SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 30
PENDIDIKAN AKHLAK ISLAM DAPAT MENYELESAIKAN
KEMELUT GEJALA SOSIAL DALAM KONTEKS
MASYARAKAT MASAKINI
ABSTRAK
Pendidikan akhlak Islam merupakan wadah penting untuk merungkai
permasalahan gejala sosial dan melahirkan manusia yang berakhlak
mulia. Penekanan ini bertujuan untuk membangun dan melahirkan
insan secara bersepadu dan seimbang demi merelisasikan fungsi
kemanusiaan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Artikel ini membincangkan beberapa langkah berkaitan dengan
pemantapan komponen akhlak Islam dalam era globalisasi yang kian
mencabar ini.
DEFINISI GEJALA SOSIAL
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Gejala
bermaksud : tanda-tanda (akan terjadi sesuatu), alamat atau petanda.
Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang
padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa
masalah.
Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang
bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal
(istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang
berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda-
tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang
berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
BENTUK – BENTUK GEJALA SOSIAL
• Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan
bantuan pelbagai alat media massa yang serba canggih. Media massa
merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran
berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan
belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua
maklumat-maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini
menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan
mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan
negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin
cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
• Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang
kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu
penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet
umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan
mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh
menjurus ke arah pemikiran negatif.
• Institusi Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala
sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka
dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap
pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor
punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa
terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad.
Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan
tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi
kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang
bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut
mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat.
• Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini
cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara
pakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian
yang digariskan oleh agama Islam. Mereka begitu ghairah untuk
mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut
dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan
berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat
bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah
kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi
berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang
telah ditetapkan.
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara
itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-
baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amat
pengampun lagi amat mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59.
• Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan
masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah
Allah s.w.t. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini
tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial
seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak
percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan
golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya
saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina,
bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah
percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan
cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah
mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan
sebagainya.
• Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa
kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.
Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja
untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan
negatif.
KES-KES KEROSAKAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT
Gejala sosial seringkali dikaitkan dengan masalah kebejatan sosial dan
kecelaruan tatacara hidup masyarakat. Dewasa ini, kes zina, buang
bayi, hubungan sesama jenis (gay/lesbian), pelacuran, rempit, buli,
video lucah, gangsterism, dadah, hidu gam, pengkid, punk, skinhead,
black metal dan seumpamanya semakin menjadi-jadi menyerlahkan
betapa keruntuhan akhlak dalam sistem masyarakat Malaysia adalah
ditahap meruncing. Kerosakan akhlak tidak hanya berlaku di kalangan
remaja, bahkan ianya melanda semua generasi masyarakat dari
pelajaran sekolah rendah hingga mereka yang menjangkau usia emas,
juga dari rakyat biasa hingga membawa kepada pemimpin negara.
Beberapa contoh mengenai gejala sosial masyarakat dipaparkan
untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memahami realiti yang di hadapi
kini;
• Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkap
kerana membuat persembahan tarian tiang di Nilai pada
Mac 2012 yang lalu merakamkan betapa soal halal dan
haram tidak diambil kira dalam mencari rezeki. Ketiga-tiga
remaja ini, Faiqah Azizan, Nurul Huda Abdul Rahman dan
Nooranishah Mohamad Isa kemudiannya dibicarakan dan
didenda sebanyak RM 25 oleh Mahkamah Majistret
Seremban.;
• Seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berasal
dari Wangsa Maju yang menuntut dalam bidang perubatan
di Dublin Ireland berkahwin dengan pasangannya sesama
jenis. Sebelum itu dia dilaporkan tidak dapat dihubungi
keluarganya selama 3 tahun. Ini menambahkan lagi parah
umat akhir zaman yang telah tergelincir dari panduan
syariat Islam.
Malang sekali kes-kes yang berbaur seks dan lucah menjadi berita
hangat yang dipaparkan oleh akhbar (Harian Metro, Kosmo dan Utusan
Malaysia) dengan begitu terperinci juga menyumbang kepada satu
bentuk pemikiran yang rosak di kalangan masyarakat Malaysia.
Walaupun ianya dikatakan sebagai paparan berita, tetapi melaporkan
dengan terperinci berserta gambar yang tidak senonoh yang boleh
ditatapi oleh segenap lapisan umur pastinya bakal mempengaruhi corak
pemikiran pembacanya.
PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL
Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah
globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap
nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar
globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi
tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota
(city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan
agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai
kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.
Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu
terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran.
Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran
kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti
mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan
sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman
keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah-
masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang
menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara
yang masih berpegang teguh pada budaya ketimuran ia merupakan satu
perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia
serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan
oleh sebab itu mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Bukan saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi
juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan
adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya
akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya
sesama muslim.
Firman Allah s.w.t.: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13
Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang
demikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan.
Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam,
maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang menyebabkan
keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap muslim dari
melakukannya.
IMPLIKASI KESAN – KESAN GEJALA SOSIAL
Budaya modenasasi ini telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah
laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran
agama. Pergaulan bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran
agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi
pakaian. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat
bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan
dan bermasyarakat.
Gejala sosial dalam kalangan remaja masakini akan
mendatangkan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat.
Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, mereka
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Kesan jangka masa panjang dan pendek pasti akan berlaku seandainya
remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan keperibadian mereka. Kiranya individu itu mempunyai
akhlak yang buruk, secara automatiknya peribadi individu itu juga akan
menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh
memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
negara.
• Kesan ke Atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu oleh itu,
akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu.
Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan
tinggi, manakala individu yang sebaliknya akan dipandang serong dan
dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya
dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu,
kebanyakkan remaja pada masakini terutamanya remaja muslim,
mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, perjudian, budaya
homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja
muslim yang kebanyakkannya mereka bertuankan dan bertunjangkan
nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan
asasnya mungkin berpunca dari kurangnya pegangan agama pada diri
mereka. Tidak dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
• Kesan Ke Atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.
Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi
kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata hikmah
yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh
sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan
kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap
institusi kekeluargaan ialah:-
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pasti
akan wujud penceraian;
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan terpelihara. Anak-anak
akan hilang tempat bergantung dan bermanja;
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak,
ketagihan dadah, pelacuran, perjudian dan masalah-masalah yang
lain.
• Kesan Ke Atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam
masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat
dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan
akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning
dan pengaruh barat mudah meresap dan menjadi ikutan para remaja
hari ini, contohnya muzik keras yang membuatkan para remaja terleka
dan lupa akan sekeliling. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-
pihak yang tertentu terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak
berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita
akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja melayu
terutamanya akan rosak. Oleh itu pihak-pihak atau anasir dari luar
akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri.
Namun begitu kesan yang paling ketara yang dapat dilihat kiranya
akhlak remaja tidak dikawal ialah:-
• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-
belah dan tidak bersatu-padu;
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam
masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati
masyarakat;
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti berlaku. Isu-
isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua kaum;
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat
yang mana disebabkan oleh kadar gejala sosial di kalangan remaja
semakin meningkat;
• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.
• Kesan Ke Atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan
yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah
negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau
generasi pada masa sekarang. Semua pihak terutamanya kerajaan,
badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding
bahu untuk menangani gejala sosial ini secara lebih konduktif. Antara
kesan yang akan berlaku ialah:-
• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa
hadapan;
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya
gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan
masyarakat;
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaan
kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam
peningkatan dalam kadar jenayah;
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara
seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak
mereka;
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja
Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap
agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PERMASALAHAN GEJALA SOSIAL
• Perspektif Individu
Dalam usaha untuk menangani permasalahan akhlak, perkara yang
paling utama dititik beratkan ialah peranan individu terbabit. Setiap
individu sewajarnya menghayati peranan sebagai hamba dan khalifah
Allah s.w.t dengan memperkukuhkan aspek aqidah, ibadat dan akhlak
di dalam jiwa. Individu bertanggungjawab menyediakan banteng yang
kukuh dalam diri dengan menghayati rukun Iman dan rukun Islam.
Satu perkara yang perlu diambil berat ialah ketaqwaan yang luhur
terhadap Allah s.w.t yang akan menghalangnya dari terpengaruh dari
segala gejala negatif yang ada di sekeliling terutama pada zaman ledakan
globalisasi ini. Individu juga seharusnya faham akan peranannya
sebagai contoh yang terbaik untuk memperlihatkan ajaran agama Islam
yang sebenarnya di mata dunia terutama di kalangan bukan Islam,
Allah s.w.t berfirman : “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan
keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat.
Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia
menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha
Mengetahui Lagi Maha Kuasa”. Surah Al-Rum : Ayat 54.
Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat dan tidak semestinya
berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlah
agama yang bersifat upacara (ritual) tetapi Islam merupakan satu cara
hidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan kepada hadith yang
bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.” Hadith riwayat Imam Malik. Dan
firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya
engkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti (akhlak) yang amat
mulia.” Al-Qalam : Ayat 4. Dari perspektif individu penilaian
perkembangan akhlak seseorang boleh dinilai melalui tiga tahap berbeza
iaitu:-
1.1.) Tahap Awal Kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada
persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang
berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya.
Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan
diperkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi
perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan
emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut
kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula
beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak
mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung
untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar
memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam
merealisasikan kemandiriannya menyebabkan ia akan ragu terhadap
dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus
mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak
akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan
dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap
inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego
serta kebebasan untuk mengungkapkan perasaan. Dalam peringkat
umur 3 tahun hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus
mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang meluas; di mana
mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih
tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar
mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperolehi
kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga
kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta
kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal
kanak-kanak.
Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini
seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan
akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih
belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu.
Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan
sikap toleransi. Rasulullah s.a.w sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat
yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar
menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau
bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’,
beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah.
Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.
Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-
galanya. Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika
sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam
Islam.
1.2.) Tahap Pertengahan dan akhir Kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluaskan arena
hubungan social dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung
atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula
menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia
mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang
disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas
dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain
marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses
pembentukan akhlak yang luhur.
Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak
selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan
kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai
agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam
peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam
diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap keperkembangan akhlak
yang seterusnya. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu prihatin
kepada kecenderungan ini dan amat perlu diarahkan secara bijaksana
sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role
model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.
1.3.) Tahap Baligh dan Remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal
kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini
diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula
memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan ‘sense of
belonging’ kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah
peringkat yang amat rumit (complicated) dan ia disertai oleh
pengalaman-pengalaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang
baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan
hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh
dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, displin
hidupnya mula terbentuk.
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya
mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada
contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan
contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi
yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan
contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-
undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.
Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan
kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah
meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Janganlah kalian menjadi
pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik.
Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian
kalian. Jika orang lain kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan
kejahatan janganlah pula kalian melakukan.”
• Perspektif Masyarakat
Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu dan
masyarakat. Akhlak yang mulia dapat menyempurnakan keperluan
masyarakat manusia, iaitu kebahagiaan. Jika setiap individu muslim
berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dilimpahi
dengan keadilan, kesejahteraan dan keamanan. Kepentingan akhlak
dalam masyarakat diakui juga kepentingannya oleh masyarakat barat
dan masyarakat orang bukan Islam seperti ungkapan yang telah
dinyatakan oleh Wilson iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, beliau
berkata : "... jika tamadun kita tidak diselamatkan dengan unsur moral, ia
tidak akan dapat bertahan dengan kebendaannya. Ia juga tidak mungkin
selamat kecuali jika semangat agama menjalar pada seluruh liang
romanya…hal inilah yang harus menjadi perlumbaan untuk mencapainya
oleh institusi-institusi politik kita, pada hartawan kita dan setiap individu
yang takut kepada tuhan dan cintakan negara ». Bekas pemimpin India
iaitu Mahatma Gandhi pernah berkata : «Sesungguhnya agama dan
akhlak tidak boleh dipisahkan…agama menyuburkan akhlak seumpama
air yang menyuburkan tanaman». Jelasnya, faktor agama merupakan
faktor yang paling penting dalam menangani masalah keruntuhan
akhlak.
Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan
menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja dalam menangani masalah
keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak
bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari
penyelesaiannya kerana setiap orang akan dipersoalkan oleh Allah di
Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Setiap daripada kamu adalah pemimpin,
dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawah
pimpinan kamu”
2.1.) Peranan Ibu Bapa dan Kawan-kawan
Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-
anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak
bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada
anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka,
kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar-
benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan
agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam
mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia.
Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-
anak mereka dengan hiburan yang berlebihan.
Ibu bapa merupakan pihak yang dekat dengan anak-anak. Mereka
perlu meluangkan masa untuk anak-anak. Masa yang terluang pada
hujung minggu boleh diisi dengan beriadah bersama keluarga. Mereka
lebih sibuk mencari rezeki dan nafkah sehingga melupakan
tanggungjawab terhadap anak-anak. Anak-anak perlukan perhatian
daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengetahui pergerakan dan
perkembangan anak-anak. Ini bukan bermakna ibu bapa perlu
mengongkong, anak- anak akan lebih agresif jika ibu bapa berbuat
demikian. Suasana harmoni di dalam rumah turut membantu anak-
anak agar berasa selesa dan selamat. Walaupun di dalam rumah, batas-
batas aurat perlu dijaga. Hal ini kerana, bagi menghindari maksiat yang
terjadi dari dalam rumah.
Selain itu, peranan kawan-kawan amat penting kerana mereka
yang paling akrab dan memahami masalah yang dialami oleh anak-
anak. Anak-anak lebih suka meluahkan masalah kepada rakan-rakan
sama ada masalah tentang keluarga, kewangan, mahupun perasaan.
