Pekerja di sebuah kilang kayu gagal mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan, mengakibatkan risiko kecederaan dan kemalangan. Laporan ini menyarankan tindakan seperti melengkapkan pekerja dengan peralatan keselamatan, melatih mereka tentang keselamatan, dan meningkatkan kesadaran akan bahaya di tempat kerja.
1. PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG
SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA
Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah
organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi
menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta
mengelakkan sebarang kejadian buruk
yang mungkin terjadi. Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan
Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap
pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke
bahagian pengendalian bahan
baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang-terangan telah
mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.
Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing
Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah
melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan
dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat.
Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja
telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan
Pengabaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tentunya akan mendatangkan banyak risiko buruk
kepada pekerja dan majikan. Antaranya ialah kemalangan, kebakaran dan kematian. Jika ini berlaku, majikan
juga akan menanggung akibatnya. Sekiranya kadar kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat
diurus dengan sempurna kerana terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga
tindakan undang-undang. Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat
kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan mereka setiasa terpelihara.
Kemalangan di tempat kerja melibatkan kilang produk kayu sering didengari.
Contohnya Berita dari Harian Metro (22 Jun 2011) , seorang pekerja kilang warga Myanmar
di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu
yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dan cedera
matanya
.Justeru itu, kita amat berharap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku di
syarikat ini.Oleh itu,bersama laporan ini, saya kemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko di tempat kerja.
1
2. Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap,
mengadakan skim latihan dan program kesedaran pekerja, menganjurkan kursus keselamatan, menyenggara
mesin dan jentera dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Saya juga menyatakan kos
perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan bagi melaksanakan langkah-langkah keselamatan ini.
Pihak majikan perlu menyedari pengeluaran wang bagi keselamatan pekerja adalah lebih baik dari
menanggung kerugian akibat kemalangan yang mungkin terjadi. Saya berharap pihak tuan dapat meneliti
laporan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah pengabaian pekerja terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Untuk makluman tuan, di sini saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para
pekerja untuk siasatan dan tindakan pihak tuan. Kesalahan-kesalahan pekerja yang telah dikenalpasti ialah:1. Pekerja Tidak Memakai Peralatan Keselamatan yang Lengkap (Personel Protevtive Equipment)
Berdasarkan lawatan saya , saya dapati para pekerja tidak memakai peralatan keselamatan yang lengkap yang
telah disediakan oleh pihak syarikat. Peralatan Keselamatan Diri (PPE) ialah alat yang disediakan kepada
pekerja untuk melindungi daripada kecederaan. Alat ini akan melindungi bahagian kepala, kaki, tangan,
sistem pernafasan dan keseluruhan anggota badan. Contoh peralatan keselamatan ialah topi keselamatan,
google, apron, sarung tangan dan kasut getah.
Hasil tinjauan saya, didapati ramai pekerja tidak memakai google (pelindung muka)
ketika mengendalikan mesin memotong kayu, melicinkan permukaan kayu dan sebagainya..
Ini akan menyebabkan pekerja akan terdedah kepada habuk-habuk kayu dan bahan kimia
yang merbahaya. Pekerja juga akan menghadapi masalah kecederaan mata (eye injury) akibat
terkena serpihan atau habuk kayu di mana kes yang lebih serius boleh menyebabkan masalah
buta kepada mangsa.
Saya juga mendapati para pekerja telah mengabaikan keselamatan dengan tidak
memakai kasut sarung getah yang sesuai dengan tempat kerja. Pemakaian kasut getah adalah
penting bagi kawasan kerja yang menggunakan gris dan minyak untuk mengelakkan
kecederaan kaki atau tergelincir. Terdapat
pekerja lelaki memakai kasut sandal dan kasut
kulit manakala pekerja perempuan memakai kasut bertumit dan yang terbuka di bahagian
hadapan semasa bekerja .Keaadan ini tentulah akan menyebabkan pekerja terdedah kepada
kecederaan atau kemalangan semasa bekerja.
