1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang
berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan
yang dihormati.
Pucuk manis permatang hati,
Pucuk purut harum mewangi,
Yang tua dihormati,
Yang muda disayangi.
Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum
lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin
terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata,
seperti kata orang dahulu kala;
Yang buta tidak teraba-raba, yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin, yang pendek tidak tertinjau-tinjau.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua atau
orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud
perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda
dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak.
Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa
orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi.
Hadirin yang bervisi,
Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi
„Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi‟. Berdasarkan ungkapan di atas,
muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan
tersebut digunapakai pada zaman ini? Kita melihat bahawa amalan yang
dilakukan berdasarkan ungkapan tersebut sudah lama diabai dan terabai. Hal ini
demikian kerana sikap generasi muda yang sudah hilang rasa hormat dan
sopannya kepada generasi tua. Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata
kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang lebih tua daripada mereka.
2. Suasana seperti ini sering kali kita lihat dalam konteks keluarga yang mana si
anak akan bersikap kurang ajar dengan ibu bapa mereka. Apabila difikirkan
kembali, mana perginya sikap hormat-menghormati mereka terhadap orang tua
yang sudah membesarkan mereka dengan penuh kasih-sayang sehingga sanggup
mengeluarkan kata-kata kesat dan meninggikan suara mereka.
Suasana seperti ini bukan sahaja berlaku di dalam institusi keluarga, malah
kita akan dapat melihat ianya berlaku di persekitaran kita. Contohnya pada zaman
dahulu apabila kita ingin melintas dihadapan orang tua kita akan membongkokkan
sedikit badan kita untuk menunjukkan tanda hormat. Namun kini situasi seperti itu
jarang sekali untuk kita lihat yang mana yang muda akan lalu-lalang sesuka hati
dihadapan orang tua tanpa ada rasa hormat.
Adakah keadaan seperti ini akan terus berlaku? Bagaimanakah generasi
akan datang akan dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka?
sekiranya generasi yang ada kini seolah-olah cuba untuk menghakis amalan
tersebut dalam diri mereka. Justeru, kita berharap agar persepsi tersebut dapat
diubah kerana kita sebagai orang Timur, dikenali sebagai kaya dengan adat dan
sopan santunnya
Putera puteri anak pertiwi,
Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang
lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia
sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini
dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi
Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapatidak menyayangi anak kecil kami &tidak mengenal hak orang tua
kami maka bukan termasuk golongan kami.” (HR. Al-Bukhari)
Hadis ini merupakan ancaman bagi orang yang menyia-nyiakan &
meremehkan hak orang yang sudah tua, di mana orang tersebut tidak mengikut
petunjuk Nabi dantidak menepati jalannya.Menghormati mereka termasuk
mengagungkan Allah, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud
“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati
seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur‟an yang tak berlebih-
lebihan padanya (dengan melampaui batas) dantidak menjauh (dari
mengamalkan) Al-Qur‟an tersebut, serta memuliakan penguasa yang adil.” (HR.
Abu Dawud)
3. Warga dewan yang budiman
Dihias indah fakta seterusnya, mendahulukan orang yang lebih tua. Dalam
Islam disyariatkan mendahului orang yang lebih tua dalam beberapa keadaan.
1. Mengimami solat :sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah salah seorang kalian
mengumandangkan azan dan orang yang paling tua mengimami
solatkalian.” (HR. Al-Bukhari)
2. Dalam berbicara dan memberi pendapat. Perlu kita mendahulukan orang
yang lebih tua dalam kata-kata dan mengajukan pendapat.
3. Dalam pemberian. Kita perlu mendahulukan mereka yang lebih tua
sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang meminta sahabat mendahulukan
mereka yang lebih tua.
Sidang pendengar budiman,
Menelusi hujah di bawah nirmala kata menyayangi yang muda. Bila orang
yang telah lanjut usia mendapat hak penghormatan dankemuliaan, demikian pula
dengan anak yang masih kecil, mereka berhak mendapat kasih sayang.
Menyayangi anak kecil merupakan keharusan.
Pernah pada suatu saat Nabi SAW mencium cucunya Hasan bin Ali. Waktu
itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra‟ bin Habis At-Tamimi sedang duduk.
Maka Al-Aqra‟ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak
pernah seorang pun yang saya cium.” Maka Rasulullah SAW melihat kepadanya &
mengatakan:
“Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah).” (HR. Al-Bukhari)
Lihatlah, sesungguhnya balasan kebaikan adalah kebaikan, sebagaimana firman
Allah :
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).” (Ar-Rahman: 60)
Tentunya, menyayangi anak-anak kecil tidak hanya terbatas pada anak
sendiri bahkan umum sifatnya iaitu semua kanak-kanak tidak kira bangsa dan
agama. Bentuk menyayangi anak kecil juga banyak. Misalnya, menciumnya,
4. menggendongnya, mengusap kepalanya, menyapa &menyalaminya, serta
mengucapkan salam kepadanya.
Pada suatu masa Anas bin Malik r.a melewati anak-anak kecil lalu ia mengucapkan
salam kepada mereka. Anas berkata: “Dahulu Rasulullah SAW melakukan
demikian.” (Muttafaqun „alaihi)
Sidang dewan permisi,
Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Peranan dan tanggungjawab membentuk masyarakat berkualiti
diperkasakan melalui pelbagai médium di peringkat akar umbi. Agensi-agensi yang
prihatin menyahut pelan strategik kerajaan mengajak masyarakat mengubah
paradigma. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat
Malaysia bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi
lantas menanam dan mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan
ágama dan kerohanian disemaisuburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan
akhlak-akhlak mulia dan mahmudah agar sikap sayang menyayang dalam
keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah puncak kasih akan
berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk
akhlak mulia dan akhinya membentuk masyarakat penyayang.
Anak-anak bangsaku,
Konklusinya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang
tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip yang tua
dihormati yang muda disayangi. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan
warisan gemilang selagi hayat di kandung badan. Marilah kita lakarkan potret
kegemilangan Malaysia berpaksikan al-Quran dan Sunnah pada masa hadapan.
Sekian Salam kasih sayang. Wabillahhitaufiqwalhidayahwassalamualikum WBT.