SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 117
Baixar para ler offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH
           RENDAH (PGSR)
       MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
               KEPUJIANKEPUJIAN


  MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


                      BMM 3104


  PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU




            INSTITUT PENDIDIKAN GURU
            KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
            ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
            BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
            CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

            Berkuat kuasa pada Jun 2011
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara


             Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.




                                 Cetakan Jun 2011
                            Kementerian Pelajaran Malaysia

         Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
         kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
         mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
         buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
         sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
         sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
         Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-
  PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
  PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

  MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
  PENGAJARAN  DAN  PEMBELAJARAN   BAGI PROGRAM-PROGRAM
  TERSEBUT.




Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
KANDUNGAN

                                   MUKA SURAT




  Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  Falsafah Pendidikan Guru

  Panduan Pelajar

  Pengenalan



  Tajuk Pembelajaran

  Tajuk 1
   1.0 Sipnosis
   1.1 Hasil Pembelajaran
   1.2 Kerangka Tajuk
   ……………………………….
   ……………………………….
   Tajuk 1
    2.0 Sipnosis
    2.1 Hasil Pembelajaran
    2.2 Kerangka Tajuk
   ……………………………….
   ……………………………….


   Bibliografi

   Panel Penulis Modul

   Ikon Modul
PANDUAN PELAJAR



PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran
anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula
untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga
mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini
memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-
sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan
jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.
Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon
bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk
pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:
                                        Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                 Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit           2 Kredit           1 Kredit
                                 Tanpa   Ada       Tanpa    Ada     Tanpa      Ada
                                 Amali   Amali     Amali    Amali   Amali      Amali
                                 (3+0)   (2+1)     (2+0)    (1+1)   (1+0)      (0+1)
                                         (1+2)              (0+2)
                                         (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70      60        70       62         70      65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                 10         10     5        5        5         5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                    -         10     -        8        -         5
Perbincangan Atas Talian        7½          7½    5½        5½      5½         5½
Kerja Kursus                     20         20    20        20      15         15
Ulangkaji                        10         10    10        10       5         5
Amali/Peperiksaan               2½          2½    2½        2½      2½         2½
Jumlah Jam Pembelajaran               120              80                40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula
apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda
telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan
yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang
dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk
dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau
rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.



PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini
akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri
      anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
   dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
   pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
   pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
   maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
   bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan
Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami
tentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini
memperkenalkan kepada anda, tentang kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik
pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca dan kemahiran
menulis . Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan
kepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Ia
turut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yang
merangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek,
masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga dimasukkan.


Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:
Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tajuk Pembelajaran 2: Kemahiran Membaca
Tajuk Pembelajaran 3: Kemahiran Menulis
Tajuk Pembelajaran 4: Kemahiran Mengarang
Tajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu
                        Mengajar
Tajuk Pembelajaran 6: Penilaian Kemahiran Menulis


Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul ini
diharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan
pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan
akan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun
pembelajaran bahasa.
AGIHAN TAJUK



Kod & Nama Kursus: BMM 3104 : Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.


                                                                      JUMLAH JAM
                                                                       MENGIKUT
    INTERAKSI                        TAJUK/TOPIK                       PRO FORMA
                                                                        KURSUS
                          1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                                Konsep
                                Objektif
                                Proses dan Bentuk
                                Peringkat Penguasaan
         1                      Unsur dan Faktor
                                                                            2
                                  Keberkesanan
                                Prinsip Pengajaran
                                Kaedah Pengajaran
                                Teknik Pengajaran




                          1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                                Penyediaan Rancangan
                                  Pengajaran Aktiviti Mendengar
                                  dan bertutur
                                Objektif, Langkah-langkah
                                  sebelum, Semasa dan Selepas
                                  Aktiviti
                                Prinsip Pembinaan dan
                                  Penggunaan Bahan
                                  Pengajaran dan Pembelajaran
                                Prinsip dan prosedur
         2                        Pembinaan Instrumen                       2
                                  Penilaian Kemahiran
                                  Mendengar dan Bertutur.

                          2. Kemahiran Membaca.
                                 Matlamat dan Jenis Bacaan
                                 Peringkat Pengajaran Bacaan
                                 Teknik Bacaan – Intensif,
                                   Ekstensif, Skimming,
                                   Scanning.


                          1. Pendekatan dan Kaedah Pengajaran
         3                   Bacaan.                                        2
   Pendekatan Binaan, Cerakinan,
                  Komunikatif, dan Pengalaman
                  Bahasa.
                 Kaedah Pandang Sebut
                 Kaedah Abjad dan Fonik

       2. Teknik Pengajaran Kemahiran
          Membaca.
              Survey, Question, Read,
                 Review, Recite, (SQ3R), Read,
                 Review, Recite, (3R), Know,
                 What, Learn, How, (KWLH),
                 dan lain-lain.
              Lingkaran Soalan, Tatacerita
              Bimbingan Menjangka, Teater
                 Pembaca.
       3. Penyediaan Rancangan Pelajaran
          Kemahiran Membaca.
              Objektif
              Langkah-langkah Sebelum,
                 Semasa, dan Selepas Aktiviti
              Membina dan Menggunakan
                 Bahan Bantu Mengajar.




    1.Penilaian Kemahiran Membaca.
        Mengenal pasti Idea Keseluruhan
        Mengesan Idea Utama dan Idea
           sokongan
        Membuat Ramalan/Kesimpulan
        Pembinaan Instrumen Penilaian

    2.Kemahiran Menulis.
        Matlamat dan Peringkat
4       Tujuan Penulisan                         2
        Jenis Penulisan Karangan.