Rakan-rakan perlu memberi nasihat yang positif dan membina agar
tidak membuatkan anak-anak melakukan sesuatu yang tidak elok. Oleh
itu rakan yang memberi impak negatif perlu dihindari agar tidak mudah
terpengaruh.
2.2.) Sekolah dan Guru
Peranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Di
sekolah para pengajar perlu peka terhadap anak murid. Kebelakangan
ini masalah sosial remaja berlaku di sekolah kerana kemaksiatan yang
sering dilakukan di dalam kawasan sekolah. jika terdapat sebarang
masalah dan kemusykilan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada
ibu bapa. Para pelajar perlu membatasi pergaulan antara lelaki dan
perempuan agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat
membentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru
perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada
pelajar mereka seorang pelajar yang mundur ataupun yang cemerlang.
Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah
disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan
perhatian. Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan
kepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar
dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti.
2.3.) Media Massa dan Elektronik
Pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-
maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-
anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan
bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang
berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana,
minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal
berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya.
Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara
tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang
buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa
dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu
ini.
2.4.) Pemimpin dan Kerajaan
Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam
membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam
menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui
kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik
dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara
sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur.
Sepertimana Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang
dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan
baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih
menerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkan
penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN
yang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang tidak dibendung. Perkara sebegini yang bakal
menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi
dan menambahkan lagi gejala sosial yang teruk dan bakal menjadikan
sesebuah bangsa seperti tidak beragama.
Tanggungjawab masyarakat dan negara pula dalam menangani
masalah keruntuhan akhlak ini ialah dengan prihatin dan peka dengan
persekitaran sekeliling. Anggota masyarakat sewajarnya sentiasa
bekerjasama serta berusaha untuk membasmi sebarang kegiatan
maksiat yang berlaku di kawasan masing-masing. Kempen ‘maksiat
sifar’ juga perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi menyedarkan
anggota masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak. Pihak
berkuasa pula hendaklah berusaha mencari jalan yang terbaik untuk
menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan bagi menangani
masalah sosial ini. Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa daripada
kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangan
(kuasa), sekiranya tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisan,
sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hati.
Mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”.
Jesteru itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang
sangat penting. Pihak jabatan agama Islam bagi setiap negeri perlu
mengambil tindakan tegas kepada remaja yang melakukan kemaksiatan
seperti berkhalwat, berzina, bersekedudukan, minum arak, dan
sebagainya. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
oleh mereka perlu dijalankan agar dapat memberi pengajaran kepada
mereka dan orang lain. Mereka ini perlu diberikan kaunseling bagi
membina jati diri dan memberikan infomasi tentang kesan dan natijah
yang dihadapi sekiranya melakukan sedemikian. Perkara seperti ini
bukan sahaja memberi kesan kepada diri remaja itu sendiri, malah turut
memberikan kesan kepada nama baik keluarga, agama, bangsa dan
negara. Kebanyakan masyarakat tidak mematuhi dan mengabaikan
peraturan yang telah ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggari
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuah
negara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang
ditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namun
kita telah mengabaikan peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalam
agama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh Allah s.w.t namun kita telah mengabaikannya.
KESIMPULAN
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras
gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat
bagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan watak
mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan
perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah
kerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa
dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk
mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan
kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka
berkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah
menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Mereka
haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk
menjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dan sebagainya. Mereka
juga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang
sepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak-
anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam
kancah sosial.
Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya
sumbangan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan
seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan
hukuman yang setimpal ke atas remaja-remaja yang terlibat dalam
gejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan
pemantauan di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kes
sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari melibatkan diri dalam
gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran
tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui
impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial.
Dalam mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakat
sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata
pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan
sebarang kes gejala sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang
lanjut dapat diambil. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan,
tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan
dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala sosial di kalangan
remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh
mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala
ini sukar diatasi.
Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius
oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting
untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Sebenarnya
tidak ada masalah yang tidak boleh selesai, sebaliknya semua masalah
ada penyelesaiannya sekiranya kita menangani masalah tersebut
dengan serius kerana ‘setiap penyakit ada ubatnya’. Justeru, semua
pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk
menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam
gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Nurhawa Rosman
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
mzaidin
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
asyikin hashim
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Rahila Najihah
 
