagaimana mengaplikasikan kemahiran ton warna ini dalam aktiviti bidang seni yang lain.
  • 43. 43 9.0 RUJUKAN _______.(2015). Kajian Kemahiran Motor Halus Dalam Menggunting. Dilayari dari laman web http://cikamal.com/full-tesis-kajian-penuh-kemahiran-motor- halus.html _______. (2012). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Dilayari dari laman web http://myguru3.upsi.edu.my Carl E. Heilman II, Greta Heilman-Cornell. (2010). Contemporary landscape photography : profesional techniques for capturing spectacular settings. New York : The Ilex Press Limited. David Lloyd. (2007). The Colour Book. Ramsbury, Marlborough : The Crowood Press Ltd Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Diana Craig dan Hazel Harrison (2011). The New Encyclopedia of Watercolour Techniques. Search Press, Limited Fazlin bt Kamsan. (2012). Meningkatkan Kemahiran Ton Warna Menggunakan Media Oil Pastel Dalam Bidang Menggambar Bagi Murid Tahun 5 Utarid Melalui Kaedah Demonstrasi. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Hideaki Chijiwa. (1987). Color harmony : A guide to creative color combinations. United States : Rockport Publishers . Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat . Badrul Hisham Alang Osman (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan. Perak : Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Muhammad Iqbal bin Awang Damit. (2009). Kajian Tindakan Warna. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Mara. Muhammad Syahir bin Mansor (2011). Kajian Tindakan Pengurusan Masa dalam Kalangan Guru. Alor Setar : Kolej Sultan Abdul Hamid. Nordin Tahir. (2012). Pengumpulan Data Kajian Tindakan. Dilayari dari laman web www.amaljaya.com Pasukan Penyelidik. (2015). Penyelidikan tindakan : Panduan penulisan laporan.
  • 44. 44 Selangor : Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Ruziathul Amira binti Mazlan. (2012). Menu warna panas dan warna sejuk. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia. Suziana binti Tukiran. (2012). Kertas cadangan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Tom Mackie. (2005). Tom Mackie's landscape photography secrets. North America : F+W Publications, Inc. Open University Malaysia. (2006). HBAE1103 Pengenalan pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.