Tamadun Islam dan Melayu merupakan teras pembinaan tamadun Malaysia. Namun, terdapat cabaran seperti kelemahan dunia Islam, persengketaan, dan kemerosotan politik, ekonomi, dan nilai sosial. Dominasi asing juga memberi kesan seperti imperialisme Barat dan dominasi global, politik, ekonomi, dan budaya kini. Kerjasama dan perpaduan penting untuk memelihara khazanah tamadun Malaysia.
1. CABARAN &
RINTANGAN
PEMBINAAN
TAMADUN MALAYSIA
BERTERASKAN
TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN MELAYU
2. AHLI KUMPULAN
MUHAMAD ZULHILMI BIN ABDUL RAHIM 2110167
MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMAD KHARI 2110250
NURUL SYAMIMI BINTI MOHD ZAIDI 2110145
IBRATI IZNI BINTI MOHD KAMAL 2110144
NUR IZZATI FAREHAH YEN 2110191
3. DEFINISI TAMADUN
Dalam kamus dewan tamadun bermaksud
kebudayaan,kemajuan atau peradaban.Perkataan
tamadun dan peradaban itu adalah pinjaman dari
perkataan Arab.
Dalam bahasa Arab terdapat 5 istilah yang boleh
dihubungkan dengan maksud tamadun iaitu
“umran,hadharah,tamaddun,madinah dan madaniah.”
Manakala dalam bahasa Inggeris pula,istilah civilization
diambil
daripada perkataan Latin Civitas yang bermakna
“bandar”
4. Pengenalan Tamadun
Melayu
Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun
bangsa atau budaya yang berasal daripada satu
punca di mana ia juga mempunyai asas
kehidupan yang sama.
Tamadun Melayu juga adalah merupakan satu
tamadun yang dibentuk. Ia dibentuk oleh
sekelompok manusia yang secara meluasnya
digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu
dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara
yang dikenali dengan pelbagai nama seperti
gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-
Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan
Tanah Jawi. Ruang yang luas dan dipisahkan
oleh laut serta selat telah membezakan istilah
5. Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah
pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang
dibawa. Hal ini kerana menurut Islam, setiap insan
mempunyai taraf yang sama tanpa ada sebarang jurang
perbezaan. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang
paling mengubah pemikiran orang Melayu adalah konsep
mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan
yang teguh kepada Allah S.W.T
6. Prinsip pertama:
Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah
S.W.T yang mencakupi alam primordial,
alam dunia dan alam akhirat.
7. Prinsip kedua:
Islam merupakan panduan dari Allah sebagai al-
Din yang mengandungi segala peraturan bagi
segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan
masyarakat demi kejayaan hakiki mereka.
Prinsip ketiga:
keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan
yang baik dan sebaliknya adalah pembalasan
yang buruk bagi amalan yang jahat di dunia.
8. Prinsip keempat:
wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala
bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhi
segala aspek hukum Islam tanpa
kompromi, manipulasi, keingkaran, dan penafian
terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan
makruh.
Prinsip kelima:
nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang
membantu pembentukan insan yang berilmu, beramal
sahih dan berakhlak mulia. Prinsip ini sangat penting bagi
menjana insan dan juga rakyat sesebuah negara yang
berketerampilan di samping mempunyai nilai-nilai murni
supaya menjadi orang yang berwibawa dan beretika.
9.
10. Secara umumnya, tamadun Islam dan tamadun Melayu
merupakan teras kepada pembinaan tamadun Malaysia.
Penglibatan kedua-dua tamadun ini telah memberi banyak
kesan kepada Alam Melayu terutamanya dengan
kedatangan tamadun Islam. Menurut Prof. S.M. Naquib al-
Attas, Islam telah membawa ‘zaman baru’ di Nusantara
kerana berjaya mengubah ‘jiwa dan wajah’ Alam Melayu.
Terdapat banyak aspek perubahan terutamanya dari segi
agama dan kepercayaan, sosial dan
budaya, ekonomi, politik dan perhubungan dan
pendidikan.Walaupun banyak perubahan yang
berlaku, namun untuk menuju kedewasaan pembinaan
tamadun Malaysia ini mempunyai banyak cabaran dan
rintangannya. Cabaran dalam usaha untuk mengekalkan
keupayaan Tamadun ini boleh dilihat dari sudut dalaman dan
luaran.
11.
12. 1)Kelemahan dunia Islam
Kelemahan iman dan amalan yang menyeluruh
dalam diri setiap rakyat merupakan punca
kelemahan orang Islam. Keadaan ini diwarisi oleh
pemimpin-pemimpin dunia Islam selepas
merdeka.