2
3. Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung
tangan ketika mengendalikan mesin pemotong kayu atau gergaji “roller blade” yang
tajam.Hal ini amatlah membimbangkan kerana pekerja akan terdedah kepada bahaya
terluka,terpotong atau terputus anggota badan yang melibatkan jari,tangan,lengan dan kaki
akibat terkena mata gergaji ataupun objek-objek tajam berasaskan kayu.
Terdapat juga pekerja yang memakai pakaian longgar dan berbulu, malahan ada
pekerja yang bertali leher. Pakaian sebegini tidak sesuai dipakai ketika mengendalikan mesin
kerana boleh menyebabkan baju yang longgar, berbulu atau tali leher akan tersepit ke dalam
mesin dan mengakibatkan kecederaan kepada pekerja.
2.
Pekerja Tidak Memakai Penutup Hidung dan Penyumbat Telinga
Hasil lawatan saya juga , didapati pekerja mengabaikan keselamatan diri dengan tidak
memakai penutup hidung dan penyumbat telinga.Pekerja terdedah kepada habuk-habuk kayu
ketika mengendalikan mesin pemotong kayu. Pekerja juga terdedah kepada ancaman tersedut
habuk –habuk halus ketika mengendalikan proses melicinkan permukaan kayu secara
“sanding”yang menghasilkan habuk-habuk halus.
Begitu juga di bahagian penyemburan cat atau lekar kayu yang tertutup yang
menghasilkan wap-wap bahan pelarut organic seperti “thinner” dan “tupertine” turut disedut
oleh pekerja. Akibatnya dalam jangka masa panjang, pekerja akan mengalami masalah
kesihatan badan kronik seperti radang paru-paru,asma ,kanser paru-paru di samping impak
irritasi pada salur pernafasan kesan terdedah kepada keadaan kerja sekitar yang bahaya dan
kotor. Hal ini dapat dielakkan sekiranya pekerja memakai penutup hidung setiap masa ketika
menjalankan tugas mereka.
Pekerja juga didapati tidak memakai penyumbat telinga yang lengkap ketika
mengendalikan mesin dan menggergaji kayu bermotor yang menghasilkan bising yang
berterusan. Pekerja terdedah kepada ancaman keadaan bunyi bising yang melampau yang
boleh mengakibatkan masalah pendengaran (hearing impairment) untuk jangka masa
beberapa tahun.Masalah ini tentulah dapat dihindari sekiranya pekerja sentiasa memakai alat
perlindungan diri seperti penutup hidung dan penyumbat telinga setiap masa. Pekerja mesti
sedar bahawa menjaga keselamatan diri adalah amat penting dari merawatnya.
3.
Tatakerja Pekerja yang Tidak Selamat
3
4. Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan
selamat. Terdapat pekerja baru yang menggunakan peralatan mesin dengan tidak betul
tanpa dipantau oleh penyelia atau pekerja lama. Saya telah memeriksa kelajuan mesin itu
telah diubah dari yang sepatutnya. Terdapat bahan buangan yang telah diletakkan dengan
mesin yang sedang bergerak. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ianya
akan menyebabkan mesin terbakar dan meletup.
Banyak kes kecederaan dan kemalangan di tempat kerja adalah berpunca dari penyalahgunaan
pekerja dalam mengendalikan mesin atau jentera. .Seksyen 25 AKKP 1994 . menyatakan kewajipan pekerja
untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan
untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
Berita dari Harian Metro 29 Mei 2012, patut dijadikan pengajaran kepada kita
semua.Seorang pekerja kilang kayu hancur kaki kanannya setelah terkena bilah mesin
pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling.Kejadian berlaku apabila
pekerja tersebut menggunakan kaki kanannya yang hanya berselipar menekan brek yang
terletak di bahagian tepi mesin berkenaan, tetapi malangnya kakinya tergelincir ke dalam
mesin yang sedang berputar.
