2. 1.0 PENGENALAN
Kelab Kebudayan Cina, Kolej Ibu Zain (KIZ) merupakan salah satu entiti di
bawah naungan Bahagian Integrasi dan Perpaduan kaum, Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Ibu Zain (KIZ). Kelab kebudayaan Cina telah berjaya menganjurkan aktiviti
tahunan yang berimpak seperti Night Of Kung Fu. Namun, Kelab ini masih tidak
pernah menganjurkan aktiviti memperkenalkan budaya negara lain.
Walaupun pelajar-pelajar dapat menyebutkan nama dan kedudukan negara
yang ada di negara ini tetapi mereka tidak mengenali kebudayaan mereka.
Kebudayaan didefinisikan sebagai satu keseluruhan gagasan yang meliputi cara hidup,
amalan, adat dan segala aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah masyarakat.
Persefahaman kebudayaan bukan sahaja penting dalam negara kita yang
berbilang kaum, tetapi juga penting di persada antarabangsa kerana melalui
persefahaman kebudayaan, peperangan dan bencana buatan manusia dapat dielakkan.
Program ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar UKM mempelajari budaya
negara lain.
Di samping itu, kami berharap pelajar tempatan dapat berinteraksi dengan
pelajar antarabangsa dari pelbagai aspek seperti budaya, adat dan pelajaran.
Memandangkan program pertukaran pelajar amat terhad dan tidak dapat melibatkan
banyak pelajar, kami berharap pelajar yang tidak berpeluang menyertai program
mobiliti dapat mengenali pelajar antarabangsa.
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni UKM
dan Kolej Ibu Zain (KIZ) untuk mengadakan program INTERNATIONAL CULTURE
NIGHT 2014, yang akan diadakan pada 5 Disember 2014 di DATARAN
PANGGUNG SENI, UKM.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk kesefahaman antarabangsa dalam kalangan pelajar dengan
menggalakkan pertukaran budaya antara pelajar antarabangsa dengan pelajar
tempatan di UKM.
3. 2.2 Menerapkan nilai-nilai etika yang dapat ditunjukkan melalui International
Culture Night 2014 seperti disiplin diri, mencapai keseimbangan diri dan
sebagainya.
2.3 Meningkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa/i dan bekerja secara
berpasukan serta memantapkan kemahiran insaniah mahasiswa/i seperti
kemahiran pengurusan dan keusahawanan pelajar dalam menjayakan program
ini.
2.4 Memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk bergaul dan bekerjasama
dengan pelajar antarabangsa untuk menghasilkan persembahan.
2.5 Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan antara pelajar tempatan dengan
pelajar antarabangsa untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek.
3.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 5 Disember 2014 (Jumaat)
Tempat: Dataran Panggung Seni, UKM
4.0 TEMA
”Diversity is the essence of beauty. ”
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
5.1 Persembahan – Wakil daripada pelajar antarabangsa UKM dan IPTA yang lain
akan membuat persembahan.
5.2 Pameran – Pameran tentang adat dan kebudayaan Malaysia dan luar negara.
5.3 Pertunjukan fashion- Pakaian luar negara yang unik akan ditunjukkan oleh
wakil-wakil dari negara masing-masing.