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talibUitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
sakura rena
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
firo HAR
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
Camar Puteh
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Slumber Je
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
cikgusuepkhas
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
Siti Nurhaishah Mohd Rani
 

Mais procurados (20)

Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Objektif kajian
Objektif kajianObjektif kajian
Objektif kajian
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Tokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islamTokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islam
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talibUitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
 
Mat kilau
Mat kilau Mat kilau
Mat kilau
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyah
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 

Destaque

PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
SHiRa_96
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Noor Abidin
 
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisian
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisianProgram khidmat masyarakat komuniti kepolisian
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisian
Mohd Shuhaimi Padzil
 
Taksonomi dan domain
Taksonomi dan domainTaksonomi dan domain
Taksonomi dan domain
Irsyad Isa
 
Bahasa malaysia tahun 4 jps
Bahasa malaysia tahun 4 jpsBahasa malaysia tahun 4 jps
Bahasa malaysia tahun 4 jps
Irsyad Isa
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Hishamhana583
 

Destaque (20)

Adab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diriAdab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diri
 
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 
TILAWAH 1 SEM 3 : KEHORMATAN DIRI
TILAWAH 1 SEM 3 : KEHORMATAN DIRITILAWAH 1 SEM 3 : KEHORMATAN DIRI
TILAWAH 1 SEM 3 : KEHORMATAN DIRI
 
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisian
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisianProgram khidmat masyarakat komuniti kepolisian
Program khidmat masyarakat komuniti kepolisian
 
kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
 
Beriman dengan asma'ul husna
Beriman dengan asma'ul husnaBeriman dengan asma'ul husna
Beriman dengan asma'ul husna
 
Amali 2
Amali 2Amali 2
Amali 2
 
Jsu amali 2
Jsu amali 2Jsu amali 2
Jsu amali 2
 
Taksonomi dan domain
Taksonomi dan domainTaksonomi dan domain
Taksonomi dan domain
 
Bahasa malaysia tahun 4 jps
Bahasa malaysia tahun 4 jpsBahasa malaysia tahun 4 jps
Bahasa malaysia tahun 4 jps
 
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
KONSEP DAN SKOP PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
KONSEP DAN SKOP PROGRAM KESIHATAN SEKOLAHKONSEP DAN SKOP PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
KONSEP DAN SKOP PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Bengkel Kaedah Penyelidikan
Bengkel Kaedah PenyelidikanBengkel Kaedah Penyelidikan
Bengkel Kaedah Penyelidikan
 

Semelhante a Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dalam konteks masyarakat masakini dokumen

AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
As Nuurien Najma
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Profil Modal Uniti
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Ketut Darmanto Saputro
 
Cabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluargaCabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluarga
asyikin hashim
 

Semelhante a Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dalam konteks masyarakat masakini dokumen (20)

Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
EDU 3039
EDU 3039EDU 3039
EDU 3039
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Cabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluargaCabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluarga
 
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikanMakalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
 
Ips sosiologi
Ips sosiologiIps sosiologi
Ips sosiologi
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
Budaya barat rusak anak bangsa
Budaya barat rusak anak bangsaBudaya barat rusak anak bangsa
Budaya barat rusak anak bangsa
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 

Último

1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 

Último (20)

PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dalam konteks masyarakat masakini dokumen

  • 1. PENDIDIKAN AKHLAK ISLAM DAPAT MENYELESAIKAN KEMELUT GEJALA SOSIAL DALAM KONTEKS MASYARAKAT MASAKINI ABSTRAK Pendidikan akhlak Islam merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan gejala sosial dan melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Penekanan ini bertujuan untuk membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merelisasikan fungsi kemanusiaan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Artikel ini membincangkan beberapa langkah berkaitan dengan pemantapan komponen akhlak Islam dalam era globalisasi yang kian mencabar ini. DEFINISI GEJALA SOSIAL Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Gejala bermaksud : tanda-tanda (akan terjadi sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang
  • 2. padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda- tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. BENTUK – BENTUK GEJALA SOSIAL • Media Massa Pengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan pelbagai alat media massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat-maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
  • 3. • Internet Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif. • Institusi Kekeluargaan Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut
  • 4. mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. • Cara Berpakaian Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh agama Islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan. Firman Allah s.w.t: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-
  • 5. baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59. • Dunia Cinta Remaja Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah s.w.t. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya. • Terlalu Banyak Masa Lapang
  • 6. Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif. KES-KES KEROSAKAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT Gejala sosial seringkali dikaitkan dengan masalah kebejatan sosial dan kecelaruan tatacara hidup masyarakat. Dewasa ini, kes zina, buang bayi, hubungan sesama jenis (gay/lesbian), pelacuran, rempit, buli, video lucah, gangsterism, dadah, hidu gam, pengkid, punk, skinhead, black metal dan seumpamanya semakin menjadi-jadi menyerlahkan betapa keruntuhan akhlak dalam sistem masyarakat Malaysia adalah ditahap meruncing. Kerosakan akhlak tidak hanya berlaku di kalangan remaja, bahkan ianya melanda semua generasi masyarakat dari pelajaran sekolah rendah hingga mereka yang menjangkau usia emas, juga dari rakyat biasa hingga membawa kepada pemimpin negara. Beberapa contoh mengenai gejala sosial masyarakat dipaparkan untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memahami realiti yang di hadapi kini;
  • 7. • Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkap kerana membuat persembahan tarian tiang di Nilai pada Mac 2012 yang lalu merakamkan betapa soal halal dan haram tidak diambil kira dalam mencari rezeki. Ketiga-tiga remaja ini, Faiqah Azizan, Nurul Huda Abdul Rahman dan Nooranishah Mohamad Isa kemudiannya dibicarakan dan didenda sebanyak RM 25 oleh Mahkamah Majistret Seremban.; • Seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berasal dari Wangsa Maju yang menuntut dalam bidang perubatan di Dublin Ireland berkahwin dengan pasangannya sesama jenis. Sebelum itu dia dilaporkan tidak dapat dihubungi keluarganya selama 3 tahun. Ini menambahkan lagi parah umat akhir zaman yang telah tergelincir dari panduan syariat Islam. Malang sekali kes-kes yang berbaur seks dan lucah menjadi berita hangat yang dipaparkan oleh akhbar (Harian Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia) dengan begitu terperinci juga menyumbang kepada satu bentuk pemikiran yang rosak di kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun ianya dikatakan sebagai paparan berita, tetapi melaporkan dengan terperinci berserta gambar yang tidak senonoh yang boleh
  • 8. ditatapi oleh segenap lapisan umur pastinya bakal mempengaruhi corak pemikiran pembacanya. PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah- masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara
  • 9. yang masih berpegang teguh pada budaya ketimuran ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan oleh sebab itu mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bukan saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim. Firman Allah s.w.t.: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13 Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap muslim dari melakukannya.
  • 10. IMPLIKASI KESAN – KESAN GEJALA SOSIAL Budaya modenasasi ini telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran agama. Pergaulan bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Gejala sosial dalam kalangan remaja masakini akan mendatangkan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka masa panjang dan pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan keperibadian mereka. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • 11. • Kesan ke Atas Individu Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu oleh itu, akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang sebaliknya akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu, kebanyakkan remaja pada masakini terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim yang kebanyakkannya mereka bertuankan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca dari kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. • Kesan Ke Atas Keluarga Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.
  • 12. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:- • Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pasti akan wujud penceraian; • Masa depan anak-anak akan terbiar dan terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja; • Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian dan masalah-masalah yang lain. • Kesan Ke Atas Masyarakat Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan
  • 13. akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh barat mudah meresap dan menjadi ikutan para remaja hari ini, contohnya muzik keras yang membuatkan para remaja terleka dan lupa akan sekeliling. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak- pihak yang tertentu terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja melayu terutamanya akan rosak. Oleh itu pihak-pihak atau anasir dari luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang dapat dilihat kiranya akhlak remaja tidak dikawal ialah:- • Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah- belah dan tidak bersatu-padu; • Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati masyarakat; • Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti berlaku. Isu- isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum; • Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana disebabkan oleh kadar gejala sosial di kalangan remaja semakin meningkat;
  • 14. • Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. • Kesan Ke Atas Negara Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada masa sekarang. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala sosial ini secara lebih konduktif. Antara kesan yang akan berlaku ialah:- • Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan; • Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat; • Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah; • Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara
  • 15. seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka; • Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PERMASALAHAN GEJALA SOSIAL • Perspektif Individu Dalam usaha untuk menangani permasalahan akhlak, perkara yang paling utama dititik beratkan ialah peranan individu terbabit. Setiap individu sewajarnya menghayati peranan sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t dengan memperkukuhkan aspek aqidah, ibadat dan akhlak di dalam jiwa. Individu bertanggungjawab menyediakan banteng yang kukuh dalam diri dengan menghayati rukun Iman dan rukun Islam. Satu perkara yang perlu diambil berat ialah ketaqwaan yang luhur terhadap Allah s.w.t yang akan menghalangnya dari terpengaruh dari segala gejala negatif yang ada di sekeliling terutama pada zaman ledakan globalisasi ini. Individu juga seharusnya faham akan peranannya sebagai contoh yang terbaik untuk memperlihatkan ajaran agama Islam yang sebenarnya di mata dunia terutama di kalangan bukan Islam, Allah s.w.t berfirman : “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan
  • 16. keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui Lagi Maha Kuasa”. Surah Al-Rum : Ayat 54. Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat dan tidak semestinya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlah agama yang bersifat upacara (ritual) tetapi Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan kepada hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Hadith riwayat Imam Malik. Dan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti (akhlak) yang amat mulia.” Al-Qalam : Ayat 4. Dari perspektif individu penilaian perkembangan akhlak seseorang boleh dinilai melalui tiga tahap berbeza iaitu:- 1.1.) Tahap Awal Kanak-kanak Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan diperkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
  • 17. lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkan ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan. Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkapkan perasaan. Dalam peringkat umur 3 tahun hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar
  • 18. mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperolehi kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah s.a.w sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya. Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala- galanya. Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam. 1.2.) Tahap Pertengahan dan akhir Kanak-kanak
  • 19. Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluaskan arena hubungan social dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur. Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap keperkembangan akhlak yang seterusnya. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu prihatin kepada kecenderungan ini dan amat perlu diarahkan secara bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan. 1.3.) Tahap Baligh dan Remaja Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal
  • 20. kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan ‘sense of belonging’ kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat rumit (complicated) dan ia disertai oleh pengalaman-pengalaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, displin hidupnya mula terbentuk. Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang- undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya. Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik.
  • 21. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang lain kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan.” • Perspektif Masyarakat Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu dan masyarakat. Akhlak yang mulia dapat menyempurnakan keperluan masyarakat manusia, iaitu kebahagiaan. Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dilimpahi dengan keadilan, kesejahteraan dan keamanan. Kepentingan akhlak dalam masyarakat diakui juga kepentingannya oleh masyarakat barat dan masyarakat orang bukan Islam seperti ungkapan yang telah dinyatakan oleh Wilson iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, beliau berkata : "... jika tamadun kita tidak diselamatkan dengan unsur moral, ia tidak akan dapat bertahan dengan kebendaannya. Ia juga tidak mungkin selamat kecuali jika semangat agama menjalar pada seluruh liang romanya…hal inilah yang harus menjadi perlumbaan untuk mencapainya oleh institusi-institusi politik kita, pada hartawan kita dan setiap individu yang takut kepada tuhan dan cintakan negara ». Bekas pemimpin India iaitu Mahatma Gandhi pernah berkata : «Sesungguhnya agama dan akhlak tidak boleh dipisahkan…agama menyuburkan akhlak seumpama air yang menyuburkan tanaman». Jelasnya, faktor agama merupakan