Berpandukan kisah yang dinyatakan, memang jelas keselamatan diri semasa bekerja
amatlah penting dan tidak boleh diabaikan oleh para pekerja. Saya amat berharap pihak tuan
dapat memberi latihan yang sepenuhnya kepada para pekerja bagi meningkatkan tatakerja
yang selamat.Pihak penyelia diharapkan sentiasa mengawasi dan menegur kesalahan yang
dilakukan oleh pekerja.
4. Pekerja Tidak Menjaga Kebersihan Persekitaran Kerja
Hasil
lawatan saya juga didapati, para pekerja tidak menjaga kebersihan di
persekitaran tempat kerja .Para pekerja didapati tidak membersihkan habuk- habuk kayu yang
dihasilkan dari mesin pemotong kayu, mesin melicinkan kayu dan lain-lain bahagian.
Terdapat juga pekerja yang makan dan minum di kawasan tempat kerja. Keadaan ini boleh
menyebabkan risiko terdedah kepada kebakaran.
Lebih malang lagi, saya mendapati ada pekerja lelaki yang merokok di kawasan
pengendalian mesin. Perbuatan ini adalah salah sama sekali dalam peraturan keselamatan
4
5. kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak
kerana banyak bahan-bahan bakar seperti kayu, thinner dan tupertine. Saya juga mendapati
alat pemadam api tidak disediakan . Perkara ini amatlah membahayakan kerana sekiranya
berlaku kebakaran, tiada alat yang dapat mecegahnya dan ini akan membahayakan nyawa
pekerja.
Berdasarkan AKKP 1994 ,terdapat peruntukan ,tanggungjawab pekerja untuk samasama berganding dengan majikan menangani kecederaan di tempat kerja.Setiap pekerja perlu
memastikan tempat kerja mereka selamat, bersih dan kemas tanpa sebarang ancaman bahaya
kesihatan mahupun fizikal. Pekerja mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan mereka di tempat kerja terjamin.
Saya berharap pihak tuan dapat menambah papan tanda mengenai bahaya kebakaran
serta panduan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran di kawasan tempat
kerja. Plan-plan kebakaran serta laluan kecemasan perlu dipamerkan untuk panduan
pekerja.Selain itu, pekerja diberi latihan kebakaran serta cara penggunaan alat penyembur api
yang betul.
Sekiranya kecederaan atau kemalangan berlaku di tempat kerja, sudah tentu pihak
majikan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tindakan undang-undang dan
pampasan. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti laporan dan mengambil
tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya nyatakan kos-kos
yang dianggarkan bagi perkara-perkara berikut:
Bil
Peralatan / bahan
1
Anggaran kos
Peralatan Keselamatan Diri (PPE)
earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye RM2,000 satu set
goggle, hand glove dan safety boot
2
Papan Tanda Peraturan keselamatan
RM3,000.00
3
Papan tanda panduan kebakaran
RM3,000.00
3
Alat pemadam api
RM500.00 satu set
4
Latihan kebakaran
RM2,000.00 satu sesi
5
Risalah keselamatan dan Kesihatan Pekerja
RM3,000.00
5
6. Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian
tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak majikan bagi meningkatkan tahap kesedaran
pekerja terhadap keselamatan diri sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan di tempat
kerja.
1.
Membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang Selamat
Seperti yang telah diperuntukkan dalam AKKP 1994, sebahagian daripada seksyen telah
memerlukan majikan untuk menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para
pekerja.Oleh itu, saya mencadangkan pihak majikan perlu memperuntukkan PPE yang sesuai
serta selamat kepada pekerja .
Majikan perlu membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear muff,
cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk melindung
keselamatan dan kesihatan pekerja . Perlu diingatkan bahawa PPE tersebut mestilah
bersesuaian
dengan
tahap
risiko
kerja
serta
selesa
dipakai
oleh
para
pekerja .
Ini bertepatan dengan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import
bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 .
(Laporan Media 27 Ogos 2001). Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan
keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994
(Seksyen 51).
2.