4. 6.0 STRUKTUR ORGANISASI
Penaung
Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Ybhg. Tuan Hj. Abdul Aziz Abu Bakar
Timbalan Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar (HEP), UKM
Penasihat
En. Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
En. Nik Mohd. Noor Faizul bin Md Saad
Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Felo Penasihat
Cik Phoon Li Juan @ Roovasini
Felo Penasihat Bahagian Integrasi dan Perpaduan Kaum
5. SEKRETARIAT
Ketua Pengarah
Hew Huei Min A146827 FEP/ 2
Timbalan Ketua Pengarah
Chia Yee Meen A143530 FEP/ 2
Setiausaha
Kong Ching Ting A145885 FST/ 2
Timbalan Setiausaha
Nurul Zafirah Bt Amran A148306 FSSK/ 1
Bendahari
Tan Jia Mei A151484 FST/ 1
Ketua Penyelaras
Ong Yi Min A145375 FSSK/ 2
Penyelaras Protokol
Tracy Lau Fang Ting A144080 FKAB/ 2
Wong Cing Yii A148486 FST/ 1
Penyelaras Program
Yeo Siew Ting A147888 FEP/ 1
Phe Yeong Kiang A152076 FTSM/ 1
Penyelaras Pemasaran
Leow Cheok Yeow A147665 FST/ 1
Ramakrishnan A/L Ramachandran A145994 FST/ 2
Penyelaras Publisiti
Kong Lie Mee A147632 FEP/ 1
Koay Ivy A148613 FSSK/ 1
Penyelaras Teknikal dan Tugas-tugas Khas
Arnold Yamil A146730 FKAB/ 2
Shari L. Raji A142803 FKAB/ 3
Penyelaras Pameran
Thessalonesa Anak Antija A145179 FSSK/ 2
Raman A/L Karuppiah A144073 FKAB/ 2
Penyelaras Jamuan
Shaz’wani Afiqah Binti Shafei A151573 FSSK/ 1
6. 7.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Perkara
6.30petang-8.00malam Lawatan pameran
8.00malam-9.00malam
8.00 malam
8.30malam
8.35 malam
8.45 malam
8.50 malam
Majlis perasmian :
Ketibaan tetamu jemputan
Ketibaan VIP, VVIP
Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’
Ucapan pengarah program
Ucapan perasmian oleh perasmi
Penyampaian cenderamata keada perasmi
9.00 malam- 10.30 malam
9.00 malam
9.10 malam
9.20 malam
9.30 malam
9.40 malam
9.50 malam
10.00 malam
10.10 malam
10.20 malam
Jamuan dan persembahan:
Persembahan 1
Persembahan 2
Persembahan 3
Persembahan 4
Persembahan 5
Persembahan 6
Persembahan 7
Persembahan 8
Persembahan 9
10.30 malam Penyampaian hadiah dan cenderamata
10.40 malam Bersurai
7. 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Perincian Sumber Dana
Bil Perkara RM
1.
2.
3.
4.
5.
Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL)
Tabungan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain
Penjualan ticket (RM 8 x 250 )
Jualan Makanan
Kutipan Derma
300
200
2000
300
1500
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 4300
Perincian Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1.
2.
3.
Cenderamata & Protokol
-hadiah VIP (RM40 x 2 orang)
-kad jemputan (RM1 x 30)
-Cabutan Bertuah
Jamuan
-air mineral (RM 15x10 kotak)
-makanan untuk VIP (RM 10 x 20 orang)
-makanan untuk peserta persembahan (RM 5
x100orang)
Publisiti
-banner (RM 30x2)
-poster (RM 1 x 30 helai)
-alat tulis
80
30
400
150
200
500
60
30
50
8. 4.
5.
6.
7.
8.
Program
-jemputan persembahan (RM 250x6 persembahan)
-alat-alat untuk persembahan
-sewaan*
Teknikal
-sewa kamera (RM 20x2)
Tugas-tugas Khas dan Keselamatan
-tag nama (RM 0.50 x 40)
-sewaan
Pameran
-risalah (RM 0.20 x 100)
-”backdrop”
-peralatan
Rencam
1500
200
270
40
20
200
20
100
100
350
JUMLAH PERBELANJAAN KESULURAHAN 4300
9.0 PENUTUP
Diharap pihak pentadbiran Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni UKM
mempertimbang dan meluluskan kertas cadangan program ini, seterusnya memberi
bantuan kewangan untuk menjayakan program ini. Di samping itu juga diharap
program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ).
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, pihak kami sedia untuk dihubungi pada
talian 018-5702593 (HEW HUEI MIN). Semoga kerjasama yang terjalin akan dapat
menjayakan penganjuran program ini .