SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini  seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaianImam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!<br />kesimpulanSebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman. Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (    ١لطفل   ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya  kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…” Wallahua’lam<br />Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat. Namun begitu, sebagai ibu bapa anda perlu bertanya pada diri sendiri mengapa anda harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah anak-anak anda. Ada tiga alasan utama mengapa anda sebaiknya tidak hanya mendaftar anak anda ke kelas prasekolah, tetapi menjadi aktif terlibat di dalam proses pembelajarannya juga samada di kelas mahupun di rumah.Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini kita mengharapkan anak-anak kita untuk belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula memasuki umur 4-6 tahun( prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar asas-asas seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di prasekolah.Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di prasekolah anda akan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak anda akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan membantu membuat anak anda bersemangat belajar seumur hidup mereka.Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Adakah anda ingin anak anda berada di kelas ’hadapan’ atau tertinggal di ’belakang’?Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal, anda boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang penting adalah anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu sepertimana yang dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan bantu mengajar dan buku-buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan walaupun di rumah.Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.<br />Posted by prasekolahIPGM at 5:20 PM 2 comments <br />Falsafah pendidikan prasekolah<br />Falsafah pendidikan prasekolah dibentuk berlandaskan prinsip-prinsip berikut:<br />,[object Object]
Aktiviti terancang
Bermain sambil belajar
Mengambil kira perbezaan latar belakang individu
Penyesuaian dari rumah ke prasekolah.Program pendidikan prasekolah<br />,[object Object]

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
Nur Farhanie
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
Adilah Said
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
Rozaidi Yusof
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
darminladiro
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Cikgu Nurol
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
Chon Seong Hoo
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
Amra Nusroh
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
aliztrade
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
Ning Fan
 
Rancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanakRancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanak
sendirian berhad
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
cikgusuepkhas
 

Destaque (20)

Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
Tadika impianku "TADIKA DAHNIYA'
 
2 perencanaan-pembelajaran
2 perencanaan-pembelajaran2 perencanaan-pembelajaran
2 perencanaan-pembelajaran
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolah
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
peserta perencanaan pembelajaran di TK
peserta perencanaan pembelajaran di TKpeserta perencanaan pembelajaran di TK
peserta perencanaan pembelajaran di TK
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Strategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TKStrategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TK
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAHRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Rancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanakRancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanak
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 

Último

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Último (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 

Falsafah pendidikan prasekolah