    3.Pendekatan Pengajaran Kemahiran
      Menulis.

          Proses Pengajaran
          LEA (Pengalaman Bahasa)


    1.Kemahiran Mengarang.
        Mencari Isi – Menggunakan Bahan
          Rangsangan
5                                                 2
        Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi,
          Koheren, dan Pemerengganan
        Kemahiran Kosa kata, Gaya
Persembahan, Mengedit dan
       Mengembangkan Idea – Peta Minda.
2.Prosedur Pengajaran dan Penyediaan
  Bahan Bantu Mengajar.
      Ejaan
      Imlak
      Karangan
3.Penilaian Pengajaran Kemahiran
  Menulis.
    Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
    Mengesan Idea utama dan Idea
       Sokongan
    Membuat Ramalan / Kesimpulan.



                JUMLAH                    10
Tajuk 1       Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                    Konsep
                    Objektif
                    Proses dan Bentuk


Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
       konsep
       objektif
       proses dan bentuk


Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,
Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini
demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang
memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang
mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan
perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan
penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis
dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan
membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.      menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2.      mengenal   pasti    tujuan-tujuan   pengajaran   dan   pembelajaran   kemahiran
        mendengar dan bertutur;
3.      menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar
        dan kemahiran bertutur;
4.      menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
        yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
        dan kemahiran bertutur; dan
5.       mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
         bertutur.


Kerangka Konsep


                        Menganalisis
                       Ciri-Ciri Pelajar



     Menetapkan           Menulis          Membentuk   Membentuk         Memilih Media   Melaksanakan
      Matlamat            Objektif           ujian       aktiviti         Pengajaran      Pengajaran
                                                       pengajaran


                          Meneliti
                        Semula Teks


                                                       Menyemak Pengajaran



                     Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




                         Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
             (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

Definisi Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa
orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun
pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau
bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan
menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses
lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan
proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.



Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting
dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami
dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga,
seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat
dan berkesan dalam interaksi tersebut.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:

(a)    mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
       kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b)    bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
       sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-
       rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan
       lain-lain.

       Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan
subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh
murid, antara lain menguasai kemahiran:

(a)    mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa
       melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang
diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi
      berkenaan.

(b)   memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
      mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara
      berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah –
      untuk diri sendiri dan orang lain;

(c)   menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan
      bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d)   bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan
      memperoleh maklumat tertentu;

(e)   bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
      kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;

(f)   menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan
      sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan
      padat;

(g)   menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan
      syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya
      tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(h)   berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan
      keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut
      nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada
      secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan

(i)   berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
      menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan
      nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.



Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.          Semasa
bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-
unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa
isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat
pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga
melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan
memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik
akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan
melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.


Konsep Pertuturan

(a)   Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
      Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b)   Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar
      dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c)   Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan
      otaknya;

(d)   Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
      sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e)   Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada
      aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.



Aspek-Aspek Pertuturan

(a)   Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan
      setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-
      murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas
      dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting,
      terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi
      kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan
      sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya;

(b)   Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan
      memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata
      tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu
      pengucapan;

(c)   Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam
      bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa
      Melayu;
(d)   Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan
      elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat,
      jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika
      unsur   ini   digunakan.   Misalnya   ungkapan,   ‘jangan   tembak,’   jika   tidak
      menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika
      jeda digunakan,     ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan
      kemudiannya melepaskan tembakkan!

(e)   Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun
      atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau
      mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya
      mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi
      menurun di hujung ayat.

(f)   Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun
      ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada:
      Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun
      demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan
      bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

(g)   Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan
      tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi,
      sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak
      diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk
      memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam
      pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h)   Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
      bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak
      dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa
      dalam kalangan murid-murid.

(i)   Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur
      dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau
      menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(j)   Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran
      murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan
      disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh
      berkomunikasi secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a)    menyebut dengan jelas;
(b)    menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c)    melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d)    memberi penerangan dan alasan;
(e)    menunjuk arah;
(f)    membina soalan untuk mencari maklumat;
(g)    bertemu ramah;
(h)    bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i)    bertutur secara bertatasusila; dan
(j)    bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
       situasi.


Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a)    Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b)    Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c)    Membina soalan berdasarkan bahan;
(d)    Memberi arahan kepada rakan;
(e)    Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f)    Berbual melalui telefon;
(g)    Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h)    Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab
       soalan yang diajukan;
(i)    Permainan komunikatif;
(j)    Mengadakan perbahasan;
(k)    Perbincangan forum;
(l)    Memberi taklimat dan ceramah;
(m)    Main peranan;
(n)    Simulasi;
(o)    Teater bercerita; dan
(p)    Drama


Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa

masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang

serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan

pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan

perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau

bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau

bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi

bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi

dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,

mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada

orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba

dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu

perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya

yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting

pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-

kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,

cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar

yang baik mengikut standard tertentu.




Mengapa kemahiran mendengar perlu?

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan

memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid

perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam

perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses

pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);

untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat

(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan

apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).




Proses Mendengar

Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan

penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara

proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa

dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian

oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat

peringkat proses mendengar:




(a)   mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b)   memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c)   menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d)   bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan

terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian

pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna

berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan

mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan

pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi

bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan

sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya

kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.




Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang

pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya

secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran

bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses

yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan

menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya

dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar

Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:

(a)   memperoleh idea;
(b)   mencari isi-isi penting;
(c)   melakukan arahan/ tindak balas;
(d)   mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e)   mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f)   mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g)   mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h)   mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
      propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
      orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.



Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:

Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling

asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.

Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,

dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh

orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir

apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.




Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih

berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini

tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal

pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh

dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:

(a)   gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b)   proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c)   berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d)   berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.



Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?

Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara

lain proses mendengar:

(a)   secara pasif;
(b)   secara bertelau-telau;
(c)   tanpa tindak balas;
(d)   secara menebuk-nebuk;
(e)   dengan beremosi;
(f)   secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g)   secara kritikal.


Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a)   mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar
      dan dingati;
(b)   proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan
      secara berperingkat-peringkat;
(c)   individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding
      daripada kecerdasan otaknya;
(d)   aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
      seseorang;
(e)   pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f)   mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g)   mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti
      tertentu;
(h)    mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek
       kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i)    mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara
       kritis terhadap bentuk dan isi.




Kesimpulannya:

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid,
pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi
bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa
tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan
mesej yang diterima itu.



  Latihan
  1.     Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa
         lisan?
  2.     Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak
         formal beserta dengan contohnya.
Tajuk 2        Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                    Peringkat Penguasaan
                    Unsur dan Faktor Keberkesanan
                    Prinsip Pengajaran


Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:

      Peringkat Penguasaan
      Unsur dan Faktor Keberkesanan
      Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,
Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih
dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih
dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan,
seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan
mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara
berperingkat,   selain   menyedari    terdapat   unsur-unsur    @    faktor-faktor   yang
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.



Hasil Pembelajaran

       Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik
       pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka Konsep


                      Menganalisis
                     Ciri-Ciri Pelajar



      Menetapkan        Menulis          Membentuk   Membentuk         Memilih Media   Melaksanakan
       Matlamat         Objektif           ujian       aktiviti         Pengajaran      Pengajaran
                                                     pengajaran


                        Meneliti
                      Semula Teks


                                                     Menyemak Pengajaran



                   Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif


Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
(a)       Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)

          Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman
          mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak
          memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan
          yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik
          dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

(b)       Penghasilan Semula (bertindak balas)

          Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara
          pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa
          dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi
          penyampaian.




Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan

dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan

sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan

masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan

pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid

boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,

pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut

peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.




Peringkat awal

(a)   Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b)   Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c)   Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d)   Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e)   Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f)   Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g)   Memberi arahan;
(h)   Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i)   Membuat ayat-ayat daripada gambar.



Peringkat pertengahan

(a)   Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b)   Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c)   Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d)   Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e)   Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi
      seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f)   Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g)   Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h)   Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i)   Memberi komen secara mudah; dan
(j)   Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju

(a)   Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses
      dan sebagainya;
(b)   Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c)   Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d)   Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e)   Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f)   Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g)   Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h)   Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar
      dan lain-lain;
(i)   Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j)   Mendeklamsi puisi;
(k)   Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l)   Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.




            Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai
            secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh
            mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam
            kalangan murid-murid.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,

(a)    Kecerdasan:

       Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan
       berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat          -
       aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;

(b)    Kesihatan:

       Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan
       keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau
       sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan
       bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

(c)    Fizikal:

       Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung
       langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah,
       gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi
       bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.
       Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat
       anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan
       demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

(d)    Persekitaran:

       Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli
       keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan
       sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan
       mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak
       fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan
       mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan
       membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;

(e)    Jantina:

       Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
       berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan
       jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan
       kanak-kanak lelaki.    Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam
kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding
      kanak-kanak lelaki; dan

(f)   Dwibahasa:

      Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih
      baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses
      pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada
      bahasa ibundanya.



Prinsip pengajaran kemahiran mendengar

(a)   Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa
      bertutur, membaca dan menulis;

(b)   Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat
      dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang
      melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang
      menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;

(c)   Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan
      disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh
      melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang
      sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan
      demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-
      masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;

(d)   Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-
      peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada
      yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah
      kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

(e)   Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga
      begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses
      berkenaan;

(f)   Motivasi   guru   sangat    penting    bagi      tujuan   mengekalkan   minat   dan
      kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;

(g)   Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk
      berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh
      guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
Tajuk 3           Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                     Kaedah
                     Teknik Pengajaran




Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran
mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum
dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan
komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran
mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.


Hasil Pembelajaran


Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran.
Kerangka Konsep


                     Menganalisis
                    Ciri-Ciri Pelajar



   Menetapkan          Menulis          Membentuk   Membentuk         Memilih Media   Melaksanakan
    Matlamat           Objektif           ujian       aktiviti         Pengajaran      Pengajaran
                                                    pengajaran


                       Meneliti
                     Semula Teks


                                                    Menyemak Pengajaran

                Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur



Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti

sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar

dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek

pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik

darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan

(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan

menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai

kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih

aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh

menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai

kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti

mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan

dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran

mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali

meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.




Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur

Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,

pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis

pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran

kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
(a)   Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan

lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan

unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.

Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur

infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang

betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori

struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk

membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),

terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih

dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,

membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini

demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara

lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan

situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

(a)   Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid
      yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;

(b)   Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa
      yang digunakan oleh masyarakat;

(c)   Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia
      dapat memandu dan         melatih murid-murid      menggunakan alat-alat
      pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa
      dengan betul;

(d)   Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran
      bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika
      pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur
      dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
      deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa
      yang salah;

(e)   Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-
      murid dalam latihan bertutur;

(f)   Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid
      mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka
      menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.
      Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui
      aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi
      menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;

(g)   Bagi   penutur-penutur bahasa     kedua,   kelaziman-kelaziman bahasa
      pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang
      baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat
      menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan

pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada

penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya

begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,

guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam

situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan

kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam

kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor

luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk

menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid

tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi

penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.