Selain itu, keadaan politik, ekonomi dan sosial
juga lemah.Kebanyakan negara-negara Islam
tidak menggunakan peluang ekonomi yang ada
sepenuhnya disebabkan itu majoriti negara-
negara Islam di seluruh dunia mempunyai
masalah kemiskinan.
13. 2)Persengketaan atas
alasan yang remeh
Persengketaan atau pergaduhan
sesama rakyat mampu untuk
membawa kepada perpecahan
yang berterusan jika tidak
ditangani dengan baik.Penduduk
harus bersatu padu untuk
memastikan sesuatu tamadun itu
dapat berkembang dan maju
14. 3)Kemerosotan Politik,
Ekonomi dan Nilai Sosial
Kemerosotan dan kemunduran tiga aspek di
atas boleh membawa kepada
persengketaan, perebutan kuasa dan
kedudukan, keruntuhan akhlak, serta
keadaan huru hara dan tidak selesa.
Pada keseluruhannya, setiap negara pasti
mengalami kemerosatan-kemerosotan ini
dalam proses pembinaan sesebuah
tamadun. Namun, ia terletak kepada cara
serta kebijaksanaan pemimpin untuk
menaganinya.
15.
16. 1)Imperialisme dan
kolonialisme Barat
Imperialisme dan kolonialisme Barat dalam tamadun Alam
Melayu pada masa dahulu amat memberi kesan yang besar
ke atas budaya serta politik negara kita. Di Tanah Melayu,
strategi Portugis dan British berjaya mempengaruhi dan
mengubah sosio-ekonomi kita.
Sistem Residen telah mengurangkan peranan pembesar
Melayu dan Sultan pada masa itu. Sistem ini juga menjadi
asas politik yang kukuh bagi memudahkan British membawa
masuk pelabur asing dan mengeksploitasi kekayaan ekonomi
di negeri-negeri Melayu.
17. Dominasi dari pelbagai
aspek:
A)Dominasi terhadap Globalisasi
Dominasi terhadap globalisasi ini telah
bermula sejak dekad terakhir pada abad ke-20.
Antara aspek yang diglobalkan termasuklah
intitusi sosial, bahasa, nilai, pandangan
hidup, bahasa dan tradisi masyarakat Islam
dan Asia pada masa itu. Tujuan dominasi ini
adalah untuk pihak Barat menguasai pemikiran
dan diri manusia bagi masyarakat bukan Barat.
Sebagai contoh yang terdapat di Malaysia, hari
Valentine Day diraikan bersama pasangan
kekasih
18. B)Dominasi terhadap Politik
Dari segi dominasi terhadap politik, Amerika
Syarikat bekerja keras untuk mengawal dan
menguasai politik dunia. Antara
pendominasiannya temasuklah menguasai
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), memegang kuasa veto dalam
Majlis Keselamatan PBB serta bertindak sebagai
satu kuasa dunia dari sudut ketenteraan yang
tidak boleh ditandingini langsung.
19. C)Dominasi terhadap
ekonomi
Pada zaman penjajahan, Barat mendominasi
sumber-sumber semulajadi wilayah yang
dijajah oleh mereka. Ia berlaku sewaktu era
penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu
pada suatu ketika dahulu. Mereka telah
memonopoli untuk mengaut segala hasil
semulajadi tanah kita. Contohnya adalah
seperti hasil galian bijih timah yang banyak
terdapat di Tanah Melayu.
20. D)Dominasi terhadap Budaya dan
Sosial
Anak-anak muda serta para remaja di negara
kita kian menjadi-jadi untuk mengikut rentak
budaya yang cuba ditonjolkan oleh negara
Barat.Masyarakat Islam dan Asia termasuk
Malaysia semakin jauh dari nilai tradisi, malah
mengikuti budaya Barat. Maka, dari sini lahirlah
sikap individualistik, materialistik dan
sebagainya. Seterusnya, ia akan mewujudkan
budaya vandalisme, gengsterisme dan lain-lain
sehingga banyak berlaku jenayah di negara kita
21. KESIMPULAN
Sememangnya tamadun Melayu dan Islam adalah
teras kepada tamadun Malaysia, namun sikap
Melayu yang terdahulu telah semakin hilang dek
globalisasi yang sedang maju ke hadapan kini.
Oleh itu pelbagai langkah harus diambil bagi
memelihara khazanah budaya dalam tamadun
Malaysia. Kerjasama dan perpaduan sangat
penting untuk mewujudkan gandingan kuasa
ekonomi, politik dan sosial, terutama bagi negara
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, kaum
dan agama ini.