  • 22. faktor yang paling penting dalam menangani masalah keruntuhan akhlak. Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja dalam menangani masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari penyelesaiannya kerana setiap orang akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawah pimpinan kamu” 2.1.) Peranan Ibu Bapa dan Kawan-kawan Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak- anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar- benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia.
  • 23. Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak- anak mereka dengan hiburan yang berlebihan. Ibu bapa merupakan pihak yang dekat dengan anak-anak. Mereka perlu meluangkan masa untuk anak-anak. Masa yang terluang pada hujung minggu boleh diisi dengan beriadah bersama keluarga. Mereka lebih sibuk mencari rezeki dan nafkah sehingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak. Anak-anak perlukan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengetahui pergerakan dan perkembangan anak-anak. Ini bukan bermakna ibu bapa perlu mengongkong, anak- anak akan lebih agresif jika ibu bapa berbuat demikian. Suasana harmoni di dalam rumah turut membantu anak- anak agar berasa selesa dan selamat. Walaupun di dalam rumah, batas- batas aurat perlu dijaga. Hal ini kerana, bagi menghindari maksiat yang terjadi dari dalam rumah. Selain itu, peranan kawan-kawan amat penting kerana mereka yang paling akrab dan memahami masalah yang dialami oleh anak- anak. Anak-anak lebih suka meluahkan masalah kepada rakan-rakan sama ada masalah tentang keluarga, kewangan, mahupun perasaan. Rakan-rakan perlu memberi nasihat yang positif dan membina agar tidak membuatkan anak-anak melakukan sesuatu yang tidak elok. Oleh itu rakan yang memberi impak negatif perlu dihindari agar tidak mudah
  • 24. terpengaruh. 2.2.) Sekolah dan Guru Peranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Di sekolah para pengajar perlu peka terhadap anak murid. Kebelakangan ini masalah sosial remaja berlaku di sekolah kerana kemaksiatan yang sering dilakukan di dalam kawasan sekolah. jika terdapat sebarang masalah dan kemusykilan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa. Para pelajar perlu membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak senonoh. Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar mereka seorang pelajar yang mundur ataupun yang cemerlang. Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan perhatian. Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti. 2.3.) Media Massa dan Elektronik
  • 25. Pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat- maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak- anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana, minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya. Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini. 2.4.) Pemimpin dan Kerajaan Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur. Sepertimana Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang
  • 26. dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN yang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung. Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosial yang teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragama. Tanggungjawab masyarakat dan negara pula dalam menangani masalah keruntuhan akhlak ini ialah dengan prihatin dan peka dengan persekitaran sekeliling. Anggota masyarakat sewajarnya sentiasa bekerjasama serta berusaha untuk membasmi sebarang kegiatan maksiat yang berlaku di kawasan masing-masing. Kempen ‘maksiat sifar’ juga perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi menyedarkan anggota masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak. Pihak berkuasa pula hendaklah berusaha mencari jalan yang terbaik untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan bagi menangani masalah sosial ini. Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisan, sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hati. Mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”.
  • 27. Jesteru itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Pihak jabatan agama Islam bagi setiap negeri perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang melakukan kemaksiatan seperti berkhalwat, berzina, bersekedudukan, minum arak, dan sebagainya. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka perlu dijalankan agar dapat memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain. Mereka ini perlu diberikan kaunseling bagi membina jati diri dan memberikan infomasi tentang kesan dan natijah yang dihadapi sekiranya melakukan sedemikian. Perkara seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri remaja itu sendiri, malah turut memberikan kesan kepada nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara. Kebanyakan masyarakat tidak mematuhi dan mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggari peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuah negara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang ditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namun kita telah mengabaikan peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalam agama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah s.w.t namun kita telah mengabaikannya. KESIMPULAN Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras
  • 28. gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka berkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Mereka haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dan sebagainya. Mereka juga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak- anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam kancah sosial. Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sumbangan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaja-remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari melibatkan diri dalam
  • 29. gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Dalam mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh selesai, sebaliknya semua masalah ada penyelesaiannya sekiranya kita menangani masalah tersebut dengan serius kerana ‘setiap penyakit ada ubatnya’. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam
  • 30. gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.