(b)   Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang

terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan

kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk

menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu

bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan

unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi

bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran

bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang

terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi

dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran

bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan

berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran

bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

             Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
              berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan
              bahasa    yang   sebenarnya.       Dengan   demikian,     kedua-dua
              kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

             Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan
              mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
              perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
              guru dalam bilik darjah;
   Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.
              Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada
              pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan
              pembelajaran      kemahiran    mendengar    dan    bertutur.   Dengan
              demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
              komunikasi     yang   sesuai   dengan    situasi   bertutur    tersebut.
              Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan
              menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik
              dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
              lebih berkesan;

             Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam
              kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran
              pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan
              lebih selesa, yakin dan berkesan; dan

             Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika
              murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara
              yang dibincangkan.     Dengan demikian guru perlu mendedahkan
              murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
              mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
              rakaman menjadi semakin perlu.




Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa

dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi

supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.

Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.
Wanita          :   Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?

Kakitangan pos :    “Pak cik”?

Wanita          :   (terdiam)

Kakitangan pos :    Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak

cik?

Wanita          :   Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu

                          baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.

Kakitangan pos :    Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin

pun                       belum.




Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam

pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan

dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-

murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu

sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran

bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai

kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan

berkesan.




Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat

diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan

penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu

ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam

interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan

berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.




Kaedah Terus

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa

dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan

kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku

sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara

mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari

sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.

Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang

ketara, antara lain:

(a)    murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
       konteks penggunaan bahasa tersebut;

(b)    sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
       akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
       lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;

(c)    aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang
       sesuai;

(d)    murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
       dipelajari secara induktif, dan

(e)    guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar
       sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah

ditetapkan seperti berikut:

(a)    Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang
       mengandungi ayat-ayat yang sempurna.

(b)    Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang
       diberi.

(c)    Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat
       menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
       nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.




Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan

baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap

berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa

yang diajarkan itu di luar bilik darjah.




Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan

pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang

boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan

seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim

digunakan dalam sesuatu masyarakat.




Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan

penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-

rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-

unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid

sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang

dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan

disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,

ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-

hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

                    coffee        -      kopi

                    school        -      sekolah

                    radio         -      radio

                    bicycle       -      basikal

                    biscuit       -      biskut




Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama

juga.




        Subjek                  Kata kerja                  Objek

        Saya                    pergi                       ke sekolah.

        I                       go                          to school.

        Dia                     minum                       susu.

        He                      drinks                      milk.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran

dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang

pengajarannya seperti berikut:

(a)   Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;

(b)   Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;

(c)   Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa;
      dan

(d)   Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh
      guru.




Kaedah Audio-Lingual

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur

secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a)   Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

(b)   Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

(c)   Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang
      pengetahuan bahasa;

(d)   Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan

(e)   Bahasa berbeza antara satu sama lain.




Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.

Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur

merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan

demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang

dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur

bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara

intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa

berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan

murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui

kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru

boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:

(a)   Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

(b)   Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(c)   Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

(d)   Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi
      rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.

Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka

meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan

bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa

tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah Komunikatif

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori

interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a)   Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi
      bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran
      kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b)   Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah
      mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
      tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam
      aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah,
      perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya
      mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

(c)   Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan
      wacana dan bukan secara ayat pencilan.                 Ini bermakna, untuk
      berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara
      pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d)   Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang
      bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata
      lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti
      latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu
      memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah
      dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e)   Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan
      bahasa    juga   kanak-kanak      akan     melakukan   kesilapan.   Mereka
      melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap
      bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah

komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan

bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur
bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam

komunikasi bahasa.

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang

prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik

darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah

pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu

mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan

teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah

mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh

menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran

kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh

digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan

tepat. Antara lain ialah teknik:


(a)    Latih tubi;                      (b)   Bercerita;

(c)    Bersoal jawab;                   (d)   Perbualan / dialog/ wawancara

(e)    Perbincangan;                    (f)   Berbahas/ debat

(g)    Main peranan dan simulasi;       (h)   Sumbang saran

(i)    Drama atau lakonan;              (j)   Melapor berita

(k)    Permainan bahasa;                (l)   Pengajaran puisi

(m)    Penyelesaian masalah;            (n)   Tunjuk cara
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas,
             dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan
             mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi
             setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang
             sesuai bagi setiap teknik berkenaan.



Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti

pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh

dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau

bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang

sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Latih Tubi Sebutan

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi

bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang

akan ditiru dan dihafaz oleh murid.




                                           Bola.

    Murid-                                     Ali menendang
   murid, ikut                                      bola.
     cikgu
     sebut.                                Ali menendang bola di padang.




                                       Bola. Ali
                                      menendang
                                       bola. Ali
                                         ….
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem

dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan

minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.



    daki    -      laki           tari   -     lari                 malu   -    balu




Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu

bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi

bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan

menyebut fonem /p/

-          Pandang pandan tepi pagar depan padang.
-          Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.



Nyanyian

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-

murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur

kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.

    Sila masuk ke dalam.

    Mari kita duduk.

    Apa khabar sekarang.

    Sudilah minum.

    Janganlah segan-segan.