Mengadakan skim latihan serta program kesedaran tatakerja sihat dan selamat
Bagi meningkatkan tahap kesedaran para pekerja terhadap peraturan keselamatan , pihak
majikan perlu memberi arahan, maklumat , latihan dan penyeliaan yang sesuai mengenai
keselamatan kepada pekerja semasa mereka bekerja. Pihak majikan boleh mengadakan skim
latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat dan selamat, contohnya
penggunaan PPE yang betul dan selamat.
Latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan boleh dilakukan contohnya drill
kebakaran, mengangkat beban secara manual dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu
menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.Bagi kakitangan baru
6
7. pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan
peraturan keselamatan di tempat kerja.
3.
Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerja
Kempen keselamatan di tempat kerja perlulah diadakan dengan mempamerkan dasar
keselamatan dan kesihatan yang bertulis. Pihak majikan perlu menyediakan buku panduan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk setiap kakitangan. Program kesedaran
keselamatan atau “minggu keselamatan” perlu diisi dengan taklimat atau ceramah kesihatan
yang dapat memberi kesedaran kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan.
Selain itu, pihak majikan perlu mengadakan program keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja(noise monitoring),
pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan tempat kerja
(safety audit). Ini dapat membantu pekerja mengesan bahaya di tempat kerja dan tahu cara
menghindarinya.
4.
Menyenggara peralatan dan mesin
Tahap keselamatan mesin perlu dipantau dan dipastikan keselamatannya. Pihak
majikan perlu memastikan pengoperasian dan penggunaan jentera atau alatan itu adalah
selamat dan tidak memberi risiko kesihatan. Sekiranya mesin dikaji tidak selamat, pihak
majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan tahap
keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah pengadang mata gergaji pada mesin
gergaji ataupun meletakkan besi pengadang di sekitar mesin untuk mengelak pekerja lain
memasuki kawasan kerja tersebut.
Selain itu, pihak majikan boleh meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang
sistem ekzos dengan “scrubber" atau “collector” yang baik untuk membuang serta menyedut
keluar wap-wap cat, pelarut organik
ataupun habuk-habuk kayu halus yang bahaya.Ini
merupakan kaedah pencegahan yang baik bagi menjaga keselamatan para pekerja.
5.
Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat
Pihak majikan adalah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang sihat
dan selamat bagi pekerja. Majikan mestilah menyediakan laluan yang mencukupi di kawasan
7
8. tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan
berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan.
Majikan juga perlu menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, hose
reel, penggera dan kotak pertolongan cemas. Selain itu, pihak majikan hendaklah memeriksa
dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke
semasa. Majikan perlu memastikan persekitaran kerja sentiasa dalam keadaan sihat dan
selamat.
6.
Mengadakan kaedah pengurusan kerja yang berkesan
Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja ,pihak majikan juga
bertanggungjawab mengadakan kaedah pengurusan berkesan (administrative control) seperti
mengujudkan jadual kerja bergilir (rotating work schedule ).Jadual kerja bergilir ini
khususnya untuk pekerja-pekerja yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di
kawasan penyemburan cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising.Kaedah jadual kerja
bergilir ini dapat mengurangkan frekuensi pendedahan pekerja terhadap bahaya kerja yang
dilakukan.
Besarlah harapan saya, sekiranya pihak tuan dapat meneliti serta menyiasat mengenai
sikap pekerja yang mengabaikan peraturan keselamatan di tempat kerja. Diharapkan pihak
tuan dapat meninjau ke kawasan tempat kerja dan membuat penambaikan masalah-masalah
yang telah dinyatakan tadi. Pihak tuan juga dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan
yang telah dikemukakan dan melaksanakannya secepat mungkin bagi memastikan pekerja
sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja.
Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak ialah keinsafan,
rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan
keselamatan pekerja. Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam
kejayaan sesuatu industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan
pekerja mereka kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah
di kalangan majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini. Sekiranya
aspek keselamatan pekerja diutamakan , sudah tentu pekerja akan lebih berusaha bersungguhsungguh dan sekaligus produktiviti syarikat akan semakin meningkat.
8