2. Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat
penting apabila menggunakan perkakas elektrik.
Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang
keselamatan diri, alat perkakas akan
mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan
harta benda malah kehilangan nyawa.
Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi
peraturan keselamatan & mematuhi arahan yang
ditetapkan di samping mempunyai sikap
bertanggungjawab.
3. Semua pekerja dan majikan dalam bidang
kejuruteraan perlu mematuhi peraturan
keselamatan dan mereka dilindungi oleh
undang-undang iaitu di bawah Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Occupational
Safety and Health Administration (OSHA).
Terdapat 3 kategori keselamatan yang perlu
diberi perhatian, iaitu:
1) Keselamatan diri,
2) Keselamatan bengkel dan persekitaran
3) Keselamatan alat dan perkakas elektrik
4. A. Cara berpakaian
•Memakai pakaian bengkel/pakaian yang sesuai dengan kerja yang
hendak dijalankan.
•Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah.
•Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher, gelang
tangan, cincin dll.
•Tidak memakai tali leher.
B. Sikap
• Sentiasa mematuhi arahan guru atau penyelia.
• Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja.
• Memastikan ruang kerja bersih.
• Melaporkan sebarang kerosakan.
• Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang dijalankan dan
memastikan anda
mengetahui cara menggunakan alat tersebut.
• Melaporkan kepada guru atau penyelia dengan segera sekiranya
berlaku kemalangan.
5. C. Keadaan fizikal diri
• Sihat tubuh badan.
• Tidak mengantuk.
• Penglihatan jelas.
• Pendengaran jelas.
6. Bengkel merupakan tempat bagi pelajar
melakukan kerja-kerja amali. Beberapa
peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh
pelajar, antaranya:
7.
Memastikan susunatur semua peralatan &
perabot sentiasa kemas & selamat supaya tidak
menghalang laluan terutama laluan kecemasan.
Pelajar perlu mengemas semula peralatan &
perabot yang telah digunakan bagi memastikan
susun atur yang selamat pada setiap masa.
Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan
yang baik.
Memastikan bengkel mendapat pencahayaan
yang mencukupi.
Memastikan persekitaran yang bersih. Pelajar
perlu membersihkan ruang kerja setiap kali
selesai menjalankan amali.
8.
Tidak membuat bising supaya semua arahan guru atau
penyelia dapat didengar dengan jelas.
Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran
supaya mudah dicapai semasa kebakaran.
Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan.
Melengkapkan diri dengn latihan kebakaran. Setiap pelajar
perlu menjalani latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2
kali setahun.
Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas.
Laporkan kepada guru sekiranya kandungan peti
pertolongan cemas tidak lengkap atau rosak.
9. Kebanyakan alat dan perkakas menggunakan
tenaga elektrik untuk berkendali.
Oleh itu, alat dan perkakas elektrik hendaklah
sentiasa dalam keadaan baik serta dilengkapi
dengan ciri keselamatan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Tenaga (ST).
Antara ciri keselamatan alat dan perkakas adalah
mempunyai penebatan dan sambungan
pembumian yang baik serta menggunakan
peranti pelindung.
10. Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau
mengasingkan pengalir dengan menggunakan
penebat untuk menghalang pengaliran arus.
Bahan yang digunakan sebagai penebat mestilah
mempunyai rintangan yang sangat tinggi, contohnya
getah, polivinil klorida dan bakelit.
Alat dan perkakas elektrik yang mempunyai
penebatan yang baik dapat melindungi pengguna
daripada tersentuh bahagian logam yang
mengalirkan arus elektrik pada alat tersebut jika
berlaku kerosakan.
11. Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan
bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada
jisim bumi.
Tujuan asas pembumian adalah untuk melindungi
pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila
berlaku aliran arus di mana-mana bahagian logam
yang terdapat pada perkakas elektrik atau sistem
pendawaian.
Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila
litar pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar
arus baki ketika berlakunya kebocoran arus ke bumi.
12. Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak
memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus
yang mengalir dalam litar.
Fius dan pemutus litar ialah dua jenis peranti
pelindung yang digunakan untuk melindungi litar
pengguna dan perkakas elektrik.
Nilai kadaran arus peranti pelindung yang
dilengkapkan bergantung kepada kuantiti arus
yang digunakan oleh alat dan perkakas elektrik
tersebut.
13. Selain itu, penggunaan alat dan perkakas
elektrik yang mempunyai tanda kelulusan
SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan
tambahan.
Lazimnya, barangan elektrik yang mendapat
kelulusan SIRIM telah dikawal kualitinya dan
ciri keselamatan pada alat dan perkakas
elektrik telah mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan.
14. Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada
keadaan mangsa dan kerosakan atau
kemusnahan di tempat kejadian kemalangan
itu.
Terdapat 4 kesan kemalangan elektrik
1) Renjatan Elektrik
2) Lecur
3) Kebakaran
4) Letupan
15. Berlaku disebabkan oleh pengaliran arus
elektrik dengan kadar tertentu ke dalam
tubuh mangsa secara tidak sengaja.
Punca renjatan elektrik
1) penebatan kurang baik
2) pembumian kurang sempurna
3) penggunaan pemutus litar arus baki yang
rosak
16. Kesan renjatan elektrik (3 peringkat)
Kadaran arus Kesannya
1mA Renjatan ringan
10 mA Renjatan yang kuat
sehingga menyebabkan
lecur dan kehilangan
kawalan otot
100 mA dan lebih Renjatan yang mungkin
boleh menyebabkan
kematian
17. Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam
tubuh mangsa.
Lecur terbahagi kepada tiga tahap:
1) Tahap pertama-menampakkan tanda
kemerah-merahan pada kulit.
2) Tahap kedua-kulit menggelembung
dan mengandungi cecair.
3) Tahap ketiga-lecur hingga ke bahagian
dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan
otot berfungsi.
18. Berpunca daripada pelbagai sebab antaranya
akibat pengaliran arus elektrik berlebihan.
Di Malaysia, kebakaran dibahagikan kepada 4
kelas iaitu A, B, C dan D.
KELAS PUNCA
A Bahan pepejal berunsur organik – kayu,
kertas, kain dll.
B Bahan cecair – minyak, petrol, diesel,
turpentin dll atau pepejal mudah cair.
C Gas – metana, butana dll.
D Bahan logam.
19. Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik
turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung pada
di mana pendawaian atau pemasangan elektrik dibuat atau
jenis bahan yang digunakan.
Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik
disebabkan oleh:
i) kerosakan penebatan kabel yang boleh
menyebabkan litar pintas.
ii) kerosakan sistem pembumian.
iii) kegagalan peranti pelindung untuk
berfungsi seperti penggunaan kadar fius
yang melebihi had, beban berlebihan dll.
iv)percikan bunga api.
v)kerosakan penangkap kilat.
20. Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali
berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup
dan neutral.
Letupan yang kuat boleh menyebabkan
kebakaran.
Kebakaran yang besar dan tidak dapat dikawal
mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan
kemusnahan harta benda.
Antara komponen yang terdapat di bengkel ada
yang boleh meletup jika disambung ke bekalan
kuasa dengan kekutuban yang salah, contohnya
pemuat elektrolit.