    Minum air kopi.

    Makan kuih di pinggan.




Latihan Pandang dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk

menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi

bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks

latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian

filem dan slaid sering juga digunakan.




                                               i.     Pak Abu seorang petani.

                                               ii.    Dia bekerja di sawah.

                                               iii.   Dia menggunakan kerbau
                                                      untuk membajak tanah.
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
            kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam
            kalangan murid muurid Tahun 4.




Karangan Lisan

Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid

berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan

rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi

tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.

Latihan bersoal jawab

Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun

senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Latihan Penghasilan

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.

Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan

menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:

mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan

bertulis.




Memproses Maklumat

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-

murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana

timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam

kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.




Contoh:


                                                  Senarai barang yang diberi oleh guru.

                                                     Khemah
                                                     Lampu picit
                                                     Makanan kering
                                                     Makanan basah
                                                     Alat memasak
                                                     Pakaian
                                                     Baldi
                                                     Alat menjahit
                                                     Pisau
                                                     Kapak
                                                     Bantal
                                                     Selimut
                                                     Air
                                                     Susu tin
                                                     Cangkul
                                                     Surat khabar
                                                     Radio
                                                     Mancis api
Murid diminta berimaginasi bahawa mereka
    akan pergi berkhemah di bukit selama tiga
    hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh
    membawa barangan seberat tidak melebihi
    20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil
    keputusan apa yang paling perlu mereka
    bawa dari senarai yang diberi oleh guru.
    Mereka juga dikehendaki memberi alasan
    mengapa mereka membuat keputusan
    begitu.


Interaksi Sosial

Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks

sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,

perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari

peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.




Contoh: Lakonan Terkawal

Murid A :    Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa

             penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik

             kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa

             malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh

             meletakkan kereta anda.




Murid B :    Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal

             dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik

             kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.

             Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik

             dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi

             pelanggannya.                              ( Kamaruddin Hussin : 2001)




             Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
             (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
             (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
             (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang
                    terdapat dalam gambar ini.




Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah

bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan

menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta

pembelajaran yang berkesan.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar
     Tajuk 4       dan Bertutur
                  Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan
                   Selepas Aktiviti
                  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran
                   dan Pembelajaran




Sinopsis




Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set

pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran

kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan

Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan

mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas

pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan

pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas

mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru

dapat dipertahankan.




Hasil Pembelajaran

1.      Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses
        pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2.      Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan
        bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
        pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
Kerangka Konsep


                   Menganalisis
                  Ciri-Ciri Pelajar



   Menetapkan        Menulis              Membentuk   Membentuk         Memilih Media   Melaksanakan
    Matlamat         Objektif               ujian       aktiviti         Pengajaran      Pengajaran
                                                      pengajaran


                     Meneliti
                   Semula Teks


                                                      Menyemak Pengajaran



                Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif



Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan

Bertutur:




                              Komponan Persediaan Mengajar


       Persediaan                           Penyampaian                       Penutup

Maklumat Am                           Set Induksi                  Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada                 Perkembangan                 Penilaian
Objektif Pengajaran                     i. Kemahiran               Tugasan
                                           Peneguhan
Isi Pelajaran                          ii. Kemahiran               Ulasan Kendiri
                                           menerangkan
                                           Ilustrasi
                                      iii. Kemahiran
                                           Menggunakan Papan
                                           Tulis
                                      iv. Kemahiran Variasi
                                           Rangsangan
                                       v. Kemahiran Menyoal
Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar

kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran

membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas

kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam

usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti

pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu

menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek

pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)

kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor

(menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).




Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur




Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:

(a)   Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

      Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga

      perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi

      contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang

      akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru

      menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan

      stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan

      yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh

      digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat

      atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.




(b)   Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

      Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid

      melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan

      memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan

      secara individu sekiranya perlu.

(c)   Peringkat susulan dan penilaian

      Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan

      susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini

      guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai

      atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang

      diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @

      kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

      berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam

      perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.

      Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid

      melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk

      murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid

      yang berpotensi cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

(a)   Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:

mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan

berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa

Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan

kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian dengan        Penjelasan
perkara

Objektif dan matlamat    (a)   Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan
pengajran                      dapat membantunya mencapai objektif dan
                               matlamat pengajaran;
                         (b)   Selaras dan menepati hasrat Kementerian
                               Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan
                               Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
                         (c)   Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
                               kepercayaan dan amalan dalam kalangan
                               masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah dan   (a)   Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
teknik pengajaran              pemilihannya ditentu lebih terdahulu.


Keadaan pelajar          (a)   Pemilihan bahan perlu sesuai dengan
                               keadaan murid-murid yang belajar bahasa
                               Melayu; dan
                         (b)   Mengambil kira latar belakang pendidikan,
                               status sosioekonomi dan tahap pencapaian
                               pelajar;

Suasa pembelajaran       (a)   Bahan yang sesuai dengan suasana
                               pembelajaran akan meninggalkan kesan yang
                               baik kepada murid-murid;
                         (b)   Elemen penting dalam suasana pembelajaran
                               ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan
                               bahan; dan
                         (c)   kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
                               motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
                               merangsang, mengarah dan menentukan
                               reaksi murid-murid terhadapnya

Minat pelajar            (a)   Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,
                               selari dan dengan minat dan kecenderungan
                               murid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi

perhatian kepada perkara-perkara berikut:

(b)   Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses
      pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam
      hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
      kemudiannya     mempengaruh      tindakan    (tingkah   laku)   seseorang.
      Sehubungan dengannya,       bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
      memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
      minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
      berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
      yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
      yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada
      bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa
      kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat
      duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

(c)   Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang
      hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
      Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai
      potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &
      P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.
      Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan
      itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
      belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu
      teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii)
      mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)
      kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk
      buku perlu dirujuk kepada    kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
      bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan
      ulangkaji.
(d)    Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka
       letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan
       bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

(e)    Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan
       kerana kewajaran kosnya (munasabah);

(f)    Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan
       secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
       pelajaran lainnya;

(g)    Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk
       diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
       antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran

mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu

mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:




Aktiviti latih tubi untuk pertuturan

Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik

menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-

kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.




Aktiviti peniruan dan hafazan

Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh

guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya

adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
Aktiviti kemahiran komunikatif

Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana

melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada,

intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,

murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak

tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu

maksud. Misalnya:

(a)   Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara
      kepada kelas;

(b)   Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;

(c)   Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang
      diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
      telah dipersetujui bersama;

(d)   Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;

(e)   Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid
      boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
      dan

(f)   Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk
      penulisan.




Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.

Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti

perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat

tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan

melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga

membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.




Aktiviti pengumuman lisan

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan

terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.


    Perhatian kepada semua
    penumpang Malaysian
    Airlines dari Kuala Lumpur ke
    Kota Kinabalu, Sabah.
    Pesawat akan berlepas pada
    pukul 3.00 petang. Semua
    penumpang diminta masuk
    melalui pintu B3.




Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur

mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan

yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita

pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil

daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada

sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut

mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh

murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan

beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat

bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.




Boneka




(a)   Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.

(b)   Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog
      Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
      boneka.

(c)   Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan
      boneka.

(d)   Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
      memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e)   Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

(f)   Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada
      cerita tadi.
Bahan Kartun

(a)   Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b)   Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa
      yang sesuai.
(c)   Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan
      dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d)   Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.



Video dan Bahan Sastera

(a)   Murid menonton rakaman drama.

(b)   Murid dibahagikan kepada kumpulan.

(c)   Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada
      bersetuju   atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang
      Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.

(d)   Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan
      dengan membuat tindakan sendiri.




Gambar Foto (potret)




                                   (a)   Murid   diminta   menerangkan   keadaan
                                         emosi seorang kanak-kanak yang terdapat
                                         dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama
                                         ada sedih, gembira, takut, marah dan
                                         sebagainya.
                                   (b)   Murid kemudian meramalkan peristiwa
                                         yang mencetuskan perasaan demikian.
                                   (c)   Murid diminta menyenaraikan beberapa
                                         perkara yang menarik tentang pemuda itu
                                   (d)   Murid membuat karangan pendek tentang
                                         kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai

mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang

penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang

dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan

untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,

keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria

seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan

pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu

adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan

bermakna.




            Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu
            mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan
            pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu
            mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang
            terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Tajuk 5        Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                     Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian
                      Kemahiran Mendengar dan Bertutur.




Sinopsis


Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian

dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian

terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai

mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-

murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa

prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu

sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan

murid.



Hasil Pembelajaran
1.       Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
         yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
         dan bertutur; dan
2.       Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.
Kerangka Konsep

                   Menganalisis
                  Ciri-Ciri Pelajar



   Menetapkan        Menulis          Membentuk   Membentuk         Memilih Media   Melaksanakan
    Matlamat         Objektif           ujian       aktiviti         Pengajaran      Pengajaran
                                                  pengajaran


                     Meneliti
                   Semula Teks


                                                  Menyemak Pengajaran



                Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




Pengenalan

Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat
taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan
menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,
kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut
frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan
membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.              Nada, kenyaringan dan
kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan
konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik
muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid
menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini
akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan
makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai

perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan

konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,

dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi

makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu

dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk

binaannya yang berbeza pula.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan

berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa

Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke

rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.

Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang

khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan

itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.

Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan

betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya

dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan

pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua

aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.




Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:

Pertama: penilaian kemahiran menyebut

Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid

pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh

bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-

murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda

yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu

mengalami gangguan.

Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek

daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada

bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem,

suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur

tekanan, hentian dan intonasi.




Penilaian kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan

dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,

kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan

menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang

hendak disampaikan.




Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam

kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus

kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu

diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut

bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan

konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan

ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin

petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan

itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama

ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan

pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran MikroSha Amran
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikrorestya21
 
Media Pembelajaran Micro Teaching
Media Pembelajaran Micro TeachingMedia Pembelajaran Micro Teaching
Media Pembelajaran Micro TeachingHeny Istiqomah
 
Konsep dasar pengajaran mikro
Konsep dasar pengajaran mikroKonsep dasar pengajaran mikro
Konsep dasar pengajaran mikroBu Ila
 
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan Penemuan
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan PenemuanMetode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan Penemuan
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan PenemuanYoshiie Srinita (II)
 
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri Puteri
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri PuteriPLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri Puteri
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri PuteriSiti Nur Fatimah Hasan
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaranmazlan81
 
Bahan ajar-micro-teaching
Bahan ajar-micro-teachingBahan ajar-micro-teaching
Bahan ajar-micro-teachingJunaidi Arifin
 
MODUL DRILL AND PRACTICE
MODUL DRILL AND PRACTICEMODUL DRILL AND PRACTICE
MODUL DRILL AND PRACTICEkendari01
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikroaku_ hafif
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajarSuci Lintiasri
 
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)RekaKaswanti
 
Modul media pembelajaran drill practice pdf
Modul media pembelajaran drill practice pdfModul media pembelajaran drill practice pdf
Modul media pembelajaran drill practice pdfDina PGMI C
 
Orientasi pengajaran-mikro
Orientasi pengajaran-mikroOrientasi pengajaran-mikro
Orientasi pengajaran-mikroTsinta Fajriah
 
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3NikenDwi15
 

Mais procurados (18)

Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Media Pembelajaran Micro Teaching
Media Pembelajaran Micro TeachingMedia Pembelajaran Micro Teaching
Media Pembelajaran Micro Teaching
 
Konsep dasar pengajaran mikro
Konsep dasar pengajaran mikroKonsep dasar pengajaran mikro
Konsep dasar pengajaran mikro
 
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan Penemuan
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan PenemuanMetode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan Penemuan
Metode Mengajar Driill, Diskusi, Demonstrasi dan Penemuan
 
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri Puteri
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri PuteriPLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri Puteri
PLC -Panitia Pendidikan Islam SM Sains Seri Puteri
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
micro teaching
micro teachingmicro teaching
micro teaching
 
Bahan ajar-micro-teaching
Bahan ajar-micro-teachingBahan ajar-micro-teaching
Bahan ajar-micro-teaching
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
MODUL DRILL AND PRACTICE
MODUL DRILL AND PRACTICEMODUL DRILL AND PRACTICE
MODUL DRILL AND PRACTICE
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
Micro Teaching Media
Micro Teaching MediaMicro Teaching Media
Micro Teaching Media
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)
Modul Media Pembelajaran (Model Pembelajaran Simulasi)
 
Modul media pembelajaran drill practice pdf
Modul media pembelajaran drill practice pdfModul media pembelajaran drill practice pdf
Modul media pembelajaran drill practice pdf
 
Orientasi pengajaran-mikro
Orientasi pengajaran-mikroOrientasi pengajaran-mikro
Orientasi pengajaran-mikro
 
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
Makalah microteaching (teori belajar) 4 c_kel 3
 

Destaque

Parents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsParents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsFarhan Rana
 
Parents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsParents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsFarhan Rana
 
Module 1 Preparation
Module 1 PreparationModule 1 Preparation
Module 1 Preparationschernick
 
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkPertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkRezza Riantino
 
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkPertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkRezza Riantino
 
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...Global Risk Forum GRFDavos
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD Editor
 
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, Iran
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, IranRisk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, Iran
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, IranGlobal Risk Forum GRFDavos
 
теорема пифагора урок 2.
теорема пифагора  урок 2.теорема пифагора  урок 2.
теорема пифагора урок 2.lunegovan
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD Editor
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD Editor
 
Grant Thornton - Magazyn PLUS Audyt
Grant Thornton - Magazyn PLUS AudytGrant Thornton - Magazyn PLUS Audyt
Grant Thornton - Magazyn PLUS AudytGrant Thornton
 

Destaque (20)

Parents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsParents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kids
 
Parents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kidsParents wish...to their lovely kids
Parents wish...to their lovely kids
 
Positive thinking
Positive thinkingPositive thinking
Positive thinking
 
Pit2
Pit2Pit2
Pit2
 
Module 1 Preparation
Module 1 PreparationModule 1 Preparation
Module 1 Preparation
 
Manajemen waktu keluarga
Manajemen waktu keluargaManajemen waktu keluarga
Manajemen waktu keluarga
 
Inves. operativa2
Inves. operativa2Inves. operativa2
Inves. operativa2
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warming
 
Cow Worship
Cow Worship Cow Worship
Cow Worship
 
Green Revolution
Green RevolutionGreen Revolution
Green Revolution
 
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkPertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
 
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produkPertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
Pertimbangan yang dilakuan saat membeli suatu produk
 
Prilaku konsumen
Prilaku konsumenPrilaku konsumen
Prilaku konsumen
 
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...
Vulnerability assessment of cotton to hail in China based on historical recor...
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
 
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, Iran
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, IranRisk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, Iran
Risk assessment of the buried fuel pipelines in the City of Kermanshah, Iran
 
теорема пифагора урок 2.
теорема пифагора  урок 2.теорема пифагора  урок 2.
теорема пифагора урок 2.
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
 
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
IJERD (www.ijerd.com) International Journal of Engineering Research and Devel...
 
Grant Thornton - Magazyn PLUS Audyt
Grant Thornton - Magazyn PLUS AudytGrant Thornton - Magazyn PLUS Audyt
Grant Thornton - Magazyn PLUS Audyt
 

Semelhante a Bmm3104

Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorSMK Damansara Damai 1
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Nurzila Ibrahim
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.ppppppppppppppppppppppppppppppDannyCherish1
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083Hendon Ramlan
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083Noor Dollah
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajarRosdan Nasar
 

Semelhante a Bmm3104 (20)

Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
 
Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 

Bmm3104

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR- PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul
  • 5. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber- sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali
  • 6. Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
  • 7. modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
  • 8. Pengenalan Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenalkan kepada anda, tentang kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca dan kemahiran menulis . Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan kepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Ia turut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga dimasukkan. Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut: Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk Pembelajaran 2: Kemahiran Membaca Tajuk Pembelajaran 3: Kemahiran Menulis Tajuk Pembelajaran 4: Kemahiran Mengarang Tajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Tajuk Pembelajaran 6: Penilaian Kemahiran Menulis Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul ini diharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.
  • 9. AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: BMM 3104 : Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS 1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan Bentuk  Peringkat Penguasaan 1  Unsur dan Faktor 2 Keberkesanan  Prinsip Pengajaran  Kaedah Pengajaran  Teknik Pengajaran 1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur  Objektif, Langkah-langkah sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran  Prinsip dan prosedur 2 Pembinaan Instrumen 2 Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. 2. Kemahiran Membaca.  Matlamat dan Jenis Bacaan  Peringkat Pengajaran Bacaan  Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming, Scanning. 1. Pendekatan dan Kaedah Pengajaran 3 Bacaan. 2
  • 10. Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif, dan Pengalaman Bahasa.  Kaedah Pandang Sebut  Kaedah Abjad dan Fonik 2. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca.  Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R), Read, Review, Recite, (3R), Know, What, Learn, How, (KWLH), dan lain-lain.  Lingkaran Soalan, Tatacerita  Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca. 3. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca.  Objektif  Langkah-langkah Sebelum, Semasa, dan Selepas Aktiviti  Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. 1.Penilaian Kemahiran Membaca.  Mengenal pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea Utama dan Idea sokongan  Membuat Ramalan/Kesimpulan  Pembinaan Instrumen Penilaian 2.Kemahiran Menulis.  Matlamat dan Peringkat 4  Tujuan Penulisan 2  Jenis Penulisan Karangan. 3.Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis.  Proses Pengajaran  LEA (Pengalaman Bahasa) 1.Kemahiran Mengarang.  Mencari Isi – Menggunakan Bahan Rangsangan 5 2  Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan Pemerengganan  Kemahiran Kosa kata, Gaya
  • 11. Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea – Peta Minda. 2.Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.  Ejaan  Imlak  Karangan 3.Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis.  Mengenal Pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea utama dan Idea Sokongan  Membuat Ramalan / Kesimpulan. JUMLAH 10
  • 12. Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:  konsep  objektif  proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan
  • 13. 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
  • 14. KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan- rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang
  • 15. diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain; (c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan; (h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur- unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan
  • 16. memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid- murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya; (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan; (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
  • 17. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul; (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
  • 18. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas; (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat; (d) memberi penerangan dan alasan; (e) menunjuk arah; (f) membina soalan untuk mencari maklumat; (g) bertemu ramah; (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat; (i) bertutur secara bertatasusila; dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; (c) Membina soalan berdasarkan bahan; (d) Memberi arahan kepada rakan; (e) Menerangkan gambar dan bahan grafik; (f) Berbual melalui telefon; (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan; (i) Permainan komunikatif; (j) Mengadakan perbahasan; (k) Perbincangan forum; (l) Memberi taklimat dan ceramah; (m) Main peranan; (n) Simulasi; (o) Teater bercerita; dan (p) Drama Kemahiran Mendengar
  • 19. Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak- kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
  • 20. sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
  • 21. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.
  • 22. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang tersirat, (g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
  • 23. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) secara kritikal. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
  • 24. (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya.
  • 25. Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Peringkat Penguasaan  Unsur dan Faktor Keberkesanan  Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:  Peringkat Penguasaan  Unsur dan Faktor Keberkesanan  Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
  • 26. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian. Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
  • 27. dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju. Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bertatasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat; (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; (g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan (j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
  • 28. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat; (e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; (g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan); (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain; (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; (j) Mendeklamsi puisi; (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan (l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.
  • 29. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor, (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa; (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan; (c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan; (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar; (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam
  • 30. kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing- masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat- peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak; (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
  • 31. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Kaedah  Teknik Pengajaran Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
  • 32. Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
  • 33. (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul; (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
  • 34. setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid- murid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu; (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
  • 35. pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:  Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;  Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;
  • 36. Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;  Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan  Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.
  • 37. Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : “Pak cik”? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum. Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid- murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
  • 38. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
  • 39. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus- rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
  • 40. dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur- unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir- hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya pergi ke sekolah. I go to school. Dia minum susu. He drinks milk.
  • 41. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
  • 42. ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
  • 43. Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur
  • 44. bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara
  • 45. Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Bola. Murid- Ali menendang murid, ikut bola. cikgu sebut. Ali menendang bola di padang. Bola. Ali menendang bola. Ali ….
  • 46. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. daki - laki tari - lari malu - balu Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ - Pandang pandan tepi pagar depan padang. - Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid- murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
  • 47. Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
  • 48. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
  • 49. Latihan Penghasilan Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid- murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru.  Khemah  Lampu picit  Makanan kering  Makanan basah  Alat memasak  Pakaian  Baldi  Alat menjahit  Pisau  Kapak  Bantal  Selimut  Air  Susu tin  Cangkul  Surat khabar  Radio  Mancis api
  • 50. Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
  • 51. kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. Rumusan Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
  • 52. unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.
  • 53. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar Tajuk 4 dan Bertutur  Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Hasil Pembelajaran 1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
  • 54. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Kemahiran Tugasan Peneguhan Isi Pelajaran ii. Kemahiran Ulasan Kendiri menerangkan Ilustrasi iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal
  • 55. Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
  • 56. dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).
  • 57. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:
  • 58. Kesesuaian dengan Penjelasan perkara Objektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan pengajran dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan teknik pengajaran pemilihannya ditentu lebih terdahulu. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.
  • 59. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
  • 60. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; (e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); (f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; (g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad- kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid. Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
  • 61. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas; (b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut; (c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama; (d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan; (e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
  • 62. dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.
  • 63. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.
  • 64. Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.
  • 65. Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
  • 66. Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid- murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.
  • 67. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.
  • 68. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid- murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
  • 69. murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi. Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.